Sabtu, 4 Mei 2013

DAH KHIANAT MANA DATANG BIJAK...ORANG BIJAK TAK BUAT BENDA2 KHIANAT...ORANG BIJAK FIKIR KEDEPAN HINGGA DIPADANG MAHSYAR...KHIANAT KIRA DUNIA...TERTANGKAP PUN DIA TAK FIKIR LAGI

Zizan Belasah Umno BN Pulak..
Posted on Saturday, May 04 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Addin
Rakyat sudah semakin menyampah dan muak dengan gerak geri BN yang makin hari makin melampau. Jadi tak hairanlah, sokongan terhadap BN makin hari makin merosot menjelang pembuangan undi pada esok.

Terbaru komen Zizan Raja Lawak yang terang-terang kondem salahguna kuasa Nn terhadap media arus perdana.. saksikanlah!!



Sumber


 Langkah terdesak, surat palsu pula diedar
Posted on Saturday, May 04 @ 12:04:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber Harakahdaily



KUALA LUMPUR: Setelah gagal untuk melaga-lagakan PAS dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat, musuh mereka mengambil pendekatan baru pula iaitu mencipta surat palsu kononnya Majlis Syura PAS memutuskan untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Ia dibuat melalui surat yang kononnya ditandatangani sendiri oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Melalui surat itu, PAS kononnya mengarahkan semua ahlinya mengundi calon-calon PAS sahaja dan tidak mengundi calon-calon PKR dan DAP dalam pilihan raya 5 Mei ini.

"Ini langkah yang desperate, saya akan adakan sidang media pagi ini," kata Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS.

Surat yang kononnya ditandatangan oleh Mustafa selaku Setiausaha Agung itu disebarkan mulai malam tadi melalui email, whatsapps, facebook dan lain-lain media.

Hari ini surat yang menggunakan kepala surat PAS itu dijangka akan disebarkan ke merata tempat pula.

Semalam juga akhbar palsu Harakah mula disebarkan. Ia bermula dengan semua masjid-masjid di Selangor selepas itu ia turut di kesan di Perak.

Adalah dipercayai akhbar palsu ini juga akan diedarkan ke seluruh negara.

Sumber



Kesilapan “TERBESAR” Kita , “Di Pintu Masuk” Tempat Mengundi 5 hb Mei , Esok
Posted on Saturday, May 04 @ 10:24:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: ulitmayang

"Semua nampaknya hebat , terurus , lengkap dan selesai , InsyaAllah

Apa yang kita kurang ?

Semua nya cukup lengkap , apa yang tak ada , semua disediakan , 3M – Money , Media & Machinery , poster, tenaga , perang saraf , perayu undi, makanan/minuman , transport dan lain – lain.  Sebut saja , semua di tanggung beres

Catatan ni adalah pengalaman semasa bertugas tiga [ 3 ] PRU , 10/99 , 11/2004 & 12/2008 serta beberapa pilihanraya kecil seperti Kuala Terengganu , Permatang Pauh dan lain – lain.

Kita tewas awal di pintu masuk tempat mengundi
Pemerhatian
Bilangan peyokong [ mungkin petugas ? ]  di kawasan tempat pembuangan undi , cukup , ramai dan hebat, dan kebiasaannya melebihi daripada permintaan.
Ini lah kelebihan kita , sebab semua nya sukarela, berbanding dengan pihak yang satu lagi , kebanyakannya kena bayar dan berbayar.
Apa yang penyokong [ petugas – petugas ? ]  ni buat ?
Yang menjadi perayu – perayu undi , ok lah , sibuk dengan tugasan masing – masing , merayu undi
Bagaimana lagi yang lain – lain tu , yang ramai – ramai kat tempat pembuangan undi ?
Diperhatikan , antara nya berborak – borak , bual – bual kosong , bercakap – cakap , bergurau senda , ada yang hisap rokok , kalau kebetulan ada gerai , maka lepak2 kat gerai .
Ini masalah problem nya
Lawan/musuh hanya menunggu kita lalai
Bagi pengundi tegar PR, insyaAllah , tak jadi masalah besar , 100% akan sokong PR
Manakala, bagi penyokong tegar UMNO/BN , sokongan tak jadi 100% , sebab , sudah ramai sangat calon – calon BEBAS , yang berasal dari tulang sulbi UMNO. Disamping itu , undi protes , ‘cah keting’ , ‘peteh keting’ dan seumpamanya akan berlaku lebih hebat dalam PRU kali ini. Sehingga kan , UMNO terpaksa memberikan amaran untuk disingkirkan daripada parti , ahli2 yang sabotaj.
Bagi penyokong atas pagar , bergantung kepada kebijaksanaan perayu undi  , program lawatan rumah ke rumah dan sebagainya memainkan peranan.
Di sini ianya berlaku ………..
Tetapi , yang menimbulkan masalah ,ialah pengundi hantu , samada mengundi >1x, dan yang berkaitan dengannya.
Bagi urusan memasukkan pengundi – pengundi hantu [ pengundi >2x , penundi bagi pihak orang lain ,  dll ] , bagi kawasan bercampur – campur , * bukan kawasan di Kampung – kampung [ dimana kita mengenali penduduk setempat.] , ia agak sukar dikawal sepenuhnya.
Projek SPR yang memindahkan seramai lebih 40,000 pengundi asing dari Sabah  dan 
Sarawak ke negeri Selangor dan lain – lain tempat dan juga kemasukan beramai – ramai dari sempadan Thailand , pengundi – pengundi Myanmar , Bangladesh dan Thailand , atas arahan Najib dan UMNO , adalah disasarkan mungkin untuk tujuan ini. Senarai pengundi – pengundi hantu telah dan sedang diuruskan dan bersiap sedia menjalankan ‘kewajipan’ pada 5hb nanti.
Bagi kawasan – kawasan di kampung2 , ianya boleh dijejak dengan teliti dan berkesan. Namun begitu ia sangat bergantung kepada persediaan PR untuk membentuk TEAM TANGKAPAN AWAM.
Bagaimana untuk mengurangkan [ kalau boleh  mengatasi , lagi bagus ]  pengundi setempat yang akan ditugaskan untuk mengundi >2x , iaitu mengundi bagi pihak orang lain ,
-    nama pengundi yang tidak pernah keluar mengundi [ fungsi PA di dalam bilik mengundi , harus perlu meng’cam’ betul – betul , bukan setakat menanda bilangan sahaja ]
-     pengundi yang telah mati
-    pengundi yang mengundi atas nama orang lain , yang ada dalam senarai daftar semak ,  lebih awal daripada tuan punya badan

TANGKAPAN AWAM
Caranya , dengan membuat pemeriksaan Kad Pengenalan , dan seumpamanya , Ini dibuat secara random [ kalau boleh semua sekali lah ].
Bagi pesalah [ pengundi yg mengundi >1x ] ini, kita dapat perhatikan gerak geri , tingkah laku mereka ini biasanya berbeza , gelabah , takut2 , gelisah , cuba tengok riak air muka  , samada pengundi tua [akan memegang kad pengenalan bagi pengundi tua ] atau muda [ akan memegang kad pengenalan bagi pengundi muda ] , akan ditemui tanda2 orang macam bersalah saja , memang pun bersalah sebab mengundi >1x   
Cuma nya bila bertemu dengan 'pengundi - pengundi hantu' dan pengundi - pengundi kali ke-2 dan seterusnya , halau mereka dari tempat pembuangan undi , kalau perlu pukul , pukul lah tapi jangan sampai menyebabkan kematian.
“Marking one to one“
Sepatutnya , ada sekumpulan petugas – petugas [ perlu ada gliiran bertugas , katakan setiap 2 jam bagi satu kumpulan ] , yang benar – benar melakukan tugas – tugas berikut ;-

i].         Perhati
ii]         Lihat
iii]        Tengok
iv]        Renung
v]         Kelih dan sebagainya serta seumpamanya
secara fokus dan betul – betul , bukan main – main atau sambil lewa , pergerakan keluar masuk di pusat mengundi.
Kalau ini dapat dibuat , InsyaAllah kebarangkalian atau peratusan pengundi hantu [ undi >1x , undi bagi pihak orang lain dll] , dapat dikecilkan , walaupun tidak dapat dihapuskan 100%

Catatan Akhir

PRU 13 5 Mei adalah peluang terbaik semenjak merdeka. Jangan dipersia – siakan peluang terbaik ini.
Pertandingan ini , kali ini agak seimbang , walaupun dari segi logistic BN nampaknya mendominasi banyak aspek
Tetapi , dengan sambutan hebat seluruh Negara dari Sabah hingga ke Perlis , InsyaAllah Putrajaya sedang menunggu Pakatan Rakyat kini. 
Tahniah kepada NGO ABU , SAMM , AMK dan yang lain – lain yang telah menggerakkan TEAM TANGKAPAN AWAM , TAHAN dan laij – lain

Semoga gerak kerja tuan – tuan dan puan – puan diklasifikasikan sebagai jihad , dan diberikan balasan yang setimpal di akhirat. Amin

Tidak dinafikan pemimpin umno bijak tetapi khianat
Posted on Saturday, May 04 @ 10:23:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: anaabdullah

"
Datuk Seri Mohd Najib Razak nyatakan Anwar Ibrahim tidak layak jadi perdana menteri Malaysia. Bermakna Anwar Ibrahim tidak bijak. Sebab itu tidak layak jadi perdana menteri Malaysia selepas PRU 13 ini.
Bukan itu sahaja, malah  Daim Zainuddin mengatakan jika Anwar Ibrahim jadi perdana menteri Malaysia akan hancur kerana tidak bijaksana.


Kita tidak nafi memang pemimpin umno bijaksana belaka, termasuk perdana menteri ke 6 yang dikatakan telah membelanjakan wang rakyat sejumlah RM 58 bilion untuk beli undi rakyat.
Inilah kebijsakan yang ditunjukkan sehingga tergamak membiarkan rakyat jadi miskin, terutama sekali orang melayu yang semakin hari semakin terpinggir.
 Tunjuk kebijaksanaan, tetapi orang tahu dan akui memang perdana menteri bijak. Bijak kumpul harta. Bijak kayakan kroni dan bijak kayakan adik beradik dan anak beranak.
Terutama sekali kayakan isteri isteri mereka. Rakyat tahu di mana mereka menyorokkan harta mereka . Rakyat juga tahu dari mana mereka mendapat kekayaan.
Rakyat juga tahu matlamat mereka berpolitik. Mereka jadikan politik itu sebagai alat. Alat untuk jadi kaya. Alat untuk jadi pemimpin yang dihormti. Mereka beli undi agar nampak baik.
Pemimpin umno menunjukkan mereka dari keturunan tok guru dan orang baik baik, tetapi rakyat tahu sejauh mana baiknya mereka. Dalam diam-diam, rakyat tahu siapa mereka sebenarnya.
Petikan itu cukup menarik untuk difikirkan. Ia datang daripada mulut-mulut orang umno sendiri. Mereka sudah muak dengan sikap hipokritnya.
Jika 50  tahun dulu isu tanah tidak selesai selesai. Jika atas nama tol milik semntara hingga hari ini tak diselesaikan. Demikian juga mengenai tanah pinggir. Sudah 50 tahun lama hingga hari ini kesemua belum selesai
Yang paling sedih sekali di Johor dan Pahang masalah air tak selesai selesai juga. Hingga hari ini rakyat meruigut, terutama sekali orang umno tegar yang sering menyatakan macam mana saya nak undi umno.
Ya tak ya juga. Bayangkan memerintah selama 50 tahun lebih pun masih banyak janji yang tidak ditepati.
PAS ketika memerintah Terengganu 1999 telah Berjaya menyelesaikan tanah sejumlah 50,000 lot tanah TOL yang diluluskan kerajaan mumno/BN selama 50 tahun.
Selepas kalah teruk PRU 11 (2004) kerajaan umno/BN yang bermenteri besarkan Datuk Seri Idris Jusoh merampas semula miskipun sudah diluluskan geran kekal.
Peluang kerja 2 juta yang dijanji sehingga hari belum dapat diselesaikan. 80 ribu lepas ijazah menganggur.
Keselamatan Negara yang dijanjikan Negara aman dan maknur belum ada impaknya. Hari hari berlaku pembunuhan di sana sini, tembak menembak, tekak menetak, rogol remaja,ragut, samun rompak meraompak berlaku secara bermaharajalela.
Indek jenayah tak turun turun malah semakin hari semakin tinggi dan naik, mendadak. Macam ini. Bajiksanakah namanya ini.Mungkin boleh diakui mereka bijak, tetapi jahat dan khianat,termasuk khianat pada agama Islam, bangsa dan Negara.
Yang paling menakutkan rasuah dan dadah musuh  nombor satu Negara semakin hari semakin berleluasa, semacam sudah tidak boleh dikawal lagi. Hukunan gantung sampai mati pada pengedar dadah mulai luput.
Yang ada, mereka yang terbabit dan didapati bersalah oleh Hakim diputuskan hanya denda.RM 10,000, RM 20,000. Bayar denda bebaslah menerka. penjara cuma langkah semantara sahaja.

 Laman, Akhbar, Sekarang Surat Majlis Syura PAS Palsu Pulak Dah!!!
Posted on Saturday, May 04 @ 10:11:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline
Sila ke http://tranungkiteoffline.blogspot.com jika TKO mengalami gangguan


Jika surat ini daripada Majlis Syura PAS, sepatutnya yang mengeluarkannya SU Majlis Syura bukan SU Agong PAS. Kantoi punya UMNO!!!

Langkah terdesak, surat palsu pula diedar

KUALA LUMPUR: Setelah gagal untuk melaga-lagakan PAS dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat, musuh mereka mengambil pendekatan baru pula iaitu mencipta surat palsu kononnya Majlis Syura PAS memutuskan untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Ia dibuat melalui surat yang kononnya ditandatangani sendiri oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Melalui surat itu, PAS kononnya mengarahkan semua ahlinya mengundi calon-calon PAS sahaja dan tidak mengundi calon-calon PKR dan DAP dalam pilihan raya 5 Mei ini.

"Ini langkah yang desperate, saya akan adakan sidang media pagi ini," kata Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS.

Surat yang kononnya ditandatangan oleh Mustafa selaku Setiausaha Agung itu disebarkan mulai malam tadi melalui email, whatsapps, facebook dan lain-lain media.

Hari ini surat yang menggunakan kepala surat PAS itu dijangka akan disebarkan ke merata tempat pula.



Semalam juga akhbar palsu Harakah mula disebarkan. Ia bermula dengan semua masjid-masjid di Selangor selepas itu ia turut di kesan di Perak.

Adalah dipercayai akhbar palsu ini juga akan diedarkan ke seluruh negara.

Sebelum ini laman web harakah palsu di bina setelah laman web harakah asal di godam dengan DDos.

 

"


 Flashmob Pemantau di hadapan Wisma Persekutuan
Posted on Saturday, May 04 @ 09:35:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline
Sila ke http://tranungkiteoffline.blogspot.com jika TKO mengalami gangguan

SEBAGAI tanda sokongan Pemantau Rakyat kepada profesyenalisme penjawat awam dalam suasana pilihan raya yang ada masa kini, Pemantau Rakyat sekali lagi mengadakan flashmob di hadapan Wisma Persekutuan, Kota Bharu pagi ini. (gambar atas

Sokongan kepada penjawat awam ini bertujuan menunjukkan kebersamaan rakyat untuk mendokong kebebasan penjawat awam dari sebarang anasir ugutan dan pengaruh tak berpatutan dari parti-parti politik tertentu.

 
Penjawat awam yang selama ini banyak mencurahkan bakti untuk rakyat dan Negara seharusnya berada dalam keadaan yang selesa untuk membuat pilihan sendiri pada 5 Mei ini tanpa diugut dengan pelbagai cara oleh pihak yang berkepentingan.
 
Selain Jabatan Pelajaran Negeri, pihak Pemantau Rakyat juga menerima aduan berlakunya ugutan di lain-lain jabatan.
 
Terbaru melalui Pasukan Pemantau Rakyat Kota Bharu, satu laporan polis telah dibuat berkaitan salahguna kuasa oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan yang berkempen untuk sebuah parti politik di dalam program anjuran pihak tersebut. Laporan polis tersebut dibuat setelah pihak Pemantau Rakyat Kota Bharu menerima beberapa aduan daripada orang awam yang turut menyerahkan rakaman audio ucapan Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan di dalam satu program pada 29 April 2013 di Pasir Mas.
 
Antara kandungan ucapan Pengarah Kesihatan Negeri, Dato’ Ahmad Razin Ahmad Maher adalah beliau meminta kakitangan kementerian kesihatan supaya setia kepada Barisan Nasional malah menyuruh mereka untuk meletak jawatan sekiranya tidak bersetuju dengan pihak kerajaan yang diterajui Barisan Nasional.

Salinan surat kerahan dan rakan audio ucapan telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan.
 
Ketua Pemantau Rakyat Kota Bharu Dr. Syed Abdul Khaliq Syed Abd Hamid yang membuat laporan tersebut menegaskan perkara seperti ini tidak wajar berlaku dan perlu dibendung agar profesionalisme penjawat awam tidak diganggu gugat dengan kempen politik sewaktu tugas rasmi.
 
Demikian juga satu laporan polis juga dibuat pada hari ini terhadap Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan yang dilihat sewenang-wenang terus menggunakan institusi pendidikan termasuk sekolah-sekolah di Kelantan untuk berkempen bagi pihak UMNO dan Barisan Nasional. (Gambar atas)
 
Sekian untuk hebahan.


(Mohammad Faizal Che Yusof)
(Ketua Pasukan Pemantau Pilihan Raya Kelantan)

Tiada ulasan: