Isnin, 6 Mei 2013

SEKALI AIR BAH...SEKALI PULA PASIR BERUBAH...YANG PENTING LAGI BAIK ...AMANAH DAN ADIL...KESELUHANYA IALAH TAKWA

Abdul Ghani Othman: Nokhtah sebuah impian

Dr Rajiee Hadi, 06 Mei 2013

telah kukatakan sejak permulaan itu

kau bagaikan mahu menggantung hayatmu

di hujung usia meninggalkan tanahmu, sungai mati

warga emas serom yang setia menanti kepulanganmu

hampa, hari demi hari menghitung neraca waktu

apakah kau melupai kesetiaan orang di sini

beriktikaf di masjid melihat pusara muhasabah diri

kerana asyik melihat tanah emas di hujung negeri

yang kau mahu bangunkan atas nama kemajuan santeri

masih terngiang-ngiang getar suara cikgu othman kechik

berbisik padaku pada tahun 1980-an dahulu

ketikaku seorang guru muda tidak dikenali

agar aku turut membantu menyokongmu

menyebarluaskan dirimu mencanang ke serata kampung

agar bintangmu terus mengerdip di langit zaman

kini setiap tiga aidilfitri mendatang

pekan sungai mati terus berwajah kusam

tiada lagi perantau yang menanti baryani lebaran

deretan mobil sepanjang jalan akan lengang

sana sini tiada melayu cina india datang berlenggang

pulau penarik akan sepi tidak dikenali di peta hati

kerana segala-galanya yang hidup di sini telah mati

hari ini sahabatku chong hai tidak kehilangan apa

begitu juga letchumi ketua jabatan tempat isteriku bekerja

terus menanti laba pangkat tanpa perih derita

ganalingam terus menulis dengan dana yang berselera

sementara aku terus menanti honorarium yang tidak seberapa

kadangkala hilang dalam tipu daya sengsara

kerana gelangku patah dalam musnah belantara!

DR RAJIEE HADI
Bandar Baru Nilai,
5 Mei 2013,

Harap PAS buat solat Hajat di Bukit Jalil

Yunus Rahmat,
Assalamualaikum,

Indahnya Islam; apabila ditimpa masalah atau musibah, mereka yang beriman akan sentiasa kembali kepada Al-Quran dan sunah.

Nyata apa yang menimpa negara dari penyelewengan pilihan raya ke 13 merupakan musibah dan malapetaka kepada rakyat Malaysia.

Saya kecewa, tetapi hanya mampu mencadangkan; sekurang-kurangnya untuk mengubat hati umat Islam.\

Justru itu saya mencadangkan PAS membuat sembahyang hajat berserta qunut Nazilah di Bukit Jalil.

Kalau tidak mampu 3 hari, kita buat sehari, dengan harapan Tuan Guru Nik Aziz menjadi imam sebelum beliau bersara sepenuhnya.

Saya optimis,..ramai akan turun menyertai. Kemudian sudah selesai kata berserah kepada Allah dan jalani hidup seperti biasa.

Mereka merancang Allah juga merancang.

Sekian Terima Kasih

Ahmad Yaakub MB Kelantan baru, Husam terkeluar

Harakahdaily, 06 Mei 2013

(Barisan Exco baru kerajaan negeri Kelantan)

KOTA BHARU: Datuk Ahmad Yaakub mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru dengan Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah sebagai Timbalan Menteri Besar.

Bekas Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasarudin Daud turut menyertai barisan Exco di samping Adun Demit yang baru, Mumtaz Md Nawi, Dr Ramli Mamat (Bunut Payong) dan Hanifa Ahmad (Pengkalan Pasir).

(Ahmad Yaakub melafazkan ikrar sebagai exco di depan Tuanku Sultan Kelantan)

Tidak ada dalam senarai Exco kali ini adalah Datuk Husam Musa (Naib Presiden PAS) walaupun menang di DUN Salor.

Turut tidak ada adalah Tuan Guru Datuk Nik Aziz yang berundur dan Datuk Takiyudin Hassan yang bertanding Parlimen Kota Bharu dan menang.

Turut tidak termasuk dalam barisan exco yang baru adalah Wan Ubaidah Omar.

Lain-lain barisan Exco Kelantan sessi ini adalah Datuk Anuar Tan, Datuk Md Anizan Ab Rahman, Datuk Fatah Mahmud, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Datuk Dr Fadzli Ahmad.

Kenyataan tsunami Cina tidak bertanggungjawab - Tamrin

Harakahdaily, 06 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Bekas Exco Pemuda Umno, Tamrin Tun Ghafar (gambar) menyifatkan menggunakan istilah 'Chinese Tsunami' atau 'Tsunami Cina' adalah satu kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab terhadap masyarakat Cina oleh Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mengingatkan, kemenangan Umno/BN bukan sahaja dari sokongan orang-orang Melayu semata-mata ia juga disokong oleh ramai juga pengundi-pengundi kaum Cina dan India.

Malangnya bagi BN, berbeza dengan majoriti pengundi-pengundi Melayu dan lain lain, majoriti pengundi-pengundi Cina menolak Umno/BN BUKANNYA bererti mereka membenci Melayu tetapi merka benci kepada penyelewengan kuasa, rasuah, mengkayakan segelintir kroni dan amalan nepotisma, katanya.

Katanya, walaupun berjaya tetapi nampaknya pemimpin-pemimpin Umno masih lagi meniup api perkauman dengan meluahkan perasaan kebencian yang menebal di dada terhadap masyarakat Cina seperti yang di lakukan semasa kempen pilihanraya.

"Sepatutnya pemimpin-pemimpin Umno menerima keputusan kemenangan itu dengan hati terbuka dan BUKANNYA mengeluarkan kenyataan kesat yang terus menyingung perasaan seolah-olah masyarakat Cina adalah 'bangsat' yang tidak tahu membalas budi,"tegasnya.

Bagaimana Umno/BN hendak melaksanakan 'National Reconciliation' terutama apabila MCA mengambil penderian menolak sebarang lantikan kabinet, exco, dan lain lain ekoran kekalahan teruk mereka, jika pemimpin UMNO TIDAK menghormati perasaan mereka, soalnya.

"Jika inilah sentimen Najib terhadap masyarakat Cina, maka terjawablah konsep 1 Malaysia yang diwar-warkan adalah retorik semata-mata," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta hormatilah perasaan mereka jika mahu mereka kembali menghormati dan menyakini Umno/BN.

Sampai bila Umno hendak meneruskan politik perkauman ini. Berfikir dan bertindaklah secara matang dan siuman. CUKUPLAH!!!, tegas beliau.

Bagi beliau, yang menang tak menang semua dan yang kalah pun tak hilang semua.
Dr Hasan Ali: Beri peluang Pas teraju Selangor

6 Mei 2013
Hasan Mohamed Ali
Hasan Mohamed Ali
SHAH ALAM - Kejayaan Pas menambah penguasaan kerusi dewan undangan negeri (DUN) Selangor daripada lapan kepada 15 pada pilihan raya umum ke-13 semalam, membuktikan peningkatan pengaruh mereka di negeri itu berbanding dua sekutunya.

Perkembangan itu juga membuka peluang kepada Pas untuk mengetuai kerajaan negeri Selangor yang pada penggal lalu diteraju PKR. Berbanding Pas, PKR kali ini hanya menambah satu kerusi kepada 14, sementara DAP pula menang 15 berbanding 13 kerusi pada 2008.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata pakatan DAP-PKR-Pas di Selangor harus memberi peluang kepada Pas meneraju kerajaan negeri itu kali ini.

"PKR dah ada peluang lima tahun lepas, bagilah peluang kepada Pas. PKR kena berjiwa besar," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Hasan yang pernah menjadi Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Selangor sebelum dipecat daripada PAS pada Januari 2012, turut menggesa pakatan itu berpegang kepada semangat setiakawan.

Beliau merujuk kepada desas-desus jawatan menteri besar itu diintai oleh Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
   
Hasan turut menyenaraikan nama-nama anggota dewan undangan negeri (Adun) Pas yang layak mengisi jawatan itu, antaranya Adun Sabak, Sallehen Mukhyi; Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan.

Sallehen, 46, ialah pendakwah bebas dan juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor manakala Mohd Khairuddin, 42, merupakan Setiausaha Perhubungan Pas Selangor, dan Dr Ahmad Yunus, 48, ialah Yang Dipertua Pas Kuala Langat.

Abdul Khalid pada sidang akhbar di sini hari ini memberitahu calon Menteri Besar Selangor akan ditentukan oleh pucuk pimpinan pakatan dalam masa seminggu ini.

"Soal pentingnya bakal calon MB (menteri besar) mesti diterima dan diperkenan Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah)," katanya. - Bernama
Ketua Menteri Melaka baru angkat sumpah jawatan esok

6 Mei 2013
MELAKA - Ketua Menteri Melaka yang baharu menggantikan Datuk Seri Mohd Ali Rustam dijangka akan mengangkat sumpah jawatan di pejabat Yang Dipertua Negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh, pagi esok.

Seorang jurucakap Jabatan Ketua Menteri di sini berkata majlis angkat sumpah pelantikan Ketua Menteri Melaka yang ke-10 itu akan dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.

Antara calon yang disebut akan mengisi jawatan tersebut ialah Datuk Idris Haron, 46, yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Udang dan anngota Dun Asahan, Datuk Abdul Ghafaar Atan.

Barisan Nasional (BN) kembali membentuk kerajaan negeri di Melaka dengan majoriti dua pertiga selepas memenangi 21 daripada 28 kerusi Dun pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semalam.

Pada PRU 2004 dan 2008, Idris, yang jug Ketua Umno Bahagian Tangga Batu, bertanding kerusi Parlimen Tangga Batu dan pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi selepas PRU 2008.

Pada PRU13, Idris mengalahkan calon PKR Asri Buang dengan majoriti 9,131 undi manakala Abdul Ghafaar, 56, menewaskan calon Pas Wong Chee Chew dengan majori 3,857 undi.  - Bernama
MB baru: BN Perlis masih tunggu keputusan Najib

6 Mei 2013
Md Isa Sabu
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu
KANGAR - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata pihaknya masih menunggu keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pelantikan menteri besar baru negeri itu.
"Setakat ini saya tak mahu nak sebut sama ada muka baharu atau muka lama.
Tunggu sedikit masa lagi," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Md Isa yang juga bekas Menteri Besar Perlis turut enggan menjawab mengenai beberapa nama yang dikatakan calon pilihan untuk meneraju pimpinan kerajaan negeri yang bakal dibentuk dalam masa terdekat.
BN Perlis menguasai 13 daripada 15 kerusi dewan undangan negeri (Dun) yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 semalam, sekali gus membolehkannya membentuk kerajaan negeri.
BN Perlis juga berjaya mempertahankan kesemua tiga kerusi parlimen di negeri itu.
Antara nama yang disebut-sebut bakal menjadi menteri besar ialah Azlan Man yang memenangi kawasan Dun Pauh. Azlan, 54, dikatakan orang paling layak kerana bekas Timbalan Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam itu mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran dan hubungan antarabangsa.
Turut disebut-sebut ialah  Datuk Mat Rawi Kassim  (Dun Beseri), Sabry Ahmad (Dun Santan) dan Datuk Ismail Kasim (Dun Tambun Tulang).
Sementara itu, Timbalan Pengerusi BN negeri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pula berharap tiada campur tangan pihak lain dalam pemilihan menteri besar yang baharu.
"Yang penting pemilihan dibuat mengikut hierarki parti," katanya yang menang di kerusi Parlimen Arau. - Bernama
Soi Lek tidak pertahan jawatan presiden pada pemilihan MCA tahun ini

6 Mei 2013
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
KUALA LUMPUR - Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti yang dijadual tahun ini susulan prestasi buruk MCA pada pilihan raya umum ke-13 semalam.
Beliau juga mengulangi bahawa parti itu tidak akan menerima jawatan dalam kerajaan, baik peringkat pusat mahupun negeri, seperti yang dipersetujui pada mesyuarat agung luar biasa parti tahun lepas.
"Sebagai Presiden MCA, saya perlu menstabilkan parti ketika menghadapi suasana sukar ini. Saya akan mengadakan mesyuarat majlis presiden dan jawatankuasa pusat bagi membincangkan hala tuju parti susulan keputusan buruk (pilihan raya semalam).
"Pada masa yang sama, saya telah memutuskan untuk tidak bertanding pada pemilihan parti yang akan datang," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Parti komponen Barisan Nasional yang kedua terbesar itu hanya menang tujuh kerusi parlimen dan 11 kerusi dewan undangan negeri (Dun) daripada 37 kerusi parlimen dan 90 Dun yang ditandingi kali ini.
Prestasi buruk MCA turut menyaksikan pembangkang menembusi kubunya di Johor.

Keputusan yang dicatat parti pada pilihan raya kali ini lebih buruk berbanding 2008 kerana ketika itu MCA menang 15 kerusi parlimen dan 32 kerusi Dun daripada 40 kawasan parlimen dan 90 kerusi Dun yang ditandingi.
Dr Chua yang mengambil alih teraju pimpinan MCA pada 2010 selepas krisis kepimpinan, berkata MCA menghormati dan menerima keputusan pengundi.
Katanya keputusan pilihan raya itu jelas menunjukkan pengundian dibuat berdasarkan etnik dengan kaum Cina percaya DAP dapat mengubah kerajaan.
"Mengundi keluar wakil Cina daripada kerajaan negeri dan pusat tidak akan membantu menyelesaikan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan.
"Bagaimanapun saya percaya perdana menteri akan meneruskan polisi terangkum beliau dan terus menjaga kepentingan kaum Cina terutama mengenai pendidikan, kebudayaan dan ekonomi," katanya.
Beliau berkata MCA juga menyokong gesaan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penyatuan nasional. - Bernama
Musa Aman kekal Ketua Menteri Sabah

6 Mei 2013
Musa Aman
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman
KOTA KINABALU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di sini hari ini.
Angkat sumpah berkenaan juga menandakan ia penggal keempat Musa mengetuai kerajaan negeri sejak pelantikan pada 2003 mengikut sistem penggiliran.
Musa menjadi ketua menteri selepas mengetuai kemenangan BN pada pilihan raya umum 2004.
Selepas pilihan raya umum semalam, BN mengekalkan pemerintahan Sabah dengan majoriti dua pertiga apabila menguasai 48 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).
Bagaimanapun, BN Sabah kali ini kehilangan 12 kerusi Dun berbanding tiga pada PRU 2008.
Sementara PKR berjaya menembusi tujuh kawasan Dun iaitu Api-api, Moyog, Kadamaian, Matunggong, Tamparuli, Klias dan Inanam.
DAP pula yang sebelum ini memiliki satu kerusi Dun, menambah empat kerusi iaitu Luyang, Kapayan, Sri Tanjong dan Likas. Parti Reformasi Sabah (STAR) pula menang kerusi tunggal di Bingkor.
Musa mengekalkan kerusi Dun Sungai Sibuga dengan majoriti 11,569 undi. - Bernama
Dakwat kekal: Jabatan Peguam Negara terima lebih 100 aduan

6 Mei 2013
PUTRAJAYA - Jabatan Peguam Negara menerima lebih 100 aduan berhubung penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum ke-13, kata Ketua Bahagian Pendakwaan jabatan itu Abdul Wahab Mohamed hari ini.

Beliau berkata Jabatan Peguam Negara telah menyerahkan aduan berkenaan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk siasatan lanjut.

"Aduan pertama ialah berhubung kesan dakwat kekal yang luntur diterima dari Port Dickson, Negeri Sembilan pada 30 April lepas," katanya pada sidang berita di sini.

Menurut beliau lima lelaki akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret masing-masing di Klang, Kangar, Perlis, Kampar, Perak, Kuala Terengganu dan Petaling Jaya, esok berkaitan kesalahan pilihan raya.

Mereka akan didakwa terhadap pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap mangsa dan melakukan khianat.

Dari 3 Mei hingga hari ini, jumlah kes berkaitan pilihan raya yang diarahkan untuk siasatan lanjut ialah 665 sementara 181 kes tiada tindakan lanjut, katanya.  - Bernama

Nasir Sahlan shared R Ed Mikael's photo.
"Jasa mu dikenang, PAS Kedah! Rehat dulu drpd mentadbir. Next time, we fight again! "
"Jasa mu dikenang, PAS Kedah! Rehat dulu drpd mentadbir. Next time, we fight again!
Nazril Awang and 2 other friends shared Harakahdaily's photo.
Bersaranya Tok Guru Nik Aziz amat menyentap hati-hati manusia yang mempunyai iman. Hujan sejak pagi renyai umpama menangis. Terima kasih Tok Guru Nik Abdul Aziz. Perjuangan mu menjadi benchmark bidang Ilmu dan ketamadunan Islam.

1. Fakta, TGNA adalah insan pertama sebagai pemimpin yang mengadakan urustadbir kewangan Islamik.

2. Fakta, pemimpin pertama bebas segala aktiviti salah laku dan urustadbir paling walaupun dana disekat.

3. Fakta, pemimpin yang pertama tidak duduk di rumah Menteri Besar sebaliknya tinggal di rumah sendiri yang tiangnya bersambung dengan Masjid Nikmatilah Pulau Melaka.

4. Sanggup tidak ambil elauan gaji utk bayar hutang rakyat Kelantan yang dibuat oleh pemimpin parti Timbang Kilo.

5. Dialah Ulamak, pemimpin, murrabi, guru, pentadbir, pemikir mantik paling halus dalam dunia, sahabat dan pendoa di tengah malam di kala bumi Malaysia panas dengan maksiat dan rejaman fitnah media. Halalkan ilmu yang pernah saya dengar, terima samada sengaja atau tidak sengaja.

4. Sifat daya juang anak Kelantan terdidik dengan ilmu dan tawaduknya.

5. Sepanjang memimpin Kelantan kami tidak pernah kebulur tapi ilmu dan semangat beliau menyebabkan anak cukup unik dan pandai berniaga.

6. Sistem pentadbiran kerajaan Kelantan patut dicontohi.

7. Sistem wang sunnah pertama di dunia dengan Kelantan Trade Gold dengan wujudnya dinar dan dirham.

8. Wibawa yang sentiasa mendapat rating tinggi dalam urus kewangan. Boleh rujuk Audit Negara(tidak pernah disiarkan).

9. Satu-satunyq pemimpin paling banyak keluarkan buku dan mutiara kata antara yang terbaik dalam dunia. Seni mantik, timbang tara lengkap semua ijtihad kesufian Islam dengan kiasan penuh moral yang bertauhid Allah Taala.

Kami merindui perjuangan Ulamak ini yang disayangi dan disegani semua pihak. Bintang ini tiada tolok gantinya. Semoga Allah swt merahmati beliau dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya. Dialah Tok Guru kami.

23 tahun ialah tempoh Rasulullah SAW berdakwah...10 tahun di Mekah, 13 tahun di Madinah..akhirnya Baginda diwafatkan oleh Allah SWT meninggalkan asas yang cuku teguh utk diwarisi oleh generasi sahabat....

23 tahun bukan satu tempoh yang sekejap, tetapi tidaklah terlalu lama, cukup untuk membina asas, maka tugas pelapis berikutnya untuk meneruskan perjuangan.. Semoga Allah merahmati setiap pejuang-pejuang yang telah mengerah keringat dan tenaga ke arah memastikan Islam syumul di bumi Malaysia.....

Sila Share jika Like!

Jula Juli Jewel and Dppk Bagan Datoh shared Hanya Di Kelate's photo.
Beliau Berumur 81 Tahun...

Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).

Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.

Beliau sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya. Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.

Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".

Politik Beliau Yang Menarik yang Perlu Anda Semua Mengetauinya.
Pada pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Beliau (PAS) sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut. Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.

Beliaulah Menteri Besar Kelantan Darul Naim iaitu Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat . 

"SHARE" Jika Anda Kagum dengan Pentadbiran Tok Guru Kito ♥

"ISLAM DIJUNJUNG, KELANTAN TERSOHOR"
::: Eksklusif @[212631922161808:274:Hanya Di Kelate] ::::

::: Eksklusif Hanya Di Kelate ::::

Salam Ukhwah and 2 other people shared This is Kota Bharu's photo.
nie ambo nk kongsi sikit Biodata Tok Guru kito. meh kito samo-samo baca walaupun panje tp ambik skit maso..  

Biodata YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan. 

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam 

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931. 

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat. 

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid. 

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika. 

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah. 

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua. 

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain. 

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris. 

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962. 

Perkhidmatan :

Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun. 

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu. 

Bidang Politik :

Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang. 

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa. 

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil. 

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah. 

Pendakwah :

Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah. 

Seorang Petah Bercakap 

Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi. 

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi. 

Keistemewaan :

Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung. 

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’. 

Penghargaan :

Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995. 

Perkahwinan :

Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki. 

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama. 

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau. 

Ahli Parlimen yang komited :

Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut. 

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat. 

Kerajaan contoh :

Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu. 

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu. 

Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dikasihi dan dihormati itu.

Dipetik daripada blog: nasronhashim.blogspot.com

Tiada ulasan: