Sabtu, 4 Mei 2013

JIKA TAKDIR ALLAH MENYEBELAHI KITA...BUKAN SETAKAT KEDAH TAK BOLEH RAMPAS.PERINGKAT NEGARA DAPAT DIMENANGI.INSYAALLAH.TERUSLAH BERDOA DAN BERUSAHA .KEMUDIAN TAWAKAL LAH PADA ALLAH SWT

Flash Mob: Kempen Saraf Terakhir
Posted on Saturday, May 04 @ 10:35:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline
Sila ke http://tranungkiteoffline.blogspot.com jika TKO mengalami gangguan
Baru-baru ini terbaca dalam FB, ada seruan dari alam siber minta semua yang berminat untuk turun ke jalan-jalan utama di kawasan masing-masing, membawa sepanduk menyatakan sokongan untuk Pakatan, dalam apa yang disebut sebagai Flash Mob – sebuah term yang agak baru dlm dimensi kempen politik masa kini.



Petang semalam, kami turun ke Jln-Jln utama sekitar daerah Kulim nak join Flash Mob ini, tapi tak adalah pula orang ber-flash mob di sebelah Kulim ini. Bila talipon seorang sahabat dari Markas, dia cakap depa terlalu sibuk dengan urusan kempen dan meraih undi, tak ada masa nak pikiaq bab-bab flash mob ini. Tak apalah, dari Kedah kami terus ke Penang.

Sebaik saja sampai ke roundbout Seberang Jaya, P Pinang; dari jauh kami nampak ada lebih kurang 10 orang peserta sedang berflash mob di 3 penjuru di sekeliling roundbout berkenaan -tak ramai mana, tapi bila menjelang jam 6, jumlahnya makin bertambah.




Tanpa melengahkan masa, terus kami 3 orang ini join depa.




Memang meriah Flash Mob ini – meriah dengan bunyi hon kereta/lori/bas/kontena/motor yang bermacam. Baru saya tau rupanya, ada kereta yang bunyi hon macam siren kereta polis dan lain-lain lagi.

Ramai yang bagi tanda “thumbs up” (jari ibu tunjuk ke atas), ada ramai juga yang bertakbir. Kebanyakannya pula melaungkan kata-kata “INI KALILAH!!” dan juga "UBAH!! UBAH!!".




Bunyi hon kenderaan jangan duk habaglah – memang meriah rupanya Flash Mob ini, berbeza sungguh dengan suasana “DEMO” lain yang pernah saya sertai selama ini. Ringkasnya, memang hebat sambutan yang kami terima, tak kira dari apa bangsa, Melayu Cina dan India, lelaki dan juga wanita.

Pun begitu, di celah-celah itu, ada seorang Pakcik ini, umur dalam pertengahan 50an macam orang pencen, ada isteri sebelahnya, bertudung – dia bukan bagi thumbs up kat kami, tapi dia pi tunjuk isyarat lucah, jari HANTU 1MALAYSIA dia itu ditunjuk-tunjukkan ke atas berulang-ulang kali.

Apa ra – buat malu Melayu saja!!

Kaum lain tak adalah pulak pi buat macam itu kat kami.

Cakap pasal kaum ini, ada sesuatu yang membuatkan saya agak terkejut hasil dari Flash Mob ini. Saya agak teruja dan tak sangka sokongan orang-orang India begitu hebat sekali. Kalau orang Melayu dan Cina bagi hon, bagi thumbs up, menjerit Ini Kalilah dan sebagainya, itu biasalah – tapi orang2 India pun sama.

Saya lihat sendiri, pemandu-pemandu lori berbangsa India, driver2 Van kilang berbangsa India, drebar bas berbangsa India, pemandu kereta berbangsa India, lelaki wanita dan juga yang bawa keluarga – depa ini pun sama, cukup seronok, bagi hon, melambai, menjerit UBAH, UBAH, INI KALILAH dan lain-lain lagi, menyatakan sokongan tak berbelah bagi kepada kami.

Saya hairan – sebab dalam dimensi politik negara masa kini kita dipahamkan bahawa secara amnya kaum India kurang memihak kepada Pakatan. Mungkin persetujuan HINDRAF untuk bersama BN membuatkan kita berpesepsi yang demikian.

Namun, senario dan suasana Flash Mob di roundbout Seberang Jaya semalam menceritakan yang sebaliknya. Mungkin sambutan di luar dugaan TG Nik Aziz di Putrajaya yang terpancar di merata You Tube itu, dan juga sambutan hebat > 70,000 orang dlm perhimpunan Pakatan di Sek Han Jiang, P Pinang serta sambutan dalam jumlah yg hampir sama ceramah Pakatan di Johor baru-baru ini telah memberi kesan psikologi kepada pengundi kaum India untuk turut bersama-sama dengan kita, semua rakyat tak kira BANGSA untuk sama MENGUBAH landscape politik negara di PUTRAJAYA!!

Insyaallah – jika apa yang saya lihat di Flash Mob ini adalah benar (sokongan kaum India), maka kita hanya menghitung hari saja untuk menawan PUTRAJAYA!

Mungkin ada bagusnya juga Flash Mob ini – kesan psikologi minit terakhir untuk mereka mereka yang berada di atas pagar!!

moniermatdin@yahoo.com
4.5.13
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com

  Tak ada harapan BN nak rampas semula Kedah!!
Posted on Saturday, May 04 @ 10:32:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline
Sila ke http://tranungkiteoffline.blogspot.com jika TKO mengalami gangguan


Ceramah Pakatan Rakyat di Kulim Kedah. Anwar Ibrahim antara penceramah utama. Nampak gaya tak ada harapan BN untuk rampas semula Kedah kerana mood rakyat kembali untuk menjahanamkan UMNO @ BN.

Rakyat akan menggagalkan rancangan Tun Mahathir yang memaksa Najib menerima anaknya Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah jika BN boleh tawan semula Kedah..

Menangis tak berlagulah Tun MAHATHIR!!!

 Seruan untuk anggota polis dan tentera, ayuh bersama rakyat perbetul negara!
Posted on Saturday, May 04 @ 10:29:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: notan

"

Assalamualaikum Semakin hampir dengan hari mengundi, semakin terbongkar taktik penipuan BN. Banyak yang boleh diperkatakan tentang bukti kepada percubaan menipu dan semua lapuran akhbar media perdana tidak boleh dipercayai.Paling menyakitkan hati saya dan saya kira ramai rakyat Malaysia ialah pengakuan pemimpin UMNO bahawa Bangla serta warga asing yang diangkut dari Sabah itu adalah mpengundi berdaftar.Macam mana Bangla yang lahir di Bangla, datang ke Malaysia untuk mencari sesuap nasi tiba tiba boleh jadi pengundi berdaftar?

Rasa sungguh geram kepada pengerusi SPR yang berkata rakyat Malaysia tiada hak untuk menghalang Bangla  mengundi kerana mereka ada IC.

Apatah lagi sebelum ini akhbar media perdana melapurkan PR sengaja menuduh kerana takut kalah dan untuk melakukan huru hara.Geram sungguh rasa hati dengan puak puak ini.Juga tambah sakit hati apabila percubaan mengalihkan peti undi di balai polis cuba dinafikan sebagai kertas undi kosong yang dibawa untuk semakan.Apa, ingat rakyat buta dan tidak dapat melihat apa yang berlaku?
Apa tujuan BN melakukan semua ini? Apakah mereka mahu melihat pertumpahan darah apabila rakyat bangkit menetang semua penipuan ini? Perbuatan memberi IC dan mendaftar pengundi dari warga asing tidak boleh dibiarkan.Pengalaman di Lahad Datu menjadi pengajaran besar buat kita semua agar tidak berulang lagi di masa hadapan.Negara perlukan perubahan dan perubahan ini tidak mampu lagi ditangguh.Negara perlu diselamatkan dari kuasa asing menerusi warga asing.Untuk itu rakyat tidak perlu takut kepada bangsa asing yang merupakan warganegara Malaysia tetapi patut insaf dengan bahaya warga asing yang bukan warganegara tetapi diberi kewarganegara semata mata untuk menjaga kepenting BN.
Rakyat boleh melakukan perubahan sekarang dengan memilih mengundi PR dan kalau majoriti rakyat memilih PR, undi warga asing tidak akan memberi kesan tetapi yang ditakuti ialah sekiranya undi yang menghampiri 50% rakyat diberikan kepada BN, ada kemungkinan BN akan terus berkuasa dengan pertolongan warga asing.
Oleh itu setiap undi kepada BN bakal membawa kemusnahan negara dalam jangka panjang dan yang menanggung kemusnahan itu ialah generasi anak cucu kita.Jadi jangan biarkan anak cucu menyalahkan kita kerana memberi undi kepada BN.
Satu perkara yang membuatkan BN naik toncang ialah penglibatan anggota Polis dan Tentera yang ada senjata membantu mereka melakukan kemusnahan ini.Kelibat Bangla di KLIA masih dikawal rapi oleh anggota Polis yang semuanya warga negara yang sah.Alangkah pelik dan malang bagi kita, warga negara yang sah yang bekerja sebagai anggota Polis mengawal dan memberi banyak keistimewaan kepada warga asing yang merempat di negara mereka? Saya ingn bertanya kepada anggota polis sekelian, apakah perasaan anda bersubahat dengan BN? Bangga?
Sedarlah wahai anggota Polis sekelian, Anda sebenarnya bekerja untuk rakyat bukan untuk warga asing, patut menjaga keselamatan rakyat bukan warga asing malah warga asing jugalah yang telah membunuh rakan rakan anda di Lahad Datu.
Lantaran itu saya menyeru anggota Polis agar kali in tidak lagi patuh kepada BN yang hanya akan menghancurkan negara  satu hari ini.Kali ini anda diperlukan menjaga keselamatan rakyat  dan membantu rakyat membawa pengkianat negara ke muka pengadilan.
Seiring dengan itu juga, saya menyeru anggota Tentera yang sudah mempunyai ramai mantan pemimpinnya bersama PR agar turut memastikan tiada rakyat yang terkorban seandainya terpaksa bertembung dengan warga asing di hari mengundi nanti. 

 Jika Kamu Menolong Allah
Posted on Saturday, May 04 @ 10:27:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: IbnuSabah

"Tolonglah Allah, pasti Allah tolong kita semua. Pilihlah parti yang berusaha dan bermati-matian mengajak rakyat kepada mentaati perintah Allah untuk melaksanakan kebaikan, keadilan, melaksana amanah dengan adil, mengurus harta negeri dan Negara dengan amanah, mengajak rakyat bersatu padu, tidak khianat kepada rakyat, tidak rasuah dan tidak pecah amanah serta tidak makan duit dan harta rakyat.


Depan mata kita Pakatan Rakyat dibarisi para pemimpin yang terbaik ada Tok Guru, ada ulama, ada ustaz, ada peguam, ada doctor, ada panglima tentera, ada pentadbir, ada pakar dalam pelbagai bidang ekonomi, sains, sejarah dan sebagainya hinggalah ke bawah rakyat marhaen yang ikhlas mendokong dan menyokong perjuangan menentang kezaliman dan melawan pemimpin umno/BN yang boros, rasuah, khianat dan menipu rakyat sejak sekian lama.
UNDILAH kerana Allah, memilih pemimpin-pemimpin yang baik, amanah, adil dan berakhlak mulia, kita akan berpahala dunia akhirat.
UNDI KITA bukan kerana RM20, 30, 50, 100 atau 1,000. UNDI kita ialah untuk memilih pemimpin yang terbaik, amanah dan berwibawa untuk memimpin dan mentadbir negeri dan Negara kita dengan amanah, lebih baik dan adil.
umno/BN memang tak boleh diamanahkan lagi, tak boleh diharapkan lagi. Mereka lagi lama memerintah negeri dan Negara lagi rosak, mereka akan angkut seramai mungkin pendatang asing untuk undi mereka.
Ingat 5, 10, 20, 30 tahun akan datang jika ini yang umno/BN terus dipilih, tentu mereka akan lakukan lagi kerja-kerja khianat ini di negeri dan Negara kita, rakyat Malaysia akan merempat di Negara sendiri.
Boleh bayangkan seorang Perdana Menteri atau timbalan perdana menteri atau menteri atau ketua menteri atau menteri besar boleh saja-saja mengizin kerja khianat memperjudikan nasib negeri, Negara dan keselamatan rakyat dengan mudah-mudah memberikan IC kepada warga asing untuk menang pilihanraya.
Menang pilihanraya dengan undi warga asing yang diberi IC. Apa punya celaka pemimpin seperti itu. Merekalah pengkhianat sebenar. Tumbangkan mereka dalam PRU 13 hari esok Ahad 5 Mei 2013, insya Allah.
Doa banyak-banyak. Semua agen parti kena berjaga-jaga disetiap pusat mengundi, jangan ada walau sesaatpun kelalaian. Sebab SPR dan PDRM akan bersekongkol melakukan kejahatan dan penipuan ini kalau agen dan wakil kita lalai.
Kita juga berharap dan berdoa dengan ikhlas supaya semua petugas SPR dan PDRM melaksanakan amanah mereka dengan jujur dan telus. Ingat Allah Ta'ala melihat kita semua. Ingat malaikat kiri kanan akan mencatat setiap kerja baik dan jahat kita, wahai para petugas SPR dan anggota keselamatan PDRM
Rakyat mempercayai ramai petugas SPR dan PDRM orang yang jujur. Kecuali beberapa kerat petualang yang diternak oleh umno/BN dulu, kini dan selamanya.
Yakin, kuasa Allah Yang Maha Kuasa lagi Perkasa tidak ada siapa boleh mengatasinya.

Rakyat Malaysia yang layak mengundi 13.3 juta adalah kuasa yang akan meruntuhkan segala keangkuhan, kesombongan dan kejahatan para pemimpin umno/BN yang sedang diulit kuasa.
Melawan umno/BN yang dah nyata lagi terang segala kebobrokan dan kejahatan para pemimpin umno/BN yang membohongi rakyat, menipu rakyat, meratah harta, Tanah, balak, minyak dan wang ringgit rakyat, negeri dan Negara yang melampau-lampau.
Kebobrokkan dan kejahatan para pemimpin umno/BN itu hanya dapat dihentikan oleh kuasa UNDI yang ada ditangan rakyat Malaysia dari utara Perlis hingga ke selatan Johor dan menyeberang ke Sarawak, Sabah dan Labuan.

Tinggal beberapa jam lagi, tak sampai 48 jam lagi. Esok 5 Mei 2013 mulai jam 8:00 pagi di seluruh Negara rakyat Malaysia akan mengundi dan memilih pemimpin yang terbaik, amanah, berakhlak mulia, adil dan jujur. Mereka itu hanya ada di dalam parti-parti Pakatan Rakyat PAS/PKR/DAP dan NGO's.

Rakyat Malaysia mempunyai kuasa menamatkan keangkuhan, kezaliman dan kesombongan para pemimpin umno/BN yang hari-hari, siang malam mereka berkokok kat TV 1, 2, 3 dan segala media yang mereka kuasai memfitnah, menghina, menipu, meratah harta dan wang ringgit rakyat.
Bersilih ganti dari Presiden umno/BN, timbalannya dan krooni-krooni mereka memfitnah pemimpin-pemimpin terbaik dan ikon rakyat dikalangan pimpinan Pakatan Rakyat sebaik Tok Guru Nik Aziz mereka hina, keji dan fitnah.
Bodohkah rakyat Malaysia untuk menerima bulat-bulat berita fitnah dan jahat para pemimpin umno/BN itu.
Rakyat boleh bandingan sosok peribadi, watak dan latar belakang Tok Guru Nik Aziz, isteri, anak-anak dan ahli keluarga beliau yang bila melihat sejuk hati, bandingan dengan sosok dan watak Mahathir, anak-anak, keluarga dan krooni-kroninya dan juga mereka yang duk berlingkar keliling pinggang Mahathir yang masih tak puas-puas untuk mengkayakan anak-anaknya.
Rakyat juga boleh bandingkan sosok peribadi, watak, karisma, keikhlasan DS Anwar Ibrahim, isteri, anak-anaknya sejuk hati kita melihat keluarga ini dan juga sahabat-sahabatnya yang berada disekelilingnya, bandingan dengan sosok peribadi, watak, latar belakang DS Najib anak lelaki Tun Razak, isteri, anak-anak, ahli keluarga dan krooni-kroninya.
Penulis yakin dan percaya semua rakyat Malaysia dah tahu dan melihat dengan mata kepala dan mata hati masing-masing tentang kelebihan dan kebaikan yang ada pada sosok peribadi pimpinan Pakatan Rakyat PAS/PKR/DAP berbanding dengan para pemimpin umno/BN yang terpalit dengan segala kebijatan, kerosakan moral, rasuah, skandal dan lain-lain.
Itu baru dua peribadi contoh terbaik pemimpin Pakatan Rakyat yang berkelayakan memimpin dan menguruskan negeri dan Negara dengan lebih baik, amanah dan adil.
Belum kita bercerita dan menulis sederaf pimpinan terbaik Pakatan Rakyat iaitu Tok Guru Haji Hadi, Tok Guru Harun Din, Ustaz Harun Taib, Ustaz Azizan Razak, Mat Sabu, Salahuddin Ayub, Husam Musa, Mahfuz Omar, Nasrudin Tantowi, Dr Mariah, Ustazah Nuridah, Dr Dzulkifly, Khalid Samad, Dr Rani dan ramai lagi
Di pihak PKR lagi ramai TS Khalid, Azmin, Saifuddin, Rafizi, Tian Chua, N. Nurendren, Sivarasah, Nurul Izzah, Dr Mansur Othman, Rodziah, Elizabeth, Dr Boo, Dr Manuty, Mustafa Kamil Ayub dan lain-lain.
Di pihak DAP juga tidak kurang Lim Kit Siang, Karpal Singh, Lim Guan Eng, S Kulasegaran, Tony Pua, Anthony Loke, Mohd Ariff, Teresa, Chong Eng, M Manogaran, Siva Kumar dan ramai lagi.
Insya Allah bi izniLlah semua mereka itu layak untuk memimpin dan mentadbir kementerian, pejabat, negeri dan Negara dengan lebih baik dan amanah.
Berbanding dengan para pemimpin umno/BN yang rata-rata terpalit dengan bermacam skandal, rasuah, khianat dan pecah amanah. Tak payah lah kita senarai satu persatu para pemimpin umno/BN yang terpalit segala macam kebobrokan, rasuah, curi balak dan tipu rakyat kumpulan kekayaan, kayakan anak bini, adik beradik, ya banyak sungguh...
Apakah rakyat Malaysia masih tidak dapat bezakan antara kaca dengan intan berlian.
Untuk Malaysia yang baru, kerajaan yang lebih baik, hanya dengan mengundi memilih pimpinan terbaik, berwibawa, berkualiti, berakhlak mulia, amanah dan adil, Malaysia dapat diselamatkan, harta, wang, balak, minyak, pasir dan segala khazanah negeri, negara dan rakyat dapat diselamatkan daripada dibaham dan diratah oleh para pemimpin umno/BN yang tamak, rakus, sombong dan angkuh bergayut di dahan kuasa politik.
UNDILAH CALON-CALON PAKATAN RAKYAT PAS/PKR/DAP
INI KALI LAH!!!!!!!!!!!!!!!! ALLAHU AKBAR!!!!!!!!!!!

 Kesilapan “TERBESAR” Kita , “Di Pintu Masuk” Tempat Mengundi 5 hb Mei , Esok
Posted on Saturday, May 04 @ 10:24:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Open Artikel Oleh: ulitmayang

"Semua nampaknya hebat , terurus , lengkap dan selesai , InsyaAllah

Apa yang kita kurang ?

Semua nya cukup lengkap , apa yang tak ada , semua disediakan , 3M – Money , Media & Machinery , poster, tenaga , perang saraf , perayu undi, makanan/minuman , transport dan lain – lain.  Sebut saja , semua di tanggung beres

Catatan ni adalah pengalaman semasa bertugas tiga [ 3 ] PRU , 10/99 , 11/2004 & 12/2008 serta beberapa pilihanraya kecil seperti Kuala Terengganu , Permatang Pauh dan lain – lain.

Kita tewas awal di pintu masuk tempat mengundi

Pemerhatian
Bilangan peyokong [ mungkin petugas ? ]  di kawasan tempat pembuangan undi , cukup , ramai dan hebat, dan kebiasaannya melebihi daripada permintaan.
Ini lah kelebihan kita , sebab semua nya sukarela, berbanding dengan pihak yang satu lagi , kebanyakannya kena bayar dan berbayar.
Apa yang penyokong [ petugas – petugas ? ]  ni buat ?
Yang menjadi perayu – perayu undi , ok lah , sibuk dengan tugasan masing – masing , merayu undi
Bagaimana lagi yang lain – lain tu , yang ramai – ramai kat tempat pembuangan undi ?
Diperhatikan , antara nya berborak – borak , bual – bual kosong , bercakap – cakap , bergurau senda , ada yang hisap rokok , kalau kebetulan ada gerai , maka lepak2 kat gerai .
Ini masalah problem nya
Lawan/musuh hanya menunggu kita lalai
Bagi pengundi tegar PR, insyaAllah , tak jadi masalah besar , 100% akan sokong PR
Manakala, bagi penyokong tegar UMNO/BN , sokongan tak jadi 100% , sebab , sudah ramai sangat calon – calon BEBAS , yang berasal dari tulang sulbi UMNO. Disamping itu , undi protes , ‘cah keting’ , ‘peteh keting’ dan seumpamanya akan berlaku lebih hebat dalam PRU kali ini. Sehingga kan , UMNO terpaksa memberikan amaran untuk disingkirkan daripada parti , ahli2 yang sabotaj.
Bagi penyokong atas pagar , bergantung kepada kebijaksanaan perayu undi  , program lawatan rumah ke rumah dan sebagainya memainkan peranan.
Di sini ianya berlaku ………..
Tetapi , yang menimbulkan masalah ,ialah pengundi hantu , samada mengundi >1x, dan yang berkaitan dengannya.
Bagi urusan memasukkan pengundi – pengundi hantu [ pengundi >2x , penundi bagi pihak orang lain ,  dll ] , bagi kawasan bercampur – campur , * bukan kawasan di Kampung – kampung [ dimana kita mengenali penduduk setempat.] , ia agak sukar dikawal sepenuhnya.
Projek SPR yang memindahkan seramai lebih 40,000 pengundi asing dari Sabah  dan 
Sarawak ke negeri Selangor dan lain – lain tempat dan juga kemasukan beramai – ramai dari sempadan Thailand , pengundi – pengundi Myanmar , Bangladesh dan Thailand , atas arahan Najib dan UMNO , adalah disasarkan mungkin untuk tujuan ini. Senarai pengundi – pengundi hantu telah dan sedang diuruskan dan bersiap sedia menjalankan ‘kewajipan’ pada 5hb nanti.
Bagi kawasan – kawasan di kampung2 , ianya boleh dijejak dengan teliti dan berkesan. Namun begitu ia sangat bergantung kepada persediaan PR untuk membentuk TEAM TANGKAPAN AWAM.
Bagaimana untuk mengurangkan [ kalau boleh  mengatasi , lagi bagus ]  pengundi setempat yang akan ditugaskan untuk mengundi >2x , iaitu mengundi bagi pihak orang lain ,
-    nama pengundi yang tidak pernah keluar mengundi [ fungsi PA di dalam bilik mengundi , harus perlu meng’cam’ betul – betul , bukan setakat menanda bilangan sahaja ]
-     pengundi yang telah mati
-    pengundi yang mengundi atas nama orang lain , yang ada dalam senarai daftar semak ,  lebih awal daripada tuan punya badan

TANGKAPAN AWAM
Caranya , dengan membuat pemeriksaan Kad Pengenalan , dan seumpamanya , Ini dibuat secara random [ kalau boleh semua sekali lah ].
Bagi pesalah [ pengundi yg mengundi >1x ] ini, kita dapat perhatikan gerak geri , tingkah laku mereka ini biasanya berbeza , gelabah , takut2 , gelisah , cuba tengok riak air muka  , samada pengundi tua [akan memegang kad pengenalan bagi pengundi tua ] atau muda [ akan memegang kad pengenalan bagi pengundi muda ] , akan ditemui tanda2 orang macam bersalah saja , memang pun bersalah sebab mengundi >1x   
Cuma nya bila bertemu dengan 'pengundi - pengundi hantu' dan pengundi - pengundi kali ke-2 dan seterusnya , halau mereka dari tempat pembuangan undi , kalau perlu pukul , pukul lah tapi jangan sampai menyebabkan kematian.
“Marking one to one“
Sepatutnya , ada sekumpulan petugas – petugas [ perlu ada gliiran bertugas , katakan setiap 2 jam bagi satu kumpulan ] , yang benar – benar melakukan tugas – tugas berikut ;-

i].         Perhati
ii]         Lihat
iii]        Tengok
iv]        Renung
v]         Kelih dan sebagainya serta seumpamanya
secara fokus dan betul – betul , bukan main – main atau sambil lewa , pergerakan keluar masuk di pusat mengundi.
Kalau ini dapat dibuat , InsyaAllah kebarangkalian atau peratusan pengundi hantu [ undi >1x , undi bagi pihak orang lain dll] , dapat dikecilkan , walaupun tidak dapat dihapuskan 100%

Catatan Akhir

PRU 13 5 Mei adalah peluang terbaik semenjak merdeka. Jangan dipersia – siakan peluang terbaik ini.
Pertandingan ini , kali ini agak seimbang , walaupun dari segi logistic BN nampaknya mendominasi banyak aspek
Tetapi , dengan sambutan hebat seluruh Negara dari Sabah hingga ke Perlis , InsyaAllah Putrajaya sedang menunggu Pakatan Rakyat kini. 
Tahniah kepada NGO ABU , SAMM , AMK dan yang lain – lain yang telah menggerakkan TEAM TANGKAPAN AWAM , TAHAN dan laij – lain

Semoga gerak kerja tuan – tuan dan puan – puan diklasifikasikan sebagai jihad , dan diberikan balasan yang setimpal di akhirat. Amin

Tiada ulasan: