Khamis, 9 Mei 2013

MAKANNYA ADALAH...CUMA TIADA SAPE MENGAKU BAWA MASUK...YANG PASTI TAHU ADALAH ALLAH SWT TERMASUK TIPU ATAU TAK...ALLAH JUGA PENGHUKUM ORANG YANG MENIPU ITU...TUNGGGUUUUU.....

Saya bersabar dan bersyukur, insya Allah

Mohammad Faizal Che Yusof , 09 Mei 2013
JIKA ditanya adakah saya masih berduka dengan keputusan PRU13, jawab saya ya. Bagaimana mungkin untuk saya mampu menerima keputusan PRU13 sedangkan suasana di luar kotak undi begitu ketara berbeza. Di saja mana ceruk rantau negeri yang Barisan Nasional dikatakan kuat, langsung tiada petanda sokongan kepada BN sebagaimana dizahirkan kepada Pakatan Rakyat.

Pun begitu, ketentuan Allah dan takdirnya tidak siapa yang dapat menolak. Allah yang Maha Agung telah mentakdirkan Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan 133 kerusi untuk BN dan 89 kerusi untuk PR. Bersabar dan bersyukur? Saya bersabar dan bersyukur, insya Allah.

Namun, bersabar bukan bererti diam, terima saja tanpa mengikhtiarkan sesuatu. Gerak hati rakyat yang inginkan perubahan mesti dinyatakan. Gelombang perubahan yang diinginkan rakyat mesti sedia untuk melanda setiap kezaliman dan kejahatan.

Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat yang diadakan di Lembah Klang dan Rusila malam tadi, 8 Mei 2013 adalah suatu isyarat jelas kepada seluruh pimpinan politik. Jangan pekakkan telinga kalian dari suara rakyat yang inginkan kebenaran dan keadilan. Jangan butakan mata kalian dari kehendak rakyat yang bencikan kezaliman dan kejahatan.

Dalam penulisan-penulisan lepas, saya ada menyebut apa yang boleh kita lakukan menerusi saluran undang-undang yang ada. Moga ianya terus diusahakan sebagai ikhtiar kita untuk disandarkan kepada Allah SWT.

Apa yang ingin saya kemukakan kini adalah suatu anjakan kemanusiaan yang harus diambilkira. Cukup dengan perhatikan apa yang dizahirkan dalam himpunan suara rakyat suara keramat, pendukung dan penyokong PR bukan sedikit bahkan ia majoriti dalam pengundian. Mereka mampu berhimpun tanpa dibayar biarpun datang dari pelbagai ceruk. Biarpun jalan yang sesak dan hujan renyai-renyai, ia langsung tidak menghalang penyatuan mereka.

Mereka berhimpun untuk keamanan. Tidak sekali-kali untuk buat kacau atau huru hara. Mereka mampu diam di tengah-tengah keriuhan bila mana azan dilaungkan. Mereka tidak sekali-kali mementingkan kaum atau bangsa sendiri.

Sesungguhnya rakyat inginkan kebaikan bukan kezaliman atau penindasan. Itulah yang perlu dijadikan pertimbangan dan titik tolak kepada seluruh 222 orang wakil rakyat yang telah dipilih.

Daripada 222 orang ahli Dewan Rakyat hari ini, 109 adalah mewakili Umno, 24 komponen-komponen parti BN, dan 89 dari PR. Seterusnya Bahagian 4 Perlembagaan Persekutuan, Perkara 43 (2) (a) menyebut perlantikan Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong adalah tertakluk kepada ahli dewan yang mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan. Ia langsung tidak menyebut berkaitan majoriti mengikut parti atau komponen parti yang diwakili.

Dalam suasana hari ini, meskipun Perdana Menteri telah pun mengangkat sumpah, Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan juga menyediakan peruntukan bilamana seseorang Perdana Menteri telah hilang kepercayaan majoriti ahli dewan. Apa yang berlaku di Perak semasa peralihan kepimpinan dari PR ke BN adalah contoh terdekat yang boleh berlaku juga di peringkat persekutuan.

Dari bilangan ahli dewan BN iaitu 109 dari Umno dan 24 dari komponen-komponen lain, saya mempunyai keyakinan betapa ada dari mereka yang mampu memahami apakah aspirasi majoriti rakyat yang terdedah dengan ilmu dan maklumat hari ini. Tiada undang-undang yang mampu menghalang untuk 109 dan 24 ahli dewan ini memberi kepercayaan kepada selain Perdana Menteri yang ada untuk menerajui pucuk pimpinan negara hatta dari PR.

Bukan kita tidak boleh tunggu untuk PRU14 lima tahun lagi, bukan kita tidak mengambil pengajaran dari sirah agung yang lalu, namun, seruan al-Quran dan Hadis untuk amar makruf nahi munkar diperjuangkan perlu menjadi keutamaan.

Saya penuh yakin, tiada siapa (mereka yang waras) yang ingin melihat sistem kenegaraan kita terus diseliputi kepincangan dan kemusnahan. Lima tahun meskipun tidak lama, ia cukup untuk meranapkan sisa-sisa struktur yang ada yang telah sedia punah.

PR hari ini telah ramai disertai bijak pandai dan pendukung-pendukung Umno BN atas dasar mendokong kebenaran dan keadilan. Gelombang ini tidak akan berhenti di situ saja. Saya percaya, ia mampu mengubah birai pantai sebagaimana kehendak majoriti rakyat.

Keadaan Ustaz Azizan semakin stabil

Harakahdaily, 09 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang dilaporkan koma semalam, hari ini semakin pulih dan berada dalam kondisi stabil.

Anak beliau Rafi'iy Azizan memaklumkan, bapanya kini masih menerima rawatan di Unit Kardiologi Hospital Pulau Pinang dan keadaannya semakin baik.

"Alhamdulillah, ayahanda semakin stabil, insyaAllah akan bertambah baik seperti sedia kala.

"Pohon jangan putus doa kebaikan ke atas diri dan perjuangan beliau," katanya melalui SMS ringkas kepada Harakahdily.

Semalam, berita palsu tersebar di internet kononnya Ustaz Azizan meninggal dunia selepas dimasukkan ke hospital itu petang kelmarin akibat mengalami komplikasi hipertensi, diabetes dan ginjal.

Bagaimanapun khabar angin itu dinafikan pihak keluarga terdekat yang memaklumkan Ustaz Azizan hanya tidak sedarkan diri akibat jangkitan virus yang merebak selepas dimasukkan antibiotik.

Bagaimanapun keadaan beliau kembali stabil menjelang petang dan dimaklumkan sudah boleh menggerakkan kaki dan tangan sementara tekanan darahnya kembali normal.

"Terima kasih atas doa tuan-tuan sekalian dari kami sekeluarga," kata Rafi'iy.

Adun sulung PAS harap KM utamakan kebajikan rakyat

Ahmad Danial, 09 Mei 2013
MELAKA: Adun Bukit Baru, Dr Md Khalid Kassim mengucapkan tahniah di atas pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang, Datuk Idris Haron sebagai Ketua Menteri (KM) Melaka yang baru menggantikan Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Selasa lalu.

Md Khalid berharap Idris dapat memenuhi hasrat rakyat Melaka seluruhnya untuk mentadbir negeri ini dengan prinsip keadilan dan mengutamakan kepentingan dan kebajikan rakyat.

"Saya selaku Adun PAS dan Pakatan Rakyat sendiri bersedia untuk memberikan kerjasama bagi memenuhi hasrat tersebut.

“Semoga Ketua Menteri yang baru ini akan dapat memainkan peranan beliau dengan sebaiknya dan memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat Melaka tanpa mengira apa juga fahaman politik," katanya yang merupakan Adun sulung PAS di negeri ini kepada Harakahdaily hari ini.

Khalid juga mencadangkan supaya kerajaan negeri memberikan keadilan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dengan memberikan peruntukan khas kepada mereka tanpa mengira parti yang  mereka wakili.

“Sebelum ini saya difahamkan hanya Adun BN sahaja yang mendapat peruntukan dari kerajaan negeri manakala Adun pembangkang langsung tidak mendapat peruntukan tersebut.

“Sebagai sebuah kerajaan yang adil dan telus diharapkan kerajaan Melaka yang baru tidak mengulangi kesilapan kerajaan negeri sebelum ini,” tegas Khalid.

Beliau berharap Ketua Menteri Melaka yang baru lebih mengamalkan sifat terbuka dan adil kepada semua rakyat khususnya dalam pentadbiran institusi masyarakat seperti jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung (JKKK), jawatankuasa masjid dan surau dan lain-lain.
Menurutnya, bantuan-bantuan kebajikan juga mesti diagihkan dengan adil dan saksama kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik dan warna kulit.

Hapuskan kesedihan walau hati terluka – Cikgu Mala

Harakahdaily, 09 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Calon PAS di Dun Pemanis, Normala Sudirman menggesa para penyokong agar menerima keputusan PRU13 di Dun itu dengan penuh redha dan berlapang dada setelah berusaha dengan sedaya upaya yang mungkin.

“Hapuskan kesedihan kita, walaupun hati terluka. Allah swt telah mengatur yang terbaik untuk kita sebagai hamba-Nya dan pasti mengandungi hikmah tersendiri,” katanya dalam satu kenyataan dipetik Selatan Online.

Beliau berkata, pihaknya telah membuat analisa pengundian di Dun Pemanis dan mendapati masyarakat di tiga Felda iaitu Felda Pemanis 1, Felda Pemanis 2 dan Felda Medoi adalah talian hayat bagi Barisan Nasional.

“Di Dun Pemanis, mereka menang banyak di saluran Felda. Teruskan perjuangan, Allah swt sentiasa bersama kita,” ujarnya yang mesra dengan panggilan Cikgu Mala.

Beliau selaku calon yang telah diamanahkan menggalas cabaran N.03 Dun Pemanis tidak akan putus asa untuk menawarkan khidmat berbakti untuk rakyat.

“Kita akan bekerja bermula hari ini untuk terus memenangi hati rakyat untuk tempoh pilihan raya 5 tahun akan datang. Semoga Allah swt terus memberkati usaha kita.

“Adakalanya mereka terlupa kemenangan mereka yang sementara ini merupakan ‘istidraj’ daripada Allah (kemenangan yang diberi dalam keadaan kemurkaan Allah swt kepada mereka). Jadi, ini juga merupakan ujian getir bagi mereka.

“Hakikatnya, kita sebenarnya telah menang di sisi Allah swt kerana berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan di bumi Malaysia khususnya di Johor,” katanya lagi.

Normala turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jentera yang membantu sepanjang tempoh PRU13 itu.

“Dengan penuh rendah hati, saya mewakili ahli-ahli PAS Sekijang memohon maaf jika sepanjang perjalanan suasana kempen terdapat segala kesilapan dan kesalahan yang dilakukan disengajakan,” katanya lagi.

Pada PRU13 Ahad lalu, beliau mendapat 8,976 undi yang memberi kemenangan kepada penyandang kerusi Dun berkenaan, Lau Chin Hoon dengan majoriti 1,329 undi. Lau menang dengan majoriti 5,135 undi pada PRU12.

Rahim Tamby Chik nafi bawa masuk pengundi asing

Harakahdaily, 09 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Pengerusi Risda, Tan Sri Rahim Tamby Chik menafikan pihaknya membawa masuk pengundi hantu ke negara ini semasa hari mengundi.

Katanya, kesemua mereka yang dibawa masuk pada hari itu adalah pekerja asing dari Nepal yang dibawa masuk oleh Risda untuk bekerja di ladang-ladangnya.

Rahim yang sebelum ini menjadi promoter video lucah menafikan perkara itu dalam siaran langsung yang dibuat oleh Astro Awani.

Media sosial telah menyiarkan beratus-ratus orang asing dilihat turun dari kapal terbang di KLIA 5 Mei lalu dan dibawa masuk melalui kenderaan berlogo Risda.

Ia telah menimbulkan pelbagai spekulasi kerana mereka datang ke negara ini ketika hari pilihan raya.

Gelombang hitam penuhi Lembah Klang

Harakahdaily, 09 Mei 2013

(Lautan manusia berbaju hitam malam tadi di Stadium Kelana Jaya...Melayu, Cina dan India berhimpun bersama)

KELANA JAYA: Gelombang hitam malam tadi disifatkan lebih besar berbanding Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang diadakan di Stadium Merdeka sebelum ini.

Gelombang hitam adalah lambang protes terhadap penipuan yang dikira besar-besaran berlaku sepanjang pilihan raya ini.

Yang paling ketara adalah dakwat kekal yang tidak kekal, pengundi asing dan sebagainya.

Berpuluh-puluh ribu orang terperangkap di jalan raya ketika lebih 120,000 memenuhi luar dan dalam Stadium Kelana Jaya.

(Gelombang hitam sebagai lambang protes)

Ia berlaku walaupun berlangsung tanpa kerahan besar-besaran ekoran tidak ada sebarang perancangan ke arah mengadakan himpunan ini sebagaimana HKR.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempunyai perhimpunan besar berasingan di Rusila Marang bersama penyokongnya di Terengganu.

Ketika majlis sudah tamat, beribu-ribu masih berjalan kaki menuju stadium dengan berpakaian hitam.

Orang ramai penuh sesak melalui lebuh raya Damansara-Puchong dari Lebuhraya Persekutuan di satu arah dan ke arah stesen LRT Kelana Jaya.

Di dalam stadium, yang menyebabkan ia tidak menjadi hitam sepenuhnya adalah kerana warna payung yang berwarna-warna.

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui wartawan selepas itu berjanji akan meneruskan kempen walaupun pilihan raya telah tamat.


(Anwar berucap dengan diperhatikan Mohamad Sabu

"Saya tidak akan berhenti sehingga kita sampai ke Putrajaya, sehingga kita dedahkan semua (penipuan) dan tuntut Putrajaya untuk rakyat.

"Mereka berhak mendapatkannya kerana kita, Pakatan, menang undi popular," katanya.

Beliau juda mengumumkan bahawa satu lagi perhimpunan pada hari Sabtu ini akan diadakan di Pulau Pinang, serta merancang untuk turut mengadakanya di Ipoh pada hari Jumaat.

Mtd Pas Benut and Padang Arang Muslimat shared Amir Zuhair's photo.
tahukah anda, ketika penghujung era 1800 dan diawal era 1900, permaisuri-permaisuri di seluruh negara eropah yang bukan islam mengenakan hijab dan niqab sama seperti ummat islam di tanah arab. kerana pada ketika itu islam amat kuat dengan kerajaan khilafah turki uthmaniah dan kerajaan islam di negara-negara lain. sehinggakan pakaian-pakaian ummat islam pada ketika itu ditiru oleh barat untuk memakainya. mereka tidak pernah berani mengatakan pakaian tersebut kolot atau jumud, malahan mereka meniru menggunakannya walaupun mereka bukan islam. namun pada hari ini, selepas kerajaan islam di turki dijatuhkan, keadaan menjadi terbalik. ummat islam menjadi lemah walaupun bilangan mereka ramai. menjadi kebiasaan yang lemah akan meniru yang kuat untuk menampakkan seolah-olah mereka kuat dan berada di dalam golongan yang kuat. ummat islam hari ini meniru pakaian-pakaian barat kerana mereka ingin kelihatan seperti barat dan takut dipandang jumud dan kolot. sedangkan sayyiduna umar r.a pernah berkata "kita adalah satu kaum (ummat islam) yang dimuliakan Allah dengan islam, sesiapa yang mencari selain islam, maka mereka akan berada di dalam golongan yang hina". sedarlah wahai ummat, kita akan nampak kuat jika kita sendiri perlihatkannya. jangan rasa malu atau rasa kolot dengan islam hatta si dalam bab berpakaian. pakailah cara islam, maka kita akan dimuliakan dan kita akan mampu menampakkan islam itu satu agama yang kuat.

#gambar rare, queen of austria mengenakan hijab dan niqab seluruh badan walaupun mereka bukan islam. gambar ini dirakam pada tahun 1916 ketika kemangkatan salah seorang raja eropah. semua wanita-wanita nombor satu eropah hadir pada majlis tersebut dengan hijan dan niqob yang sempurna. kerana pada ketika itu, dianggap satu kehinaan jika mereka menampakkan wajah dan tubuh mereka. bukankah benar apa yang dikatakan sayyiduna umar r.a? harap kita mampu berfikir.
tahukah anda, ketika penghujung era 1800 dan diawal era 1900, permaisuri-permaisuri di seluruh negara eropah yang bukan islam mengenakan hijab dan niqab sama seperti ummat islam di tanah arab. kerana pada ketika itu islam amat kuat dengan kerajaan khilafah turki uthmaniah dan kerajaan islam di negara-negara lain. sehinggakan pakaian-pakaian ummat islam pada ketika itu ditiru oleh barat untuk memakainya. mereka tidak pernah berani mengatakan pakaian tersebut kolot atau jumud, malahan mereka meniru menggunakannya walaupun mereka bukan islam. namun pada hari ini, selepas kerajaan islam di turki dijatuhkan, keadaan menjadi terbalik. ummat islam menjadi lemah walaupun bilangan mereka ramai. menjadi kebiasaan yang lemah akan meniru yang kuat untuk menampakkan seolah-olah mereka kuat dan berada di dalam golongan yang kuat. ummat islam hari ini meniru pakaian-pakaian barat kerana mereka ingin kelihatan seperti barat dan takut dipandang jumud dan kolot. sedangkan sayyiduna umar r.a pernah berkata "kita adalah satu kaum (ummat islam) yang dimuliakan Allah dengan islam, sesiapa yang mencari selain islam, maka mereka akan berada di dalam golongan yang hina". sedarlah wahai ummat, kita akan nampak kuat jika kita sendiri perlihatkannya. jangan rasa malu atau rasa kolot dengan islam hatta si dalam bab berpakaian. pakailah cara islam, maka kita akan dimuliakan dan kita akan mampu menampakkan islam itu satu agama yang kuat.

#gambar rare, queen of austria mengenakan hijab dan niqab seluruh badan walaupun mereka bukan islam. gambar ini dirakam pada tahun 1916 ketika kemangkatan salah seorang raja eropah. semua wanita-wanita nombor satu eropah hadir pada majlis tersebut dengan hijan dan niqob yang sempurna. kerana pada ketika itu, dianggap satu kehinaan jika mereka menampakkan wajah dan tubuh mereka. bukankah benar apa yang dikatakan sayyiduna umar r.a? harap kita mampu berfikir.
Bulan Purnama shared Otai Reformasi II's photo.
Naik senyap senya , naik diam diam..

Semua rakyat tengah leka dengan kisah gelora di Lahad Datu.

Hingga tak sedar bahawa minyak RON97 naik..ha ha ha

Berkuatkuasa tengah malam tadi, 7 Mac 2013, harga RON97 dinaikkan harga kepada RM2.90 seliter. Naik 20 sen je..

Kenaikan mengejut ini tak ada kena mengena dengan kematian Presiden Venezuela, Encik Hugo Chaves, tetapi ini adalah salah Anwar Ibrahim ha ha ha ha..
I LOVE PM...
Naik senyap senya , naik diam diam..

Semua rakyat tengah leka dengan kisah gelora di Lahad Datu.

Hingga tak sedar bahawa minyak RON97 naik..ha ha ha

Berkuatkuasa tengah malam tadi, 7 Mac 2013, harga RON97 dinaikkan harga kepada RM2.90 seliter. Naik 20 sen je..

Kenaikan mengejut ini tak ada kena mengena dengan kematian Presiden Venezuela, Encik Hugo Chaves, tetapi ini adalah salah Anwar Ibrahim ha ha ha ha..
I LOVE PM...

Menitis air mata sambil nyanyi lagu Negara Ku

Harakahdaily, 09 Mei 2013

(Gelombang hitam di Stadium Kelana Jaya malam tadi)

KELANA JAYA: Ramai yang menitiskan air mata malam tadi sambil menyanyikan lagu Negara Ku sebelum himpunan di Stadium Kelana Jaya malam tadi tamat.

Ia dinyanyikan dengan penuh semangat oleh semua yang hadir dengan menitiskan air mata kesyahduan.

"Saya tidak pernah melihat lagu Negara Ku dinyanyikan dengan penuh semangat sebelum ini. Saya menitiskan air mata sambil menyanyi," kata seorang peserta himpunan ini kepada Harakahdaily.

Melayu, Cina dan India bergabung tenaga berdiri dan menyanyikan lagu kebangsaan itu.

Sebaik sahaja selesai, teriakan Reformasi bergema dan diiringi bunyi tiupan serunai.

(Klik di atas gambar di bawah untuk sama-sama menyanyikan lagu Negara Ku.)

Tiada ulasan: