Posted on Friday, May 10 @ 19:35:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh TKOOffline
Banyak SMS saya terima untuk pengesahan mengenai Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar nak letak jawatan kerana tak tahan desakan daripada pihak UMNO berhubung dengan Perhimpunan di Stadium Kelana Jaya beru-baru ini. Katanya berita daripada sumber Bukit Aman.
Saya gelak, kata saya apa yang terdapat di internet perlu dihalusi. Oleh kerana media ini bebas ada banyak perkara kadang kala disalahgunakan. Tak payah pergi jauh sekadar berita Ustaz Azizan sudah cukup.. Sakit dan Mati?? Bila potong kaki Hari ini atau Esok?? 2 Kali atau satu dulu?? semuanya tak ada maklumat tapi berlumba-lumba untuk menyampaikan untuk menjadi yang pertama.
Setahu saya, Tan Sri Haji Ismail Haji Omar akan bersara WAJIB pada 17 Mei 2013 ini. Mungkin sehari sebelum ini ada majlis persaraan.
KAH KAH engkau suka main-main.. POLIS pun engkau nak main. Bukan calang polis, BOS Polis pulak tu!!
Saya sebut Haji tu bukan, apa.... mana tahu tak disangka selepas bersara dia bersama PAKATAN RAKYAT. Semua perkara tak mustahil!!!
......
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com
Akhbar Taiwan Mengambar Najib Sebagai Ahli SIlap Mata
Posted on Friday, May 10 @ 19:34:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh TKOOffline
Akhbar Taiwan mengambarkan Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai seorang ahli silap mata yang mampu mengubah keputusan pilihan raya.
Seluruh dunia melihat Malaysia. Jangan malukan Malaysia dengan penipuan dalam pilihan raya.
.....
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com
Citer Pasal Ibrahim Ali
Posted on Friday, May 10 @ 19:33:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh TKOOffline

Selepas PRU semua orang bertanya pasal Ibrahim Ali. Ke mana sebenar Ibrahim Ali ini?
Note:
Ada orang minta cari cuba cari Zul Nordin...
(kelik gambar untuk besarkan..)
.......
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com
Betulkah Azmin dakwa Anwar minta siap sedia ganti Khalid??
Posted on Friday, May 10 @ 19:29:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh TKOOffline
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menolak khabar angin beliau akan meletakkan jawatan dalam PKR, apatah lagi keluar parti dalam sidang media tadi, di pejabat Parti Keadilan Selangor.
Katanya khabar angi itu datangnya dari BN. Menurutnya keputusan untuk melantik sesiapa sahaja untuk menjadi Menteri Besar Selangor hendaklah diambil secara musyawarah. Sehingga kini, katanya adun-adun PKR di Selangor belum lagi dipanggil dan dirunding untuk melantik sesiapa pun sebagai menteri besar.
PKR Selangor telah membuat mesyuarat tergempar malam tadi dan membuat cadangan nama untuk menjadi Menteri Besar Selangor dan keputusan itu terlah diserahkan kepada presiden.
Azmin Ali juga mendakwa penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim memintanya bersedia untuk menggantikan Datuk Seri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor selepas Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh pada 2008 lalu tapi saya kata tidak (tidak terima).
Setakat ini isu mengenai MB Selangor PAS dan DAP telah berstuju mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Manakala di Majlis Kesyukuran PR di Dataran Shah Alam, 9 Mei lalu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ada menyebut "Ada orang kata sy kedekut,yaa!!..memang sy kedekut,sbb itu bukan duit sy,itu duit dan hak rakyat,berdosa besar jika sy salah guna duit rakyat,sy tak boleh beli syurga dgn duit..Sy akui tak berapa pandai berpolitik,tetapi sy pandai berniaga dan cari duit utk kerajaan negeri Selangor.."
Sebelum ini kepada Sinar Harian Azmin mengatakan PKR tak akan beri jawatan itu kepada nepotisme.
Jadi ada banyak kekeliruan dalam hal ini. Saya rasa macam tak berapa yakin dengan PC kali ini, hanya saya nampak ada melobi jawatan MB untuk kepentingan tertentu.
Jawatan MB Selangor penting dikekal kepada Tan Sri Khalid bagi menjamin kebangkitan rakyat tidak di'kotori' dengan tangan-tangan ghaib... walahualam.
.......
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com
Sikap Najib dengan Kaum Cina
Posted on Friday, May 10 @ 19:27:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh TKOOffline
Sikap politik Najib dengan masyarakat Cina boleh ditunjukkan dengan aksi 2 ekor kucing diatas.
Rakyat sekarang sudah boleh berfikir dan menilai. Suasana tidak lagi sama seperti sebelum era internet apabila semuanya senang dikelentong. Sekarang ialah zaman maklumat dihujung jari. Setiap perbuatan, tingkah laku samada baik atau buruk boleh diketahui umum hanya dalam masa beberapa saat sahaja.
Kesimpulannya jika anda telah terpilih sebagai wakil rakyat, berkhidmatlah sejujurnya dengan penuh ikhlas. Sebab itu keputusan anda sendiri. Jika anda rasakan kurang berkemampuan, minta tolong dari rakan-rakan, pasti ramai yang akan membantu. Tetapi pastikan bukan atas dasar kronisma atau lain-lain agenda yang mempunyai kepentingan diri.
Ingat... walaupun anda cuba sorok, diluar sana masih ada yang 'Maha Mengetahui' dan mampu melihat seumpama melihat seekor semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap...
Note:
Petikan daripada facebook Tolahah Muda
......
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com
BILA HUDUD TETAP DINAFI...MAKA TERIMALAH ...SEGALA2 DALAM KEKUASAN ALLAH...TANYA DIRI KITA SAPE MAKHLUK...SAPE PULA ALLAH...TAK KAN BODOH SANGAT KITA NI
Negara Kita Makin Tak Selamat: Kanak-kanak perempuan 12 tahun dirogol dan dibunuh
Posted on Friday, May 10 @ 19:26:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh TKOOffline

Indek Jenayah makin meningkat, kadar pembunuhan juga bertambah, tetapi perkara ini di nafikan kononnya Malaysia adalah negara Asia paling selamat. Itu semua pembohongan oleh UMNO dan BN. Kita dimomok dengan maklumat palsu.
Semalam kita dikejutkan dengan penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dipercayai mangsa rogol dan bunuh dijumpai di tempat letak kereta Lorong Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Senior Asisten Komisioner Mohammad Md. Yusop berkata, mayat Nur Amyliana Shuhada Mohd. Nor ditemukan oleh orang ramai dalam keadaan terbaring di tempat kejadian pada pukul 10.30 malam.
"Kanak-kanak malang itu sudah meninggal dunia semasa ditemukan dan polis mengesyaki mangsa mungkin dirogol sebelum dibunuh kerana siasatan mendapati ada kesan pendarahan di bahagian kemaluannya
"Dua suspek lelaki berusia 19 dan 24 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan kes berkenaan," katanya.
Note:
Gambar di atas adalah ahli keluarga tidak dapat menahan kesedihan berikutan kejadian terhadap mangsa Nur Amyliana Shuhada (gambar kecil atas) yang ditemui mati di Bukit Tinggi Klang.
......Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com
Khutbah: Yakin Janji Allah, Terus Istiqamah
Posted on Friday, May 10 @ 19:23:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: ustaznik
"

Hari Jumaat pertama selepas keputusan PRU 13 diketahui. Yang menang, kalah, naik, turun, kekal semuanya telah diketahui. Bagi penyokong Pakatan rakyat tentunya mengimpikan Putrajaya ditawan. Bagi pendokong PAS, tentunya mahu Islam ditegakkan. Kita berdoa, Allah yang memperkenankan. Kita yang meminta, Allah yang memberi. Kita yang mahu, tetapi akhirnya kemahuan Allah yang lulus.
Terengganu
mennag 15 kerusi, tetapi tidak boleh memerintah. Demikian beberapa
tempat yang lain. Saya berkhutbah membaca ayat-ayat Allah bagi memberi
motivasi kepada sidang Jumaat dan hakikat bahawa janji Allah pasti tiba,
hanya menunggu masa. Doa diteruskan, istiqamah dijaga, jangan turut
jalan orang yang jahil dan kerja Islam tetap berterusan.
yakin janji Allah, terus istiqamah (0)"




Tiada ulasan:
Catat Ulasan