Rabu, 8 Mei 2013

JIKA KITA TENAT...KITA SAKIT...KITA SALAH...MENGAPA DAN SALAHKAN ORANG LAIN...ORANG JUGA ADA PERASAAN DAN SUMBANGAN...JADILAH ORANG BERAKAL BUKAN EGO...INGAT MATI MUNGKIN BOLEH MENGURANGKAN KESOMBONGAN DAN INGAT NERAKA SERTA SEKSAAN DALAM KUBUR...KITA NAK LARI MANA

17-15 di T'ganu, sms tiada kaitan Presiden PAS

Harakahdaily, 07 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Sebaran sistem pesanan ringkas (sms) mengenai kononnya Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ada menyebut mengenai suasana 17-15 di Terengganu adalah tidak berbangkit sama sekali.

Justeru, Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan bahawa kenyataan rasmi Tuan Guru Presiden PAS hanyalah dikeluarkan menerusi laman web parti, Harakahdaily dan Facebook Tuan Guru.

Tegasnya, pihak Pejabat Presiden PAS tidak bertanggungjawab terhadap siaran kenyataan Tuan Guru di luar dari saluran rasmi berkenaan.

“Sehubungan dengan itu, sebaran sms mengenai kononnya Tuan Guru ada menyebut mengenai suasana 17-15 di Terengganu adalah tidak berbangkit sama sekali,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.

Mahathir kata dia tak sangka Najib lebih teruk dari Pak Lah...

http://darisungaiderhaka.blogspot.com, 07 Mei 2013

Saya harap kali ini BN akan peroleh lebih banyak Kerusi kali ini berbanding tahun 2008.. saya agak terkejut dan kecewa bila mendapati BN memperolehi lebih kurang kerusi kali ini kata Tun Mahathir..

Menurut Tun Mahathir, beliau tidak menjangkakan biarpun setelah menukarkan pemimpin dari Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak keputusan yang diterima oleh BN lebih teruk kali ini..

Baca di sini.

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Tarik balik 'Apa lagi Cina mahu' – Ah Hee

Harakahdaily, 07 Mei 2013
PULAU PINANG: Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pulau Pinang, Quak Ah Hee mendesak akhbar Utusan Malaysia menarik balik tajuk muka depan hari ini 'Apa lagi Cina mahu' .


Katanya, tajuk itu nampak kasar dan tidak sewajarnya dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

"Utusan Malaysia kena tarik balik tajuk yang tertera di muka depan akhbar berkenaan, bunyinya menyinggung peraaan orang Cina," katanya.

Beliau turut mengulas kenyataan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bahawa masyarakat Cina begitu rasis apabila tidak memberikan undi kepadanya di Parlimen Bukit Katil menyebabkan beliau tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar dengan majoriti 5,447 undi.

“Bagi kami kaum Tionghua bukan rasis atau pun perkauman tetapi kerana terlalu ingin melihat kejatuhan sebuah kerajaan yang mendera rakyat dengan perbagai kenaikan.

“Kami juga mahu melihat wujudnya sebuah kerajaan adil dan saksama, jauh daripada gejala rasuah, penyelewengan serta tidak amanah,” katanya.

Menolak auta dengan fakta

Suhaimi Saad, 07 Mei 2013
Kecoh sekarang ini ahli parlimen Malaysia ramai yang bukan Melayu. Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yang parah.. DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majoriti dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan.

Jika DAP kalah sekalipun Melayu tak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan Gerakan. Malah Kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN, saya bagi contoh:-

Kerusi Parlimen :-


1. Rafizi (PKR) menang lawan Gary Lim (BN) - Pandan.

2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang lawan S. Murugesan (BN) - Kota Raja.

3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang lawan Tan Kok Eng (BN) - Bandar Tun Razak.

4. Imran Hamid (PKR) menang lawan Kong Cho Ha (BN) - Lumut.

5. Datuk Arif (DAP) menang lawan Hoh Khai Mun (BN) - Raub.

6. Kamarul Bahrin (PKR) menang lawan V.S Mogan (BN) Telok Kemang.

7. Khairil K. Johari menang lawan Teh Leong Meng (BN) Bukit Bendera.

Kesimpulannya :


Menang Pakatan Rakyat bermakna tujuh Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan tujuh ahli parlimen Melayu

Kerusi DUN:-

1. Azman Nasarudin (PKR) menang lawan S. Ananthan (BN) – Lunas, Kedah.

2. Datuk Anuar Abdullah (PAS) menang lawan Tan Ken Ten (BN) – Kota Lama, Kelantan.

3. Azan Ismail (PKR) menang lawan Datuk Toh Chin (BN) – Bandar, Terengganu.

4. Tengku Zulpuri (DAP) menang lawan Datuk Chuah Boon (BN) – Mentakab, Pahang,

5. Mohd Rashid (PKR) menang lawan Wong Mun (BN) - Pantai Jerjak, Penang.

6. Dr Idris (PKR) menang lawan K. Parthiban (BN) – Ijok, Selangor.

7. Aminul Huda (PAS) menang lawan Teo Yew (BN)- Parit Yani, Johor.

8. Abdullah Husin (PAS) menang lawan M. Sorianarayan (BN) – Puteri Wangsa, Johor.

Orang bertanya kepada saya bagaimana pula seorang Melayu, Ghani Othman boleh kalah dengan Lim Kit Siang.
Saya katakan Ghani Othman cari penyakit. Dia bertanding di kawasan (Cina 52%) (Melayu 34%) selebihnya India. Parlimen ini dulunya adalah milik MCA.

Kalau Umno masih bangkitkan isu Melayu dan bukan Melayu ni. Saya nak tanya bagaimana pula Kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu BN boleh menang. Melayu UMNO undi siapa? Saya senaraikan.

1. Parlimen Simpang Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah lawan Liang Teck Meng (BN).

2. Parlimen Tanjong Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah lawan Wee Jack (BN)

3.Parlimen Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah lawan Tsen Tsau (BN)

4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah lawan Dr Leong (BN)

5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)

6. DUN Gambir (M- 56%) Datuk Mahfoz Mohd (PAS) kalah lawan M. Aso (BN)

7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah lawan Dr Mah Hang(BN)

8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah lawan Lau Chin (BN)

9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah lawan R. Vidyanathan (BN)

10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah lawan Datuk Tee Seiw (BN)

11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah lawan Yong Oui (BN)

12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah lawan Kennedy John (BN)

13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah lawan Pang Yuk Ming (BN)

Masih percaya dakyah Umno. Umno menipu kita selama ni dengan memainkan sentiment perkauman. Sebenarnya yang merosakkan Melayu dan menggadaikan masa depan melayu adalah pemimpin Umno.

Hentikan main isu perkauman jika anda tak tahu fakta sebenar.


* Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Pahang.


 

 

Saya buat keputusan 3 hari sebelum mengundi

Rizal Tahir, 07 Mei 2013

(TG Nik Aziz bercakap kepada wartawan di atas tangga masjid di sebelah rumahnya selepas solat Zohor tengahari tadi)

PENGKALAN CHEPA: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata beliau telah membuat keputusan untuk tidak menjadi Menteri Besar Kelantan jika Pakatan Rakyat menguasai negeri itu tiga hari sebelum PRU 13 baru-baru ini.

Menurutnya, keputusan itu diambil berikutan beliau merasakan tidak begitu bertenaga lagi dari segi fizikalnya untuk menjawat jawatan yang tinggi di peringkat kerajaan.

Beliau juga turut mengakui di hari mengundi beliau turun berkempen sehingga ke Pasir Mas, meninggalkan kawasan sendiri dan tidak sempat dilawati hingga ke hari ini.

“Hari itu memang saya tersangat letih, saya rehat di sebuah musallah,”ujarnya.

Bagaimanapun, beliau bersedia memikul tanggungjawab Mursyidul Am dan Pesuruhjaya sekiranya parti masih memerlukan khidmat beliau untuk memegang dua jawatan itu di peringkat negeri dan Pusat.

Jika sebaliknya, beliau akur dengan keputusan jemaah kerana perlantikan itu dilantik oleh PAS Pusat.

Beliau berkata demikian kepada media di Masjid Pulau Melaka selepas menunaikan solat Zohor tengahari tadi.

Katanya, jika diukur dengan tempoh aktif dalam politik sejak tahun 1997 bermula dengan Ahli Parlimen, kadang-kadang terpaksa membawa kenderaan sendiri dari Kota Bharu-Kuala Lumpur, makan juga tidak teratur menyebabkan beliau kini semakin tidak berdaya.

“Maka saya bagitahu pada timbalan saya supaya menerima tanggungjawab itu dan saya syukur Tuanku Sultan Kelantan memahami dan menerima keputusan saya. Junjung kasih saya ucapkan pada Tuanku.

“Sekiranya di Kelantan ini tidak ada orang berkelayakan saya sanggup memegang lagi jawatan itu sampai matipun, tetapi apabila saya meneliti memang ramai lagi, jadi saya sanggup berundur,”ujarnya.

Beliau juga yakin orang yang menggantikannya mampu menjaga negeri di samping mempunyai ilmu agama yang tinggi.

Pada masa yang sama, Tuan Guru mengucapkan tahniah kepada pengundi muda yang pulang untuk mengundi demi membuat perubahan.

“Insyaallah merekalah benih-benih untuk menyuburkan gerakan Islam pada masa depan,”ujarnya.

Berhubung dengan kuliah mingguannya di Dataran Ilmu, beliau akan meneruskannya sebagaimana biasa memandangkan ianya diumpamakan ‘nasi beras’ di akhirat nanti.

Ketika ditanya berhubung harapan pada saf anggota exco yang baru, beliau mengharapkan mereka lebih baik memacu pentadbiran kerajaan Kelantan.

“Tentu saya mengharapkan yang lebih baik, tetap saya yakin sebab mereka mempunyai ilmu dan pengalaman yang tidak sedikit, tenaga muda untuk melihat Islam lebih bertenaga,”ujarnya.

Ketika ditanya berhubung bekas anggota exco Datuk Husam Musa yang tidak dilantik sebagai exco kali ini, beliau enggan mengulas lanjut.

MCA merajuk, beri laluan isu perkauman dibakar

Harakahdaily, 07 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menghidu sentimen perkauman yang seolah-olah telah disusun, menyeru kepada semua agar tidak terpedaya dengan sebarang permainan politik perkauman.
Ekoran daripada tindakan parti komponen Barisan Nasional yang memperjuang nasib kaum Cina, MCA yang telah menolak semua lantikan kabinet di peringkat negeri dan nasional sebenarnya telah mengkhianati pengundi.

“Memang benar MCA telah ditolak oleh sebilangan besar pengundi di seluruh negara, namun ia bukan alasan untuk MCA menolak pelantikan menteri dan seharusnya ia satu pengkhianatan kepada pengundi BN,” kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan.

Katanya, SAMM melihat situasi ini agak pelik, berkemungkinan untuk memberi tekanan kepada masyarakat Cina betapa tidak ada wakil Cina dalam senarai menteri kabinet berakhir PRU13 yang menyaksikan pola pengundian Cina memihak kepada Pakatan Rakyat.

Dari satu sudut yang lain, ujar beliau SAMM lihat ia satu taktik berbaur ugutan dan isu perkauman selepas ini menjadi 'makanan' kepada pihak yang rasis begitu mudah untuk dibakar.

“Sebagai kumpulan anak muda, SAMM tegaskan hasrat pemerintah untuk amal 'pecah-perintah' berskala besar, meletakkan Melayu itu kerajaan dan Cina itu pembangkang adalah satu kemunduran yang jelas,” ujarnya.

PR tetap tambah kerusi, kuatkan suara di Parlimen

Wan Nordin Wan Yaacob, 07 Mei 2013
Meskipun ramai yang masih bersedih dengan kegagalan Pakatan Rakyat menawan Kerajaan Persekutuan, namun kesedihan itu seharusnya tidak terkubur dengan alasan-alasan yang bersifat 'pengulangan'.

Benar terdapat usaha penipuan dan penyelewengan yang mungkin sekali berlaku di beberapa tempat, namun tidak semua kawasan sebenarnya berlaku demikian.

Pada asasnya, Pakatan Rakyat tetap menang secara moralnya di peringkat persekutuan apabila berjaya mengurangkan lagi majoriti mudah BN yang dahulu 140 kerusi, dan kini merosot kepada 133 kerusi Parlimen sahaja.

Bermakna, Pakatan Rakyat berjaya menambah 7 kerusi lagi, cuma hilang di kerusi yang tidak disangka akan mengalami kekalahan antaranya Kulim Bandar Baharu, Machang, Tanah Merah, Jerai, Baling, Sik, Bagan Serai, Kuala Selangor dan beberapa yang lain.

Sementara PAS sendiri sebenarnya walaupun gagal mempertanankan Kedah atas alasan tertentu, namun telah berjaya meningkatkan prestasi yang amat memberansangkan apabila menang dan menambah kerusi di Selangor kepada 15 dan menjadi 'pengemudi' bersama DAP (15) dan diikuti KeADILan 14 kerusi.

Tanpa disedari, PAS berjaya melahirkan anak sulong di Melaka dengan Dr Mohd Khalid Rahmat menang di Dun Bukit Baru walaupun PAS kehilangan Dun Paroi di Negeri Sembilan.

Sementara kejayaan luar jangka PAS di Terengganu yang hampir dapat menewaskan BN dengan kekuranga  hanya 2 kerusi adalah satu pencapaian yang amat membanggakan.

Jika sebelum PRU13, Terengganu hanya mensasarkan antara 12 kerusi sahaja yang mampu di menangi, namun kejayaan menawan 15 kerusi Dun adalah suatu yang luar biasa.

Kejayaan PAS menang di Temerloh melalui Ketua Pemudanya, Ustaz Nasrudin Hassan@Tantawi disifatkan oleh beberapa penganalisis politik antaranya Pensyarah USM, Dr Sivamurugan Pandian sebagai suatu yang luar jangka membuka ruang yang lebih besar kepada PAS dalam merangka pelan pada masa akan datang untuk melihat lapang sasar yang mungkin tidak terduga sebelum ini.

Peningkatan kemenangan PAS di Johor dimana menambah dua kerusi Dun kepada empat (baru menang Kota Puteri, Parit Yaani) (sebelum ini Sungai Abong dan Maharani) membuka mata rakyat, Johor bisa sahaja menjadi tapak kepada PAS untuk mengintai peluang menerajui gerbang selatan itu dalam beberapa PRU selepas ini.

Biarpun Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub tewas di Nusajaya dan Parlimen Pulai, namun kejayaan menempa undi yang lebih besar harus dilihat sebagai satu kejayaan juga.

Berbalik kepada kejayaan Nasrudin di Temerloh menewaskan Dato' Saifuddin Abdullah, ia bukanlah suatu yang mudah, kerana Nasrudin dilihat sebelum ini sebagai calon 'underdog'.

Dengan status underdog, beliau akhirnya berjaya mendapat kepercayaan pengundi di Temerloh dan merentasi sifat pengundian 'perkauman' apabila undi kaum Cina juga diberikan kepada Ketua Pemuda PAS ini.

Menjengah pula kejayaan beberapa nama baharu dalam PAS, antaranya Dr Khairudin Aman Razali (Parlimen Kuala Nerus); Dr Marzukh Shaary (Bachok); Raja Kamarul Bahrin (Kuala Terengganu) ; Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz dan beberapa nama lain  memberi satu gambaran baharu bahawa 'tokoh' yang belum diberi peluang bertanding bisa sahaja melakar kejutan dalam memberi kemenangan kepada PAS.

Sementara di peringkat BN pula, Pengerusi BN, Dato' Seri Najib Razak pagi terpaksa berdepan pula dengam cabaran mendapatkan semula taburan undi yang mempunyai jurang antara desa dan kota dan kelas (kedudukan taraf).

Najib juga berkemungkinan berdepan dengan gelombang di peringkat akar umbi Umno yang barangkali mahukan perubahan dalaman lebih-lebih lagi memegang kata-kata bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad jika Najib gagal mendapat mandat 2/3, bermakna Najib kalah.

Selain itu, Najib kini berhadapan dengan masyarakat umum yang pelbagai sifatnya termasuk mentaliti mahukan wang, habuan segera, perubahan dasar dan juga kematangan kerajaan berdepan dengan situasi sukar.

Najib hanya mempertahankan pemerintahan yang lebih buruk prestasinya berbanding Tun Abdulla Ahmad Badawi dengan sentimen undi Melayu.

Di sesetengah kawasan khasnya Selangor, kematangan pengundi Melayu telah menyebabkan Umno-BN semakin tidak diterima dan susut kepada 12 kerusi sahaja.

Secara keseluruhannya, Pakatan Rakyat sebenarnya telah menang undi popular yang menunjukkan sokongan terhadap kempen mereka yang menolak rasuah, dasar yang lebih mesra rakyat khasnya golongan di bandar dan juga pertarungan untuk menguasai Putrajaya.

Begitupun, hanya kerana undi Melayu menjadi penyelamat kepada Umno khasnya apabila mereka berjaya mendapatkan semula Kedah dengan majoriti yang lebih selesa walaupun bukan 2/3.

Cuaca politik Malaysia selepas ini bakal menarik dengan taburan kemenangan yang tidak samarata antara parti dalam BN mahupun Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan: