Ahad, 5 Mei 2013

KERUSI DENGAR...JADILAH... PADA TAK KEMPEN LANGSUNG

Tamatkan keangkuhan umno/BN
Posted on Saturday, May 04 @ 18:24:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: IbnuSabah

"

umno/BN dan para pemimpinnya dari atas hingga ke bawah dah terlajak sungguh angkuh dan sombong mereka. Mereka dah tak pandang segala peraturan, undang-undang dan apa lagi untuk dengar pandangan dan nasihat.

Sombong mereka menjadi-jadi lebih-lebih lagi sepanjang berkempen PRU 13 ini, mereka akan pergunakan segala jentera kerajaan walaupun salah dari segi peraturan. Sepatutnya mereka guna jentera parti umno/BN.

Dari balairaya, sekolah, dewan, masjid, jabatan kerajaan, RTM, TV 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7... dan apa saja yang ada mereka akan perguna semahu-mahunya.
Parti-parti pembangkang tak boleh guna semua itu, walaupun sekadar balairaya. Inilah keangkuhan umno/BN.
RTM, TV 1, 2, 3, surat khabar arus perdana hanya menyiarkan yang muluk-muluk dan indah-indah belaka tentang umno/BN. Segala macam fitnah mereka kepada pembangkang disiar dalam setiap jam siang malam.
Seolahnya RTM, TV 1, 2, 3 dan surat khabar itu milik parti umno/BN. Para pemimpin umno/BN dari atas hingga ke bawah, dah terlajak keangkuhan mereka, hingga tak sedar diri bahawa RTM, TV 1, 2, 3 dan surat khabar itu adalah kepunyaan rakyat.
Manakala jawapan balas pihak pembangkang yang juga rakyat Malaysia yang sama-sama membayar cukai, hidup dalam sebuah Negara bernama Malaysia, tetapi tiada hak untuk bercakap di RTM, TV 1, 2, 3...
Inilah tanda keangkuhan umno/BN yang dah terlajak dan tak sedar diri sedikitpun.
Keangkuhan dan kesombongan yang melampau-lampau ini MESTI DITAMATKAN oleh rakyat Malaysia 13.3 juta yang layak mengundi dalam PRU 13 esok 5 Mei 2013.
Hanya kuasa rakyat Malaysia iaitu kuasa UNDI sahaja yang akan menamatkan keangkuhan umno/BN dan kesombongan para pemimpinnya dari presidennya hingga kepada ketua cawangannya.
Insya Allah dengan izin Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Perkasa esok 13.3 juta rakyat Malaysia akan bersatu padu menamatkan keangkuhan melampau para pemimpin umno/BN itu.
Insya Allah dengan tamatnya riwayat umno/BN, tumbangnya keangkuhan para pemimpin mereka, akan berakhirlah kesengsaraan rakyat Malaysia.
Insya Allah bi izniLlah 6 Mei 2013 sebuah kerajaan rakyat akan dinobatkan dibawah kepimpinan Pakatan Rakyat PAS/PKR/DAP yang akan membawa sinar baru untuk rakyat Malaysia menikmati kehidupan yang harmoni, adil seadil-adilnya dibawah terajui pimpinan yang bertaqwa, amanah, berakhlak mulia, adil, tidak khianat, tidak rasuah dan tidak lagi ada penipuan, tidak akan ada lagi pemimpin yang meratah duit rakyat 250 juta, 403 juta, 500 juta, 800 juta, 1 billion, 3, billion, 10 billion...
Insya Allah bi izniLlah pemimpin yang amanah akan mengembalikan segala harta dan wang ringgit rakyat kepada rakyat.
Kerana itu, esok rakyat Malaysia baik di utara, selatan, timur dan barat hendaklah bersatu hati, bertekad melakukan perubahan besar-besaran dalam kepimpinan negeri dan Negara kita.
Mari kita semua sebagai rakyat yang merdeka dan berdaulat jangan lagi diBURU KETAKUTAN, tukar KETAKUTAN ITU dengan sifat BERANI DEMI MEMBELA DAN MEMPERTAHANKAN HAK KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG MERDEKA DAN BERMARUAH.
Kita bukan hamba kepada umno/BN, kita adalah rakyat yang berkuasa penuh untuk memilih mengundi pemimpin yang terbaik, amanah, baik, adil dan berakhlak mulia untuk memimpin dan mentadbir negeri dan Negara kita.
Katakan TIDAK KEPADA UMNO/BN! Kita tidak mahu lagi dipimpin oleh mereka yang mengkhianati dengan segala kebobrokan yang mencengkap kehidupan rakyat.
Ingat, perhatikan dan lihat betul-betul, hari ini setelah umno/BN memerintah negeri dan Negara kita siapa yang senang, kaya raya, mewah semewah-mewahnya:
Bukti 1: para pemimpin umno/BN ada yang mempunyai bangle umpama istana air mata rakyat.
Bukti 2: anak-anak para pemimpin umno/BN seperti Mirzan, Mukhzani anak Mahathir semua orang tahu Mahathir jadi PM 22 tahun, dua tiga orang anak dia kaya raya, sekian jutaan rakyat masih hidup diparas miskin dan susah.
Bukti 3: ada isteri perdana menteri hidup bermewah-mewah hingga boleh beli cincin harga 24 juta, beg sekian juta. Rakyat masih ada yang kais pagi makan pagi.
Bukti 4, 5, 6 hingga 100, banyak sangat bukti. Anda sebagai rakyat boleh cari dan Tanya kepada pegawai tinggi kerajaan yang menjadi ketua di jabatan kerajaan, boleh Tanya SPRM dan boleh rujuk Tanya kepada mantan menteri-menteri yang dah bersara, dahsyatnya kebobrokan umno/BN meratah segala harta dan wang ringgit rakyat, minyak setahun hasil lebih 80 billion, balak sekian billion, pasir, cukai, sawit dan lain-lain hasil Negara sekian billion.
Banyak hasil mahsul negeri dan Negara kita, tetapi ia tidak dijaga dengan amanah dan adil oleh pemimpin yang tidak amanah.
Inilah silap kita sebagai rakyat dah 12 kali diberi peluang supaya pilihlah pemimpin yang baik, amanah, adil dan jujur untuk memimpin negeri dan Negara kita supaya segala hasil mahsul negeri dan Negara itu mereka akan jaga dan agihkan dengan seadil-adilnya kepada rakyat.
Ini kali lah kali ke 13 ini adalah peluang yang terbaik untuk rakyat Malaysia memilih pemimpin terbaik yang ada di dalam Pakatan Rakyat PAS/PKR/DAP.
Pemimpin ini telah membuktikan mereka lebih baik bila diberi amanah untuk memimpin negeri dan Negara, lihat dan bukti itu ada depan mata kita iaitu:
Bukti 1: Kerajaan Kelantan
Bukti 2: Kerajaan Kedah
Bukti 3: Kerajaan Selangor
Bukti 4: Kerajaan Pulau Pinang
Bukti 5: Kerajaan Perak (sebelum dikudeta umno/BN)
Bukti 6: Kerajaan Terengganu (semasa dikuasai PAS/BA 1999-2004)
Enam negeri itu walaupun dicemuh, ditekan, didera dan segala macam pengkhianatan oleh kerajaan pusat yang dikuasai oleh umno/BN, masih dapat mentadbir dengan baik untuk kesenangan rakyat.
Itu dalam keadaan ditekan dan didera oleh kerajaan pusat peruntukan wajib dilambat-lambatkan, hasil minyak 5 peratus ditarik dan segala-gala usaha untuk meruntuhkan kerajaan negeri bukan umno/BN dilakukan.
Alhamdulillah dengan kuasa dan izin Allah Ta'ala berkat kepimpinan Pakatan Rakyat yang amanah, ikhlas, jujur untuk membela rakyat dan bersama dengan rakyat, kerajaan negeri Pakatan Rakyat dapat pujian Ketua Audit Negara dari segi pengurusan ekonomi yang baik.
Tak bankrap pun, tiap tahun penjawat awam dapat bonus sama dengan negeri lain yang dapat bonus.
Insya Allah 5 Mei 2013 ini dengan tekad rakyat Malaysia untuk ubah umno/BN kepada Pakatan Rakyat PAS/PKR/DAP dengan mengundi calon-calon Pakatan Rakyat di seluruh Negara, insya Allah kemenangan untuk rakyat, insya Allah kebebasan rakyat dari cengkaman kezaliman dan keangkuhan dan kesombongan para pemimpin umno/BN yang rata-rata dah terlajak sombong dan angkuh mereka dengan kuasa politik yang dipinjamkan oleh rakyat.
Ini kali lah, rakyat nak ambil itu kuasa dan nak bagi pula kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat PAS/PKR/DAP untuk memimpin dan mentadbir negeri dan Negara dengan lebih baik, insya Allah.
UNDILAH CALON-CALON PAKATAN RAKYAT DI TEMPAT ANDA
INI KALI LAH!!! ALLAHU AKBAR!!!

 Bangla mari, IC Biru mari, Duit mari, Undi mari
Posted on Saturday, May 04 @ 16:57:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline
Sila ke http://tranungkiteoffline.blogspot.com jika TKO mengalami gangguan


Rakyat Bangladesh yang datang untuk mengundi.
Diberi IC membolehkan mereka dapat mengundi.
Diberi wang sebanyak RM1000 seorang.
"Cap Dacing" menjadi pilihan dihati.

Tolak Politik Kotor.
Ini Kalilah.
Asal Bukan Cap Dacing (ABCD)


UMNO GADAI NEGARA DEMI UNDI
TUMBANGKAN UMNO SELAMATKAN NEGARA!!!!

 UMNO Terengganu ceramah kepada kerusi!
Posted on Saturday, May 04 @ 16:01:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline
Sila ke http://tranungkiteoffline.blogspot.com jika TKO mengalami gangguan


Tinjau kami pada saat-saat akhir siri ceramah UMNO di sekitar negeri Terengganu menunjukkan tiada sambutan. Benar satu kajian daripada Universiti Malaya (UM) bahawa Terengganu jatuh kepada Pakatan Rakyat untuk PRU 13 nanti kerana bantahan kepada UMNO secara diam.

Antara yang di sebut dalam kajian tersebut ialah kepimpinan UMNO Terengganu yang lebih mementing diri sendiri dan puak, serta perbalahan yang ketara antara faktor penyumbang kepada penolakan BN @ UMNO tereutama golongan muda dan atas pagar.




Kajian itu juga menunjukkan minat kepada PAS meningkat selepas penamaan calon sebanyak 8.7% atas calon-calon muda yang mana tokoh lama tidak lagi bertanding.

Antara penyumbang kepada peralihan secara 'senyap' sokongan kepada umno berubah kepada Pakatan rakyat adalah kerana wujud pengihan bantuan yang tidak sekata dan memenuhi kreatria yang telus.

























NAMPAK GAYA BUNGKUS UMNO TERENGGANU!!
BALIK AWAL KATA USTAZ AZHAR!

 PRU13: Dari Perlis Hingga Ke Sabah Rakyat Tak Sabar Nak Tolak UMNO/BN
Posted on Saturday, May 04 @ 16:56:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: Tok Janggut
“Encik, orang ini bukan rakyat Malaysia, tapi dia nak mengundi”. Adu seorang petugas SAMM kepada SPR atau Polis yang bertugas di tempat mengundi esok. “Tak apa, dia ada IC biru dan di daftar sebagai pengundi, jadi biar dia mengundi, jawap pegawai SPR atau Polis. “Apakah encik sanggup bersekongkol dengan UMNO untuk jual dan gadai maruah negara kita ke? Yang bagi IC dan daftar pengundi ini kerja Mahathir dan UMNO untuk gadai negara kita dan hak kita.” Bantah petugas SAMM itu lagi. Pegawai SPR dan Polis itu diam, mungkin mereka berdua berfikir akan kebenaran kata-kata petugas SAMM itu yangmana kerja terkutuk dan keji UMNO ini akan mengancam keselamatan, hak dan kedaulatan anak cucu mereka dikemudian hari kelak dan mereka berdua juga termasuk bersubahat dengan UMNO.

Di atas antara kemungkinan akan berlaku dialog di tempat mengundi esok. Namun begitu ledakan rakyat dari Perlis hingga ke Sabah seolah-olah tidak sabar untuk membenamkan hayat UMNO esok. Kezaliman, penipuan, fitnah, video lucah, rompakan harta rakyat, penindasan yang dilakukan oleh UMNO selama ini perlu ditamatkan sertamerta esok. Biarkan sahaja UMNO mengharapkan warga asing yang terlepas dari pemerhatian SAMM esok untuk mengundi UMNO/BN atau kita berdoa kepada Allah agar semua pengundi rakyat asing yang ditaja oleh UMNO itu dibuka hatinya oleh Allah supaya mengundi/memangkah Pakatan Rakyat juga. Dengan fitnah dan penipuan yang sangat hebat dilakukan oleh UMNO sekarang, maka haram hukumnya umat Islam mengundi UMNO/BN. Mengundi UMNO bermakna setuju dengan kemaksiatan, fitnah, penipuan, kezaliman, video lucah dan semua kemungkaran, jadi bagaimana Allah nak terima solat dan ibadah kita?

Rakyat tidak perlu rasa terhutang budi dengan UMNO/BN selama ini kerana apa yang mereka buat selama ini adalah tanggungjawab mereka sebagai kerajaan. Kalau nak dikira budi, apakah Nabi Musa yang menentang Firaun yang menjaga baginda sejak kecil itu dianggap derhaka dan tidak kenang budi? Nabi Musa menentang Firaun kerana Firaun itu zalim, penipu, penindas dan lawan Allah dan baginda. Sama seperti UMNO juga yang mewarisi perangai dan akhlak Firaun. Jadi umat Islam dan semua rakyat Malaysia tidak perlu takut dan rasa terhutang budi dengan UMNO kerana kezaliman, penipuan dan penindasan UMNO terhadap rakyat mengatasi kebaikan yang mereka telah lakukan. Tidak berdosa umat Islam tidak mengundi dan tidak menyokong UMNO. Jangan terpengaruh dengan ulama upahan, ustaz tak bermaruah dan ahli akedamik yang kerjanya hanya menjual agama demi untuk jawatan dan gaji lumayan. Bukankah Allah telah menjanjikan azab yang pedih terhadap ulama, ustaz, ustazah yang menjual agamanya kerana dunia?  

Nabi Muhammad sendiri menentang orang sebangsa denganya termasuk bapa saudara dan ahli keluarganya kerana kezaliman, penindasan dan kemungkaran terhadap yang dilakukan oleh bangsa dan ahli keluarga baginda terhadap pengikut baginda ketika itu. Oleh itu, jangan jadikan kita sebangsa sebagai alasan untuk kita menyokong UMNO kerana tugas kita menentang kezaliman dan kekufuran itu tidak mengira siapa, walaupun UMNO itu sendiri majoritinya sebangsa dengan kita. Kezaliman, penipuan dan penindasan UMNO terhadap rakyat selama ini sudah sampai ke kemuncaknya, dan ianya harus ditamatkan esok, jangan tunggu lima tahun lagi (PRU14) kelak sudah terlambat kerana ketika itu Presiden UMNO mungkin orang Bangla, Timbalan Presidenya orang Filiphina, Naib Presidenya orang Indon dan Myanmar. Ketua bahagian, cawangan dan pengerusi JKK orang Siam dan Kemboja. Jadi dimana Melayu ketika itu? Melayu UMNO ketika itu jadi kuli, kerja kontrak bangunan, bersih longkang, dan cat bangunan. Bosnya rakyat asing yang sudah menjadi warganegara Malaysia yang diberikan oleh pemimpin UMNO. Hak kita sebagai rakyat Malaysia mungkin sudah terlepas ke tangan rakyat asing yang dibela dan dilindungi oleh UMNO.

Oleh itu, HENTIKAN UMNO DARI BERKUASA ESOK.....TAMATKAN HAYAT KUASA MEREKA...JANGAN BERFIKIR DUA KALI LAGI.....SELAMATKAN HAK KITA, NEGARA KITA, ANAK CUCU KITA ESOK....TIDAK ADA TAPI...TAPI..TAPI...LAGI......UMNO PEROSAK NEGARA, BANGSA DAN UGAMA.....SEMUA PEMIMPINYA ADALAH PENDUSTA DAN PENIPU BESAR SERTA PEROMPAK HARTA NEGARA....CUKUPLAH KITA DIPERBODOHKAN DAN DIPERMAINKAN SERTA DIPERDAYAKAN SELAMA INI....JANGAN KITA JADI BODOH LAGI UNTUK SELAMANYA.....

Kata Noh Gadut dan Harusani: “Sesiapa yang bersetuju, membenar dan meluluskan Kalimah Allah dan Bible maka orang itu jatuh kufur”. (Maka UMNO selama ini telah melulus, membenar dan bersetuju kalimah Allah digunakan dalam Bible di Sabah dan Sarawak dan meluluskan kemasukan Bible dari Indonesia yang ada Kalimah Allah). Jadi sesiapa yang menyokong dan mengundi UMNO juga jadi kufur serta merta, semua pahala ibadah hilang dan sia-sia.

Kata Mahathir: “UMNO itu syaitan yang dikenali”. (Ingatlah, syaitan itu kufur dan kafir) oleh itu sesiapa yang sokong dan undi UMNO jatuh kufur dan kafir sertamerta, semua pahala ibadahnya sepanjang hidupnya gugur dan sia-sia).


......
http://tranungkiteoffline.blogspot.com



  Saya Banyak Suka Chef ni lol
Posted on Saturday, May 04 @ 15:52:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline
Sila ke http://tranungkiteoffline.blogspot.com jika TKO mengalami gangguan


Demam IniKaliLah dan ubah merebak di serata Malaysia, tak kira tua atau muda. Tak kira apa pekerjaan. Paling cantik chef ini buat kepada tembikai....


各 位大马朋友请注意!!请告诫身边的公公婆婆,无知的妇孺,尤其是那些没接触互联网而只看电视媒体的报导,报章上非事实的新闻传播的亲朋戚友!!千万别被一 些只会用钱收买人心,无中生有,扭曲事实,用权势气压人民的一群给蒙蔽 !!也请大家提醒他们,他们得到的,原本就是属于自己的,不需要感恩某某团体而做错了选择!!!你们应该让他们知道及打开互联网的信息让他们看真实的一 面!!!那么那些被蒙蔽的一群,才会为这次的大选投下公平,公正的一票!!

请各位把这条信息传发出去!!并第一时间让那群被蒙蔽的一群知道真相!!!请别忽视自己的力量!!大马人!!请勇敢的站起来!!只有团结才是最大的力量!!!PLS SHARE

(Ahli rakan-rakan Malaysia Sila ambil perhatian! ! , Amaran sekitar bapa mertua ibu mertua, kejahilan wanita dan kanak-kanak, terutamanya mereka yang tidak akses kepada Internet dan melihat laporan media televisyen, surat khabar, bukan fakta berita penyebaran kawan dan saudara-mara! ! Jangan hanya menggunakan wang untuk membeli orang daripada apa-apa, memesongkan kebenaran, ditutup mata dengan kumpulan tekanan yang kuat daripada rakyat! ! Sila mengingatkan mereka bahawa mereka dapat, asal mereka sendiri, anda tidak perlu Kesyukuran kumpulan tertentu dan pilihan yang salah! ! ! Anda harus membiarkan mereka tahu dan membuka Internet supaya mereka boleh melihat bahagian sebenar! ! ! Maka orang-orang yang buta oleh kumpulan, akan dibuang ini pilihan raya yang adil dan hanya satu undi! !

Sila letakkan pas maklumat yang dihantar keluar! ! Dan kali pertama kumpulan kumpulan itu buta untuk mengetahui kebenaran! ! ! Jangan abaikan kekuatan mereka sendiri! ! Rakyat Malaysia! ! Sila berani dan berdiri! ! Hanya perpaduan adalah kekuatan yang paling besar! ! ! PLS SAHAM)

Tiada ulasan: