Selasa, 7 Mei 2013

BAGUS YB...BUANGKAN KATA ORANG 'HANGAT2 TAHI AYAM' ATAU 'PENYAPU BARU'...KHIDMAT KERANA ALLAH BUKAN KERANA GELARAN YB...JAGA2 JANGAN SAMPAI SYIRIK

PRU13 adalah peralihan undi bandar, bukan Cina, kata penganalisis
Posted on Tuesday, May 07 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh BOO SU-LYN



Pakatan mendapat sokongan kelas menengah, terutamanya di kawasan bandar, kata Shamsul. KUALA LUMPUR, 7 Mei —  Keputusan Pilihan Raya 2013 bukanlah semudah “tsunami Cina” seperti didakwa oleh Datuk Seri Najib Razak akan tetapi peralihan besar pengundi bandar dan kelas menengah yang menyaksikan jurang antara bandar-luar bandar Malaysia semakin luas, kata penganalisis.

Dalam bacaan awal mengenai trend pengundian, penganalisis menyatakan walaupun terdapat peningkatan dalam sokongan kaum Cina terhadap Pakatan Rakyat (PR), tsunami politik juga telah melanda “sebahagian besar daripada Melayu”, ramai di antara mereka adalah pengundi kelas menengah dan kelas atas.

“Mereka mendapat sokongan kelas menengah, terutamanya di kawasan bandar,” kata penganalisis politik Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada PR.

“Jadi, majoriti DAP meningkat kerana rasa tidak puas hati pengundi muda Melayu.. kesimpulannya, untuk melabel polarisasi kaum adalah terlalu mudah. Dua lagi faktor beroperasi secara serentak dengan kaum: kelas (kaya-miskin, kelas menengah) dan spatial (bandar dan luar bandar),” tambah pengasas dan pengarah Institut Kajian Etnik (KITA).



Walaupun Barisan Nasional (BN) yang diketuai Najib berjaya mempertahankan kuasa persekutuan dalam pilihan raya paling sengit negara, gabungan tersebut kehilangan bandar-bandar besar dari George Town ke Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka dan bandar besar di Johor.

BN gagal untuk menang di Selangor dan Pulau Pinang – dua negeri perindustrian di Malaysia – walaupun berjaya merampas kembali Kedah, negeri pedalaman dan jelapang padi itu.

DAP menghancurkan MCA dalam Pilihan Raya 2013 dengan penasihatnya Lim Kit Siang mengalahkan Pengerusi BN Johor Datuk Abdul Ghani Othman dengan 14,762 undi di kerusi Parlimen Gelang Patah, selain merampas Kulai, Kluang dan Bakri di Johor.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengatakan parti komponen BN itu tidak akan mengambil apa-apa jawatan kerajaan selepas menang hanya tujuh kerusi Parlimen, kurang separuh daripada 15 kerusi Parlimen dimenangi dalam Pilihan Raya 2008.

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak mengatakan awal pagi Isnin kerajaan baru BN akan memulakan perdamaian kebangsaan, sebagai usaha-usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia, selepas apa yang beliau gambarkan senagai “tsunami Cina” dalam pilihan raya umum ke 13 – menyaksikan BN menang dengan majoriti lebih kecil berbanding Pilihan Raya 2008.

Penganalisis politik Dr Lim Teck Ghee walau bagaimanapun, menyatakan PR menang lebih separuh daripada undi popular, menunjukkan gabungan itu mendapat sokongan “sebahagian besar daripada Melayu dan pengundi bukan Cina lain”.

“Keputusan di Selangor, yang mempunyai peratusan besar populasi bandar, termasuk di negeri pantai barat lain, dengan jelas menunjukkan ini adalah trend kelas menengah bandar,” kata Lim kepada The Malaysian Insider.

“Sebahagian besar Melayu termasuk dalam kelas menengah ini – mungkin sebanyak bukan Melayu,” menurut pemerhatiannya. Pengarah Center for Policy Initiative (CPI) menambah, undi menentang BN sebahagian besar disebabkan segmen pengundi ini lebih berpengetahuan dan kurang terpengaruh dengan media arus perdana dan media cetak mesra BN.

Beliau mengatakan, pengundi kelas menengah secara umumnya lebih bimbang tentang rasuah, pentadbiran baik dan isu kos kehidupan dan kurang terpengaruh dengan ketakutan kepada pembangkang dan sentimen kaum dan agama yang dimainkan BN.

Wong Chin Huat pula mengatakan, pengundi muda yang mahukan perubahan menyokong PR - melangkaui batas kaum.

“Pakatan mengatakan mari cuba sesuatu yang baru – anda boleh beralih dari kategori kaum. Jadi anda bercakap mengenai persoalan nilai,” kata Wong kepada The Malaysian Insider.

“Pengundi muda yang lebih yakin dan mahukan perubahan akan bersama Pakatan,” tambah felo Institut Pulau Pinang itu.

Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin mengatakan gabungan 13 parti itu bukan sahaja mendapat kurang kerusi daripada 222 kerusi Dewan Rakyat dan 12 Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya 2013 berbanding 2008, akan tetapi turut kehilangan undi popular buat pertama kali semenjak 1969.

“Adakah tidak mungkin bahawa ini bukan tsunami Cina atau cauvinisme kaum, tetapi tsunami Malaysia yang berpaksikan aspirasi dan realiti baru, khasnya di kalangan pengundi muda?” kata bekas ketua pengarang kumpulan News Strait Times Press semasa era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tulisan di blognya yang bertajuk, “Keputusan PRU13-Tsunami Cina atau Tsunami Malaysia?” semalam.

Terdapat hampir 2.5 juta pengundi kali pertama daripada 13.3 juta pengundi layak mengundi dalam Pilihan Raya 2013 yang menyaksikan peratusan keluar mengundi sebanyak 84.84 peratus, paling tinggi dalam sejarah Malaysia.

BN yang berkempen untuk menjaga keselamatan dan keamanan, kalah tujuh lagi kerusi Parlimen dan 71 kerusi DUN kepada PR dalam pilihan raya pada Ahad. BN dan PR menang 133 dan 89 kerusi Parlimen, termasuk 275 dan 230 kerusi DUN dalam Pilihan Raya 2013.

Bagi kerusi Parlimen, BN mendapat 5,237,699 undi berbanding parti Pakatan Rakyat yang mendapat 5,623,984 undi. Gabungan tiga parti PKR, PAS dan DAP juga mendapat lebih banyak undi di DUN, mendapat 4,879,699 berbanding 4,513,977 undi diterima oleh gabungan 13 parti itu. _ Malaysian Insider



Bukan Tsunami Cina tapi gelombang kedua Tsunami 2008

Harakahdaily, 07 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Dakwaan Datuk Seri Najib Razak yang mengaitkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan perkauman kononnya sebagi 'Tsunam Cina' disanggah banyak pihak.


Penganalisis politik, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata beliau berbeza dengan pandangan tersebut.


Katanya, apa yang berlaku pada PRU13 menunjukkan bukan sahaja kebangkitan masyarakat Cina, tetapi kebangkitan seluruh rakyat Malaysia.


"Yang jelas pada saya ialah PRU 13 merupakan gelombang kedua tsunami rakyat, dari bandar, semi bandar, desa, golongan muda, kelas menengah dan lain-lain, yang bangkit untuk menuntut pembentukan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan bertanggungjawab kepada semua rakyat.


"Ringkasnya, keputusan PRU 13 menunjukkan tsunami rakyat Malaysia dan tiada kaitan dengan perkauman orang Cina atau sikap rasis DAP.


"Sudah sampai masanya kita berhenti meniupkan api perkauman dalam politik kita," kata pensyarah kanan Sain Politik UKM itu dalam entri di Facebook.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media dan juga kenyataan Najib yang mendakwa kemerosotan pencapaian BN pada PRU13 ini akibat Tsunami orang Cina yang menolak BN.


Pada PRU13 yang diumum kelmarin, dari keseluruhan 222 kerusi parlimen BN menang 133 iaitu kurang tujuh kerusi berbanding 2008.


Pakatan Rakyat pula menang 89 kerusi iaitu meningkat tujuh kerusi dari PRU 2008.



Generasi Y, orang Islam


Sementara itu, pakar motivasi terkenal Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad turut memberi pandangan serupa berhubung isu ini.


Katanya, dakwaan bahawa 'Tsunami pengundi Cina' semata-mata bukan sahaja tidak tepat malah dilihat cuba menjuzukkan keputusan ke arah perkauman.


"Tetapi apa yang lebih tepat ialah Tsunami sebahagian besar pengundi tidak kira Cina, Melayu, India dan lain-lain.


"Ini dapat dilihat daripada keputusan pilihanraya itu sendiri dan ini adalah satu ‘wake up call’ kepada BN," katanya juga dalam Facebook.


Menurut beliau, PRU13 ini bukan sahaja golongan Cina yang bangkit, malah sebenarnya menyaksikan kebangkitan beberapa golongan lain termasuk golongan pengundi muda, Gen-Y.


Golongan ini kata Asmadi banyak terdedah kepada media sosial untuk mendapat maklumat dan mereka tidak takut untuk membuat sebarang perubahan.


"Minda mereka tidak terpengaruh dengan isu-isu perkauman dan mereka ini lahir dalam zaman lepas merdeka," katanya.


Perubahan juga katanya berlaku di kalangan orang Islam yang menuntut kepimpinan yang amanah, telus, adil, berintegriti dan kredibel serta usaha-usaha yang lebih merakyat.


"Kita tidak boleh melihat semuanya sebagai perkauman (racist). Ramai juga penyokong Cina yang beralih arah itu kerana sudah letih dan sebagai tanda protes terhadap apa yang berlaku.


"Malah mereka mengangkat pula bendera PAS tanpa segan silu. Bermakna ada sesuatu yang ada dalam fikiran mereka ini melangkaui aspek perkauman," katanya.

YB baru bersemangat memberikan khidmat

Harakahdaily, 07 Mei 2013

(Zaidy bertanya khabar mangsa-mangsa banjir lumpur di Batu 16, Rawang)

SHAH ALAM: Kemenangan 44 dari 56 DUN di Selangor memberikan semangat untuk wakil-wakil rakyat Pakatan untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat khasnya yang menang buat pertama kali.

Di Selayang, ADUN Taman Templer Zaidy Talib sejak semalam lagi turun padang bertemu dengan pengundinya bagi mengucapkan terima kasih di samping mula memberikan khidmat.

Malam tadi, ketika orang lain mula masuk selimut untuk tidur, Zaidy meredah hujan di Batu 16, Rawang untuk melihat rakyatnya yang terkena banjir lumpur.

Berpuluh-puluh buah rumah di sini dimasuki banjir lumpur malam tadi ekoran hujan lebat melanda Lembah Klang khasnya sekitar Kuala Lumpur.


(Zaidy menziarahi mereka yang sakit)

Jam 11 malam tadi, Zaidy bersama rakan-rakannya membantu penduduk Batu 16 membersihkan rumah mereka atau sekurang-kurangnya meninjau kerja-kerja pembersihan yang sedang di jalankan.

Petang semalam, Zaidy mula turun ke kawasannya bagi bertemu rakyat.

Antaranya menziarahi mereka yang sakit sambil memberikan kata-kata semangat untuk keluarga di samping mengucapkan terima kasih kerana mengundi PAS dalam pilihan raya 5 Mei lalu.

PAS berjaya menang 15 kerusi DUN dan lima kerusi Parlimen di Selangor dalam pilihan raya ini, PKR (14) dan DAP (15).
Tiada lagi projek 16 September
 
"Projek 16 September" tidak akan berlaku sekali lagi, sebaliknya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, apa yang menjadi keutamaannya kini ialah memenuhi permintaan rakyat untuk memastikan pilihan raya di negara ini bersih dan adil.

Menurut Anwar, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak telah menang dalam pilihan raya kali ini dengan penipuan apabila terdapat beberapa dakwaan mengenai "pengundi hantu" serta pembelian undi semasa hari mengundi.

"Tidak (akan berlaku 16 September). Tetapi untuk masa sekarang kamu (kerajaan) perlu memenuhi kehendak rakyat. Kamu (kerajaan) telah curi pilihan raya ini daripada rakyat.

"Dan kita mahu, kerajaan sekarang menerima kenyataan bahawa kesahan penubuhan kerajaan mereka akan dipersoalkan. Mereka harus mempertimbangkan untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Pilihan Raya yang bersih dan adil.

"Ini bukan mengenai politik tetapi rakyat amat mahukan perubahan. Mereka berharap dan berdoa tentang suatu jangkaan yang sah daripada rakyat," katanya dalam temubual bersama Malaysiakini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah tentang kemungkinan berlakunya projek 16 September seperti pada tahun 2008 sekali lagi.

Pada 2008, Anwar membuat pengumuman akan berlaku perubahan kuasa pada 16 September apabila seramai 30 ahli parlimen BN didakwa akan menyertai Pakatan.

'Keputusan amat menyedihkan saya'
Sementara itu, ketika mengulas mengenai kenyataan Najib tentang "perdamaian nasional" serta "tsunami Cina", Anwar berkata, ia seolah-olah menunjukkan tanda "bermurah hati" kerajaan kepada rakyat.

Sebaliknya, Anwar berkata, Najib menyalahkan kaum Cina apabila mengatakan berlakunya "Tsunami Cina" selepas mengetahui keputusan pilihan raya umum semalam.

"Itu mungkin nak tunjukkan tanda-tanda bermurah hati tetapi itu bercanggah dengan diri dia apabila mempersalahkan (kekurangan undi BN) akibat tsunami Cina.

"Dia sepatutnya memahami apa masyarakat Cina mahukan dan kenapa kamu tidak boleh menghadapi isu ini.

"Saya kesal kerana dia (Najib) membawa isu perkauman. Perkara ini tidak benar dan 'nakal'. Saya tidak akan mendukung aliran perkauman dan budaya (perkauman) ini. Sifat tidak mewakili budaya Melayu dan Islam," katanya.

Selain itu dalam temubual itu juga, Anwar turut melahirkan kekecewaan dan sedihnya tentang keputusan pilihan raya umum semalam.

Beliau bagaimanapun tidak akan berputus asa, sebaliknya akan terus berusaha bagi mengembalikan kepercayaan rakyat bersama Pakatan.

"Ia amat menyedihkan saya. Tidak dapat digambarkan kekecewaan ini.

"Ya (Pakatan akan kekal bersama). Saya lihat Terengganu juga berpotensi. Kita akan pergi kepada proses dan akan mendesak untuk mempunyai satu sistem pilihan raya yang benar dan bebas," katanya lagi.
Zainal Kling: Pembangkang perlu terima keputusan
 
Seorang pemerhati politik menyifatkan dakwaan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) tidak telus dengan kewujudan pengundi 'hantu' dan lain-lain lagi, sebagai kenyataan pihak yang tidak boleh menerima kekalahan.

Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata hakikatnya rakyat Malaysia sudah membuat keputusan dan pihak yang berkenaan sewajarnya menerima keputusan itu sebagai sebahagian daripada proses demokrasi.

"SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) sudah jalankan tugas sebaiknya dengan telus dan terbuka, malah ada pemerhati luar dan antarabangsa. Sepatutnya tidak perlu timbul keraguan," katanya kepada Bernama, di Melaka semalam.

Menurutnya jika Barisan Nasional (BN) boleh menerima kemerosotan pencapaian mereka dengan terbuka termasuk kekalahan nama-nama besar, pembangkang juga harus begitu.

"Ini kerana pilihan raya dijalankan dengan bersih dan terbuka," katanya.

Pada pilihan raya yang berlangsung semalam, BN membentuk kerajaan dengan kemenangan 133 daripada 222 kerusi parlimen. Pada 2008, BN menang 140 kerusi.

- Bernama
 
 
Pas Seputeh was tagged in Azyra Azmy's photo. — with Azyra Azmy II and 3 others.
FAKTA YANG HARUS RAKYAT TAHU !!!

BIAR KITA DIBENCI UNTUK MENEGAK KEADILAN , DARI KITA DIBENCI MELAKUKAN PENIPUAN & KEMUNGKARAN !!!

Kalau sistem amerika(republik) najib dah tak boleh jadi presiden !!!
FAKTA YANG HARUS RAKYAT TAHU !!!

BIAR KITA DIBENCI UNTUK MENEGAK KEADILAN , DARI KITA DIBENCI MELAKUKAN PENIPUAN & KEMUNGKARAN !!!

Kalau sistem amerika(republik) najib dah tak boleh jadi presiden !!!
 
 
 
Ulama Pas Shah Alam shared Lawan Tetap Lawan's photo.
Jangan salahkan orang lain!Kamu yg pengkhianat sebenar wahai Pemimpin & Pengundi BN!
Jangan salahkan orang lain!Kamu yg pengkhianat sebenar wahai Pemimpin & Pengundi BN!
 
 
TNB: Tiada gangguan elektrik waktu kira undi
10:33AM Mei 7 2013  
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan tiada gangguan bekalan elektrik berlaku semasa proses pengiraan undi pada pilihan raya umum ke-13, semalam.

Sehubungan itu, TNB dalam kenyataan di Kuala Lumpur malam tadi meminta semua pihak supaya menghentikan dakwaan sedemikian yang tersebar dalam media sosial.

"Berdasarkan maklum balas pasukan tunggu sedia TNB, kami mendapati semua pusat pengiraan undi tidak mengalami sebarang gangguan bekalan elektrik semasa proses pengiraan undi berlangsung.

"Kami memohon kerjasama semua pihak agar menghentikan dakwaan tersebut," menurut kenyataan itu.

- Bernama
 

Anwar Tidak Akan Bersara Politik


anwarKUALA LUMPUR- Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi bersedia untuk berhenti daripada politik walaupun pernah berkata bahawa dia mungkin bersara untuk menjadi pensyarah di Eropah jika Pakatan gagal dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) .
Sebaliknya, pemimpin PKR telah berikrar untuk menumpukan tenaga masanya untuk memerangi penipuan pilihan raya, yang beliau dakwa berleluasa sepanjang PRU13.
“Datuk Seri Najib Razak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memilih untuk mengabaikan kehendak rakyat demi kepentingan mereka sendiri walaupun sewaktu pengumuman awal mereka inginkan pilihan raya yang bebas dan adil,” kata Anwar dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Anwar berkata bahawa SPR harus bertanggungjawab kerana telah “bersubahat dalam penipuan pilihan raya paling buruk dalam sejarah kita.”
Beliau berkata, perjuangan untuk pilihan raya yang bersih dan adil adalah satu perjuangan yang paling penting untuk mana-mana rakyat Malaysia.
Anwar merujuk kepada pergerakan yang diterajui oleh pemerhati pilihanraya Bersih 2.0, yang telah berjaya menarik perhatian beribu-ribu rakyat untuk melakukan demonstrasi di seluruh Malaysia untuk menuntut pilihanraya yang bebas dan adil.
Pada hari pengundian semalam, banyakdakwaan penipuan- termasuk pengundi hantu terutamanya yang dikatakan orang asing, dan kemungkinan mengundi dua kali dengan dakwat kekal yang mudah dibersihkan telah muncul.
“Saya akan menumpukan masa saya dan tenaga yang terbaik untuk bekerja dengan BERSIH dan rakyat Malaysia untuk memastikan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya yang baru ditubuhkan dan bebas hendaklah berada di tempatnya secepat mungkin untuk membetulkan penipuan pilihan raya,” kata  Anwar.
Beliau menekankan hakikat bahawa Pakatan Rakyat memenangi undi popular dengan margin yang besar (50.3%, berbanding dengan BN 46.8%), dan berkata bahawa ini “mengesahkan mandat yang diberikan kepada kami.”
“Hati nurani kita tidak boleh membenarkan kita untuk menerima keputusan pilihan raya yang dijelmakan melalui penipuan, hati saya dengan setiap rakyat Malaysia yang tidak menerima keputusan PRU13 ini.”
Anwar akan berucap dalam satu ceramah yang akan diadakan pada Rabu di Petaling Jaya, berkata beliau akan terus mempersoalkan kesahihan kerajaan BN yang dicapai melalui proses pilihan raya yang didakwa tidak bersih.
Sementara itu, Ketua Pemuda BN dan UMNO Khairy Jamaluddin menggesa Anwar untuk memberhentikan misinya untuk mempersoalkan proses pilihan raya. -Awani
 

Tiada ulasan: