Jumaat, 10 Mei 2013

CARILAH MB YANG BERAKAL DAN MENGGUNAKAN AKAL DENGAN BETUL DAN BAIK...ISLAM TAK BOLEH DISEKAT...ISLAM AGAMA ALLAH...SEDANG ALLAH HIDUPKAN KITA DAN BERI REZEKI...TAK KAN TAK PERASAN...ORANG TAK PERASAN NI BUTA TENTANG KEKUASAAN ALLAH SWT

Husam dan Azmin : Ujian Kesetiaan & Intergriti
Posted on Friday, May 10 @ 16:55:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: fairuzhafeez

"Picture from http://gosippolitikmalaysia.wordpress.com/ (Edited)

Pada pendapat saya, nilai kesetiaan diuji atas hati sanubari dua insan ini. Kedua-duanya masih belum masak ranum untuk diletakkan di barisan atas. Seharusnya kedua-dua insan ini mengikut rentak dan masa. Tiba masanya, jika layak dan mendapat sokongan akan dinobatkan menjadi nakhoda.

Elakkan meredah arus dan mengkritik dalam media terbuka tanpa sembunyi. Sesungguhnya rakyat dan pemimpin atasan sedang meneliti ketahanan kamu berdua mengawal keghairahan dan jiwa muda dalam membuktikan keupayaan kamu. Senioriti masih menjadi aspek penting dalam menentukan susur galur pimpinan. Kawal penyokong kamu melalui kepimpinan melalui teladan. Kami tidak mahu kecewa sekiranya kamu berdua gugur sebelum ranum. Ingat, jika jodoh tidak ke mana.
Fairuz Hafeez
Menulis Demi Cinta
http://fairuzhafeez.wordpress.com

...
Gambar dari http://gosippolitikmalaysia.wordpress.com (Edit Semula)


 UMNO yang licik....
Posted on Friday, May 10 @ 16:54:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: notan

"Assalamualaikum, ketika sebelum PRU 13 lagi , ramai sahabat yang bertanya saya apakah PR boleh menang?Jawaban standard dari saya, PR boleh menang berdasakan gelombang perubahan yang melanda negara tetapi macam biasa UMNO ini licik, jadi tidak boleh konfiden sangat selain bangkit qiam mohon pertolangan ALLAH.

Dalam kes Terengganu, saya percaya rakan rakan dalam jemaah sudah melakukan yang terbaik samada dari segi usaha, dakwah dan doa.Keputusan PRU 13 menjadi bukti segalanya.Tidak kurang juga sumbangan rakan rakan dalam PERANTAU yang mana kemuncak sumbangan mereka ialah mengerakkan pengundi yang berada di luar kembali mengundi.Saya juga melihat tren yang agak sama di negeri negeri lain walaupun kita kalah tanpa diduga.

Kelicikan UMNO sebahagiannya masih diizinkan dan sebahagiannya digagalkan ALLAH, kerana itu masih terdapat Bangla dan warga asing berjaya mengundi dan masih mampu SPR menipu dengan berbagai cara.Kita pasrah dan redha semuanya kerana dengan keizinan ALLAH, UMNO dapat menipu.Tetapi kita tidak boleh putus asa dengan pertolongan ALLAH.Kita insaf masih ada lagi perkara perkara yang menyebabkan kita tidak diizinkan ALLAH memerintah negeri dan negara seperti kata seorang sahabat dari PAS Termerloh dulu, orang Islam masih tidak layak memerintah, sebab itu ALLAH tidak bagi kemenangan lagi(sekarang Termerloh sudah dimenangi PAS).
Atas keinfasan itulah kita mesti teruskan usaha sambil muhasabah diri untuk mencari kelemahan iman yang mungkin terlepas pandang.Yakinlah kemenangan tidak datang sendiri tetapi diberi oleh ALLAH, dan kekalahan tidak bermakna perjuangan berakhir di sini.Saya teringat pula sebuah hadis yang antara lain bermaksud, Jihad akan terus berlangsung sehingga umat ini memerangi Dajal, ianya tidak terhalang oleh pemerintah yang adil...........(kalau tak silap riwayat Abu dawud).
Usaha terdekat ialah petisyen pilihanraya, sama samalah kita berusaha dan berdoa agar ALLAH yang berupaya membalik balik hati manusia akan membalikkan hati si hakim seandainya mereka diarah untuk menolak petisyen tersebut.
Walau bagaimana licik sekalipun UMNO tidak semestinya akan terus bertahan dengan menipu.Sampai masa UMNO akan hancur juga.Seandainya kita terpaksa berdepan dengan PRU 14, kesilapan tahun 2004 jangan diulang,kawasan yang sudah dimenangi harus dijaga  dengan mengambil kira kelicikan UMNO yang tidak pernah berakhir.Jangan lalai dan istiqamahlah dengan amal ibabat.Cukuplah ALLAH sebagai pelindung dan penolong.  

 Bagaimana Beramal Di Dalam Bulan Rejab?
Posted on Friday, May 10 @ 16:53:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: al-bahanj

"Tersebar di dalam masyarakat mengenai fadhilat-fadhilat bulan Rejab.  Para ulama telah banyak memberi komen mengenai kesahihan fadhilat yang disebar-sebarkan itu (boleh baca di sini).  Setelah mengetahui mengenai bahawa kesahihan fadhilat-fadhilat tersebut dipertikai, namun di sana masih ada galakan berdasarkan hadith sahih untuk kita ummat Islam melakukan amalan demi keredhaan ALLAH.  Teruskan membaca...

Bagaimana beramal di dalam bulan Rejab?

a)  Shiekh Mahmud Al-Sya`rawi di dalam menjawab satu pertanyaan mengenai apakah bulan dari bulan-bulan `am yang afdhal manusia berpuasa selepas bulan Ramadan, beliau memetik hadith berikut yang diriwayatkan oleh Musnad Ahmad:
“Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam, katanya:  “Bulan mana kamu perintahkanku berpuasa selepas Ramadhan?”
Maka Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam berkata: Jika aku berpuasa selepas Ramadhan, maka berpuasalah di bulan Haram, maka sesungguhnya di dalamnya dari Taubat Allah Subhanahu wa Ta`ala ke atas satu kaum, dan terdapat taubat di dalamnya untuk satu kaum yg lain.”
Jelas di sini menunjukkan bulan-bulan Haram ini disunatkan berpuasa dan juga terdapatnya keampunan ALLAH Subhanahu wa Ta`ala di dalam bulan-bulan tersebut.
b)   Bekas Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh `Abdul `Aziz Bin Baaz apabila ditanya berpuasa pada bulan-bulan haram, beliau menjawab:
“Bulan Muharram dari segi syara` dibolehkan berpuasa dengannya dan begitu juga Sya`ban, di sana terdapatnya 10 Zulhijjah, bukanlah ada dalil di sana ke atasnya, akan tetapi berpuasa dengannya TANPA beri`tiqad yang khusus (khas) atau pribadi, maka tidaklah menjadi masalah.”
“Bagi bulan ALLAH Al-Haram tersebut, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam pernah bersabda:  “Seafdhal-afdhal berpuasa selepas ramadhan ialah di bulan ALLAH Al-Haram”. 
Maka adalah baik untuk berpuasa, atau berpuasalah pada 9, 10 dan 11, itulah yg baik, begitu juga dengan Sya`ban di mana Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam berpuasa dengannya.”
c)  Seorang Ulama’ Islam dari negara Syria yang terkenal pada masa kini, Dr Wahbah Zuhaily mengatakan bahawa, kebanyakan imam empat mazhab (Syafi`i, Hanbali, Maliki dan Hanafi) bersetuju mengenai terdapatnya amalan berpuasa sunat di dalam bulan-bulan Haram ini, cuma ia berbeza pendapat mengenai cara implementasinya.  Kata Dr Wahbah Zuhaily:
“Keutamaan berpuasa pada bulan-bulan ini terdapat di sisi Mazhab Maliki dan Syafi`i, dan mazhab Hanbali berpuas hati dengan keputusan sendirinya memberi keutamaan berpuasa di bulan Haram, pada mereka itulah puasa yang afdhal selepas Ramadan, telah bersabda Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam:  “Seafdhal solat ialah pertengahan malam, dan seafdhal puasa selepas bulan Ramadhan ialah di bulan ALLAH Al-Haram”.  Seafdhal puasa di bulan Haram ialah Hari Al-`Asyura, sebagaimana di antaranya.  Dan berkata mazhab Hanafiah : Sunat berpuasa di dalam bulan-bulan Haram, iaitu berpuasa 3 hari dari semuanya iaitu :- Hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.”
d)  Shiekh Abdul Rahman Al-Jaziry di dalam buku Kitab Fikh Empat Mazhab juga memetik persetujuan 4 mazhab ini mengenai puasa di bulan-bulan haram, katanya:
“Mengenai sunat berpuasa di bulan Rejab dan Sya`ban, Imam-imam ini telah bersetuju dengannya, cuma terdapat khilaf dengan Hanbali………
Hanbali : Menetapkan puasa Rejab (secara tunggal) adalah makruh, melainkan jika ia berbuka (tidak berpuasa) secara selang-seli, maka tidaklah Makruh.”
e)  Panelist fatwa IslamOnline, Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradawi, ketika diminta memberi fatwa mengenai apakah berpuasa di dalam bulan Rejab itu sunat atau bid`ah, beliau telah menjawab:
“Berpuasa di dalam bulan Rejab adalah maqbul dan mustahab, ke atas semua perkara.  Tetapi bukanlah datang dari Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bahawa beliau berpuasa satu bulan penuh, melainkan bulan Ramadhan.  Baginda banyak berpuasa di dalam bulan Sya`ban, tetapi tidak berpuasa sepenuhnya, dan itulah sunnah nabawiyyah … Baginda berpuasa dan berbuka di setiap bulan, seperti riwayat mengatakan:  “Baginda berpuasa sehingga kami mengatakan beliau tidak berbuka, Baginda berbuka sehingga kami mengatakan beliau tidak berpuasa” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud).
Maka beberapa golongan manusia berpuasa seluruh bulan Rejab, sebagaimana yang kita lihat sebelum ini, Aku telah lihat beberapa orang berpuasa bulan Rejab, Sya’ban, Ramadhan dan 6 hari di dalam bulan Syawal, dan menamakannya “Al-Ayam Al-Baidh”, selepas berbuka, mereka akan menjadi perayaan pada hari yg ke 8 dari Syawal….  Hasil dari puasa ini ialah 3 bulan dan 6 hari saling berhubungan, mereka hanya akan berbuka apabila tiba Hari A’id.  INI TIDAK DATANG DARI NABI sallAllahu `alaihi wa sallam, atau pun dari para sahabat atau pun dari Al-Salaf Al-Saleh.. maka mereka berpuasa sehari dan berbuka sehari.  Tidak ada berterusan di dalam puasa.  Semua kebaikan adalah menurut Salaf dan keburukan adalah dari rekaan para Khalaf.  Barangsiapa yang ingin berittiba` (mengikut cara Nabi) dan inginkan ganjaran, maka ia harus mengikut Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam di mana tidak berpuasa sepenuhnya di dalam Rejab, dan tidak berpuasa sepenuhnya di dalam Sya’ban.  Dan ini adalah yang lebih utama. Wa Billahi Tawfiq.”
Beliau tegas mengatakan bahawasanya disunatkan berpuasa pada bulan-bulan Haram, tetapi tidaklah sepenuh bulan Rejab dan Sya`ban, kerana ini tidak dilakukan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam, atau sahabat-sahabatnya ataupun para ulama’ Salaf.
Puasa-Puasa Sunat yang Lain
Syeikh Muhammad Mutawali Al-Sya`rawi di dalam fatwanya menjawab persoalan mengenai puasa-puasa sunat, beliau telah menyenaraikan 8 jenis puasa yg beliau sifat sebagai:  “Puasa yang orang Islam lakukan bagi mendekatkan diri kepada Allah”.
  1. Hari `Arafah (9 Zulhijjah kepada mereka yg tidak menunaikan Haji).
  2. Hari `Asyura, di situ ada hari ke-9 atau mana-mana hari 9 atau 10 Muharam.
  3. Enam hari di dalam bulan Syawal.
  4. Hari-hari Putih didalam bulan-bulan Arab (Islam) iaitu:  hari 13, 14 dan 15.
  5. Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis di dalam setiap minggu.
  6. Berpuasa di dalam bulan-bulan haram iaitu:  Dzulkaedah, Dzulhijjah, Muharram dan Rejab.
  7. Berpuasa mana-mana dari 9 hari dari bulan Dzulhijjah, dari 1 hingga 9 Dzulhijjah.
  8. Berpuasa penuh di dalam Sya`ban atau dengan banyaknya. “
Para Fuqaha’ berpendapat jika seseorang itu ingin melakukan puasa sunat, tetapi dia masih mempunyai baki puasa wajib, hendaklah ia mengqadha’kannya.  Bahkan jika ia mempunyai kifarat dan nazar, maka hendaklah dia melakukannya puasa itu dahulu.
———-
*Baca juga:  Pandangan Beberapa Ulama Muktabar Mengenai Kesahihan Fadhilat Bulan Rejab
Allahu A`lam.  Maklumat di atas telah dipetik dari sebahagian jawapan Haji Kamin di Al-Ahkam.net.  Baca selanjutnya di sini:
 PASCA PRU 13 : Apabila Zam mahu "sunat"kan DAP.......pelik bin ajaib !
Posted on Friday, May 10 @ 16:51:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: tokpepijat

"

Suatu melucukan apabila barua Mahathir, Zam syorkan DAP bergabung dengan BN. 
Semua maklum sikap mantan Pengarang barua UMNO,UTUSAN terhadap PAS dan DAP.

Tiada yang pernah diperkatakan oleh mulut barua Zam tentang PAS dan DAP melainkan semuanya buruk dan negatif.

Semua tahu Zam itu UTUSAN dan UTUSAN itu Zam. Dan Utusan adalah lidah rasis UMNO.

Sekonyong-konyong selepas Cina dihentam hebat dan dihina oleh UTUSAN,Najib,Mahathir dan Ali Rustam, Zam cuba memberi "idea busuknya" .

Saranan Zam umpama seperti tangan kanan hulurkan salam tetapi di tangan kirinya memegang pisau untuk "membunuh".

Hati busuk Zam boleh dilihat kepada ayatnya yang berbunyi...." .........setelah negara dilanda Tsunami Cina yang mencedera parahkan nilai kejatian diri Malaysia,"

Hati karat biru Zam tetap mengatakan ini adalah Tsunami Cina. Maknanya pengundi Cina adalah rasis dan perkauman. Sama kepala dengan Najib  dan Mahathir.

Jadinya mengapa Zam syor DAP bergabung?

Tidak lain dan tidak bukan agar pakatan erat PAS dan DAP terlerai. Zam tidak takut dengan PKR. Ini kerana PKR masih ada "jiwa-jiwa" bekasan UMNO dalamnya yang boleh dijual beli.  Idealisme PKR masih bergoyah!

Zam dan UMNO paling takut dengan pakatan PAS dan DAP Kedua parti senior politik Malaysia ini mengancam survival BN terutama UMNO dan MCA.

Oleh itu Zam melihat, mesti ada usaha yang berterusan dan bersistematik untuk leraikan ikatan PAS-DAP.

Hasilnya, serang dari segenap penjuru, tidak kira masa dan saat.

PASCA PRU 13 : Apabila Zam mahu "sunat"kan DAP.......pelik bin ajaib !"


 Surat Terbuka Untuk Dato Seri Najib Tun Razak
Posted on Friday, May 10 @ 16:52:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: matuse68

"Kepada Dato Seri Najib Razak,

Saya adalah salah seorang anak malaysia yang berumur 27 tahun dan bekerja sebagai jurutera di salah sebuah syarikat multinasional di Kulim. Di sini, saya mengambil kesempatan ini untuk menyuarakan pandangan saya mengenai cara kerajaan bawah pimpinan anda melayan pandangan rakyat mengenai isu-isu yang mereka hadapi dan menjadi buah mulut sekarang.Saya boleh merumuskan bahawa pihak kerajaan BN melepaskan diri malah gagal menjawab sebahagian kesangsian rakyat mengenai - Rasuah, Kronisme,salah laku piliharaya dan sebagainnya. Malah iannya di layan dengan angkuh dan memberi jawapan berbaur perkauman sekaligus menyekat suara rakyat.

Pertama kali, tahniah diatas "kemenangan" parti Barisan Nasional pada pilihan raya umum yang lepas. "Kesungguhan" jenteran BN yang "bekerja kuat dan bertungkus lumus" memang "amat mengkagumkan" saya. Tahniah...

Selama kini, pihak menteri Barisan Nasional hanya pandai membuat pengumuman,memberi ayat-ayat yang cukup cantik dengan susunan subjek dan predikat yang teratur, memberikan sesuatu kepada rakyat dalam apa jua rancangan kerajaan. Barisan kabinet BN duduk dalam bilik Air Cond, dapat kereta dengan pemandu (gaji and duit petrol di bayar oleh wang kerajaan dari cukai rakyat), rumah kerajaan di mana kesemua perbelanjaan ini ditanggung oleh kerajaan pusat. Cuba letak diri anda dan barisan kabinet anda dalam pandangan rakyat miskin dan cuba menjalani kehidupan mereka dengan bergaji biasa seperti

1. Tanpa pemandu, body guard.
2. Sesak dalam kesesakam lalu lintas. Bangun awal ambil LRT tanpa sepcial route..
3. Bebanan hutang PTPTN..
4. Bebanan ansuran kereta..
5. Guna petrol pakai duit poket anda...
6. Beli sayur dan keperluan barangan harian..
7. Bayar bil bil bulanan..

Baru anda memahami apa itu keperitan dan kesusahan rakyat yang sebenarnya.Sebagai contoh, di Malaysia seorang graduan jurutera akan memperolehi ijazah sarjana muda dalam lingkungan 23-24 tahun. Dia bermula kerja pada usia 25 dengan gaji pokok RN 2500 dan dalam masa empat tahun, hasil akaun2 dalam KWSP nya adalah cuma mencecah jumlah ~ RM 10K di mana duit sebanyak itu memang tidak cukup untuk bayar wang pendahuluan (10%) bagi rumah idamaanya yang berjumlah RM280K. Tambahan pula, dengan bebanan PTPTN, ansuran kereta, di mana akhirnya hanya tingaal beberapa ringgit sahaja dalam akaunnnya. BR1M, MR1M KR1M adalah cuma "gula-gula" sahaja di mana rakyat tiada sentiasa mengharapkan untuk menyelesaikan masala seharian mereka. Adalah mustahil bagi COCA COLA sekali kala sahaja kepada rakyat, padahal rakyat sengsara di sebabkan dahaga. Fahami kehendak rakyat yang asas. Kita memerlukan satu penyelesaian yang kolektif dan menyeluruh yang dapat membendungkan masalah mereka. Setakat memberitahu depan pemberita dan klik cahaya lens kamera "Kita turun padang" di bawah bilik air cond, memang tiada hasil kepada rakyat... Jangan turun padang, malah sentiasa berada di padang. Itu yang kita hendak semua pemimpin laksanakan. Ambilah Mahatma Gandhi, Nelson Mandela sebagai contoh kepimpinan untuk kerajaan anda.Pemimpin yang sebenarnya adalah bukan setakat memahami kesusahan rakyat malah mengalaminnya dengan perasaanya sendiri. Cubala keluar dari lingkungan GELOMBANG BIRU BN YANG SELESA KRONI itu dan masuk, bertapak dalam lingukungan kehidupan rakyat yang biasa and feel the pain and gain. Trust me, you will be appreciated !!!.... Memang kebanyakkan pemimpin BN berasal dari keluarga miskin tapi zaman itu kita boleh beli roti kosong dengan 20sen dan hari ini ia adalah RM1.80. Jangan bandingkan kehidupan masa sila anda dengan kehidupan mereka sekarang.

Artikel penuh sila klik disini...

 Pasca PRU 13
Posted on Friday, May 10 @ 14:40:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: ziehar

"

PRU ke 13 dah berlalu dgn BN masih memegang tampuk pemerintahan dan PR disebelah pembangkang. Segala penat lelah selama 5 tahun nampaknya gagl membuahkan hasil sebagaimana yg dihajatkan.Apakah sebabnya? Majoriti Melayu diluar bandar terutama yg jauh dipendalaman dan felda masih berpegang teguh menyokong BN.

Walaupun byk ceramah penerangan telah dibuat namun masih gagal membuka minda mereka, kenapa? Sebabnya ialah kebanyakan penceramah menumpukan isu-isu besar dan rumait yg sukar difahami oleh masyarakat kampong.

Mereka tidak merasakan kesan perkara tersebut ke atas mereka, setengah mereka tidak nampak kesan pengurangan harga minyak dan penghapusan tol, kesan penurunan harga kereta, kesan GST dan sebagainya . Mereka hanya nampak BRIM,KRIM,bantuan sekolah, bantuan voucher buku, dan segala bantuan yg berupa wang ringgit tanpa mempersoalkan dari mana datangnya wang tersebut.

Ketidak sefahaman antara parti didalam PR telah menjejaskan peluang untuk menarik lebih ramai pengundi selain dr penyokong tetap PR. Isu-isu seperti hudud, negara Islam, pertindihan calon dihebah secara terbuka. Ini telah diambil peluang oleh stesyen TV dan akhbar pro BN untuk manipulasi isu-isu tersebut.

Tumpuan sepatutnya ditumpukan bagi melemahkan BN telah beralaih kpada serangan sesama sendiri. Presiden PAS secara terbuka menghentam calon PKR sebagai calon bidan terjun, pengedar pil kuda dan sebagainya. Ini bukan sahaja melukakan hati calon malah keseluruhan jentera kempen calon dan penyokong calon tersebut. Apakah tiada mesyuarat bagi koordinasi pemilihan calon dan DUN sebelum penamaan? Kenapa gelora ini hanya berlaku pada PAS dan PKR dan tidak pada DAP? Apakah ini bukti DAP lebih matang dalam politik berbanding yang dua tadi? Bunga-bunga perpecahan kerana merebut jawatan mula kelihatan di Selangor antara pemimpin PKR walaupun DAP dan PAS awal-awal dah bersetuju MB terus disandang oleh TSKI.

DiKelantan, isu dimainkan bila Dato’ Husam tidak dilantik sbg salah seorang exco. Apakah tempoh berkuasa yg lama mula menjadikan PAS Kelantan alpa? Sedangkan pada masa yg sama BN sudah mula nampak menerima sokongan rakyat. Kalau PAS tidak ambil tindakan membetulkan sebarang kelemahan tidak mustahil PRU 14 PAS boleh tumbang. Sejarah lalu jelas menjadi bukti betapa bijaknya warga Kelantan berpolitik. Tempoh lima tahun taklah begitu lama tapi cukup untuk atur strategi. BN tidak pernah berhenti dengan segala media yg ada. Lupakan segala perbezaan tapi lihatlah apakah persamaan dan kekuatan demi penyokong-penyokong yang telah  memberi amanah. Jangan kecewakan mereka dengan perkara remeh temeh. Laksanakan segera mana-mana manifesto yg boleh disegerakan jgn tunggu saat-saat akhir.

 Dua lapor polis untuk artikel Muka Hadapan Utusan Semalam
Posted on Friday, May 10 @ 14:45:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline



Utusan pecah rekod lagi, ini bukan pasal saman. Ini kes polis. Dua individu membuat laporan polis terhadap akhbar Utusan Malaysia berhubung artikel muka depannya kelmarin, yang didakwa mempunyai unsur hasutan.

Laporan berkenaan dibuat seorang pengurus, Chok Ying San, 39, dan peguam, Sin Yoong Ming, 43, yang menyifatkan artikel disiarkan cuba membakar sentimen perkauman dan permusuhan kaum di negara ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairy Ahrasa, berkata pengadu yang membuat laporan di Balai Polis Travers, memohon siasatan menyeluruh dijalankan ke atas akhbar berkenaan.

“Polis Kuala Lumpur sudah merekodkan dua keterangan dan akan memanggil pengurusan akhbar Utusan Malaysia dalam masa terdekat bagi membantu siasatan lanjut termasuk memberi keterangan,” katanya.

SELAGI HIDUP UMNO
SELAGI ITU UTUSAN MENJADI KEBAL (DAN BEBAL...)

Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com

  Ramai Yang Kecewa Dengan Azmin Hari Ini...
Posted on Friday, May 10 @ 14:36:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Shahbudin Husin

Sidang akhbar Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali begitu ditunggu-tunggu oleh semua orang hari ini. Ramai yang menyangka akan ada pengumuman mengejutkan dari beliau. Sejak ketidakhadirannya dalam perhimpunan di Stadium Kelana Jaya, Rabu lalu serta tweetnya yang menimbulkan pelbagai tafsiran, kedudukan dan masa depannya mula menjadi bualan.

Hubungannya dengan PKR dan Anwar juga mula diperkatakan. Ramai yang mengandaikan beliau akan keluar PKR, tidak kurang pula mensensasikan bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa.

Yang menyebarkan berita Azmin akan menyertai UMNO juga tidak kurang ramainya. Di laman sosial dan blog pula, pelbagai tafsiran mula diperkatakan mengenainya dirinya. Ada yang berkata jika beliau keluar PKR, bermakna seorang lagi anak Ali akan mewarnai politik Malaysia setelah Ibrahim Ali dan Dr Hassan Ali berbuat demikian sebelum ini.

Penjelasan Azmin dalam sidang akhbarnya sebentar tadi bahawa beliau akan terus kekal dalam PKR, tidak akan meletakkan jawatan, tidak akan meninggalkan perjuangan yang telah disertainya sejak 15 tahun lalu dan tidak akan menyertai UMNO, melegakan ramai orang yang mengharapkan beliau tidak mengecewakan perjuangan rakyat yang mahukan perubahan dan reformasi selama ini.

Dalam masa yang sama, UMNO yang mengharapkan Azmin akan berbuat sesuatu yang merugikan PKR, Pakatan Rakyat dan Anwar, turut kecewa dengan Azmin pada hari ini. Harapan mereka Anwar menjadi lemah, PKR dan Pakatan Rakyat akan kucar-kacir nampaknya tidak kesampaian. Azmin tetap bersama Anwar, PKR dan Pakatan Rakyat, malah rasa hormat Azmin terhadap Anwar sebagai bekas bosnya juga tetap tinggi apabila setiap kali menyebut nama Anwar beliau menyebutnya dengan panggilan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memang diakui bahawa politik Malaysia banyak bergantung kepada kelemahan pihak lawan. Kelemahan dan serangan terhadap pihak lawan sering diperbesarkan untuk meraih keuntungan. UMNO terutamanya, sejak tahun-tahun kebelakangan ini kelihatan amat bergantung kepada kelemahan itu untuk terus mendapat sokongan. Sebab itu mereka yang keluar dan meninggalkan PKR akan dipergunakan semahu-mahunya untuk menarik sokaongan rakyat.

Dengan keputusan pilihanraya 2013 yang tidak begitu memberangsangkan bagi UMNO dan memperlihatkan laluannya masih sukar dalam PRU 14 nanti, UMNO tentunya amat mengharapkan akan berlaku sesuatu yang menjurus ke arah perpecahan dalam rumahtangga lawannya.

Tersebarnya berita mengenai Azmin adalah berita yang amat ditunggu- tunggu oleh UMNO. Akhbar, blog dalan laman sosial pro UMNO sejak semalam lagi seperti tidak sabar-sabar menunggu berlakunya perpecahan dalam PKR dan Pakatan Rakyat. Ramai yang memainkan berita bahawa Azmin akan keluar PKR dan meninggalkan Anwar. UMNO seperti sudah menyediakan nyiru untuk menerima kehadiran Azmin. Jika Azmin berbuat berbuat seperti yang diharapkan oleh UMNO, tentunya ia merupakan pukulan paling hebat buat Anwar dan PKR.

Ia bukan saja kerana kedudukan Azmin sebagai Timbalan Presiden dan Pengerusi PKR Selangor tetapi juga kerana hubungannya yang lama dan begitu setia dengan Anwar sejak berpuluh tahun lamanya. Beliau umpama tangan kiri bagi Anwar sementara Wan Azizah adalah ibarat tangan kanannya.

Azmin mungkin ada sedikit kecewa dan ingin mengkritik sesuatu yang dirasakannya tidak betul dalam parti itu. Beliau jelas ingin maju ke hadapan dan mahu lebih fokus kepada PRU 14.

Yang pentingnya, Azmin tidak membawa perpecahan hari ini. Beliau kekal dan istiqamah dalam perjuangannya selama ini. UMNO dan musuh-musuh PKR mungkin kecewa dengan Azmin tetapi yang penting rakyat tidak kecewa dengan tindakan beliau pada hari ini. 


....
http://shahbudindotcom.blogspot.com



Betulkah Azmin dakwa Anwar minta siap sedia ganti Khalid??
Posted on Friday, May 10 @ 14:38:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menolak khabar angin beliau akan meletakkan jawatan dalam PKR, apatah lagi keluar parti dalam sidang media tadi, di pejabat Parti Keadilan Selangor.

Katanya khabar angi itu datangnya dari BN. Menurutnya keputusan untuk melantik sesiapa sahaja untuk menjadi Menteri Besar Selangor hendaklah diambil secara musyawarah. Sehingga kini, katanya adun-adun PKR di Selangor belum lagi dipanggil dan dirunding untuk melantik sesiapa pun sebagai menteri besar.


PKR Selangor telah membuat mesyuarat tergempar malam tadi dan membuat cadangan nama untuk menjadi Menteri Besar Selangor dan keputusan itu terlah diserahkan kepada presiden.

Azmin Ali juga mendakwa penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim memintanya bersedia untuk menggantikan Datuk Seri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor selepas Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh pada 2008 lalu tapi saya kata tidak (tidak terima).

Setakat ini isu mengenai MB Selangor PAS dan DAP telah berstuju mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Manakala di Majlis Kesyukuran PR di Dataran Shah Alam, 9 Mei lalu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ada menyebut "Ada orang kata sy kedekut,yaa!!..memang sy kedekut,sbb itu bukan duit sy,itu duit dan hak rakyat,berdosa besar jika sy salah guna duit rakyat,sy tak boleh beli syurga dgn duit..Sy akui tak berapa pandai berpolitik,tetapi sy pandai berniaga dan cari duit utk kerajaan negeri Selangor.."

Sebelum ini kepada Sinar Harian Azmin mengatakan PKR tak akan beri jawatan itu kepada nepotisme.

Jadi ada banyak kekeliruan dalam hal ini. Saya rasa macam tak berapa yakin dengan PC kali ini, hanya saya nampak ada melobi jawatan MB untuk kepentingan tertentu.

Jawatan MB Selangor penting dikekal kepada Tan Sri Khalid bagi menjamin kebangkitan rakyat tidak di'kotori' dengan tangan-tangan ghaib... walahualam.

Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com

Liang Lahad Untuk Kaki Ustaz Azizan
Posted on Friday, May 10 @ 14:26:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline

Gambar ini saya petik daripada album fb "Garis Media" dengan petikan caption Liang lahad untuk KEDUA BELAH KAKI Ustaz Azizan yang sedang digali di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena.

Liang bersebelahan dengan kubur Almarhum Dato' Ustaz Fadzil Mohd Noor. Sama-sama kita doakan semoga Ustaz Azizan serta keluarganya tabah..

Doakan keselamatan dan kesihatan Dato' Seri Azizan bekas MB Kedah..


..........
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com

  Masjid di Melaka tidak dipagar mulai sekarang
Posted on Friday, May 10 @ 14:28:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOfflineHari ini semua institusi masjid di negeri ini tidak akan lagi dipagar bagi memberi ruang yang luas di kawasan sekitarnya untuk digunakan bagi melaksanakan pelbagai program dan aktiviti rekreasi, kata Menteri Besar Baru Datuk Idris Haron yang menggantikan MB BENGONG sebelum ini.

Langkah ini baik, saya setuju boleh memastikan peranan masjid bukan setakat sebagai tempat ibadat tetapi juga membolehkan orang ramai berkumpul untuk menjalankan pelbagai aktiviti.

Peranan masjid kembali kepada peranan asalnya, institusi ini berperanan mengajak masyarakat, ahli keluarga dan golongan remaja mendekati rumah Allah.

Peranan masjid perlu dikembalikan seperti di zaman Nabi Muhammad SAW apabila masjid bukan sahaja dijadikan tempat ibadat tetapi pusat menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan menyelesaikan masalah.

Ini nak kuliah pun tak benar, kesian Ustaz Azhar... Ok Selepas ini kita panggil Ustaz Azhar untuk test Datuk Idris Haron.

......
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com

  Mohon Sumbangan Untuk Azhan Atan, Bekas Juara Akademi Nasyid.
Posted on Friday, May 10 @ 14:15:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: matuse68

" Mohon sumbangan untuk sahabat kita saudara Azhan Atan, bekas juara Akademi Nasyid.

Asslm'alaikum sahabat2 seperjuangan... Ana ketika ini mengalami masalah penglihatan yang semakin kabur & amat sukar untuk bergerak. Setelah menjalani pemeriksaan mata maka pembedahan buang selaput luar perlu di lakukan segera dengan anggaran kos hampir RM15K..


Ana mohon bantuan dari sahabat2 yg sudi membantu ana. Syukran 01014020259224 BANK ISLAM - AZHAN BIN ATAN.
Info terkini layari la INI KALILAH...







Tiada ulasan: