Ahad, 12 Mei 2013

SEMUA TAK MENGAKU...MAKNANYA MEREKA TELUS DAN TAK TIPU...BAGUSLAH...BUKTINYA YANG YANG DIKEHENDAKI MUNGKIN JELAS DENGAN VIDEO DAN GAMBAR...BOLEH DIUJI KETULENAN...JANGAN BIMBANG...JANGAN BIMBANG JUGA...SEBAB KITA ADA HAKIM MAHA AGONG...ADA PENGHUKUM MAHA AGONG...KITA ADA KETUA MAHA AGONG...SEGALA2NYA IA MAHA ...SAPE DIA...DIA ITU IALAH 'ALLAH'...MANA PENJAHAT2 NI NAK LARI...JADI KITA TUNGGU MEREKA NI DIHUKUM DIAKHIRAT...DIDUNIA MUNGKIN LEPAS ....INSYAAALLAH DIDUNIA MEREKA JUGA DIHUKUM...DENGAN DISESAT OLEH ALLAH HINGGA DIHUJUNG NYAWA...NI JUGA HUKUMAN ALLAH SWT...INGAT JUGA KITA DAH TUA2...BERMAKNA TARIH KEMATIAN KITA DAH DEKAT..HARI INI BOLEH KETAWA...BOLEH BERCAKAP...BOLEH ANGKAT TANGAN...ESOK KITA DAH DALAM KUBUR...TAK MUSTAHIL BERLAKU JIKA NI KEHENDAK ALLAH SWT

‘Penggeli pundi-pundi’ jadi beban kepada Najib

Harakahdaily, 12 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Kali ini sahajalah peluang bagi Najib untuk memperbetulkan keadaan. Itu pun jika beliau mempunyai keberanian yang kuat.

Justeru, Najib perlu paparkan barisan yang baru walaupun dari kalangan yang kuat memberikan kritikan terhadap beliau.

“Apa faedahnya hanya mengambil mereka yang mengampu dan yang hanya tahu ‘menggeli pundi-pundi’ beliau sahaja kerana mereka ini akhirnya akan menjadi beban kepada beliau,” tulis Aspan Alias di dalam blognya.

Menurutnya, apabila Najib dalam masalah mereka bukannya boleh membantu tetapi sebaliknya akan menambah beban demi beban terhadap negara dan beliau sendiri.

Bagi Aspan, mereka itu tidak akan lagi bersama beliau apabila beliau dalam masalah apatah lagi semasa persaraan beliau nanti.

“Najib perlu ingat kehidupan yang paling pahit ialah apabila semasa akhir hayat dan dalam persaraan kita dihina oleh masyarakat, lebih-lebih lagi ditinggalkan kawan-kawan dan sahabat yang pernah bersama kita,” tulisnya lagi, sebagaimana di bawah.

Pilihanraya ke-13 merupakan pilihanraya yang paling mahal sekali dalam sejarah negara merdeka. Ia disebabkan kerana membuat persediaan untuk mempertahankan kerusi BN setelah mengalami keputusan buruk pada pilihanraya sebelumnya pada tahun 2008 dahulu. Mahu tidak mahu, semua mesti mengakui ianya amat mahal kerana persediaan itu melibatkan perbelanjaan yang dilakukan secara ‘ad hoc’ kepada rakyat dalam berbagai-bagai bentuk untuk menawan hati rakyat.

Tetapi keputusan tetap lebih buruk kerana keseluruhannya BN telah mendapat hanya 133 kerusi, 7 kerusi kurang dari pilihanraya yang semasa itu dianggap yang terburuk pada 2008 dahulu. Dengan keputusan yang baru ini, ia menunjukkan BN terpaksa melakukan perkara yang baru, jika mahu disebut kembali seperti yang saya sebut dalam posting yang lepas, iaitu melakukan perkara yang belum pernah terfikir oleh kita semua.

Memindahkan situasi politik dari situasi sekarang kepada situasi yang baru dengan jujur akan membawa rakyat kepada ‘ambience’ politik yang berbeza sedikit sebanyak akan membantu menenangkan pemikiran rakyat yang tidak berpuas hati dengan situasi dan keadaan persekitaran politik hari ini. PM Najib perlu memahami apa yang menjadi sebutan ramai yang tidak baik di bawah ini. Beliau mesti memahami semua masalah sebelum beliau berfikir untuk mencuba menyelesaikannya.

Bawalah rakyat berfikir ke persekitaran politik yang baru. Jangan lagi memaparkan peribadi yang sudah dipersoalkan oleh ramai terutamanya berhubung dengan rasuah dan menyalah gunakan kuasa. Tunjukkan yang Perdana Menteri sekarang benar-benar serius untuk memerangi rasuah dengan tidak memasukkan mereka yang sudah mempunyai stigma dan terbukti rasuah dari segi moralnya.

Selama ini rakyat sudah boleh meneka siapa yang akan dimasukkan ke dalam Jemaah Menteri kerana kebiasaannya pimpinan hari ini akan hanya memberikan jawatan penting itu kepada kroni dan rakan kerana kepentingan bersama dalam perniagaan. Inilah persepsi sebenarnya yang menjadikan ramai di antara rakyat sudah membenci UMNO dan BN itu. Rakyat sudah mempunyai persepsi buruk terhadap pemimpin yang sukar dihilangkan.

PM Najib pada persepsi mereka, akan meletakkan terus sahabat-sahabat beliau di dalam Jemaah Menteri orang-orang yang telah terbukti melakukan rasuah politik dan telah pun diambil tindakan terhadap mereka. Tetapi rakyat beranggapan yang Najib akan meletakkan mereka kembali dalam kabinet semata-mata kerana kepentingan politik beliau.

Jika keadaan ini masih berlaku salahkan rakyat berselindung di sebalik parti-parti pembangkang dan melakukan protes secara politik yang telah pun terbukti menjahanamkan imej kerajaan itu? Lagi pun jika mereka lakukan protes politik dan berusaha menukar kerajaan yang mereka sudah tidak yakini itu merupakan hak mereka kerana menukar kerajaan itu bukannya tindakan jenayah.

Ini negara demokrasi. Tetapi apabila rakyat memberontak pihak kerajaan tanpa malu-malu memarahi parti pembangkang kerana rakyat berdiri di belakang parti-parti itu. Jangan diikuti cara Dr Mahathir kerana beliau selalu memarahi sesiapa yang menyokong pembangkang tetapi tidak mahu mengakui kesalahan sendiri. Mahathir mempunyai kepercayaan yang berhak melakukan kesalahan ialah pihak BN sahaja dan tidak perlu diambil tindakan dan terus terlepas dari undang-undang. Mana boleh begitu?

Kali ini sahajalah peluang bagi Najib untuk memperbetulkan keadaan. Itu pun jika beliau mempunyai keberanian yang kuat. Paparkan barisan yang baru walaupun dari kalangan yang kuat memberikan kritikan terhadap beliau. Apa faedahnya hanya mengambil mereka yang mengampu dan yang hanya tahu ‘menggeli pundi-pundi’ beliau sahaja kerana mereka ini akhirnya akan menjadi beban kepada beliau.

Apabila Najib dalam masalah mereka ini bukannya boleh membantu tetapi sebaliknya akan menambah beban demi beban terhadap negara dan beliau sendiri. Mereka ini tidak akan lagi bersama beliau apabila beliau dalam masalah apatah lagi semasa persaraan beliau nanti. Najib perlu ingat kehidupan yang paling pahit ialah apabila semasa akhir hayat dan dalam persaraan kita dihina oleh masyarakat, lebih-lebih lagi ditinggalkan kawan-kawan dan sahabat yang pernah bersama kita.

Ingatlah, segala amal serta ubudiah kita ialah untuk kita mati dalam kalimah dan segala bakti kita kepada masyarakat yang untuk kita hidup dalam ketenangan semasa dalam sisa-sisa hayat kita nanti.

Berkawan dan bersahabatlah dengan mereka yang diyakini bersama kita terus-terusan sehingga hari tua kita. Itulah sebabnya Najib perlu mengenali siapa sahabat dan siapa rakan. Najib perlu ingat UMNO itu untuk membela orang ramai. Parti itu bukannya untuk menyediakan kepentingan seseorang yang mahu naik dalam parti dan akhirnya menguasai negara. UMNO itu untuk orang ramai.

Najib perlu bersahabat dan berkawan dengan rakyat bukannya bersahabat dengan mereka yang akhirnya membebankan beliau sendiri. Doa rakyat biasa yang ramai untuk beliau lebih mustajab dari doa kroni-kroni yang hampir dengan beliau kerana kepentingan peribadi mereka sahaja.
Pas: SPR gagal
Wartawan Sinar Harian
12 Mei 2013
SPR gagal: Pas
Tuan Ibrahim (tengah) bersama Setiausaha Perhubungan Pas Pahang, Roslan Zainal (kanan) dan Bendahari Perhubungan Pas Pahang, Musanif Abdul Rahman di Temerloh, semalam.
TEMERLOH – Pas Pahang mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal dalam menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik pada PRU13 khususnya ketua tempat mengundi yang tidak faham peraturan dan tidak diberi latihan cukupnya.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, terdapat beberapa kes serius yang membabitkan petugas SPR tidak mengembalikan borang 14 (keputusan) kepada wakil parti yang bertanding.

Menurutnya, sebagai contoh di Dun Guai, tiga borang 14 tidak dikembalikan kepada wakil parti walaupun setelah banyak kali Pas memohon daripada mereka.

“Di Dun Dong, Raub, berlaku kes di mana ketua tempat mengundi memasukkan borang 14 ke dalam peti undi dan di Dun Pulau tawar pula berlaku kesilapan teknikal apabila borang Parlimen bertukar dengan borang Dun,” katanya, semalam.

Tuan Ibrahim berkata, antara kepincangan lain, berlaku kes pengundi yang namanya telah digunakan pihak lain di Dun Kuala Semantan dan Pas telah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.

Beliau berkata, selain itu ada juga laporan mengenai lima pengundi warga emas berusia 80 tahun yang nama mereka didaftarkan untuk undi pos.

Tuan Ibrahim berkata, PR Pahang akan membuat petisyen bantahan kemenangan BN yang hanya menang sekitar empat peratus di Parlimen Bentong, Dun Damak, Jerantut dan Dun Dong, Raub dalam tempoh 21 hari selepas digazetkan.

Janji: MCA lepas tangan terhadap Cina bandar

Harakahdaily, 12 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Ahmad Shah (gambar) menempelak sikap MCA yang menarik diri dan berlepas tangan dengan janji-janji mereka kepada orang Cina Kuala Terengganu pada Pilihan raya Umum ke-13 minggu lalu.
Beliau dukacita dengan tindakan MCA mengarahkan orang-orang Cina di bandar bertemu dengannya dan Adun Bandar, Azan Ismail bagi menyelesaikan janji yang dibuat oleh MCA sendiri.

Katanya, sikap MCA menutup pejabatnya itu 'tidak comel', kurang sabar dan tidak bertanggungjawab terhadap rakyat, sedangkan MCA masih merupakan komponen BN yang masih memerintah negeri dan negara.

"Nampak gayanya MCA telah bertindak untuk menakut-nakutkan kaum Cina, padahal dia yang buat janji, dia dah tutup pejabat, sepatutnya dia yang menyelesaikannya.

"Bagaimana pun kita tidak menolak, walau pun dia yang membuat janji asalnya, tapi insya Allah kita akan ambil tindakan apa-apa yang dipersetujui oleh MCA dengan orang-orang Cina, tapi kita tidak dapat penuhi semuanya," jelasnya dipetik Buletin Online.

Oleh itu, beliau berkata, pihaknya telah membuka sebuah pusat khidmat Ahli Parlimen Kuala Terengganu di sebelah kedai KFC berhadapan dengan Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Pada 9 Mei lalu, beliau telah menubuhkan Sekretariat Pusat Khidmat tersebut, menyiapkan keperluan pejabat dan orang-orang Cina bandar boleh mendapatkan khidmat bermula hari ini, 12 Mei.
Kuasa Sultan Selangor menentukan MB

12 Mei 2013
Kuasa Sultan Selangor menentukan MB
Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika menandatangani Warkah Pembubaran Dun Selangor.
SHAH ALAM - Siapa Menteri Besar Selangor yang baru masih menjadi topik hangat walaupun PRU13 sudah hampir seminggu berlalu, namun hakikat yang harus disedari ialah kuasa melantik Menteri Besar adalah pada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Kuasa baginda untuk melantik Menteri Besar Selangor diperuntukkan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 berdasarkan Artikel 51.

Sejarah mencatatkan, semasa pemerintahan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, baginda cukup tegas menentukan pengganti Tan Sri Muhammad Muhamad Taib yang telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar pada 14 April 1997, di mana baginda mahu calon berkenaan disaring dan disemak bagi memastikan calon itu benar-benar bersih.

Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz menegaskan bahawa calon itu haruslah jujur dan ikhlas dan baginda akan menolak seorang Menteri Besar yang mengejar kemewahan untuk diri sendiri.

Pada pertemuan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz dengan Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad pada 21 April 1997, baginda bertitah calon sesuai untuk jawatan itu masih belum dipilih dan pada 2 Mei baginda berkenan memilih Tan Sri Abu Hassan Omar sebagai Menteri Besar Selangor.

Profesor dan Penasihat Undang-Undang Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Datuk A Halim Sidek berkata, pelantikan Menteri Besar Selangor yang bakal dilakukan Sultan Sharafuddin Idris Shah adalah berpandukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 dan ambil kira dua artikel penting.

“Pertama, baginda berhak untuk melantik seorang ahli Dun yang menurut pertimbangan baginda mendapat keyakinan majoriti dewan. Manakala kedua, orang yang dilantik mestilah berketurunan Melayu dan beragama Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada Artikel 51 (1) berdasar Artikel 53 (2)(a); dan Artikel 51 (2) tertakluk kepada Artikel 53 (4) dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

Turut menarik perhatian Artikel 51 (1A) yang menyebut baginda berhak memilih Timbalan Menteri Besar Selangor.

PRU13 menghasilkan keputusan Pas dan DAP masing-masing memperoleh 15 kerusi di Dun Selangor, manakala PKR memperoleh 14 kerusi daripada 56 kerusi. BN pula kuasai 12 kerusi.

Prof A Halim berkata, jika ikut perkiraan bilangan kerusi, calon dari Pas, PKR dan DAP sama layak, tetapi dengan kuasa yang ada pada baginda berdasar artikel tadi, DAP tidak layak kerana mereka tiada calon Melayu beragama Islam di Selangor.

“Sama ada calon itu daripada Pas atau PKR tidak jadi persoalan walaupun PKR kurang satu kerusi daripada Pas, kerana mereka boleh muafakat letak satu calon.

“Tetapi akhirnya kuasa memperkenan calon mereka itu terletak di tangan baginda, memperlihatkan baginda mempunyai hak mutlak pilih MB Selangor,” katanya.

Ketua Biro Transformasi Muslim, Majlis Perundingan Melayu, Datuk Dr Mohamed Ghazali Md Noor ketika mengulas kepentingan Menteri Besar Selangor berketurunan Melayu dan beragama Islam itu berkata, klausa itu penting bagi memastikan baginda mempunyai penasihat arif dalam isu Melayu dan Islam.

“Baginda payung bagi orang Melayu dan tunjang kepada agama Islam, jadi perlulah Menteri Besar berketurunan Melayu dan beragama Islam. Jika sebaliknya, bagaimana mahu nasihati baginda?” katanya.

Dr Mohamed Ghazali berkata, satu lagi faktor perlu diteliti adalah sejarah di mana negara mula dibina Kesultanan Melayu itu sendiri dan kerajaan mula dibentuk Kesultanan itu subur hingga ke hari ini sebagai Kerajaan Malaysia. - Bernama

Menurutnya, pusat tersebut akan beroperasi pada waktu pejabat, lima hari seminggu, Ahad hingga Khamis dan setiap aduan rakyat akan ditangani oleh seorang petugas daripada Pakatan Rakyat.

Justeru, menurut beliau, orang Cina di bandar Kuala Terengganu tidak perlu resah dan risau, walaupun wakil MCA tidak ada kerana telah kalah dalam PRU13, wakil-wakil masyarakat Cina dari Pakatan Rakyat khususnya DAP akan memberikan khidmat mereka.

Ya Tuhan! Apakah yang Orang Cina lakukan, terhangat

Harakahdaily, 12 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Pandangan Daniel Teoh Zhu Yong di dalam artikel bertajuk “Ya Tuhan! Apakah yang orang Cina lakukan?” merupakan artikel paling diminati pembaca Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-18, 2013.


Di tempat kedua ialah artikel bertajuk “Kertas undi berlainan Dun dalam satu peti undi” mengenai penemuan empat kertas undi dari kawasan Dun Nusa Jaya ditemui berada dalam peti undi Dun Mahkota.

Seterusnya, artikel bertajuk bertajuk “PM menambah derita Arau - Shahidan” mengenai rintihan Datuk Seri Shahidan Kassim adalah artikel ketiga paling dibaca minggu lalu.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Harakahdaily bagi minggu 5 Mei hingga 11 Mei 2013.

1

Ya Tuhan! Apakah yang orang Cina lakukan?
2

Kertas undi berlainan Dun dalam satu peti undi
3

PM menambah derita Arau - Shahidan
4

Gambar...Dakwat kekal di jari BN kantoikan SPR
5

Jika tipu, Najib & BN tumbang tak lama lagi...
6

Mahathir sudah bercakap, jarumnya mula mencucuk
7

Pemimpin Umno jangan menangis lepas baca status ini
8

Nak tutup malu, ambil jalan mudah...saman!
9

Rahsia kenapa Umno kalah banyak di Terengganu pecah
10

Nasrudin ajak Saifuddin sertai panel Temerloh

Nasrudin syor seorang hafiz setiap keluarga

Sekretariat Parlimen Temerloh, 12 Mei 2013
TEMERLOH: Kehadiran Ahli Parlimen Temerloh yang baru, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, yang juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia pada setiap program dan aktiviti bersama rakyat di Temerloh mendapat sambutan yang amat memberangsangkan, tanpa mengira usia dan bangsa.

Memulakan khidmat sebagai wakil rakyat sejurus diumumkan memenangi kerusi P.088 Parlimen Temerloh, beliau melahirkan rasa syukur dan merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh pengundi serta ucapan penghargaan kepada jentera PAS dan PR yang gigih menjayakan misi Pakatan Harapan Rakyat.

Pada Jumaat lepas, beliau meluangkan masa sehari suntuk untuk bertemu dengan masyarakat Temerloh.

Bermula dengan mengimami solat Jumaat dan menyampaikan khutbah di Masjid Felda Lakum, dengan kehadiran melebihi kebiasaan daripada masyarakat Temeroh dan daerah sekitar, ia turut disusuli ddengan sesi bual bicara 'Tanyalah Ustaz' secara santai bersama jemaah.

Beliau juga sempat beramah-mesra dengan anak muda di pekan Temerloh, sebelum menunaikan solat Maghrib dan menyampaikan kuliah perdana di Masjid Tanjung Besar, Temerloh.

Dengan limpahan hadirin yang datang dari kawasan sekitar, Nasrudin membicarakan iktibar daripada peristiwa perang Badar, Isra' Mikraj, Hijrah dan saranan untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Allah melalui martabat taqwa, sabar dan tawakkal sebagai pra-syarat kemenangan, di samping turut menyarankan setiap ibu bapa dan kampung di Temerloh untuk 'menginfaqkan' seorang daripada anak-anak untuk mendalami dan menghafal Al-Quran.

Majlis tersebut disusuli dengan jamuan kesyukuran bersama masyarakat setempat.

Sejurus selepas itu, beliau menghadiri mesyuarat bersama PAS Kawasan Temerloh untuk merangka sinergi perancangan dan penyelarasan agenda Membangun Temerloh Berkebajikan secara efektif dan tersusun.

Ramai yang berkesempatan berjumpa dengan beliau melahirkan rasa syukur dan bertuah mempunyai seorang wakil rakyat yang mudah didekati dan mampu mendidik masyarakat, khususnya generasi muda, yang pastinya akan membawa kebaikan untuk seluruh warga Temerloh.
BN kalah di Selangor kerana merosotnya sokongan pengundi Cina

11 Mei 2013
 Mohd Zin Mohamed
Mohd Zin Mohamed
SHAH ALAM - Kekalahan Barisan Nasional (BN) di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, adalah kerana merosotnya sokongan para pengundi Cina, khususnya pengundi Cina muda terhadap BN, terutamanya di kawasan bandar.
  
Timbalan Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata ia berlaku kesan daripada kempen negatif pembangkang yang mendakwa kononnya pilihan raya kali ini tidak bersih dan dicemari pengundi hantu warga Bangladesh.
  
Strategi BN pada PRU13 ialah mendapatkan sokongan pengundi Melayu pada sekitar 60 peratus, pengundi Cina (30 peratus) dan pengundi India (60 peratus), daripada 2.04 juta pengundi berdaftar di negeri ini, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.  

Biarpun sokongan daripada kaum Melayu di Selangor meningkat kepada antara 65 peratus dan 75 peratus di kawasan pinggir bandar dan luar bandar, sasaran peningkatan sokongan pengundi Cina dan India itu tidak tercapai.
  
"Satu perkara yang amat mengejutkan kita ialah penolakan dan pengurangan sokongan daripada pengundi Cina yang amat ketara sampai hanya sekitar lima hingga 15 peratus," katanya.

Secara purata sokongan pengundi India, yang diperoleh kali ini adalah pada kadar 40 peratus sahaja dan keadaan ini menyukarkan BN untuk mengurangkan kesan kejatuhan sokongan pengundi Cina, katanya.
  
Pada PRU13, BN hanya memenangi 12 daripada 56 kerusi DUN, dan lima daripada 22 kerusi Parlimen di Selangor.
  
Katanya pembangkang telah melancarkan kempen dan dakyah yang keterlaluan termasuk melalui media siber bagi mempengaruhi pengundi Cina.
  
Kempen itu mendorong pengundi muda Cina khususnya untuk kembali ke tempat asal mereka, membawa bersama keluarga untuk mengundi pembangkang selain bersiap sedia mengawasi kemunculan pengundi hantu sebagaimana yang didakwa oleh pihak pembangkang itu, katanya.
  
"Ini sesuatu yang tidak benar dan tidak mungkin berlaku namun mereka percaya ia akan berlaku. Apa yang menjadi punca dan mencetuskan perkara ini adalah apabila mereka hilang pertimbangan dan pemikiran yang waras. Ia dibuat berdasarkan emosi dan perkara ini amat menyedihkan," katanya.

Mohd Zin juga berasa pelik apabila ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masih mempersoalkan keputusan pilihan raya peringkat Parlimen dan mendakwa kononnya ia tidak bersih, sedangkan beliau boleh menerima keputusan rakyat dalam pilihan raya peringkat negeri di Selangor dan Pulau Pinang.
  
Mengenai pelantikan Menteri Besar Selangor, beliau berkata: "Saya berasa sedih kerana sehingga hari ini kerajaan negeri Selangor masih belum dibentuk, sekurang-kurangnya beritahulah rakyat tentang langkah seterusnya untuk mara ke hadapan dan bukannya bertelagah tentang siapa yang akan menjadi Menteri Besar Selangor, yang kini sudah diketahui umum dan tidak bagus untuk rakyat."
  
Mengenai Ketua Pembangkang di Selangor, Mohd Zin berkata beliau telah mengarahkan kesemua 12 Adun BN untuk berbincang sesama mereka untuk memilih Ketua Pembangkang. - Bernama
Najib: Umno bukan parti rasis

11 Mei 2013
Najib: Umno bukan parti rasis
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan pada Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-67 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Umno bukan parti rasis kerana ia sentiasa memberi keadilan kepada rakyat tanpa mengira kaum di negara ini.
  
Najib yang juga Presiden Umno berkata sejak ditubuhkan 67 tahun lepas, Umno menganggap bukan Melayu sebagai rakan kongsi dan akan tetap mempertahankan dasar yang sederhana, adil dan saksama kepada semua bangsa.
  
"Inilah formula terbaik Umno (keadilan kepada semua), bukan formula keterlaluan untuk memancing undi tetapi pada akhirnya memusnahkan negara Malaysia yang tercinta.
  
"Kita tidak akan benarkan politik sedemikian...opportunistic politics (politik oportunis)...kita tak akan benarkan kerana akhirnya akan menghancurkan segala-galanya yang telah dibina Umno dan Barisan Nasional (BN)," katanya ketika berucap pada sambutan ulang tahun Umno ke-67 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, malam ini.
  
Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, naib-naib presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Ketua Pergerakan Pemuda Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Pergerakan Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
  
Turut hadir bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta presiden parti-parti komponen BN.

Najib berkata jika bukan kerana isu perkauman yang dimainkan pakatan pembangkang, beliau percaya BN mampu memperoleh majoriti yang lebih besar pada
Pilihan Raya Umum ke-13 yang berakhir Ahad lepas.
  
Pada PRU13, BN memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen dengan Umno kekal sebagai tonggak gabungan itu apabila menyumbangkan 88 kerusi.
  
Perdana menteri berkata pencapaian Umno pada pilihan raya umum kali ini adalah lebih baik berbanding 2008 meskipun diasak dan diserang pelbagai tohmahan serta fitnah daripada pembangkang.
  
"Tapi, pada akhirnya rakyat Malaysia telah membuat keputusan bahawa mereka ingin kepada kestabilan, kesinambungan dan ingin melihat agenda pembangunan dan transformasi yang dibawa BN diteruskan," katanya.
  
Pada pilihan raya umum 2008, Umno memenangi 79 kerusi parlimen.
Sempena ulang tahun Umno ke-67 hari ini, Najib mengajak pemimpin dan anggota Umno supaya bermuhasabah dan menginsafi diri dengan memperbetulkan kelemahan bagi menarik semula sokongan rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
  
"Yang sokong, kita ucap terima kasih. Yang tidak undi, kita tanya diri balik bagaimana pada pilihan raya umum akan datang mereka boleh sokong kita.
  
"Jangan angkuh dan sombong. Kita berjaya kerana rakyat suka, sokong dan percaya. Ingatkan diri sepanjang masa, tak kira pemimpin besar atau akar umbi Umno bahawa kesudahannya rakyat yang akan tentukan kelangsungan dan kekuasaan parti (Umno)," katanya.
  
Perdana Menteri mengingatkan anggota Umno di semua peringkat supaya melaksanakan segala aku janji dan bersikap mesra rakyat bagi memastikan parti keramat orang Melayu itu dapat menyambut kejayaan yang lebih besar pada lima tahun akan datang.  
  
"Marilah kita semua berusaha sebagai satu pasukan dalam satu ikatan perpaduan kukuh untuk memberi jaminan kepada rakyat bahawa kita akan membawa Malaysia yang lebih aman, makmur dan berjaya di bawah pimpinan Umno dan BN," katanya.
  
Najib turut menyifatkan Umno sebagai sebuah institusi politik paling berjaya di dunia kerana selepas 67 tahun, parti itu bersama rakan-rakan komponen dalam BN masih kekal mentadbir Malaysia.- Bernama
SPR ambil tindakan undang-undang
NORSHAHZURA MAT ZUKI
12 Mei 2013
SPR ambil tindakan undang-undang
Wan Ahmad menunjukkan buku Undang-Undang Malaysia dan Laws of Malaysia pada sidang media di Pusat Media SPR, semalam.
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini sedang meneliti secara serius dan bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin pembangkang yang memfitnah dan sengaja memburukkan SPR berhubung keputusan PRU13, kata Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Menurutnya, pemimpin pembangkang sepatutnya menggunakan saluran undang-undang dan memfailkan petisyen di mahkamah sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan PRU13 bukannya menghasut orang ramai iaitu golongan muda untuk berada di jalanan dan berdemonstrasi di stadium.

"Buat cerita tidak betul, fitnah badan yang uruskan pilihan raya sehingga mereka tidak mahu terima keputusan pilihan raya, ini perbuatan tidak bertanggungjawab.

“Apa akan terjadi pada demokrasi negara kalau pemimpin politik mengajar rakyat dan generasi muda untuk tidak mematuhi undang-undang, ajar rakyat tidak menerima keputusan pilihan raya sedangkan keputusan itu dibuat oleh 85 peratus rakyat keluar undi,” katanya.

Menurutnya, SPR kecewa dan mengecam tindakan pemimpin yang membuat rakyat keliru dan mengheret anak-anak muda ke stadium untuk hujah pembohongan.

“SPR akan teliti perkara itu kerana fitnah tetap fitnah dan tindakan perlekeh institusi SPR. Ini masalah orang terdesak dan hilang kewarasan fikiran. Saya bimbang anak-anak muda yang tidak faham, terpengaruh sehingga membelakangkan Perlembagaan dan ini serius.

“Kalau ada bukti pilihan raya tidak adil dan penyelewengan seperti dituduh, tunjukkan bukti melalui saluran undang-undang. Negara kita ada undang-undang, tidak bersetuju, pertikaikan, fail petisyen dan berhujah di mahkamah,” katanya.

Wan Ahmad berkata, pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan PRU13 boleh mengemukakan bantahan dalam masa 21 hari selepas ia diwartakan.

Katanya, keputusan PRU13 diwarta selewat-lewatnya hujung Mei ini dan ketika ini, semua urus setia SPR terima Borang 16 yang mengisytiharkan keputusan pilihan raya di dewan penjumlahan rasmi undi pada malam itu (5 Mei).
Timbalan Pengerusi SPR: Memorandum kepada SPR hasil hasutan

11 Mei 2013
Wan Ahmad Wan Omar
Wan Ahmad Wan Omar
PUTRAJAYA - Memorandum yang diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada beberapa pergerakan belia dan mahasiswa semalam dibuat berdasarkan fitnah dan hasutan termasuk daripada pemimpin pakatan rakyat yang tidak bertanggungjawab dan media sosial.
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata memorandum itu jelas menunjukkan bahawa ia dibuat tanpa penyelidikan dan oleh mereka yang tidak memahami undang-undang negara.
"Inilah akibat meracuni fikiran anak-anak kita, pelajar kita di universiti-universiti, kolej-kolej, dengan pembohongan," katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPR di sini hari ini.
Wan Ahmad berkata memorandum itu antara lain menyebut tentang kehadiran pengundi asing pada pilihan raya umum Ahad lepas, sedangkan penjelasan telah diberikan  mengenai proses pendaftaran pengundi di negara ini iaitu adalah mustahil untuk warga asing mengundi.
Mengenai manipulasi dan penipuan yang didakwa dilakukan SPR termasuk mengenai pengundi hantu, beliau meminta bukti-bukti mengenainya dibawa ke mahkamah.
Wan Ahmad berkata golongan muda selalunya mempunyai sikap 'menentang' dan ingin membuat perkara  yang berlainan, dan perkara itulah yang diambil kesempatan oleh pemimpin-pemimpin pakatan rakyat yang tidak bertanggungjawab.
"Saya difahamkan perhimpunan di Stadium Kelana Jaya (Rabu lepas), 80 peratus (yang hadir) adalah berusia 40 tahun ke bawah dan ada sebahagiannya tak sampai umur 21 tahun, tak tahu apa tapi seronok pergi stadium. Pemimpin (pakatan rakyat) ambil kesempatan cakap berapi-api kerana kecewa tak dapat jadi Perdana Menteri, inilah yang berlaku di negara kita sekarang," katanya.
Wan Ahmad menegaskan apa yang dibuat SPR adalah mematuhi undang-undang dan perlembagaan negara dan parti-parti politik sedia maklum  mengenai undang-undang tersebut, malah banyak buku-buku penjelasan mengenainya telahpun diterbitkan.
"Anak-anak muda yang dihasut pemimpin pembangkang mungkin tak baca buku undang-undang, tapi pemimpin politik baca.
"Kalaulah pihak berwajib tidak membetulkan segala dakyah yang berlaku ini, amat malang sekali kerana Malaysia sudah berjaya dalam pelbagai bidang, kemajuan ekonomi, sosial...proses demokrasi berlandaskan undang-undang, namun pihak yang kalah mengajar rakyat tak mahu terima undang-undang akan membawa negara ke arus kehancuran," katanya.
Semalam, sekumpulan kira-kira 50 pemuda yang mendakwa daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa  Malaysia, Gerakan Mahasiswa Islam Malaysia dan Gerakan Mahasiswa 13, menghantar memorandum kepada SPR di sini antaranya mendesak pegawai SPR  meletak jawatan, penubuhan SPR di bawah satu kepimpinan baharu dan pilihan raya umum diadakan semula. - Bernama

Menurutnya, apabila borang itu dihantar, SPR akan menyemak semula setiap digit yang dicatatkan dan selepas itu ia akan diwartakan.

“Apa pun keputusan yang diisytiharkan oleh Pegawai Pengurus pada malam itu adalah muktamad. Sesiapa yang tidak berpuas hati, pilihlah saluran undang- undang dan mahkamah,”katanya.

“Apabila fail petisyen pilihan raya, kumpulkan bukti. Pemimpin politik yang meraung dan menghasut rakyat perlu kumpul bukti, bariskan peguam terbaik, berhujah di mahkamah untuk bantah dan pertikai keputusan pilihan raya,” katanya.

Tiada ulasan: