Anwar Ibrahim yang degil dan ungkal akan kecundang juga akhirnya!
Posted on Wednesday, May 15 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: setisab
"Anwar
ni kalau dia bolih kurangkan sikit degil dia.. bolih kawal sikit ungkal
dia.. rasanya lebih baik dan lebih selamat untuk dia. Silapnya Anwar,
kekadang dia melatah.. Walaupun dia jarang melatah.. tetapi sesekali
dia melatah.. impak negatif memantul balik kepadanya. Ini amat bahaya.
Terjahan Anwar berkaitan panggilan telephone Barack Obama kepada Najib,
saya kira satu kesilapan besar. Puak syaitan dikenali dengan bantuan
akhbar penfitnah terkemuka negara, Utusan Malaysia akan spin terjahan
Anwar ini seligat mungkin dan puak haram jadah itu akan mengatakan
"Anwar agen Yahudi, Anwar agen Amerika"
kerna Anwar mengadu kepada Barack Obama! Selepas itu Anwar tak perlu
buat kerja lain; jelajah lagi seluruh negara hanya untuk memperbetulkan
kenyataannya yang telah dispinkan itu! Maka, para pencacai Anwar akan
buat kesekian kalinya melaungkan kata-kata keramat mereka "Hidup Anwar!"
dan bersorak dijalanan hingga larut malam.
Nota: Perbedaan antara 'Penyokong" dan "Pencacai"
- Penyokong; Menyokong
tindakan Anwar jika difikirkan ianya baik untuk Anwar dan baik juga
untuk rakyat. Penyokong juga akan mengkritik Anwar jika dianalisa ianya
bakal mencederakan Anwar.
- Pencacai; Menyokong
tindakan Anwar tanpa berfikir samada ianya baik ataupun tidak. Pencacai
juga tidak mempunyai kewibawaan menganalisa sesuatu perkara berdasarkan
keperluan semasa bersendikan tempat dan masa. Justeru perkembangan minda
para pencacai yang terencat, mereka tidak mempunyai keberanian untuk
mengkritik. Period!
Anwar, kalau ante teruskanlah dengan sikap ungkal ante tu, percayalah ante kecundang juga akhirnya!
Portal Malaysiakini melaporkan:
Ketua
umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan
menyerahkan bukti mengenai penipuan yang didakwanya berlaku dalam
pilihan raya umum 5 Mei lalu kepada Presiden Amerika Syarikat Barack
Obama.
Berucap dalam Himpunan 'Black 505' di Kuantan malam tadi,
Anwar berkata Pakatan mahu kuasa besar itu menjawab mengenai kemenangan
BN yang didakwanya turut disumbangkan oleh pengundi bukan warganegara
Malaysia.
"Oh, katanya tadi Obama telefon kepada Datuk Seri
Najib. Tak apa, tak ada masalah. Tapi saya nak beritahu kepada Presiden
Obama... Amerika pun lancar perang di Iraq, untuk apa? Untuk demokrasi
di Iraq.
"Saya nak beritahu kepada Amerika, kita akan beri bukti
penipuan dan (kita) nak tengok kamu akan kata apa. Malaysia ini
dimenangi oleh Umno pada pilihan raya baru-baru ini, bukan sahaja dengan
undi rakyat Malaysia, tapi undi Banglasia," kata Anwar.
Kira-kira
30,000 hadirin yang dihadir di markaz PKR di Jalan Beserah malam tadi
bersorak dan meniupkan vuvuzela sebagai sokongan ke atas kenyataan Anwar
itu.
Tokoh PKR itu mengulas laporan Bernama sebelum itu bahawa
Obama menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengucapkan tahniah
kepada perdana menteri atas kejayaan beliau mendapat mandat daripada
rakyat pada pilihan raya umum ke-13 untuk terus menerajui Malaysia.
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2013/05/anwar-ibrahim-yang-degil-dan-ungkal.html
Mukhris Imam solat?
Posted on Wednesday, May 15 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: notan
"Assalamualaikum,,..
Agak
menarik peristiwa yang berlaku di Kedah sejak selesai PRU 13.Bekas MB
dikerjarkan ke Hospital dan berita angin mula tersebar bahawa beliau
telah meninggal dunia.Tetapi kemudiannya umur beliau masih dipanjangkan
ALLAH dengan ujian yang agak berat juga, kakinya terpaksa di
potong.Siapa agaknya yang sebarkan khabar angin itu? Lebih menarik
apabila keluar berita MB sekarang Mukhris mengadakan solat hajat
mendoakan kesejahteraan Ust Azizan dan bersama sama berita itu ialah
khabar susulan yang mengatakan Mukhris berjubah dan berkopiah putih
serta mengimamkan solat.
Menarik kerana perubahan karektor dan
lifestyle yang mengejutkan seolah olah perubahan itu berlaku overnite
sahaja.kalau betul begitu syabas Mukhris yang mungkin mendapat hidayah
ALLAH seperti cerita cerita hidayah yang pernah kita dengar.Tapi jangan
lupa Mukhris itu datangnya dari UMNO yang pragmatis!
Orang yang
pragmatis sentiasa menghidu peluang dan sentiasa bersedia menjadi
sesumpah mengikut keadaan.Kalau keadaan sekarang rakyat lebih menumpukan
kepada seruan ugama, maka orang yang pragmatis akan turut serta kalau
ada kesempatan.Kalau satu hari nanti rakyat mahukan k-pop melebihi
kemahuan ugama, maka pada masa itu k-pop akan menjadi pilihan pragmatis.
Tiba
tiba boleh menjadi Imam solat seuatu yang agak luar biasa dengan
Mukhris yang sebelum ini lebih cenderung kepada lifesytle kebarat-
baratan.Agak menghairankan kita kalau Muhkris boleh menghafal ayat ayat
lazim untuk dibacanya semasa menjadi Iman, bukan mahu mempersendakannya
tetapi pengalaman saya sendiri yang bersungguh sungguh untuk belajar
menjadi Imam yang baik tidak pernah kesampaian.Menghafal ayat ayat lazim
tidak semudah yang difikirkan bagi seorang yang terdidik secara sekular
seperti saya, sebab itu saya tabik kepada Mukhris kalau benar benar
dia menjadi Imam yang baik mengambil kira pendidikan sekular yang
dimilikinya.
Itu belum masuk bab khatam Quran lagi.Kalau Tan Sri
Muhammad Taib sudah khatam Quran tetapi masih belum mampu menghafal
surah surah atau mana mana ayat dengan baik(saya membuat kesimpulan
berdasarkan ceramah beliau), di mana Mukhris? Setakat ini saya belum
pernah mendengar mana mana pemimpin UMNO kecuali yang pernah menjadi
menteri ugama dan ulamak mudanya membaca quran dan doa termasuk
Mukhris.
Itupun belum masuk lagi bab kedudukan Mukhris dalam
jemaah yang menolak hukum ALLAH dan kedudukannya dalam syarikat Arak
milik abangnya Mirzan(saya tidak pasti mengenainya).kalau benar benar
Mukhris mahukan ugama didahulukan dalam semua aspek kehidupan, dia tidak
akan duduk dalam UMNO, apa sekalipun alasannya.Islam tidak membenarkan
penipuan, di mana kedudukan Mukhris dalam penipuan besar besaran UMNO
dalam PRU 13?
Apakah dia mengaku ada penipuan dan menentangnya?
Saya menyarankan kepada semua agar tidak terpesona dengan penampilan
Mukhris yang tiba tiba berubah kerana kemungkinan besar ianya hanyalah
kerana pragmatis UMNO.Bak kata TGNA , orang yang berfaham kebangsaan
hanya cuba mengkaburi rakyat dengan penampilan Islamya. Begitu juga tak
usah cepat terpegun melihat Mukhris memakai Jubah tanpa serban!
Tokoh berhaluan kiri - Nik Abdul Aziz
Posted on Wednesday, May 15 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: cosanostra
"Nik
Abdul Aziz bin Nik Mat namanya. Seorang hambaNya yang sangat zuhud dan
merendah diri. Kata-katanya selalu disalah tafsirkan oleh
penentangnya. Beliau adalah antara tokoh Ulama yang diiktiraf dunia
Islam. Beberapa tahun lepas aku berkesempatan duduk di hadapannya ketika
beliau sedang berehat-rehat di rumah seorang ketua cawangan parti
Islam terbesar di Malaysia.
Jarak antara aku dengannya hanyalah
kurang dari 7 kaki. Aku betul-betul berada dihadapannya tanpa sebarang
halangan & tanpa sebarang protokol. Memang dah lama aku ingin
menatap wajah seorang hamba kepada yang Maha Perkasa dari jarak dekat.
Segala puji hanya untuk Allah kerana izinkan aku berada dekat
dengannya.
Nik
Abdul Aziz hanyalah manusia biasa yang hidupnya penuh kesederhanaan
dan. Disebalik status sebagai manusia biasa itu, Nik Abdul Aziz adalah
seorang manusia yang telah Allah kurniakan kelebihan sebagai seorang
pemimpin masyarakat yang baik.
Jika nak aku ceritakan mengenai
Nik Abdul Aziz ini, rasanya tak perlu. Anda semua sedia maklum siapakah
dia dan bagaimana kehidupannya. Cari saja di Google pasti akan jumpa.
Kini Nik Abdul Aziz tidak lagi menjadi seorang ketua negerinya. Menurut
Nik Abdul Aziz, kini adalah masanya Nik Abdul Aziz menyerahkan
pentadbiran negerinya kepada generasi baru. Nik Abdul Aziz perlu
berehat. Sudah bertahun tahun Nik Abdul Aziz berkhidmat untuk agamanya
dan untuk rakyat negerinya. Nik Abdul Aziz berjaya membangunkan sebuah
negeri yang mengamalkan ciri-ciri Islam di Malaysia ini.
Rasanya tiada lagi yang hendak aku ceritakan mengenai insan yang bernama
Nik Abdul Aziz ini. Google banyak menyimpan ceritanya dan carilah di
sana.
Dari: http://shutterblast.blogspot.com/
Seorang kanak-kanak Perempuan Dijahit Mulut
Posted on Wednesday, May 15 @ 20:27:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Blog PenjualCendol
China – Seorang
kanak-kanak di Wilayah Guizhou mengalami penderitaan yang teruk selepas
didera oleh bapanya termasuk dibiarkan kelaparan dan dijahit mulut
dengan tali pancing.
Perbuatan tersebut terbongkar selepas penduduk menemui Xiao Li, 11, merayau-rayau di jalan.
Ketika ditemui, Xiao Li bercakap seorang diri dan takut apabila orang ramai ingin mendekatinya.
Mereka kemudiannya melaporkan kepada polis dan bapanya akhirnya ditangkap.
Dia mengaku melakukan penderaan tersebut yang mengejutkan penduduk di perkampungan berkenaan.
Ketika diperiksa oleh doktor, Xiao Li telah memaklumkan kepada doktor mengenai penderitaan yang dialaminya.
Selain
dijahit mulut, dia juga dipaksa melutut di atas lantai yang dipenuhi
dengan gelas yang pecah dan turut digantung dengan kaki ke atas, sebelum
dipukul dengan tali dan rotan.
Bahagian badannya pula dipenuhi dengan parut kesan melecur serta bekas suntikan jarum di samping mengalami kekurangan zat.
Xiao Li pernah beberapa kali melarikan diri ke rumah neneknya namun dia akan dipukul sebaik sahaja bapanya menangkap dia.
Dalam
pada itu, ketua polis daerah, Fang Xuping, berkata, dia dan anggotanya
berasa curiga selepas mendapat laporan daripada penduduk pada bulan
Oktober lalu.
“Kami kemudiannya telah pergi ke rumah budak itu
dan mendapati kulit kepalanya kemerah-merahan, manakala sebahagian
rambutnya dicabut. Namun kecederaan itu tidak serius,’’katanya.
Beliau memberitahu, polis kemudiannya telah menyoal bapa budak tersebut, yang mempunyai empat anak yang lain.
“Bapanya juga mengaku menggunakan air panas untuk merawat kutu di kepala anaknya itu,’’ katanya.
Xiao Li kini dirawat di hospital dan kos perubatannya ditanggung oleh pihak berkuasa tempatan.
Selain itu pihak berkuasa juga sedang mencari seorang penjaga untuk Xiao Li memandangkan neneknya telah uzur.
Susulan
kes penderaan ini, kerajaan akan menjalankan pemeriksaan ke atas
kanak-kanak di kawasan berkenaan bagi mengelakkan insiden sama berulang.
......
http://penjualcendol.blogspot.com
Senarai Penuh "Kabinet Berimbang" atau Kabinet Rambang, Mana orang-orang PERKASA??
Posted on Wednesday, May 15 @ 20:03:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh TKOOffline
Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan barisan Kabinetnya yang
baru dengan memasukkan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin sebagai
Menteri Belia dan Sukan manakala P Waythamoothy pemimpin Hindraf
sebagai Timbalan Menteri.
Ramai yang mengulas selepas pengumuman
ini sebagai 'kabinet berimbang' tapi bagi saya ini adalah kabinet
"rambang" pasal seorang pemimpin Hindraf telah diRASUAH politik secara
tidak bermaruah bagi memastikan BN meneruskan pemerintahannya. HINDRAF
telah gadaikan maruahnya!!
Pemimpinan India ini telah mendapat tempat, mana pergi pemimpin PERKASA dalam kabinet RAMBANG ini??
Mana
semangat perjuangan orang-orang Melayu di bawah PERKASA? Tiada seorang
pun dilantik untuk menjadi sanator untuk mengimbangi kabinet NAJIB??
Malang sungguh nasib mereka sekadar tangga untuk pijakan sahaja.
Berikut adalah senarai menteri dalam kabinet yang diumumkan Najib
Perdana menteri: Datuk Seri Najib Razak (Umno)
Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin (Umno)
Jabatan Perdana menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Bahrom (Umno)
Datuk Seri Idris Jala (Senator)
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Senator)
Tan Sri Joseph Kurup (PBRS)
Puan Hajah Nancy Shukri (PBB)
Datuk Joseph Entulu anak Belalun (PRS)
Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)
Datuk Seri Shahidan Kassim (Umno)
Timbalan Menteri di JPM
Datuk Razali Ibrahim (Umno)
P Waythamoorthy (Senator)
Menteri Kewangan 1:
Datuk Seri Najib Tun Razak (Umno)
Menteri Kewangan II:
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Umno)
Timbalan Menteri Kewangan:
Datuk Ahmad Maslan (Umno)
Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi:
Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin (Umno)
Menteri II: Datuk Seri Idris Jusoh (Umno)
Timbalan I: Datuk Mary Yap Kain Ching (PBS)
Timbalan II: P Kamalanathan (MIC)
Menteri Pertahanan:Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Umno)
Timbalan: Datuk Abdul Rahim Bakri (Umno)
Menteri Dalam Negeri:
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Umno)
Timbalan: Datuk Wan Junaidi Tunku Jaafar (PBB)
Menteri Pengangkutan:Datuk Seri Hishammuddin (pemangku)(Umno)
Timbalan: Datuk Abdul Aziz Kaprawi (Umno)
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan:Datuk Seri Nazri Abdul Aziz (Umno)
Timbalan: Datuk Joseph Salang Anak Gandum (PRS)
Menteri Luar Negeri:
Datuk Seri Anifah Aman (Umno)
Timbalan: Datuk Hamzah Zainuddin (Umno)
Menteri Kerja Raya:
Datuk Fadillah Yusof (PBB)
Timbalan: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Umno)
Menteri Kesihatan:
Datuk Seri Dr S Subramaniam (MIC)
Timbalan: Datuk Seri Hilmi Yahaya (Umno)
Menteri Belia dan Sukan:
Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Umno)
Timbalan:
Datuk M Saravanan (MIC)
Menteri Sumber Manusia:Datuk Richard Riot Anak Jaem (SUPP)
Timbalan: Datuk Ismail Abd Muttalib (Umno)
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan:Datuk Hassan Malek (Umno)
Timbalan: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah (Umno)
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri:Datuk Mustapa Mohamad (Umno)
Timbalan: Hamim Samuri (Umno)
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani:
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Umno)
Timbalan: Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Umno)
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi:
Datuk Dr Ewon Ebin (UPKO)
Timbalan: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah (Umno)
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar:Datuk Seri G Palanivel
Timbalan: Datuk Dr James Dawos Mamit (PBB)
Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau:Datuk Seri Maximus Ongkili
Timbalan: Datuk Seri Mahdzir Khalid
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah:Datuk Seri Shafie Apdal (Umno)
Timbalan: Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB)
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi:
Datuk Seri Douglas Uggah Embas (PBB)
Timbalan: Datuk Noriah Kasnon (Umno)
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan:Datuk Abdul Rahman Dahlan (Umno)
Timbalan: Datuk Halimah Sadique (Umno)
Menteri Komunikasi dan multimedia:Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Umno)
Timbalan: Datuk Jailani Johari (Umno)
Menteri Wilayah Persekutuan:
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Umno)
Timbalan: Datuk Dr Loga Bala Mohan A/L Jaganathan (Senator)
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat:
Datuk Rohani Abdul Karim (PBB)
Timbalan: Datuk Azizah Mohd Dun (Umno)
..
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Rabu, 15 Mei 2013
JANGAN ULAMAK2 ...MUFTI2 MENJAHIT MULUT DARI MENYATAKAN@BERKATA KEBENARAN...DIKHUATIRI AKAN DILAKNAT OLEH ALLAH SWT
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan