Isnin, 6 Mei 2013

BILA KITA MEMILIH SATU2 PARTI...MAKA DASAR DAN CARANYA KENA TERIMA DAN TANGGUNG

Najib takut tsunami Cina tapi tidak bimbang langsung dengan tsunami Bangla!
Posted on Monday, May 06 @ 19:41:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: notan

"Assalamualaikum, Najib menyalahkan pengundi cina kerana gagal mendapat majoriti 2/3 dan berkata tsunami Cina yang menjadi pola pengundian bahaya kepada negara.Satu lagi ugutan Najib kepada orang Melayu yang sudah memberi kelebihan undi kepadanya.Tetapi ada satu lagi pola  pengundian yang membantu undi Melayu memberi kemenangan majoriti mudah kepada Najib ia itu warga asing yang didominasikan oleh Bangla.

Warga asing yang keluar mengundi bukan dongeng atau cerita hikayat Melayu lama tetapi hakikat sebenar yang berlaku di hari mengundi, malah ada Bas Bas kerajaan yang mengangkut mereka.Kenapa Najib tidak sebut mengenai pola ini dan kenapa tiada langsung kebimbangan Najib akan bahaya jangka panjang yang boleh disebabkan mereka?

Pengundi melayu yang percaya dakyat Najib dan UMNO dan memberi undi kepada UMNO adalah kumpulan melayu yang malang, tidak berinformasi dan tinggal di bawah tempurung.Mereka tidak kisah dengan kehadiran Bangla bersama bangsa asing lain yang beratur untuk mengundi bersama mereka, janji pangkah dacing seperti Bangla.
Kenapa perlu takut kepada bangsa Cina yang sudah sah menjadi warga negara, yang lebih perlu ditakuti ialah Bangla yang disahkan menjadi warga negara setelah berjanji akan mengundi UMNO/BN walaupun tidak boleh berbahasa Melayu, tidak tahu lagu negara ku, tidak ambil kisah dengan semangat cintakan negara yang bukan negara mereka.
Najib dan kuncu kuncunya bermati matian menafikan adanya warga asing yang diberi hak mengundi walaupun ditunjukkan bukti bukti yang nyata malah ada pula yang datang kepada PR menuntut wang yang dijanjikan BN kepada mereka.Namun tidak ada kata Najib, kata SPR dan kata pencacai tegar UMNO.
Orang Cina yang menolak UMNO dan Najib yang perlu ditakuti melayu dan PAS mesti keluar dari PR dan bergabung dengan UMNO demi survival Melayu, itu dakyah mereka tetapi langsung mereka tidak terasa bimbang dengan ancaman warga asing yang melimpah masuk walupun negara baru sahaja dikejutkan oleh pencerobohan yang asalnya dilayan sebagai warga negara segera untuk mengundi.
orang Melayu yang mengundi UMNO tidak pernah belajar dari pengalaman pencerobohan yang mengorbankan anggota polis dan Tentera kita tetapi sibuk melaungkan semangat 1Malaysia sedangkan warga Bangla langsung tidak tahu menyanyikan lagu negara ku.
UMNO merasa selamat selagi 40 %  Melayu menyokongnya kerana sistem domokrasi yang diamalkan negara  memberi mereka kelebihan untuk menyelitkan pengundi warga asing dan dengan sedikit kerjasama dari SPR dan lain lain agency kerajaan dan GLS seperti TNB, mereka boleh mengatasi PR.Untuk menyakinkan Melayu yang sokong UMNO, maka Najib melemparkan amaran tsunami Cina yang bakal membahayakan negara. 
Licik, ala bidan kampung dan membahayakan kalau Melayu terus percaya dengan mitos seperti ini! 



Ya Tuhan! Apakah yang orang Cina lakukan?

Pandangan Daniel Teoh Tzu Yong, 06 Mei 2013


SEJURUS selepas mengetahui bahawa Barisan Nasional telah memperolehi bilangan kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan, Encik Najib bin Razak telah memberi analisis ringkas beliau terhadap keputusan Pilihan Raya 13. Ia cukup senang: tsunami Cina.

Mungkin ini kerana penasihat-penasihat beliau merasakan dua perkataan ini mampu mengekalkan beliau sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri Malaysia. Kebetulan pula, parti DAP mendapat keputusan yang paling cemerlang dalam sejarah parti itu dan kini menjadi parti pembangkang terbesar dalam Parlimen.

Kita sedia maklum dengan tanggapan BN terhadap DAP: parti Cina chauvinis yang sentiasa mengkritik kerajaan (Melayu) di samping hanya mengangkat agenda-agenda Cina seperti pendidikan sekolah Cina.

Maka dengan dua perkataan ini, Encik Najib berharap mendapat anggukan setuju dan sokongan orang Melayu umumnya, dan ini bertujuan untuk mematahkan sebarang cabaran daripada dalam parti beliau sendiri. Beliau turut disokong oleh Presiden MCA, Dr. Chua Soi Lek yang memberi komen bahawa kini Malaysia mempunyai sistem dua-kaum (two-race system).

Penulis tidak mampu menberi pencerahan terhadap apa yang berlaku semalam, daripada  segi pendakwaan amalan penipuan undi, atau kembalinya undi Melayu ke pangkuan BN. Sudah pasti topik ini menjadi bualan  para penganalisis dan pakar sains politik dalam hari-hari akan datang.

Ramai kawan-kawan penulis yang berbangsa Cina kecewa dan marah selepas mendapat keputusan. Mereka begitu terkilan dengan  komen ‘tsunami pengundi  Cina’ . Bangsa penulis dijadikan senjata oleh Encik Najib dan ini sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan dan ketakutan.

Jadi amatlah sesuai rasanya tajuk cerita ini. Apa yang  orang  telah Cina lakukan?

Dr. Mahathir pernah memuji kaum Cina sebagai lebih pragmatik dan praktikal. Penulis berterima kasih kepada Tun atas pujian tersebut dan akan cuba menjelaskan trend mengundi pengundi Cina, terutamanya yang muda.

Pengundi Cina disuap dengan pelbagai jenis berita rasuah dan salah-guna kuasa tiap-tiap hari di media sosial. Walaupun bukan semuanya betul atau tepat, malangnya kerajaan BN yang lepas ada juga mengaku atas tuduhan kepincangan pentadbirannya.

Isu seperti skandal lembu NFC telah memberi persepsi buruk bahawa kerajaan (bukan parti) dipenuhi kekotoran dan memerlukan perubahan drastik.

BN tidak memahami sentiment anti-rasuah (bukan kerajaan Melayu) ini, maka mereka telah menggunakan taktik pendekatan yang amat salah. Cara seperti mempelawa Psy untuk menyanyi lagu ketika Tahun Baru Cina bukan sahaja tidak menyumbang kepada faktor ‘feel good’ terhadap BN, tetapi mengukuhkan lagi tanggapan pengundi Cina bahawa BN kaya sangat dengan hasil rasuah sehingga Psy pun boleh dijemput macam itu sahaja.

Ketidakfahaman ini juga mengakibatkan Encik Najib menanyakan soalan yang ‘memalukan’ kepada hadirin-hadirin di Han Chiang itu.

Sebagai peringatan, BN wajar mendapat maklumat dan nasihat dari sumber yang lain daripada MCA. Kekalahan teruk parti komponen itu telah menghantar mesej yang jelas lagi teru-terang.

Pengundi Cina juga tertarik dengan penawaran calon-calon yang berkaliber lagi menarik daripada parti-parti pembangkang. Kebanyakan calon-calon  ini merupakan orang yang relatifnya muda, profesional, dan tidak mempunyai bagasi politik. Kebanyakan mereka bersih dan berani untuk berdepan dan menjawab isu-isu yang dibangkitkan.

Calon-calon yang ditawarkan oleh MCA pula terkenal dengan nyanyian dan kelakuan yang memalukan. Malah salah satu calon profesional dari MCA – calon Parlimen Pandan Encik Gary Lim – dikatakan telah melanggar etika peguam dan surat-surat tunjuk sebab yang  dihantarkan kepada beliau telah dibongkarkan oleh Rafizi Ramli.

Persepsi rasuah, cara pendekatan yang salah hasil ketidakfahaman aspirasi pengundi Cina, dan perbezaan kualiti antara calon-calon merupakan penjelasan penulis akan sokongan kuat yang diberikan kepada Pakatan Rakyat.

Wahai Encik Najib, apakah  yang orang Cina telah lakukan?

Analisis awal PPP tentanng keputusan PRU ke 13

Dr Mohd Zuhdi Marsuki, 06 Mei 2013
1. Secara keseluruhan PPP menyimpulkan kekalahan PAS dan PKR di beberapa kerusi sasaran di seluruh negara adalah disebabkan oleh "FENOMENA TERENGGANU 2004", yang melanda seluruh Semenanjung Malaysia.

Yang saya maksudkan "Fenomena Terengganu 2004" ialah pertambahan pengundi baru yang meningkat secara mendadak di beberapa kawasan dan peratusan keluar mengundi yang bertambah lebih 10% di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, 8 - 10% di Pahang dan sekitar 5% di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

2. Dari segi jumlah undi yang diperolehi oleh PAS di kerusi-kerusi sasaran, sebahagian besarnya melebihi sasaran dan meningkat.

Sekiranya peratusan keluar kekal seperti seperti tahun 2008, berkemungkinan PAS akan mengekalkan kerusi di semua kerusi parlimen di Kedah dan Selangor, serta menambah beberapa kerusi yang disasarkan sebelum ini seperti parlimen Arau, Jerlun, Tasik Gelugur, Larut, Kuala Kangsar, Sungai Besar, Tanjung Karang, Jerantut, Jempol dan Pulai.

Oleh sebab itu, PAS dijangkakan boleh memperolehi 38 kerusi parlimen, iaitu 24 kerusi yang sepatutnya boleh dikekalkan, 4 kerusi yang disasarkan dan menang iaitu Sepang, Temerloh, Kuala Nerus dan Dungun, dan 10 kerusi sasaran yang disebutkan di atas.

3. Peningkatan jumlah pengundi yang keluar mengundi ini boleh jadi berlaku disebabkan jentera BN telah mengenal pasti golongan 'pengundi malas" yang tidak keluar dalam pilihanraya-pilihanraya lepas dan telah mengerahkan mereka untuk keluar dengan pelbagai cara.

Bagaimanapun tidak juga boleh ditolak, ada 'pengundi hantu' yang telah keluar bagi pihak 'pengundi malas' sebagaimana berlaku beberapa kes pengundi sebenar yang tidak boleh mengundi disebabkan hak mereka telah digunakan oleh orang lain.

4. PAS berjaya meraih undi lebih baik daripada UMNO bagi golongan muda Melayu, masyarakat Melayu urban, masyarakat kelas menengah Melayu dan golongan Melayu berpendidikan, manakala UMNO dilihat lebih menyandarkan kepada golongan pengundi vateran Melayu dan masyarakat Melayu pedalaman.

5. Sekiranya "Fenomena Terengganu 2004" ini dapat diatasi, PAS dan PKR akan mendapat lebih kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia, dan dengan jumlah tersebut PR dijangka boleh menang dengan majoriti mudah di peringkat persekutuan.

* Penulis adalah Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP).

12 Adun Pakatan ke DUN Pahang

Khairil Abdul Rahim, 06 Mei 2013
TEMERLOH: Pakatan Rakyat (PR) Pahang buat pertama kalinya bakal menjadi pembangkang yang  kuat dan berkesan apabila berjaya menghantar 12 orang wakil ke Dewan Undangan Negeri  (Dun) Pahang, iaitu kurang dua kerusi untuk menafikan 2/3 BN.

(Dua YB baru dari Pahang, Andansura dan Nasrudin)

Daripada 12 kerusi tersebut tiga dari PAS, dua PKR dan tujuh DAP yang dimenangi dalam pilihan raya umum (PRU) 13 semalam.

PAS menambah satu kerusi (Dun) lagi iaitu Tanjong Lumpur di samping berjaya mengekalkan kerusi Kuala Semantan dan Beserah yang dimenangi pada PRU 2008 yang lalu.

Yang Dipertua PAS Kuantan Rosli Abdul Jabar, di Dun Tanjong Lumpur mendapat 9,090 undi mengalahkan lawannya Tengku Zulkifli Tengku Ahmad dengan majoriti 796 undi.

Di Kuala Semantan, penyandang Syed Hamid Syed Mohamad mengalahkan Mohd Anuar Mohd Yunus dengan kelebihan  2,685 undi. Syed Hamid mendapat 12,101 sementara Anuar 9,416 undi,

Aktivis anti Lynas Andansura Rabu di Beserah pula berjaya mendapat 15,346 undi mengalahkan Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota Hazmi Yusof  dengan majoriti besar 3,987 undi.

PKR yang tidak menang kerusi Dun sebelum ini, menghantar wakilnya Lee Chean Chung dari Semambu yang mendapat 14, 753 undi dan Sim Chon Siang dari Teruntum yang memperolehi 12,385 undi. Majoriti masing-masing ialah 3,200 dan 4,437 undi.

DAP yang sebelum ini hanya menang di Triang dan Tras, kini menguasai Tanah Rata (Leong Ngah Ngah: 7,878 undi), Mentakab (Tengku Zulpuri Tengku Puji: 7,882), Bilut (Chow Yu Hui: 8,663), Ketari (Lee Chin Chen: 10,050), Sabai (D. Kamache: 4,439) dan Triang (Leong Yu Man: 10,076) dalam pengundian semalam.

Sementara itu Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah yang sebelum ini bertahan selama lima penggal di Triang berjaya di Tanah Rata mengalahkan calon BN dari MCA iaitu penyandang Datuk Ho Yip Kap.

Leong mendapat 7,878 manakala Ho mendapat 4,734 undi. Setiausaha DAP pula terus unggul di Tras.

DAP yang bertanding tujuh kerusi semuanya, mencipta rekod dengan memenangi semua kerusi ditandingi.

Bagi kerusi parlimen pula PR Pahang berjaya menambah  dua kerusi lagi iaitu Parlimen Temerloh dan Raub. Sebelum ini PKR hanya menguasai Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan Tantawi berjaya mengalahkan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah yang juga penyandang, dengan kelebihan 1,070.

Nasrudin mendapat 28,267 berbanding Saifuddin 27,197 undi.

Apabila Pakatan tak sampai ke Putrajaya

-, 06 Mei 2013



DENGAN keputusan PRU13, telah diketahui Pakatan Rakyat tidak sampai ke Putrajaya. Masing-masing terpaksa balik ke pengkalan sendiri untuk memikirkan lain kali pula ke situ.

Sama ada setuju atau tidak setuju dengan keputusan itu tiada apa yang  dapat dibuat, kerana sistem pilihanraya demokrasi memperaturkan keputusan itu diterima baik apa jua yang berlaku.

Dengan keputusan itu Putrajaya tidak dapat diambil alih. Kerajaan pusat yang sama dan Perdana  Menteri yang sama menyambung tanggungjawabnya.

Dengan ini harga minyak tidak dapat diturunkan dalam masa 24 jam selepas keputusan pillihanraya diketahui. Harga minyak terus seperti biasa. Kerajaan yang ada tidak menjanjikan harganya diturunkan dan tidak pula berjanji ia tidak  akan dinaikkan. Rakyat akan menghadapi keadaan yang sama tentang harga minyak dan segala kesannya.

Tiada janji harga barang dapat dikawal.

Negeri yang  menghasilkan minyak iaitu Terengganu, Sabah dan Sarawak hilang peluang untuk dapat royalti minyak 20 peratus.

Kelantan yang sedang menuntut haknya atas minyak yang dinafikan sejak sekian lama hilang peluang yang segera untuk menyelesaikan tuntutan itu. Bahkan negeri seperti Terengganu tidak  ada jaminan untuk mentadbirkan sendiri royalti lima peratusnya yang dirampas sejak zaman Dr. Mahathir lagi.

Harapan untuk membeli motokar baru yang murah juga hilang. Walaupun BN dalam aku janji manifestonya menjanjikan untuk menurunkan harga motokar yang baru, tetapi ia tidak menjanjikan penghapusan cukai  eksais atasnya.

Orang-orang yang menangguh pembelian motokar sejak beberapa bulan  dulu kerana menunggu harapan PR sampai ke Putrajaya, terpaksa melupakan harapan itu. Terpaksalah membelinya dengan harga yang biasa.

Orang yang meminjam PTPTN terpaksa melupakan  saja harapan ia dimansuhkan dan yang menangguhkan membayarnya dulu beriktiarlah membayarnya.

Ibu bapa yang anak-anaknya yang bakal masuk universiti selepas ini, tak usah memikirkan anak-anaknya akan bebas dari tanggungjawab PTPTN. Rakyat sekarang sudah hilang peluang untuk mendapat pelajaran percuma dari pra sekolah hingga ke universiti.

Ibu bapa yang mahu anak-anaknya masuk ke sekolah agama  rakyat dan tahfiz al-Quran terpaksa memikirkan sistem pengajian itu mengikut cara lama iaitu berbelanja sendiri.

Semangat perlembagaan menjanjikan setiap  anak yang lahir ada peruntukan pendidikan per kepala. Peruntukan itu akan ikut ke sekolah mana anak itu pergi. Yang memilih belajar di sekolah Tamil dan Cina, ke sekolah itulah duit itu diberi. Tetapi yang pergi ke sekolah agama rakyat seperti pondok dan tahfiz, duit itu tidak mengikut murid itu.

Pakatan Rakyat ada menjanjikan sekolah seperti itu termasuk  dalam sistem pelajaran percuma yang dicadangkan.

Harapan untuk bebas tol lebuhraya secara berperingkat-peringkat tidak dinikmati selagi Putrajaya tidak diambil  allih oleh  Pakatan. Maka sekalian rakyat untuk masa lima  tahun akan datang tidak dapat berangan-angan untuk melalui lebuhraya tanpa tol. Tidak diketahui apakah ia akan dikurangkan? Apa pun bersedialah untuk meneruskan mengguna lebuhraya seperti biasa.

Orang-orang yang kena saman ekor, bersedialah untuk membayarnya jika tidak mahu diburu.

Apakah tidak mustahil kerajaan yang menang itu menciplak segala janji manifesto PR? Ia tidak dapat difikirkan kerana ia berkara, melaksanakan janji itu menyebabkan negara bangkrap. Ia tak akan fikirkan hal itu.

Jangan berputus asa. Sebarlah dengan ujian kekalahan itu. Lima tahun lagi akan diteruskan janji itu. Lima tahun tidaklah lama sangat.

Ini tsunami rakyat bukan tsunami Cina - DAP

Harakahdaily, 06 Mei 2013

(Lim Kit Siang diterima pelbagai kaum di Gelang Patah bukan Cina sahaja)

KUALA LUMPUR: DAP mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan ‘Sistem Dua Kaum’  Chua Soi Lek dan ‘Tsunami Kaum Cina’ Najib dan menyifatkannya sebagai tidak tepat dan tidak bertanggungjawab.

Bagi ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, secara politikya kenyataan kedua-dua mereka tidak bertanggung jawab dan merugikan lebih kurang 11 juta pengundi yang keluar untuk menyertai pilihan raya umum ke-13 dengan bilangan besar.

Katanya, sementara Pakatan masih belum mencapai matlamatnya untuk memenangi majoriti kerusi parlimen untuk membentuk kerajaan seterusnya di Putrajaya, tidak dapat dinafikan bahawa Pakatan telah melakukan suatu perkara besar  di dalam Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

"Ia merupakan 'Tsunami rakyat Malaysia' dan bukannya 'Tsunami kaum Cina' yang telah berjaya menambah kerusi parlimen Pakatan daripada 82 buah kerusi pada 2008 kepada 89 buah kerusi pada 2013 dan menambah bilangan kerusi negeri Pakatan daripada 197 pada 2008 kepada 230 pada 2013," tegas beliau dalam kenyataannya.

Hakikat bahawa Pakatan berjaya menambah kerusi parlimen dan negeri wajar dipuji memandangkan berjuta-juta Ringgit dibelanjakan Barisan Nasional (BN) untuk makan malam percuma, hadiah dan mencetak penipuan dan pembohongan di dada akhbar perdana bagi tujuan menyebarkan politik yang jijik dan tercela berdasarkan ketakutan, katanya.

Di segenap pelusuk negara, tambah beliau, Pakatan  memenangi kerusi di dalam kawasan yang sebelumnya dianggap sebagai kubu kuat BN dan menewaskan ramai orang kuat BN di kawasan majoriti Melayu.

Di P36 Kuala Terengganu (89% Malayu), PAS memenangi kerusi ini dengan majoriti meningkat iaitu sebanyak 10785 undi berbanding majoriti 2631 sewaktu pilihan raya kecil 2009.

Di P9 Alor Setar (61% Melayu), PKR memenangi kerusi ini dengan majoriti1873 dan menewaskan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Chor Chee Heung.

Di P74 Lumut (51% Melayu) termasuklah 10,000 pengundi tentera laut, PKR memenangi kerusi ini dengan majoriti besar 8168 selepas hampir tewas kerusi ini dengan hanya 298 undi pada 2008 dan menewaskan Menteri Pengakutan, Kong Cho Ha.

Di P113 Sepang (57% Melayu), PAS memenangi kerusi ini dengan majoriti 1104 selepas tewas kerusi ini dengan 4849 undi pada 2008 dan menewaskan koordinator BN Selangor Mohd Zin bin Mohammed.

Di P174 Penampang (66% Sabah Bumiputera), PKR memenangi kerusi ini dengan majoriti besar 10216 undi selepas tewas kerusi ini dengan 3063 undi pada 2008 dan menewaskan bekas Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi.

Di Johor, kubu kuat BN dipecahkan apabila Pakatan memenangi 5 kerusi Parlimen dan 18 kerusi negeri. Pakatan tidak mungkin dapat memenangi kerusi ini dengan hanya sokongan orang Cina.

Contohnya PAS memenangi kerusi negeri 54% Melayu N21 Parit Yaani dengan majoriti 1188 selepas tewas kerusi ini dengan 3857 undi pada 2008.

PAS juga memenangi kerusi negeri 40%  Melayu N41 Puteri  Wangsa dengan majoriti 3469 selepas tewas kerusi ini dengan 5721 undi pada 2008.

"Di dalam kerusi negeri saya P162 Gelang Patah sendiri, kemenangan saya dengan majoriti 14762 tidak mungkin dapat tercapai tanpa sokongan besar daripada pengundi Melayu," tegas Lim Kit Siang.

Katanya, di pusat pengundian bawah kerusi negeri Nusajaya, misalnya, yang merupakan 47% kerusi negeri Melayu, saya memenangi hampir 48% undi popular, peningkatan 6% dari tahun pilihan raya umum 2008.

Bagi beliau, Najib dan Chua juga mudah lupa bahawa di dalam negeri Sabah, Pakatan menang 12 kerusi negeri, meningkat daripada cuma 1 pada 2008.

Dan 5 kerusi ini adalah kerusi Bumiputera Sabah/campuran: N4 Matunggong, N7 Kadamaian, N9 Tamparuli, N13 Inanam dan N20 Moyog.

Pakatan Rakyat, katanya, telah berkempen berdasarkan Politik Harapan sepanjang Pilihan Raya Umum ke-13 berbeza dengan taktik kotor yang dugunakan BN untuk meneruskan Politik Ketakutan.

"Saya yakin bahawa analisis lanjut akan menunjukkan bahawa terdapatnya anjakan yang jelas dalam sokongan terhadap Pakatan Rakyat di seluruh negara oleh pengundi dari semua kaum.

"Dan saya yakin bahawa Barisan Nasional berada di pengujung hayatnya sebagai kerajaan persekutuan," katanya.

Nama ku dibuang ke Kuantan

Basiron Abd Wahab, 06 Mei 2013
KUALA LIPIS: Seorang pengundi Tajudin Awang 58, (gambar) kesal kerana beliau tidak dapat mengundi pada pilihan raya 5 Mei lalu ekoran nama dibuang ke Kuantan oleh pihak tidak bertanggung jawab.

Beliau yang marah dengan apa yang berlaku begitu marah  jika benar ada orang memindahkan namanya ke Kuantan, beliau berharap tangan-tangan ghaib itu akan mendapat pembalasan sewajarnya dari Allah diatas perbuatan jahat itu.

Jelas beliau, dalam pilihan raya umum 2008 beliau telah mengundi di Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit dekat sini namun selepas itu namanya didapati hilang dari senarai lalu beliau membuat pendaftaran untuk memasukkan semula namanya.

Menurutnya, apabila sudah membuat pendaftran semula beliau menjangkakan namanya akan ada dalam sistem komputer Suruhanjaya Pilihan raya (Spr) untuk mengundi di kampungnya.

“Malangnya semakan dibuat disaat akhir mendapati namanya tetap berada di Kuantan seolah-olah pihak SPR tidak memperdulikan pendaftaran semula yang dibuatnya.

“Saya mengesyaki ada tangan ghaib yang memindahkan semula nama saya ke Kuantan,” katanya marah.


Lajnah Tanah Pas Pusat and Pas Wilayah Persekutuan were tagged in Mahadzir Abdul Rani's photo. — with Nik Abdul Aziz Nik Mat and 21 others.
KENYATAAN MEDIA PENGARAH JABATAN PILIHANRAYA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL : AYUH NYATAKAN BANTAHAN , NYALAKAN LAMPU KENDERAAN TANDA PROTES.

Jabatan Pilihanraya PAS Wilayah Persekutuan amat kesal dengan insiden penggunaan "dakwat tidak kekal" dalam pilihanraya umum ke 13 yang berakhir 5 petang  pada 5 Mei lalu. Lebih 100  aduan berhubung penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum ke-13, telah diterima oleh Jabatan Peguam Negara, seperti yang dilaporkan oleh   En Abdul Wahab Mohamed,  Ketua Bahagian Pendakwaan jabatan tersebut. Dakwat kekal boleh hilang dalam masa kurang satu ke dua jam.

Ini merupakan kali kedua kontroversi dakwat kekal melanda PRU di Malaysia. Kali pertama adalah semasa PRU12, tahun 2008, di mana SPR telah mengumumkan pembatalan penggunaan dakwat kekal 3 hari sebelum berlangsungnya pengundian pada 8 Mac 2013 setelah berbelanja sebanyak kira-kira RM2.9 juta untuk membeli 48,000 botol dakwat.

Tindakan SPR ini seolah  membodohkan rakyat yang mahukan perjalanan PRU yang lebih telus dan adil.  Ini adalah kerana tujuan utama penggunaan dakwat kekal bagi mengelakkan pengundian melebihi satu kali sudah tidak dapat dicapai sepenuhnya. Kredibiliti dan integriti SPR amat diragui seolah-olah kelihatan bersubahat dalam penipuan pilihan raya paling buruk dalam sejarah negara
SPR perlu bertanggungjawab  sepenuhnya kerana tindakan sebegini telah membuka ruang kepada penipuan dalam sistem pengundian yang  mampu menjejaskan ketelusan badan ini sendiri.

Rakyat mahukan penjelasan  lanjut mengenai insiden memalukan ini. Jangan benarkan rakyat terus sangsi dengan keupayaan SPR mengendalikan perjalanan pilihanraya ini atau apakah memang insiden ini sengaja dirancang  ?

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof  mendakwa, dakwat kekal melekat di kuku antara 7 hari hingga 2 minggu . Jabatan Pilihanraya PAS Wilayah ingin mengingatkan SPR agar  jangan asyik tegakkan benang basah kerana ternyata ianya tak seperti yang digembar gemburkan,. Terbukti dakwat tersebut sangat mudah tertanggal selepas dibasuh dengan sabun atau pencuci pinggan. 

Sebagai langkah permulaan kepada tanda protes ini, Jabatan Pilihanraya PAS Wilayah Persekutuan mengajak seluruh rakyat Malaysia menyertai kempen bantahan secara senyap dengan MENYALAKAN LAMPU KENDERAAN ANDA DI SIANG HARI. Tindakan protes kepada kepincangan ini kita lakukan selama 3 hari bermula 7 Mei 2013 sehingga 9 Mei 2013 diseluruh negara.

Sekian, wassalam.


Haji Abdul Halim Bin Hassan
Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Wilayah Persekutuan.
Bertarikh : 06  Mei  2013
KENYATAAN MEDIA PENGARAH JABATAN PILIHANRAYA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL : AYUH NYATAKAN BANTAHAN , NYALAKAN LAMPU KENDERAAN TANDA PROTES.

Jabatan Pilihanraya PAS Wilayah Persekutuan amat kesal dengan insiden penggunaan "dakwat tidak kekal" dalam pilihanraya umum ke 13 yang berakhir 5 petang pada 5 Mei lalu. Lebih 100 aduan berhubung penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum ke-13, telah diterima oleh Jabatan Peguam Negara, seperti yang dilaporkan oleh En Abdul Wahab Mohamed, Ketua Bahagian Pendakwaan jabatan tersebut. Dakwat kekal boleh hilang dalam masa kurang satu ke dua jam.

Ini merupakan kali kedua kontroversi dakwat kekal melanda PRU di Malaysia. Kali pertama adalah semasa PRU12, tahun 2008, di mana SPR telah mengumumkan pembatalan penggunaan dakwat kekal 3 hari sebelum berlangsungnya pengundian pada 8 Mac 2013 setelah berbelanja sebanyak kira-kira RM2.9 juta untuk membeli 48,000 botol dakwat.

Tindakan SPR ini seolah membodohkan rakyat yang mahukan perjalanan PRU yang lebih telus dan adil. Ini adalah kerana tujuan utama penggunaan dakwat kekal bagi mengelakkan pengundian melebihi satu kali sudah tidak dapat dicapai sepenuhnya. Kredibiliti dan integriti SPR amat diragui seolah-olah kelihatan bersubahat dalam penipuan pilihan raya paling buruk dalam sejarah negara
SPR perlu bertanggungjawab sepenuhnya kerana tindakan sebegini telah membuka ruang kepada penipuan dalam sistem pengundian yang mampu menjejaskan ketelusan badan ini sendiri.

Rakyat mahukan penjelasan lanjut mengenai insiden memalukan ini. Jangan benarkan rakyat terus sangsi dengan keupayaan SPR mengendalikan perjalanan pilihanraya ini atau apakah memang insiden ini sengaja dirancang ?

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mendakwa, dakwat kekal melekat di kuku antara 7 hari hingga 2 minggu . Jabatan Pilihanraya PAS Wilayah ingin mengingatkan SPR agar jangan asyik tegakkan benang basah kerana ternyata ianya tak seperti yang digembar gemburkan,. Terbukti dakwat tersebut sangat mudah tertanggal selepas dibasuh dengan sabun atau pencuci pinggan.

Sebagai langkah permulaan kepada tanda protes ini, Jabatan Pilihanraya PAS Wilayah Persekutuan mengajak seluruh rakyat Malaysia menyertai kempen bantahan secara senyap dengan MENYALAKAN LAMPU KENDERAAN ANDA DI SIANG HARI. Tindakan protes kepada kepincangan ini kita lakukan selama 3 hari bermula 7 Mei 2013 sehingga 9 Mei 2013 diseluruh negara.

Sekian, wassalam.


Haji Abdul Halim Bin Hassan
Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Wilayah Persekutuan.
Bertarikh : 06 Mei 2013



Keajaiban pemikiran penyokong BN (tengok)

http://shalehudin.blogspot.com, 03 Mei 2013

TU DIA... Ni la KEAJAIBAN pemikiran Be End [Tengok laa...]

Keajaiban pemikiran penyokong BN yang semakin kita fikir semakin kita tidak faham...


Salam Ukhwah shared Hawa An Najwa's photo.
Haram.
Jula Juli Jewel shared Ραкαтαη яαкүαт εlεcтισηs ηεωs's photo.
Untuk Anak Selangor, Penyokong Dan Juga Pembangkang Kerajaan Pakatan Selangor layak berkongsi nikmat ini di Selangor Darul Ehsan
Untuk Anak Selangor, Penyokong Dan Juga Pembangkang Kerajaan Pakatan Selangor layak berkongsi nikmat ini di Selangor Darul Ehsan
ahadi Hj Isa shared Nik Abdul Aziz Nik Mat's photo.
[admin] berpesan-pesan ke arah kebaikan;
[admin] berpesan-pesan ke arah kebaikan;
Nasir Sahlan shared Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)'s photo.
Peringatan
Peringatan
Mahadi Hj Isa and Harakahdaily shared Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)'s photo.
Jika setuju, sila share.
Senyum.
Jika setuju, sila share.
Senyum.
Nasir Sahlan shared Negeri Cik Siti Wan Kembang's photo.
http://bit.ly/10raTY8
Bincangkan. LIKE kalu setuju, komen kalu raso salah. Wok Yoh LIKE !
http://bit.ly/10raTY8
Salam Ukhwah shared Komeneh Gopen's photo.
TKASIH AMOY......!!
TKASIH AMOY......!!
Nasir Sahlan shared Zizi Pejuang's photo.
90 peratus Cina sokong PAS di Selangor

Lebih 90 peratus pengundi Cina di Selangor telah menyokong Pakatan Rakyat termasuk calon-calon PAS dalam pilihan raya kali ini.

Di UPU Taman Daya, tempat penempatan pengundi Cina di Selayang, calon PAS berjaya mendapat 1681 undi berbanding BN hanya mendapat 160 undi sahaja.

Ini bermakna, Cina bukan memberikan undi kepada DAP tetapi memberikan sepenuhnya undi mereka kepada Pakatan Rakyat.

"Saya menang dengan majoriti 7467 kerana sokongan pengundi bandar khasnya orang Cina," kata Zaidy Talib (gambar) calon PAS yang menang di DUN Taman Templer.

Zaidy bersama rakan-rakannya di Selangor mencipta rekod tersendiri bagi PAS di Selangor apabila berjaya dengan cemerlang dalam pilihan raya ini.

15 calon PAS telah menang di peringkat DUN di Selangor, PKR pula menang 14 kerusi manakala DAP menang kesemua 15 kerusi yang ditandinginya.

Kerus-kersui DUN yang dimenangi PAS adalah Dusun Tua, Bangi, Gombak Setia, Hulu Kelang, Tanjung Sepat, Meru, Selat Kelang, Seri Serdang, Taman Templer, Cempaka, Lembah Jaya, Sabak, Sijangkang, Morib dan Paya Jaras.

Di Parlimen pula, PAS menang lima kerusi iaitu Shah Alam, Kota Raja, Hulu Langat, Sepang dan Sungai Besar..
90 peratus Cina sokong PAS di Selangor

Lebih 90 peratus pengundi Cina di Selangor telah menyokong Pakatan Rakyat termasuk calon-calon PAS dalam pilihan raya kali ini.

Di UPU Taman Daya, tempat penempatan pengundi Cina di Selayang, calon PAS berjaya mendapat 1681 undi berbanding BN hanya mendapat 160 undi sahaja.

Ini bermakna, Cina bukan memberikan undi kepada DAP tetapi memberikan sepenuhnya undi mereka kepada Pakatan Rakyat.

"Saya menang dengan majoriti 7467 kerana sokongan pengundi bandar khasnya orang Cina," kata Zaidy Talib (gambar) calon PAS yang menang di DUN Taman Templer.

Zaidy bersama rakan-rakannya di Selangor mencipta rekod tersendiri bagi PAS di Selangor apabila berjaya dengan cemerlang dalam pilihan raya ini.

15 calon PAS telah menang di peringkat DUN di Selangor, PKR pula menang 14 kerusi manakala DAP menang kesemua 15 kerusi yang ditandinginya.

Kerus-kersui DUN yang dimenangi PAS adalah Dusun Tua, Bangi, Gombak Setia, Hulu Kelang, Tanjung Sepat, Meru, Selat Kelang, Seri Serdang, Taman Templer, Cempaka, Lembah Jaya, Sabak, Sijangkang, Morib dan Paya Jaras.

Di Parlimen pula, PAS menang lima kerusi iaitu Shah Alam, Kota Raja, Hulu Langat, Sepang dan Sungai Besar..

Like · · · 34 minutes ago ·
Nasir Sahlan and Dpp Sungai Siput shared Ραкαтαη яαкүαт εlεcтισηs ηεωs's photo.
BN Semakin Merundum..Itulah Hakikat!
BN Semakin Merundum..Itulah Hakikat!

Dpp Sungai Siput shared Ραкαтαη яαкүαт εlεcтισηs ηεωs's photo.
KENYATAAN DAN BUKAN REKAAN.....KEMENANGAN BN YANG HARUS RAKYAT BAYAR DAN TANGGUNG UNTUK 5 TAHUN AKAN DATANG!!!!

Keputusan mutlak PRU 13 sudah pun diketahui...walaupun berlonggok penipuan dan keraguan mau tidak mau suka tidak suka harus rakyat terima keputusannya...

Keputusan rakyat kenda dihormati kerana itulah pilihan mereka.

Kemenangan BN akan rakyat bayar dengan 1)  Saman AES akan di laksanakan semula   2)  Peningkatan cukai negara akan meningkat  3)  Tiada pendidikan percuma, PTPTN akan diteruskan   4)  Peningkatan kos sara hidup sudah pasti   5)  Cukai GST yang sekian lama tertangguh akan dilaksanakan   6)  Tol perlu dibayar dengan setiap 3 tahun sekali ada peningkatan harga  7)  Rasuah akan terus bermaharajalela  8)  Harga Petrol, disel dan gas cecair akan terus meningkat.. Rakyat akan bayar dengan harga yang lebih tinggi selepas ini.  9)  Kronisme akan segar bugar kembali.

Oleh itu rakyat yang mengundi kemenangan BN terimalah padahnya.
KENYATAAN DAN BUKAN REKAAN.....KEMENANGAN BN YANG HARUS RAKYAT BAYAR DAN TANGGUNG UNTUK 5 TAHUN AKAN DATANG!!!!

Keputusan mutlak PRU 13 sudah pun diketahui...walaupun berlonggok penipuan dan keraguan mau tidak mau suka tidak suka harus rakyat terima keputusannya...

Keputusan rakyat kenda dihormati kerana itulah pilihan mereka.

Kemenangan BN akan rakyat bayar dengan 1) Saman AES akan di laksanakan semula 2) Peningkatan cukai negara akan meningkat 3) Tiada pendidikan percuma, PTPTN akan diteruskan 4) Peningkatan kos sara hidup sudah pasti 5) Cukai GST yang sekian lama tertangguh akan dilaksanakan 6) Tol perlu dibayar dengan setiap 3 tahun sekali ada peningkatan harga 7) Rasuah akan terus bermaharajalela 8) Harga Petrol, disel dan gas cecair akan terus meningkat.. Rakyat akan bayar dengan harga yang lebih tinggi selepas ini. 9) Kronisme akan segar bugar kembali.

Oleh itu rakyat yang mengundi kemenangan BN terimalah padahnya.


 
Dpp Kawasan Jerantut and Dpp Sungai Siput shared DPP Malaysia [Official]'s photo.
Sediakan bayaran tepat. Terima kasih pengundi BN.
Sediakan bayaran tepat. Terima kasih pengundi BN.

Tiada ulasan: