Ahad, 5 Mei 2013

BUKAN BODOH CUMA MEREKA TAK TAHU YANG MEREKA BODOH....KESIAN

Hari ini pengundi di atas pagar sibuk berfikir dan membuat pertimbangan
Posted on Saturday, May 04 @ 18:52:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Aspan Alias


Hari ini hari terakhir bagi mana-mana pihak berkempen. Besok hari penentu arah dan hala tuju negara kita setelah semua rakyat yang mengundi menyelesaikan tanggungjawab mereka. Hari ini adalah hari terakhir bagi rakyat yang masih belum menentukan siapa dan pihak mana mereka hendak berikan undi mereka.  Kumpulan ini merupakan kumpulan yang paling penting bagi kawasan yang kemenangan dijangka tipis bagi mana-mana pihak.

“It’s neck to neck!” kata ramai pemerhati dan penggiat politik di kedua-dua belah pihak dan pandangan mereka ini adalah lebih tepat dari pandangan dari mereka yang hanya memandang dari rumah dan ‘internet’ atau media arus perdana. Keadaan berubah dari masa ke semasa dan dari hari ke hari. Mereka yang benar-benar bermain politik selalunya tidak memberikan pandangan mereka dengan emosi dan pandangan yang berat sebelah.

Dalam ratusan mereka yang berhubung dengan saya semalam sahaja, ada diantara penyokong BN yang mengatakan BN terlalu sulit untuk di pertahankan di kawasan mereka dan ada pula penyokong Pakatan Rakyat yang berkata BN masih mengatasi Pakatan Rakyat. Bukan mudah untuk meyakinkan mereka untuk melakukan perubahan ini. Kedua-dua pihak di perincikan dan di nilai oleh semua dalam penentuan mereka yang terakhir seperti hari ini.

Tingkah dan laku pimpinan kedua-dua belah pihak menjadi perhatian rapi dari rakyat. Keghairahan yang ditunjukkan oleh mana pihak akan mengurangkan sokongan ramai kerana keghairahan itu merupakan elemen penting bagi kita mengagak apa yang akan terjadi jika pihak itu memenangi pilihanraya atau mempertahankan kedudukan dalam pilihanraya kali ini.

Contohnya kehadiran Dr Mahathir dan Daim Zainuddin di pentas BN sedikit sebanyak mengurangkan sokongan orang ramai terhadap BN kerana rakyat mempunyai persepsi yang tidak begitu enak pada kedua-dua personaliti ini. Dari membantu BN mereka ini melunturkan sokongan rakyat terhadap parti pemerintah itu. Mereka berdua ini tidak menyedari yang rakyat sudah tidak memandang mereka sebagai pemimpin yang jujur dan ikhlas.

Jika Mahathir benar-benar merupakan orang yang masih berpengaruh, tidak mungkin berlaku ramai ahli-ahli UMNO di bekas kawasan beliau di Kubang Pasu berhijrah kepada PAS sejak dua tiga hari yang lalu. Penghijrahan ini berlaku kerana mereka berfikir yang jika UMNO menang maka orang-orang ini akan mendapat keuntungan terus menerus seperti yang mereka rasakan pada hari ini. Mereka berdua ini merupakan ‘warlords’ yang terbesar dalam UMNO itu.

Di sebaliknya ada juga berlaku penghijrahan sokongan dari pihak Pakatan Rakyat kepada BN kerana perkembangan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat itu sendiri. Kenyataan-kenyataan yang bercanggah-canggah diantara pimpinan parti-parti dalam DAP dan PKR misalnya, menjadikan mereka yang masih lemah sokongan mereka terhadap PR itu kembali memberikan sokongan kepada BN.

Kenyataan dua pimpinan DAP di Johor dan di Kedah yang menyeru rakyat tidak memberikan undi terhadap calon PAS memberikan impak yang bukan sedikit terutamanya bagi mereka yang diatas pagar. Walaupun kenyataan yang berbau perkauman itu telah di tarik balik ia tetap telah memberikan persepsi yang mereka masih lagi membendung sifat perkauman yang menebal.

Ia ditambah pula dengan tindakan DAP tidak menampak dan menzahirkan janji-janji mereka untuk menghilangkan stigma sebagai parti yang hanya untuk orang Cina. DAP tidak memberikan gambaran itu di setiap negeri seperti di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Sejak setahun dahulu, saya telah menjelajah untuk menggambarkan yang DAP itu bukan parti perkauman.

Tetapi akhir-akhir ini ramai yang telah berhubung dengan saya dan telah berpatah balik sokongan mereka kepada BN. Mereka merasakan DAP sudah boleh berdiri diatas kaki sendiri tanpa perlu sokongan dari orang Melayu dan India. Ada yang telah menebal keyakinan mereka yang DAP sudah merasakan mereka sedang berada dalam ‘cloud 9’.

Mereka sudah mula menampakkan keghairahan keterlaluan dan tidak sabar-sabar untuk mendiami pejabat Pusat Pentadbiran Putrajaya. Sudah mula terbit sikap takbur yang tidak terkawal itu di kalangan pimpinan DAP. Kita perlu ingat mereka yang diatas pagar yang senyap dan tidak bercakap ini lah yang sangat penting hari esok. Kita tidak menghalang DAP untuk ke Putrajaya itu tetapi ramai merasakan yang DAP itu akan menjadi seperti ‘si kudung mendapat cincin’ apabila merasakan keenakan kuasa di Putrajaya itu.

Mereka (diatas pagar) akan menjadi kumpulan penentu di kawasan-kawasan yang dijangka akan dimenangi dengan kemenangan tipis oleh mana-mana pihak yang berjaya itu. Kadang kala ramai diantara pemimpin yang terlau banyak bercakap tetapi mereka tidak sedar lebih ramai lagi yang tidak bercakap tetapi sibuk dengan berfikir baik buruknya memberikan undi perubahan kali ini.

Tidak kurang yang menganggap PKR itu adalah DNA kepada UMNO. Itulah sebabnya terlalu banyak perkara-perkara yang berlaku di dalam parti itu sama seperti apa yang berlaku di dalam UMNO itu. Terlalu menggila hendak ke Putrajaya sehingga tidak melihat apa yang ada di kiri kanan jalan ke Putrajaya itu. Saya selalu mengingatkan yang keghairahan yang keterlaluan akan membawa padah kepada diri sendiri.

Kita mesti ingat pemikiran pengundi boleh berubah dalam masa yang sesingkat satu jam sebelum membuang undi mereka.

 TV3 Kantoi Lagi!!! Suruh Rakyat Kelantan Lawan UMNO!
Posted on Saturday, May 04 @ 18:28:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline
Sila ke http://tranungkiteoffline.blogspot.com jika TKO mengalami gangguan


Semalam TV3 menyiarkan dalam bar 'news'nya supaya rakyat Kelantan berjihad melawan pembangkang di Kelantan. Bangang punya Ketua Pengarah, pembangkang di Kelantan adalah UMNO!!

Samada Bangang atau memang sengaja nak perkena Najib serta Muyhidin. Nanti ada yang kena tunjuk sebab kerana buat kerja bangang.

UMNO kalau dah nak mampus, memang semua perkara buatnya tak jadi!

RAKYAT MALAYSIA KENA BANGKIT JIHAD LAWAN UMNO @ BN PENYAMUN WANG RAKYAT!!!!
 Isu Zizan kutuk BN
Posted on Saturday, May 04 @ 18:25:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: DUKUNPASIR

"Apabila kita mendapat satu berita, kita perlu pastikan sumber dan kebenaran berita yang akan kita sampaikan itu samada didalam blog mahupun disebar diruang Facebook atau Twitter. Kegagalan kita mendapatkan maklumat tepat kita BAKAL MENYEBAR FITNAH!



 Walaupun setakat ini Zizan belum menafikan posting beliau ini ....tetapi kita sendiri perlu peka untuk tidak terlalu gelojoh menyiarkan berita. Kesannya kita akan diaggap sama dengan pihak disebelah sana yang memang gemar menjaja fitnah.

Kita juga harus akui dan terima hakikat didalam media sosial seperti Facebook dan Twitter ramai PENYAMAR yang menggunakan NAMA ARTIS ARTIS TERKENAL .
Dan ini juga terjadi pada Zizan......Lihat inilah facebook dan Twitter Zizan Raja Lawak YANG SEBENAR.......



Ini pula "ZIZAN MAHARAJA LAWAK" yang dikatakan mengutuk BN...penulis tak mahu salahkan pemilik ID ni...cuma kita perlu salahkan diri kita yang cuai dan KURANG RAJIN untuk mencari maklumat.


Terlalu banyak kesannya jika kita tidak berhati hati...penulis beri lagi satu contoh KESANnya apabila peminat yang MENGGUNAKAN NAMA ZIZAN ........
 Blog Pro BN buat Cerita Mitos Tun Mahathir.. Maybe Dongeng Rakyat kot!
Posted on Saturday, May 04 @ 18:30:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline
Sila ke http://tranungkiteoffline.blogspot.com jika TKO mengalami gangguan


Saat akhir ini, banyak sangat cerita-cerita fantasi akan dipaparkan untuk menunjukkan kehebatan seseorang. Sebentar tadi terbaca satu dan banyak di 'paste' di facebook, kononnya Tun Mahathir di tembak di Bosnia demi menyelamat umat Islam di sana.

Yang aku hairan bin ajaib kenapa gambar Arafat dipaparkan. Bengong betul blogger UMNO, tak boleh nak bezakan antara Palestine dengan Bosnia Herzegovina.

Aku rasa boleh cerita-cerita seperti ini boleh dibuat sebagai cerita mitos rakyat. Atau kalau dibukukan boleh dibuat sebagai buku cerita untuk kanak-kanak dengan tajuk "CERITA DONGENG RAKYAT BEBAL"

Engkau orang memang tak sabar nak baca apa mitos tersebut!!


TAHUKAH ANDA?? KISAH INI BELUM PERNAH DICERITAKAN DAN INI KALI PERTAMA SAYA MENDENGARNYA..

“Dari segi apa kamu menghukum Tun Dr Mahathir tidak memperjuangkan Islam ? Dari segi apa ? Tun M pernah DITEMBAK di bahu kanan beliau ketika beliau ingin menyelamatkan umat Islam di Bosnia suatu ketika dahulu. Tapi beliau tak nak bgtau sesiapa pun.

Malah, sebelum itu, Beberapa ahli kabinet beliau offer untuk pergi tapi beliau enggan…. Beliau kata “tak pa lah, kalau hangpa mati sapa nak jaga negara, biar saya pi sorang ja”

Kisah ini diceritakan sendiri tentera yang menjaga beliau ketika misi itu. Kuatnya hati beliau. Cekalnya hati beliau. Besarnya hati beliau:

1. Dia lah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” – Tun Mahathir.

3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam di Bosnia.

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin.

5) Dia juga lah pemimpin Islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6) Dia juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.

7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam dimata dunia.

8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9) Dia lah yang ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

10)Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..


11) Bila berbicara soal beliau MMI sudah pasti sebak dan berlinang air mata kerana jasa yang dicurahkannya sudah pasti tidak dapat dibalas.


Siapa dia? Ya.. dialah..


TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia.

Tiada ulasan: