Isnin, 6 Mei 2013

ALASAN DAH BERI...BAGUSLAH....PERKARA KEDUA ATASI LAH ALASAN2 ITU...INSYAALLAH LAIN TAK KECUNDANG LAGI...KOMPLEN MEMANG MUDAH..MENGERAK..MEMIKIRKAN..MELAKSANAKAN BUKAN PERKARA MUDAH...HALANGAN2 MUNGKIN ADA YANG KITA TAK BOLEH TERFIKIR

Pengarah P'Raya PAS Kedah beri alasan
Posted on Monday, May 06 @ 11:45:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh M'kini



Pengarah Pilihan raya PAS Kedah, Datuk Mohd Yusof berkata beliau "tidak nampak" punca kekalahan Pakatan Rakyat di negeri disebabkan wujudnya pergeseran antara Azizan-Phahrolrazi.

Sebaliknya, kata beliau, kedua-dua pemimpin PAS itu mendapat majoriti yang tinggi dalam pilihan raya umum kali ini.


BN berjaya memenangi 21 kerusi untuk merampas Kedah daripada Pakatan Rakyat yang mendapat 15 kerusi.
Bercakap dalam satu sidang akhbar, Mohd Yusof berkata antara analisis awal berhubung punca kekalahan Pakatan Rakyat di tujuh kerusi  antaranya di DUN Tanjung Dawai, adalah mengenai pertambahan undi tentera sebanyak 6,000 di Tanjung Dawai.

Dakwanya, dahulunya undi tentera itu menjadi undi pos di Belantik dan kini kembali semula di Tanjung Dawai.

Manakala di DUN Ayer Hitam, faktor gerak kerja Datuk Mukhriz Mahathir yang "all out" untuk memberi cabaran sehingga menang dengan majoriti lebih 3,700 di DUN itu.

Selain itu, kekalahan PAS di DUN Kupang, Jeneri  dan Bandar Baru antaranya disebabkan "masalah dalaman" termasuk tiada kata sepakat di kalangan pemimpin peringkat kawasan menyebabkan PAS tidak mendapat sokongan padu daripada akar umbi.

Kawasan lain yang gagal dipertahankan PAS ialah Bukit Lada dan Pantai Merdeka.

Selain itu, di kawasan tersebut juga kekurangan pengundi cina yang boleh membantu PAS dan Pakatan Rakyat mempertahankan kerusi tersebut.

Mereka akan membuat post mortem untuk menentukan punca sebenar kekalahan parti itu.

"Kita menerima keputusan rakyat dengan hati terluka. Ini satu kekalahan yang menjadi panduan dan pedoman kita pada masa akan datang.

"Kita akan meneruskan perjuangan. Kekalahan sebenar dalam pilihan raya, tetapi kekalahan sebenar adalah lari dari perjuangan untuk menegakkan Islam bagi PAS dan tegakkan keadilan bagi parti lain (dalam Pakatan)," katanya.

"Kita terimanya dengan penuh rasa syukur kepada Allah," katanya lagi. 
 
YANG MEMENANGKAN ADALAH ADANYA IZIN ALLAH...SEBABNYA ADANYA SUMBANGAN SARAWAK DAN SABAH.....KALAU TIDAK HANYUT....JIKA ADANYA PENIPUAN SENDIRI KENA TANGGUNG DIAKHIRAT KELAK..WALAUPUN KALAU ITU TIDAK ADA DALAM SYARAK JIKA PERKARA ITU DAH JADI@BERLAKU...SEMUA DALAM RANCANGAN ATAU PENGETAHUAN ALLAH SWT
 
BN menang dalam kekalahan, PR kalah dalam kemenangan
Posted on Monday, May 06 @ 11:35:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Aspan Alias



Keputusan pilihanraya kali ini menjadikan keadaan serba tidak kena kepada kedua-dua belah pihak, BN dan Pakatan Rakyat. BN memenanginya sekali lagi tetapi hanya kemenangan yang kecil, lebih kecil dari kemenangannya pada PRU 2008. Pakatan Rakyat pula walaupun kalah telah menambah kemenangannya dari 82 kerusi dalam PRU yang lalu sekarang mendapat 89 kerusi yang di menanginya.

Pendeknya BN telah memenangi PRU ini dalam kekalahan dan Pakatan Rakyat telah kalah dalam kemenangan. Keadaan ‘stand off’ ini adalah satu situasi yang amat merbahaya bagi BN dan tidak akan dapat membentuk kerajaan yang benar-benar stabil dan kuat jika tidak ada usaha dan pengorbanan mana-mana pihak untuk mendapat sebuah kerajaan yang kuat bagi kepentingan masa depan negara dan rakyat.

Sejak akhir-akhir ini saya telah mengingatkan pihak Pakatan Rakyat agar tidak menunjukkan keghairahan yang keterlaluan. Saya telah berkata acapkali, supaya tidak mencurahkan air dalam tempayan semata-mata kerana mendengar guruh dilangit. Tetapi ramai yag membidas saya kerana emosi yang keterlaluan. Tetapi apa yang saya jangkakan mungkin berlaku itu telah pun berlaku dan kekalahan PR terutamanya PKR yang menonjol keterlaluan itu sekarang ternyata benar dan tiada yang lain selain dari kebenaran.

Saya memangnya merasakan perkara yang kita telah lihat sekarang ini akan berlaku. DAP dan PKR telah melakukan kesilapan betul-betul kerana mereka meletakkan diri mereka sebagai pihak yang sudah pasti menang. Tidak adalah lagi perasaan sebagai ‘under-dog’ dalam DAP dan PKR. Bagi mereka kemenangan itu hanya untuk menunggu ‘formality’ sahaja untuk diumumkan.

Lain-lain perkataan kedua-dua parti itu telah ‘berlunjur sebelum duduk’ dan berlagak seperti pihak yang sudah pasti mendapat kemenangan. Jika saya selalu menuduh BN sebagai parti yang kufur diatas kenikmatan, keadaan ini juga wujud dalam DAP dan Pakatan Rakyat kerana mereka hanya menunggu waktu untuk menjadi seperti BN dan UMNO jika mendapat kemenangan.

Pakatan terutamanya PKR telah berebut-rebut kerusi kerana mendengar guruh dilangit tadi. Ada pimpinan PKR telah berkonspirasi untuk menolak sesiapa yang mereka anggap akan memberikan saingan dalam PR jika menang dalam pilihanraya dan ini terjadi di NS negeri tempat saya mengundi. Akhirnya yang ‘dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran’. Ketamakan pada kuasa yang belum pun diperolehi itu disaksikan rakyat. Orang ramai memerhatikan tingkah dan laku mereka.

Sebenarnya kekalahan tipis PR itu adalah ‘unnecessary’. Tetapi PR sendiri yang terlalu meminta-minta keadaan ini untuk berlaku. Laungan pihak PR untuk menjadikan Anwar sebagai PM itu juga merupakan faktor besar penilaian pengundi-pengundi berbilang kaum di negara ini. Tidak kurang yang mahukan perubahan ini tetapi mempunyai ‘apprehension’ apabila Anwar dikatakan bakal menjadi Perdana Menteri.

Walaupun undang-undang berpihak kepada Anwar tetapi ramai yang merasakan yang Anwar masih tidak boleh terlepas dari isu moral yang sedang beliau hadapi itu. Pandangan yang benar akan mendapat tentangan tetapi sudah menjadi hakikat yang kebenaran itu amat susah untuk di terima oleh setengah pihak.

Satu lagi perkara yang mesti kita ingat dari sekarang, kekuatan ‘incumbency’ BN itu bukannya mudah untuk di pecahkan.

Itu sebab saya mengatakan acap kali pihak yang melakukan kesilapan itu akan menghadapi ketewasan yang ‘unnecessary’ dan itu telah pun berlaku semalam. Diharap kepada siapa yang terlalu garang itu, cuba-cubalah turunkan sifat ketakburan itu. Perubahan yang di sasarkan dari awal itu telah menyimpang kepada matlamat kepentingan peribadi dan menjadi penyumbang kepada kekalahan PR yang saya sebut sebagai kekalahan yang ‘unnecessary’ itu.

Belajarlah yang kuasa yang ‘ultimate’ itu adalah dari Tuhan Semesta Alam. DIA jugalah yang memberikan ketentuan yang sebenarnya.
 
 
Pasti Alfalah shared Serambi Politik's photo.
BN akan makin tenat selagi terus berkuasa dengan cara MENIPU! BN berjaya membuatkan peratusan rakyat semakin celik dan involve politik naik mendadak! BN berjaya buat rakyat semakin benci! BN akan semakin kuat menjatuhkan islam. Sama2 kita nantikan.

~ kemengan mereka bkn membuatkan mereka makin happy,tetapi makin x tentu arah ~
BN akan makin tenat selagi terus berkuasa dengan cara MENIPU! BN berjaya membuatkan peratusan rakyat semakin celik dan involve politik naik mendadak! BN berjaya buat rakyat semakin benci! BN akan semakin kuat menjatuhkan islam. Sama2 kita nantikan.

~ kemengan mereka bkn membuatkan mereka makin happy,tetapi makin x tentu arah ~
 
 JIKA ADA PENIPUAN ATAU TANGAN2 YANG TAK ELOK...SERAH SAJA PADA ALLAH...ALLAH MAHA BIJAKSANA UNTUK MENGHUKUM...TAWAKAL LAH KITA PADA ALLAH...TIP'S...KALAU KITA BUAT DOSA ....KITA BOLEH RASA...CUMA RASA ITU KITA BUANG JAUH2....TAK CAYA TANYA PADA ORANG YANG PERNAH BUAT DOSA...TOLAK DIA MEMANG JAHIL ATAU IA DIKUASAI IBLIS@SYAITAN
Pas Dun Tepoh shared Yas Zy's photo.
ANTARA MUKA-MUKA PELACUR POLITIK DAN PELACUR SISTEM DEMOKRASI DI MALAYSIA..KENYATAAN AGAK PEDAS, TAPI INI LAH KENYATAANNYA......!!! JANJI ALLAH ITU PASTI..KAMU MENZALIMI & MENIPU RAKYAT, NERAKA MENANTIMU !!! RAKYAT TIDAK AKAN MAAFKAN KAMU !!!

Setem Besi shared Fadel Oattain's photo.
DO'A ITU SENJATA  MUKMIN....
DO'A ITU SENJATA MUKMIN....
 Penipuan SPR yang melampau!
Posted on Monday, May 06 @ 11:03:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: notan

"Assalamualaikum,, PRU 13 mencacat sejarah paling hodoh dalam sejarah politik Malaysia.Penipuan SPR sudah dapat disaksikan dengan mata kepala rakyat, dari sebelum hari mengundi di bawa ke hari mengundi dan dilanjutkan pula ketika mengira undi.Sudah tidak dapat disangkalkan lagi.

Saya menerima panggilan dari kawan yang berada di Kuantan yang mengatakan ramai yang tidak puashati dengan cara SPR mengendalikan PRU kali ini dan saya kira sentimen  ini mungkin berlaku di seluruh negara.

Pagi tadi pula seorang kawan memberitahu ada pihak yang mahu ke pejabat SPR hari ini untuk mendapatkan penjelasan.Dan lewat malam semalam seorang kawan  juga menyatakan keyakinan dengan berita kebangkitan rakyat melawan penipuan  yang terlalu nyata ini.DSAI pula mengesahkan PR tidak menerima keputusan PRU 13 yang bermakna PRU 13 masih belum berakhir.Fokus semua rakyat sekarang ialah SPR yang menipu.

Saya melihat satu keanehan kepada keputusan PRU 13 terutama keputusan bagi Parlimen yang mencacatkan peningkatan kerusi PR tetapi dalam masa yang sama PR hilang banyak kerusi yang dimenangi pada PRU 12 dulu.Keanehan ini disokong dengan hujah bahawa kalau kerusi yang dimenangi pada PRU 12 dapat dipertahankan sudah tentu PR dapat membentuk kerajaan pusat bukannya BN.Tetapi masih terlalu awal untuk membuat analisa mengenai perkara ini walaupun saya terhidu peranan yang dimainkan oleh Deris Jusoh, anak Terengganu yang cukup licik dalam melakukan perkara prkara yang tidak disangka oleh semua.
Tetapi fokus artikal ini ialah kepada penipuan SPR yang juga licik seperti Deris Jusoh di mana peranannya turut ditunjangi oleh timbalan pengerusinya yang juga anak Terengganu, satu negeri dengan saya.Rakyat terlalu kerdil bagi SPR, rakyat boleh diperbodohkan bila bila masa.Dakwat kekal yang dipertahankan oleh SPR cumalah permainan memperbodohkan rakyat .Mana mungkin SPR yang tegar mengatakan ianya kekal sedangkan rakyat yang mengalami sendiri menyaksikan ianya bukan kekal.Mana mungkin di banyak tempat berlaku blackout ketika mengira undi.
Yang paling ketara ialah hadirnya warga negara asing beratur untuk mengundi.Di mana SPR yang mendakwa mereka tidak boleh dihalang dan dilarang mengundi kerana mereka ada IC Malaysia sedangkan semua tahu mereka itu berasal dari Bangla, Nepal dan beberapa negara luar yang tidak sepatutnya diberi IC dan tidak sepatutnya didaftarkan sebagai pengundi.
Kita tahu SPR sebagai badan bebas yang seharusnya bebas dari sebarang tindakan  berat sebelah.Tetapi SPR bertindak sebagai pengadil yang sentiasa memihak kepada sebelah pihak dengan memastikan pihak tersebut sentiasa menang dalam perlawanan.
Penipuan ketara SPR kali ini sudah sampai  ketahap melampau dan akibatnya rakyat yang rugi.Rakyat tidak bebas memilih kerajaan yang dikehendaki mereka dan rakyat  juga terpaksa berdepan dengan pencerobohan asing.
Kalau rakyat tidak memaafkan SPR, itu wajar kerana negara kita tanggungjawab kita.Kalau rakyat ditakutkan dengan penguasaan politik sesuatu bangsa bagaimana pula kehadiran warga asing, tidakkah rakyat bimbang mengenai kemungkinan jangka panjang yang memungkinkan mereka menguasai persada politik tanah air? Kalau ini berlaku yang terpaksa berdepan dengan mereka ialah generasi anak cucu kita nanti.
Jadi SPR perlu ditanya hala tuju mereka, PRU 13 belum berakhir!

Tiada ulasan: