Khamis, 9 Mei 2013

ELOK UNDUR KOD...JIKA TIDAK.... LAGI TENSEN....LEBIH2 BILA DESAKAN ITU DARI DALAM

Sebelah Pantai Timur: Himpunan Rakyat Pasca PRU13 malam ini juga penuh sesak!!
Posted on Wednesday, May 08 @ 23:04:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline

Himpunan Rakyat Pasca PRU13 di Masjid Rusila, Marang Terengganu kerana membantah keputusan Pilihan Raya ke-13 yang diselubungi penipuan.

Sebelah petang tadi, orang ramai sudah berhimpunan dan ceramah yang akan disampaikan sekitar pukul 9.30 malam. Amanat daripada Presiden PAS akan di sampai di akhir perhimpunan nanti. Sebelum ini penceramah tidak asing lagi Ustaz Azhar Idrus juga akan menyampaikan ceramahnya.


Suasana dalam pentas.




Keadaan di jalan raya hadapan Rusila.


Persekitaran Masjid Rusila.



..
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com

  Walaupun Hujan, Stadium Kelana Jaya Penuh...
Posted on Wednesday, May 08 @ 21:13:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline

Himpunan Bantah Keputusan PRU13 walaupun diberikan amaran oleh polis tetap mendapat sanbutan. Lebih 5000 orang sudah berkumpul petang tadi.



Dalam keadaan hujan, orang ramai tidak bergajak.


Mereka sanggup basah kuyup.


Ini suasana petang tadi.


Sebelum ke stadium, makan dulu....


BERIKUT perkembangan perhimpunan bantahan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13):

6 petang: Orang ramai lengkap berpakaian serba hitam mula membanjiri Stadium Kelana Jaya termasuk kawasan berhampiran.

6.15 petang: Penyokong "Blackout" dari pelbagai arah dengan menaiki kereta, motosikal, bas dan LRT berhampiran, sambil berjalan kaki menuju Stadium Kelana Jaya

6.30 petang: Hujan mula turun dan semakin lebat. Namun ia tidak mematahkan semangat penyokong Pakatan Rakyat

6.45 petang: Trompet tidak henti-henti ditiupkan sejak pintu masuk Stadium Kelana Jaya mula dibuka kepada orang ramai

7.05 malam: Kira-kira 5,000 penyokong PR mengambil tempat masing-masing dalam stadium itu.


..
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com

  Keadaan Ustaz Azizan terkini stabil!! Alhamdulillah
Posted on Wednesday, May 08 @ 21:11:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline

Keadaan Ustaz Azizan Razak terkini adalah stabil. Bekas Menteri Besar Kedah, yang kini berada di Hospital Pulau Pinang. Mari kita doakan beliau cepat sembuh. "Ya Allah, berilah kesihatan kepada Ustaz Azizan Razak, permudahkanlah kepadanya. Berilah kesembuhan kepadanya agar dapat terus berjuang memartabatkan Islam di Tanah Air Malaysia tercinta ini "





Manakala Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah Hamidun pada Selasa menziarahi bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang kini dirawat di Unit Rawatan Kardiologi (CCU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

Baginda berdua diiringi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff, Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Badlishah, anakanda baginda Tunku Puteri Intan Shafinaz, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan Menteri Besar Perlis Azlan Man. 

Antara pemimpin yang turut melawat Azizan ialah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Mohamad Salleh Man, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Datuk Redza Rafiq Abdul Razak.


..
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com
  Tak Payah buat kecoh pasal Kelantan
Posted on Wednesday, May 08 @ 21:10:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline

Saya tak ambil 'endah' sangat pasal perlantikan MB baru serta barisan exconya. Pasal Husam pun saya tak pusing, hanya saya berpendapat Husam adalah calon PM bagi PAS, jika bukan Anwar Ibrahim sebab, kalau kita kenal rapat dengan "Ayah Chik" dia tak minat kepada perkara ini.

Jawapan seleroh "Jadi Nelayan" itu sebenar adalah jawapan dari hati nuraninya. Tambah pula kesihatan beliau yang tak beberapa baik sudah banyak tahun.

Husam adalah kepimpinan PAS yang ada 'karisma'.. Tak banyak dalam PAS yang ada karisma. Dulu saya berpendapat dia mampu menebusi pengaruh Cg Pa (yang ada krisma juga.. tapi sekarang..). Walaupun saya tak 'suka sangat' kepada Husam kerana ada sedikit 'keegoan' oerganasasi... tapi itu pendapat peribadi.

Saya sebenarnya malas nak tulis pasal perkara ini, tapi bila terbaca tulisan Mohd Sayuti Omar, rasa nak tulis juga. (ruj. di sini)

Sayuti ini adalah penulis lama, tak ramai yang hidup tinggal sedikit sahaja lagi.  Mujur ada dia, boleh kita berperang idea pasal politik tanah air. Ada banyak penulis dan penganalisis politik lain yang baik tapi penulis ini bukan penulis blog.

Bila Sayuti menulis pasal Husam diketepikan. Saya rasa macam ada tak kena sahaja. Saya rasa Sayuti tak payah panaskan isu Kelantan. Tulisan Sayuti pasal Husam sebelum ini berjela-jela sudah bercanggah pula. Ramai orang komen bila kita berkawan, kita tak payah lah tulis berjela-jela pasal kawan kita.... Nanti tak ada orang nak berkawan dengan kita. Masa kita berkawan kita kata 'kentutnya wangi' tapi bila kita benci habis satu dunia tahu pasal kita 'kebel' (heboh) keburukan kawan kita itu.

Begitu juga tulisan Sayuti pasal calon parlimen di Perlis, Sayuti banyak menulis dan menyerang PAS Perlis. Ulama juga menjadi mangsa. Blogger Pakatan Rakyat terikut-ikut dan wujud polimik dikalangan blogger PR. Ini semua kerja tak bagus kalau kita sedang berperang dengan musuh.


PAS Perlis ada maklumat tentang penderian sebenar Dr Jaunda.. keraguan PAS Perlis terhadap calon cadangan PKR terbukti. Tapi PAS tak menjawab pada tulisan-tulisan dan tuduhan itu menjaga kehormanian dan suasana pada masa itu pula suasana hampir PRU. Jangan ingat PAS bodoh!!

Saya rasa pelik orang PAS berfikiran seolah-olah PAS satu organasasi bodoh dan lemah... tak ada apa-apa sekadar pak lebai di surau dan masjid.

Presiden PAS banyak kali penglibatan PAS kawasan pertikaian adalah demi menyelamatkan Pakatan Rakyat itu sendiri... Kalau tak nak dengar cakap Presiden PAS takkan nak dengar cakap Presiden UMNO!!!

Yang saya pelik, orang PAS sendiri, puluhan tahun jiwa dalam PAS tapi masih anggap PAS tak ada kajian, tak ada gerak saraf atau "intelligent" tak ada kajian... itu sebab kalau ada kajian luar, nak 'sembah' kajian luar tersebut. Presiden PAS terkena terpias ini. Maaf saya tak kata kepada Sayuti pasal dia bukan ahli PAS.

Bukan sahaja Sayuti bercakap pasal Kelantan, ada juga blogger yang pernah dimarahi oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz membangkit pasal perkara ini. Kaitkan pula dengan "Geng Perpaduang".

Dulu saya ingat orang UMNO sahaja yang suka bangkit perkara lama yang sudah berkubur. Misalnya pasal solat dua iman, pasal tak makan sembelihan UMNO. Pasal itu di Terengganu gambar Lim Kit Siang Peluk TGHH masih menjadi bahan kempen UMNO Terengganu.

Rupanya dalam blogger pakatan ada juga pemikiran UMNO. Baju aje blogger Pakatan Rakyat tapi hidup dan cara berfikir tak saling tumpah macam UMNO.
Husam cool aje dalam hal ini, walaupun ada sedikit terasa..

Husam telah membuat kenyataan media meminta isu beliau tidak dikekalkan sebagai Exco kerajaan negeri tidak dikaitkan dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Hanya macam biasa ada sedikit Husam tak puas kerana dia tidak diberitahu dan tidak dimaklumkan dalam hal ini. Mengikut Husam sepatut adakan mesyuarat dulu di peringkat Perhubungan PAS Negeri untuk memutuskan pertukaran Menteri Besar dan pembentukan kerajaan baharu.

Yang lain-lain tak payah nak tambah "COLOUR" dan jangan babit kumpulan itu kumpulan ini seolah-olah ada konspirasi besar nak jatuhkan Husam... NI MESTI ADA UG KELANTAN KE!!!

Tak hairanlah satu kajian post-mortem PAS sebelum ini (2008) ada menyebut 5% punca kekalahan PAS melibatkan individu tertentu adalah disebabkan persepsi buruk blogger pakatan rakyat sendiri.

Saya tak tahu berapa peratuskan peranan blogger Pakatan Rakyat menyumbang kepada kekalahan PAS Kedah.. Kalau kita anggap PAS Kedah itu ISLAM DAN PERJUANGAN Islam adakah kita rasa kita tak bertanggungjawab disisi Allah dalam hal ini??

Melainkan kita anggap PAS KEDAH di bawah Ustaz Azizan tu SAMA MACAM UMNO.. kita berkewajipan menjatuhkannya. Sedar atau tak sedar semua kita akan dihitung setaip perbuatan kita. Kita boleh menegur tapi bukan menjadi kewajipan kita untuk menaik dan menjatuhkan seseorang.

Berikanlah Kelantan bergerak dulu dengan kepimpinan baru.. jangan kita rosakknya sebelum dia mula melangkah tapak!!


Note:
Video kenyataan Husam





...
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com
  Najib Mesti Berundur Demi Maruahnya dan Maruah UMNO
Posted on Wednesday, May 08 @ 21:09:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline

Sebelum ini apabila Pak Lah tidak dapat mempertahankan 2/3 kerusi parlimen, Tun Mahathir dan anaknya Mukhriz mendesak Pak Lah meletak jawatan. Tapi sekarang apabila pencapaian Najib yang lebih teruk daripada Pak Lah. Dua Beranak ini berdian diri dan seolah-olah mempertahankan Najib dan kelemahan Najib.

Mana maruah dan kehebatan UMNO?? Mana suara hero-hero? Mana suara blogger UMNO? Semuanya menjadi bisu, pekak dan tuli ATAU Mereka dah jadi dayus dalam politik?


 

Tun Mahathir gadai maruahnya, membisu kerana telah dirasuah oleh Najib untuk jawatan MB kepada Mukhriz? Ini sebenarnya perjuangan Tun Mahathir sebagai pembela UMNO, bertungkus lumus sepanjang PRU13 semata-mata bukan untuk UMNO tetapi untuk masa depan keluarga dan anak-anaknya.....

MALANG SUNGGUH PENGIKUT TAAT TUN!!
RUPA TUN SAMA JUGA DENGAN IBRAHIM ALI DAN ZULKIFLI NORDIN!!
TAK LEBIH DARIPADA ITU!!!

...
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com

Tiada ulasan: