Posted on Monday, May 06 @ 16:12:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: matuse68
"Isu orang Cina bersatu mahu tumbangkan Melayu, hanya merugikan orang Malaysia.
Kita selalu kata, orang Korea, Jepun berjaya sebab mereka cuma ada satu bangsa sahaja, iaitu bangsa Korea dan Jepun, jadi mudah bagi mereka membangunkan negara.
Pointnya sudah ada, '1 bangsa' bagi membangunkan negara, tetapi sampai sekarang masih ada lagi slogan 'Melayu perlu bersatu'. Sepatutnya, slogan yang dilaungkan, 'Melayu bersatu dengan Cina dan India', barulah boleh jadi 'satu bangsa'.
Ok, katakanlah, DAP itu Cina dan mahu memerintah seperti kes Singapura dahulu. Mengapa ia terjadi? Adakah waktu itu Melayu tidak bersatu dan lemah, lalu tunduk kepada LKY?
Melayu pada waktu itu kuat bukan main, bersatu lagi tetapi Singapura tetap pergi. Antara sebabnya, orang Melayu kata Cina mahu memerintah dan menindas, Cina pula kata, orang Melayu kalau perintah mereka ditindas.
AKhirnya semua orang berasa mahu ditindas. Hakikatnya, yang menindas bukan orang Cina, dan bukan orang Melayu, tetapi 'orang jahat'.
Orang jahat ini, semua bangsa ada. Ada orang jahat Cina, ada orang jahat Melayu.
Selagi mana kita bersatu hanya berdasarkan 'bangsa', selagi itulah kita senyap2 membenarkan 'orang jahat' terus menindas.
Orang baik Melayu dan orang baik Cina perlu bersatu menentang orang jahat Melayu dan orang jahat Cina. Itu barulah betul.
Berkenaan PRU 13, analisisnya, DAP banyak menang sebab Cina bersatu undi Cina. Kalau begitu, sepatutnya Rafizi kalah, sebab lawan dengan calon Cina. Ini tidak, boleh menang besar lagi.
Sekiranya dilihat, yang DAP ini banyak menang di kawasan bandar. Kawasan orang Cina yang terdedah pemikirannya dengan pelbagai maklumat. Maklumat dari internet dan sebagainya.
Orang Cina boleh dikatakan adalah kaum yang paling celik berkenaan 'perlembagaan', berbanding orang Melayu.
Mereka faham, 'kerajaan' dan 'parti politik' itu berbeza. Mereka faham, 'kewajiban' sebuah kerajaan. Jadi, gula2 mengatakan, 'kerajaan BN sudah memperuntukkan sekian2 juta kepada orang Cina', tidak berkesan sebab mereka faham yang, itu memang kewajipan 'kerajaan'.
Ibaratnya, kita bayar buruh buat rumah kita. Jadi memang kewajipan buruh tadi bina rumah, siap ada tangga, tingkap, pintu. Takkanlah, buruh yang kita bayar tadi boleh kata, 'Tuan perlu membalas budi saya, sebab saya sudah buat pintu rumah Tuan'.
Lainlah kalau buruh tadi buat lagi jalan dan taman di hadapan rumah.
Jadi apa sebenarnya yang perlu kita takutkan sekarang? Yang kita perlu takutkan, adalah 'isu perkauman', yang senyap2 ditiup.
Isu perkauman bermula dengan kata, 'orang Cina pijak kepala orang Melayu'. Hakikatnya, 'orang jahat Melayu Cina', yang pijak kepala rakyat. Perlu dibezakan di situ.
Kesimpulannya, orang Melayu Umno dan PAS, sekiranya bersatu teguh bercerai roboh sekalipun, tetap Malaysia tetap tidak ke mana, tetap akan hilang tanah, sekiranya tidak mula 'bersatu' dengan kaum lain di Malaysia.
Adakah ini terlalu idealistik? Sekiranya kita kita ia tidak realistik, jadi bagaimana dengan saranan agama yang menyuruh kita berbaik-baik dengan kaum lain? Adakah agama juga sudah terlalu idealistik?
Info terkini layari: INI KALILAH
Pejuang Kebenaran shared Ibn Firnas's photo.
Tak Sampai 5% Peti Undi Kawasan Cina & India Sokong Zul Nordin!
Posted on Monday, May 06 @ 16:05:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh TKOOffline
Projek nak tawan Selangor, UMNO @ BN sanggup terima calon katak. Malah UMNO @ BN nak jadikan dia ini sebagai senjata untuk menyerang dan mencerca Anwar Ibrahim. Tapi malangnya strategi Tun Mahathir yang digunapakai oleh Najib akhirnya makan tuan.
Masyarakat bandar terutama Cina meluat dan benci orang yang tak ada penderian dan bercakap berbelit-belit. Manakala masyarakat India pun sama, mereka tak boleh maafkan Zul Nordin atas penghinaan kepada kaum india.
Pada mula akhbar online dan media Pro UMNO @ BN memberitakan Zul Nordin
mengalahakan Khalid Samad sedangkan pada masa itu hanya 15% undian di
kira daripada hampir 100 ribu pengundi.
Setelah masuk peti undi daripada PDM Barkeley, PDM Bukit Raja, PDM Bandar Baru Klang, PDM Monterez dan PDM Pinggiran USJ... Tak sampai 5% undi-undi berkenaan memilih Zul Nordin.
Kesimpulannya Strategi Tun makan Tuan, Masyarakat Cina dan India tak maafkan orang yang khianat parti serta melompat sana ke mari untuk mencari kepentingan.
........
Abbas Mohd Noor
abbas.mohdnoor@gmail.com
http://tranungkiteoffline.blogspot.com
DAP restu Anwar kekal Ketua Pembangkang
6 Mei 2013
Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, pada dasarnya seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) sudah menyokong Anwar sebagai perdana menteri.
"...tetapi memandangkan keputusan pilihan raya tidak memihak kepada PR, maka DAP akan tetap menyokong Anwar sebagai Ketua Pembangkang.
"Sokongan ini akan berterusan bukan hanya setakat Ketua Pembangkang malah mungkin sebagai Perdana Menteri," katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP di sini, sebentar tadi.
Zambry menghadap pemangku Raja Perak
6 Mei 2013
Kenderaan membawa Zambry dilihat memasuki perkarangan istana dengan diiringi dua kenderaan lain pada pukul 9.50 pagi.
Dalam majlis hampir sejam itu, Zambry mempersembahkan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di Perak dan memohon perkenan baginda untuk pembentukan kerajaan negeri baru.
Beliau dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak bagi penggal ke-13 esok di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Pada PRU13 Barisan Nasional (BN) Perak menang dengan majoriti mudah apabila menguasai 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) manakala pembangkang memenangi 28 kerusi.
Dalam keputusan rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya, Umno memenangi 30 daripada 36 kerusi Dun yang ditandinginya manakala MCA menyumbang satu kerusi iaitu Chenderiang. - Bernama
Guan Eng angkat sumpah esok
6 Mei 2013
Majlis itu akan berlangsung jam 11.30 pagi esok.
Beliau yang memenangi kerusi Dun Air Putih dan Parlimen Bagan akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas di Seri Mutiara.
Beliau bercakap demikian pada sidang media khas yang diadakan di Wisma DAP di sini pagi tengah hari tadi.
Terdahulu, Guan Eng berkata, beliau menghadap Yang di-Pertua Negeri pada sebelah pagi dan telah memaklumkan perkara itu kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Farizan Darus.
Calon MB Selangor diputus dalam masa seminggu
6 Mei 2013
Keputusan itu akan diketahui dalam masa seminggu apabila pucuk pimpinan PR mengadakan mesyuarat bagi memutuskan mengenai perkara itu.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata PR akan menentukan calon Menteri Besar kerana ia telah berjaya mengekalkan kuasa di Selangor setelah memperoleh mandat dua pertiga majoriti bagi meneruskan pentadbiran di negeri itu.
Abdul Khalid, yang juga Pengerusi PR Selangor berkata perlantikan anggota Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri Selangor pula akan diumumkan seminggu selepas Menteri Besar baru mengangkat sumpah.
"Soal pentingnya, bakal calon MB diputuskan pimpinan PR mesti diterima dan diperkenan Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah)," katanya pada sidang akhbar di kompleks kediaman Exco Selangor di sini hari ini.
Gabungan parti-parti pembangkang Pas, PKR dan DAP di Selangor telah memenangi 44 daripada 56 kerusi Dun di negeri itu, manakala Barisan Nasional (BN) pula menguasai 12 lagi kerusi Dun yang selebihnya itu pada PRU13 semalam.
Pas dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi Dun semalam manakala PKR memenangi 14 kerusi.
Secara keseluruhannya keputusan PRU13 semalam menyaksikan PR memenangi lapan kerusi Dun tambahan, berbanding 36 kerusi yang dimenangi pada PRU12, 2008.
Bilangan kerusi Dun yang dimenangi oleh BN pula berkurang menjadi 12 berbanding 20 kerusi yang dimenangi pada 2008. - Bernama
Najib angkat sumpah sebagai PM di Istana Negara
6 Mei 2013
Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.
Najib, 59, yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengulangi sejarah apabila mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong sama, seperti mana allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein ketika mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kedua Malaysia pada 1970.
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberi perkenan selaras dengan Fasal (2)(a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan supaya Najib dilantik sebagai perdana menteri.
Pada pilihan raya umum ke-13 semalam, Barisan Nasional kekal berkuasa dengan memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan Persekutuan yang baru.
Turut hadir ke istiadat itu ialah bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi serta para pemimpin parti komponen BN. - Bernama
BN bentuk kerajaan di Perak, kuasai 30 kerusi
6 Mei 2013
Umno memenangi majoriti kerusi yang diwakili mereka manakala Gerakan tewas di semua kerusi termasuk kerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) yang diwakili Datuk Seri M Kayveas yang bertanding di kerusi Dun Pasir Bedamar.
PR pula hanya mengharapkan DAP yang memenangi kesemua 18 kerusi Dun berbanding Pas dan PKR.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berjaya mengekalkan kerusi Dun Pangkor selepas menang dengan majoriti besar 5,124 menewaskan calon PKR, Mohd Saifullah Zulkifli.
Pengerusi Pakatan Rakyat Perak (PR) Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin turut menang di kerusi Dun Changkat Jering dengan majoriti 1,170 selepas menewaskan calon BN, Datuk Rosli Husin.
Di peringkat kerusi Parlimen pula, beberapa nama besar seperti Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong tewas kepada calon DAP, Ko Chung Seng dengan majoriti 5,400.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha turut tewas di tangan calon PKR, Laksaman Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid dengan majoriti 8,168.
Bagaimanapun, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Di Jabatan Perdanan Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz masing-masing menang mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datoh dan Padang Rengas.
Sehingga jam 5 petang, semalam sebanyak 72.56 peratus keluar mengundi dicatatkan daripada 1,406,764 pengundi yang layak berdaftar di Perak.
Pada PRU12 lalu, secara dasarnya BN gagal mempertahankan kerajaan apabila gabungan Pas, PKR dan DAP yang membentuk PR memperoleh majoriti lebih tinggi iaitu 31 kerusi Dun berbanding BN (28).
Apabila berlakunya krisis lompat parti membabitkan empat kerusi Dun masing-masing di Changkat Jering (PKR), Jelapang (DAP), Malim Nawar (DAP) dan Behrang (PKR) yang mengisytiharkan diri sebagai calon Bebas, secara automatik bilangan majoriti kerusi PR berkurang kepada 27 menyebabkan BN mendapat semula kuasa membentuk kerajaan dengan majoriti 32 kerusi.
BN menang tipis, kekal di Terengganu
6 Mei 2013
Melalui keputusan yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kira-kira jam 10 malam tadi, Pas berjaya memperoleh 15 kerusi Dun.
Antara kerusi Dun di bawah Parlimen Setiu yang sah milik BN adalah Jabi, Permaisuri, Langkap dan Batu Rakit.
BN juga masih mengekalkan kuasa di Parlimen Besut dengan menguasai kerusi Dun Kuala Besut, Kota Putera, Jertih dan Hulu Besut.
Sementara itu, Pas mampu menarik nafas lega apabila menang bergaya dengan menguasai semua kerusi Dun Wakaf Mempelam, Bandar, Ladang dan Batu Buruk di bawah Parlimen Kuala Terengganu.
Di Kemaman pula, BN masih menguasai tiga kerusi di Dun Kemasek, Kijal dan Air Putih sementara kerusi Dun Cukai berjaya dikuasai Pas.
Bagi Parlimen Kuala Nerus, BN hanya berjaya merebut satu kerusi iaitu Dun Seberang Takir, sementara kerusi Dun Tepuh, Teluk Pasu, dan Bukit Tunggal dikuasai Pas.
Dalam pada itu, Pas juga berjaya menguasai tiga kerusi Dun di Parlimen Marang iaitu Dun Alur Limbat yang sebelum ini dikuasai BN, Bukit Payung dan Ru Rendang,
manakala hanya satu kerusi sahaja menjadi milik BN iaitu Dun Pengakalan Berangan.
Dungun pula menyaksikan Pas berjaya menguasai tiga kerusi Dun di Paka, Sura, dan Rantau Abang sementara BN hanya berjaya menguasai kerusi Dun Bukit Besi.
Di Hulu Terengganu, BN kekal di tiga kerusi yang disandang iaitu di Ajil, Kuala Berang dan Telemung manakala Manir masih kekal dikuasai Pas.
Bagi kerusi Parlimen BN hanya mampu mempertahankan kerusi Parlimen Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Kemaman sementara Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Dungun di bawah penguasaan Pas.
MCA catat prestasi layu pada PRU13
6 Mei 2013
Parti itu hanya memenangi tujuh kerusi parlimen dan 11 kerusi negeri, jauh lebih sedikit daripada 15 kerusi parlimen dan 32 kerusi negeri yang dimenanginya pada PRU 2008. Pada PRU kali ini, MCA bertanding di 37 kerusi parlimen dan 90 kerusi negeri.
Kerusi parlimen yang dimenanginya ialah Tanjong Malim di Perak, Bentong di Pahang dan Alor Gajah di Melaka, manakala di Johor, ia hanya dapat mengekalkan empat kerusi berbanding tujuh pada 2008. Kerusi berkenaan ialah Labis, Ayer Itam, Tebrau dan Tanjung Piai.
Sebelas kerusi negeri yang dimenanginya ialah Titi Tinggi di Perlis, Gurun dan Kulim di Kedah, Chenderiang di Perak, Damak dan Cheka di Pahang, Machap, Klebang dan Bemban di Melaka serta Paloh dan Pulai Sebatang di Johor.
MCA kalah kesemua kerusi yang ditandinginya di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, yang menunjukkan kegagalannya menawan kembali hati masyarakat Cina, walaupun pelbagai ikhtiar dilakukan untuk memulihkan kekuatannya 2008.
Parti komponen Barisan Nasional (BN) ini hanya mampu mengekalkan satu kerusi di Perak (Chenderiang) dan hilang kubu kuatnya, Indera Kayangan di Perlis, kepada PKR.
Barangkali, satu-satunya perkara yang menjadi pengubat hati bagi parti ini ialah kejayaannya merampas kembali kerusi dewan undangan negeri Kulim daripada PKR.
Kecederaan paling parah yang dialami MCA pada PRU13 ialah kekalahan setiausaha agungnya Datuk Seri Kong Cho Ha dan naib presidennya Datuk Seri Chor Chee Heung di kerusi parlimen Lumut dan Alor Setar yang mereka sandang sebelum ini.
Bagaimanapun, timbalan presiden parti itu Datuk Seri Liow Tiong Lai berjaya mempertahankan kerusi parlimen Bentong di Pahang bagi penggal keempat apabila beliau mengalahkan calon DAP Wong Tack dengan majoriti 379 undi.
Dalam respons segeranya berhubung prestasi buruk MCA pada PRU13, presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata parti itu akan menolak sebarang jawatandalam kerajaan.
"MCA akan menghormati keputusan pengundi dan sekiranya kami tidak mencatat prestasi lebih baik berbanding pada PRU lepas, kami tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan," katanya melalui twitter sejurus selepas tersebarnya berita BN memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan persekutuan. - Bernama
SU Agung PKR Saifuddin tewas
6 Mei 2013
Anwar mahu selesai isu penipuan p'raya dulu
Ketua
Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menimbangkan
mengenai persaraannya daripada politik selepas menyelesaikan isu
penipuan dan penyelewengan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya umum
ke-13.
Katanya, beliau memutuskan demikian kerana beranggapan bahawa perjalanan pilihan raya kali ini telah "dicuri" daripada rakyat melalui proses penipuan.
"Pendirian saya sama. Saya ada mendapat tawaran untuk mengajar di beberapa universiti utama. Saya masih fikir. Tapi saya nak selesaikan penipuan ini. (Ia) belum selesai. Saya dah menang. Pilihan raya ini sudah dimenangi oleh Pakatan Rakyat.
"Saya rasa apa yang perlu diperjelaskan sekarang ini ialah, pilihan raya ini telah dicuri melalui proses penipuan. Kerana mengikut proses yang biasa dan yang adil, kita sudah menang. Hampir mustahil (kalah) kalau dilihat dari sambutan yang ada.
Beliau yakin bahawa kemenangan pilihan raya kali ini telah dicuri memandangkan momentum yang berlaku dibeberapa kawasan yang beliau kunjungi.
"Orang yang hadir bertepuk tangan bukan dapat bayaran atau dapat BR1M. Mereka datang dan beri sokongan dengan penuh perasaan," katanya dalam nada yang kecewa," katanya.
Berdasarkan sambutan kempen dan ceramah yang dihadirinya di seluruh negara, beliau dapat gambarkan kekecewaan rakyat dengan keputusan pilihan raya kali ini.
"Saya tahu tentang sentimen kerana saya telah berkempen dengan bersungguh-sungguh.
"Saya rasa sedih (dengan keputusan pilihan raya). Saya boleh gambarkan kekecewaan rakyat berdasarkan ceramah yang saya pergi di seluruh negara," katanya.
Anwar sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk meninggalkan dunia politik dan kembali mengajar sekiranya Pakatan gagal menguasai Putrajaya.
Pada 2006, Anwar pernah menjadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.
Dengan memakai baju kemeja hitam berbunga putih dan kot, Anwar mengakui bahawa beliau sangat menghargai masa bersama keluarga semasa beliau mengajar di Amerika Syarikat.
"Apabila saya mengajar di Amerika Syarikat, mereka (keluarga) adalah masa yang terbaik untuk saya bersama Wan Azizah (Wan Ismail) dan keluarga," katanya.
Dalam temubual itu lagi, Anwar yang kelihatan letih juga berkata PKR mungkin akan mengemukakan petisyen pilihan raya berdasarkan keputusan yang mencurigakan di beberapa kerusi.
Katanya, beliau percaya calon PKR di kerusi Beaufort Datuk Lajim Ukin tewas akibat terdapat sogokan terhadap pengundi di kawasan itu.
"Saya telah tegaskan ada isu kesahihan dalam keputusan pilihan raya. Terdapat bukti penipuan yang jelas. Terdapat kawasan-kawasan yang kita ada bukti. Kita tidak akan menerima keputusan ini. Kita akan berbuat sesuatu.
"Saya tak percaya Lajim kalah. Tetapi saya faham tentang Wilfred Bumburing (Tuaran) yang terdapat perselisihan isu dalaman. Lajim saya percaya ada sogokan dan kami akan terus mengkaji tentang perkara itu dan akan lihat sama ada ada keperluan untuk memfailkan petisyen.
"Kita tidak boleh terima proses ini. Penipuan dah begitu berleluasa. Mungkin salah satu pilihan raya yang paling teruk pernah kita jalankan," katanya lagi.
Katanya, beliau memutuskan demikian kerana beranggapan bahawa perjalanan pilihan raya kali ini telah "dicuri" daripada rakyat melalui proses penipuan.
"Pendirian saya sama. Saya ada mendapat tawaran untuk mengajar di beberapa universiti utama. Saya masih fikir. Tapi saya nak selesaikan penipuan ini. (Ia) belum selesai. Saya dah menang. Pilihan raya ini sudah dimenangi oleh Pakatan Rakyat.
"Saya rasa apa yang perlu diperjelaskan sekarang ini ialah, pilihan raya ini telah dicuri melalui proses penipuan. Kerana mengikut proses yang biasa dan yang adil, kita sudah menang. Hampir mustahil (kalah) kalau dilihat dari sambutan yang ada.
Beliau yakin bahawa kemenangan pilihan raya kali ini telah dicuri memandangkan momentum yang berlaku dibeberapa kawasan yang beliau kunjungi.
"Orang yang hadir bertepuk tangan bukan dapat bayaran atau dapat BR1M. Mereka datang dan beri sokongan dengan penuh perasaan," katanya dalam nada yang kecewa," katanya.
Berdasarkan sambutan kempen dan ceramah yang dihadirinya di seluruh negara, beliau dapat gambarkan kekecewaan rakyat dengan keputusan pilihan raya kali ini.
"Saya tahu tentang sentimen kerana saya telah berkempen dengan bersungguh-sungguh.
"Saya rasa sedih (dengan keputusan pilihan raya). Saya boleh gambarkan kekecewaan rakyat berdasarkan ceramah yang saya pergi di seluruh negara," katanya.
Anwar sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk meninggalkan dunia politik dan kembali mengajar sekiranya Pakatan gagal menguasai Putrajaya.
Pada 2006, Anwar pernah menjadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.
Dengan memakai baju kemeja hitam berbunga putih dan kot, Anwar mengakui bahawa beliau sangat menghargai masa bersama keluarga semasa beliau mengajar di Amerika Syarikat.
"Apabila saya mengajar di Amerika Syarikat, mereka (keluarga) adalah masa yang terbaik untuk saya bersama Wan Azizah (Wan Ismail) dan keluarga," katanya.
Dalam temubual itu lagi, Anwar yang kelihatan letih juga berkata PKR mungkin akan mengemukakan petisyen pilihan raya berdasarkan keputusan yang mencurigakan di beberapa kerusi.
Katanya, beliau percaya calon PKR di kerusi Beaufort Datuk Lajim Ukin tewas akibat terdapat sogokan terhadap pengundi di kawasan itu.
"Saya telah tegaskan ada isu kesahihan dalam keputusan pilihan raya. Terdapat bukti penipuan yang jelas. Terdapat kawasan-kawasan yang kita ada bukti. Kita tidak akan menerima keputusan ini. Kita akan berbuat sesuatu.
"Saya tak percaya Lajim kalah. Tetapi saya faham tentang Wilfred Bumburing (Tuaran) yang terdapat perselisihan isu dalaman. Lajim saya percaya ada sogokan dan kami akan terus mengkaji tentang perkara itu dan akan lihat sama ada ada keperluan untuk memfailkan petisyen.
"Kita tidak boleh terima proses ini. Penipuan dah begitu berleluasa. Mungkin salah satu pilihan raya yang paling teruk pernah kita jalankan," katanya lagi.
Osman Aziz shared Wong Fei Hung's photo.
KETUA PENGARAH JABATAN PENDAFTARAN NEGARA INI ANTARA YANG TERLIBAT MEMBERI I/C ATAU KERAKYATAN KEPADA WARGA ASING UNTUK PERGI MENGUNDI DALAM PRU13. ANTARA MANUSIA YANG SANGGUP MENGADAI KEDAULAUTAN DAN MARUAH NEGARA DEMI KEMENANGAN UMNO/BN....WALAUPUN KENYATAAN AGAK PEDAS TAPI INILAH HAKIKATNYA.Baik PM tidur daripada PM Angkat Diri dan menyalahkan orang lain
Posted on Monday, May 06 @ 16:10:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh TKOOffline
Apabila kehilangan lebih banyak kerusi maka Najib menyalahkan orang Cina. orang Cina dijadikan KAMBING HITAM. Mengapa Najib tak menyalahkan diri sendirinya sendiri yang selalu memainkan isu-isu perkauman. Najib juga berkempen atas dirinya sendiri bukan atas BARISAN NASIONAL??
Apa guna MCA dan MIC serta 14 parti gabungan lain??
MCA menjadi mangsa untuk mempertahankan orang-orang Cina dan mengharap orang Melayu UMNO menyokong sedangkan UMNO cuba mencuri kerusi MCA??
Akibatnya, MCA hanya memenangi 7 kerusi Parlimen dan 11 kerusi negeri. Chua Soi Lek merajuk sakan mengumumkan bahawa MCA tidak akan mengambil apa-apa jawatan kerajaan. KAH KAH KAH
MANA NAK LETAK MUKA NAJIB??
PM PALING TERUK DALAM SEJARAH BN.
KALAU TUN RAZAK HIDUP.. PASTI DIPULAS TELINGA SI NAJIB NI!!!!!!!
........
Abbas Mohd Noor
abbas.mohdnoor@gmail.com
http://tranungkiteoffline.blogspot.com
KALAU TUN RAZAK HIDUP.. PASTI DIPULAS TELINGA SI NAJIB NI!!!!!!!
........
Abbas Mohd Noor
abbas.mohdnoor@gmail.com
http://tranungkiteoffline.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan