Sabtu, 11 Mei 2013

MEMANG SAKIT DIFITNAH...FITNAH DAH TREND POLITIK SEKARANG...BAGAIMANA GENG2 JADI MANGSA FITNAH...TAK KESIAN KE...AGAK2 SAPE KAKI FITNAH...

KENYATAAN RESMI PKR: PERLANTIKAN MENTERI BESAR SELANGOR
Posted on Saturday, May 11 @ 10:25:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: setisab

"Pakatan Rakyat telah bersetuju supaya Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang untuk  diangkat sebagai Menteri Besar Selangor dan meneruskan khidmat cemerlang beliau menerajui pentadbiran kerajaan Negeri Selangor sebelum ini.

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim Menteri Besar Selangor

Parti KEADILAN Rakyat memanjatkan rasa syukur kami ke hadrat Allah SWT di atas kejayaan Pakatan Rakyat mempertahankan negeri Selangor dalam Pilihanraya Umum ke-13 baru-baru ini. Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kami dan rakan-rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat terhadap para pengundi khususnya dan rakyat negeri Selangor amnya kerana telah memberikan kepercayaan mereka kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui kerajaan negeri Selangor buat penggal yang kedua.

Bagi pihak KEADILAN, saya juga ingin merakamkan penghargaan kami kepada pimpinan Pakatan Rakyat negeri Selangor, juga kepada jentera ketiga-tiga Parti KEADILAN, PAS dan DAP yang telah bertungkus lumus dan penuh komited dalam amanah yang dipikul untuk memastikan kepercayaan rakyat Selangor terus diberi kepada Pakatan Rakyat.

Wajah-wajah desperado dalam KEADILAN (PKR)

Kejayaan ini juga disambut dengan penuh rasa tawaddhu’ dan rendah diri, terutama dalam proses untuk menamakan seorang Menteri Besar bagi memimpin kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam pentadbiran negeri. KEADILAN sesungguhnya amat berbesar hati dan menghormati sokongan oleh PAS dan DAP yang telah bersetuju supaya jawatan Menteri Besar Selangor dinamakan dari Parti KEADILAN Rakyat.

Berteraskan kepada prinsip konsensus dan rundingan serta semangat kesetiakawanan dan kerjasama yang selama ini telah tersemai dalam Pakatan Rakyat, KEADILAN telah mengangkat dua (2) nama dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri KEADILAN yang berjaya memenangi kerusi mereka dalam pilihanraya umum Negeri Selangor baru-baru ini kepada pimpinan PAS dan DAP untuk dibincang secara bersama dengan KEADILAN bagi memilih salah seorang daripada mereka untuk dinamakan sebagai Menteri Besar Selangor.

PAS dan DAP, menerusi Presidennya Yang Berhormat Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya Yang Amat Berhormat Tuan Lim Guan Eng masing-masing telah bersetuju supaya Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang untuk  diangkat sebagai Menteri Besar Selangor dan meneruskan khidmat cemerlang beliau menerajui pentadbiran kerajaan Negeri Selangor sebelum ini.

KEADILAN dengan ini menyeru supaya keseluruhan rakyat Negeri Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya untuk terus menggembeling semangat kerjasama dan setiakawan antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit yang telah selama ini ditunjukkan, bagi terus memastikan agenda perubahan rakyat  dapat diteruskan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat.

Sekian, terima kasih.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT

10 MEI 2013

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya
Kita LAWAN TETAP LAWAN pengkhianati SPR terhadap hak dan suara rakyat"


 Kita Nak Otak Bukan Kaki - Ustaz Hadi
Posted on Saturday, May 11 @ 00:04:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline


Saya dikhabarkan oleh PA Ustaz Azizan Abdul Razak, abg Muzaini Azizan bahawa ketika kehadiran Tuan Guru Haji Hadi di Hospital Pulau Pinang yang kebetulan juga turut dihadiri oleh Menteri Besar baharu Kelantan pada petang kelmarin sebelum ustaz masuk bilik pembedahan pada jam lebih kurang 3 petang.

Keputusan untuk melakukan pembedahan ke atas kaki dibuat setelah Tuan Guru memanggil kesemua pakar bedah untuk bertanyakan kepada mereka apakah kesan yang berlaku sekiranya Ustaz Azizan Abdul Razak tidak segera melakukan pembedahan, rata-rata doktor menyebut ianya akan membuatkan jangkitan kuman akan terus merebak ke bahagian otak (tak selamat) dan sekiranya pembedahan segera dibuat peratus untuk pulih hanya 20%.

Dua pilihan yang sangat berat.

Dengan pantas serta ketegasan yang ada pada Tuan Guru Haji Hadi, beliau mengambil keputusan untuk segera dilakukan pembedahan ke atas kaki ustaz Azizan, sambil disaksikan oleh 2 orang isteri ustaz dan ada yang tidak bersetuju di atas keputusan tersebut lalu Tuan Guru menyebut,"kita nak OTAK ustaz Azizan untuk memacu jamaah PAS, bukan kita nak kaki tersebut..nak buat macam mana, itu semua ujian Allah SWT"



Note:
Catatan oleh: Ibnu al-Khams (Pegawai Kompleks PAS Kedah)



.....

Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com

  Ustaz Azhar, Salahudin, Mustafa & Tan Sri Muhammad Taib
Posted on Saturday, May 11 @ 00:02:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline

Ceramah oleh Ustaz Azhar Idrus di Perkarangan Masjid Rusila pada Majlis PASCA PRU13 pada 8 Mei 2013.





Salahudin, Mustafa & Tan Sri Muhammad Taib lihat di bawah.








Elaun bisp (bi)akan di potong.?
Posted on Friday, May 10 @ 23:59:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: ocean

"

Aku dengar keharmonian dr kekawan elaun guru bahasa Inggeris sk dan sm akan di potong ?  Kemungkinan bermula  dengan gaji bulan july so ???? Aku rasa2 ia ya akan berlaku kerana elaun bisp mt dan Sc dah lama di berhentikan...

Agak2 nya kerajaan dah tak duit nk bayar gaji guru bisa Inggeris, apa oh kerajaan dah lah ramai rakyatnya menyokong begini pula balasan d kerajaan BN?

Sememangnya nye kerajaan BN sebuah kerajaan ya amat2 zalim dan gila kuasa."




Citer Pasal Ibrahim Ali

Posted on Friday, May 10 @ 19:33:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline

Selepas PRU semua orang bertanya pasal Ibrahim Ali. Ke mana sebenar Ibrahim Ali ini?

Note:
Ada orang minta cari  cuba cari Zul Nordin...
(kelik gambar untuk besarkan..)


.......

Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com


Ibrahim Ali Letak Jawatan Sebagai Presiden PERKASA !

Perkasa tolak perletakan jawatan Ibrahim Ali

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini sebulat suara menolak peletakan jawatan Datuk Ibrahim Ali sebagai presiden pertubuhan itu.

Sebaliknya, Ahli Dewan Tertinggi (ADT) Perkasa bersetuju melanjutkan tempoh cuti beliau sehingga Persidangan Agung Tahunannya sebelum Disember ini.

Timbalan Presidennya Datuk Abd Rahman Abu Bakar berkata ADT dan semua ahli pertubuhan itu berharap Ibrahim terus memimpin Perkasa bagi meneruskan perjuangan mempertahankan agenda Melayu dan Islam yang semakin mencabar.

"Kami mengharapkan beliau segera kembali meneruskan perjuangan dan kami berdiri teguh di belakang kepimpinannya," katanya pada sidang media selepas mesyuarat ADT di sini.

Pada Selasa lepas, Ibrahim, yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Ahad lepas, menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada setiausaha agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali dengan alasan mahu memberi laluan kepada pemimpin lain menerajui pertubuhan itu.

Dalam pada itu, Abd Rahman berkata Perkasa mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di atas kejayaan Barisan Nasional (BN) mendapat mandat rakyat dalam PRU13. - Bernama
UMNO yang licik....
Posted on Friday, May 10 @ 16:54:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: notan

"Assalamualaikum, ketika sebelum PRU 13 lagi , ramai sahabat yang bertanya saya apakah PR boleh menang?Jawaban standard dari saya, PR boleh menang berdasakan gelombang perubahan yang melanda negara tetapi macam biasa UMNO ini licik, jadi tidak boleh konfiden sangat selain bangkit qiam mohon pertolangan ALLAH.

Dalam kes Terengganu, saya percaya rakan rakan dalam jemaah sudah melakukan yang terbaik samada dari segi usaha, dakwah dan doa.Keputusan PRU 13 menjadi bukti segalanya.Tidak kurang juga sumbangan rakan rakan dalam PERANTAU yang mana kemuncak sumbangan mereka ialah mengerakkan pengundi yang berada di luar kembali mengundi.Saya juga melihat tren yang agak sama di negeri negeri lain walaupun kita kalah tanpa diduga.

Kelicikan UMNO sebahagiannya masih diizinkan dan sebahagiannya digagalkan ALLAH, kerana itu masih terdapat Bangla dan warga asing berjaya mengundi dan masih mampu SPR menipu dengan berbagai cara.Kita pasrah dan redha semuanya kerana dengan keizinan ALLAH, UMNO dapat menipu.Tetapi kita tidak boleh putus asa dengan pertolongan ALLAH.Kita insaf masih ada lagi perkara perkara yang menyebabkan kita tidak diizinkan ALLAH memerintah negeri dan negara seperti kata seorang sahabat dari PAS Termerloh dulu, orang Islam masih tidak layak memerintah, sebab itu ALLAH tidak bagi kemenangan lagi(sekarang Termerloh sudah dimenangi PAS).
Atas keinfasan itulah kita mesti teruskan usaha sambil muhasabah diri untuk mencari kelemahan iman yang mungkin terlepas pandang.Yakinlah kemenangan tidak datang sendiri tetapi diberi oleh ALLAH, dan kekalahan tidak bermakna perjuangan berakhir di sini.Saya teringat pula sebuah hadis yang antara lain bermaksud, Jihad akan terus berlangsung sehingga umat ini memerangi Dajal, ianya tidak terhalang oleh pemerintah yang adil...........(kalau tak silap riwayat Abu dawud).
Usaha terdekat ialah petisyen pilihanraya, sama samalah kita berusaha dan berdoa agar ALLAH yang berupaya membalik balik hati manusia akan membalikkan hati si hakim seandainya mereka diarah untuk menolak petisyen tersebut.
Walau bagaimana licik sekalipun UMNO tidak semestinya akan terus bertahan dengan menipu.Sampai masa UMNO akan hancur juga.Seandainya kita terpaksa berdepan dengan PRU 14, kesilapan tahun 2004 jangan diulang,kawasan yang sudah dimenangi harus dijaga  dengan mengambil kira kelicikan UMNO yang tidak pernah berakhir.Jangan lalai dan istiqamahlah dengan amal ibabat.Cukuplah ALLAH sebagai pelindung dan penolong. 
Asri: 'Mereka apikan isu perkauman langgar ajaran Islam'
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
11 Mei 2013
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
TINDAKAN sesetengah pihak mengapi-apikan isu perkauman kebelakangan ini adalah perbuatan jahiliah yang diharamkan syarak. Ia boleh mengundang kemusnahan masyarakat dan negara terutama negara 'multiracial' seperti Malaysia ini . Ia akan menimbulkan pelbagai sangkaan dan penilaian yang mungkin tidak berasaskan fakta yang benar. Lantas akan menimbulkan ketegangan dan pergaduhan yang tidak berasaskan prinsip kebenaran, sebaliknya atas 'prejudice' perkauman.

Antara perkara yang ditentang oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah sikap fanatik perkauman ataupun ‘asabiah' yang menilai kebaikan dan keburukan berdasarkan kaum bukan prinsip kebenaran dan keadilan. Islam adalah agama rentas kaum dan sempadan geografi. Keadilannya Islam itu melebar merentasi perbezaan pemikiran dan agama.

Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir sama ada untuk dia menjadi Arab, atau Melayu, atau Cina atau India atau selain itu. Ia adalah ketentuan ALLAH, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang. Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya.

Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil. Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu. Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu. ALLAH menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya) “dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. dan tiadalah Kami (ALLAH) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra, ayat 15).

Maka, perjuangan apapun yang mahu ditegakkan, hendaklah menilai setiap insan berdasarkan kepada akhlaknya, bukan titih keturunannya. Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua. Sabda Nabi s.a.w: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani). Jika hal ini tidak diteliti, perkauman atau racism akan berlaku. Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah. Diskriminasi seperti ini pernah berlaku di Amerika, sehingga Martin Luther King dalam pidatonya yang terkenal ‘I have a dream’ menyebut: “I have a dream that my four little children one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character”.

Tujuan ALLAH menciptakan berpuak dan berbangsa agar saling kenal mengenali antara satu sama lain. Firman ALLAH: (maksudnya) (maksudnya): Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13). Lihat dalam ayat ini, ALLAH memanggil “Wahai manusia!”. Panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggil perkauman atau fanatik keturunan. Kata Sayyid Qutb dalam menafisrkan ayat ini: “Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan ALLAH. Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu”. (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Cairo: Dar al-Syuruq).
Maka, haram bagi seorang muslim meniupkan api perkauman yang menzalimi pihak yang tidak bersalah hanya kerana warna kulit ataupun keturunannya. Wajib kita mempamirkan keindahan kesejagatan Islam kepada semua pihak supaya keindahan Islam dapat diterima oleh manusia.

* Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis dan pensyarah di Universiti Sains Malaysia

Kebangkitan Pemuda Islam shared Perakite: Rakyat Sepakat Perak Berkat's photo.
PESANAN MANGSA FLASHMOB BERDARAH, ADIK AMIRUZ

Salam ..terima kasih kpd admin dan sahabat2 yg byk memberi sokongan moral kpd saya ..perjuangan sy ini adlh pjuangan yg kerdil utk menegakkan Islam dbumi Malaysia dan utk mncari keadilan dlm negara yg telah mncalarkn sistem demokrasi.hebat lg pjuangan Rasulullah dan Para Sahabat ..jd ..sy mohon shabt2 ..agar jgn pernah sesekali serik berjuang ..jgn sesekali berhenti dlm berjuang menegakkan syiar Allah dibumi Malaysia ini ..ingt ..perjuangan kita belum selesai ..marilah sama2 kita mngangkat yg haq ..dan menumbangkan kebatilan ..ssungguhnya apabila kita mnghayunkan pedang di jalan Allah ..maka Allah ada bersama2 kita ..teruskan perjuangan sahabat2 !!
Allahhuakbar 
Reformasiii!!
PESANAN MANGSA FLASHMOB BERDARAH, ADIK AMIRUZ

Salam ..terima kasih kpd admin dan sahabat2 yg byk memberi sokongan moral kpd saya ..perjuangan sy ini adlh pjuangan yg kerdil utk menegakkan Islam dbumi Malaysia dan utk mncari keadilan dlm negara yg telah mncalarkn sistem demokrasi.hebat lg pjuangan Rasulullah dan Para Sahabat ..jd ..sy mohon shabt2 ..agar jgn pernah sesekali serik berjuang ..jgn sesekali berhenti dlm berjuang menegakkan syiar Allah dibumi Malaysia ini ..ingt ..perjuangan kita belum selesai ..marilah sama2 kita mngangkat yg haq ..dan menumbangkan kebatilan ..ssungguhnya apabila kita mnghayunkan pedang di jalan Allah ..maka Allah ada bersama2 kita ..teruskan perjuangan sahabat2 !!
Allahhuakbar
Reformasiii!!

[Panas] Nong Chik Kaji Saman Izzah

Timbalan Pengerusi Penyelaras BN Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Nurul Izzah, berikutan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau dan keluarga sepanjang kempen PRU khususnya.

Raja Nong Chik berkata, langkah tersebut bertujuan bagi membersihkan imej dan maruah keluarga yang terjejas dek isu dimainkan pihak pembangkang itu.

“Saya dalam kajian untuk ambil tindakan undang-undang kerana sudah banyak fitnah yang ditimbulkan dan menjadi bahan kempen mereka (PKR).

“Malah, sehari sebelum hari pengundian juga dia (Nurul Izzah) membawa isu mengaitkan saya dengan tanah Bukit Kiara yang langsung tiada asas,” katanya pada pertemuan bersama media, di Pusat Khidmat Masyarakat BN Lembah Pantai, Bangsar, di sini, semalam.

Raja Nong Chik menyifatkan, tindakan pihak pembangkang memainkan isu fitnah terhadap beliau sebagai satu bentuk kempen yang tidak bersih meskipun secara terang beliau membidas tohmahan yang dilemparkan dengan fakta dan bukti jelas.

“Mereka mahu proses kempen dijalankan dengan bersih tetapi apa yang mereka lakukan ini langsung tidak menggambarkan cara yang bersih, sering timbulkan provokasi.

Jika ini berterusan, saya lihat masa depan Malaysia tidak cerah,” katanya.

Ketika ditanya berkenaan rancangan beliau meneruskan khidmat sebagai senator sekiranya dilantik kembali meskipun gagal menawan kerusi Parlimen Lembah Pantai, beliau menyifatkan ia lebih sesuai diterajui pihak lain yang memenangi kerusi parlimen.

Katanya, tidak timbul isu ‘tawar hati’ namun tidak mahu hal tersebut (menjadi senator) menjadi bahan pihak pembangkang.

“Pada saya, semuanya terpulang kepada perdana menteri, namun untuk menjadi menteri saya rasa tidak sesuai, saya akan bincang dengan perdana menteri sekiranya ditawarkan, tetapi sebenarnya saya berat (hati) kerana lebih sesuai dipilih dalam kalangan wakil rakyat.

“Melainkan jawatan itu tidak ada kena mengena dengan kapasiti sebagai ahli parlimen dan boleh membantu BN, saya akan pertimbangkan,” katanya.

Mengulas berhubung kegagalannya menawan kerusi parlimen itu, Raja Nong Chik menyifatkan ia bukan penamat kerjaya politik beliau kerana beliau akan meneruskan khidmat dan perjuangan di Lembah Pantai meskipun tidak memegang sebarang jawatan menteri.

Beliau merasakan, faktor utama kekalahan beliau adalah apabila isu karakter lebih dipandang serius sesetengah pihak berbanding kerja dilaksanakan di kawasan itu.

“Saya tidak marah mereka, tetapi mungkin kerana mereka tidak tinggal di kawasan ini mereka tidak sedar akan kemajuan yang saya lakukan sebaliknya hanya terpengaruh dengan cerita buruk mengenai saya melalui laman web dan media sosial.

“Saya akan terus berkhidmat untuk Lembah Pantai atas kapasiti Ketua Umno Bahagian dan memperjuangkan golongan yang perlu diperjuangkan,” katanya.~ Sinar
Pas Cawangan Taman Mewah shared Gelombang Anak Muda Tolak Umno/Bn - TOLAK's photo.
Ramai orang kerap mempersoalkan perhimpunan rakyat. Katanya ganas, merosakkan harta awam, memalukan negara di mata dunia n macam2 kata mereka.

Ada juga yang kata, daripada berhimpun lebih baik buat solat hajat atau ceramah agama yang lebih ilmiah.

So anak muda nak tanya, perhimpunan konsert jom heboh (hampir setiap bulan) anjuran tv3/bn tu tidak merosakkan akhlak muda mudi ke?

Perhimpunan 1M4U tu berjaya memartabatkan belia ke?

Perhimpunan dengan artis2 seksi dijemput dari luar negara seperti konsert gangnam dan sebagainya itu adakah perhimpunan ilmiah?

Perhimpunan menonton Raja Lawak, Akademi Fantasia, Anugerah Bintang Popular dan lain2 program hiburan adakah itu meningkatkan iman dan lebih baik dari solat berjemaah?

Mohon pencerahan dan penjelasan.
p/s pelik bila ada ibu bapa mengatakan perhimpunan rakyat ini semua agenda mendidik masyarakat terrorist, tetapi sibuk bawa anak isteri ke konsert2 artis seksi seolah2 pengisian konsert itu boleh membawa ke syurga.untuk renungan bersama.

#Gunakan agama untuk salahkan orang, bukan politik anak muda!
Ramai orang kerap mempersoalkan perhimpunan rakyat. Katanya ganas, merosakkan harta awam, memalukan negara di mata dunia n macam2 kata mereka.

Ada juga yang kata, daripada berhimpun lebih baik buat solat hajat atau ceramah agama yang lebih ilmiah.

So anak muda nak tanya, perhimpunan konsert jom heboh (hampir setiap bulan) anjuran tv3/bn tu tidak merosakkan akhlak muda mudi ke?

Perhimpunan 1M4U tu berjaya memartabatkan belia ke?

Perhimpunan dengan artis2 seksi dijemput dari luar negara seperti konsert gangnam dan sebagainya itu adakah perhimpunan ilmiah?

Perhimpunan menonton Raja Lawak, Akademi Fantasia, Anugerah Bintang Popular dan lain2 program hiburan adakah itu meningkatkan iman dan lebih baik dari solat berjemaah?

Mohon pencerahan dan penjelasan.
p/s pelik bila ada ibu bapa mengatakan perhimpunan rakyat ini semua agenda mendidik masyarakat terrorist, tetapi sibuk bawa anak isteri ke konsert2 artis seksi seolah2 pengisian konsert itu boleh membawa ke syurga.untuk renungan bersama.

#Gunakan agama untuk salahkan orang, bukan politik anak muda!



Jangang Tebeng shared Izuwan Arc Golok's photo.
Seperti sedia maklum, tarikh hari ibu pada tahun ini adalah jatuh pada 12 Mei 2013.

Jom dengar apa kata Nasihat Ustaz Azhar Idrus :

Ustaz Azhar Idrus : "Hari ibu ialah hari Mother Church/Ibu Gereja Kristian. Siapa nak sambut, silakan. Siapa takut rosak akidah, jangan sambut"

SHARE / KONGSI jika anda rasa perkara ini penting dan bermanfaat
Seperti sedia maklum, tarikh hari ibu pada tahun ini adalah jatuh pada 12 Mei 2013.

Jom dengar apa kata Nasihat Ustaz Azhar Idrus :

Ustaz Azhar Idrus : "Hari ibu ialah hari Mother Church/Ibu Gereja Kristian. Siapa nak sambut, silakan. Siapa takut rosak akidah, jangan sambut"

SHARE / KONGSI jika anda rasa perkara ini penting dan bermanfaat
Pas Cawangan Taman Mewah shared Isu Politik Semasa's photo.
sejuk mata memandang

@[501640423197151:274:ADMIN MACHO]
sejuk mata memandang
Pemuda Pas Kota Raja and 3 other friends were tagged in Abdullah Dot My's photo. — with Bus Man and 16 others.
Sudahkah anda  " menghitamkan " diri anda hari ini ??? 

#505 BLACKOUT
#DEMOCRACY IS DEAD

SENYUM
Sudahkah anda " menghitamkan " diri anda hari ini ???

#505 BLACKOUT
#DEMOCRACY IS DEAD

SENYUM

Tiada ulasan: