Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Umno Terengganu memperkukuh kesatuan dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat selepas Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan penguasaan di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas.

Nasihat itu antara yang ditekan Najib, yang juga Presiden Umno, dalam pertemuan hampir dua jam dengan kesemua 17 wakil rakyat Umno Terengganu di ibu pejabat parti berkenaan di Pusat Dagangan Dunia Putra malam tadi.

"Perdana Menteri minta kita bersatu dan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat agar di masa akan datang, kita dapat merebut kembali kerusi yang kita kalah," kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu Datuk Seri Ahmad Said kepada pemberita selepas pertemuan itu.

BN Terengganu mengekalkan penguasaan di negeri itu dengan majoriti mudah apabila memenangi 17 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ditanya sama ada isu pelantikan menteri besar turut disentuh pada pertemuan itu, Ahmad berkata perkara itu tidak dibincang.

Bagaimanapun, Ahmad yang dilantik semula sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua berkata majlis angkat sumpah jawatan itu akan diadakan bersama pelantikan Exco dalam masa dua atau tiga hari lagi.

Difahamkan, pada pertemuan itu, semua wakil rakyat turut menyatakan ikrar taat setia kepada pucuk pimpinan di depan Najib.

- Bernama
Anwar puji peserta perhimpunan Pakatan
9:37PM Mei 9 2013
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji peserta perhimpunan Pakatan Rakyat di Kelana Jaya malam tadi yang sanggup menempuh hujan dan kesesakan lalulintas untuk hadir membantah penipuan pilihan raya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Anwar berkata, rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat telah menunjukkan keberanian dan keazaman malam tadi untuk tujuan yang mulia.

NONE"Anda hadir dengan aman, anda menunjukkan kesetiaan anda kepada
Yang di-Pertuan Agong dan menyanyikan lagu Negaraku dengan bangga. Anda menunjukkan dengan jelas bahawa anda bersatu sebagai Bangsa Malaysia," katanya.

Puluhan ribu penyokong Pakatan membanjiri stadium Kelana Jaya malam tadi untuk menyatakan bantahan mereka terhadap dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum Ahad lalu.

Pemimpin BN pula berkata, walaupun terdapat dakwaan berlaku penipuan, tetapi Pakatan menang kerusi terbanyak di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, dan perhimpunan itu diadakan kerana pakatan pembangkang itu tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka gagal menubuhkan kerajaan pusat.

'Pakatan tidak akan berputus asa'

Anwar berkata hujah sedemikian merupakan satu penghinaan kepada pengundi.

"Ia juga satu pembohongan terang-terangan. Sebenarnya kemenangan anda telah dicuri daripada anda. Bagaimana ini boleh diterima?

post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 9"Merekalah yang tidak dapat menerima kekalahan dan terpaksa
melakukan penipuan untuk terus berkuasa.

"Anda berada di pihak yang benar," kata Anwar sambil menambah bahawa kebenaran akan terserlah juga akhirnya.

Anwar berkata, penyokong Pakatan kini berdepan dengan kempen intimidasi perkauman dan menyeru mereka menunjukkan "tekad yang waja".

"Anda tunjukkan bahawa anda tidak akan berhenti sehinggalah keadilan dan kemenangan dikembalikan kepada anda.

"Dalam semua usaha ini, saya berjanji bahawa Pakatan Rakyat bersama anda sepenuhnya. Kami akan berdiri teguh bersama anda di sepanjang jalan. Kami tidak akan menyerahkan kalah," katanya.