Khamis, 9 Mei 2013

ADA YANG TERASA HEBAT DAN GAH KOD...MUNGKIN SEGELINTIR@CIPUN JE...TIADA RANTING PUN MENANG...KITA YANG KERJA KUAT...PATUT KITA SEDAR IA ADA SUMBANGAN...JIKA KITA HEBAT SEBELUM ADA PKR PATUT KITA DAH MENANG...PEMIMPIN KITA BELUM ADA DIPENJARA 6 TAHUN...DIFITNAH BERTUBI2...DAN DITEMBUK HINGGA LEBAM...KITA SEANGKATAN DALAM PAKATAN PATUT TOLONG MENOLONG...SUMBANG MENYUMBANG ANTARA SATU DENGAN YANG LAIN...NI DIDENGAR PADA PRU12 2008...PRU13 TAK DE PULAK...BAGUSLAH...SEBAB DAH FAHAM

Nasrudin ajak Saifuddin bangunkan Temerloh bersama
Posted on Wednesday, May 08 @ 21:07:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline
Ustaz Nasrudin Hassan dalam satu kenyataannya dia akan bersama-sama dengan semua orang akan membangunkan Temerloh. Dalam usaha ini Ustaz Nasruddin akan membentuk satu Majlis Panel Perunding.

Bila ditanya apa yang akan diuasakan dalam panel tersebut. Beliau menjawab majlis panel itu akan menumpukan kepada kebajikan, bertepatan dengan manifesto Pakatan Rakyat. Majlis Panel ini akan bertemakan "Temerloh Daerah Berkebajikan" tambah beliau.

Ustaz Nasruddin membayangkan untuk mengajak bekas lawannya Datuk Saifuddin Abdullah bersama-sama sebagai anggota panel perunding bagi parlimen Temerloh yang akan ditubuhkan itu.

"Saya akan tubuhkan Panel Perunding "Temerloh Daerah Berkebajikan" dan bercadang untuk menjemput sahabat saya Datuk Saifuddin Abdullah menyertainya agar turut sama menyumbang idea kearah pembangunan rakyat dan kemajuan daerah Temerloh.

"Mudah-mudahan Datuk Saifudin tidak menghampakan saya dan rakyat Temerloh,"
kata Ustaz Nasruddin..

Beliau akan menghubungi Datuk Saifuddin Abdullah dalam masa terdekat dan berhasrat Datuk Saifuddin tidak menolaknya.

...
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com


  Kita Tak Kalah, Hanya Belum Menang!
Posted on Wednesday, May 08 @ 21:04:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline



Pesan TGHH tadi di Rusila :
Kalau kita kalah, kita kena bertenang itu tanda orang yang beriman yang redha dengan segala ketentuan. Memang ada perjuangan ada kalah ada menang. Jika berlaku penipuan ingatlah kita ada akhirat sebagai medan kebenaran. Jangan lupa ada kerajaan yang lebih berkuasa ia ini kerajaan Allah s.w.t

'Kita tidak kalah..cuma belum menang "
-TGHH bersama anaknya Ustaz Khalil Abdul Hadi.


...
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com


Akhbar New Zealand Pun Kondeng Najib!
Posted on Wednesday, May 08 @ 21:02:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline

Akhbar New Zealand dalam laporannya menyebut bahawa pencapaian Najib adalah yang terburuk dalam sejarah BN. Seperti Abdullah Ahmad Badawi, Najib sepatutnya berundur dengan pencapaian yang sangat buruk. Akhbar itu juga menyebut Najib lemah dalam menangani isu, terutama kehendak masyarakat Cina.

Keupayaan Najib mengerakkan rakan komponan MCA untuk bersama menangani masyarakat Cina juga dipersoalakan.

Atas kelemahan itu, Najib sepatutnya sudah berundur.


...
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com
  



 Katakan TIDAK Kepada Perkauman, Katakan TIDAK Kepada UMNO @ BN!!
Posted on Wednesday, May 08 @ 21:01:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline

PAS hari ini menggesa pihak berkuasa supaya berhenti memerangkap rakyat Malaysia daripada mencetuskan provokasi perkauman selepas akhbar Utusan Malaysia menerbitkan artikel perkauman “Apa lagi Cina mahu” di muka hadapan hari ini.

Jika ditanya "Orang Cina mahu apa", saya mahu jawab orang Cina mahukan pemimpin yang bersih dari rasuah dan amanah, kata Naib Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Vincent Lee.

KATAKAN TIDAK KEPADA PERKAUMAN
KATAKAN TIDAK KEPADA UMNO @ BN


....
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com

 Apa Cina Mau??
Posted on Wednesday, May 08 @ 20:59:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline

Utusan Malaysia muka depan dengan judul "Apa Lagi Cina Mahu?" yang antaranya menyebut, pelbagai pihak menyifatkan apa yang berlaku dalam pilihan raya umum kali ini sebagai pengkhianatan orang Cina dan tidak boleh dimaafkan.

Bodoh betul Utusan ni;

Cina mau harga petrol turun, kereta murah, jenayah turun, rasuah dihapuskan, kos sara hidup yang rendah... bla bla bla!! Tak kan tu pun tak boleh fikir.

Paling Senak!!
PM yang buruk dalam sejarah UMNO juga menyokong kenyataan Utusan ini.

Katanya "Awak salahkan Utusan, bagaimana pula akhbar berbahasa Cina," Kenyataan ini
dipetik daripada kenyataan PM di PWTC di Kuala Lumpur hari ini.



Apa yang Cina Mau itu yang Rakyat Mau!!


Note:
Grafik - terimakasih kepada Dr Tanaka Mustafa

...
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com



 Katakan TIDAK Kepada Perkauman, Katakan TIDAK Kepada UMNO @ BN!!
Posted on Wednesday, May 08 @ 21:01:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline

PAS hari ini menggesa pihak berkuasa supaya berhenti memerangkap rakyat Malaysia daripada mencetuskan provokasi perkauman selepas akhbar Utusan Malaysia menerbitkan artikel perkauman “Apa lagi Cina mahu” di muka hadapan hari ini.

Jika ditanya "Orang Cina mahu apa", saya mahu jawab orang Cina mahukan pemimpin yang bersih dari rasuah dan amanah, kata Naib Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Vincent Lee.

KATAKAN TIDAK KEPADA PERKAUMAN
KATAKAN TIDAK KEPADA UMNO @ BN


....
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com


  Apa Cina Mau??
Posted on Wednesday, May 08 @ 20:59:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline

Utusan Malaysia muka depan dengan judul "Apa Lagi Cina Mahu?" yang antaranya menyebut, pelbagai pihak menyifatkan apa yang berlaku dalam pilihan raya umum kali ini sebagai pengkhianatan orang Cina dan tidak boleh dimaafkan.

Bodoh betul Utusan ni;

Cina mau harga petrol turun, kereta murah, jenayah turun, rasuah dihapuskan, kos sara hidup yang rendah... bla bla bla!! Tak kan tu pun tak boleh fikir.

Paling Senak!!
PM yang buruk dalam sejarah UMNO juga menyokong kenyataan Utusan ini.

Katanya "Awak salahkan Utusan, bagaimana pula akhbar berbahasa Cina," Kenyataan ini
dipetik daripada kenyataan PM di PWTC di Kuala Lumpur hari ini.



Apa yang Cina Mau itu yang Rakyat Mau!!


Note:
Grafik - terimakasih kepada Dr Tanaka Mustafa

...
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com


 On the way, petisyen pilihanraya akan berlambak lambak!
Posted on Wednesday, May 08 @ 16:00:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: senik

"



Assalamualaikum,, Hampir pasti di banyak kawasan DUN dan Palimen akan beratur petisyen pilihanraya masuk dan sama samalah kita tunggu saat itu.PRU 13 ialah PRU yang paling kotor dan mungkin menjadi kemuncak kekotoran UMNO yang sanggup berbuat apa saja untuk menang, tetapi mereka belum MENANG! Petisyen pilihanraya akan menyusul.Mungkin sekarang Najib tak lena tidur memikirkan cara bagaimana nak pujuk atau suap hakim hakim bertugas untuk menolak petisyen yang berlambak nanti.



Sementara petisyen yang bertimbun timbun akan pula membuatkan mahkamah sibuk.Inilah bahananya kerana menipu terang terang.Banyak bukti yang akan diangkut ke mahkamah, bukti yang tidak dapat disangkal lagi.magik blackout sendiripun sudah melanggar hak hak  kewarganegaraan.Mana mungkin SPR memaksa semua pihak menerima keputusan yang meragukan selepas letrik disambung semula.SPR tiada hak mengisytiharkan pemenang sebelum persetujuan calon atau wakil calon.SPR sudah sah melanggar mandatnyan sebagai pengadil.  

Penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal boleh membatalkan PRU 13 dan PRU semula mesti diadakan.Manipulasi ketika mengira undi banyak memberi calon BN kemenangan seperti yang berlaku di Terengganu dan mungkin juga Perak.Penulis berharap SPR meninggalkan tanda ketika menipu bagi memudahkan petisyen dibuat.
Kempan secara tidak sihat seperti mengugut pengundi menggunakan sentimen perkauman juga boleh jadi bukti yang kukuh untuk membatalkan kemenangan calon BN.Serta bukti bukti rasuah yang berlaku akan menambahkan keperitan UMNO.
Paling penting dan besar ialah kemunculan hantu hantu Bangla, Nepal dan lain lain bangsa yang  jelas dan nyata merupakan golongan yang tiada hak pengundi tetapi digunakan untuk memenangkan calon BN.Hujah hantu ini cukup kuat dan disertai oleh bukti bukti bergambar dan yang dirakamkan serta temuramah yang munasabah menunjukkan mereka ini warga asing yang hanya tahu mengundi BN sahaja, tiada lain.
Dengan banyaknya bukti yang boleh diketengahkan untuk petisyen PRU, rakyat mesti bersedia memberi tekanan kepada mahkamah pilihanraya supaya bertindak adil tanpa pengaruh dari UMNO.Ini penting kerana kalau mahkamah pilihanraya dipengaruhi UMNO, semuanya akan jadi sia sia.

 Harap Kepimpinan PAS Jangan Banyak Kerenah
Posted on Wednesday, May 08 @ 10:17:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: NyorPandan

"

SEBENARNYA  sebelum PRU 13 lagi, saya dah agak yang Kedah akan jatuh ke tangan BN. Malah saya sendiri nak sangat supaya kerajaan Kedah pimpinan PAS jatuh. Bukannya tak suka pada PAS, tetapi percakaran dalam pimpinan PAS Kedah yang tidak dapat diselesaikan membuatkan saya rasa geram. Sekiranya tiada berlaku percakaran dalam pimpinan PAS Kedah saya pasti kerajaan Kedah tetap milik Pakatan Rakyat.

Kadang-kadang yang tak kenanya kerajaan pimpinan PAS ianya terlalu “excited” bila menyambut kemenangan. Lihat saja di Terengganu bila menang PRU 12 dulu. Baru saja menang hari ini, besok dah mula nak ubah itu, nak ubah ini,  tak sabar-sabar tanpa ikut saluran undang-undang. Hinggakan kakitangan kerajaan naik meluat.


Dalam pada itu ingin juga saya sebutkan disini, kadang-kadang rakyat yang memilih sesebuah parti itu bukan saja kerana calunnya, tetapi juga kerana ketua sesebuah kerajaan parti yang memerintah. Misalnya di Selangor, rakyat memilih untuk memangkah calun-calun Pakatan Rakyat kerana Tan Sri Khalid Ibrahim yang terbukti kepimpinan berkesan dalam memajukan Selangor. Jadi walaupun kerusi PAS lebih dari PKR, sepatutnya PAS kenalah beri kepercayaan kepada Tan Sri Khalid, tak usahlah nak rebut jadi Menteri Besar.

Dari cakap-cakap dikedai kopi di Selangor, ramai penyokong Pakatan Rakyat merungut tidak akan mengundi lagi Pakatan Rakyat untuk pilihanraya akan datang jika Tan Sri Khalid tidak  lagi diberi kepercayaan untuk menerajui Selangor oleh pimpinan PAS.
Dan di Kelantan pula, sebilangan rakyat juga terkejut bila Datuk Husam Musa tidak dilantik sebagai Exco ekoran pengunduran Datuk Nik Aziz sebagai Menteri Besar.
Maka adakah ini menandakan yang PRU 14 nanti Pakatan Rakyat terutama PAS akan kalah teruk? Bukannya rakyat tak suka, tapi ada kalanya karenah pimpinan PAS itu sendiri rakyat rasa benci."

 Pasca PRU 13 : MB Selangor untuk PKR...apa susah sangat?
Posted on Wednesday, May 08 @ 16:01:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: tokpepijat

"

Semasa PRU 12, Perak jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Timbul siapa MB? DAP yang mempunyai ADUN paling ramai menyedari Perlembagaan Perak yang memestikan MB seorang Melayu Islam.

Dengan rendah diri, DAP menawarkan PAS dan PKR untuk menjadi MB. Selepas mesyuarat, ADUN PAS diputus menjadi MB. Nizar menjadi MB Perak walaupun PAS mempunyai paling sedikit ADUN.

Di sini kita melihat toleransi muafakatan antara DAP,PAS dan PKR setelah bersatu dan bersama tumbangkan UMNO dan BN.

Kini episod mencabar berlaku di Selangor. DAP dan PAS kongsi ramai ADUN dengan 15 ADUN manakala PKR 14 ADUN.

Mengapa "benda kecil" ini menjadi masalah? Sudahlah semasa PRU 13 masih berlaku pertindihan calon, ini sudah menangpun mula tunjuk "kehebatan" masing-masing.

Ikut sifir mudah, Pakatan Rakyat ada 3 parti iaitu PAS,DAP dan PKR. PAS sudah ada Kelantan.DAP sudah ada Pulau Pinang. Tinggal PKR belum ada negeri lagi. Bagilah Selangor kepada PKR.

Apa susah ?

Lagipun rekod PKR di bawah Khalid Ibrahim tadbir Selangor cukup baik dan bagus. Kekalkan

Pasca PRU 13 : MB Selangor untuk PKR...apa susah sangat?"



 20 Fakta Penipuan SPR, Konspirasi BN Dalam PRU 13
Posted on Wednesday, May 08 @ 16:03:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: hijabulcrewz

"


1- Kenderaan yang membawa peti undi tiba-tiba lari daripada jalan asal ke pusat pengumpulan undi. Menghilang. Kemudiannya muncul balik.


2- Tong peti undi ditukar di pertengahan jalan. Ada juga tong yang hilang.

3- Pada saat-saat akhir, tong yang hilang, tiba-tiba sampai di pusat penjumlahan undi.
4- Di saat kiraan undi yang menunjukkan PR sedang mendahului BN, tiba-tiba blackout.


5- Di saat-saat akhir, BN membantah pengiraan undi yang didahului PR menyebabkan undi terpaksa dikira semula.

6- Beberapa buah teksi berpenumpang daripada luar masuk ke tempat pengundian tanpa ada sebarang sekatan daripada polis sedangkan hanya kenderaan petugas & yang berkenaan dibenarkan masuk itupun sebelum pusat pengundian dibuka. Pengundi hantu?

7- Mat-mat Bangla yang tidak kenal siapakah PM Malaysia dibenarkan untuk mengundi. Polis biar je. Alasannya dia ada IC. Saya tanya anda jujur, anda boleh beza tak seorang bangla dengan seorang mamak? Tengok slang cakap pun dah tahu kan.

8- Orang yang sama mengundi lebih daripada satu pusat mengundi. Macamana tu?

9- Dakwat yang dikatakan kekal sehingga masa 5-6 hari boleh hilang dalam masa 5-6 minit.

10- Seorang yang masih belum mengundi tetapi bila tiba di pusat mengundi, dia direkodkan sudah mengundi. Siapa yang undi untuk dia?

11- Pengundi yang kurang upaya atau uzur, undi mereka dipangkah oleh petugas spr. Bila nak tengok apa yang dipangkahnya, petugas itu tidak membenarkan malah terus memasukkannya dalam peti undi. Mana hak sebagai seorang pengundi?

12- Pegawai SPR yang bertugas di pusat mengundi tidak mahu menandatangani Borang 14 walaupun sudah dikira jelas di pusat itu kemenangan berpihak kepada PR.

13- Di pusat penjumlahan undi, tong dibawa ke sana menaiki teksi ikut jalan belakang? Mana perginya kenderaan rasmi SPR? Kenapa jalan belakang?

14- Undi Awal disimpan di balai polis sebelum 5 Mei tanpa ada seorang pun wakil parti politik dibenarkan untuk mengawasinya?

15- Undi Pos semuanya berpihak kepada BN?

16- Pensel turut disediakan kepada pengundi ketika ingin memangkah? Kenapa tidak bagi hanya pen? Untuk memudahkan usaha memadamnya kah?

17- Sesetengah tempat undi rosak lebih tinggi, daripada undi majoriti. Kenapa?

18- Van berlogo BN masuk...
"


 Ramai Bangla dan Indo di sekitar setesen BAS Kuala Terengganu
Posted on Wednesday, May 08 @ 16:02:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: anaabdullah

"



Tujuh Mei, malam Jam Sembilan setengah bandaraya Kuala Terengganu penuh sesak dengan kereta pelbagai Plat. Disebabkan kesesakan anak penulis hampir ketinggalan bas ke Putrajaya yang akan berlepas jam 10.00 malam.

Penulis tidak tahu mengapa boleh jadi sedemikian rupa, macam situasi sambutan hariraya Idil Fitri yang penuh sesak dengan kereta.



Dipendekkan  cerita, selepas parking kereta dekat pasaraya Nagoya berhampiran pasar kedai Payang sepanjang perjalanan ke setesen BAS kelihatan berkeliaran orang bangla dan Indo.
Orang Indonesia dapat dikesan, mereka berbual bual dalam loghatnya manakala orang Bangla dapat dikesan wajahnya dan percakapan dalam bahasanya sendiri.
Persoalan timbul mengapa mereka berada dipersekitaran bandaraya Kuala Terengganu terutama sekali berdekatan dengan setesen BAS? Pasti mereka hendak balik ketempat masing masing kerana ada beg bergelimpangan persis orang yang sedang menunggu bas.
Maka sahlah dan tidak boleh dinafikan lagi mereka ini datang mengundi pada PRU 13 di banyak di DUN yang dirancang untuk merampas semula kerusi yang kalah.
Benarlah apa yang disebut sebelum berlangsungnya PRU 13 bahawa PAS Terengganu hanya boleh menang dua kerusi sahaja sepertimana rencana penulis yang lalu.
Namun demikian umno/BN Terengganu khususnya dan UMNO/BN Malaysia memasukkan pengundi luar sepertimana dilakukan pada PRU11 (2004) untuk melenyapkan PAS Di Terengganu pada PRU 13 lalu.
Takdir Allah PAS mendapat naik mendadak dekat serastus peratus pada PRU13 i itu dapat 15 kerusi manakala umno dapat 17 kerusi, lebih dua mata pasti mengecewakan banyak pihak.


 Celaka...belum apa-apa kita dah ditipu BN
Posted on Wednesday, May 08 @ 16:04:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: laniismaa

"

GST

Cukai GST – Goods and Services Tax – cukai kepenggunaan yang berasaskan kepada konsep nilai ditambah.



Ianya dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk barang dan perkhidmatan yang diimport. Setahu kita semua ia ditangguhkan dan tarikh untuk meneruskannya belum diumumkan tetapi dalam senyap, selepas BN menang pilihanraya ia terpampang dalam resit Tesco di atas. BN menang dengan rekod buruk pun, BN dah mula menipu rakyat.
Tahniah kepada pengundi UMno BN!!


 Wahai Kaum Melayu Sedar Lah!!
Posted on Wednesday, May 08 @ 16:04:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: matuse68

"Kata orang tua...

Kamu orang muda, tak pandai bersyukur. Kamu lahir dalam kesenangan. Nikmat dari titik peluh kami dahulu.

Kami melawan penjajah untuk merdeka. Berperang dengan Jepun untuk pertahan tanah air. Berperang dengan Cina pada 13 Mei untuk pertahankan Raja Melayu.

Pertahankan hak bumiputera. Sanggupkah kamu serahkan negara ini kepada pendatang Cina?

Anak muda jawap...

Kalian orang tua sudah selesa. Kalian sudah ada sebidang tanah. Kalian sudah ada sebuah rumah. Kalian sudah ada kerja, gaji dan pencen. Dahulu, kalian mengaji percuma. Kami, belum habis mengaji sudah berhutang. Habis belajar, belum tentu ada kerja. Kalau bekerja, belum tentu boleh miliki kereta, rumah, dan tanah. Mahu makan sekali sehari pun susah.

Ya, benar. Jepun sudah pulang. Inggeris sudah berundur. Namun kami dijajah oleh bangsa sendiri. Melayu korup dan khianat. Membiar bangsa sendiri hidup melarat. Dahulu, meski dijajah, kamu masih boleh memiliki rumah sendiri. Kini, meski merdeka, kami hanya mampu menyewa.

Dahulu, demi mempertahankan tanah air, kita menghalau Joseph, Donald, Mizuno, Kozumi. Kini kita hanya berdiam diri ketika tanah kita dirampas oleh Mahmud, Muhammad dan Abdullah.

Kamu pinta kami berwaspada dengan Cina dan India? Tapi kamu import Indon, Myanmar dan Bangla? Kamu minta kami waspada dengan Cina, tapi mereka lebih prihatin tentang nasib kami berbanding Melayu, bangsa sendiri. Kamu minta kami berwaspada dengan Cina, tapi Melayu itu yang merompak tanah kita. Kamu pinta kami waspada dengan Cina, tapi Melayu itu yang berdusta.

Saya masih ingat. Ketika anak Melayu bawah umur dirogol oleh pembesar Melayu, Cina yang dikutuk hari ini bangkit membela. Beliau (LGE) akhirnya dihukum penjara.

Kamu kata, Cina mahu hancurkan kita. Tapi yang dibina Melayu, roboh dan runtuh belaka. Kamu kata, Cina mahu kita binasa, tapi Melayulah yang merompak harta negara, merampas Royalti dari negeri yang mempunyai penduduk Melayu paling ramai.

Kamu kata, DAP benci Islam, tapi peruntukkan Islam dilipatganda berjuta-juta. Kamu dakwa UMNO bela Islam, tapi roboh masjid, tutup sekolah agama, sekat dakwah, batal biasiswa agama.

Kamu kata DAP rasis, ultra cina dan benci Islam, tapi Zairil Khir itu Melayu, Islam dan anak pemimpin UMNO. Lalu kami tanya, mana calon Cina dari UMNO? Mana calon Melayu dari MCA?

Artikel penuh sila klik disini...



  Azizan sedang dirawat di ICU Hospital Pulau Pinang
Posted on Wednesday, May 08 @ 16:10:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Sumber Sinar Harian

Azizan Abdul RazakGEORGETOWN - Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang.

Dalam satu kenyataan, Pengarah hospital itu, Datuk Dr Yasmin Sulaiman berkata Azizan dimasukkan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma semalam sebelum dipindahkan ke ICU pada pukul 9.15 malam tadi.

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Menteri Besar Perlis Azlan Man dijadual melawat Azizan petang ini.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Salleh Man Mat Aji mengesahkan keadaan Azizan setakat ini dalam keadaan stabil.

Menurutnya, Azizan hanya 'direhatkan' kerana terlalu penat.

"Dia dah boleh buka mata, gerakkan tangan, cuma saya difahamkan kakinya ada jangkitan, itu sahaja. Dia stabil, dia OK.

"Cuma dia direhatkan kerana terlalu penat. Kita harap semua orang berdoa untuknya," katanya kepada media selepas melawat Azizan sebentar tadi. - Bernama


 Agong Melawat Ustaz azizan Di HPP
Posted on Wednesday, May 08 @ 19:51:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Blog Sedaka Sejahtera

Keberangkatan tiba YDP Agong...
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan mencemar duli berangkat menziarahi bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang sedang dirawat di Unit Rawatan Koronari, Hospital Pulau Pinang di sini.

Baginda yang diiringi Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah tiba di unit rawatan berkenaan pada kira-kira pukul 4.50 petang


Keberangkatan tiba YDP Agong...


 
Photo: Terkini.. Ustaz masih belum sedar, YDP Agong dijangka berangkat tiba sebentar lagi. 


Mahfuz dan Mukhriz beriringan selepas melawat Ustaz Azizan.




Tiada ulasan: