Ahad, 5 Mei 2013

ESOK ADA YANG TAHNIAH....DAN ADA YANG TAKZIAH....BELAJARLAH REDA

PRU13: Mukhriz MB Kedah jika BN menang
8:29PM Mei 4 2013  
Seperti disebut-sebut, anak bekas perdana menteri Datuk Mukhriz Mahathir akan dilantik sebagai menteri besar sekiranya BN berjaya merampas kembali Kedah daripada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 esok.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perkara itu malam ini, tidak sampai 24 jam sebelum peti undi dibuka pada jam 8 pagi esok, lapor Utusan Online.

Langkah itu dipercayai diambil bagi mengukuhkan sokongan BN di negeri Jelapang Padi yang menyaksikan PAS perlahan-lahan meraih kembali popularitinya, memasuki saat-saat berakhir waktu kempen.

Bagaimanapun, jika tersilap langkah, strategi itu mungkin memakan diri apabila terdapat analisis yang mengatakan peluang anak Tun Dr Mahathir itu tidak baik ekoran peningkatan mendadak sokongan masyarakat Cina dan Siam kepada Pakatan akhir-akhir ini.

Malah, PAS dijangka tiada masalah mengekalkan penguasaannya di Ayer Hitam menentang Mukhriz walaupun berbekalkan hanya majoriti 506 undi yang diperoleh dalam pilihan raya umum 2008.

Ini ekoran sentimen antilegasi Dr Mahathir yang masih wujud di peringkat akar Umbi.

Malah, pengumuman Najib juga boleh memakan diri apabila ia berpotensi menimbulkan keresahan penyokong BN yang selama ini dalam diam menyokong ketua perhubungan Umno Ahmad Bashah Nd Hanipah sebagai bakal menteri besar.
Nurul persoal RNC dalam urus niaga RM475j
 
Di saat-saat terakhir kempen, calon PKR Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hari ini membangkitkan soal peranan lawannya di Parlimen itu Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin dalam pembelian 12 ekar tanah bernilai tinggi di Bukit Kiara.

Nurul Izzah mendakwa, tanah itu dipindahkan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada Yayasan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Raja Nong Chik akhir tahun lepas.

Kemudian, dakwanya lagi, ia diberikan kepada syarikat persendirian, yang kemudiannya menjualnya kepada syarikat pembangunan hartanah terkenal dengan nilai RM475 juta.

"Jualan itu akan dimuktamadkan selepas pilihan raya," dakwanya kepada pemberita di Bukit Kiara, hari ini.

Malaysiakini tidak menamakan syarikat swasta itu sementara menunggu komen daripadanya dan Raja Nong Chik sendiri.

Nurul Izzah mendesak menteri pembangunan wilayah dan kesejahteraan bandar itu menjelaskan perancang di sebalik pemindahan hak milik itu dan sama ada Raja Nong Chik terlibat.

"Adakah menteri memberikan arahan itu?" tanya beliau.
 
Usaha terakhir 'kawan lama' Ghani tarik pengundi Cina
 
JOHOR Dalam menghadapi pesaing yang agresif seperti Lim Kit Siang dari DAP yang telah menyemarakkan emosi pengundi Cina dengan dakwaan bahawa perubahan kuasa di peringkat persekutuan boleh berlaku, calon BN bagi Parlimen BN di Gelang Patah, Datuk Seri Abdul Ghani Othman memilih untuk menonjolkan dirinya sebagai "kawan lama" bagi menarik sokongan pengundi Cina.

NONEDalam pusingan terakhir kempen yang mensasarkan pengundi
Cina, menteri besar Johor itu memanggil dirinya "kawan lama" masyarakat Cina, dan beliau telah melaksanakan dasar-dasar yang sederhana dan memberi layanan yang adil kepada semua kaum.

Beliau telah menggunakan istilah "Lao peng you", yang bermaksud 'kawan lama' dalam bahasa Mandarin, kepada masyarakat Cina dalam ceramah-ceramah yang diadakan.

Selain risalah bahasa Cina yang berbunyi "Saya kawan lama anda, saya memahami keperluan anda" dan "Saya kawan lama anda, saya menjaga keluarga anda", beliau membeli iklan warna satu halaman penuh (kiri) di akhbar-akhbar Cina hari ini sebagai "surat terbuka kepada orang Cina dari rakan lama anda Abdul Ghani".

Dalam surat tersebut, Ghani menegaskan bahawa pentadbiran beliau dijalankan berasaskan kepada prinsip zhong yong (sederhana).

Kandungannya antara lain bermaksud: "Iniah sebabnya mengapa budaya dan pendidikan Cina telah diberi perhatian berat di Johor. Sama sepertimana saya telah memberi perhatian kepada keperluan masyarakat lain, saya juga memenuhi keperluan orang Cina.

"Inilah bagaimana kita telah dapat menikmati kemakmuran dan keharmonian di kalangan masyarakat berbilang kaum sejak 18 tahun yang lalu. Dalam begitu banyak cara, kesederhanaan telah menjadi aset kita yang paling kuat di Johor. "
 
 
Pakatan dijangka tebus 5 DUN di Perak
 
PERAK Tidak sampai 24 jam lagi sebelum hari pengundian esok, Pakatan Rakyat dijangka kembali menguasai Perak dengan majoriti muda di samping menambah beberapa kerusi Parlimen.

Perak mempunyai 24 kerusi Parlimen dan 59 Dewan Undangan Negeri (DUN). Pada 2008, Pakatan memenangi 11 kerusi Parlimen dan 31kerusi DUN di negeri itu.

Bagi kerusi DUN, pemerhati berpendapat, bersandarkan faktor pengundi muda, Pakatan dijangka menambah bilangan kerusi dengan memenangi kawasan yang kalah dengan majoriti tipis dalam pilihan raya umum lalu, iaitu Pengkalan Baru, Rungkup, Sungai Rapat, Manjoi dan Selama.

Sementara itu, bagi kerusi yang menang dengan majoriti tipis seperti di Changkat Jering ( 899 undi), Pakatan dilihat akan terus kekal bagi kerusi DUN itu kerana kekuatan calonnya.

NONEDi Changkat Jering, bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (lihat gambar, kanan sekali) sebagai mampu memberi kredit kepada Pakatan memandangkan beliau sebelum ini merupakan ahli parlimen Bukit Gantang.

Selain itu, bagi kerusi yang sebelum ini mengalami masalah calon lompat iaitu Malim Nawar dan Jelapang, Pakatan juga dijangkakan mengekalkan kemenangan di kawasan itu tetapi tidak di Behrang memandangkan berlakunya pertandingan empat penjuru di kawasan itu.

Bagi kerusi Parlimen pula, di Kuala Kangsar, PAS dilihat yakin di kerusi itu memandangkan berlakunya pertandingan tiga penjuru antara Datuk Kamilia Ibrahim (Bebas), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (BN) dan Khalil Idham Lim Abdullah (PAS).

NONEDi Kuala Kangsar dijangka akan berlakunya perpecahan undi BN memandangkan Kamilia (kiri) yang sebelum ini merupakan naib ketua wanita Umno dan ketua wanita Umno bahagian sebelum bertanding sebagai calon Bebas.

Begitu juga di Parlimen Lumut yang sebelum ini dimenangi oleh BN dengan majoriti 298 undi, kawasan yang majoriti penduduknya merupakan askar Tentera Laut Diraja (TLDM) dijangka akan bertukar tangan berdasarkan faktor calon yang bertanding di kawasan itu, iaitu Laksamana Pertama (B) Abdul Imran Abd Hamid - bekas ketua staf logistik Markas Armada TLDM.

Untuk kerusi Parlimen Bagan Datok, Padang Rengas, Grik dan Tambun, pemerhati berpendapat ia akan kekal kepada BN memandangkan kawasan itu merupakan kubu kuat Umno.

Bagaimanapun, terdapat juga kerusi Parlimen yang "50-50" kerana sukar untuk dijangkakan siapa akan menang seperti di Parlimen Larut dan Sungai Siput berdasarkan persaingan sengit antara BN dan Pakatan.

NONEDi Sungai Siput, walaupun PKR menang dengan majoriti sebanyak 1,821 undi pada 2008, ia masih dilihat goyah memandangkan calon BN pada pilihan raya kali ini, SK Devamany mendapat sokongan penuh daripada bekas calon di kawasan itu Datuk Seri S Samy Vellu (kiri Devamany, kanan Samy Vellu) .

Penyandang kerusi itu sebelum ini, Dr Micheal Jayakumar Devaraj dari PKR dilihat bekerja keras di Sungai Siput bagi mengekalkan kemenangannya di kawasan itu.

Di Larut pula, walaupun PAS meletakkan bekas pengarah siasat jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari, ia masih tidak menjamin kemenangan Pakatan di kawasan 89 peratus pengundi Melayu itu.

Fauzi yang akan berdepan dengan penyandang kawasan itu Datuk Hamzah Zainuddin yang sebelum ini menang dengan majoriti 1,911 undi dilihat bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangannya di kawasan itu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut serta turun padang di kawasan itu pada minggu pertama berkempen.
12 DUN dalam genggaman Pakatan di Utara Kedah
 
Tinggal tidak sampai 24 jam sebelum pilihan raya umum ke-13, Pakatan Rakyat dilihat selamat di 12 daripada 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah.

Dengan jumlah itu, Pakatan hanya memerlukan 12 lagi kerusi daripada kawasan-kawasan Selatan, bukan sahaja untuk membentuk kerajaan tetapi juga mendapat majoriti dua pertiga DUN.

Walaupun sebelum ini kedua-dua parti bertanding - BN dan Pakatan - mendabik dada akan menang dengan majoriti dua pertiga, tetapi Pakatan kini dilihat mempunyai kelebihan ekoran pertambahan besar undi Cina dan masyarakat Siam, seperti digambarkan dalam perhimpunan 'Super Friday' di Alor Setar semalam.

NONEDua kelompok masyarakat itu dilihat sebagai penentu kemenangan dalam pilihan raya umum kali ini selain sokongan pengundi muda, kerana sokongan Melayu tidak banyak berubah dan dilihat akan mengekalkan status quo pada 2008.

Sepanjang dua minggu berkempen, pengundi kaum Tiong Hua di Kedah tidak menyatakan sokongan terbuka, tetapi situasi itu berubah dengan perhimpunan besar yang dihadiri pemimpin kanan pembangkang termasuk Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Dengan sokongan itu, Pakatan dijangka mampu mempertahankan sembilan DUN seperti berikut: Ayer Hitam, Kota Darul Aman, Alor Mengkudu, Bukit Lada, Bukit Pinang, Tokai, Kubang Rotan, Anak Bukit dan Pengkalan Kundor.

Di sembilan kawasan ini, peratus komposisi kaum Cina dan Siam cukup signifikan antara enam peratus hingga setinggi 59 peratus.

Mukhriz, Ahmad Bashah tewas?

Manakala, tiga lagi kerusi dijangka dirampas dari tangan BN, iaitu Kota Siputeh, Bakar Bata dan Derga. Ketiga-tiga kawasan itu dimenangi BN dengan majoriti sangat tipis sebelum ini masing-masing dengan majoriti 495, 358 dan 163 undi.

NONEDi Ayer Hitam yang ditandingi Datuk Mukhriz Mahathir (berbaju Melayu biru), susulan berubahnya sokongan masyarakat Siam dan Cina dari BN kepada Pakatan serta sentimen antilegasi Tun Dr Mahathir Mohamad - bapa Mukhriz - PAS dijangka tiada masalah mengekalkan penguasaannya walaupun berbekalkan hanya majoriti 506 undi yang diperoleh dalam pilihan raya umum 2008.

Malah sentimen itu dijangka melimpah ke kawasan sebelahnya iaitu Kota Siputeh.

Di Bakar Bata, gandingan calon mudanya Mohd Eekmal Ahmad, bekas pegawai akhbar ketua pembangkang dilihat bergandingan baik dengan calon Parlimen, juga dariapda PKR Gooi Hsiao Leung dan mampu menumbangkan 'calon heavyweight' BN Ahmad Bashah Nd Hanipah.

NONESementara itu, BN pula mampu mengekalkan enam kerusi di Utara Kedah, iaitu Air Hangat, Kuah, Jitra, Bukit Kayu Hitam, Kuala Nerang dan Pedu. Tiada kerusi DUN dijangka dapat dirampas oleh BN.

Di Kuala Nerang dan Pedu, BN dijangka mengekalkan sokongannya ekoran kegagalan PAS mengembangkan sokongannya kepada masyarakat bukan Melayu - trend yang berlawanan dengan tempat-tempat lain di Utara Kedah.

Sejumlah kira-kira 2,500 pengundi Siam di Padang Terap. Usaha PAS membentuk Dewan Perhimpunan Penyokong PAS dari kalangan masyarakat Siam dilihat tidak mencukupi. Wujudnya kebimbangan mengenai "ketulenan sokongan" masyarakat Siam.

Sudah menjadi rahsia umum mengenai kebimbangan akar umbi PAS - sejak pertengahan kempen pilihan raya - mengenai situasi dua DUN bawah Padang Terap yang disandang oleh calon PAS Mohd Nasir Zakaria yang bakal menghadapi pertarungan sengit ditentang bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid yang masih berpengaruh.
 
 
Anwar singgah di Lembah Pantai bantu kempen Nurul
8:30PM Mei 4 2013  
GALARI FOTO
LEMBAH PANTAI - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim singgah di Lembah Pantai malam ini untuk memberi lonjakan sokongan kepada anaknya Nurul Izzah dalam usahanya untuk mempertahankan kerusi Parlimen tersebut.
Berucap kepada kira-kira 12,000 hadirin, Anwar berkata beliau datang ke Lembah Pantai kerana beliau mendengar bahawa pengundi yang diragui akan mengundi di situ melalui pos, atau diterbangkan ke situ.

Di samping itu, beliau mendakwa bahawa pengerusi BN telah menamakan Nurul Izzah sebagai salah satu daripada tiga pemimpin muda Pakatan Rakyat yang mesti dikalahkan "dengan apa cara sekalipun."

Sehubungan itu, Anwar menggesa orang ramai keluar mengundi awal dan selepas itu, mereka hendaklah memantau pusat pengundian.

Menurutnya, tiada siapa pun yang berhak untuk merampas kemenangan daripada mereka.

Selepas itu, Anwar beredar untuk menaiki pesawat untuk menghadiri dua lagi ceramah di Pulau Pinang.

Dua jam sebelum itu, Anwar berucap dalam ceramah di Tambun, Perak selepas menyampai ucapan di Pulau Pinang sebelumnya.

Nurul Izzah, berdepan dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin dari BN.

Lembah Pantai mempunyai seramai 72,533 pengundi yang terdiri daripada 55 peratus Melayu, 23 peratus Cina dan 20 peratus India.

Jumlah itu menyaksikan pertambahan 15,883 pengundi baru berbanding dengan  daftar pemilih bagi kawasan parlimen tersebut pada 2003.
Anwar: Jangan subahat musnahkan dokumen k'jaan
 
Sehari sebelum pilihan raya, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa 13 juta pengundi di seluruh negara supaya memangkah dengan keyakinan, keberanian dan bervisi.

Katanya, keputusan yang dibuat akan membawa Malaysia ke era baru, justeru mengundilah dengan kekuatan dan galakkan anggota keluarga dan sahabat handai terlibat sama.

NONEBercakap dalam sidang media di Kubang Semang hari ini, Anwar juga mengucapkan terima kasih kepada penjawat awam atas dedikasi dan perkhidmatan membantu melancarkan perjalanan kerajaan.

Beliau juga menggesa mereka tidak terlibat memusnahkan atau menyorokkan dokumen kerajaan jika Pakatan Rakyat berjaya merampas Putrajaya daripada BN selepas hari pengundian esok.

"Tolong jangan bersubahat dengan mana-mana pihak untuk mengganggu kelancaran peralihan kuasa kerana ia bertentangan dengan undang-undang," kata Anwar.

Tiada ulasan: