Ahad, 12 Mei 2013

BRIM ADA KESAN...LEBIH2 KEPADA ORANG MELAYU...BRIM DAPAT DISEBABKAN KUATNYA PEMBANGKANG...MUNGKIN KALI NI MACAM2 DAPAT...SEBAB KALI NI LAGI KUAT...WALAUPUN BARANG ADA YANG NAIK...DAH JADI YB KENA TURUN PADANG UNTUK BERTANYA KESUSAHAN RAKYAT...DAN MESRA ALAM...JANGAN BERLAGAK SEMACAM...KITA PEGANG JAWATAN BUKAN KERANA KELULUSAN TINGGI ATAU KITA NI BIJAKSANA SANGAT...KITA DICALONKAN OLEH PARTI..DISITU RAKYAT SUKA PARTI KITA...INSYAALLAH MENANGLAH...KALAU KITA TERUK SANGAT PERANGAINYA.... RAKYAT PUN TAK UNDI...KITA YB NI KENALAH PANDAI2LAH BAWA DIRI...KITA TAK BOLEH URUS SENDIRI MAYAT KITA...SETELAH KITA MATI...OLEH ITU CAMPURLAH MASYARAKAT

Pas Pulau Pinang tetap ‘cool’ walaupun tiada kerusi Exco
Wartawan Sinar Harian
12 Mei 2013
Mohd Salleh
Mohd Salleh
GEORGETOWN - Rata-rata kepimpinan tertinggi Pas negeri ini masih ‘cool’ walaupun tidak mempunyai sebarang kerusi dalam barisan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Salleh Man berkata, Ketua Menteri, Lim Guan Eng awal-awal lagi sudah menjanjikan kerusi Exco kepada Pas sekiranya berjaya mendapatkan tiga hingga empat kerusi Dun dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Setelah gagal dengan misi berkenaan, dan hanya berjaya mendapat satu kerusi, janji berkenaan tidak dapat dikotakan.

“Jadi kami akur kerana ini kelemahan Pas sendiri kerana tidak mendapat sebarang kerusi. Takkanlah kita nak ‘demand’.

Kini masa untuk turunkan bendera

Harakahdaily, 12 Mei 2013


(Sekumpulan sukarelawan PAS membuang poster dan banner PAS)

SELAYANG: Selepas dipasang tibalah pula masanya untuk membuang dengan tertib. Itulah yang dilakukan oleh sukarelawan PAS dalam pilihan raya ini.

Tidak di dengar di mana-mana mereka dibayar untuk menaikkan bendera atau banner PAS namun bendera dan banner PAS di mana-mana.

Sebelum ini, mereka sibuk memasang banner dan bendera itu, kini mereka sibuk pula membuangnya untuk mempastikan ia tidak mencacatkan suasana.

Inilah yang dikakukan oleh sekumpulan sukarelawan PAS di Selayang.

(Kereta digunakan untuk mengumpul poster dan banner selepas dipecat dari tepi-tepi jalan)

Perkara ini juga berlaku di seluruh negeri Selangor selepas Pakatan menang besar dalam pilihan raya ini.

PAS menang 15 dari 21 kerusi yang ditandingi, DAP 15 manakala PKR 14 DUN. Ini bermakna Pakatan mendapat 44 kerusi dan BN hanya 12 kerusi DUN sahaja.

Menjelang pilihan raya lalu mereka menjadi petugas pilihan raya termasuk untuk memasang bendera dan banner di DUN Taman Templer, Selayang.

Hasil usaha mereka mendapat hasil yang lumayan apabila buat pertama kalinya dalam sejarah, PAS menang di DUN Taman Templer, Selayang ini.

Calon PAS Zaidy Abdul Talib menang dengan majoriti besar iaitu 7,467 sedangkan dalam pilihan raya umum 2008 calon PAS disitu kalah kepada calon BN dengan majoriti 613 undi.

Hari ini mereka bergotong royong untuk membuang segala bendera dan banner yang mereka pasang sebelum ini.

(Poster yang dipasang oleh Isma untuk calon mereka tidak terbuang hingga kini...jangan sampai hilang deposit poster pula)

Namun rakan-rakan mereka dari Isma yang bertanding atas tiket Berjasa mungkin masih bersedih atas kekalahan teruk mereka.

Kesemua calon Isma hilang wang pertaruhan mereka dalam pilihan raya ini.

Di Selayang, calon mereka Mohd Hazizi Abdul Rahman hanya mendapat 4, 152 undi sahaja dari 92,315 pengundi yang keluar.

Keputusan ini dengan sendirinya menghilangkan wang pertaruhan mereka.

Jika bendera dan banner tidak ditanggalkan, pihak berkuasa tempatan pula akan mengambil tindakan mengambil wang deposit poster yang mereka letak.

Sudahlah kalah pilihan raya, janganlah sampai wang deposit poster juga hilang.

Ratusan ribu banjiri Stadium Batu Kawan

Mohd Sabri Said, 12 Mei 2013


BATU KAWAN: Ratusan ribu rakyat Pulau Pinang dan negeri-negeri utara Semenanjung membanjiri Stadium Batu Kawan, Seberang Perai  malam tadi bagi menyertai Himpunan Black 505.

Ia telah menyebabkan trafik sesak sejauh 20 kilometer dari Plaza Tol Juru, Tol Batu Kawan dan laluan menuju stadium.

Manakala di dalam stadium jumlah orang yang datang tanpa dibayar sesen pun melebihi sasaran.

Rakyat Melayu, Cina dan India boleh duduk bersama tanpa ada perasaan cemburu walaupun pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang hangat menanamkan perasaan benci kepada masyarakat Tionghua yang di katakan berlakunya 'tsunami Cina'.

Semasa datang mereka berkonvoi sambil memegang bendera  di tangan. Riuh rendah jadinya seperti satu pesta.

Bagi mereka yang tidak dapat masuk ke stadium mereka hanya berdiri di tepi Lebuhraya
ramai-ramai sambil mengibar bendera ke tiga-tiga parti Pakatan Rakyat.

Ada yang bertekad berjalan kaki menuju padang berkenaan walaupun tahu ianya jauh.

Situasi itulah yang memedihkan perasaan Najib kerana apa yang beliau mahu untuk memecahkan Pakatan Rakyat tidak menjadi.

Paling menyeronokkan ialah apabila ramai anak muda di kalangan Tionghua datang berpasangan untuk memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi.

Dalam stadium keadaan penuh sesak menyebabkan beberapa orang jatuh pengsan.

Majlis tersebut dihadiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan Setiausaha DAP,  Lim Guan Eng.

Hormati Ibu, laksana manifesto Pakatan untuk wanita

Harakahdaily, 12 Mei 2013
PULAU PINANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disarankan agar menerapkan Manifesto PR terutamanya dasar-dasar pengupayaan wanita seperti caruman wanita RM600 setahun kepada suri rumahtangga yang layak.

Ia bertujuan memberikan galakan dan pengiktarafan kepada golongan wanita khasnya sempena Hari Ibu hari ini.

Saranan ini dikemukakan, Steven Sim Chee Keong (gambar), Ahli Parlimen Bukit Mertajam yang juga Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan, DAPSY.

Steven dalam kenyataannya berkata, BN patut menghormati gelombang ibu dan tsunami rakyat dengan melasanakan manifesto Pakatan Rakyat.

"Hari ini kita sedar bahawa para ibu merupakan satu penjana kesejahteraan sosial yang penting," kata beliau dalam kenyataannya.

Pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu, semua pihak telah menyaksikan "Gelombang Ibu" mengegarkan arena politik, melalui pergerakan massa seperti Mama Bersih, anti-Lynas, Wanita Suara Perubahan dll.

Kasih ibu terbukti menjangkaui pintu rumah, katanya.

Walaupun Pakatan Rakyat (PR) masih belum berjaya mentadbir kerajaan pusat, namun sokongan rakyat Malaysia terhadap PR yang lebih besar melalui undi popular sebanyak 51% menunjukkan rakyat bersetuju dan ingin melihat dasar-dasar PR dilaksanakan, katanya.

"Jika Perdana Menteri ikhlas untuk mengembalikan keharmonian selepas kempen PRU13 yang begitu sengit, beliau patut mengenepikan perbezaan politik dan menerima Manifesto PR yang mendapat sokongan padu Gelombang Ibu dan Tsunami Rakyat," ujarnya.
Beri ruang Azizan berehat
ROSLINDA HASHIM & MOHD ISKANDAR OTHMAN
12 Mei 2013
Beri ruang Azizan berehat
Najib melawat Azizan di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang semalam.
GEORGETOWN - "Beri ruang untuk Ustaz Azizan berehat."

Itu permintaan ahli keluarga bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang kini masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

Bekas Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Mohd Khalid berkata, Azizan memerlukan rehat secukupnya selepas menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya kelmarin.

“Disebabkan terlalu ramai yang mahu menziarahinya, atas permintaan keluarga dan nasihat doktor saya memohon kepada semua agar tidak datang melawatnya sehingga tempoh yang akan diberitahu kelak,” katanya, semalam.

Ditanya mengenai keadaan semasa Azizan, Mohd Helmi berkata, Azizan kini berada dalam keadaan stabil dan semakin baik.

“Awal pagi tadi (semalam) dari jam 6.30 pagi sehingga 9.30 pagi Azizan ada membuka mata sebanyak empat kali. “Beliau kini dipantau rapi oleh doktor dan memerlukan rehat yang secukupnya untuk kembali pulih,” katanya.

Sementara itu, beliau yang mewakili pihak keluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan HPP kerana telah memberi perkhidmatan dan rawatan terbaik sepanjang Azizan ditempatkan di hospital ini sejak Selasa lalu.

Mohd Helmi berkata, Azizan akan terus mendapatkan rawatan di HPP dan tidak ada keperluan untuk memindahkannya ke Hospital Alor Setar.

Mohd Helmi turut melahirkan rasa kesal terhadap segelintir pengunjung yang memuat naik gambar Azizan dalam keadaan sakit di laman sosial dan berharap kejadian itu tidak berulang lagi bagi menghormati anggota keluarga beliau.

Azizan, 69, yang juga Adun Sungai Limau, menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis Khamis lalu.

Beliau dipindahkan ke HPP pada Rabu lalu dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya sejak Isnin lalu.

Dalam masa sama, Mohd Helmi turut menyeru orang ramai agar tampil ke HPP untuk menderma darah bagi kegunaan pesakit yang ditempatkan di HPP.

Katanya, sepanjang tempoh Azizan menerima rawatan di sini, beliau telah menggunakan 11 pek darah.
Pas mampu bertahan tanpa Tok Guru
Wartawan Sinar Harian
12 Mei 2013
Pas bertahan tanpa Tok Guru
Mohd Amar (tengah) berdoa selepas memotong kek Royalti pada majlis kesyukuran kejayaan Pas Kelantan semalam.
TOK BALI - Sokongan kepada Pas tidak terjejas walaupun bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan semua jawatan kerana faktor usia dan kesihatan tidak mengizinkan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sokongan rakyat kepada Pas kerana dasar Islam bukannya disebabkan individu tertentu.

Katanya, Pas mendapat kekuatan daripada penyokong yang istiqamah dalam memperjuangkan Islam.

“Kewujudan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) sebagai penambah kekuatan Pas, beliau  tak ada pun Pas boleh bertahan selagi penyokong kekal di atas dasar Islam.

“Tok Guru tetap memberi kekuatan tapi bila beliau  tiada, benih Islam yang ditanam terus subur dan berkembang,” katanya ketika menghadiri Majlis Kesyukuran Kejayaan Pas di Kelantan, di kediaman Ketua Penyelaras Tugas-tugas Khas Badan Perhubungan Pas Kelantan, Fauzwi Ismail di Kampung Pak Mayong dekat sini, semalam.

Mohd Amar bagaimanapun mengakui Pas tetap menghadapi cabaran, selepas Nik abdul Aziz berundur tapi percaya ia tidak sampai menjejaskan perjuangan dan sokongan.

“Penyokong Pas ditarbiyah dengan baik, kita lihat bagaimana Datuk Asri meninggalkan Pas dahulu tapi Pas tak mati juga.

“Apa yang penting ialah kita semua komited menyokong perjuangan parti, tidak berpecah dan saling bersandar antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata, penyokong perlu memberi fokus kepada usaha mempertahankan Kelantan daripada jatuh ke tangan BN pada pilihan raya umum seterusnya.

“Kita bersyukur kerana menang dan menang bagi kita bukan meraih kerusi semata-mata, namun berjuang menegakkan Islam itu sendiri merupakan kemenangan cukup besar,” katanya.

“Apa pun yang penting kita perlu perbaiki kelemahan ini dan akan memantapkan barisan exco walaupun tiada tanggungjawab dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK),” katanya kepada Sinar Harian.

Namun, Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Dr Shaik Hussein Mydin berkata, Guan Eng sepatutnya memberi jawatan Exco Agama kepada Mohd Salleh Man yang memenangi kerusi Dun Permatang Pasir bagi membuktikan DAP bukan parti perkauman.

“Saya sendiri melihat Mohd Salleh lebih berkelayakan berbanding beberapa calon PKR beragama Islam yang menang pada PRU13.

“Biarpun berbeza fahaman politik tetapi, jawatan Exco Agama tidak boleh diberi kepada sembarangan orang. Saya rasa calon Pas yang layak memegangnya,” katanya

Pas Pulau Pinang sebelum ini membariskan lapan calonnya dalam pertempuran PRU13.

Namun, kemudiannya satu kerusi di Dun Sungai Acheh terpaksa dilepaskan atas dasar tolak ansur ke atas PKR.

Bagaimanapun dari tujuh kerusi berkenaan, hanya kerusi yang dipegang Mohd Salleh di Dun Permatang Pasir sahaja dapat dikekalkan.

Mohd Salleh yang memperoleh majoriti 6,826 undi menewaskan Anuar Faisal Yahaya dari BN.

Sementara itu, enam lagi calon lagi ditewaskan dengan majoriti agak tinggi oleh calon-calon dari BN.

Rosidi Hussain bertanding untuk kerusi Dun Penaga tewas dengan majoriti 1,662 undi, sementara Tasek Gelugor yang diwakili Datuk Seri Abdul Rahman Maidin kalah dengan beza undi sebanyak 3,042.

Di Permatang Berangan, Arshad Md Salleh tewas dengan majoriti 1,621 undi, dan satu-satunya kerusi Parlimen yang ditandingi Pas iaitu Kepala Batas turut tewas oleh Afnan Hamim.

Calon yang kalah tipis kali ini termasuklah Asnah Hashim iaitu satu-satunya calon wanita dari Pas yang tewas dengan majoriti 458 undi, sementara di Dun Sungai Dua, Zahidi Mohd tewas hanya berbeza undi 357.

Pada 2008, PRU12 turut menyaksikan tujuh kerusi ditandingi Pas Pulau Pinang, namun hanya kerusi Dun Permatang Pasir berjaya dirampas.

Mohd Salleh berkata, ia bukan alasan kepada Pas untuk tidak turut sama membangunkan negeri ini walaupun tidak mendapat sebarang jawatan.

Tegasnya, kerjasama yang diberikan dari akar umbi kepada barisan kepimpinan atasan amat diperlukan.

“Tidak semestinya kita jadi yang lebih tinggi maka kita baru dapat membantu masyarakat, ia salah. Tidak kira siapa pun kita, yang penting ialah tanggungjawab untuk membantu mesti ada dalam diri,” katanya.

Beliau juga mengakui masih akan memegang jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) pada tahun ini.

“Sudah tentu melalui jawatan saya ini, pelbagai isu mengenai umat Islam khasnya akan dibantu dan saya bersedia menggalas tanggungjawab ini,” katanya.
Seorang lelaki ditahan berhubung kes bunuh Timbalan KP Kastam
AHMAD ISMADI ISMAIL
12 Mei 2013
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 26 April lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh berkata, lelaki berusia 56 tahun itu ditahan di Petaling Jaya pada jam 8.30 pagi semalam.

"Suspek akan dibawa ke mahkamah untuk tahanan reman hari ini bagi membantu siasatan," katanya.

Sebelum ini, polis telah merakam percakapan 35 individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Dalam insiden kira-kira 8.15 pagi 26 April lalu,  Shaharuddin mati akibat ditembak dua lelaki yang bermotosikal semasa Allahyarham dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya.

Dalam perkembangan lain, polis turut menahan dua lelaki berusia 35 dan 40 tahun bagi membantu siasatan kes tembak seorang lelaki di hadapan lampu isyarat di bulatan Taman di Bulatan Billion Cheras pada jam 11.30 pagi, 26 April lalu.

"Suspek berkenaan direman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan," katanya.

Mangsa, R. Karikaalan, 29, mati ketika dalam perjalanan ke hospital setelah terkena dua dari 10 das tembakan yang dilepaskan dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.
Kejadian itu turut menyebabkan ibu Karikaalan yang berusia 60 tahun cedera di lengan kanan.

Karikaalan bersama ibunya dalam perjalanan dari Ampang untuk ke rumahnya di Taman Puchong Hartamas.

Polis percaya kemungkinan mangsa dibunuh kerana terlibat dalam pergaduhan dengan satu kumpulan di Puchong sebelum ini.
Asmara dengan isteri orang
Wartawan Sinar Harian
12 Mei 2013
Asmara dengan isteri orang
Pasangan suami dan isteri orang yang ditahan Penguatkuasa JAIJ Batu Pahat memberikan pelbagai alasan untuk melepaskan diri.
BATU PAHAT - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah dan memberi pelbagai alasan kepada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) Daerah Batu Pahat bagi mengelak ditahan  selepas didapati berkhalwat bersama pasangannya, semalam.

Lelaki tersebut bersama pasangannya ditahan di  sebuah kediaman teres dua tingkat yang diubahsuai menjadi rumah tumpangan di  bandar ini, dalam operasi cegah maksiat yang dijalankan.

Lebih memeranjatkan lelaki terbabit turut menjerkah anggota operasi dengan mengatakan bahawa wanita tersebut adalah miliknya dan  tiada siapa boleh menghalang hubungan mereka.

Timbalan Penguatkuasa JAIJ Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan berkenaan pada mulanya enggan memberi  kerjasama dan membuka pintu ketika serbuan dilakukan.

Menurutnya, anggota operasi mengambil masa selama beberapa minit bagi ‘memujuk’ pasangan terbabit untuk  membuka pintu, namun usaha dilakukan tidak berhasil.

“Pasangan ini hanya memberi kerjasama dengan membuka pintu apabila anggota operasi menyatakan mahu memecahkan pintu rumah tumpangan itu. Kami mendapati mereka  berdua-duaan dalam bilik tertutup dalam  keadaan mencurigakan.

“Lelaki terbabit yang membuka pintu memberikan pelbagai alasan agar mereka tidak  didakwa, manakala pasangannya berada dalam keadaan ketakutan kerana statusnya masih lagi isteri orang.

“Antara alasan yang diberikan pasangan berkenaan, mereka saling mencintai, namun status menghalang hubungan mereka. Mereka turut memberitahu kini dalam proses perceraian dengan pasangan masing-masing,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Saiful Ariffin berkata, siasatan awal mendapati pasangan terbabit sudah lama mendiami rumah tumpangan berkenaan berdasarkan barangan milik mereka di  dalam bilik yang diserbu.

Tegasnya, pasangan terbabit tetap didakwa kerana tiada ikatan perkahwinan sah selain berada dalam keadaan mencurigakan meskipun memberi pelbagai alasan.

“Pasangan berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi proses dokumentasi sebelum ditahan bagi siasatan lanjut dan sebagai pengajaran  kepada mereka.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika disabitkan kesalahan kedua mereka bakal berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya  sekali,” katanya.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan maksiat atau berada dalam keadaan mencurigakan bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.
Pembantu kedai maut terkena 10 das tembakan

12 Mei 2013
KULIM - Seorang pembantu kedai barang-barang lusuh ditemui mati dalam kereta yang dipandunya dengan 10 kesan tembakan, di persimpangan lampu isyarat Taman Kucai di Lunas malam tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai K.Thangaraja, 31, dari Taman Perak di sini dikatakan sedang memandu bersendirian ke arah lebuh raya Butterworth-Kulim, sebelum diserang pada pukul 8.43 malam.
 
"Dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal dipercayai bersenjatakan pistol mendekati kereta Perodua Alza yang disewa mangsa, yang sedang berhenti di persimpangan tersebut. Suspek kemudiannya melepaskan l0 das tembakan ke arah mangsa.
 
"Beberapa das tembakan mengenai muka dan lengan mangsa. Mangsa meninggal di tempat kejadian," kata Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Ghuzlan Salleh ketika di hubungi hari ini.
 
Beliau berkata pihak polis menjumpai 10 kelongsong peluru berukuran 9 mm di dalam kereta dan kawasan kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya.
 
Mangsa dipercayai berasal dari Pulau Pinang dan dipercayai baharu berpindah di taman tersebut.  - Bernama

Tiada ulasan: