Sabtu, 11 Mei 2013

MACAM2 BOLEH JADI...YANG PENTING HIDUP DIDUNIA IKUT PERINTAH ALLAH...LAWAN BERMAKNA MENEMPAH NERAKA ALLAH SWT...KITA MESTI FAHAM...JANGAN TAK FAHAM ATAU BUAT BODOH AJE

Selepas puas "belasah" DAP, kini ajak sertai BN?

Harakahdaily, 11 Mei 2013
KUALA LUMPUR: BN diingatkan tidak perlulah bermain wayang atau lebih tepat lagi mahu 'tunjuk baik' kepada rakyat Malaysia khususnya masyarakat Cina apabila secara tiba-tiba mengajak DAP menyertai parti komponen itu.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia Riduan Mohamad Nor mempersoalkan, dengan apa yang telah dibuat Umno BN terhadap kaun Cina dan DAP selama ini, wajarkah BN cuba memujuk DAP dengan cara itu.

"Puas ‘menumbuk, menampar dan membelasah’ kaum Cina di media, mereka pula mahu memujuk kaum Cina menyertai kabinet mereka. Wajarkah?

"Dengan sentimen perkauman yang mereka gendangkan saat ini, tidak wajar mereka pula menghulur tangan persahabatan," katanya.

Menurut Riduan, Umno selama ini mendabik dada kononnya merekalah parti terkuat seolah-olah boleh memerintah negara sendirian.

Namun kata Riduan, apabila keputusan PRU13 lalu menyaksikan rakan mereka dalam BN khususnya MCA kalah teruk, Umno mula hilang punca dan mahu berpaut pula dengan DAP.

"Umno sudah menang banyak kerusi, buat apa perlu rakan komponen atau lawan politik untuk serta kabinet mereka. Bukankah mereka parti yang kuat, hebat dan menang atas sokongan rakyat pelbagai peringkat?

"Buktikanlah sepanjang lima tahun ini Umno benar-benar hebat tanpa bantuan dan sokongan sesiapa pun. Buktikan juga bahawa Umno menang bergaya dengan sokongan rakyat, khususnya kaum Melayu dan mereka tidak perlu lagi sokongan kaum lain," katanya.


Pas Kawasan Kemaman shared Fan Pakatan Rakyat Boleh Mencapai 3 Juta Orang Sebelum Fan Barisan Nasional!!'s photo.
Sebulan yang lalu, fatwa haram undi DAP adalah fatwa yang paling popular. Fatwa dari seorang veteran pondok ini bernilai RM2 juta.

UMNO paling galak mempromosi fatwa tersebut. Semua akhbar dan televison arus perdana menyiarkan fatwa epik ini. Sasarannya adalah Pakatan Rakyat.

Hari ini, BN melalui UMNO dan MCA mempelawa DAP menyertai BN untuk membentuk kabinet yang baik, setelah MCA menarik diri dari kabinet baru.
Sebulan yang lalu, fatwa haram undi DAP adalah fatwa yang paling popular. Fatwa dari seorang veteran pondok ini bernilai RM2 juta.

UMNO paling galak mempromosi fatwa tersebut. Semua akhbar dan televison arus perdana menyiarkan fatwa epik ini. Sasarannya adalah Pakatan Rakyat.

Hari ini, BN melalui UMNO dan MCA mempelawa DAP menyertai BN untuk membentuk kabinet yang baik, setelah MCA menarik diri dari kabinet baru.



Zam syor DAP sertai BN

8 Mei 2013
Tan Sri Zainuddin Maidin
Tan Sri Zainuddin Maidin
KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini menyarankan DAP supaya menyertai Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kerajaan Malaysia diwakili kaum Cina.

Katanya langkah itu memang sukar diterima oleh DAP dan BN serta penyokong masing-masing tetapi perlu dilakukan demi keharmonian dan kestabilan politik negara.  

"Memang sukar untuk DAP menawarkan diri dan sukar juga untuk kerajaan BN menerimanya, tetapi hal ini harus dilihat dari segi hasrat Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melangkah ke arah national reconciliation setelah negara dilanda Tsunami Cina yang mencedera parahkan nilai kejatian diri Malaysia," katanya dalam blognya Zamkata.  

Katanya orang Cina yang kini berada dalam euphoria kemenangan belum dapat kesakitannya (tidak diwakili dalam kerajaan), tetapi dalam jangka masa yang tidak panjang, mereka akan menyedari kesilapan besar yang telah dilakukan (menolak BN enbloc).

BN memenangi 133 kerusi, pakatan rakyat 89 dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lalu. Najib mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan  Agong Isnin lalu dengan ketiadaan wakil kaum Cina dalam kabinetnya yang bakal dibentuk.

Ini kerana pucuk pimpinan MCA, yang memenangi tujuh daripada 37 kerusi ditandingi parti komponen BN itu, memutuskan tidak mahu menganggotai jemaah menteri baharu Najib.

Sebuah lagi parti dominan kaum Cina dalam BN, Gerakan juga ditolak pengundi Cina dengan hanya memenangi satu kerusi Dewan Rakyat.

Zainuddin berkata: "Masyarakat Cina yang mengharapkan penghapusan kerajaan dominan Melayu BN telah dihadiahkan oleh DAP dengan sebuah kerajaan tanpa orang Cina."

Justeru DAP sedang menghadapi tekanan amat berat daripada masyarakat Cina yang kecewa untuk mendapat perubahan kerajaan seperti yang diyakinkan kepada mereka oleh penasihatnya, Lim Kit Siang, dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, katanya.

"Maka itu kita dapat melihat keadaan mereka berdua seperti cacing kepanasan setelah mencapai kemenangan besar yang tidak mencecah Putrajaya.

"Dan kerana itu mereka mahu kembali ke jalan raya untuk menutup kegagalan mereka dan mengelirukan pengikut-pengikut terhadap pembohongan dan penipuan mereka dengan menuding jari ke pihak lain," katanya.

Katanya jalan terbuka bagi DAP untuk menenangkan kemarahan masyarakat Cina kepadanya ialah dengan menawarkan penyertaan DAP dalam kerajaan, kerana ia parti yang mewakili orang Cina Malaysia sekarang yang terbukti dengan keupayaannya mendapat 38 kerusi berbanding MCA hanya 7 kerusi.

Zainuddin berkata untuk menyelamatkan maruahnya, DAP tentunya memerlukan sokongan daripada masyarakat Cina untuk membuat tawaran kepada kerajaan.

"Dan tentunya sikap mereka yang pragmatik, materialistik dan realisitik memudahkan mereka untuk membuat keputusan yang sesuai dengan kepentingan orang Cina," tambahnya. 

Bagaimanapun, katanya, halangan terbesar ialah PKR yang pastinya sama sekali tidak dapat menyertai jemaah menteri baharu kerana kepimpinannya menghadapi rayuan kes tuduhan meliwat yang belum selesai.

Katanya DAP harus menimbang untung rugi berada di luar kerajaan berbanding jika DAP berada dalam kerajaan untuk jangka masa lima tahun akan datang.

Antara faktor yang DAP dan BN perlu ambil kira ialah jurang politik yang wujud jika kedua-dua pihak terus bertegang di atas dasar masing-masing yang sudah tidak sezaman dengan Nasionalisme Malaysia Baharu.

Jika Pas sanggup mengorbankan dasar negara Islamnya untuk bekerjasama dengan DAP, maka tentunya DAP dan BN juga dapat mengambil langkah yang dinamik dalam politik, ujarnya.

"Kedua-dua pihak mestilah sanggup untuk bertolak ansur dan mengorbankan prinsip keras masing-masing yang sudah tidak praktikal dan lapuk untuk disesuaikan dengan cita rasa generasi baharu Malaysia," katanya.

Katanya jika DAP dapat bekerjasama dengan Pas yang langsung tidak mempunyai persamaan nilai agama, ekonomi dan sosial, maka tentunya lebih mudah untuk bekerjasama dengan BN yang liberal tanpa ideologi yang keras.- Bernama

Selepas dituduh kafir harbi, diajak masuk BN!

Harakahdaily, 11 Mei 2013
KOTA BHARU: "Bukankah DAP yang dituduh sebagai chauvinis, komunis dan kafir harbi selama ini?" kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) sebagai reaksi kepada cadangan agar DAP menyertai BN.


Selain itu, kata Tuan Guru Nik Aziz, bukankah DAP yang dituduh sedang berusaha menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian dan berusaha menggadaikan kalimah Allah?

"Tiba-tiba hari ini DAP ditawar masuk BN?" kata Tuan Guru Nik Aziz kepelikan.

Kafir harbi dan berusaha menjadikan Malaysia negara Kristian adalah laporan utama akhbar Umno, Utusan Malaysia yang ditujukan kepada DAP dalam sessi kempen PRU 13 baru-baru ini. Kafir harbi dari tafsiran perundangan Islam adalah orang bukan Islam yang memerangi Islam dan mereka dihalalkan darah oleh Islam.

Menurut Tuan Guru Nik Aziz dalam kenyataannya, beliau membaca kenyataan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang menyarankan agar DAP menyertai Barisan Nasional (BN) untuk menguatkan kerajaan BN.

"Saya bagaikan kurang percaya bagaimana seorang bekas pemimpin Umno yang masih setia kepada parti tersebut boleh mengeluarkan cadangan seperti ini?" katanya.

Ekoran itu, Tuan Guru Nik Aziz berkata, "Saya kira inilah bukti jelas menunjukkan bahawa BN sedar mereka semakin dipinggirkan rakyat."

Politik perkauman dan penindasan yang diamalkan semakin ditolak sehingga menyebabkan mereka terpaksa mencari dahan baru untuk berpaut.

"Dalam tidak sedar, sebenarnya bukan dahan baru yang perlu dicari, bahkan pohon tua bernama BN itu perlu ditebang terus!" tegas bekas Menteri Besar Kelantan itu.

Bagi beliau, daripada DAP masuk BN, lebih baik Umno keluar BN dan menyertai Pakatan Rakyat.

"Sedarlah, ideologi perjuangan Umno hari ini sudah ketinggalan zaman, di Semenanjung Malaysia yang agak maju dari sudut teknologi dan pendedahan maklumat, mereka telah ditolak dan Pakatan Rakyat telah menang!

"Sudah sampai masanya BN dan Umno bermuhasabah, jika tidak akan sampai masanya mereka dibuang terus dari pentas politik negara, pada masa itu tiada yang akan sudi menerima, jatuh di tanah ayam tidak patuk itik tidak sudu!" ujar beliau.

Umno itu kerajaan, kerajaan itu Umno

Pengundi Lorong 3,
Salam sejahtera, saya adalah salah seorang rakyat malaysia dan sudah menunaikan kewajipan mengundi sebanyak dua kali pada 2 penggal lalu.

Saya juga adalah generasi muda yang dikaitkan dengan generasi IT dan juga selalu mengikuti suasana politik semasa.

Facebook,blog,tweeter,dan lain-lain web menjadi maklumat untuk saya nilai dan analisis.

Dahulunya sebelum cukup umur untuk saya mengundi,saya hanya diberitahu dan dihidangkan segalanya tentang negara kita melalui tv dan surat khabar. Dan zaman itu adalah zaman berkuasanya Tun Mahathir.

Saya sendiri hampir percaya setiap berita yang disampaikan. Tetapi setelah saya membesar,adalah tidak adil untuk menghukum pihak pembangkan salah.

Pemikiran yang rasional akan mengatakan, kenapa tidak dinilai terlebih dahulu maklumat yang ingin disampaikan dari kedua-dua belah pihak.

Kalau di mahkamah sekalipun,hakim tidak terus menjatuhkan hukuman kepada tertuduh dan mendengar serta memihak kepada pendakwa setiap masa, sebaliknya didengari dahulu hujah, alasan serta melihat bukti dari kedua-dua belah pihak. Begitu juga siaran tv dan akhbar pada hari ini.

Walaupun saya tidak begitu arif dalam politik, disitu pun sudah cukup untuk saya menilai ketidakadilan yang berlaku pada hari ini dan era pemerintahan beberapa org PM terdahulu.

Adalah wajar untuk saya membuat keputusan awal bahawa kerajaan hari ini ada yang 'something wrong'. Kalau tidak kenapa dilakukan ketidakadilan sedemikian.

Adakah untuk mengekalkan kuasa supaya rakyat lihat kebaikan darinya sahaja? Tidak kira apa pun alasan, itulah ketidakadilan yang sentiasa berlaku dihadapan mata terutama dimata-mata orang kampung, pakcik dan makcik, termasuk penjawat awam, dan sesiapa sahaja yang sekadar melihat tv dan akhbar pro umno.

Mereka gagal untuk nilai yang itu adalah kezaliman kerajaan terhadap rakyat untuk mendapatkan maklumat yang seadilnya dari kedua belah pihak.

Akhir-akhir ini, barulah saya sendiri sedar bahawa
pemikiran dan pemahaman bahawa Umno itu adalah kerajaan dan kerajaan itu adalah Umno hampir-hampir membuatkan saya jadi bodoh.  Inilah pemahaman saya yang wujud sejak zaman 90 lagi.

Mana boleh sedemikian? Terpulanglah kepada saya untuk memilih mana-mana parti sekalipun, kerana bila parti itu yang menang maka dialah yang akan membentuk kerajaan dan mentadbir negara.

Bila tiba pilihan raya, undilah mana-mana parti yang menjamin masa depan anda. Dan saya tidak pernah dengar, undilah kerajaan BN, kerajaan PAS, kerajaan DAP atau lain-lain kerjaan untuk masa depan anda.

Sekarang saya memilih satu parti sahaja untuk diundi, bukan satu kerajaan untuk diundi. Tapi itulah yang berlaku di kampung saya keatas makcik dan pakcik.
Katanya saya tidak mengenang jasa kerajaan. So siapa kerajaan bagi mereka? Umno lah kerajaan, dan kerajaan itulah Umno. Tak boleh pilih lain dari kerajaan (Umno).
Hasilnya pada hari ini, sebahagian besar generasi muda memilih untuk tidak memilih kerajaan dan memilih parti yang mereka sedar dan tahu akan membela masa depan negara.

Hanya generasi dahulu yang masih lagi rela dihidangkan dengan tv dan sekadar kenal akhbar Utusan, B. Barian sahaja dan lain-lain sahaja yang akan menjadikan kerajaan hari ini terus berkuasa.

Mangsa flashmob berdarah ikrar terus berjuang

Muhammad Faeez Azahar, 11 Mei 2013

(YDP PAS Ipoh Timur , Azmi  Murad bersalam dengan Amiruz yang cedera mukanya akibat serangan)


IPOH: “Saya tidak akan serik dan akan  terus berjuang untuk menegakkan syiar Islam di bumi Malaysia ini.”

Demikian tegas Amiruz Zarin Asyraf, 20, yang dipukul oleh samseng Umno dalam tragedi flashmob berdarah di Station 18, Pengkalan Pegoh Ipoh, 4 Mei lalu iaitu sehari sebelum hari pengundian.

Amiruz cedera teruk di bahagian muka apabila diserang sekumpulan samseng Umno dengan menggunakan objek keras apabila konvoi BN yang diketuai calonnya di Dun Sungai Rapat, Dato’ Hamidah Osman bertembung dengan peserta flashmob menyebabkan suasana menjadi kecoh.

Beliau telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun beberapa hari sebelum dibenarkan keluar kelmarin.

(Amiruz ketika sedang mendapat rawatan)

Amiruz berkata, kejadian tersebut telah menguatkan lagi semangatnya untuk terus berjuang bersama PAS dan Pakatan Rakyat demi menjatuhkan kerajaan zalim yang menindas rakyat.

“Saya berikrar akan terus menentang regim Umno-BN selagi mana nafas saya berhembus. Sata akan terus berjuang menentang mereka selagi nyawa di kandung badan,” tegas anak muda itu dengan penuh semangat kepada wartawan Harakahdaily yang bersama-sama kepimpinan PAS Kawasan Ipoh Timur menziarahi beliau di kediamannya di Taman Temara, Ipoh, semalam.

Katanya, beliau bersama perjuangan PAS adalah untuk menyelamatkan nasib generasi yang akan datang daripada cengkaman kezaliman Umno-BN.

Amiruz menjelaskan, nasib anak cucunya kelak tidak akan dapat di didik mengikut ajaran Islam yang sebenar kerana pentadbiran yang dilaksanakan oleh kerajaan sekarang tidak mengikut cara Islam yang sebenar.

“Generasi akan datang akan menghadapi risiko rosak akidah dan terpesong daripada ajaran Islam sebenar jika BN terus memerintah Negara.

“Anak muda yang dididik oleh Umno sangat tidak berakhlak dan bersifat gansterisme dan ini terbukti dengan terang-terangan yang apa saya hadapi,” jelasnya lagi.

Mengulas lanjut, Amiruz mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang prihatin akan nasib yang dialaminya.

“Tragedi flashmob berdarah menjadi buat mulut masyarakat bukan sahaja di Perak malah diseluruh Negara.

“Saya sangat terharu dengan keprihatinan semua, terima kasih dan teruskan berdoa akan kesejateraan serta keselamatan saya,” ujarnya lagi

Nak tutup malu, ambil jalan mudah...saman!

Omak Kau, 11 Mei 2013



Dilihat lebih kepada nak tutup malu kalah setelah cerita pada satu dunia YB Nurul Izzah Anwar akah rebah di Parlimen Lembah Pantai, maka terpaksa buat sesuatu untuk tutup malu bagi jaga maruah yang tercalar parah...Cara terbaik ialah saman!!!!

Itulah yang dapat Omak kau rumuskan apabila calon kalah Parlimen Lembah Pantai, Raja Nong Chik sedang membuat pertimbangan nak saman YB Nurul Izzah Anwar kerana dituduh melemparkan fitnah keatas dirinya sepanjang berkempen PRU 13 yang lalu.


Klik untuk membaca tulisan penuh blogger ini.

Kabinet: Satu lagi nasihat tidak diminta
A Kadir Jasin
11 Mei 2013
Kadir Jasin Tokoh Wartawan Negara 2011
Tokoh Wartawan Negara, Datuk A. Kadir Jasin
KITA pun tidaklah terlalu tidak cerdik untuk mengetahui bahawa melantik anggota Kabinet adalah hak dan budi bicara Perdana Menteri.

Orang macam kita tidak ada hak dan bukan “prerogative” kita melantik anggota Kabinet. Tetapi, sebagai rakyat jelata, pengundi dan pembayar cukai, kita ada hak dan “prerogative” kita memberi pandangan, menegur dan mengkritik Perdana Menteri.

Atas dasar dan semangat itulah, saya akan memberi nasihat yang tidak diminta dan, boleh jadi juga, sangat-sangat tidak disenangi oleh Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, yang kita semua tahu mempunyai banyak penasihat, perunding dan pegawai khas, termasuk lima yang kalah PRU 5 Mei lalu.

Pembaca dan pembahas pun bebas bersetuju dan tidak bersetuju dengan saya, dan bebas juga membuat cadangan.

Berikut adalah pemikiran dua sen saya mengenai Kabinet yang bakal Perdana Menteri tubuhkan.

1. Ia hendaklah jangan terlalu besar. Kita tidak perlu sampai 30 orang Menteri. Yang kita mahu bukan kuantiti tetapi kualiti. Maksimum mungkin 25 sahaja.

2. Mohd Najib perlu jadi Perdana Menteri sahaja. Seperti sudah berbuih mulut saya katakan, Perdana Menteri tidak boleh jadi Menteri Kewangan atau Menteri lain kerana beliau adalah “adjucator of last resort”. Lagipun tugas Perdana Menteri sudah cukup berat.

3. Wajib beri keutamaan kepada calon yang menang pilihan raya, tetapi mereka perlulah bersih dan dilihat bersih oleh rakyat jelata.

4. Hanya calon tewas yang luar biasa kebolehannya dan besar jasanya kepada negara sahaja boleh dipertimbangkan. Dalam konteks ini, saya setuju dengan Lim Kit Siang supaya Abdul Ghani Othman, bekas Menteri Besar Johor yang beliau kalahkan di Gelang Patah, diberikan jawatan Kerajaan Pusat.

5. Tambah bilangan menteri dan timbalan menteri di kalangan YB muda dan wanita. Saya ulangi cadangan agar YB Khairy Jamaluddin diberikan jawatan menteri penuh dan diberikan portfolio Luar Negara. Dia Ketua Pemuda Umno, pintar dan petah berhujah dalam bahasa Inggeris. Kalau YB Mukhriz Mahathir yang kalah pertandingan Pemuda diberikan jawatan timbalan menteri dan kini Menteri Besar Kedah, adalah tidak adil meminggirkan Khairy.

6. Wanita Umno wajib diberikan semula jawatan menteri yang hilang apabila ketua mereka, Shahrizat Abdul Jalil, terpaksa berundur akibat kontroversi yang membabitkan suami beliau. Dalam PRU kali ini, Pergerakan Wanita tawar hati dan nyata tidak 100 peratus komited kepada parti kerana kurang pengiktirafan kepada mereka dalam pelantikan calon. Lagipun, perwakilan wanita dalam dewan perundangan di negara kita adalah antara yang terhambar di dunia.

7. Hidupkan semula Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (sekarang Kementerian Dalam Negeri) kerana keselamatan negara nyata sangat membimbangkan dengan jenayah semakin berleluasa dan lantik seorang penjawat yang benar-benar berwibawa, tegas dan berwawasan. Tolonglah.

8. Hidupkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan yang pada masa hayatnya (sebelum ditamatkan oleh Mohd Najib) sangat berguna kepada usahawan kecil dan sederhana, khasnya Bumiputera yang kurang modal, kepakaran dan pasaran. Berani mengaku silap adalah tanda orang berhemah. Ular menyusur akar tidak hilang bisanya.

9. Kementerian Sumber Manusia perlu dinaikkan taraf dan diberikan kepada seorang menteri yang kreatif dan boleh berunding secara berkesan dengan negara-negara jiran yang membekalkan pekerja kepada kita. Masalah kita dengan Indonesia dalam hal pekerja adalah kerana kita menghantar menteri “junior” berunding dengan mereka. Menteri Melayu/Bumiputera lebih sesuai untuk kementerian ini.

10. Tamatkan amalan mengekhaskan kementerian tertentu kepada kaum atau parti tertentu. Jangan kosongkan kementerian atau buat pemangkuan semata-mata kerana parti dan kaum tertentu tidak diwakili.

11. Berikan keutamaan yang lebih besar kepada Sarawak dan Sabah melalui pelantikan Kabinet (dan jawatan-jawatan pusat yang lain) kerana menyelamatkan BN daripada kekalahan dengan mengakui bahawa kedudukan kaum dan agama di dua buah negeri itu adalah unik.

12. Dan boleh lantik perwakilan Cina dan India dari kalangan bukan politik, misalnya perniagaan, profesional dan akademik, tetapi mereka bukanlah wakil orang Cina dan India sebaliknya berkhidmat atas kapasiti individu.

Itulah yang terlintas dalam fikiran saya buat masa ini. Wallahualam.

* Dipetik dari blog The Scribe A Kadir Jasin
Sultan Selangor terima surat Azizah
Wartawan Sinar Harian
11 Mei 2013
SHAH ALAM –  Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sudah menerima surat yang dihantar Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail berhubung calon Menteri Besar Selangor.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohd Munir Bani.

“Ya, sudah,” jawabnya ringkas melalui SMS kepada Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun, beliau  tidak mengulas lanjut mengenai isi surat berkenaan.

Semalam, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mempersoal surat yang dihantar Wan Azizah  kepada Sultan Selangor berhubung calon Menteri Besar itu.

Azmin, yang juga Adun  Bukit Antarabangsa berkata surat yang dihantar Wan Azizah  berkenaan calon Menteri Besar Selangor kelmarin didakwa dibuat tanpa sebarang perbincangan dan persetujuan bersama oleh semua Adun parti itu.
DAP tidak akan ganti MCA
Wartawan Sinar Harian
11 Mei 2013
Lim Kit Siang
Lim Kit Siang - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
SHAH ALAM -  DAP tidak akan menyertai kerajaan BN untuk menggantikan peranan MCA.
Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, DAP berbeza dengan MCA kerana parti itu berjuang untuk semua kaum, bukan mewakili kaum Cina sahaja.

“Kita menolak apa-apa kemungkinan DAP akan menggantikan MCA dalam BN. Kita buat satu parti bukan untuk kaum Cina saja, tetapi untuk semua rakyat Malaysia.

“Tujuan kita bukan untuk gantikan peranan MCA," katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin agar DAP bergabung dengan BN bagi memastikan ada wakil kaum Cina dalam Kabinet yang bakal dibentuk.

Kit Siang dalam kenyataannya sebelum ini berkata, DAP bersikap terbuka dengan syor dan cadangan mengenai keperluan wakil Cina dalam kerajaan dan akan memberi respons perkara itu kemudian.

“Kelihatannya banyak cadangan baru. Kita beri masa untuk rakyat kemukakan cadangan. Ini merupakan masa untuk teliti cadangan dan kami akan beri reaksi sewajarnya,” katanya.

Dalam PRU13 5 Mei lalu, DAP berjaya memenangi 38 daripada 51 kerusi Parlimen, manakala MCA hanya memenangi tujuh daripada 37 kerusi yang ditandingi.

Berikutan prestasi buruk itu, pucuk pimpinan MCA memutuskan untuk tidak menyertai Kabinet di peringkat pusat atau negeri.

Sementara itu, mengulas mengenai cadangan ramai pihak agar Umno bersatu dengan Pas, beliau menyifatkan ia sebagai satu perangkap dan helah Umno.

Katanya, percanggahan beberapa perkara antara Pas dengan komponen lain dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak sewajarnya dikaitkan dengan kemungkinan parti itu perlu menyertai Umno.

“Adakah Pas dan Umno bersetuju dalam semua dasar termasuk hudud? Tidak bukan? Jadi ini hanya perangkap Umno untuk memecahbelahkan PR. Tapi, kami tidak boleh diperangkap, “ katanya.
Azizan nasihati Mukhriz dua perkara
ROSLINDA HASHIM
8 Mei 2013
Mukhriz
Mukhriz melihat tempat duduknya di Dewan Persidangan Dun yang sebelum ini diduduki Azizan.
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir diharapkan supaya memberikan tumpuan kepada pembangunan pendidikan di Kedah.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menasihatkan Mukhriz supaya memberi tumpuan kepada dua perkara iaitu Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) dan Maahad Tahfiz Sains Pulau Tuba setelah mengambil alih pentadbiran negeri.

Dalam masa sama, Azizan mengakui Insaniah mengalami kekangan kewangan dan berharap kerajaan negeri yang baru ini dapat membangunkan kolej universiti itu setaraf universiti lain kerana ia menjadi pilihan pelajar antarabangsa.

Beliau turut meminta supaya projek Maahad Tahfiz Sains Pulau Tuba diteruskan berikutan bajet bagi projek berkenaan sudah diluluskan.

“Buatlah kerja elok-elok. Harap dapat bagi perhatian kepada pembangunan Insaniah dan Maahad Tahfiz sehingga berjaya,” katanya. Azizan berkata demikian ketika diziarahi Mukhriz di Kedah Medical Centre (KMC).

Sementara itu, bekas Setiausaha Politik Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor menafikan desas-desus mengatakan ketidakhadiran Azizan ke Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar baharu kelmarin disebabkan keuzuran Adun Sungai Limau itu termasuk serangan jantung.

Bagaimanapun, beliau sebaliknya menjelaskan bahawa Azizan tidak dapat hadir kerana menjalani rawatan kaki akibat jangkitan kuman di KMC.

“Azizan dimasukkan ke KMC sehari untuk jalani rawatan jangkitan kuman pada kaki, bukan masalah lain termasuk serangan jantung.

“Beliau kini dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut dan dalam keadaan stabil,” katanya.

Menurutnya, Azizan dimasukkan ke wad KMC pagi kelmarin menyebabkan beliau tidak dapat hadir ke Istana Anak Bukit, walaupun pada awalnya berhasrat untuk hadir.


Nisa Tanah Merah shared Ραкαтαη яαкүαт εlεcтισηs ηεωs's photo.
Sah keputusan PRU13 PERAK akan dicabar.

Posted by era pascaSaturday, May 11, 2013 0 341 comments
  Delicious 
TERKINI : Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin sahkan Pakatan Rakyat Perak akan kemukakan petisyen di mahkamah terhadap 6 Dun yang ada unsur penipuan pada PRU13 yang lalu iaitu Manjong, Manong, Lubuk Merbau, Kamunting, Pasir Panjang & Selama

Antara penipuan dikesan termasuk warga asing boleh mengundi, orang lain sudah mengundi untuk pengundi yang sah, dan keraguan peratus undi rosak yang lebih tinggi berbanding undi majoriti

~ log
Sah keputusan PRU13 PERAK akan dicabar.

Posted by era pascaSaturday, May 11, 2013 0 341 comments
Delicious
TERKINI : Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin sahkan Pakatan Rakyat Perak akan kemukakan petisyen di mahkamah terhadap 6 Dun yang ada unsur penipuan pada PRU13 yang lalu iaitu Manjong, Manong, Lubuk Merbau, Kamunting, Pasir Panjang & Selama

Antara penipuan dikesan termasuk warga asing boleh mengundi, orang lain sudah mengundi untuk pengundi yang sah, dan keraguan peratus undi rosak yang lebih tinggi berbanding undi majoriti

~ log
 
 
Kesemua 28 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Pakatan Rakyat tidak hadir pada istiadat angkat sumpah Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar hari ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, mereka tidak hadir kerana tidak berpuas hati dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas.

"Kami tidak hadir kerana kami rasakan tiada ketelusan dan wujud kesangsian pada keputusan pilihan raya lepas," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan di beberapa portal berita online yang mendakwa Pakatan Rakyat memboikot istiadat tersebut.

Sementara itu, Zambry berkata, kesemua 28 ADUN Pakatan Rakyat dijemput hadir ke istiadat itu.

"Bagi saya, PRU13 sudah berakhir dan ia adalah masa untuk kita (BN) meneruskan agenda kepimpinan dan pentadbiran negeri Perak yang melibatkan semua pihak. Saya tidak mahu komen ketidakhadiran mereka di istana pada hari ini," katanya.

Pada PRU13, Barisan Nasional (BN) Perak berjaya mengekalkan kuasa apabila memenangi 31 kerusi DUN
Kesemua 28 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Pakatan Rakyat tidak hadir pada istiadat angkat sumpah Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar hari ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, mereka tidak hadir kerana tidak berpuas hati dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas.

"Kami tidak hadir kerana kami rasakan tiada ketelusan dan wujud kesangsian pada keputusan pilihan raya lepas," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan di beberapa portal berita online yang mendakwa Pakatan Rakyat memboikot istiadat tersebut.

Sementara itu, Zambry berkata, kesemua 28 ADUN Pakatan Rakyat dijemput hadir ke istiadat itu.

"Bagi saya, PRU13 sudah berakhir dan ia adalah masa untuk kita (BN) meneruskan agenda kepimpinan dan pentadbiran negeri Perak yang melibatkan semua pihak. Saya tidak mahu komen ketidakhadiran mereka di istana pada hari ini," katanya.

Pada PRU13, Barisan Nasional (BN) Perak berjaya mengekalkan kuasa apabila memenangi 31 kerusi DUN
Like · · · 15 minutes ago ·
ITS NOT OVER YET

IGP: Tak perlu permit selagi perhimpunan aman
- 6:29PM Mei 8 2013

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menjelaskan bahawa sebarang perhimpunan mesti memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012, termasuk syarat pihak penganjur mesti memastikan ia adalah satu perhimpunan aman tanpa senjata.

Ismail menafikan laporan yang muncul di media malam tadi bahawa permit polis diperlukan untuk sebarang perhimpunan.

Menurutnya, perhimpunan boleh diadakan selagi penganjur memaklumkan dan bertemu pegawai polis daerah, dan ia adalah perhimpunan aman, peserta tidak boleh membawa apa-apa bentuk senjata merbahaya; tidak ada apa-apa bentuk hasutan, provokasi, untuk menggugat ketenteraman.

Penjelasan itu dibuat dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat), ACP Ramli Mohamed Yoosuf hari ini.

Ramli berkata berdasarkan kepada petikan jawapan Ismail dalam sidang akhbar semalam, jelas menunjukkan beliau tidak membuat apa-apa kenyataan mengenai keperluan permit.

Laporan media semalam menyebut perhimpunan yang dirancang pembangkang hari ini merupakan perhimpunan haram berikutan penganjur tidak membuat sebarang permohonan kepada polis dan sehubungan itu, polis akan menahan peserta jika perhimpunan itu tetap diadakan.
ITS NOT OVER YET


IGP: Tak perlu permit selagi perhimpunan aman
- 6:29PM Mei 8 2013

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menjelaskan bahawa sebarang perhimpunan mesti memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012, termasuk syarat pihak penganjur mesti memastikan ia adalah satu perhimpunan aman tanpa senjata.

Ismail menafikan laporan yang muncul di media malam tadi bahawa permit polis diperlukan untuk sebarang perhimpunan.

Menurutnya, perhimpunan boleh diadakan selagi penganjur memaklumkan dan bertemu pegawai polis daerah, dan ia adalah perhimpunan aman, peserta tidak boleh membawa apa-apa bentuk senjata merbahaya; tidak ada apa-apa bentuk hasutan, provokasi, untuk menggugat ketenteraman.

Penjelasan itu dibuat dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat), ACP Ramli Mohamed Yoosuf hari ini.

Ramli berkata berdasarkan kepada petikan jawapan Ismail dalam sidang akhbar semalam, jelas menunjukkan beliau tidak membuat apa-apa kenyataan mengenai keperluan permit.

Laporan media semalam menyebut perhimpunan yang dirancang pembangkang hari ini merupakan perhimpunan haram berikutan penganjur tidak membuat sebarang permohonan kepada polis dan sehubungan itu, polis akan menahan peserta jika perhimpunan itu tetap diadakan.
Like · · 6 minutes ago · 
 
 
Setiap hari Sabtu, pastikan kita berpakaian hitam untuk menunjukkan protes terhadap sistem demokrasi di Malaysia ini.
Setiap hari Sabtu, pastikan kita berpakaian hitam untuk menunjukkan protes terhadap sistem demokrasi di Malaysia ini.
Like · · · 15 minutes ago ·

Tiada ulasan: