Dewan Ulamak PAS gesa MB Terengganu berlaku adil
Harakahdaily, | 12 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR:
Dewan Ulamak PAS Pusat berharap Menteri Besar dan para Exco Kerajaan
Negeri Terengganu yang baru dilantik menjadi pemimpin kepada semua
rakyat di negeri ini, tanpa mengira parti sama ada Barisan Nasional atau
pun PAS dan Pakatan Rakyat.
Setiausahanya, Dr Khairuddin Aman Razali (gambar) mengucapkan tahniah kepada Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said kerana dilantik semula menjadi Menteri Bear bagi penggal kedua.
"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada YAB Datuk Seri Ahmad Said atas pelantikan semula beliau sebagai Menteri Besar negeri Terengganu. Begitu juga ucapan tahniah kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang terpilih dan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu,
"Doa saya agar mereka semua menjadi Menteri Besar dan Exco untuk semua rakyat, kerana kita perlu pergi ke arah politik matang," ujarnya dipetik Buletin Online.
Beliau selaku Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar dan Exco Kerajaan Terengganu yang telah diadakan di Istana Maziah, Kuala Terengganu, semalam.
Beliau menegaskan, berasaskan prinsip perlembagaan negara setiap rakyat berhak memilih parti yang mereka mahu dalam pilihan raya dan kerajaan yang memerintah adalah milik seluruh rakyat negeri Terengganu.
Maka, katanya, mudah-mudahan mereka menjadi pemimpin yang adil sebagaimana seperti kata Nabi SAW yang bermaksud 'antara yang diberi naungan di padang Mahsyar nanti adalah seorang pemerintah yang adil'.
Gambar diperoleh daripada FB. Kredit kepada empunya gambar.
Jumaat, 10 Mei, saya cuti sakit. Khabar awal wartawan Harakah, Azamin Amin, yang memaklumkan bekas Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abd Razak terpaksa dipotong kedua-dua kakinya di bawah paras lutut menyebabkan saya agak "terkedu" di malam Jumaat itu. Hiba dan sebak. Tambah pilu mengenangkan Kedah jatuh hanya selepas sepenggal diterajui PAS-Pakatan.
Mulanya kolum ini tidak dapat diisi walapun saya sudah berjanji untuk menganalisis keputusan PRU13. Terpaksa ditangguhkan. Apa pun, hasrat saya untuk berehat lebih panjang terpancung apabila Dr Dzulkefly Ahmad menelefon. Mendengar suara lemah saya, AJK PAS Pusat itu cepat memintas, dengan nada ceria: "Kita yang kalah pun masih cergas."
Saya menyambutnya dengan ketawa kecil, sekali gus menyedari setiap kita mempunyai masa yang terbatas, dengan beban kerja menimbun. Dr Dzul yang kalah tipis di Kuala Selangor, dengan perbedaan 460 undi, sempat menjelaskan hasratnya untuk kembali aktif dalam Pusat Penyelidikan PAS (PPP) dan bersama rakan-rakan yang lain mengukuhkan parti.
Segera saya terkenang pemimpin PAS yang tidak menang dalam PRU13, antaranya, Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Husam Musa, Tuan Ibrahim Tuan Man, Mazlan Aliman dan lain-lain lagi.
Pastinya Parti Islam, yang mempunyai bilangan ahli Parlimen (21) paling kecil berbanding KeADILan (30), apatah lagi DAP (38), memerlukan gabungan tenaga kepemimpinan lebih cergas, tangkas dan berwibawa untuk mendepani cabaran lebih sukar dan kompleks. (PAS mempunyai 85 Adun, KeADILan 49 dan DAP 95)
Seorang pembaca menjolok idea melalui SMS: "Mereka yang tewas ini tentu mempunyai lebih banyak masa bagi mencetuskan proses 'peremajaan parti', terutama untuk mendekatkan imiginasi orang muda dengan PAS."
Tentu sekali, dalam konteks dalaman, ramai mula membicarakan soal post-mortem secara tidak rasmi. Meskipun bedah-siasat keputusan PRU13 mungkin tidak begitu relevan dengan situasi sekitar PRU14 nanti, namun proses muhasabah dan koreksi diri, amat penting dan mendesak untuk kelangsungan mana-mana organisasi.
Ya, amat sedikit, malah boleh dikatakan hampir tiada pihak yang berani meramalkan berlaku kejutan di Terengganu sehinggalah selepas nama-nama calon diisytiharkan. Hinggakan ramai juga aktivis PAS di sana yang tersentuh apabila sering disebut, walaupun dalam nada berseloroh: "Kalaupun Pakatan dapat kuasai Putrajaya, negeri Terengganu kekal di tangan pembangkang, kali ini BN."
Di Kedah, seperti saya cuba lakarkan menerusi pemerhatian di hari terakhir sebelum mengundi, petugas PAS langsung tidak terhidu mereka boleh dikalahkan, walaupun pada pengamatan saya, "kita tuai apa yang telah kita tanam," selain proses pilihan raya penuh ketempangan dan penipuan. Sebagai penyandang, prestasi Kerajaan Pakatan Kedah juga wajar dinilai secara jujur dan kemungkinan ia menjadi penyebab utama kekalahan tidak diduga itu.
Tanpa merujuk analisis mendalam, saya kira keseluruhan keputusan PRU13 boleh dianggap satu peningkatan membanggakan buat Pakatan. Bukan mudah berdepan kempen yang cukup tidak seimbang, khususnya mainan media, terutama TV dan akhbar harian.
Tonton saja Buletin Utama TV3; iklan-lagu politik bersilih ganti, dengan laporan berat sebelah yang menjolok mata. Awani yang kelihatan mahu bebas juga terperangkap, apatah lagi RTM dan stesen TV Media Prima yang lain, serta tidak terkecuali TV Al-Hijrah.
Sebagai pengamal media, saya sebenarnya lebih cenderung untuk melihat akses media yang seimbang untuk semua parti dan calon yang bertanding, berbanding keputusan PRU13. Tuntutan Bersih awalnya seperti mahu diberi respons munasabah oleh Dr Rais Yatim, menteri berkaitan, tetapi akhirnya tawaran slot 10 minit menjadi jenaka dan hilang terus bila beliau tidak terpilih sebagai calon BN di Jelebu.
Dalam forum sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia 2013, anjuran Aidcom, Unisel dan akhbar Sinar Harian, pada 3 Mei (dua hari sebelum mengundi) di Shah Alam, saya menekankan impian agar institusi "semak dan imbang", yang berperanan sebagai "anjing penjaga" seperti media bebas dapat diperkukuhkan.
"Siapa pun yang menang Isnin 5 Mei nanti, kita mahu suara, rintihan dan keluhan rakyat didengar. Dan penguasa hanya dapat mendengarnya melalui kewujudan media independen, yang tidak diganggu dengan pelbagai peraturan karut-marut seperti sekarang," tegas saya dalam forum yang disertai A Kadir Jasin, Fathi Aris Omar dan moderator Abdullah Ahmad.
Malangnya, sepanjang kempen, saya perhatikan media di Malaysia -- yang dikawal melalui Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, serta ditambah proses hak milik yang primitif -- bertindak tidak lebih daripada perkakas bagi BN. Tiada lagi kewarasan dan kebijaksanaan.
Pengecualian hanya kepada Sinar Harian. The Star kembali menjadi lidah rasmi MCA, dengan siaran iklan politik yang menyerang bertubi-tubi PAS dan DAP. Usaha DAP untuk membeli iklan menjawab tohmahan itu ditolak mentah-mentah. Akhbar-akhbar parti seperti Harakah, Suara Keadilan dan Roket berada dalam liga tersendiri dan tidak adil untuk dinilai "kebebasannya".
SPR langsung tidak berperanan untuk membentangkan "padang permainan sama rata" dalam PRU13. Penggunaan jentera dan kemudahan kerajaan secara berleluasa terang-terangan dibiarkan begitu saja. Ia tidak bertindak sebagai pemudahcara untuk mendapatkan akses media.
Malah, peratus keluar mengundi yang luar biasa itu, menyamai fenomena Terengganu 2004, ditambah pembuktian dakwat kekal yang tidak kekal, selain proses undi awal yang mencurigakan, menjadikan SPR kuda tunggangan atau satu lagi parti komponen BN!
Ramai pembaca dan kenalan, sejauh Miri dan Parlimen Sibuti di Sarawak serta Tanjong Karang dan Kuala Selangor, menghubungi saya memaklumkan salahlaku jentera BN, khususnya menerusi politik wang.
"Di sini, sehari sebelum mengundi, Sabtu, petugas kempen PAS dari kampung dan rumah panjang beritahu saya, BN tabur duit, RM1,000 satu keluarga kepada pengundi yang nampak kuat sokong Pakatan dan RM500 satu famili kepada yang kurang kuat Pakatan," petikan SMS aktivis PAS Miri menceritakan situasi kempen di Sibuti.
Walaupun tidak berkesempatan turun ke akar umbi selepas Parlimen dibubarkan -- kecuali di satu dua lokasi sahaja -- untuk menghayati harapan tinggi pengundi, yang berkobar-kobar beriltizam membuat perubahan menyeluruh, namun saya tetap dapat merasai tsunami politik yang jauh lebih besar berbanding 2008.
Di samping persiapan Pakatan yang ternyata lebih rapi dan sistematik, dengan penampilan calon berkualiti, ramai yang saya temui berkata merekw tertarik dengan kandungan manifesto Pakatan yang cukup memikat, bukan hanya buat generasi muda tetapi rakyat umumnya.
Justeru, saya dapat memahami perasaan penyokong Pakatan selepas keputusan PRU13 diumumkan, sehingga menarik lebih 120,000 hadir ke Stadium Kelana Jaya, 8 Mei, walaupun dengan notis cukup singkat, untuk menzahirkan bantahan dan protes terhadap perjalanan pilihan raya.
"Memang aku dan keluarga tak dapat masuk, sesak sungguh jalan malam itu, tersekat di mana-mana, tapi kami berpesta bagai adik berani. Bohong kalau orang kata lebih 80 peratus yang hadir Cina," kata seorang teman dari Gombak.
"Rakan-rakan sepejabat saya, yang baru kali pertama mengundi, Melayu, Cina dan India, turun awal ke Kelana Jaya, bersama-sama membantah. Mereka masih terkejut besar mengapa Pakatan tidak dapat membentuk kerajaan," kata seorang anak muda, kakitangan bank, dekat Kg Pandan, yang secara kebetulan berjumpa saya, ketika makan malam di Bandar Baru Bangi, baru-baru ini.
Benar, kemenangan majoriti besar Selangor cukup menyenangkan, begitu juga penguasaan bergaya di Kelantan dan Pulau Pinang, tetapi kekalahan di negeri-negeri lain cukup memeranjatkan. Riak dan gelombang semasa kempen bagai tidak diterjemahkan sepenuhnya paa hari pengundian, ataupun ia disanggah komplot penipuan terancang?
Meneliti undi popular yang diperolehi BN di peringkat persekutuan, hanya sekitar 47 peratus, iaitu kemerosotan 4 peratus berbanding 2008, tapi mendapat 60 peratus kerusi daripada 222 kerusi Parlimen, ia sudah cukup kuat untuk mendesak satu perubahan ke atas sistem First Past-The-Post yang diamalkan selama ini.
Bagi strategis pilihan raya DAP, Ong Kian Ming, keputusan PRU13 menunjukkan sebanyak 46 kerusi Parlimen BN dimenangi dengan undi di bawah 55 peratus, manakala kerusi Pakatan yang terbabit berjumlah 30. Kerusi-kerusi marginal ini akan menjadi medan pertarungan sengit dalam PRU14 nanti.
Menurut Dr Khairuddin Malik, Setiausaha Pakatan Rakyat Perak, jumlah undi yang diperolehi BN negeri itu di peringkat Dun ialah 506,947 (44.4%), berbanding undi untuk calon Pakatan, 590,344 (51.7%). Ini bermakna undi lebihan Pakatan sebanyak 43,893 atau 3.84% daripada jumlah keseluruhan undi.
SPR akan mengadakan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun ini. Dalam keadaan BN tidak mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen, proses untuk menambah bilangan kerusi Parlimen, hanya dapat dijalankan dengan kerjasama Pakatan.
Saya tidak pasti apakah proses melukis sempadan kawasan pilihan raya tanpa penambahan kerusi Parlimen boleh dijalankan tanpa majoriti dua pertiga BN? Sebagai parti pemerintah yang hampir tewas, sudah pasti proses persempadanan semula ini menjadi senjata utama untuk BN mempertahankan kuasanya.
Secara peribadi, saya menyokong penuh usaha tangkas Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan Pakatan seluruhnya, untuk membangkitkan kesedaran awam menuntut proses pilihan raya bersih, telus dan bebas, tanpa menunggu masa lebih lama.
"Kita bukan persoalkan keputusan kalah atau menang tetapi apakah perjalanan PRU13 itu adil atau tidak? Sistem pilihan raya bukan hanya dinilai selepas pembubaran Parlimen atau semasa berkempen, apatah lagi pada hari mengundi sahaja, ia satu proses menyeluruh," katanya kepada saya, mengulas suara sumbang yang mempertikai siri perhimpunan "Black505".
Dalam masa sama, seperti warga lain yang prihatin, saya begitu bimbang dengan kempen perkauman yang dibakar dengan marak sekali, terutama oleh Utusan Malaysia. Rupanya ia tidak berakhir selepas BN diisytihar menang, malah api merbahaya itu dinyalakan lebih besar lagi.
Sorotan berita dan analisis pasca PRU13 dibuat dari persepsi jahat, jelas bermotif untuk membangkitkan rasa tidak senang antara kaum, dengan meletakkan masyarakat Tionghua dalam kandang orang salah.
Perdana Menteri, Najib Razak dan mentornya, Dr Mahathir Mohamad boleh dianggap menyalakan mancis untuk membakar sentimen perkauman ini. Dalam siaran Buletin Utama TV3 sebentar tadi, Jumaat 10 Mei, tidak semena-mena ditonjolkan S Nallakaruppan, yang membangkitkan soal 13 Mei dan "amarah orang Melayu terhadap bantahan masyarakat Cina terhadap keputusan PRU13".
"Sudah melampau TV3 ini," rungut saya kepada isteri. Sakit kepala saya tambah mencucuk, dengan laporan tidak bertanggungjawab itu.
Dalam pada itu, beberapa rakan turut terpedaya dengan dakyah kalangan tertentu yang mendakwa pengundi Cina hanya memberi sokongan kepada calon DAP tetapi tidak memilih calon PAS di kawasan sama.
Mereka merujuk keputusan di Gelang Patah apabila Lim Kit Siang menang dengan majoriti hampir 15,000 undi. "Salahuddin Ayub yang bertanding di Dun Nusa Jaya, di bawah Parlimen Gelang Patah, kalah dengan majoriti 2,200 undi. Ini bukti pengundi Cina hanya mahu DAP menang, dan bukannya PAS," kata rakan itu, mengulangi tohmahan Umnp.
Saya terus menyanggah: "Cuba tengok satu lagi Dun di bawah Gelang Patah, iaitu Skudai, yang ditandingi calon DAP, Dr Boo Cheng Hau, dia menang lebih besar, majoriti lebih 18,000. Maknanya, undi itu seimbang, hampir semua pengundi Kit Siang menyokong Salahudin, begitu juga sebaliknya. Takkan sifir semudah itu pun tak faham."

(Gambar) Puluhan ribu di himpunan Black505 Batu Kawan
http://duniacacamarba.blogspot.com, | 12 Mei 2013 |
[Koleksi Gambar] Puluhan Ribu Rakyat Malaysia di Perhimpunan BLACK505 di Batu Kawan, Pulau Pinang
Gambar diperoleh daripada FB. Kredit kepada empunya gambar.
PRU13: Mari kita bantah dan muhasabah
Ahmad Lutfi Othman, | 12 Mei 2013 |

Malunya tapi pasti ramai lagi yang tak malu, kan?
http://mountdweller.blogspot.com, | 12 Mei 2013 |
Iiii.....Malunya! Tapi Pastinya Ramai Lagi Yang Tak Malu Kaann?
Takyah nak fikir, takyah nak ulas!
Kalau dah penipu takyah nak malu....
sumber
Janji: MCA lepas tangan terhadap Cina bandar
Harakahdaily, | 12 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Ahmad Shah (gambar)
menempelak sikap MCA yang menarik diri dan berlepas tangan dengan
janji-janji mereka kepada orang Cina Kuala Terengganu pada Pilihan raya
Umum ke-13 minggu lalu.
Beliau dukacita dengan tindakan MCA mengarahkan orang-orang Cina di bandar bertemu dengannya dan Adun Bandar, Azan Ismail bagi menyelesaikan janji yang dibuat oleh MCA sendiri.
Katanya, sikap MCA menutup pejabatnya itu 'tidak comel', kurang sabar dan tidak bertanggungjawab terhadap rakyat, sedangkan MCA masih merupakan komponen BN yang masih memerintah negeri dan negara.
"Nampak gayanya MCA telah bertindak untuk menakut-nakutkan kaum Cina, padahal dia yang buat janji, dia dah tutup pejabat, sepatutnya dia yang menyelesaikannya.
"Bagaimana pun kita tidak menolak, walau pun dia yang membuat janji asalnya, tapi insya Allah kita akan ambil tindakan apa-apa yang dipersetujui oleh MCA dengan orang-orang Cina, tapi kita tidak dapat penuhi semuanya," jelasnya dipetik Buletin Online.
Oleh itu, beliau berkata, pihaknya telah membuka sebuah pusat khidmat Ahli Parlimen Kuala Terengganu di sebelah kedai KFC berhadapan dengan Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).
Pada 9 Mei lalu, beliau telah menubuhkan Sekretariat Pusat Khidmat tersebut, menyiapkan keperluan pejabat dan orang-orang Cina bandar boleh mendapatkan khidmat bermula hari ini, 12 Mei.
Menurutnya, pusat tersebut akan beroperasi pada waktu pejabat, lima hari seminggu, Ahad hingga Khamis dan setiap aduan rakyat akan ditangani oleh seorang petugas daripada Pakatan Rakyat.
Justeru, menurut beliau, orang Cina di bandar Kuala Terengganu tidak perlu resah dan risau, walaupun wakil MCA tidak ada kerana telah kalah dalam PRU13, wakil-wakil masyarakat Cina dari Pakatan Rakyat khususnya DAP akan memberikan khidmat mereka.

Ahmad Said MB terbaik untuk menangkan PAS
., |
Ke hadapan MB,
Kami warga pengundi N25 Bukit Besi meyokong penuh usaha MB Terengganu, DS Ahmad Said yang tidak menyenaraikan kawasan-kawasan BN kalah dalam projek perumahan rakyat seperti mana dirakam dalam sidang media selaku MB, ehem. DS sungguh kacak dengan gaya bahasa yang sungguh lunak by-the-way.
Sewajarnya usaha ini mendapat dokongan segenap penyokong BN di seluruh Terengganu, termasuklah Dun yang kalah supaya sedar dan insaf supaya dalam PRU14 mereka berusaha dengan lebih gigih untuk bagi memenangkan BN di tempat tersebut. Ini merupakan satu proses tamrin, agar ahli BN di Dun yang kalah mendapat pengajaran. Benar sungguh teori DS, orang yang kalah tidak wajar diberi muka.
Jarang ada ahli BN yang berfikiran jauh seperti DS, sewajarnya pihak berwajib mengusahakan untuk ditubuhkan Institut Pemikir Ahmad Said (iPAS) bagi melahirkan lebih ramai orang yang berdaya-fikir tinggi seperti DS. Tidakkah DS terlintas untuk membuat ujian IQ, manalah tahu mungkin DS sudah termasuk di kalangan ahli genius dunia setaraf dengan Stephen Hawking?
Begitupun Datuk Seri, bukankah di kawasan yang BN menang pun terdapat penyokong PAS? Sepaptutnya DS menyaring dengan sungguh-sungguh agar orang PAS langsung tidak mendapat apa-apa sepanjang pemerintahan legasi DS. Ini amat penting sementelah mereka bukan pengundi BN dan pengundi PAS yang ramai inilah asbab kegagalan BN Terengganu mengekalkan 2/3 dewan.
Dalam pada itu, tidaklah kami terlupa untuk bersyukur kepada BN, kerana walaupun YB kami biasa-biasa sahaja, namun DS tetap memberikan beliau peluang untuk menjawat salah satu Exco Negeri. Ternyata, fitnah media alternatif yang menyifatkan DS tidak prihatin dan samseng adalah tidak berasas sama sekali.
Kami berazam dalam PRU14, kami akan menjadi key-player dan bukan lagi pemain import bagi memperhebatkan usaha bersama sekalian petugas Bukit Besi bagi menggiatkan dakyah betapa DS adalah MB yang terbaik untuk memenangkan PAS selepas ini.
Hidup 'Id !! Hidup 'Id !! Hidup 'Id !!
Sekian daripada saya.
Izzat Ghazali dan kawan-kawan.
Pengundi Dun Bukit Besi Luar Kawasan.

Ahmad Said memalukan rakyat Terengganu lagi
Muhammad Hanif Ali, |
Kenyataan
Datuk Seri Ahmad Said setelah sahaja selesai majlis angkat sumpah
sebagai Menteri Besar mungkin mengejutkan banyak pihak. Ia nampak angkuh
dan meroyan tak sedarkan diri. Tetapi ia mungkin sesuatu perkara yang
biasa bagi rakyat Terengganu sentiasa mengikuti perkembangan serta
kenyataan MB Terengganu tersebut.
"Development
will continue as promised, nonetheless construction of affordable
houses will not be built in the state constituencies we lost, we will
build in the areas won by BN,"-Bernama
Ia kenyataan politik berbaur provokasi dan
sombong malah tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang yang bergelar
MB. Tugas yang sepatutnya memastikan urus tadbir kerajaan negeri
berjalan lancar dan kesemua rakyat dapat menikmati keharmonian secara
bersama bertukar kepada kerelaan untuk rakyat membenci kerajaan dan
bersedia menghadapi kejatuhan kerajaan yang hanya mendapat majoriti dua
kerusi itu.
Jauh
sekali berbeza dengan sikap serta kenyataan yang dikeluarkan oleh MP
Kuala Nerus, YB Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS). Beliau
mengucapkan tahniah kepada MB Terengganu yang selamat mengangkat sumpah
serta mengajak seluruh wakil rakyat di negeri tersebut menunaikan amanah
kepada seluruh rakyat tanpa mengira parti.
Dengan
keyataan Datuk Seri Ahmad Said itu, dalam tidak sedar itu telah
melukakan hati mereka yang setia bersama BN dan berada di kawasan yang
dimenangi PAS. Seramai 139,729 orang! ‘Berita gembira’ pula untuk
penyokong PAS yang berada di kawasan yang dimenangi BN seramai 111,630
orang.
Beliau
jelas masih gagal untuk memahami perbezaan antara tugas kerajaan dan
tugas parti. Sikap susah faham atau malas nak cuba faham ini mungkin
boleh diterima jika ia datang dari seoarang pentaasub parti, tetapi ia
sangat memalukan apabila keluar dari mulut seorang MB.
Hakikat
sebuah parti politik hanyalah satu badan mereka yang bersatu untuk
bersama membina kepentingan negara melalui prinsip-prinsip tertentu yang
telah dipersetujui secara kolektif. Kerajaan yang dibentuk pula
menyediakan kemudahan untuk kesejahteraan rakyat secara keseluruhan.
Ianya dengan seruan Islam yang mewajibkan pemerintah paling tidak
menyediakan tiga keperluan asas untuk rakyat iaitu makanan, pakaian dan
tempat tinggal.
Keengganan
beliau untuk meneruskan pembinaan rumah mampu milik di kawasan yang
tidak dimenangi oleh BN jelas menunjukkan bahawa beliau gagal memahami
konsep KEADILAN yang merupakan tema paling utama di dalam Al-Quran. Saya
merasakan sangat elok jika para ‘alim ulama dan NGO yang komited
membela ‘Melayu Islam’ mengadakan talaqqi (pengajian) khusus untuk Datuk
Seri MB berkaitan Tafsir Surah Al-Maidah, ayat 8 serta Tasir Surah
An-Nisa’, ayat 58. Kalau tak faham juga, maka ia merupakan ‘zaman gelap’
untuk rakyat Terengganu, dipimpin oleh MB yang susah faham.
Bagaimana
mungkin bagi rakyat di bawah dapat memenuhi semangat ‘rakyat mengasihi
kerajaan’ jika pemerintah di atas sendiri yang meniupkan api kebencian
dan politik balas dendam. Politik matang membentuk sistem politik
dwi-parti yang berfungsi sebagai mekanisme semak dan imbang. Rakyat
hanya perlu memilih antara parti yang lebih baik dan parti yang baik.
Tetapi politik Datuk Seri Ahmad Said masih jauh ketinggalan di belakang
yang menganggap sistem dwi-parti sebagai mekanisme balas-budi dan dendam
kesumat lantas memaksa rakyat untuk membuat keputusan memilih antara
parti yang bodoh sombong dan parti yang berfikiran terbuka.
Saya
bahkan seluruh rakyat Terengganu sangat mengharapkan beliau lebih
berfikir secara praktikal. Politik kepartian sudah masanya untuk
dihentikan. Beliau yang mewakili BN perlu melanggani konsep parti
mengusai kerajaan secara lebih cermat dan teliti supaya urusan kerajaan
negeri dan urusan rakyat dapat dilaksanakan dengan baik.
Berhentilah
dari mengeluarkan kenyataan dan melakukan tindakan yang jelas menggugat
kewibawaan dan profesionalisma beliau sebagai Menteri Besar. Sikap
sebegini jika diteruskan hanya menguatkan lagi semangat kem Idris Jusoh
untuk mengatakan, ‘Mat Said memang tak layak jadi MB!’.
Biarlah ikhlas dalam berbakti, barulah kebencian rakyat dapat dihenti.
Rakyat Terengganu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan