Khamis, 9 Mei 2013

AKUI LAH KESALAHAN...GAJI KITA PUN RAKYAT BAYAR...JIKA SEMUA TAK REDA ...MAKA SUSAH KITA DIAKHIRAT...NAK IKUT SEKELOMPOK MANUSAI ATAU KEHENDAK RAKYAT...TU BELUM DOA DARI RAKYAT YANG DIZALIMI...DIA TAK KENA SERTA MERTA...BILA DAH LUPA MAKA KETIKA ITU...INSYAALLAH MUSIBAH KITA AKAN DAPAT....MUSIBAH YANG PALING DAHYAT ALLAH TAK BERI TAUFIK HIDAYAH HINGGA KE HUJUNG NYAWA

Surah Al-Baqara
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun). (17) Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran). (18) Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu. (19) Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (20)

Gelombang hitam penuhi Lembah Klang

Harakahdaily, 09 Mei 2013

(Lautan manusia berbaju hitam malam tadi di Stadium Kelana Jaya...Melayu, Cina dan India berhimpun bersama)

KELANA JAYA: Gelombang hitam malam tadi disifatkan lebih besar berbanding Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang diadakan di Stadium Merdeka sebelum ini.

Gelombang hitam adalah lambang protes terhadap penipuan yang dikira besar-besaran berlaku sepanjang pilihan raya ini.

Yang paling ketara adalah dakwat kekal yang tidak kekal, pengundi asing dan sebagainya.

Berpuluh-puluh ribu orang terperangkap di jalan raya ketika lebih 120,000 memenuhi luar dan dalam Stadium Kelana Jaya.

(Gelombang hitam sebagai lambang protes)

Ia berlaku walaupun berlangsung tanpa kerahan besar-besaran ekoran tidak ada sebarang perancangan ke arah mengadakan himpunan ini sebagaimana HKR.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempunyai perhimpunan besar berasingan di Rusila Marang bersama penyokongnya di Terengganu.

Ketika majlis sudah tamat, beribu-ribu masih berjalan kaki menuju stadium dengan berpakaian hitam.

Orang ramai penuh sesak melalui lebuh raya Damansara-Puchong dari Lebuhraya Persekutuan di satu arah dan ke arah stesen LRT Kelana Jaya.

Di dalam stadium, yang menyebabkan ia tidak menjadi hitam sepenuhnya adalah kerana warna payung yang berwarna-warna.

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui wartawan selepas itu berjanji akan meneruskan kempen walaupun pilihan raya telah tamat.


(Anwar berucap dengan diperhatikan Mohamad Sabu

"Saya tidak akan berhenti sehingga kita sampai ke Putrajaya, sehingga kita dedahkan semua (penipuan) dan tuntut Putrajaya untuk rakyat.

"Mereka berhak mendapatkannya kerana kita, Pakatan, menang undi popular," katanya.

Beliau juda mengumumkan bahawa satu lagi perhimpunan pada hari Sabtu ini akan diadakan di Pulau Pinang, serta merancang untuk turut mengadakanya di Ipoh pada hari Jumaat.

MP Kuala Nerus yakin dapat laksana lima agenda

Harakahdaily, 09 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali melahirkan keyakinan dapat melaksanakan lima agenda seperti yang dijanjikan sekiranya dipilih oleh rakyat sebagai Ahli Parlimen Kuala Nerus.
Setelah menang pada PRU13 Ahad lalu, beliau yakin kelima-lima agenda yang dienaraikannya boleh dilaksanakan walaupun sebagai ahli parlimen pembangkang.

Sebagai contoh kata beliau, agenda agama, yang akan melahirkan masyarakat beriman dan bertakwa serta berakhlak boleh dicapai menerusi program-program di surau dan masjid.

"Yang lebih teras kepada melahirkan masyarakat beriman dan bertakwa. Kalau saya tak mampu masuk ke masjid kerajaan yang dikuasai oleh kerajaan, mungkin saya boleh masuk ke masjid-masjid yang bukan dikuasai sepenuh oleh kerajaan,” ujarnya dipetik Buletin Online.

Katanya, agenda ekonomi berkat pula tidak semestinya memerlukan menjadi pemerintah untuk dilaksanakan.

Jelasnya, konsep kempen memberi keselesaan kepada rakyat bahawa ekonomi bukan sebenarnya dijalankan oleh kerajaan.

Beliau berkata, di peringkat Kuala Nerus, kalau hendak dijadikan ia sebagai sebuah 'hub' pelancongan, perniagaan berasaskan pelancongan boleh diwujudkan, walaupun tanpa bantuan kerajaan.

Selain itu, tambahnya agenda ketiga ialah ilmu dan maklumat yang boleh dilaksanakan dengan penggalakkan penubuhan sekolah-sekolah rakyat, pusat-pusat ilmu, tuisyen dan pendidikan swasta kerana ia akan menyumbang kepada pembangunan ilmu.

Beliau menambah, agenda sosial melibatkan masyarakat yang cakna dan konsep cakna rakyat juga tidak memerlukan kerajaan dan boleh diamalkan sesama ahli masyarakat.

"Kerana konsep ini hak rakyat, beri kepada rakyat. Kalau kita tengok agenda Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Negara Berkebajikan bukan bermakna kerajaan memberi kebajikan semata-mata.

"Ia ada  dua hala, kerajaan memberi kepada rakyat dan rakyat sesama rakyat memberi kebajikan, ia ada dua elemen yang kena faham.

“Jadi, kita boleh buat penubuhan satu tabung untuk umat Kuala Nerus ini, iaitu tabung kebajikan (yang) boleh membantu mereka (dalam) pelbagai segmen kebajikan, segmen pendidikan, orang miskin, orang susah dan pelbagai bentuk bantuan,"jelasnya.

Justeru, bagi melaksanakan agenda tersebut, beliau membuka peluang kepada mana-mana warga Kuala Nerus yang mahu bersama melaksanakan amal kebajikan dengan cara mewakafkan sekeping tanah untuk tujuan pembangunan sebuah pusat pendidikan dan kebajikan.

Anwar terpaksa bonceng motosikal ke Stadium

Muhammad Faizal, 09 Mei 2013
KELANA JAYA: Kesesakan luar biasa menuju ke Stadium Kelana Jaya malam tadi menyebabkan Ketua Umum PKR terpaksa membonceng motosikal untuk sampai ke himpunan "Suara Rakyat Suara Keramat" di situ malam tadi.

Gambar Anwar menaiki motosikal itu sempat dirakam pengguna jalan raya yang turut tersekat dengan kesesakan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan jalan-jalan lain menuju ke stadium.

Sementara itu pengamal media kebanyakannya menganggarkan jumlah kehadiran malam tadi tidak kurang dari 120,000 orang.

Beberapa keping gambar pandangan udara menunjukkan bukan sahaja ruang dalam stadium penuh, malah bahagian luar sekeliling stadium juga padat dengan orang ramai.

Itu tidak termasuk lagi puluhan ribu yang terkandas di jalan raya yang tidak sempat sampai ke stadium akibat kesesakan.

Himpunan malam tadi adalah bagi menyatakan solidariti membantah penipuan yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Yang hadir malam tadi bukan sahaja Melayu, tetapi seluruh kaum di Malaysia yang bersatu menolak penipuan pilihan raya.

Mereka berpakaian hitam sebagai tanda berkuburnya keadilan dan kebebasan dalam sistem pilihan raya kali ini.

Dengan laungan 'Ubah', 'Bersih', 'Ini Kalilah' dan 'SPR tipu', rakyat terus mendesak agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib segera meletak jawatan kerana kemenangan kerajaan BN itu dianggap tidak sah.

Selain Anwar turut hadir adalah pimpinan utama Pakatan Rakyat yang lain, termasuk Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan juga Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Anwar ketika memberikan ucapan malam tadi turut menjawab soalan perkauaman yang dimainkan Umno melalui medianya Utusan Malaysia yang bertanyakan "Apa lagi Cina mahu" dalam laporannya kelmarin.

"Cina mahu apa? Saya mahu jawab Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan, rakyat Malaysia mahu pilihan raya adil.

"Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan, rakyat Malaysia mahu Umno BN Tumbang.

"Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan, rakyat Malaysia ingin berikan mesej yang jelas jangan rampas hak rakyat Malaysia," katanya penuh semangat.

120k berhimpun: Najib, SPR, BN tiada pilihan kecuali akui PRU13 tipu

http://greenboc.blogspot.com, 09 Mei 2013

[VIDEO & GAMBAR] 120K Berhimpun: Najib, SPR & BN Tiada Pilihan Kecuali Akui Penipuan PRU13!




Akhabar online, Malaysiakini menganggarkan 120,000 orang hadir di dalam perhimpunan "Pidato Suara Rakyat Suara Keramat - TOLAK PENIPUAN PRU13" yang diadakan malam tadi, satu perhimpunan terbesar Pakatan Rakyat berbanding perhimpunan-perhimpunan lain mutakhir ini.

Kesesakan lalulintas dari Kelana Jaya sehingga sejauh tol NPE berhampiran Sunway. Menurut Peta Trafik Google, seluruh Petaling Jaya mengalami kesesakan.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang berucap di pentas memberi amaran kepada Utusan Malaysia supaya tidak memainkan isu perkauman.

Katanya, bukan sahaja orang Cina tetapi Melayu juga menyokong Pakatan.

Suasana bingit dengan sorakan dan tiupan vuvuzela, sambil melaungkan "Najib, tipu", "Ubah".

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan bahawa rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan atau Dayak, mahu pilihan raya yang bebas dan adil.

Beliau turut mengecam tajuk utama Utusan Malaysia semalam "Apa lagi Cina mahu?".

Anwar berkata, setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, mahu menuntut hak-hak mereka dan mereka mahu BN tumbang.

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Anwar berkata, beliau kagum dengan kehadiran spontan walaupun perhimpunan itu hanya dipanggil pada hari Isnin.

"Saya tidak akan berhenti sehingga kita sampai ke Putrajaya, sehingga kita dedahkan semua (penipuan) dan tuntut Putrajaya untuk rakyat.

"Mereka berhak mendapatkannya kerana kita, Pakatan, menang undi popular," katanya.

Anwar kemudiannya mengumumkan bahawa satu lagi perhimpunan pada hari Sabtu di Pulau Pinang, serta merancang untuk turut mengadakanya di Ipoh pada hari Jumaat.
















DILUAR NEGARA


MELBOURNE


SINGAPURA


TAIPEI

Lihat sini.

Pemimpin Umno jangan menangis lepas baca status ini

http://naimnikmat.blogspot.com, 09 Mei 2013

HARAP PEMIMPIN UMNO JANGAN MENANGIS LEPAS BACA STATUS NI....

Tiada ulasan: