Khamis, 9 Mei 2013

MUDAH2AN GAMBAR INI MEMBERI SEMANGAT DAN KESEDARAN KITA...BERTAPA RAKYAT INGINKAN KETELUSAN

PAS cadang SPR pecah pengundi ikut usia

Harakahdaily, 09 Mei 2013
KUALA LUMPUR: PAS mencadangkan agar pecahan pengundi sesuatu kawasan tidak lagi mengikut komposisi kaum semata-mata.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata pecahan pengundi mengikut kaum semata-mata selama lima dekad telah mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada perpaduan kaum di dalam negara.

“Ini kerana seluruh rakyat Malaysia, kerajaan dan terutamanya ahli-ahli politik akan berbicara segala permasalahan negara daripada sudut kaum semata-mata seperti yang sedang berlaku pada waktu kini.

"Permainan sentimen perkauman yang melampau selepas BN mencatat rekod terburuknya dalam sejarah adalah bukti kepada perkara ini,” kata Tuan Ibrahim.

Beliau berkata pecahan pengundi mengikut kaum dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selama ini juga dipercayai dibuat mengikut selera dan pecahan parti komponen BN, yang semuanya terdiri daripada parti berdasarkan kaum untuk memudahkan setiap parti komponen untuk menjaga undi kaum masing-masing.

“Sudah tiba masanya, perkara ini dirombak dengan SPR mengeluarkan pecahan pengundi mengikut usia mahupun jantina sebagai data rasmi yang disalurkan kepada media dan rakyat. Data yang dipecahkan mengikut kaum tidak perlu dikeluarkan secara khusus melainkan ada keperluan,” cadang Tuan Ibrahim.

Menurut Pesuruhjaya PAS Pahang itu, sekiranya pecahan pengundi dilakukan mengikut usia, parti-parti dan ahli-ahli politik akan berbicara mengenai keperluan masyarakat mengikut usia, dan secara automatik isu-isu yang dibangkitkan akan meliputi semua kaum.

Ini, katanya, boleh mengurangkan risiko berlakunya keadaan masa kini di mana ada pihak-pihak yang sengaja menggunakan sentimen agama dan bangsa untuk meraih undi dan melaga-lagakan kaum demi mendapat modal politik murahan.

"Pecahan undi mengikut perspektif jantina juga boleh mengurangkan risiko ahli politik menggunakan isu perkauman dan agama untuk meraih undi,” kata beliau.

Data pengundi berdasarkan usia, kata Tuan Ibrahim boleh dilakukan oleh SPR mulai sekarang ketika membersihkan daftar pengundi kerana pecahan pengundi baru mengikut usia boleh dilaksanakan kerana ia tidak susah kerana segala maklumat sudah ada pada kad pengenalan pengundi.

“Cukuplah rakyat dan negara ini di'pakai'kan cermin mata berdasarkan pecahan kaum – Malaysia boleh bergerak ke arah lebih makmur dan berpadu sekiranya kita memakai kacamata yang lebih menjurus ke arah perpaduan,” tegas beliau lagi.


Peratusan undi parti



Selain itu, Tuan Ibrahim turut mencadangkan agar sistem pilihanraya dirombak mengikut peratusan undi yang diperolehi oleh setiap parti.

Katanya, jumlah peratusan undi akan mewakili parti tersebut di dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

“Kaedah ini ternyata lebih adil bagi parti yang bertanding, di mana jumlah kerusi parlimen dan DUN adalah berdasarkan peratus undi popular yang diterima keseluruhannya,” terang beliau.

Tuan Ibrahim juga berhujah bahawa cadangan ini boleh mengelakkan manipulasi persempadanan semula yang memboleh parti pemerintah terus memerintah walaupun tewas undi popular di seluruh negara kerana kerusi-kerusi strategik dengan jumlah pengundi yang rendah dimenangi dengan banyak.

“Diharap cadangan-cadangan di atas diberi pertimbangan sewajarnya oleh pihak SPR bagi memakmurkan demokrasi negara,” kata beliau.

 Pasca PRU 13 : Hati budi PAS
Posted on Thursday, May 09 @ 06:11:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: tokpepijat

"

Menjelang PRU 13, kecoh DAP tidak boleh pakai simbol Roketnya. PAS menghulurkan salam setia kawan untuk DAP guna simbol Bulannya.

Semua orang Cina melihat luhur budi ikhlas PAS demi jatuhkan kerajaan korupsi.

Kini orang Cina di"serang" lagi. UMNO murka dan berang kepada orang Cina kerana undi Cina berpindah ke DAP dan PAS.


Jika 13 Mei tiada darah Cina tumpah di Kelantan dan Terengganu kerana PAS menjaga hak dan keselamatan orang bukan Muslim, maka sewajarnya pimpinan PAS mengambil langkah pro aktif untuk mewujudkan suasana damai,tenang untuk negara ini.

Jangan biarkan ruang kosong pasca PRU 13 ini diisi dengan ucapan dan kenyataan berbaur perkauman.

Semasa BERSIH , ramai orang Cina rasa selamat dan aman bersama Unit Amal PAS dan penyokongnya.

Apatah lagi kini. Dalam suasana UMNO dan NGO Rasis menunding jari kepada orang Cina,pimpinan PAS mesti sediakan benteng untuk lindungi dan membela mereka. Ini dakwah !

Tunjukkan keindahan politik Islam yang didukung oleh PAS . Bersih dari api perkauman.
PAS FOR ALL

Pasca PRU 13 : Hati budi PAS"


 PAS ganti umno
Posted on Thursday, May 09 @ 06:13:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: anaabdullah

"

Datuk Husam Musa tidak sedih dan tak kecewa apabila tidak dilantik sebagai EXCO kerajaan Pas kelantan yang diterajui Datuk Ahmad Yaakub.
Yang peliknya penyokong Husam Musa keluar beramai ramai melakukan protes atas nama sedih dan kecewa.
Inilah yang membuat penulis rasa sedih sikit,kerana ianya ada persamaan dengan apa yang berlaku terhadap Datuk Seri Idris Jusoh yang dapat watikah menteri besar Terengganu tetapi ditolak Al Sultan.

Atas sebab itu orang Idris jusoh mengadakan perarakan secara besar besaran membantah malahan tertertera perkataan  “nantang”  dalam beberapa helai kain rentang.
Isu Husam Musa tidak dilantik sebagai exco semacam ada persamaan dan dibawa sependuk dengan pelbagai perkataan tanda marah dan kecewa.
Dengan kata lain perangai orang PAS Kelantan dah sama dengan perangai orang umno yang pada penulis sangat biadap dengan Al Sutlan Terengganu suatu ketika dahulu.
Barangkali  inilah dia PAS ganti umno yang telah  dijadikan slogan dan disebarkan seluruh pelosok tanahair sebagai isu kempen PRU 13 untuk menjatuhkan kerajaan yang memerintah selama lebih 50 tahun itu.
Jika benar begitu, maka amat malangnya nasib PAS, kerana perangai orangnya sudah jadi macam perangai orang umno yang memang berakhlak yang sangat buruk.
Penulis ingat pas ganti umno, bermakna umno hancur dan PAS jadi parti nombor satu ganti tempat umno dalam langskap politik tanahair. Rupa rupa tidak. Yang jadi gantinya ialah perangai buruk orang umno dah berjangkit kat orang PAS Kelantan.
Penulis bimbang ia akan rugi dan hina.


 Elok ibu negeri Pahang dipindah ke Pekan
Posted on Thursday, May 09 @ 06:16:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: rondo75

"

Budak-budak yang nak ambil SPM mungkin konfius pasal ibu negeri Pahang iaitu Pekan...hehehehe. 

KUALA LUMPUR: PAS Pahang mencadangkan agar kerajaan mengisytiharkan Pekan sebagai sebuah bandaraya, kerana bilangan pengundi bagi Pekan jauh lebih besar berbanding ibu negeri Pahang, Kuantan.



“Atau lebih elok kalau ibu negeri Pahang dipindahkan ke Pekan memandangkan kepadatan penduduk di kawasan Pekan meningkat secara mendadak,” tulis Pesuruhjayanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di dalam facebook.
Menurutnya, Parlimen Pekan mempunyai jumlah pemilih seramai lebih 67,000 sedangkan Kuantan yang menjadi ibu negeri hanya seramai 47,000 sahaja.
 “Pertambahan lebih 20,000 pengundi mencerminkan kadar kelahiran mendadak berlaku di Pekan, mungkin kerana kesuburan makanan 1Malaysia yang diperkenalkan PM,” tulis beliau lagi.
Kalo korang tak caya klik anu
Kemudian korang klik anu2
Lu orang fikir sendiri la.....


 Tsunami kecil di Terengganu;
Posted on Thursday, May 09 @ 06:15:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: notan

"



Assalamualaikum,  Najib bising mengenai tsunami Cina yang menyebabkan BN gagal mendapat 2/3 sebagai menutup usaha menipunya yang gagal memberi dia 2/3.Najib mungkin terkejut dengan tsunami kecil yang melanda Terengganu.Keputusan rasmi SPR memberikan BN 17  kerusi dan PAS 15 kerusi, sementara keputusan tidak rasmi selepas kiraan pertama undi merekodkan PAS 17 dan BN 15.Kedudukan yang mencemaskan UMNO.



Silent wave yang pernah saya sebut dulu yang terjadi sejak kes Derih Natang, atau mungkin juga gelombang dari bawah akhirnya mencetuskan tsunami kecil di Terengganu.Mujur UMNO diselamatkan oleh SPR yang berjaya menterbalikan keputusan tidak rasmi apabila keputusan rasmi diumumkan.Black out untuk DUN Kemasik diibaratkan oleh seorang teman sebagai kejayaan TNB .Sementara DUN Alur Limbat (kalau tidak silap), saya masih tidak mendapat khabar apa yang berlaku.
Namun tsunami kecil tetap melanda di kedua dua DUN ini, sementara bagi kawasan di Setiu dan Besut di mana PAS kalah 5-0, angka kekalahan masih menunjukkan tsunami kecil juga berlaku di sana tetapi kemungkinan besar UMNO diselamatkan oleh dakwat kekal yang tidak kekal.Rekod menunjukkan kawasan di Setiu dan Besut adalah kawasan hantu local yang mengundi lebih dari sekali dengan pertolongan SPR dan JPN.Dakwat kekal yang tidak kekal tidak menjejaskan aktiviti hantu local dan dari angka keputusan yang dikeluarkan sendiri oleh SPR, ada bau mereka yang menyelamatkan UMNO dari tsunami kecil.
Dari keseluruhan keputusan dapat dirumuskan sokongan melayu di Terengganu untuk PAS sudah melebih 50% dan untuk UMNO semakin berkurangan dibawah 50%.Antara sokongan yang masih kuat untuk  UMNO dikesan di kawasan Hulu Terengganu yang dibentuk oleh melayu bawah tempurung yang masih ramai di sana.Kerana itu tsunami kecil tidak dirasai oleh UMNO di sana.Kekalahan UMNO di DUN Manir adalah tradisi, kerana UMNO tak  pernah menang di sana.
Walaupun PRU kali ini, Terengganu nampak sudah dibebaskan oleh pengaruh hantu, tetapi hantu local masih ramai di Setiu dan Besut dan mungkin juga di beberapa DUN di Kemaman dan Dungun.Ketewasan PAS di DUN Air Putih dengan majoriti yang bertambah untuk UMNO disumbangkan oleh Felda seberang Tayor dan Neram yang juga ada hantu local yang beroperasi di sana.Dakwat kekal menggagalkan kita mengesan hantu local dan dengan ini UMNO terselamat dari tsunami kecil yang berlaku di Terengganu.Tetapi mereka belum tentu selamat kerana PAS dikhabarkan sedang mengumpul maklumat dan bukti untuk membuat bantahan, begitu juga dengan khabar perlantikan MB ditangguhkan seperti selepas PRU 12 dulu, sejarah mungkin berulang, drama natang mungkin bergema lagi di Terengganu.

Rumah Bicara

Hana al-Amin, 08 Mei 2013
Pohon berbicaralah rumah bicara itu
masanya terlalu singkat kita menunggu
pencerahan lampu mu menerangi gelap celaru
ramai yang sedang menunggu cahaya mu
kesihani lah pada mereka yang teraba-raba
terkial mencari  sebutir manik cahaya ......

Berbicaralah dengan tulus celik mata hati
bukan juling lakun mulus pelik sangsi
mereka bukan hamba sahaya dibumi tercinta
tetapi ketuanan tanah pusaka mengerti sandiwara

Hentikan omong dan sepakat suap balaci
pekertikan lorong sekat berong singgung keji
laungan takbir meroboh tembok ketakutan
gandingan minggir rempuh angkuh kesombongan
beristigfar panjang sambil menadah tangan
dunia telah beransur dimamah onar zaman
sekam iri mengapi keji tak kesudahan
bilakah lagi sinar cahaya menerangi kegelapan
menutur lagi si mualim tanpa jemu mengingati
kita akan kembali kepada Tuhan Rabbulizzati.

Astagfirrullah.....!!!

Hana al-Amin
Sungai Tua, 8 Mei 2013

Lebih 100,000 sertai 2 himpunan bantah penipuan PRU 13

Harakahdaily, 08 Mei 2013

(Kira-kira 100,000 memenuhi luar dan dalam Stadium MPPJ Kelana Jaya)

KELANA JAYA: Lebih 100,000 orang berkumpul di Stadium Kelana Jaya bagi membantah penipuan dalam pilihan raya umum  ke 13 baru-baru ini.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai perhimpunan ini dengan disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.

(Orang ramai memenuhi stadium sejak lewat petang tadi)

Walaupun hujan renyai-renyai sejak petang tadi, ia tidak menghalang mereka berkumpul di stadium itu.

Lebuhraya Persekutuan yang menghala ke kawasan perhimpunan jam teruk sejak petang tadi.

Ini adalah perhimpunan pertama dianjurkan selepas pilihan raya umum ke 13 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa tetapi penuh dengan kecacatan.

Di RUSILA, Marang, puluhan ribu juga berkumpul di perkarangan Masjid Rusila dalam himpunan gergasi rakyat Terengganu bersama PAS.
Mereka memenuhi perkarangan masjid itu dan mendengar ucapan dari pimpinan PAS dari Dewan Terbuka Tok Guru yang terletak di sebelah masjid itu.

(Gambar kanan: Himpunan di perkarangan Masjid Rusila, Marang)

Antara yang menyertai himpunan di perkarangan Masjid Rusila adalah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Muhamad Haji Mohd Taib. Beliau dilihat antara faktor penyumbang kepada gelombang besar yang melandar Selangor dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

Isu dakwat kekal yang tidak kekal, pengundi warga asing, lampu padam ketika pengiraan undi, kotak undi yang jatuh dari helikopter yang membawa dan pelbagai cerita lagi.

Kali ini, dengan semua penyokong adalah mata dan telinga atau jentera Pakatan Rakyat segala penyelewengan ini didedahkan melalui media sosial.


(Tan Sri Muhamad Mohd Taib berdepan dengan puluhan ribu di Dewan Tok Guru, perkarangan Masjid Rusila malam ini)

Gambar, video dan cerita disebarkan dengan cepat bagi membukti pelbagai kecacatan pilihan raya ini.

Berasaskan kepada itulah mereka turun beramai-ramai malam ini untuk mendengar sendiri sikap dan pendirian Pakatan Rakyat mengenainya.




Lagi Gambar



Video Berkaitan

1) Klik untuk lihat video yang dirakamkan di perseklitaran stadium Kelana Jaya ini.
2) Klik untuk saksikan keadaan dalam stadium.


TERKINI : Stadium Penuh... Ramai Yang Tak Dapat Masuk Dan Beribu Lagi Dengar Ceramah Di Luar Stadium... Ini Kali Lah!!! ::.kikiki.::


Penuh td..
Balik rumah baru leh online..
Allahurobbi


sumber twitter @amarzaim

Toll LDP. Jem dari tol sampai stadium kelana jaya kot. Phewww. Gudluck siapa yang pegi #black505



Biar Gambar Berbicara... Kenderaan Dari Tadi Bergerak Perlahan Kerana Mengalami Kesesakan Luarbiasa di Tol LDP Menghala Ke Stadium Kelana Jaya...

Berikut Laporan Dari Malaysiakini :-

9.33pm: Kesesakan lalulintas dari Kelana Jaya sehingga ...See More


TERKINI : Stadium Penuh... Ramai Yang Tak Dapat Masuk Dan Beribu Lagi Dengar Ceramah Di Luar Stadium... Ini Kali Lah!!! ::.kikiki.::


PRU13: Pengundi Cina bukan rasis; ini buktinya

Majdan Dagang, 08 Mei 2013

Tuduhan bahawa orang Cina rasis, tidak mengenang budi, dan ingin jadi PM tidak benar dan tidak tepat sama sekali. Tuduhan-tuduhan ini hanyalah andaian tanpa berdasarkan fakta yang sebenar. Adalah dibimbangi tuduhan ini bertujuan mencetuskan kegelisahan dalam kalangan orang Melayu khususnya Melayu luar bandar agar terus berpaut pada Umno walaupun mereka terus-terusan menjadi mangsa kerakusan pimpinannya merompak hasil negara. Umno juga sedar bahawa kemenangan mereka pada kali ini banyak bersandarkan kelompok Melayu ini. Jadi mereka akan berbuat apa-apa sahaja agar kumpulan ini terus kekal walaupun terpaksa meniupkan isu perkauman.

Namun, jika penyokong Umno rajin sedikit membuat kajian mereka akan mendapati bahawa kenyataan pimpinan mereka tentang masyarakat Cina meleset sama sekali.

Selepas meneliti keputusan PRU13 ini, saya mendapati dengan jelas bahawa orang Cina bukanlah memenangkan DAP kerana parti itu berasaskan Cina, tetapi undi mereka kerana menolak Barisan Nasional keseluruhannya. Tambahan pula, mana-mana kawasan yang mempunyai majoriti penduduk Cina atau sekurang-kurangnya 40 peratus pengundi Cina, calonnya daripada Pakatan Rakyat akan menang selesa – tidak kiralah calon itu dari Melayu, Cina, mahupun India.

Antara kawasan yang mempunyai pola sedemikian ialah bagi P48 Bukit Bendera, Pulau Pinang. Pecahan pengundi mengikut kaum bagi kawasan ini ialah Melayu (13.99 %), Cina (73.74 %), India (11.22 %) dan lain-lain (1.14 %). Parlimen ini dimenangi oleh Zairil Khir Johari yang berbangsa Melayu mengalahkan Teh Leong Meng yang berbangsa Cina. Secara logiknya, Zairil Khir Johari boleh kalah teruk tetapi menang dengan majoriti 32,778.

Lihat pula P80 Raub, Pahang. Pecahan pengundi mengikut kaum ialah Melayu (48.93 %), Cina (40.99 %), India (6.60 %), dan lain-lain (3.47 %). Parlimen Raub ini dimenangi oleh Datuk Arif Sabri Abdul Aziz yang berbangsa Melayu mengalahkan Hoh Khai Mun yang berbangsa Cina dengan majoriti 2,814 undi. Pada PRU12 yang lalu Ng Yen Yen mengalahkan calon Melayu dengan majoriti 2752 undi. Pada kali ini berlaku sebaliknya.

Bagi P100 Pandan. Pecahan pengundi di kawasan ini asalnya Melayu adalah majoriti. Ketika itu Datuk Ong Tee Kiat berbangsa Cina telah menang selesa. Namun pada PRU13 ini majoriti pengundi adalah Cina. Pecahan mengikut kaum ialah Melayu (44.36 %), Cina (48.14 %), India (6.60 %) dan lain-lain (0.9 %). Mohd Rafizi berbangsa Melayu menewaskan Lim Chin Yee dan Tan Yew Leng yang berbangsa Cina dengan majoriti 26,729 undi!

Bagi N30 Mentakab, Pahang calon Melayu, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji menewaskan penyandang kerusi ini yang berbangsa Cina iaitu Datuk Chuah Boon Seong dengan majoriti 1,554 undi. Pada PRU12, Datuk Chuah menang dengan majoriti 2,439 undi. Pecahan pengundi bagi kawasan ini ialah Melayu (50.94 %) Cina (40.95 %), India (5.92 %) dan lain-lain (2.19 %).

Berdasarkan fakta dan maklumat tersebut, dengan sendirinya menyangkal dakwaan bahawa orang Cina bersikap rasis kerana memenangkan calon bangsa mereka. Orang Cina bukan menolak BN atau bangsa mereka sendiri tetapi mereka menolak pemimpin dan parti yang rasuah, salah guna kuasa, rasuah dan pelbagai lagi masalah.

Selain itu, pengundi cina juga membuktikan bahawa mereka masyarakat yang matang dan celik maklumat serta tidak mudah melatah dengan propaganda politik. MCA telah memainkan isu satu undi untuk DAP bererti satu undi untuk PAS yang mahu mengadakan hukum hudud. Umno juga turut menakut-nakut pengundi melalui isu ini. Walaupun ada kalangan pemimpin DAP yang tidak bersetuju dengan hasrat PAS itu, tetapi para pengundi Cina semakin hari semakin memahami apakah hukum hudud.

Buktinya, mereka telah memberi sokongan yang padu dan memberikan kemenangan bergaya kepada calon-calon PAS di kawasan lebih 40 peratus pengundi Cina.

DUN N13 Sungai Abong, Bakri, Johor. Calon PAS, Dr Sheikh Ibrahim Salleh berjaya mengekalkan kerusi yang dimenanginya pada PRU12 lalu. Majoritinya turut bertambah dari 1,550 pada PRU12 kepada 3,813 pada PRU13. Pecahan pengundi bagi DUN ini ialah Melayu (51.33 %), Cina (45.22 %), India (2.96 %) dan lain-lain (0.48 %).

N15 Maharani. Calon PAS, Dr Mohammad Taslim juga telah mengekalkan kerusi yang dimenangi pada PRU12 dan menambahkan majoritinya daripada 158 pada PRU12 kepada 3,136 pada PRU13. Pecahan pengundi mengikut kaum bagi kawasan ini ialah Melayu (54.98 %), Cina (41.98 %), India (2.50 %) dan lain-lain  (0.54 %).

Seterusnya N21 Parit Yaani, calon PAS, Aminolhuda Hassan berbangsa Melayu telah merampas kerusi ini daripada calon MCA Teo Yew Chuan dengan majoriti kemenangan 1,188. Pada PRU12, MCA menang dengan majoriti 3,857 undi. Pecahan pengundi ialah Melayu (55.61 %), Cina (43.06 %), India (1.82 %) dan lain-lain (0.23 %). Keputusan ini juga membuktikan pengundi Cina bukan rasis kerana turut memberi undi kepada PAS.

Bagi kawasan N41 Puteri Wangsa pula, pengundi Cina dengan jelas membuktikan bahawa kempen menakut-nakutkan mereka dengan isu hudud kurang berkesan dan orang Cina tidak rasis. Hal ini kerana calon PAS, Syed Sis Abdul Rahman menang dengan majoriti 4,469 undi. Pecahan pengundi bagi kawasan ini ialah Melayu (40.27 %), Cina (47.22 %), India (11.79 %) dan lain-lain (0.73 %).

Jika anda rajin menelaah keputusan PRU13 yang lalu, banyak lagi bukti yang menunjukkan bahawa penolakan pengundi Cina bukanlah kerana bangsa atau parti tetapi penolakan total kepada sikap parti pemerintah itu sendiri.

Salah seorang rakan saya berbangsa Cina menyatakan rasa sedihnya apabila dituduh bangsanya bersikap rasis. Bagi beliau, tuduhan itu tidak berasas sama sekali dan tidak menghormati haknya sebagai pengundi untuk membuat pilihan.

Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, keharmonian antara kaum, dan kemakmuran negara menyeru agar jangan memainkan isu-isu yang boleh mengundang kebencian antara kaum. Marilah kita bersama menuju Malaysia baru yang saling hormat-menghormati antara kaum dan agama.

Tiada ulasan: