Ahad, 12 Mei 2013

MUNGKIN TAK TAHU JAWI...DAN MUNGKIN TAK TAHU BACA QURAN...MALANG ORANG INI...TAPI NAK BERLAGAK CERDIK...KATAK KE...BOLEH LOMPAT... TEMPAT DAH TAK SELAMAT ...HAMPIR MUSNAH...TAK KAN NAK TUNGGU...APA LAGI LOMPATLAT...TAK LOMPAT BODOHLAH

Tsunami Cina Tolak Pemimpin Rasuah Bukan Tolak Melayu
Posted on Saturday, May 11 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Ahmad Nazri Khamis

Johor menjadi negeri tumpuan pemimpin melayu Umno dalam menjustifikasikan kemenangan besar DAP di negeri Johor dengan meraih 13kerusi DUN daripada 14kerusi yang ditandingi sebagai kebangkitan cina tolak melayu. Kenyataan awal PM, Dato Seri Najib menyebut bahawa itu "Tsunami Cina" satu kenyataan berat yang tidak menggambarkan keadaan sebenar penolakan cina kepada BN.

Kenyataan berteraskan anasir perkauman itu disambut mesra oleh media-media masa pro-kerajaan. Saya kira samada PM, pemimpin Umno yang lain atau pun media masa harus bertanggungjawap kerana api perkauman yang dibakar itu tidak mustahil akan membakar negara kita yang dicintai ini jika tidak dihindari.

Sepatutnya mereka wajar menilai secara jujur mengapa rakyat terutama mejoriti kaum cina menolak BN, rakyat tolak pemimpin yang rasuah dan mahukan pemimpin yang bersih itulah erti slogan "Ubah".

Semasa bertemu dengan ramai penyokong tegar Umno, mereka senada pemimpin Umno bahkan ada dikalangan orang melayu yang taksub dengan penilaian songsang itu menyebarkan risalah-risalah perkauman kepada masyarakat. Mereka agresif mainkan isu cina anti melayu tanpa fakta yang jelas. Tindakan seumpama itu bukan mencari keamanan bahkan akan mengundang padah dan celaka buat negara. Saya harap pihak berkuasa, berlaku adillah kerana berlaku adil itu dekat dengan Allah swt.

3 soalan di bawah mungkin boleh dijawab secara jujur seandainya jalan kebenaran dicari;
1. Siapakah yang memenangkan calon Cina MCA (BN) di Kerusi Parlimen Simpang Renggam, Johor yang menyebabkan Ketua Pemuda PAS Johor seorang Melayu kalah?
2. Siapakah yang mengundi calon Cina MCA (BN) di Parlimen Tanjung Piai, Johor yang menyebabkan saudara Mahadir Ibrahim seorang Melayu dari DAP kalah?
3. Siapakah pula yang telah memenangkan Calon PAS di Kerusi Parit Yaani Johor seorang Melayu yang melawan calon Cina BNdari MCA? DUN Parit Yaani telah membuktikan kesemua peti undi dari Unit Peti Undi (UPU) Melayu Calon PAS kalah besar.
Seorang rakan saya yang mengundi BN bila ditanya soalan di atas dengan lancar dia menjawab "penyokong Umno mengundi calon Cina dari MCA itu sebab dia BN, dan pemimpin BN di atas adalah orang Melayu dan orang Umno tidak mengundi calon Melayu dari PAS sebab PAS bekerjasama dengan DAP" dan dia berkata lagi "DAP anti Islam dan anti orang melayu, tengok di Pulau Pinang bagaimana orang Melayu merempat sejak lama"....dan dia berkata lagi "aku, kalau PAS banyak kerusi tidak mengapa tetapi jangan DAP"...bila ditanya DAP tolak pemimpin rasuah, dia berkata "sebenarnya cinalah yang rasuah sebab kalau mereka(cina) tidak rasuah mereka tidak kaya-raya seperti hari ini dan kerajaan BNlah yang berikan kemudahan hingga ekonomi mereka(cina) baik"...ditanya lagi, Laporan Ketua Audit Negara menyebut 28Billion duit negara hilang gara-gara ketidakkecekapan Umno pimpin negara, dia berkata "kalau Pakatan memerintah, duit negara lebih banyak daripada itu akan hilang"...Saya cuba beralih tajuk, saya bertanya 90% rakyat Kelantan orang Melayu mengapa Kerajaan Pusat menyekat peruntukan dan menahan royalti Minyak 5% setahun walaupun itu perjanjian Petronas dengan Kerajaan Negeri sejak lama dan di Kelantan ramai Melayu, kalau mahu tolong Melayu kerajaan pusat tidak sepatutnya buat begitu, lalu dia berkata "pemimpin PAS Kelantan tidak pandai ekonomi, mereka (pemimpin PAS) di sana suka menggunakan agama sahaja untuk kepentingan politik", rakan saya menambah lagi "Nabi Muhammad berdakwah, bukan berpolitik, Nabi jadi ketua negara kerana dakwahnya diterima ramai bukan dengan kuasa politik, politik guna agama tidak disukai Nabi"...katanya. Saya berkata kepadanya, terimakasihlah kerana berkongsi pandangan..saya pun pergi dari situ. (itulah pemikiran ramai orang melayu yang mengekalkan Umno/BN sebagai pemerintah)

Penulis adalah Setiausaha Penerangan PAS Negeri Johor
Ahmad Nazri Khamis
Batu Pahat. 11 April 2013


 Umno Sudah Kuat Dan Hebat, Buat Apa Pelawa Dap Sertai Kabinet?
Posted on Saturday, May 11 @ 21:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Riduan Mohd Nor

DAP menolak bulat-bulat cadangan supaya parti itu menyertai BN ekoran penarikan diri MCA dalam kabinet BN selepas prestasi buruk BN dalam Pru ke 13. DAP mempunyai prinsip yang jelas dengan penolakan ini. Mereka adalah parti yang berpegang teguh kepada perjuangan menegakkan kebenaran dan bersama-sama rakyat di belakang mereka yang memberikan sokongan padu dalam Pru ke 13. Tidak mungkin sebuah parti yabng mendapat sokongan rakyat dan menang hasil kerja keras bertahun-tahun lamanya melalui jalan demokrasi ini mencari jalan mudah menyertai kerajaan BN.

MCA pula sudah menyatakan prinsip mereka sejak awal lagi dengan menolak menyertai kabinet angkara kemerosotan mereka dalam Pru ke 13. MCA sedar bahawa jika mereka menggotai kerajaan, mereka menjadi kerajaan yang tidak direstui oleh rakyat terbanyak. Rakyat sudah menolak mereka, mengapa pula mereka terhegeh-hegeh menerima jawatan kabinet?

UMNO sepatutnya sedar dan menginsafi diri. Bukan semua pihak boleh dibeli dan dipujuk sesuka hati. Apa yang mereka lakukan dalam PRU ke 13 lebih menyakitkan hati dan jiwa jutaan rakyat yang rindukan suasana demokrasi sebenar terbentuk di negara ini. Malangnya, ruang demokrasi yang sempit ini terus dicengkam sehingga kebenaran tidak lagi terserlah.
Dengan sentimen perkauman yang mereka gendangkan saat ini, tidak wajar mereka pula menghulur tangan persahabatan. Puas ‘menumbuk, menampar dan membelasah' kaum Cina di media, mereka pula mahu memujuk kaum Cina menyertai kabinet mereka. Wajarkah?
Sebaiknya UMNO memerintah negara ini sendirian. Tinggalkan kawan dan rakan komponen BN lain yang merudum teruk prestasi mereka. Tinggalkan juga jauh lawan politik mereka di belakang. UMNO sudah menang banyak dan besar di negara ini, buat apa perlu rakan komponen atau lawan politik untuk serta kabinet mereka. Bukankah mereka parti yang kuat, hebat dan menang atas sokongan rakyat pelbagai peringkat?
Buktikanlah sepanjang 5 tahun ini UMNO benar-benar hebat tanpa bantuan dan sokongan sesiapa pun. Buktikan juga bahawa UMNO menang bergaya dengan sokongan rakyat, khususnya kaum Melayu dan mereka tidak perlu lagi sokongan kaum lain. 5 tahun lagi elok juga UMNO sendirian dengan logo sendiri sertai PRU ke 14 kerana ketika itu parti komponen BN sudah tidak diperlukan dan mereka juga tidak memerlukan UMNO lagi!

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia 


 Blogger Pencacai UMNO Buat Lawak Giler!
Posted on Saturday, May 11 @ 19:44:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline




Hari ini sekali lagi saya tergolek kerana terlalu suka apabila mendapat massage daripada blogger pencacai UMNO @ BN (kononnya cybertropper hebat..)

Masej ada seperti berikut: "Admin Nak Tanya Sikit La Untuk Macai-Macai Paktan Yang Beragama Islam... Apa Ayat Yang Dipakai Dikepala Cina Ini...???
Kenapa Cina Ini Pakai...???
Dan..........
Lepas Cina Nie Pakai... Kemanakah Cina Ini Akan Buang Kain Tersebut...???
Tolong Jawab Sat Wahai Macai Pakatan Haprak Yang Bijaksana...!!!
Cina ni mandi junud atau belum untuk pakai kain tu??
~santau menyantau~

Rasanya tak payah jawab, pembaca sudah pun gelak!!
Ini akibat daripada Khir Johari Menteri UMNO yang hapus tulisan jawi di sekolah. Akhir Melayu UMNO bodoh dengan tulisan bangsanya sendiri!!




Apabila BN ambil pemerintahan pada tahun 2004 dia tukar papan tanda kerajaan PAS dengan papan tanda biru. Oleh kerana bahalul dalam tulisan jawi.. lihat apa terjadi.



Oii UMNO, bacaan jawi pada banner tu adalah “Undurlah Barisan Nasional. Rakyat Dihulukan”.. Kalau saya cakap UMNO banggang, tak tahu jawi nanti ramai yang marah, tapi ni hampas!!

Patutlah ulama dari UMNO tak berani nak berdebat ngan ustaz dari DAP dalam bahasa arab, rupanya tulisan jawi pun gagal.





Patutlah P. RAMLE kata UMNO tu SARKAS... Lihat video di atas, bagaimana P. Ramlee perli UMNO.


.....

Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com

  Kalau Isu MB Selangor Anwar Tak Mampu Settle , Apatah Lagi Isu Negera
Posted on Saturday, May 11 @ 19:42:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: Iqbal

"Keputusan PRU13 banyak duka daripada gembira bagi rakyat, khusunya penyokong PR. Kemenangan 3 negeri pengubat dan penghibur kepada kedukaan yang lebih besar.

Malangnya pengubat hati ( kerana dapat pegang 3 negeri ) kini diselubungi rasa gelisah kerana kerenah dan kedegilan pihak tertentu dalam PR iaitu PKR.

Semua negeri dah selesai dengan pelantikan MB namun Selangor masih tergantung-gantung. Sebagai penyokong tegar Anwar dan PRrasa hampa dan marah yang terhingga bilaman keadaan begini terjadi.
JELAS ROH UMNO MASIH KUKUH DALAM JASAD FIGUR-FIGUR TERTENTU DALAM PKR.
Nampaknya roh enggan keluar dari jasad pemimpin2 tertentu PKR Selangor. Malah MP Ampang peelnya saling tak tumpah seperti sayap perempuan bertudung merah.
Kecewa dan sedih.
Rakyat yang tentukan nasib kamu pada 2018 nanti sebagaiman rakyatlah yang menghumban Khir Toyo pada 2008.
Kalau Azmin , Zuraida dan orang-orangnya mengamalkan gaya umno ( nampaknya begitulah ) , bermakna rakyat yang menyokong PKR
TERTIPU DAN DITIPU.
Rakyat menolak umno kerana isu-isu seperti yang  KAMU SEDANG REBUTKAN sekarang.
Dalam hal ini mana Anwar ? Kata boleh selasai itu ini sekiranya dapat Putrajaya ,sedabgkan isu MB Selangor seolah-olah kamu tak mampu menyelesaikannya.
APAKAH SITUASI DISELANGOR PERMULAAN YANG BAIK BAGI SESEBUAH KERAJAAN?
Seandai Tan Sri Khalid Ibrahim dicuri oleh umno, PR akan menerima padah.

 Siapa kata penyokong PAS tidak setuju bantahan PRU 13?
Posted on Saturday, May 11 @ 19:37:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,  Rakyat yang matang tidak rela beratur dengan warga asing di pusat pengundian.Rakyat yang berpandangan jauh tidak rela ditipu sedemikian rupa.Persoalannya apakah ahli dan penyokong PAS tidak termasuk dalam golongan rakyat seperti ini?

Umumnya sudah lama ahli dan penyokong PAS terutama di Terengganu merasai kepedihan ditipu setiap kali PRU, malah pada tahun 2004 hampir terjadi rusuhan besar besaran di bandar Kuala Terengganu kerana kecewa dengan kehadiran pengundi hantu yang luar biasa jumlahnya.Apakah ahli dan penyokong PAS lupa semua ini? Kali ini ada pergerakan membantah keputusan PRU secara besar besaran di seluruh negara, apakah penyokong PAS mahu mengecualikan diri darinya?

Cuba hayati ucapan UAI ketua dewan ulamak PAS Terengganu di perhimpunan pasca PRU 13 di Rusila pada malam yang sama perhimpunan di Stadium Kelana Jaya, Apakah UAI mengajak penyokong yang kehadirannya hampir menyamai Stadium Kelana jaya menerima keputusan PRU dan menunggu PRU 14 pula untuk menentang penipuan BN?
UAI berkata di pilinanraya akan datang kita akan bersama sama lagi  bergabung tenaga untuk menghapuskan penipuan BN.Apa makna pilihanraya akan datang? Ianya tidak bermakna PRU 14 tetapi mungkin ulangan PRU 13 atau mungkin PRK yang membuktikan PAS tidak hanya berpeluk tubuh dengan penipuan ini dan menerima rezeki secupak tidak akan menjadi segantang tanpa ikhtiar dan tawakkal.Inilah lebihnya ulamak yang menyedari kita tidak dapat mengatasi ketentuan dan kehendak ALLAH.
Sementara penyokong PAS pasti akan bersama sama dengan DSAI meneruskan usaha penentangan penipuan, tiada keraguan mengenainya sekalipun ada suara dari mana mana pemimpin mahukan penyokong PAS redha dengan keputusan ini.Apatah lagi kalau kenyataan pemimpin PAS itu disiarkan dalam akhbar milik UMNO, lagi tidak boleh dipercayai.
Begitu juga dengan dakwaan tidak matang yang mengatakan PR sibuk menganjurkan perhimpunan dengan tujuan mengadakan rusuhan kerana maklumat penipuan tetap dikumpul untuk bantahan petisyen pilihanraya. Sehingga kini, penulis mendapat maklumat ada 29 Parlimen dan 4 DUN Terengganu akan dibawa ke mahkamah pilihanraya dan penulis percaya banyak lagi kawasan akan turut dibuat bantahan.Mungkin kita akan menyaksikan jumlah petisyen terbesar dalam sejarah PRU.
Antara tujuan mengadakan perhimpunan ialah memberi tekanan kepada mahkamah pilihanraya supaya tidak terpengaruh dengan BN seperti tahun 2004 dulu di mana semua petisyen ditolak sebelum dibicarakan lagi.
Oleh tu, penulis yakin akan ada usaha berterusan untuk membetulkan sistem pilihanraya di negara dan bersama sama usaha itu ialah penyokong PAS.Tak usah bimbang dengan komitmen penyokong PAS.BERSIH sudah membuktikan komitmen yang padu dari penyokong PAS. 

 Harap-harap tiada lagi YB katak!
Posted on Saturday, May 11 @ 19:39:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: IbnuSabah

"

Selepas PRU 12 tahun 2008 dulu rakyat dipermainkan oleh wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang kita undi, tetiba ada yang hilang kewarasan akal dan pertimbangan yang dangkal satu demi satu melarikan diri dari rakan seperjuangan dan meninggalkan rakyat yang mengundi mereka kerana diburu nafsu benda dan RM.

Larilah mereka menjadi konon bebas, hakikatnya mereka bersekongkol dengan para pemimpin umno/BN yang angkuh, rakus, tamak dan gila kuasa yang tidak puas-puas sehingga tanah menutup mulut mereka.

Lari mereka meninggalkan perjuangan suci bersama rakyat yang dizalimi oleh para pemimpin rasuah dan gila memperkaya anak bini, adik beradik dan krooni-krooni.
Mereka mengadaikan diri, maruah dan perjuangan kebenaran dan keadilan dalam Negara ini. Nah apa yang terjadi kepada mereka yang telah melarikan diri dari perjuangan suci mulia ini, mereka menerima sendiri akibatnya.

Zulkifli Nordin, Gobalakrisnan, Bahrin, Ibrahim anak lelaki Ali,Dr Hasan Ali, Ezam anak lelaki Md. Nor dan ramai lagi. Walaupun mereka mahu berkokok seperti ayam jantan di pentas umno/BN, nilai mereka dah jatuh merudum kerana mereka sendiri mengadai diri, maruah dan jati diri mereka.

Dulu mereka dikerumuni sekalian rakyat jelata di mana saja mereka berada, kerana prinsip perjuangan mereka yang suci mulia.
Setelah mereka berpatah balik ke lorong hitam kezaliman untuk bersekongkol bersama golongan perasuah, zalim, menentang kebenaran, kebaikan dan keadilan yang dirindui sekalian rakyat marhaen.
Dapatlah mereka setitik laba untung dari kebendaan, pangkat dan kedudukan yang diberikan oleh umno/BN sementara hidup ini.
Hakikatnya mereka mengalami kerugian yang lebih besar yang hanya mereka sendiri rasakan. Itulah antara kisas balasan bagi mereka yang lari daripada medan perjuangan suci mulia ini. Perjuangan membela rakyat yang dizalimi, perjuangan membebaskan rakyat, negeri dan Negara daripada para perasuah, pelahap, penipu rakyat yang berada ditampuk kuasa yang sementara.
Rakyat Malaysia tidak ingin lagi ada pemimpin yang berwatak sedemikian. Rakyat Malaysia tak nak lagi pemimpin-pemimpin yang tiada prinsip dan tiada pendirian.
Rakyat Malaysia nak pemimpin-pemimpin yang berwatak gah, hebat, tahan diuji, tidak mudah undur ke belakang walau sekuat manapun mehnah, ujian dan tekanan. Rakyat Malaysia benar-benar rindu dan sayangkan pemimpin-pemimpin yang tahan diuji seperti Tok Guru Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Haji Hadi, Mustafa Ali, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan lain-lain.
Rakyat Malaysia menaruh harapan tertinggi setinggi-tingginya kepada seluruh saf pimpinan golongan muda Pakatan Rakyat PAS/PKR/DAP supaya tidak mudah digoda kebendaan, wang ringgit, pangkat dan kedudukan yang boleh meranapkan nilai diri yang tinggi dan mulia milik anda sekalian.
YB Azmin, YB Husam, YB Rafizi, YB Nasruddin, YB Nik Abduh, YB Anthony Loke, YB Teo Kok Siong, YB Samsul Iskandar, YB Nurul Izzah, YB Mumtaz, YB Dr Marzuk, YB Ahmad Baihaqi, YB Nik Nazmi dan lain-lain ramai lagi. Kalian semua merupakan ikon golongan muda rakyat Malaysia untuk membawa perubahan berterusan dalam Negara ini.
Jika anda semua kecundang kepada hawa nafsu serakah berebut harta, kuasa, kedudukan, pangkat dan wang ringgit. Percayalah anda semua akan rebah di bumi tanpa harga diri dan hilang segala kemuliaan.
Bukti dan dah pun terbukti rakan seperjuangan kalian suatu ketika dulu yang telah lari dari medan perjuangan mulia ini, sesungguhnya nilai intan berlian dan keemasan yang bertakhta pada diri seperti Ezam, Lokman Adam, Nasrudin Mat Isa, Hasan Ali, Zulkifli Nordin, Ibrahim Ali dan lain-lain lagi, hilang perlahan-lahan kerana dek panahan kebendaan yang sementara saja.
Yang pasti mereka hari ke hari ditelan masa dan zaman, lalu hilang ditelan zaman.
Ya Allah kurniakanlah pemimpin-pemimpin kami kekuatan, keimanan dan prinsip serta pendirian yang teguh, tetap dan tidak sekali-kali akan digoda oleh nafsu serakah cinta kebendaan dan cinta dunia yang melunturkan semangat juang mereka.
Ya Allah jadikanlah para pemimpin kami ini pemimpin-pemimpin yang tetap teguh dengan amanah, adil dan bersama sekalian rakyat marhaen meneruskan perjuangan menegakkan keadilan, kebaikan dan kebenaran sehingga keadilan dan kebenaran tertegak dalam negeri dan Negara kami.
Ya Allah berikanlah petunjuk dan hidayah-Mu kepada kami dan para pemimpin kami untuk terus istiqamah dalam perjuangan mulia suci ini.
Amin ya Allah kabulkan doa-doa kami hamba-Mu yang lemah dan dhaif ini. TaqabalaLlahu minna wa minkum.
ALLAHU AKBAR!!!!!!


Tolong jangan perli PAS TERENGGANU!!!!!
Posted on Sunday, May 12 @ 13:31:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: notan

"

Assalamualaikum,,,

Saya amat kecewa dengan suara sinis memperli PAS TERENGGANU yang kononya redha dengan keputusan PRU kerana enggan menyertai bantahan sama seperti tahun 2004 dulu, PAS TERNGGANU redha negeri dirampas.

Saya tidak pasti orang yang memerli in tinggal di Terengganu dan menyertai setiap gerak kerja PAS sejak 2004 lagi. Kalau mereka bersama PAS TERENGGANU, tidak munasabah mereka lupa sejarah atau termasuk dalam golongan yang disifatkan oleh Tun Mahathir "Melayu mudah lupa".

Lupakan mereka dengan situasi di bandar Kuala Terengganu beberapa hari selepas hari mengundi pada tahun 2004? Saya yang berada di Kemaman ketika itu tidak akan mudah lupa dengan Kuala Terengganu Spring (istilah hari ini)

Rasanya saya sudah tulis mengenai beberepa kali sebelum ini dan nampaknya saya terpaksa tulis sekali lagi khusus kepada orang orang yang tidak jemu jemu memerli PAS TERENGGANU baik dari dalam atau luar Terengganu. Pada satu petang selepas PRU 11 yang menyaksikan PAS tewas teruk kepada UMNO pada tahun 2004, tersebar berita adanya manusai yang meyerupai hantu sedang berkumpul di Stadium Sultan Ismail menunggu bas untuk pulang ke negeri tumpah darah mereka.

Saya menghubungi kawan di Kuala Terengganu dan beliau berkata tidak tahu menahu tentang itu, dan oleh kerana beliau rapat dengan Ust Wan Hassan, beliau lalu menghubungi Ustaz untuk mengesahkannya. Ustaz Wan Hassan juga tidak tahu malah memberitahu yang beliau dalam perjalan pulang ke Dungun selepas menghadiri mesyuarat perhungungan PAS negeri. Ustaz Wan Hasaan juga mengesahkan bahawa PAS negeri menerima keputusan PRU itu.

Saya kira khabar angin yang saya terima itu habis di situ. Rupa rupanya tidak, pada sebelah malamnya, saya difahamkan ada sekumpulan penyokong PAS sedang berkumpul di Persama berhampiran jambatan Geliga untuk menahan Bas yang membawa hantu keluar yang kebetulan ada 6 buah bas hantu di tahan di situ tetapi dengan arahan polis, bas bas itu dilepaskan dengan alasan mereka ialah peserta PLKN.

Saya menerima panggilan talipon dalam keadaan terpinga pinga lagi, dari seorang kawan yang bekerja di lembaga hasil dalam negeri Pahang yang kebetulan dalam perjalanan pulang ke Kuantan dari Kuala Terengganu memberitahu saya kejadian 6 buah bas yang ditahan di depan Persama dan paling mengejutkan saya, beliau memberitahu terdapat pergerakan bas yang luar biasa dari Kuala Terengganu sehingga ke Kuantan, malah katanya sepanjang perjalanannya beliau tidak putus putus terpaksa memotong bas bas yang sehala dengan perjalanannya.

Kemudian dengan tidak saya sangka sama sekali, seorang lagi kawan saya menalipon meminta saya bersedia untuk naik ke Kuala Terengganu kerana katanya perang saudara mungkin terjadi malam ini dan rakan rakan dari Kota Bharu sudahpun bergerak ke Kuala Terengganu.

Saya mendetailkan pengalaman saya ketika kejadian itu dengan harapan orang orang yang suka memerli PAS TERENGGANU FAHAM kedudukan sebenarnya. Kemuncak dari rasa marah rakyat Terengganu kerana ditipu akhirnya dileraikan oleh TGHH tanpa diketahui sebabnya tetapi dengan kepercayaan yang tidak berbelah bagi kepada TGHH akhirnya rakyat bersurai dan saya tidak lagi diminta naik Ke Kuala Terengganu.

Keesokan harinya saya pergi ke Dungun kerana urusan perniagaan dan ketika di Dungun, kawan kawan yang turut serta dalam perhimpunan di Kuala Terengganu menceritakan pengalaman mereka di mana menurut cerita tiada satu incipun dari bandar Kuala Terengganu tidak dipenuhi oleh rakyat dan rakyat ini semuanya penyokong PAS. Jadi tolong faham kedudukan kami di Terengganu yang ketika itu terpaksa bersendirian berdepan dengan kelicikan UMNO.

Lebih mengejutkan saya apabila beberapa hari kemudian saya mendapat khabar dari seorang rakan di Negeri Sembilan yang menyatakan beliau melihat di dalam TV ada sekumpulan hantu yang membawa sepanduk Negeri Sembilan ketika di Stadium.

Cacatan saya ini adalah sejarah yang tidak harus dilupakan sekalipun ianya tidak dibukukan yang menegaskan penyokong PAS Terengganu tidak sesekali menerima penipuan UMNO walaupun redha dengan ketentuan ALLAH yang masih memberi kuasa pemerintahan kepada penipu.

Saya harap semua faham apabila saya menyatakan kata kata seorang sahabat dari PAS Temerloh yang pernah saya ungkap sebelum ini bahawa Orang Islam tidak layak memerintah, sebab itu kemenangan tidak diberi ALLAH. Sehingga Orang Islam benar benar bersedia, apa tindakan kita? PAS TERENGGANU mengharungi tempoh yang panjang untuk bangkit dan ALLah masih menangguh kemenangan walaupun keputusan seperti sudah memihak kepada PAS.

Tidak ada sebab selagi nyawa dikandung badan untuk terus berusaha menentang kebathilan dan penipuan UMNO sambil terus berdoa agar Islam diterima sebagai carahidup yang syumul dan antara usaha yang yang mesti diambil oleh semua penyokong PAS samada di Terengganu atau di mana jua ialah usaha membantah keputusan PRU seperti penyokong PAS menyertai BERSIH. Tiada halangan cuma peluang kalau diizinkan ALLAH.

Tolong hentikan semua perbuatan dan perkataan sinis memerli PAS TERENGGANU."



Teruskan semangat kempen PRU-13 dengan bersih tandas
Posted on Sunday, May 12 @ 13:22:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: rozmal

"

Semasa kempen PRU-13 antara jentera kempen yang paling rajin ialah jentera pemuda. Tidak kiralah pemuda PAS ke, pemuda UMNO ke, pemuda PKR ke. Mereka ini sanggup panjat pokok, panjat tiang, panjat bukit, panjat tembok untuk pasang bendera dan kain rentang.

Ada antara anak muda ini tidak diberi apa-apa upah langsung untuk memasang bendera tersebut, dan ada yang diberi upah, mengikut kemampuan parti yang bertanding.

Selepas kempen PRU-13, tenaga pemuda ini harus disalurkan pula untuk melakukan kerja yang memberikan manafaat kepada mereka secara sukarela, atau kalau perlu, parti yang kaya dan berkemampuan teruskan memberi upah kepada pemuda-pemuda ini untuk melakukan perkara-perkara yang baik.

Antara kerja yang boleh memberi manafaat kepada pemuda ini, yang boleh mendatangkan sifat rendah diri, menghindari sifat sombong ialah kerja membersih tandas, terutama sekali tandas masjid dan surau.

Alangkah baiknya pemuda-pemuda Islam di Malaysia ini mempunyai semangat untuk membersih tandas masjid dan surau secara sukarela atau diberi upah oleh parti masing-masing.

Ini akan menarik lagi golongan bukan Islam untuk mendekati Islam.

http://rozmal.blogspot.com/"

Tiada ulasan: