Isnin, 6 Mei 2013

KEBANYAKAN NALURI MANUSIA MEMANG SUKA NAK JADI BOSS...TAPI INGATLAH SEMUA BOSS AKAN DITANYA TENTANG KEPIMPINANNYA DIDUNIA

Nik Aziz: Lepas jawatan faktor usia, kesihatan

6 Mei 2013
Nik Aziz
Nik Aziz
KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatan sebagai menteri besar Kelantan atas permintaannya sendiri dan mendapat restu kepimpinan Pas Pusat.

Menteri Besar Kelantan yang baharu, Datuk Ahmad Yakob berkata Nik Abdul Aziz, 82, yang juga Mursyidul Am Pas membuat keputusan melepaskan jawatan yang disandangnya selama 23 tahun sejak 1990 itu atas faktor usia dan kesihatannya yang sering uzur.

"Bukan sahaja rakyat Kelantan, saya sendiri terkejut tetapi ini permintaan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dan direstui pimpinan Pas Pusat," katanya kepada pemberita selepas selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan di hadapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Istana Negeri, Kubang Kerian di sini hari ini.

Pada istiadat itu juga, Anggota Dewan Undangan Negeri (Dun) Panchor Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan manakala sembilan anggota Dun mengangkat sumpah sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Ahmad, 63, yang juga anggota Dun Pasir Pekan, berkata beliau bersama barisan Exconya akan cuba mentadbir negeri ini sebaiknya bagi memenuhi kehendak rakyat termasuk golongan muda.

Ahmad juga berterima kasih kepada Nik Abdul Aziz yang memberi kepercayaan kepadanya dan berharap beliau akan terus memberi bimbingan kepadanya.

Pada pilihan raya umum ke-13 semalam, Pas menguasai 32 kerusi Dun  berbanding Barisan Nasional (BN) yang menang 12 kerusi manakala PKR satu kerusi.

Ahmad, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas I Kelantan, menang kerusi Dun Pasir Pekan dengan mengalahkan calon BN Nik Noriza Nik Salleh dengan majoriti 5,644 undi. - Bernama

 Ahmad Yakob MB baru Kelantan
Posted on Monday, May 06 @ 20:36:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Rosmika Kasim



KOTA BHARU - Timbalan Pesuruhjaya Pas 1 Kelantan, Datuk Ahmad Yakob hari ini dilantik sebagai Menteri Besar baru Kelantan menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memutuskan untuk tidak lagi memegang jawatan yang disandangnya sejak 23 tahun lalu.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas III negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah dilantik sebagai timbalan menteri besar bagi menggantikan Ahmad.

Majlis pelantikan  dan angkat sumpah diadakan di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri.

Ahmad yang juga Adun Pasir Pekan secara rasmi dilantik sebagai menteri besar baru selepas mendapat perkenan Tuanku.

Dalam perkembangan sama sembilan ahli mesyuarat kerajaan negeri turut mengangkat sumpah termasuk tiga muka baru

Antara nama baru yang dil ahli baru ialah Adun Demit, Mumtaz Md Nawi; Adun Bunut Payong, Dr Ramli Mamat dan Adun Pengkalan Pasir Hanifa Ahmad serta bekas Speaker Dun, Nasuruddin Daud.

Selain itu, Datuk Anuar Tan Abdullah, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman;Datuk Fatah Mahmood, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Datuk Dr Fadzli Hassan dikekalkan


 Cerita warga kerja Bangla, ada lebih 5 ribu Bangla mengundi!
Posted on Monday, May 06 @ 22:23:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,Petang tadi sempat berbual dengan seorang warga kerja Bangla, katanya dia menerima panggilan talipon dari kawannya mengatakan lebih 5 ribu Bangla sudah mengundi semalam.

Kesemua yang mengundi dibayar dan katanya lagi BN berjanji akan menambah RM1000.00 kalau menang.Lumayan bagi seorang Bangla yang sanggup bersubahat memenangkan BN dan duit yang dibayar itu sebenarnya  duit rakyat.

Itu info terpencil dari seorang Bangla yang  menyuarakan kebimbangannnya mengenai kemungkinan seluruh warga kerja Bangla yang ada di Malaysia akan dihantar pulang kalau PR menang.Serta kemungkinan mereka yang tidak terlibat akan jadi mangsa kemarahan rakyat Malaysia.

Kita menyatakan ini sebagai bukti tambahan kepada wujudnya warga asing yang mengundi di mana jumlahnya jauh melebihi apa yang dinyatakan oleh warga kerja Bangla tadi.Walaupun orang UMNO apatah lagi pemimpinnya tidak akan percaya dengan bukti bukti jenis ini dan tidak sesekali mengaku adanya warga asing yang diberikan IC dengan tujuan membanyakkan jumlah undi kepada BN.Membanyakkan undi BN bukan terhad pergi ke tempat mengundi sahaja, ia juga termasuk memberi undi dalam karung karung simpanan yang akan digunakan apabila berlakunya black out di pusat penjumlahan undi.Hantu bukan setakat yang zahir nampak di tempat mengundi tetapi turut terdapat dalam karung karung kuning yang tidak kelihatan.

Entah berapa ramai jumlah sebenarnya warga asing digunakan untuk mengundi.Ianya menjadi satu pola pengundi yang mampu menahan gelombang tsunami walaupun tsunami Cina tidak mampu ditahannya seperti pengakuan Najib sendiri.Satu pola yang nyata, warga asing dibawa ke tempat pengundi majoriti melayu sebagai back up kepada undi melayu bawah tempurung dan kalau tidak mampu menambah undi BN di situ maka hantu hantu karung akan dibawa masuk ketika dewan black out.Itu mungkin yang berlaku kepada DUN Kemasik, Terengganu apabila akhirnya calon BN menang walaupun keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PAS menang.Tindakan SPR ini ada justifikasinya kerana kalau DUN Kemasik dimenangi PAS maka kedudukannya seri di Terengganu.Penulis ada mendapat maklumat ada satu lagi DUN di sebelah Marang turut mencacatkan keputusan tidak rasmi memihak kepada PAS tetapi akhirnya calon BN disahkan menang.Kalau maklumat ini benar, ada kemungkinan PAS yang sepatutnya menang di Terengganu dan sekali lagi justifikasi SPR mungkin mahu menyelamatkan kerajaan BN Terengganu.
Begitu juga yang berlaku di Bentong, SPR terpaksa membawa masuk hantu hantu karung ketika black out bagi menyelamatkan Adnan Yakob dari terpaksa memotong telinganya.
Berbalik kepada bukti yang kita dedahkan ini, UMNO pasti tidak akan percaya selagi tidak bersumpah laknat macam Saiful dan beberapa pemimpinnya termasuk Mat Said.Bagi mereka tidak ada undi hantu kerana semua pengundi mesti ada IC, walaupun muka mereka muka Bangla atau Nepal atau bangsa asing lain, walaupun mereka tak reti berbangsa melayu dan tidak tahu menyanyikan lagu negara ku, itu tidak penting asalkan mereka ada IC.Itu saja yang UMNO mahu tahu.Tapi semasa Sulu masuk menceroboh Lahad Datu dulu, tidak pula mereka bertanya apakah mereka ini ada IC atau tidak walaupun Sulu membunuh polis dan tentera kita.
Hampeh....... 

 Kerusi MB Terengganu, Ahmad Said Deman Panas!
Posted on Monday, May 06 @ 19:44:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: mohdnoorawang

"

Kerusi menteri besar Terengganu penyandangnya Dato' Ahmad Said mungkin diganti dengan nama baru dikalangan wakil rakyat BN/UMNO yang menang PRU13.  Ahmad Said dan barisan nasional Terengganu gagal mendapat 2/3 dalam dewan negeri (DUN) . BN/UMNO Terengganu hanya mendapat 17 kerusi DUN, dan PAS/PR mendapat 15 DUN.pada PRU 13 .

Ramai dikalangan pemimpin BN/UMNO Terengganu meramalkan Ahmad Said mendapat tentangan hebat dari pehak tertentu untuk duduk dikerusi menteri besar buat kali yang kedua.
Dikalangan wakil rakyat UMNO yang menang DUN mendaoat perhatian pehak tertentu ialah wakil rakyat DUN Seberang Takir sebagai calun yang disukai oleh pehak tertinggi di Negeri Terengganu bakal calun menteri besar Terengganu.
Peristiwa atau isu siapa menteri besar Terengganu kembali hangat diantara wakil rakyat BN/UMNO. Peristiwa 2008 berulang kembali. Dikhabarkan atau padang dengar pehak tertinggiTerengganu tidak berminat lagi pada Ahmad Said untuk dijadikan menteri besar Terengganu.
Kita tunggu siapa yang gagah dan sisap pula yang rebah tersunggur. BN/UMNO Terengganu nyawa nyawa ikan PRU13. Hampir tumbang. Padam dengan muka Ahmad Said.


 Ahmad Razif Ganti Ahmad Said Menteri Besar Terengganu??
Posted on Monday, May 06 @ 20:34:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline


Seperti PRU lalu, UMNO Terengganu sedang berlaga menentukan calon Menteri Besar. Team Mat Said dan Team Deris Jusoh sebelum ini telah didamaikan oleh Najib sebelum PRU-13. Nasib baik berdamai, kalau tidak Terengganu sudah pasti dapat kepada PAS semula.

UMNO Terengganu tak mahu Mat Said, walaupun Mat Said Bossnya. Mereka kata Mat Said harus bertanggungjawab atas kemenangan tipis UMNO di Terengganu. Mereka nak muka baru.

Muka baru yang ada hanya Ahmad Razif.

 
 



Ahmad Razif dilihat lebih protokol daripada Ahmad Said yang cakapnya merapu, haru biru.. kata orang kuat team yang nak jatuhkan Mat Said.

Sekarang mereka sedang 'takir menakir' (perang) antara satu sama lain. Nampak gaya lambat jugalah Terengganu dapat Menteri Besar.

Kedua-dua pihak di'khabar' akan berjumpa Najib di Kuala Lumpur untuk menyelesaiakan masalah. Adakah Mat Said yang 'samseng toih' dapat menyepak semua lawannya, kita tunggu dan lihat.

PAS kena buat sesuatu untuk ambil kesempatan ini.



.......
Abbas Mohd Noor
abbas.mohdnoor@gmail.com
http://tranungkiteoffline.blogspot.com 

Siapakah Bakal MB Terengganu?
Posted on Monday, May 06 @ 19:46:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: BayangDiAir

"UMNO dapat 17 kerusi dan PAS dapat 15 kerusi. Maka UMNO jugalah pemenangnya. Bila menang, MB dari puak dialah. Besar kemungkinan Mad Said kekal sebagai MB.

Tapi jangan tolak kemungkinan orang lain jadi MB. Mana tahu ada main tarik tali antara kem beliau dengan kem Deris Jusoh. Mad Said dok gagoh sekarang. Kalau puak Deris ugut nak sokong PAS, serabut perut tungging nyior abang Mad kita.

Macamana pula perkiraan bapak dia di KL tu? Mungkin inilah masa sesuai Najib perbetulkan UMNO Terengganu. Mungkin cari jalan fair and square. Tapi jenis Mad Said ni bukan boleh main dengan dia. Jenis terajang orang sebelum jatuh. Masa nak jadi MB 2008 dulu pun dia dok takut ke geng Deris Jusoh. Inikan pula dah ada kuasa dan team yang agak kuat.
Tapi doksoh buat bengkeng sangat Abang Mad. Geng Deris Jusoh peduli apa? Orang Besut gedebe jugok. Kalau mu nampok pongoh sangat, aku boleh join dengan PAS. Kalau PAS nak beri aku jadi MB, aku dok kira. PAS nak dua kerusi sahaja. Geng aku bila-bila masa boleh melompat sekadar 2 orang tu.
Geng Deris Jusoh dok berani nok buat sampai begitu? Nung, bapok di KL jeling tu. Hendak tak hendak, Mad Said kena turut retet kehendak kem sana. Biar patah kuku sikit. Dok tahulah pulok, kut-kut Najib nak orang lain sungguh. Dalam keadaan sekarang, Najib jangan buat hal. Kang naik MB dari PAS kang. Terimalah seadanya. PAS dok main ikut pintu belakang. Tapi kalau ada ADUN BN yang nak seiring dengan PAS, silakan.
Kalaulah mati seorang ADUN BN, ditakdirkan pula PAS menang pilihanraya kecil, guana jadi Terengganu kita. Sama banyak 16 lawan 16. Siapa yang pening kepala nak tentukan kerajaan? Nak main one two zoom? Bodohlah kata Ustaz Azhar. Patut-patutnya dah diadakan persempadanan semula dan pertambahan Parlimen dan DUN di negeri kita ni. Tapi nak buat guana, UMNO kira perut dia. Itulah parti perut; parti gerakan, dok gerok dok makang, kata puak dia.
Last sekali, apa kata pula Tuanku Sultan? Adakah Tuanku masih berkenan dengan Mad Said? Ampun Tuanku.

 Pasca PRU 13 : Tahniah buat calon 1 per sepuluh !
Posted on Monday, May 06 @ 19:45:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: tokpepijat

"

Mari kita pakat ucap tahniah kepada calon ini atas "kemenangan" dan keyakinannya menjadi MP pada 5 Mei .

Ucapan anda bolehlah melalui sms @ email.

Jika teruja sangat untuk berjumpa dengannya untuk ucap tahniah secara "live" jangan lupa bawa bunga.

klik ini utk lihat wajahnya yang "warak" .

Pasca PRU 13 : Tahniah buat calon 1 per sepuluh !"

Tiada ulasan: