Ahad, 12 Mei 2013

KALAU BETUL...TERUKLAH...PENGUNDI LEBIH PANDAI DARI CALON...AGAK2LAH...KAWAN...KAWAN JUGA...JANGAN MALUKAN PARTI@GENG...LAGI MALU ORANG KAMPUNG DAH TAHU

Adakah Mat Said MB untuk UMNO dan Zoo Bukit Takal sahaja?
Posted on Sunday, May 12 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: tokpepijat

" MB 17-15 Mat Said memang hebat. Semasa jadi exco Kerajaan Deris Jusoh,beliau dengan sombong dan biadap bertindak macam gengster ajak ADUN Wakaf Mempelam bergocoh.

Kemudian selepas PRU 12, Mat Said sekali lagi tunjuk keras kepala. Tapi kali ini terhadap taukehnya sendiri Deris Jusoh. Beliau ingkar arahan Deris Jusoh agar tolak tawaran jadi MB setelah Sultan tidak terima Deris Jusoh.

Masa itu, Mat Said mula tunjuk muka manis kepada PAS. Kemuncaknya Mat Said ke Manir beli kambing Ustaz Harun Taib.

Kali ini Mat Said kembali jadi MB. Tiada lagi aksi berbalah sesama UMNO.

Tapi perangai buruk,hodoh dan angkuh mula menjelma semula. Mat Said mula tunjuk taring kejahatan sebenar UMNO. Menindas dan balas dendam sesama Melayu.

Mat Said dengan sombong dan angkuh dalam kawasan Istana Maziah mengisytiharkan bahawa tiada rumah mampu milik untuk rakyat dalam kawasan pembangkang Terengganu menang.

Sepatutnya selepas jadi MB dengan pekenan Sultan dalam kawasan Istana Maziah, tunjukkan diri anda sebagai MB untuk semua rakyat macam Sultan untuk semua rakyat.

MB Terengganu kali ini dapat banyak gelaran :
MB Cap Ayam
MB 17-15
MB Zoo Bukit Takal

Ingat MB....ingat wajah-wajah haiwan di Zoo Kemaman !

Adakah Mat Said MB untuk UMNO dan Zoo Bukit Takal sahaja?"


 Media Antarabangsa: Kemenangan BN dibantu oleh 4 penipuan utama
Posted on Sunday, May 12 @ 08:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: setisab

"Pakatan memperolehi 5.62 juta undi berbanding BN hanya 5.24 juta.

Pesatnews.com
Media Indonesia, Pesatnews.com melaporkan, himpunan besar-besaran di Malaysia Rabu lalu bagi menuntut supaya Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai Perdana Menteri, mirip demo bantahan rakyat negara itu yang mahu bekas Presiden Soeharto digulingkan.

Menurut laporan tersebut semalam, himpunan raksasa itu majoritinya dihadiri golongan muda, menuntut perubahan dan menolak penipuan pilihan raya yang berlangsung 5 Mei lalu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 itu, BN menang dengan 133 kerusi Parlimen daripada 222, berbanding Pakatan 89 kerusi Parlimen.
Bagaimanapun, kemenangan BN itu dibantu dengan 4 penipuan utama:
1. Isu dakwat kekal yang luntur, 
2. Pengundi hantu,
3. Pengundian berulang kali, dan 
4. Warga asing yang turut mengundi kerana diberikan kad pengenalan.



Laporan itu turut menyatakan, kemenangan BN tidak mewakili pilihan rakyat kerana Pakatan berjaya memperolehi 5.62 juta undi berbanding BN hanya 5.24 juta sahaja.
“Anehnya, dalam pilihan raya yang dinilai penuh kecurangan tersebut, Barisan Nasional di bawah Najib Razak menang dengan 133 kerusi dari 222 kerusi Parlimen, melebihi batas minimum 112 kerusi untuk membentuk pemerintahan.
“Lebih aneh lagi, meskipun menang, Barisan Nasional ternyata bukanlah pemenang undi terbanyak, apabila meraih 5.24 juta undi, sedangkan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim memperoleh 5.62 juta undi,” kata laporan itu dipetik.
Sementara itu, pengulas politik Malaysia, Dr Rahmat Ismail yang ditemubual akhbar tersebut menyarankan kepada kerajaan Indonesia, supaya tidak mengirimkan ucapan tahniah kepada Malaysia ekoran kemenangan BN yang penuh dengan penipuan dan penyubur rasuah negara.
Katanya, pemerintahan regim Najib tidak ubah seperti diktator apabila mengongkong media dan suara rakyat untuk menuntut perubahan dalam pilihan raya lalu.
Rahmat berkata, ekoran kemenangan BN itu, Malaysia tidak mampu untuk membendung ketirisan dan rasuah berleluasa kerana Umno BN adalah parti korup.
 BUKTI mereka mula boikot kaum Cina .
Posted on Sunday, May 12 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: DUKUNPASIR

"

Disini penulis nak tunjukkan satu bukti APA YANG SEDANG dilakukan oleh pihak disebelah sana apabila kaum cina sudah tidak lagi bersama mereka. Bukan saja kata kata KEJAM seperti bunuh dan sebagainya...tapi ada yang lebih teruk dan hina dari itu.

Penulis pun tak faham kenapa pihak disebelah sana menjadi TERLAMPAU PERKAUMAN? Terlampau takut hilang sokongan orang Cina hingga sanggup buat tindakan tindakan yang lebih merosakkan UMNO dan Barisan Nasional......

Memang..sebagai orang melayu dan beragama islam...kita disarankan menyokong keluaran produk kita...itu memang kita dah lakukan sejak dulu lagi dan tak perlu diajar...

Tapi adakah WAJAR disebabkan hilang sokongan mereka sanggup berlaku kurang ajar seperti ini?




Penulis bukan tidak bersetuju dengan idea untuk menaikkan usahawan melayu...cuma 

Ada satu soalan menarik.....JIKA DITAKDIRKAN DAP BERGABUNG DENGAN UMNO ADAKAH MEREKA MEREKA YANG RASIS INI AKAN BOIKOT BARANG ORANG MELAYU PULA?? 

Dan lagi satu.......bukankah PEMBEKAL UTAMA BARANGAN BARANGAN YANG DIJUAL OLEH USAHAWAN MELAYU KITA DATANGNYA DARI KAUM MEREKA..DARI NEGARA CINA.........ker Guaner??

 PRU13: Mari kita bantah dan muhasabah
Posted on Sunday, May 12 @ 07:58:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Ahmad Lutfi Othman



Jumaat, 10 Mei, saya cuti sakit. Khabar awal wartawan Harakah, Azamin Amin, yang memaklumkan bekas Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abd Razak terpaksa dipotong kedua-dua kakinya di bawah paras lutut menyebabkan saya agak "terkedu" di malam Jumaat itu. Hiba dan sebak. Tambah pilu mengenangkan Kedah jatuh hanya selepas sepenggal diterajui PAS-Pakatan.

Mulanya kolum ini tidak dapat diisi walapun saya sudah berjanji untuk menganalisis keputusan PRU13. Terpaksa ditangguhkan. Apa pun, hasrat saya untuk berehat lebih panjang terpancung apabila Dr Dzulkefly Ahmad menelefon. Mendengar suara lemah saya, AJK PAS Pusat itu cepat memintas, dengan nada ceria: "Kita yang kalah pun masih cergas."

Saya menyambutnya dengan ketawa kecil, sekali gus menyedari setiap kita mempunyai masa yang terbatas, dengan beban kerja menimbun. Dr Dzul yang kalah tipis di Kuala Selangor, dengan perbedaan 460 undi, sempat menjelaskan hasratnya untuk kembali aktif dalam Pusat Penyelidikan PAS (PPP) dan bersama rakan-rakan yang lain mengukuhkan parti.

Segera saya terkenang pemimpin PAS yang tidak menang dalam PRU13, antaranya, Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Husam Musa, Tuan Ibrahim Tuan Man, Mazlan Aliman dan lain-lain lagi.


Ahmad Lutfi bersama A Kadir Jasin, Fathi Aris dan Prof Dr Andi Faisal Bakti dari Universiti Pancasila, Indonesia, pada majlis Hari Kebebasan Akhbar Sedunia 2013.
Pastinya Parti Islam, yang mempunyai bilangan ahli Parlimen (21) paling kecil berbanding KeADILan (30), apatah lagi DAP (38), memerlukan gabungan tenaga kepemimpinan lebih cergas, tangkas dan berwibawa untuk mendepani cabaran lebih sukar dan kompleks. (PAS mempunyai 85 Adun, KeADILan 49 dan DAP 95)

Seorang pembaca menjolok idea melalui SMS: "Mereka yang tewas ini tentu mempunyai lebih banyak masa bagi mencetuskan proses 'peremajaan parti',  terutama untuk mendekatkan imiginasi orang muda dengan PAS."

Tentu sekali, dalam konteks dalaman, ramai mula membicarakan soal post-mortem secara tidak rasmi. Meskipun bedah-siasat keputusan PRU13 mungkin tidak begitu relevan dengan situasi sekitar PRU14 nanti, namun proses muhasabah dan koreksi diri, amat penting dan mendesak untuk kelangsungan mana-mana organisasi.

Ya, amat sedikit, malah boleh dikatakan hampir tiada pihak yang berani meramalkan berlaku kejutan di Terengganu sehinggalah selepas nama-nama calon diisytiharkan. Hinggakan ramai juga aktivis PAS di sana yang tersentuh apabila sering disebut, walaupun dalam nada berseloroh: "Kalaupun Pakatan dapat kuasai Putrajaya, negeri Terengganu kekal di tangan pembangkang, kali ini BN."

Di Kedah, seperti saya cuba lakarkan menerusi pemerhatian di hari terakhir sebelum mengundi, petugas PAS langsung tidak terhidu mereka boleh dikalahkan, walaupun pada pengamatan saya, "kita tuai apa yang telah kita tanam," selain proses pilihan raya penuh ketempangan dan penipuan. Sebagai penyandang, prestasi Kerajaan Pakatan Kedah juga wajar dinilai secara jujur dan kemungkinan ia menjadi penyebab utama kekalahan tidak diduga itu.

Tanpa merujuk analisis mendalam, saya kira keseluruhan keputusan PRU13 boleh dianggap satu peningkatan membanggakan buat Pakatan. Bukan mudah berdepan kempen yang cukup tidak seimbang, khususnya mainan media, terutama TV dan akhbar harian.

Tonton saja Buletin Utama TV3; iklan-lagu politik bersilih ganti, dengan laporan berat sebelah yang menjolok mata. Awani yang kelihatan mahu bebas juga terperangkap, apatah lagi RTM dan stesen TV Media Prima yang lain, serta tidak terkecuali TV Al-Hijrah.

Sebagai pengamal media, saya sebenarnya lebih cenderung untuk melihat akses media yang seimbang untuk semua parti dan calon yang bertanding, berbanding keputusan PRU13. Tuntutan Bersih awalnya seperti mahu diberi respons munasabah oleh Dr Rais Yatim, menteri berkaitan, tetapi akhirnya tawaran slot 10 minit menjadi jenaka dan hilang terus bila beliau tidak terpilih sebagai calon BN di Jelebu.

Dalam forum sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia 2013, anjuran Aidcom, Unisel dan akhbar Sinar Harian, pada 3 Mei (dua hari sebelum mengundi) di Shah Alam, saya menekankan impian agar institusi "semak dan imbang", yang berperanan sebagai "anjing penjaga" seperti media bebas dapat diperkukuhkan.

"Siapa pun yang menang Isnin 5 Mei nanti, kita mahu suara, rintihan dan keluhan rakyat didengar. Dan penguasa hanya dapat mendengarnya melalui kewujudan media independen, yang tidak diganggu dengan pelbagai peraturan karut-marut seperti sekarang," tegas saya dalam forum yang disertai A Kadir Jasin, Fathi Aris Omar dan moderator Abdullah Ahmad.

Malangnya, sepanjang kempen, saya perhatikan media di Malaysia -- yang dikawal melalui Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, serta ditambah proses hak milik yang primitif -- bertindak tidak lebih daripada perkakas bagi BN. Tiada lagi kewarasan dan kebijaksanaan.

Pengecualian hanya kepada Sinar Harian. The Star kembali menjadi lidah rasmi MCA, dengan siaran iklan politik yang menyerang bertubi-tubi PAS dan DAP. Usaha DAP untuk membeli iklan menjawab tohmahan itu ditolak mentah-mentah. Akhbar-akhbar parti seperti Harakah, Suara Keadilan dan Roket berada dalam liga tersendiri dan tidak adil untuk dinilai "kebebasannya".

SPR langsung tidak berperanan untuk membentangkan "padang permainan sama rata" dalam PRU13. Penggunaan jentera dan kemudahan kerajaan secara berleluasa terang-terangan dibiarkan begitu saja. Ia tidak bertindak sebagai pemudahcara untuk mendapatkan akses media.

Malah, peratus keluar mengundi yang luar biasa itu, menyamai fenomena Terengganu 2004, ditambah pembuktian dakwat kekal yang tidak kekal, selain proses undi awal yang mencurigakan, menjadikan SPR kuda tunggangan atau satu lagi parti komponen BN!

Ramai pembaca dan kenalan, sejauh Miri dan Parlimen Sibuti di Sarawak serta Tanjong Karang dan Kuala Selangor,  menghubungi saya memaklumkan salahlaku jentera BN, khususnya menerusi politik wang.

"Di sini, sehari sebelum mengundi, Sabtu, petugas kempen PAS dari kampung dan rumah panjang beritahu saya, BN tabur duit, RM1,000 satu keluarga kepada pengundi yang nampak kuat sokong Pakatan dan RM500 satu famili kepada yang kurang kuat Pakatan," petikan SMS aktivis PAS Miri menceritakan situasi kempen di Sibuti.


Walaupun tidak berkesempatan turun ke akar umbi selepas Parlimen dibubarkan -- kecuali di satu dua lokasi sahaja -- untuk menghayati harapan tinggi pengundi, yang berkobar-kobar beriltizam membuat perubahan menyeluruh, namun saya tetap dapat merasai tsunami politik yang jauh lebih besar berbanding 2008.

Di samping persiapan Pakatan yang ternyata lebih rapi dan sistematik, dengan penampilan calon berkualiti,  ramai yang saya temui berkata merekw tertarik dengan kandungan manifesto Pakatan yang cukup memikat, bukan hanya buat generasi muda tetapi rakyat umumnya.

Justeru, saya dapat memahami perasaan penyokong Pakatan selepas keputusan PRU13 diumumkan, sehingga menarik lebih 120,000 hadir ke Stadium Kelana Jaya, 8 Mei, walaupun dengan notis cukup singkat, untuk menzahirkan bantahan dan protes terhadap perjalanan  pilihan raya.

"Memang aku dan keluarga tak dapat masuk, sesak sungguh jalan malam itu,  tersekat di mana-mana, tapi kami berpesta bagai adik berani. Bohong kalau orang kata lebih 80 peratus yang hadir Cina," kata seorang teman dari Gombak.

"Rakan-rakan sepejabat saya, yang baru kali pertama mengundi, Melayu, Cina dan India, turun awal ke Kelana Jaya, bersama-sama membantah. Mereka masih terkejut besar mengapa Pakatan tidak dapat membentuk kerajaan," kata seorang anak muda, kakitangan bank, dekat Kg Pandan, yang secara kebetulan berjumpa saya, ketika makan malam di Bandar Baru Bangi, baru-baru ini.

Benar, kemenangan majoriti besar Selangor cukup menyenangkan, begitu juga penguasaan bergaya di Kelantan dan Pulau Pinang, tetapi kekalahan di negeri-negeri lain cukup memeranjatkan. Riak dan gelombang semasa kempen bagai tidak diterjemahkan sepenuhnya paa hari pengundian, ataupun ia disanggah komplot penipuan terancang?

Meneliti undi popular yang diperolehi BN di peringkat persekutuan, hanya sekitar 47 peratus, iaitu kemerosotan  4 peratus berbanding 2008, tapi mendapat 60 peratus kerusi daripada 222 kerusi Parlimen, ia sudah cukup kuat untuk mendesak satu perubahan ke atas sistem First Past-The-Post yang diamalkan selama ini.

Bagi strategis pilihan raya DAP, Ong Kian  Ming, keputusan PRU13 menunjukkan sebanyak 46 kerusi Parlimen BN dimenangi dengan undi di bawah 55 peratus, manakala kerusi Pakatan yang terbabit berjumlah 30. Kerusi-kerusi marginal ini akan menjadi medan pertarungan sengit dalam PRU14 nanti.

Menurut Dr Khairuddin Malik, Setiausaha Pakatan Rakyat Perak, jumlah undi yang diperolehi BN negeri itu di peringkat Dun ialah 506,947 (44.4%), berbanding undi untuk calon Pakatan, 590,344 (51.7%). Ini bermakna undi lebihan Pakatan sebanyak 43,893 atau 3.84% daripada jumlah keseluruhan undi.

SPR akan mengadakan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun ini. Dalam keadaan BN tidak mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen, proses untuk menambah bilangan kerusi Parlimen, hanya dapat dijalankan dengan kerjasama Pakatan.

Saya tidak pasti apakah proses melukis sempadan kawasan pilihan raya tanpa penambahan kerusi Parlimen boleh dijalankan tanpa majoriti dua pertiga BN? Sebagai parti pemerintah yang hampir tewas, sudah pasti proses persempadanan semula ini menjadi senjata utama untuk BN mempertahankan kuasanya.

Secara peribadi, saya menyokong penuh usaha tangkas Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan Pakatan seluruhnya, untuk membangkitkan kesedaran awam menuntut proses pilihan raya bersih, telus dan bebas, tanpa menunggu masa lebih lama.

"Kita bukan persoalkan keputusan kalah atau menang tetapi apakah perjalanan PRU13 itu adil atau tidak? Sistem pilihan raya bukan hanya dinilai selepas pembubaran Parlimen atau semasa berkempen, apatah lagi pada hari mengundi sahaja, ia satu proses menyeluruh," katanya kepada saya, mengulas suara sumbang yang mempertikai siri perhimpunan "Black505".

Dalam masa sama, seperti warga lain yang prihatin, saya begitu bimbang dengan kempen perkauman yang dibakar dengan marak sekali, terutama oleh Utusan Malaysia. Rupanya ia tidak berakhir selepas BN diisytihar menang, malah api merbahaya itu dinyalakan lebih besar lagi.

Sorotan berita dan analisis pasca PRU13 dibuat dari persepsi jahat, jelas bermotif untuk membangkitkan rasa tidak senang antara kaum, dengan meletakkan masyarakat Tionghua dalam kandang orang salah.

Perdana Menteri, Najib Razak dan mentornya, Dr Mahathir Mohamad boleh dianggap menyalakan mancis untuk membakar sentimen perkauman ini. Dalam siaran Buletin Utama TV3 sebentar tadi, Jumaat 10 Mei, tidak semena-mena ditonjolkan S Nallakaruppan, yang membangkitkan soal 13 Mei dan "amarah orang Melayu terhadap bantahan masyarakat Cina terhadap keputusan PRU13".

"Sudah melampau TV3 ini," rungut saya kepada isteri. Sakit kepala saya tambah mencucuk, dengan laporan tidak bertanggungjawab itu.

Dalam pada itu, beberapa rakan turut terpedaya dengan dakyah kalangan tertentu yang mendakwa pengundi Cina hanya memberi sokongan kepada calon DAP tetapi tidak memilih calon PAS di kawasan sama.

Mereka merujuk keputusan di Gelang Patah apabila Lim Kit Siang menang dengan majoriti hampir 15,000 undi. "Salahuddin Ayub yang bertanding di Dun Nusa Jaya, di bawah Parlimen Gelang Patah, kalah dengan majoriti 2,200 undi. Ini bukti pengundi Cina hanya mahu DAP menang, dan bukannya PAS," kata rakan itu, mengulangi tohmahan Umnp.

Saya terus menyanggah: "Cuba tengok satu lagi Dun di bawah Gelang Patah, iaitu Skudai, yang ditandingi calon DAP, Dr Boo Cheng Hau, dia menang lebih besar, majoriti lebih 18,000. Maknanya, undi itu seimbang, hampir semua pengundi Kit Siang menyokong Salahudin, begitu juga sebaliknya. Takkan sifir semudah itu pun tak faham."

Paling Lawak EXCO UMNO Trg hanya seorang bekas OFFICE BOY tak lulus SPM!!!
Posted on Sunday, May 12 @ 07:26:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline

Ahmad Said berkata "Barisan Exco ini sudah cukup mantap untuk melaksanakan segala perancangan dan perubahan negeri walaupun ada muka baharu (yang dilantik terus sebagai Exco selepas pertama kali menjadi calon), namun saya yakin, mereka ada pengalaman dalam bidang masing-masing,"

Tahu tak EXCO baru mengikut maklumat yang diterima, Roslee Daud, Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan dan Koperasi tu dulu kerja JAGA, kemudian ada kosong office boy (kerani) dia apply dapat.


Kemudian ada penyelewengan dia diminta berhenti. Selepas berhenti dia bekerja menyelia projek Rosli Mat Hassan (Calon Parlimen UMNO Dungun). Dia ni SPM pun tak lulus.

Bayangkan seorang yang tak lulus SPM boleh mengurus Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan dan Koperasi??

Bila saya tulis perkara ni Roslee nak tahu siapa saya.. Kawan lama Lee Boneyem!!

Kesiah Zakariah Ali calon Dun Sura UMNO yang dijanjikan exco bersama Zaaba.

EXCO TRANSFORMASI NAJIB..
SPM LINGKUP
KERJA PUN LINGKUP...
HANYA KRONI ROSLI..


....

Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com

 Ahmad Said: Selepas Kekal Jadi MB Terus Dera Pengundi
Posted on Sunday, May 12 @ 07:24:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOfflineSelepas ugut BN @ UMNO kalau tak kekalnya jadi MB akhirnya Ahmad Said berjaya mengalahkan pengaruh puak Deris Jusoh, walaupun Najib dikatakan berpihak kepada Idris Jusoh.

Datuk Seri Ahmad Said hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu untuk penggal kedua di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah di sini.

Turut mengangkat sumpah ialah 10 anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco).

Selain jawatan Menteri Besar, Ahmad turut memegang tiga lagi portfolio iaitu pengerusi jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Pelaburan; Tanah, Petroleum dan Sumber Asli; Kebajikan Tempatan dan Perumahan.
  
Sepuluh Exco yang mengangkat sumpah ialah:  

1. Datuk Ahmad Razif Abd Rahman (Seberang Takir) - Pengerusi Jawatankuasa Sains & Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Air
  
2. Rozi Mamat (Telemung) - Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan, Sumber Manusia
  
3. Dr A Rahman Mokhtar (Kuala Besut)- Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
  
4. Datuk Tengku Putera Tengku  Awang (Kuala Berang) - Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan
  
5. Datuk  Mohd Jidin Shafee (Permaisuri) - Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan  Kebudayaan.
  
6. Ir Rosli Othman (Kemasik) - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan
  
7. Nawi  Mohamad (Hulu Besut) - Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahan  Perladangan & Komoditi
  
8. A Latiff Awang (Pengkalan Berangan) - Pengerusi Jawatankuasa Tranformasi Kerajaan, Penyampaian & Pengurusan Prestasi dan Teknologi Maklumat
  
9. Roslee Daud (Bukit Besi) - Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan dan Koperasi
  
10. Ghazali  Taib (Ajil) -  Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas.

Selepas sahaja menjadi MB, Ahmad Said terus membuat kenyataan mendera pengundi!!

Ahmad Said berkata kerajaan Negeri Terengganu tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang BN kalah dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas.
  
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata rakyat di kawasan Parlimen dan DUN berkenaan perlu meminta bantuan daripada wakil rakyat yang mereka pilih.
  
"Kita akan pertimbangkan cara lain, namun buat masa ini memang tiada cadangan untuk meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan yang (BN) kalah.
  
"Selama ini kita (BN Terengganu) telah mengambil alih tugas wakil rakyat PAS dalam menyelesaikan masalah harian mereka (rakyat) dan kali ini biarlah rakyat di kawasan itu mengadu kepada wakil rakyat mereka,"

Suruh wakil rakyat PAS selesai masalah duit peruntuk UMNO dapat. Bagus punya plan.. lebih daripada PENYAMUM!!


....

Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com
 Semangat Rakyat amat kuat
Posted on Sunday, May 12 @ 07:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: IbnuSabah

"

Seorang sahabat reformasi, anak muda yang bersemangat setinggi gunung Kinabalu, mungkin lebih lagi...menghantarkan SMSnya: Semangat rakyat untuk berubah bukan lakonan, tetapi suatu yang real dari Selatan ke Utara, dari Timur ke Barat puluhan ribu hingga ratusan ribu mengerumuni program Pakatan Rakyat...

Di mana saja para pemimpin utama Pakatan Rakyat Tok Guru Nik Aziz, Anwar, Haji Hadi, Lim Kit Siang, Mat Sabu, Saifuddin, Azmin dan lain-lain berada, rakyat Malaysia berbondong-bondong dating tanpa apa-apa upah untuk mendapatkan maklumat, berita, penjelasan tentang isu-isu semasa politik, ekonomi dan masa depan rakyat Malaysia apabila kerajaan diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Balas penulis, berdasarkan semangat rakyat Pakatan Rakyat sudah boleh menang. Tetapi kita ada beberapa kekurangan dan kelemahan disaat akhir, terutama sewaktu menentukan calon-calon kita untuk berlawan satu lawan satu dengan calon umno/BN.
Kita tidak bersatu hati yang sebulat-bulatnya. Rakyat sekali-kali tidak terfikir lagi akan ada calon-calon Pakatan Rakyat PAS/PKR/DAP bertembung sesame sendiri.
Itu yang terjadi dibeberapa kerusi DUN dan parlimen. Kerana inilah yang menyentap sedikit kesatuan rakyat. Ini juga yang menguris sedikit hati kecil rakyat. Kenapa, mengapa, kenapa, kenapa berlaku lagi, kenapa hal-hal sebegini terjadi lagi.
Rakyat di mana kebijaksanaan, hikmah dan strategi para pemimpin Pakatan Rakyat diletakkan.
Sebaik pengumuman awal malam 5 Mei itu. Keputusan awal diterima dan tersiar di TV ialah keputusan PRU 13 kerusi parlimen di Sarawak. Satu lepas satu lepas satu BN, BN, BN, BN..............
Hati kecil penulis masih berharap moga-moga kemenangan BN di Sarawak dan Sabah akan ditandingi seiring dengan kemenangan PR di Semenanjung. Kerana kerusi Sarawak, Sabah dan WP Labuan cuma 57 kerusi parlimen, berbanding kerusi parlimen di Semenanjung ada 165 kerusi.
Andainya sasaran PAS menang 54 kerusi parlimen, ditambah DAP 38 dan PKR separuh daripada 99 kerusi parlimen yang ditandingi sekitar 40-48 kerusi parlimen. Keseluruhan jangkaan Pakatan Rakyat boleh memenangi kerusi parlimen di Semenanjung sejumlah 132. Unjuran sederhana para pemimpin PR kemenangan boleh dicapai antara 115-117 pada peringkat awal.
Namun ia tidak menjadi reality sebenar. Semangat rakyat PR menang, akan tetapi kerusi kita belum mencapai kemenangan yang didambakan oleh majority rakyat Malaysia.
Allah Ta'ala belum mahu menganugerahkan kemenangan yang dicita-citakan seluruh rakyat Malaysia untuk dilepaskan dari cengkaman kerakusan, rasuah, songlap harta rakyat, negeri dan Negara, dan dari  keangkuhan dan kesombongan para pemimpin umno/BN yang tiada taranya lagi.
Kata Ustaz Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat, mungkin Allah nak meringankan bebanan di akhirat nanti. Sebab kemenangan bagi siapa juga adalah amanah yang perlu dilaksanakan sebaik-baik dan seamanah-amanahnya oleh wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.
Maka itu, semangat semata-mata belum cukup untuk mencapai kemenangan dalam pilihanraya.
Tempoh 5 tahun untuk PRU 14 dijangka 2018 nanti tidak lama. Masa beredar begitu pantas. Semangat dan momentum yang ada sejak PRU 12 hingga pasca PRU 13 ini mesti dikendali sebaik-baiknya oleh para pemimpin Pakatan Rakyat. Jangan benarkan segala polemic yang tidak menguntungkan parti.
Jauhilah dan berpantanglah dalam menjaga nafsu berebut harta, pangkat, jawatan dan kedudukan. Pergunakanlah kebijaksanaan, Allah Ta'ala mengajar kita supaya sering-seringlah bermusyawarah dalam memutuskan apa jua urusan negeri, Negara, usrusan parti, rakyat, kepimpinan dan sebagainya.
Tidak rugi orang yang selalu bermusyawarah. Malahan lebih banyak untung dan berkat akan dikurniakan oleh Allah Ta'ala. Letak niat yang betul dan ikhlas dalam apa juga perancangan, tindakan dan amalan kita.
Rakyat tetap dibelakang mendokong dan menyokong pemimpin-pemimpin yang bijak, amanah, berwibawa dan ikhlas.
Teruskan perjuangan sehingga keadilan dan kebenaran tertegak dan tumbangnya kezaliman dan para pemimpin yang rakus, rasuah dan angkuh di bumi Malaysia.
ALLAHU AKBAR!!!

  Tiga sebab rakyat tolak BN - Najib mesti baca
Posted on Saturday, May 11 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Mohd Farid


Najib sebenarnya sedar bahawa kedudukannya sebagai PM dan Pengerusi BN, malah Presiden UMNO juga belum terjamin. Justeru, Najib pasti sedang mencari-cari formula dan kaedah untuk memastikan karier politiknya tidak terkubur begitu sahaja.

Saya tak pasti sama ada, beliau masih belum puas mengaut keuntungan, atau mungkin juga Hajah Rosmah sendiri mendapati ada kekurangan dalam koleksi perhiasan yang beliau kumpul sepanjang menjadi FLOM. Tapi, saya rasa untuk menyelamatkan maruah diri sendiri, langkah terbaik untuk Najib ialah berundur. Secara jelas, rakyat bencikan Najib. Slogan Better Nation, kini difahami sebagai Buang Najib.


Hanya dengan ketiadaan Najib, barulah ada kemungkinan untuk direalisasikan Better Nation tersebut.

Kadang-kadang saya sendiri pelik, kenapa pipi kita tersorong-sorong, sedang hidung kita sudah tak mancung?

Rakyat dan buat keputusan. 

BN sepatutnya menunjukkan contoh teladan sebagai Pemerintah Paling Lama dalam sejarah Malaysia, untuk menerima dengan lapang hati keputusan PRU-13. Kenyataan yang berbaur perkauman sebenarnya menunjukkan BN sendiri tidak dapat menerima hakikat bahawa majoriti Rakyat, khususnya bangsa cina, inginkan perubahan. Sewajarnya, keputusan PRU-13 ini dijadikan medan muhasabah dan diambil sebagai kritikan membina buat kepimpinan BN.

Rakyat dan saya sendiri mahukan Perubahan. Sehingga ke saat ini, kami masih menanti-nanti dan sentiasa berharap agar ada perubahan positif dalam negara. Jika tidak mahu kecundang, strategi terbaik bagi UMNO-BN ialah berubah.

Najib sendiri mengakui, bahawa belajar dari kesilapan adalah erti kepimpinan yang sebenar. Nah, kamu sendiri sedar salah kamu, mengapa kamu tidak berubah?

Adakah kesalahan kamu ialah KALAH semata-mata?

Adakah kesalahan kamu ialah gagal memikirkan strategi untuk meraih undi semata-mata?

Kamu perlu sedar, rakyat khususnya di Negeri Selangor, di Bandar2 besar yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India, kesemuanya menolak kamu atas 3 sebab utama.

Pertama ialah kerana Rasuah. Rasuah diakui ialah penyakit terbesar bagi pemimpin khususnya di negara demokrasi. Penyakit rasuah dalam UMNO-BN membarah sehingga ke Usus, diakui sendiri oleh Tun Dr Mahathir.

Kedua hilangnya rasa percaya kepada sistem pentadbiran dan penyampaian Kerajaan Persekutuan. Rakyat yang celik, melihat dengan mata kepala mereka sendiri bahawa pihak keselamatan dan badan-badan yang sepatutnya menjaga kepentingan rakyat gagal berfungsi dengan baik. Sebagai contoh, pihak polis dan SPR hanya menjaga kepentingan UMNO-BN. Kerajaan sepatutnya insaf dan bertaubat. Semakin ditutup pekung, semakin pula ia terdedah. Contoh lain, ketika kenaikan harga barang dan pelbagai taktik menghisap darah rakyat dikenakan, alasan tidak logik yang diberikan oleh pihak kerajaan menyebabkan rakyat berasa terhina dan direndahkan akal mereka. 

Kami bukan budak kecil. Ada di kalangan kami yang juga bekerja sebagai kakitangan kerajaan, melihat sendiri bahawa apa yang disebut oleh Kerajaan tidak serupa dengan apa yang dibuat. Cakap tak serupa bikin. Kamu suruh rakyat berjimat, tapi kamu sanggup membazir ratusan ribu hanya untuk nombor plat kereta. Ke mana letaknya akal?

Ketiga, diskriminasi dan penindasan. Banyak hak rakyat yang kamu abaikan. Hak kebebasan untuk bersuara adalah hak paling ketara yang kamu nafikan. Guru-guru yang lantang ditukarkan. Begitu juga pegawai-pegawai kerajaan yang tidak sebulu kamu pecat atau tukarkan. Lihat apa yang terjadi pada ratusan guru yang telah dipindahkan dalam tempoh 24 jam. Tidakkah kamu terfikir tentang anak murid mereka yang sangat memerlukan gurunya? Bagaimana dengan keluarga mereka yang terpaksa berpisah? Patutkah mereka didera untuk berjalan jauh semata-mata hanya kerana mereka mengkritik tindakan kamu?

Layakkah kamu digelar pemimpin jika tidak berani bersemuka dengan orang yang mengkritik diri kamu?

Begitu juga dalam siri-siri himpunan rakyat yang dianjurkan oleh Parti yang tidak sealiran dengan kamu. Kamu nafikan hak mereka, dan kamu tindas dan zalimi mereka. Ke mana letaknya undang-undang yang sepatutnya kamu tegakkan?

Apapun, segala kesilapan ini sepatutnya tidak perlu diulang. Rakyat hendakkan BRIM, tapi rakyat perlukan pemimpin yang baik. Pemimpin yang baik tidak akan mengumpan rakyatnya. 

Akhir sekali, ancaman perang antara kaum ini, rakyat amat berharap ia dihentikan.

Cukuplah.

Sekarang adalah masa untuk kita bina kekuatan. Negara semakin nazak disebabkan permainan politik kamu sendiri. Rakyat hanya mahukan pemimpin yang adil, telus, dan berkebajikan. Jika kamu tidak mampu untuk telus, berlaku adil dan membuat kebajikan, tinggalkanlah kerusi itu untuk orang yang lebih baik...







MOHD FARID BIN HAMLUD

Tiada ulasan: