Isnin, 6 Mei 2013

KELANTAN DAPAT MB BARU...MOGA ISLAM TERUS BERSINAR DI MALAYSIA...MARILAH KITA SAMA BERTAKWA...BUKAN SENTIASA MEMBUAT MAKSIAT...GUNALAH QURAN DAN HADIS UNTUK MEMERINTAH NEGARA ATAU NEGERI...SEBAB SEMUANYA ALLAH YANG PUNYA...TERMASUK TUBUH BADAN KITA.

PAS pilih MB baru untuk Kelantan?


PAS mungkin akan menampilkan seorang tokoh baru di kalangan pemimpin tertinggi parti tersebut di Kelantan bagi menggantikan mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menerajui pentadbiran negeri.

Antara nama yang disebut-sebut akan mengangkat sumpah sebagai menteri besar petang ini ialah Datuk Ahmad Yaakob, yang menjadi timbalan menteri besar Kelantan selepas pilihan raya 2008.

Ahmad, yang juga timbalan pesuruhjaya I PAS Kelantan ketika dihubungi petang ini bagaimanapun berkata beliau belum mendapat apa-apa perkenan daripada Istana berhubung jawatan tersebut.

“Saya belum dapat apa-apa daripada Istana. Saya tak boleh komen mengenai perkara ini,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Difahamkan, pemimpin tertinggi parti kini sedang berunding untuk melantik tokoh baru di kalangan pemimpin tertinggi PAS negeri untuk menggantikan Nik Aziz di jawatan tersebut.

Setiausaha akhbar Nik Aziz, Ahmad Fadli Shaari ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau tidak dapat mengesahkan sekiranya benar Ahmad akan dilantik menteri besar namun menurutnya perkara itu semenangnya menjadi menjadi sebutan hari ini.

"Tapi saya tidak dapat mengesahkannya. Perkara itu masih lagi dalam rundingan dalaman parti.

"Kita tunggu dan lihat dalam majlis angkat sumpah yang akan berlangsung petang ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Sementara itu, anggota exco sementara Datuk Takiyuddin Hassan ketika dihubungi juga mengakui bahawa pelantikan MB baru menggantikan Nik Aziz itu sememangnya menjadi perhatian meluas di Kelantan.

Katanya, beliau sendiri dihujani pertanyaaan dari masyarakat setempat, sama ada benar Nik Aziz akan berehat selepas pilihan raya 5 Mei dan akan hanya berkhidmat sebagai wakil rakyat.

PAS memenangi Kelantan dengan kelebihan 32 kerusi DUN kali ini, kurang lima kerusi berbanding pencapaian pada Mac 2008.

Nik Aziz lepas jawatan MB?
MOHD ZAILANI ABD RAHMAN
6 Mei 2013
Nik Aziz
Nik Aziz
KOTA BHARU - Sama ada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan kekal atau memberi laluan kepada muka baru memegang jawatan Menteri Besar bakal terjawab apabila  majlis  mengangkat sumpah diadakan di Istana Negeri Kubang Kerian jam 4.30 petang ini.

Difahamkan sebelum ini, Nik Aziz, 82, telah menyuarakan hasrat untuk menyerahkan kerusi nombor satu negeri itu kepada pemimpin baru, namun desakan dalaman parti yang masih mahu beliau mengekalkan kerusi yang disandangnya sejak 23 tahun itu.

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, dikatakan perundingan dan mensyuarat bagi menentukan kepimpinan kerajaan negeri sedang berlangsung.

Difahamkan juga beberapa muka baru akan diangkat sebagai Exco kerajaan negeri.

Antara calon pelapis yang dikatakan akan mengantikan Nik Aziz adalah timbalannya, Datuk Ahmad Yakob; Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Speaker Dun Datuk Nasuruddin Daud.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semalam, Pas Kelantan mengekalkan pemerintahannya dengan mendapat 33 kerusi berbading 12 oleh Barisan Nasional.

 HIDUP PENUH DENGAN SIMPLE AJE
Zuzaini Ismail shared Jkkk Fan Club's photo.
TERKINI : Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Menyerahkan Jawatan 
MB Kelantan Kepada Timbalannya, Datuk Ahmad Yakcop Hari ini Setelah Memerintah Kelantan Selama 22 Tahun.
k.g.b
TERKINI : Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Menyerahkan Jawatan
MB Kelantan Kepada Timbalannya, Datuk Ahmad Yakcop Hari ini Setelah Memerintah Kelantan Selama 22 Tahun.
k.g.b
Ahmad Yakcop MB Kelantan ganti Nik Aziz
Wartawan Sinar Harian
6 Mei 2013
Nik Aziz
Nik Aziz
KOTA BAHRU - Kelantan akan mempunyai seorang Menteri Besar yang baru selepas satu tempoh selama 23 tahun bagi menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Datuk Ahmad Yakcop dijangka mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kelantan jam 4.30 petang ini.

Nik Aziz, 82, mengetuai kerajaan negeri sebagai Menteri Besar sejak 1990.


Dpp Sungai Siput shared Nik Abdul Aziz Nik Mat's photo.
[admin] Hidup selepas mati lebih luas daripada hidup di dunia;
[admin] Hidup selepas mati lebih luas daripada hidup di dunia;


TERKINI : Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Menyerahkan Jawatan MB Kelantan Kepada Timbalannya, Datuk Ahmad Yakcop Hari ini Setelah Memerintah Kelantan Selama 22 Tahun... Tahniah Rakyat Kelantan Kerana Mendapat MB Baru... Takbir!!!!

#Jasa Tok Guru Akan Dikenang Oleh Rakyat Kelantan... Sebak Bila Dengar Tapi Apa Juga Keputusan Tok Guru, Itulah Yang Terbaik Buat Rakyat. Semoga Tok Guru Dapat Berehat Setelah Berjuang Dan Memimpin Kerajaan Kelantan Dengan Cemerlang Selama 22 Tahun......
TERKINI : Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Menyerahkan Jawatan MB Kelantan Kepada Timbalannya, Datuk Ahmad Yakcop Hari ini Setelah Memerintah Kelantan Selama 22 Tahun... Tahniah Rakyat Kelantan Kerana Mendapat MB Baru... Takbir!!!!

#Jasa Tok Guru Akan Dikenang Oleh Rakyat Kelantan... Sebak Bila Dengar Tapi Apa Juga Keputusan Tok Guru, Itulah Yang Terbaik Buat Rakyat. Semoga Tok Guru Dapat Berehat Setelah Berjuang Dan Memimpin Kerajaan Kelantan Dengan Cemerlang Selama 22 Tahun......
Kami Boikot Buletin Utama TV3 added a photo from May 6, 2013 to their timeline.
We ♥ Tok Guru... Antara Ungkapan Tok Guru Yang Sangat Menyentuh Hati & Perasaan... 22 Tahun Yang Cukup Cemerlang Di Bawah Pimpinannya... Semoga MB Baru Datuk Ahmad Yakcop Dapat Meneruskan Tradisi Tok Guru Memimpin Bersama ISLAM... Takbir!!!

LINK : http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/new-mb-for-kelantan/
We <3 Tok Guru... Antara Ungkapan Tok Guru Yang Sangat Menyentuh Hati & Perasaan... 22 Tahun Yang Cukup Cemerlang Di Bawah Pimpinannya... Semoga MB Baru Datuk Ahmad Yakcop Dapat Meneruskan Tradisi Tok Guru Memimpin Bersama ISLAM... Takbir!!!

LINK : http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/new-mb-for-kelantan/

Desakan Pilihanraya Semula Dalam Tempoh 6 Bulan.
Posted on Monday, May 06 @ 15:45:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: AntiKarat

"

Keputusan PRU13 sudah dimaklumi keputusannya. Sebagai pejuang Islam kita sentiasa menang di sisi Allah. Kita hendaklah bersyukur untuk itu. Namun kita kena akui bahawa kita gagal menjulang panji-panji Islam. Umpama, kita kecurian.

Kita kena redha musibah yang berlaku itu. Tetapi apabila kita dapat tangkap orang yang mencuri duit kita, kita berhak untuk mendapatkan kembali duit itu dan memastikan pencuri itu mendapat hukuman.

Bukan maknyanya apabila kita redha maka kita biarkan kezaliman bebas tanpa hukuman. Dalam tulisan pasca-PRU13, ini aku ingin mencadangkan satu desakan yang kuat agar pilihanraya diadakan semula dalam tempoh 6 bulan. 
A.      Manipulasi Berlaku Dalam PRU13
Pertama, penipuan berlaku dalam daftar pemilih melibatkan pendatang asing. Berdasarkan dokumen bergambar, jelas warga asing membantu kemenangan BN. Benar mereka ada IC. Inilah hujah SPR. Memang bukan tugas SPR untuk memastikan keabsahan kewarganegaraan mereka. Penipuan dan kedurjanaan pihak tertentulah yang memberi IC kepada mereka. Mereka sah bukan warganegara. Kalau tidak masakan mereka apabila disoalsiasat tidak tahu nama PM Malaysia, tak tahu lagu Negaraku, tidak dapat berbahasa Malaysia dengan baik malah tak tahu alamat IC mereka sendiri. Tak anehkah ?  Ini bukan soal rupa-paras atau warna kulit sahaja wahai Pengerusi SPR.
Benar, bilangan pendatang asing yang tertangkap kerana cuba mengundi tidak ramai. Namun kalau pihak pengkhianat cuba memenangi PRU13 dengan bantuan undi pendatang asing, masakan mereka hanya mengeluarkan 1 000 IC sahaja. Takkan 1 000 undi dapat cover kekurangan undi mereka? Paling logiknya berdasarkan pengundi yang tidak dikenalpasti dalam daftar pemilih, sekurang-kurangnya 40 000 orang yang diaturkan di segala ceruk rantau.
Kedua, pengundian awal yang tidak telus. Rakyat mempertikaikan keselamatan dan keabsahan isi peti-peti undi. Dalam tempoh 5 hari tersimpan, tidak mustahilkah pihak yang ada kuasa melakukan manipulasi. Bagaimana nasib undi-undi awal ini? Sebagai rakyat, aku berhak rasa ragu lebih-lebih lagi BN bagai minta nyawa dan PM bersumpah dan merayu-rayu untuk menang.
Ketiga, dakwat kekal yang tidak kekal. Ini cukup nyata tanpa bersuluh lagi satu permainan SPR sebagaimana SPR bermain untuk membatalkan penggunaan dakwat kekal pada PRU12 dahulu. Duit rakyat habis berjuta namun pengundian berganda boleh dilakukan, baik oleh pendatang asing mahupun rakyat tempatan sendiri. Bagaimana dengan askar dan tentera yang mungkin namanya ada 2 kali dalam daftar pemilih? Mustahil undi 2 kali? Warga asing yang ditangkap di Dungun ada calitan dakwat di kedua-dua belah jari telunjuknya.
B.      Ketidakadilan Dalam Proses Demokrasi
Semacam dulu-dulu juga, BN membolot segala media massa arus perdana. Media inilah bersifat menyeluruh liputannya baik menguasai masa puncak mahupun liputan kawasan hingga pedalaman Sarawak. Rakyat hanya disogok dengan kempen, putar-belit dan fitnah pemimpin BN. Rakyat luar bandar terutamanya sudah pasti kurang capaian internet. Justeru, mereka hanya menilai secara satu hala yakni melalui mulut pemimpin BN. Kalau baik kata BN, baik-lah. Bila pula BN bermurah hati untuk memberi kredit kepada musuhnya? Yang terkeluar ialah adu domba, fitnah, kelucahan dan segala macam dosa yang Allah saja dapat membalasnya di akhirat kelak.
Ini tidak termasuk lagi rasuah pilihanraya. Beri duit BR1M, itu dan ini dengan sumpah pangkah BN. Dipanggil, dikumpul dan diwajibkan kakitangan kerajaan mengikuti sesi brainwash mereka atas nama kursus profesionalisma. Isinya hanya Allah yang tahu perbuatan terkutuk manusia. Spesis apakah ini? Tak malu kepada manusia, tak takut kepada Tuhan?
Konklusinya, aku dengan sedar diri dan ikhlas dalam memberi pendapat menyatakan bahawa aku tidak mengiktiraf kemenangan BN yang aku amat yakin ada berlaku penipuan dan ketidakadilan untuk bersaing di padang yang sama rata. Andai aku iktiraf samalah aku iktiraf 1Penipuan dan 1Ketidakadilan.
Aku kecewa bukan untuk diriku tetapi aku kecewa kepada gagal memenangkan Islam atas tipudaya musuh yang cukup hebat. Tuan-tuan jangan meletakkan harapan pada PRU14 apabila melihat jurang BN dan PR semakin rapat. Kalau inilah SPR, kalau inilah demokrasi Malaysia, kalau inilah perangai penguasa politik Malaysia…..haram tak akan ada jalan untuk pembangkang dalam demokrasi di Malaysia.
Atas segala ketempangan, pilihanraya baru mesti didesak untuk diadakan semula.  Kita boleh redha dengan kecurian. Namun jika kita ketemu dengan pencurinya kita akan minta semula wang kita. Kalau tidak diberi aku pukul kepalanya. Permintaanku kepada pemimpin dan aktivis PR, kumpulkan segala bukti untuk didokumentasikan kepada rakyat sebagai justifikasi desakan ini.


Tiada ulasan: