Jumaat, 10 Mei 2013

KENYATAAN MAKAN DIRI...DULU ADA KOTORLAH...YANG KALI TERBAIK SEKALI...TAK MENOLAK MUNGKIN ADA CIPUN2 YANG KOTOR...JANGAN GITU DAH MACAM MINTAK PULAK

SPR: Daftar pemilih PRU13 antara yang terbersih

10 Mei 2013
Abdul Aziz Mohd Yusof
Abdul Aziz Mohd Yusof
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan pelbagai penambahbaikan bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang berakhir Ahad lepas, termasuk menyediakan Daftar Pemilih 'terbersih' pernah dilakukan badan bebas itu.
  
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata Daftar Pemilih yang digunakan dalam PRU13 diwartakan melalui proses pembersihan terperinci dan semakan dalam talian dengan rekod warganegara dan alamat terkini pemilih mengikut pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  
"Oleh kerana sistem pendaftaran pemilih menggunakan nombor kad pengenalan 12 angka yang unik sebagai 'identifier' (pengenal pasti) pendaftaran, maka mustahil terdapat pendaftaran berganda dalam Daftar Pemilih PRU13," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
  
Menjelas lanjut, Abdul Aziz berkata melalui sistem pendaftaran itu, tiada ruang bagi warga asing sama ada dari Bangladesh, Indonesia, China atau India dapat mendaftar sebagai pengundi tambahan.
  
Justeru, dakwaan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa SPR tidak melaksanakan apa-apa penambahbaikan pada PRU13 merupakan pembohongan besar dan fitnah semata-mata, bertujuan mengelirukan rakyat, katanya.

Selain itu, beliau berkata Daftar Pemilih yang digunakan dalam PRU13 adalah sah, telah diwarta dan dimuktamadkan, sekali gus adalah mustahil untuk memasukkan nama-nama pengundi tambahan.
  
"Oleh demikian, dakwaan kononnya terdapat 40,000 warga Bangladesh yang dibawa masuk untuk mengundi dalam PRU13 adalah tidak berasas dan fitnah semata-mata, kerana Daftar Pemilih yang diwartakan adalah muktamad," tegas Abdul Aziz.
  
Katanya SPR turut melaksanakan proses pengundian awal pada 30 April lepas, melibatkan 235,826 pengundi daripada kalangan polis dan tentera serta pasangan masing-masing bagi menggantikan proses pengundian pos.
  
"Selaras dengan tuntutan utama parti politik pembangkang dan badan bukan kerajaan, SPR turut memperkenalkan penggunaan dakwat kekal pada PRU13 sebagai elemen tambahan kepada prosedur pengundian bagi mengelak cubaan mengundi dua kali mana-mana pihak," katanya.
  
Dari segi tempoh berkempen pula, SPR melakukan penambahbaikan dengan memperuntukkan tempoh 15 hari berkempen bermula 20 April hingga Ahad lepas, berbanding 13 hari pada PRU2008, katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz turut menjelaskan bahawa sistem dan undang-undang pilihan raya di Malaysia adalah berlandaskan kemenangan mengikut majoriti mudah dan kemenangan perwakilan mengikut kawasan.
  
Beliau berkata berasaskan sistem itu, yang diguna pakai di Malaysia sejak PRU pertama pada 1959, menetapkan parti yang berhak membentuk kerajaan bukan berasaskan jumlah undi popular yang diperoleh, sebaliknya jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi.
  
"Dalam konteks ini, walaupun parti pembangkang memperoleh jumlah besar undi iaitu sebanyak 5,623,984, mereka hanya memenangi 89 kerusi bahagian pilihan raya.
  
"Sebaliknya, Barisan Nasional (BN) memperoleh jumlah undi sebanyak 5,237,699, namun dari sudut jumlah bahagian pilihan raya, BN memenangi sebanyak 133 kerusi Parlimen dan berhak membentuk kerajaan di peringkat pusat," katanya.
  
"Sistem ini juga digunakan bagi menentukan parti yang berhak untuk menubuhkan kerajaan baik di peringkat pusat atau pun negeri, iaitu parti yang mendapat jumlah perwakilan (kerusi) terbanyak walaupun memperoleh majoriti satu kerusi berhak membentuk kerajaan," katanya menambah sistem itu dikenali sebagai 'First Past The Post'. - Bernama
Dua nama diangkat, tapi Khalid jadi pilihan
Wartawan Sinar Harian
10 Mei 2013
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
SHAH ALAM - Selang beberapa jam selepas Mohamed Azmin Ali mempertikaikan berhubung proses menamakan calon menteri besar Selangor dan mengkritik pentadbiran negeri sebelum ini, PKR tampil dengan satu kenyataan bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim telah mendapat restu Pakatan Rakyat (PR) untuk diangkat semula menjawat jawatan itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, dua nama telah dicadangkan kepada pimpinan parti dan nama Khalid dipilih untuk kekal sebagai menteri besar.

"Berteraskan kepada prinsip konsensus dan rundingan serta semangat kesetiakawanan dan kerjasama yang selama ini telah tersemai dalam Pakatan Rakyat, PKR telah mengangkat dua (2) nama dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri PKR yang berjaya memenangi kerusi mereka... ," tulis kenyataan media itu.

Namun, "Pas dan DAP, menerusi Presidennya Yang Berhormat Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya Yang Amat Berhormat Tuan Lim Guan Eng masing-masing telah bersetuju supaya Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang untuk  diangkat sebagai Menteri Besar Selangor dan meneruskan khidmat cemerlang beliau menerajui pentadbiran kerajaan Negeri Selangor sebelum ini," tulis kenyataan media itu lagi.

Sehubungan itu, Saifuddin menyeru seluruh rakyat Selangor dan Malaysia amnya terus bermuafakat demi agenda perubahan negara.

"Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kami dan rakan-rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat terhadap para pengundi khususnya dan rakyat negeri Selangor amnya kerana telah memberikan kepercayaan mereka kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui kerajaan negeri Selangor buat penggal yang kedua," katanya.

Pada sidang media tengahari tadi, Timbalan Presiden PKR yang juga Pengerusi PKR Selangor bersama barisan Adun PKR yang baru dilantik menyatakan kekecewaan pihaknya tidak dipanggil untuk berbincang berhubung siapa calon menteri besar.

Mewakili mereka, Azmin berkata, pihaknya menyokong penuh siapa sahaja calon yang dipilih parti namun ia perlu melalui konsensus dan bukannya diputuskan tanpa perbincangan.

Azmin juga turut mengkritik keras pentadbiran Khalid yang disifatkannya tidak memenuhi aspirasi rakyat dan wakil rakyat yang dipilih untuk sama-sama mengembling usaha membangunkan negeri.
Tiada perjanjian MB Selangor mesti daripada PKR

10 Mei 2013
MOHD SANY HAMZAN
SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas Selangor hari ini menegaskan bahawa tiada sebarang perjanjian yang mengatakan jawatan menteri besar Selangor mesti diperuntukkan kepada PKR jika gabungan parti Pas, PKR dan DAP memerintah negeri itu.

Justeru, Timbalan Ketuanya Mohd Sany Hamzan meminta beberapa pemimpin PKR Selangor, termasuk Azmin Ali agar tidak melatah sebaliknya perlu 'cermin diri dan sedar diri' sebelum membuat kenyataan berhubung perkara itu.

"Dewan Pemuda Pas negeri Selangor menganggap kenyataan (pemimpin PKR negeri) Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dan Shuhaimi Shafiei yang menekankan bahawa kerusi MB Selangor adalah kerusi tetap PKR ibarat orang tamak haloba yang tidak sedar diri terhadap kemampuan diri sendiri.

"Mungkin PKR Selangor masih bermimpi yang mereka masih memenangi kerusi Dun (dewan undangan negeri di) Selangor melebihi Pas dan DAP," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada pilihan raya umum Ahad lepas, pakatan rakyat memenangi 44 daripada 56 kerusi Dun di negeri itu dengan Pas dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi manakala PKR 14 kerusi.

Barisan Nasional (BN) pula menguasai 12 kerusi Dun.

Mohd Sany berharap pimpinan pakatan rakyat Selangor akan menyelesaikan isu pelantikan menteri besar dalam masa terdekat dan pihaknya akan menghormati keputusan itu. - Bernama
Azizan masih belum sedarkan diri sejak selesai jalani pembedahan

10 Mei 2013
Azizan Abdul Razak
Azizan
GEORGETOWN - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih belum sedarkan diri selepas menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Khalid berkata bagaimanapun keadaan kesihatan beliau stabil setelah selesai menjalani pembedahan itu pada pukul 11.30 malam tadi.

"Sehingga pukul 5 petang ini, beliau kini ditempatkan di ICU (Unit Rawatan Rapi) masih tidak sedarkan diri dan ahli keluarganya masih berbincang bila beliau akan dibawa pulang untuk menyambung rawatan di Kedah," katanya di sini hari ini.

Azizan, 69, yang juga pesuruhjaya Pas Kedah dan anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang pada Rabu lepas dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya sejak Isnin.

Turut menziarahi beliau Pengerusi Barisan Nasioanal Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. 

Ahmad Bashah berkata kerajaan negeri Kedah akan membantu Azizan membiayai kos perubatannya sepanjang tempoh rawatan beliau.

"Ini adalah tanggungjawab kerajaan negeri untuk menyalurkan bantuan kepada seorang wakil rakyat dan saya meminta semua surau dan masjid di Kedah mengadakan majlis bacaan doa selamat agar beliau cepat sembuh," katanya. - Bernama

LETAKLAH DAH TAK PERKASA LAGI 

Perkasa tolak perletakan jawatan Ibrahim Ali

10 Mei 2013
KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini sebulat suara menolak peletakan jawatan Datuk Ibrahim Ali sebagai presiden pertubuhan itu.
Sebaliknya, Ahli Dewan Tertinggi (ADT) Perkasa bersetuju melanjutkan tempoh cuti beliau sehingga Persidangan Agung Tahunannya sebelum Disember ini.
Timbalan Presidennya Datuk Abd Rahman Abu Bakar berkata ADT dan semua ahli pertubuhan itu berharap Ibrahim terus memimpin Perkasa bagi meneruskan perjuangan mempertahankan agenda Melayu dan Islam yang semakin mencabar.
"Kami mengharapkan beliau segera kembali meneruskan perjuangan dan kami berdiri teguh di belakang kepimpinannya," katanya pada sidang media selepas mesyuarat ADT di sini.
Pada Selasa lepas, Ibrahim, yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Ahad lepas, menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada setiausaha agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali dengan alasan mahu memberi laluan kepada pemimpin lain menerajui pertubuhan itu.
Dalam pada itu, Abd Rahman berkata Perkasa mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di
Soi Lek didesak lepas jawatan Presiden MCA
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
10 Mei 2013
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
KUALA LUMPUR - Ekoran prestasi merudum MCA pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kumpulan veteran MCA hari ini mendesak Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya berundur dari kancah politik dengan melepaskan jawatannya.

Bekas Presiden MCA, Tan Koon Swan berkata, imej parti itu perlu dibaiki segera bagi meraih kembali sokongan masyakat cina terhadap MCA sekaligus Barisan Nasional (BN).

"Kami minta beliau (Soi Lek) meletakkan jawatannya dan beri laluan kepada muka baru bagi memulihkan dan memberi nafas baru kepada parti ini.

"Kami tampil hari ini bukan ada agenda peribadi tetapi kerana kami sayangkan MCA. Demi parti serta komuniti yang bersama MCA beliau harus bertanggungjawab dan letak jawatan," katanya pada sidang media khas yang diadakan semalam.

Antara yang hadir bekas Menteri Kesihatan, Tan Sri Lee Kim Sai; bekas Menteri Sumber Manusia, Tan Sri Lim Ah Lek, bekas Timbalan Menteri Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan, Datuk Wong Kam Hoong dan bekas Bendahari Agung MCA, Tan Sri Yin Pin.
PRU13 menyaksikan kekalahan terburuk MCA apabila hanya menang di tujuh kerusi Parlimen daripada 37 kerusi yang ditandingi.

MCA juga hanya menang 11 kerusi Dun daripada 90 kerusi yang ditandinginya.

Menurut Kim Sai, pihaknya percaya dengan perubahan yang berlaku dalam parti, masyarakat Cina akan kembali menyokong MCA.

"Pemimpin yang baik tahu bagaimana untuk menguruskan parti, kehendak parti perlu diutamakan bukan kepentingan diri.

"Sebagai tanda rasa cinta akan parti agar tidak terkubur, pengorbanan harus dilakukan. Pemimpin datang dan pergi tetapi parti terus berjuang," katanya.

Terdahulu, Soi Lek menegaskan yang beliau tidak akan bertanding jawatan presiden pada penggal akan datang, beliau turut enggan menerima jawatan dalam Kabinet.

Mengulas mengenai jawatan MCA dalam Kabinet, Koon Swan berkata,  tidak salah untuk MCA terus berada dalam Kabinet asalkan melaksanakan tugas dengan baik.

"Saya percaya perdana menteri akan meletakkan wakil MCA dalam Kabinet, ini kebiasaannya.

"Tindakan itu juga sebagai penghargaan kepada parti yang telah menyumbang jasa selama ini," katanya yang turut memuji kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika ditanya mengenai isu 'tsunami cina', Ah Lek berkata, pihaknya mengakui perkara itu terjadi namun yakin masih ramai masyarakat Cina menyokong BN.

"Terdapat banyak tempat masyarakat Cina masih menyokong kita. Namun apabila imej MCA itu terjejas secara tidak langsung mempengaruhi sokongan rakyat.

"Imej presiden terjejas, rakyat akan letak persepsi dan jejaskan parti. Kita percaya MCA masih relevan kerana banyak masalah masyarakat Cina dapat diselesaikan oleh BN," katanya.

Tambah beliau, bagi menarik kembali sokongan rakyat terhadap MCA perubahan drastik perlu dilakukan terutamanya membersihkan imej presiden.

"Kalau imej pemimpin tidak baik, orang tak kan dengar apa yang pemimpin itu katakan. Masalah sekarang bukan orang tolak keseluruhan MCA itu tapi corak kepimpinan yang ada.

"Apa yang saya zahirkan ini adalah suara akar umbi. Ketika kempen tempoh hari ada yang kata pada saya mereka terima calon itu tapi mereka tidak dapat terima MCA masa kini," katanya.
Khairy tawar diri sertai pasukan kabinet baru

10 Mei 2013
Khairy Jamaluddin
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin
KUALA LUMPUR - Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, beliau sedia menyertai Kabinet yang bakal dibentuk Datuk Seri Najib Tun Razak dalam apa sahaja peranan yang boleh membantu perdana menteri.

"Saya menawarkan diri untuk saya memainkan peranan, apa sahaja peranan yang boleh bantu beliau (perdana menteri) dan saya serah kepada beliau untuk menentukannya," katanya ketika ditanya mengenai gesaan sesetengah pihak supaya beliau mewakili suara Pemuda dalam Kabinet baru yang bakal dibentuk.

Anggota Parlimen Rembau itu ketika ditemui selepas menjadi tetamu program 'Helo Malaysia' BernamaTV semalam, menegaskan bahawa bukan soal kehadiran Pemuda dalam Kabinet sahaja yang penting, tetapi perlunya mempunyai pasukan yang
mantap dan bersedia untuk melakukan transformasi.

"Saya harap perdana menteri akan memilih pasukan yang memahami transformasi dan bersedia untuk melaksanakannya," jelas beliau.

Khairy berkata, pasukan itu perlu memahami kehendak sebenar perdana menteri untuk membawa transformasi bukan dari segi luaran, tetapi dari segi hakiki, besar pengisiannya (dan) berbeza daripada Kabinet dahulu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas, Khairy menang dengan majoriti 18,357 di Rembau, meningkat berbanding PRU12 sebanyak 5,746 undi majoriti.

Khairy mendapat 43,053 undi manakala calon PKR Radzali A. Ghani mendapat 24,696 undi dan Abdul Aziz Hassan (Bebas) memperoleh 325 undi. - Bernama

Tiada ulasan: