Sabtu, 11 Mei 2013

BERKHIDMATLAH UNTUK RAKYAT...JADILAH KHADAM RAKYAT...BLA BLA...JANGAN KEBAS DUIT RAKYAT...JANGAN TIPU RAKYAT...MEMBELIT PROJEK UNTUK RAKYAT....APA TAK TAKUT MASUK NERAKA KE

Pengerusi SPR jadi jurucakap UMNO
Posted on Friday, May 10 @ 23:56:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: senik

"Assalamualaikum,, Pengerusi  SPR seperti biasa menjadi jurucakap UMNO dalam menjelaskan atau menafikan sebarang dakwaan penyelewengan pilihanraya di negara kita.Kali ini pengerusi UMNO cuba memperbodohkan rakyat apabila menegaskan penambahbaikan daftar pemilih dan daftar yang digunakan adalah bersih dan sah menurut undang undang.Katanya penggunaan 12 digit nombor IC tidak mungkin membolehkan warga asing didaftarkan.Pengerusi SPR nak jadikan rakyat Malaysia bodoh dengan kenyataan seperti itu.

Memanglah warga asing yang memilik IC negara mereka tidak akan dapat didaftarkan.Semua orang tahu pasal itu.Tetapi isu yang dipertikaikan ialah warga asing yang di antara mereka masuk secara haram diberi IC tanpa mengikuti undang undang yang sah.Jadi kalau warga Bangla umpamanya yang sudah diberi IC oleh JPN tidak akan bermasalah untuk didaftarkan sebagai pemilih, itu isunya yang tidak langsung disentuh oelh SPR.Pengerusi SPR sebelum ini berkata mereka tidak mempunyai kuasa menghalang pendaftaran sesiapa yang memilik IC tanpa mengira IC tersebut dikeluarkan kepada warga negara yang ada surat beranak atau kepada pendatang haram yang masuk tanpa dokumen yang sah atau masuk dengan permit kerja yang sah atau yang dibawa masuk oleh UMNO.Tetapi SPR mempunyai kuasa penuh untuk mengubah peraturan pilihanraya mengikut sesuka hati mereka.Ini yang dipertikaikan.
Satu hal lagi yang tidak diberitahu ialah pendaftaran dibuat oleh ejen UMNO secara tidak dikawal langsung, ada pendaftaran express yang membolehkan warga asing yang tidak layak diberi kewarganegaraan mengundi secara express.Bayangkan ada warga negara didakwa kerana memecahkan cermin Bas yang membawa warga asing ke pusat pengundian sedangkan warga asing tersebut terlepas.Undang undang apa ni?
Inilah yang tidak diperkatakan oleh pengerusi SPR dan perkara inilah yang memalukan bagi SPR kerana SPR sebagai badan bebas seharusnya boleh menyoal sebarang individu yang memiliki IC yang meragukan sekalipun IC tersebut dikeluarkan oleh JPN.
Satu hal lagi yang memalukan kita semua ialah apabila pengerusi SPR cuba mengajar rakyat tentang sistem pilihanraya negara dengan berkata kerajaan dibentuk oleh majoriti mudah berdasarkan bilangan kerusi jadi undi popular tidak boleh diambil kira, tanpa menyatakan kemungkinan undi popular dan bilangan kerusi yang tidak konsistan kerana adanya manupulasi undi di kawasan kawasan tertentu.Untuk itu sepatutnya penyiasatan menyeluruh perlu dijalankan bagi memastikan perbezaan ini adalah tulin.Itu yang disembunyikan oleh pengerusi SPR yang boleh menyebabkan kekacauan dalam negara kerana hakikatnya sokongan kerajaan secara keseluruhannya sudah kurang dari separuh jumlah pengundi.
Pengerusi SPR tidak kisah mengenai risiko kekacauan kerana dia ditugaskan untuk menjadi jurucakap UMNO di mana tugasnya ialah untuk memberi sebab kepada semua kejadian penipuan semasa mengundi.Untuk rekod, rakyat Malaysia terdiri dari warga negara yang baik, kalau berlaku di negara lain, sudah tentu ada yang mati demi demokrasi yang diperjuangkan! 

 PASCA PRU13: PAS Bersikap Rezeki Secupak Tak Jadi Segantang?
Posted on Saturday, May 11 @ 10:27:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: AntiKarat

"

Aku tak pasti benarkah dakwaan bahawa Dewan Ulama PAS tidak sealiran dengan tindakan DSAI untuk mengadakan perhimpunan Black 505 bagi membantah penipuan yang berlaku dalam PRU13. Dikatakan juga PAS menerima keputusan PRU13 dengan hati yang terbuka. Aku tak nak ulas sesuatu yang aku belum pasti atau berita yang belum jelas kesahihannya.

 Namun izinkan  aku nyatakan persepsi aku terhadap pemimpin PAS dalam hal ini. Pada PRU11  2004 PAS jelas kalah di Terengganu atas penipuan atau manipulasi daftar pemilih. Dan kini PAS/PR  kehilangan Kedah dan gagal mengambilalih Perak dan Terengganu juga kerana manipulasi daftar pemilih, ditambah dengan dakwat tak kekal dan peristiwa lampu padam ketika pengiraan undi.

Dalam kedua-dua situasi itu, PAS meminta pengikutnya redha atas apa yang berlaku. Terimalah keputusan PRU13 seadanya. Lantas harapan palsu yang baru terus disemboyankan agar ahli PAS menunggu kemenangan pada PRU14 pula. Aku mengatakan ini ‘harapan palsu’  kerana selagi itulah SPR-nya, itulah padang demokrasinya, maka benarlah  Ketua Pemuda PAS yang berkata secara sinis bahawa kita memerlukan ‘undi Malaikat’ untuk menang.

Aku masih berpegang kepada pendirian redha yang aku fahami. Yakni aku redha apa-apa sahaja yang ditentukan Allah. Contoh yang aku berikan ialah sekiranya aku kecurian, aku redha atas musibah itu. Namun aku tetap berusaha menjejaki pencuri untuk mendapatkan balik wang aku. Kalau jumpa, aku akan minta wang aku dengan baik. Kalau tak diberi, aku akan bawa dia ke balai polis. Kalau melawan, itulah masa yan sesuai untuk aku pukul kepalanya.

Cara pemimpin PAS yang terdiri daripada ulama memahami maksud redha lain pula. Terimalah seada-adanya walaupun kita ditipu dan kemenangan kita dirompak. Sabar sajalah. Aku rasa ini tak betul dengan konsep redha yang diajarkan kepada aku selama ini. Sedarkah kita bahawa yang kalah kerana ditipu itu, bukan kita secara peribadi. Yang kalah kerana ditipu itu ialah perjuangan Islam. Yang tak dapat ditegakkan kerana kalah ditipu ialah hukum-hakam dan keadilan Islam. Yang tidak dapat dizahirkan kerana kalah ditipu itu ialah keindahan Islam. Apakah kemarahan kita tidak mampu bangkit apabila perjuangan ini dikalahkan dengan secara begini?

Aku percaya majoriti ahli PAS bersama dengan cara DSAI membangkitkan isu ini. Beliau sedar bahawa demokrasi di Malaysia ialah demokrasi palsu. Harapan PRU14 adalah harapan palsu. Cuma buat masa ini belum ada pemuda di Malaysia yang berani ‘membakar diri’ dalam menuntut keadilan dan kebebasan sepertimana yang berlaku di Tunisia dan Mesir. Jika ada, adakah individu itu akan dihentam oleh ulama PAS sebagai kufur nikmat kerana tidak redha dengan ketentuan Ilahi?
Aku terdidik dengan peribahasa songsang budaya Melayu, “rezeki secupak tak jadi segantang”. Para ustaz dan alim ulama telah mengajar aku betapa hodohnya peribahasa itu. Tetapi hari ini, aku bagai disuruh untuk berpegang dengan ‘rezeki secupak tak jadi segantang’. Aku canggah ‘penipuan’ ini. Aku redha sekiranya kalah secara jantan, telus dan adil. Tetapi apabila dikalahkan secara tipu dan tidak adil, aku redha bersama kebangkitan untuk membela atas tumbangnya sebuah perjuangan Islam.


 Saya kenal YB Tanjung Lumpur...
Posted on Saturday, May 11 @ 10:31:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: zley

"Seketika dahulu saya sempat belajar di Pekan. Selalulah juga menginap di rumah rakan di kawasan perkampungan nelayan Tanjung Lumpur. Seketika berehat di beranda ternampak memerang dengan berani berkawan dengan kita tanpa takutnya. Kawasannya indah tetapi masih mempunyai ciri-ciri perkampungan.

Tersentak dalam hati alangkah indahnya kalau wakil PAS menang di sini. Maklumlah apabila pembangkang pegang pasti majulah kawasan itu.  Seperti Bandar-bandar besar calon dari dulu hingga sekarang lebih kepada pembangkang.  Sampai juga kemajuan walhal lebih maju dari yang mereka sendiri tadbir.

Kini….. memang sudah lama saya menanti.  Saya pasti YB Ustaz Rosli Abdul Jabar adalah wakil mereka yang terbaik. Mulakan masuk kampung ustaz. Rakan-rakan saya akan cuba membantu Insya Allah. Kami akan pastikan Tanjung Lumpur milik kita selamanya.  Bukan jauh pun dengan Pekan. Semoga angin kemenangan sampai ke Pekan seperti tahun-tahun dahulu. Terus ke Rompin, Bera dan Temerloh serta seluruh Negeri Pahang.
Untuk makluman kita Ustaz Rosli Abdul Jabar memang terkenal dengan jenaka lawaknya di dalam ceramahnya. Ayah saya baru lepas kemalangan dan hampir 3 bulan tidak kenal siapa pun termasuklah saya. Tapi bila sebut sahaja Ustaz Rosli Abdul Jabar sudah pasti memorinya masih teringat jenaka tentang beruk menyimpan makanan di dalam mulut sedangkan saya sendiri pun terlupa jalan ceritanya.” Begitulah gembira kami di Negeri Pahang bila mendengar calon-calon kita menang”. Kata seorang kakak kepada saya.
Rupanya inilah harta yang ada pada YB Ustaz Rosli Abdul Jabar. Itupun terbaca dalam Facebook milik beliau.
“Rumah Harga 50K buat ansur-ansur selama hampir 12 tahun, dibina di tanah yang telah diwaqafkan kepada Maahad Tahfiz Darul Fikri, la ni pun tak siap lagi. Kereta wish orang wakaf. Harga tak tahu, sebab orang yang bagi tak bagitau. Maahad Tahfiz Darul Fikri dibina dengan duit orang ramai (harta wakaf). Pendapatan bulanan tak tentu, hanya sumbangan mengajar. Terkadang bawa jamaah umrah. Seorang isteri dan 11 anak (Inilah harta yang saya punya, harganya tak ternilai, ditukar dengan seisi dunia pun saya takkan tukarkan.”
Semoga YB menjadi wakil kepada rakyat Tanjung Lumpur yang paling terbaik..


 Setelah 6 hari PRU 13
Posted on Saturday, May 11 @ 10:35:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: IbnuSabah

"

Sedih, pilu, duka, gembira dan berbagai-bagai perasaan dirasai oleh rakyat yang cintakan kebaikan, keadilan, kebenaran, keamanan, kebajikan dan keberkatan.

Apapun segalanya tertakluk pada qada qadar yang ditentukan oleh Allah Ta'ala. Kita sebagai insan yang serba serbi lemah dah berikhtiar, berusaha tungkus lumus, berdoa dan bertawakkal kepada-Nya.

Alhamdulillah, kita semua bersyukur dan bertasbih kepada Allah Ta'ala kerana telah mengurniakan sebahagian kemenangan kita dalam perjuangan politik dalam Negara ini, walaupun dalam keadaan padangnya yang tidak sama rata.
Kemenangan Pakatan Rakyat dengan menambah kerusi parlimen dari 82 PRU 12 2008 kepada 89 kerusi PRU 13, mempertahan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang.
Kemenangan memperolehi undi popular 5.5 juta daripada 13.3 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi (tak masuk pengundi hantu, warga asing dan undi yang dieksploit oleh SPR yang tak bebas itu), berbanding undi BN 5.2 juta (termasuk undi hantu, warga asing, undi dieksploit oleh SPR untuk menangkan calon umno/BN)
Tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah mengundi calon-calon Pakatan Rakyat PAS/PKR/DAP dan rakan-rakan yang bergabung bersama Pakatan Rakyat.
Tahniah kepada YB Pakatan Rakyat seluruh Negara yang menang, semoga dapat memberi khidmat terbaik dan lebih baik kali ini.
Pesan Nabi Muhammad sallaLlahu alaihissalam: "Orang yang lebih baik hari ini daripada hari kelmarin adalah orang yang beruntung. Orang yang hari ini dengan hari kelmarin sama saja adalah orang yang rugi. Dan orang yang hari ini lebih buruk daripada hari kelmarin adalah orang yang celaka"
Rakyat mendambakan dan menunggu-nunggu perkhidmatan wakil rakyat mereka dengan lebih baik, tawaduk, amanah, adil, mesra dan berkebajikan. Jangan seperti para pemimpin umno/BN yang menjadikan gelaran YB umpama tuan dan raja yang mahu disembah rakyat.
Pesan Nabi Muhammad sallaLlahu alaihissalam, para sahabatnya dan para ulama yang ikhlas, sesungguhnya jawatan sebagai pemimpin itu adalah amanah dan pemberi khidmat kepada rakyat dibawah.
Insya Allah, watak para wakil rakyat Pakatan Rakyat rata-rata mereka merupakan golongan yang berwatak Saidina Umar ibn Al-Khattab radhiayaLlahu anhu yang bersedia meredah malam yang gelap gelita melihat kesusahan rakyat.
Cuma kita terasa sedih dan pilu bila Kedah terlepas kepada kumpulan penyamun tarbus. Bagaimanapun kita berdoa akan ada para pemimpin umno/BN di Kedah dapat melihat kepimpinan dan keberkatan kepimpinan Pakatan Rakyat Kedah dibawah teraju Al-fadhil Ustaz Azizan Razak yang telah berikhtiar sungguh-sungguh mentadbir negeri Kedah walaupun ditekan dan diserang berbagai-bagai fitnah.
Harapan kita kebaikan dan keberkatan kepimpinan Ustaz Azizan dan exconya selama 5 tahun mentadbir negeri Kedah akan terus mengalir di bumi Kedah, walaupun umno/BN yang pegang. Harapan kita tiada lagi songlap sana songlap sini untuk kayakan pemimpin umno/BN dan anak beranak dan krooni-krooni mereka.
Kita semua berdoa moga Ustaz Azizan Razak dikurniakan kesembuhan dan kesihatan untuk terus berbakti untuk agama, bangsa dan Negara, khasnya untuk negeri Kedah dan sekalian rakyatnya.
Apapun kita teruskan usaha, tekad, tawakkal. Perjuangan menegak kebenaran, keadilan dan kebaikan ini tidak akan berakhir dengan habisnya PRU 13. Ada banyak lagi kerja kita sehingga tertegakkan keadilan, kebaikan dan kebenaran di dalam negeri dan Negara kita.
Saidina Ali bin Abu Talib karamaLlahu wajhah: "Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun dengan sempurna".
Ini sebenarnya yang kita semua hadapi. Pakatan Rakyat bersungguh mahu melaksanakan keadilan dan kerajaan yang terbaik. Akan tetapi kita berhadapan dengan sebuah parti umno/BN yang banyak kebatilan, rasuah para pemimpinnya, kronisme, mensonglap harta, wang rakyat, negeri dan Negara untuk memperkaya diri, anak beranak dan krooni mereka melampau-lampau.
Sekian.
SELAMAT BERJUANG HINGGA KE AKHIR HAYAT
HIDUP MULIA, MATIPUN MULIA
ALLAHU AKBAR!!!!!!!!!!!!!
REFORMASI!!!!!!!!!


 Ayuh! Betul Langkah Mulai Sekarang
Posted on Saturday, May 11 @ 10:23:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: Juruharoh

"

USIA saya sekarang 55 tahun. Jika dipanjangkan umur PRU yang ke 14, usia saya 60 tahun. Walaupun saya hanya sekolah setakat darjah enam, tapi saya banyak dapat ilmu dari pembelajaran sendiri, melalui pembacaan buku-buku dan tidak segan silu belajar dari anak-anak yang berpendidikan lebih tinggi dari saya.

Dalam perkembangan politik tanah air, saya sempat merasai zaman Parti Kapal Layar (PERIKATAN) hinggalah tertubuhnya Barisan Nasional (BN) semasa Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri. Saya buat kali pertama mengundi, ketika mula-mula Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri. Ketika itu tidak terlintas dihati saya untuk mengundi parti lain selain BN.
Tanpa pengetahuan ilmu tentang pentadbiran negara, saya rasa rakyat akan susah jika BN tidak memerintah. Dari mana nak dapat duit? Ini kerana duit yang membangunkan negara adalah duit BN, tanpa mengetahui yang duit itu duit rakyat. BN parti yang memerintah diamanahkan untuk membelanjakan duit berkenaan. Maknanya jika parti lain yang menang, duit tersebut bukan boleh BN bawa lari, tapi kena serah amanah pada parti lain untuk menguruskan perbelanjaan negara.
Dan saya mula rasa benci pada BN, bila PAS memerintah Kelantan. Benci kerana sikap pemimpinnya yang memburuk-burukkan Kelantan. Kenyataan Tun Mahathir yang merendah-rendahkan undang-undang Islam yang cuba diperkenalkan di Kelantan serta memperkecil-kecilkan kemampuan Datuk Nik Aziz mentadbir Kelantan, mendekatkan saya pada PAS. Dan sejak dari situ saya tak pandang lagi pada BN tapi tabik pada PAS.
Malangnya setiap kali pilihanraya, saya tidak mimpi yang pengaruh PAS boleh melangkau jauh seperti sekarang ini. Alasan saya adalah PAS hanya mampu bertapak di Kelantan dan Terengganu saja. Ini kerana dari segi sejarah PAS pernah memerintah kedua negeri tersebut. Di negeri-negeri yang majoriti penduduk Melayu kurang dari 80 peratus PAS susah nak bertapak.
Orang-orang bukan Islam walaupun tak suka pada BN, tapi mana-mana tempat ada calun PAS dan BN bertanding mereka tak akan pangkah PAS. Samada mereka tak mengundi atau dengan rasa berat hati terpaksa juga pangkah calun BN.
Dalam erti kata lain selagi PAS dan DAP membawa haluan masing-masing calun-calun BN memang mudah menang. Hatta ada orang kata, kalau letak lembu yang bertanding guna lambang dacing ditempat yang ada BN, PAS dan DAP bertanding, BN akan menang.
Dalam hati saya kenapa PAS dan DAP tak boleh bekerjasama seperti BN yang didalamnya terdapat UMNO,MCA, MIC dan beberapa parti lain. Saya pernah menulis surat pada Ustaz Fadhil Noor selaku presiden PAS (yang saya yakin surat itu mungkin dibakulsampahkan kerana saya hanyalah orang kampung biasa) tentang kerjasama tersebut.
Setelah Anuar Ibrahim dipecat dari UMNO dan di penjara dan keluar dari penjara, beliau telah ambil inisitif menubuhkan Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, DAP dan KEADILAN (iaitu parti serpihan UMNO), saya mula nampak pengaruh PAS semakin berkembang dan mula diterima oleh orang-orang bukan Melayu.
Ini dapat dilihat pada PRU ke 12. Dan pada PRU ke 13 yang baru berlalu sebak dada saya bila melihat orang-orang Cina dan India tak segan silu mengibarkan bendera PAS. Maknanya mereka sokong PAS atas dasar gabungan Pakatan Rakyat.
Dalam hal ini PAS tentunya tidak boleh mendabik dada yang mereka sekarang ini telah maju ke depan. Andai kata PAS terus bersendirian, saya rasa ianya tidak ke mana.
Bagi menghadapi PRU ke 14, ingatan saya pada Pakatan Rakyat (PAS,DAP dan KEADILAN) langkah hendaklah mula dari sekarang. Pembahagian kerusi dan kawasan calun dari parti mana yang akan bertanding perlu ditentukan lebih awal. Kenal pasti dari sekarang calun-calun yang berpotensi untuk bertanding. Jangan tunggu disaat akhir. Meminimakan sebanyak mungkin perselisihan faham antara pimpinan dalam parti dan juga dalam gabungan pakatan rakyat.
Salah satu sebab kelemahan Pakatan Rakyat yang saya nampak yang turut menyumbang kekalahan calun-calun Pakatan Rakyat terutama PAS dan KEADILAN ialah mereka membuat keputusan tentang pembahagian kerusi disaat akhir. Itulah yang berlakunya pertindihan.
Disamping itu pemilihan calun-calun yang main tangkap maut yang seperti KEADILAN letak di Terengganu amatlah merugikan.
Saranan saya bagi negeri-negeri yang rakyatnya 80 peratus Melayu, biarlah PAS saja yang bertanding seperti Terengganu dan Kelantan.
Pada pimpinan PAS, DAP dan KEADILAN, banyaklah meniliti komen-komen orang ramai dalam blog Pro Pakatan Rakyat atau akhbar yang tidak terlalu condong pada BN, kerana saya rasa ini adalah satu maklumat balas yang amat penting.

Pas Cawangan Taman Mewah shared Markaz pas fb's photo.
SANGGUPKAH BN ?
BAIK paksa diri je untuk sanggup , kelak BN jadi pembangkang pun dapat merasa sama nikmat keadilan dan kebebasan bersuara yang pernah dilaksanakan oleh partinya ..

Disunting dari : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kit-siang-ketua-pembangkang-perlu-setaraf-menteri-dalam-pembaharuan-parlimen

[Admin 'TM]



Perhubungan Pas Pulau Pinang shared Syabab PAS - Original's photo.
LIKE DULU YE..PLZ SUPPORT --> https://www.facebook.com/syabab.malaya
Yakini BN ~ Merakyatkan Ekonomi Rosmah!!!
LIKE DULU YE..PLZ SUPPORT --> https://www.facebook.com/syabab.malaya
Yakini BN ~ Merakyatkan Ekonomi Rosmah!!!


Jangang Tebeng shared Izuwan Arc Golok's photo.
Seperti sedia maklum, tarikh hari ibu pada tahun ini adalah jatuh pada 12 Mei 2013.

Jom dengar apa kata Nasihat Ustaz Azhar Idrus :

Ustaz Azhar Idrus : "Hari ibu ialah hari Mother Church/Ibu Gereja Kristian. Siapa nak sambut, silakan. Siapa takut rosak akidah, jangan sambut"

SHARE / KONGSI jika anda rasa perkara ini penting dan bermanfaat
Seperti sedia maklum, tarikh hari ibu pada tahun ini adalah jatuh pada 12 Mei 2013.

Jom dengar apa kata Nasihat Ustaz Azhar Idrus :

Ustaz Azhar Idrus : "Hari ibu ialah hari Mother Church/Ibu Gereja Kristian. Siapa nak sambut, silakan. Siapa takut rosak akidah, jangan sambut"

SHARE / KONGSI jika anda rasa perkara ini penting dan bermanfaat
 

Tiada ulasan: