Jumaat, 17 Mei 2013

JENIS LELAKI MATA KERANJANG...DIDIKAN AGAMA TAHAP BERAPA TAH...AMALAN AGAMA PUN TAH...TAK TAU MACAM MANE...TAK KAN TAK TAHU BERDUA2AN DENGAN WANITA BUKAN MUHRAM TU HARAM..TAK KAN TAK TAHU AGAMA...ATAU BUAT BODOH AJE..ATAU TAHU TAPI LANGGGAR SEMACAM JE

Pelakon lelaki terkenal ditangkap khalwat
6:13AM Mei 17 2013
Seorang pelakon lelaki terkenal tempatan ditangkap khalwat oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang di Shah Alam semalam.
  
Pelakon berusia 25 tahun itu, yang pernah bertunang pada Disember tahun lepas, ditahan pada jam 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam.
  
Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin, dalam satu kenyataan hari ini, mengesahkan bahawa pelakon itu, yang sudah bertunang Disember lepas, ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat awam.
  
"Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995," katanya.
  
Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita yang lebih berusia serta seorang lagi pelakon wanita, namun hubungannya dengan mereka berakhir begitu sahaja.
  
- Bernama

Ini pelakon lelaki yang ditangkap khalwat?

Bernama melaporkan…Pelakon Lelaki Terkenal Ditangkap Khalwat
SHAH ALAM: Seorang pelakon lelaki terkenal tempatan ditangkap khalwat oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang di sini awal Khamis.
Pelakon berusia 25 tahun itu, yang pernah bertunang pada Disember tahun lepas, ditahan pada 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam.
Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin, dalam satu kenyataan pada Khamis, mengesahkan bahawa pelakon itu, yang sudah bertunang Disember lepas, ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat awam.
“Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995,” katanya.
Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita yang lebih berusia serta seorang lagi pelakon wanita, namun hubungannya dengan mereka berakhir begitu sahaja. – BERNAMA
ShahzJazli_KhalwatPelakon yang dimaksudkan adalah pelakon ini? Pelakon yang bertunang pada Disember pada tahun lepas adalah Shahrizal Shahrizal Jaszle, yang lebih dikenali  Shahz Jazle dilaporkan telah bertunang pada 8 Disember 2012 dengan Redzwani Puteri @ Puteri.
Kalau berjaya menambat hati wanita yang lebih berusia, dia dikatakan berjaya menambat hati pelakon senior, Maria Farida. Rujuk apa yang telah dilaporkan MalaysiaDigest
 TEMPAT LAIN PUN ADA YANG KURANG AIR...TAK BISING PUN...SEBAB PR PERINTAH ...MANJANG ADA MASALAH...BEGITU JUGA KELANTAN...AIR DARI ALLAH...BUKAN BOLEH BUAT2...MOHONLAH PADA ALLAH...MEMANG ELOK PUN AIR NI DIAMBIK OLEH KERAJAAN NEGERI...PASARANA PUN DARI BEKALAN AIR SELANGOR YANG DULU...PUNYA...BERNIAGA BARANG DAH ADA...BISING PULAK...TAK TAHU MALU KE

Paras air kritikal
Wartawan Sinar Harian
17 Mei 2013
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)
SUBANG JAYA - Syabas memaklumkan berlaku penyusutan ketara paras kolam imbangan dan utama di negeri ini.
Penyusutan dikatakan berpunca daripada peningkatan permintaan bekalan air berikutan cuaca panas ketika ini.

Bacaan paras kolam air yang dicatat di beberapa kolam utama setakat 10 pagi semalam menunjukkan penurunan yang ketara dan berada pada tahap kritikal.

Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred  berkata, pihaknya mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan kod hijau apabila berlaku gangguan air membabitkan 15,000 akaun pengguna di kawasan Subang Jaya sejak Selasa lalu.

Bagaimanapun katanya, Kolam Air Lapangan Terbang Subang yang mengalami penyusutan mendadak kelmarin menunjukkan peningkatan setelah mendapat bekalan air alternatif dari Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.

“Kebanyakan kawasan yang menghadapi gangguan bekalan air sejak Selasa lalu mula menerima bekalan air tengah malam kelmarin dan pulih secara berperingkat,” katanya.

Beliau berkata, di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya jumlah permintaan semasa bekalan air terawat adalah di tahap 4625 JLH (purata sehingga semalam) berbanding dengan jumlah kapasiti pengeluaran boleh agih iaitu 4661 JLH.

Jelasnya, ada beberapa loji daripada 34 loji sedia ada beroperasi melebihi kadar kapasiti reka bentuknya.

Kadar rezab bekalan air dilaporkan berada pada tahap rendah iaitu kurang dari satu peratus menyebabkan paras beberapa kolam air utama menurun.

Dppk Bagan Serai shared Hassan Salleh's photo.
Photo

Assalamualaikum.. Selamat pg semua. Smg hari ini lebih baik dari hari semalam. Syukur Alhamdulillah kerana masih dpt meneruskan kehidupan seperti biasa..

Hahaha.. Gua terkena.. Bukan gua jea terkena, lu org pn sama terkena.. Sama ada lu undi PR ke.. BN ke.. Lu x mengundi ke.. Semua terkena.. Tq kepada pengundi BN.. Hahaha..

Like · · · about an hour ago ·
Salam Ukhwah shared Dewan Ulamak PAS Pusat's photo.
Jangan lupa ...Ibu dan Ayah kita adalah guru yang tidak bergaji yang paling penyayang ... membakar dirinya semata-mata ingin melihat anaknya berjaya ! ... Cintai @[112140085517515:274:Dewan Ulamak PAS Pusat]
Jangan lupa ...Ibu dan Ayah kita adalah guru yang tidak bergaji yang paling penyayang ... membakar dirinya semata-mata ingin melihat anaknya berjaya ! ... Cintai Dewan Ulamak PAS Pusat

MB harap Kabinet baru beri impak kepada Kelantan
SITI FATIHAH AWANG
17 Mei 2013
Ahmad Yakob
Ahmad Yakob
KOTA BHARU – Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menyambut baik pasukan Kabinet baru 2013 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dua hari lalu.

Selain itu, Ahmad turut menggesa Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan yang mengkategorikan tiga perihal utama iaitu senarai persekutuan, negeri dan bersama, perlu terus dihormati untuk kebaikan semua pihak khususnya rakyat Kelantan.

Ahmad berkata, beliau turut menyokong kenyataan perdana menteri yang dilihat mempunyai hak untuk memilih sesiapa sahaja menganggotai Kabinet beliau sesuai dengan peruntukan di bawah Perkara 43 (2) (B) Perlembagaan Persekutuan.

“Saya menyambut baik kenyataan perdana menteri yang menyebut bahawa Kabinet baru ini sebagai satu transformasi kerana apa yang paling penting tentunya transformasi sikap dan mentaliti, bukan hanya menggantikan wajah lama sahaja.

“Saya juga berharap agar pasukan baru ini dapat 'mewajahkan' semula kerjasama di antara kerajaan Kelantan dan Pusat sesuai dengan semangat federalisme yang termaktub di dalam Perlembagaan,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Beliau yang juga Exco Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi dan Kewangan turut mengucapkan selamat bertugas kepada anggota Kabinet yang baru untuk mentadbir negara ini.
Ismail sukar lupakan insiden Lahad Datu
AHMAD ISMADI ISMAIL
17 Mei 2013
Ismail Omar
Ismail bersalaman dengan Khalid ketika menyerahkan dokumen serah tugas, semalam
KUALA LUMPUR - Cabaran menangani pencerobohan bersenjata tentera militan Kiram di Lahad Datu, Sabah adalah kenangan sukar dilupakan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang menyambut ulang tahun ke-60, hari ini.

Ismail berkata, lapan anggota polis terkorban di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna semasa serangan pengganas awal Mac lalu.

Katanya, kerajaan menubuhkan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM) meliputi 1,400 km daripada pantai timur Sabah untuk memastikan keselamatan di negeri itu.

Keupayaan Ismail diuji sekali lagi semasa menjaga keselamatan sejak Parlimen dibubar sehingga PRU13.

Dalam tempoh kempen sehingga hari pengundian pada 5 Mei, Ismail berjaya memastikan pengundian lancar, walaupun berlaku insiden kecil.

Ismail menyerahkan tugasnya selaku Ketua Polis Negara (KPN) kepada Timbalannya, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Majlis serah terima tugas jawatan KPN di Pusat Latihan Polis (Pulapol), semalam.

Dalam ucapannya, Ismail melepaskan jawatan kerana bersara wajib, beliau juga yakin keupayaan Khalid memimpin PDRM.

“Saya yakin khidmat diberikan oleh Khalid. Beliau perlu teruskan kesinambungan tugas, perancangan dan strategi dirancang mantan Ketua Polis Negara bagi mencapai objektif PDRM,” katanya.

Pada majlis sama, Khalid turut menyerahkan tugasnya selaku Timbalan KPN kepada Datuk Seri Mohd Bakri Zinin
SALAHKAN DIRI KITA BANYAK BUAT SALAH...RASUAH TAK SETEL2 LAGI...MASALAH LAIN...RAKYAT MEMANG TAHU...ALLAH LAGI LAH TAHU

Saifuddin: Jangan salahkan Cina
Wartawan Sinar Harian
17 Mei 2013
Datuk Saifuddin Abdullah
Datuk Saifuddin Abdullah
KUALA LUMPUR - Pengundi Cina  menjadi faktor kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU10) pada tahun 1999 dan tidak  sepatutnya menyalahkan kaum itu sekiranya  tidak kembali menyokong BN pada PRU13.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, BN terhutang budi kepada pengundi Cina atas sokongan itu yang menyebabkan kemenangan BN pada PRU10.

“Saya terpaksa membuat keputusan tidak bersetuju berlakunya ‘tsunami Cina’ pada PRU13  kerana perkara itu  tidak benar sekali dalam sudut apa pun,” katanya pada forum Pasca PRU13: Ke arah mana politik Malaysia,  Universiti Malaya, semalam.

Beliau berkata, jangan kita lupa bahawa pada 1999, pengundi Melayu juga tidak menyokong BN dan pengundi Cina yang menjadi penyelamat kepada BN.

“Siapa yang lupa siapa? Malah BN terhutang budi pada pengundi Cina pada 1999. Takkanlah orang merajuk sekali sudah putus edah dan putus kasih. Perlu muhasabah dan terima sahaja keputusan. Ini perkara biasa,  menyaksikan kita berdepan undi Melayu pada 1999 dan akhirnya kita boleh perbaiki prestasi" katanya.

Saifuddin yang tewas di kerusi Parlimen Termerloh berkata, pada pilihan raya umum tahun 2008, BN juga kehilangan undi dari kaum India, namun berjaya meraih kembali sokongan kaum ini pada PRU13.

PR ramal BN bakal berpecah
Wartawan Sinar Harian
17 Mei 2013
Ong Kian Ming
Ong Kian Ming
KUALA LUMPUR – Pakatan Rakyat (PR) meramal konflik dalaman Barisan Nasional (BN) akan meningkat dan jadi punca kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pakar strategi DAP, Ong Kian Ming berkata, beliau menjangkakan BN akan hadapi masalah itu di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak dan memudahkan PR menawan Putrajaya.

“Konflik dalaman ini mungkin akan menyebabkan perpecahan Umno di Semenanjung dan Sabah. Manakala, di Sarawak, pengunduran Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri atau jika beliau dipaksa bersara akan menyebabkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berpecah.

“Kesimpulannya, BN akan goyah. Perkara ini beri keyakinan penuh kepada PR untuk memenangi PRU14,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam seminar Pasca PRU13: Ke Arah Mana Politik Malaysia anjuran Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifudin Abdullah dan Ahli Parlimen Bukit Katil dari PKR, Shamsul Iskandar Md Akin.

Ayub Daud shared PAS Sabah's photo.
Kabinet Najib 'kabinet tambah masalah'

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai kabinet tambah masalah.

"Tidak akan makna lantik Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri jika anggota kabinet yang lain terdiri dari mereka yang bermasalah," katanya.

Beliau mempersoalkan, apa yang boleh dilakukan oleh Paul jika dikelilingi oleh orang-orang yang bermasalah.

"Apa makna lantik Presiden TI-M kalau hanya untuk ditenggelami oleh orang-orang yang bermasalah.

"Dia bukan sahaja tidak akan mampu menyelesaikan masalah tetapi hampir serta merta akan tenggelam dan perkara itu akhirnya menambahkan lagi masalah.

"Sebab itu kita melihat kabinet yang Najib umum itu hanya kabinet tambah masalah," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Menurut Mahfuz, antara perlantikan yang paling dipandang sinis oleh banyak pihak serta banyak mengundang kritikan ialah perlantikan pelantikan Datuk Tajuddin Abdul Rahman sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Antara lain, anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Datin Paduka Marina Mahathir menulis dalam laman Twitter "Six million dollar man Umno mendapat jawatan timbalan menteri".

Tajuddin diberikan nama jolokan itu selepas beliau dilaporkan telah dipecat dari Umno pada tahun 1995 kerana dituduh membayar RM6 juta untuk mengekalkan kedudukannya sebagai ketua bahagian.

Tajuddin juga baru-baru ini menerima anugerah konsesi RM1.3 bilion untuk membina UiTM Tapah, Perak, walaupun syarikat milik beliau, Detik Utuh Sdn Bhd bukanlah syarikat pembinaan yang aktif dan tidak mempunyai rekod prestasi yang baik dalam bidang pembinaan.

Selain Tajuddin, kata Mahfuz, seorang lagi yang disebut terbabit dalam amalan politik wang oleh Lembaga Disiplin Umno sendiri ialah Khairy Jamaluddin.

Khairy dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Dalam tulisannya "Kenapa saya masuk balik Umno," antara lain Dr Mahathir menulis, "Saya percaya dia (Najib) tidak akan pilih perasuah yang terkenal dan diketahui umum seperti Khairy dan beberapa lagi sebagai menteri atau anggota kerajaan".

Mahfuz melihat tindakan Najib itu seolah-olah mencabar Dr Mahathir dan beliau ternanti-nanti untuk melihat apakah reaksi Dr Mahathir terhadap kabinet baru Najib itu.

"Bukan itu sahaja, tindakan mengekalkan orang seperti (Datuk Seri) Hishammuddin (Tun Hussein) membuktikan Najib enggan melakukan perubahan ke arah lebih baik sedangkan Kementerian Dalam Negeri di mana beliau menjadi menterinya sebelum ini adalah antara yang paling banyak dilaporkan mengalami ketirisan dalam laporan Ketua Audit Negara.

"Itu belum lagi diambil kira orang seperti (Datuk Seri) Shahidan (Kassim) yang ditolak dan tidak diterima oleh istana," katanya.

Selepas pilihan raya 2008 lalu, istana Perlis menolak cadangan supaya Shahidan dilantik sebagai Menteri Besar negeri itu.

Najib melantik Shahidan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri manakala Hishammuddin dilantik sebagai Menteri Pertahanan.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/19288-kabinet-najib-kabinet-tambah-masalah

Syabab Pas Pj Selatan shared Syabab PAS - Original's photo.
LIKE DULU YE..PLZ SUPPORT --> https://www.facebook.com/syabab.malaya
owh .. rupanya Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh
Kristian Malaysia, Datuk Mary Yap Kain Ching ni pernah menang anugerah Tokoh Maulidur Rasul tahun 2007 .. patut lah sesuai dilantik masuk ke kabinet ... gitu rupanya
Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia.Datuk Mary Yap Kain Ching di lantik tim menteri pelajaran malaysia.. kabinet baru najib.

Antara sumbangannya: Resolusi –resolusi FCCMSM dapat diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia : 1) Bible Knowledge boleh diajar di sekolah kebangsaan dan sekolah mubaligh; 2) Penubuhan Kelab/ Persatuan yang bukan beragama Islam; 3) Pemberian Quota 10% untuk memilihan dan penempatan murid je sekolah mubaligh; 4) Bible Knowledge termasuk dalam senarai matapelajaran SPM; 5) Peruntukan untuk sekolah mubaligh melalui Pakej Praransang; 6) Perlantikan Pengetua dan Guru Besar untuk sekolah mubaligh mengikut prinsip konsultasi maxima dengan Mission Authorities; 7) Sekolah mubaligh dapat status yang sama dengan sekolah kebangsaan; 8) RM100 juta diagihkan kepada sekolah mubaligh di bawah bajet 2013. 9) Serorang pegawai dilantik oleh Kementerian Plejaran Malaysia untuk menjaga kebajikan sekolah mubaligh.

Sila rujuk : http://www.mary-yap.com/sample-page/
Like · · · 7 minutes ago ·
Dewan Pemuda Pas Melaka shared Fais Al-Hajari's photo.
BN hendak jadikan kristian sebagai agama rasmi! cara pertama ialah dengan menerapkan agenda kristian dalam syllabus sekolah2 daripada level rendah hingga ke menengah seterusnya ke universiti2!

buktinya? perlantikan presiden majlis sekolah mubaligh kristian malaysia sebagai timbalan menteri pelajaran dan pengajian tinggi.

ini bukan cobaannnnn...

Astagfirullah ! Sebelum nie kutuk Pakatan Rakyat nak jadikan negara ini Kristian ...kini apa dah jadi pilihan Rakya yg bengong BN nie ?
Pengerusi Persatuan Sekolah Mubaligh Kristian anggotai kabinet Najib..
MENJELANG pilihan raya umum lalu, seorang penceramah agama berdoa, "Ya Allah ya Tuhanku, menangkanlah BN dalam pilihan raya ini. HambaMu ini bimbang ya Allah, kalau-kalau surau kami ini bertukar menjadi gereja jika Pakatan menang."

Doa ini dibacakan oleh seorang bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah di negeri Terengganu yang bergelar datuk, bukan calang-calang guru agama Umno.

Ia dibacakan sebaik sahaja dia selesai memberikan kuliah bulanan di surau yang asalnya masjid itu di bawah parlimen Marang.

Namun memandangkan Marang adalah kubu kuat PAS dan politik bandar mempengaruhinya, sentimen tidak betul ini ditolak oleh masyarakatnya.

Calon BN kalah di peringkat DUN dan juga Parlimennya. Namun, menggunakan sentimen masjid akan bertukar gereja jika Pakatan menang, PAS jadi tunggangan DAP dan nasib orang Melayu akan tergadai di bawah Pakatan, Terengganu tidak berjaya berubah sepenuhnya.

Sentimen yang sama juga berjaya menambahkan bilangan anggota Parlimen Umno dan mengekang kerajaan Pusat dari jatuh ke tengan Pakatan Rakyat.

Sentimen yang sama juga berjaya menghalang orang Melayu di kebanyakan kawasan di Johor masih mengundi BN walaupun semua rakan-rakan Cina mereka sudah beralih kepada Pakatan Rakyat.

Semuanya kerana orang Melayu khasnya yang tidak terdedah kepada maklumat mengundi dengan sentimen sedangkan orang Cina mengundi dengan fakta.

Semalam, Datuk Seri Najib Razak selesai membentuk kabinetnya walaupun tidak berapa lengkap. Salah seorang yang dipilih menyertai kabinet beliau adalah Datuk Mary Ya Kain Ching, Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia.

Perlantikan Mary sebagai timbalan menteri menimbulkan persoalan kerana dalam masa yang sama Pakatan yang dituduh mahu menukarkan masjid ke gereja, Kristian akan menjadi agama rasmi dan sebagainya. Sekarang boleh kah orang ramai menuduh Najib mahu mengkristiankan sekolah-sekolah di Malaysia? Tentu tidak lojik tetapi ia satu yang wajar diperkatakan.

Mary dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dalam kabinet yang diumumkan oleh Najib semalam. Menteri Pelajaran adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin manakala Menteri Pelajaran II adalah Datuk Seri Idris Jusoh yang ditolak untuk menjadi Menteri Besar Terengganu oleh istana.

Perlantikan Mary dibuat ketika Najib mengumumkan berlakunya 'tsunami Cina' dalam pilihan raya umum ke 13 baru-baru ini.

Akhbar Umno, Utusan Malaysia pula menyiarkan kenyataan agen Umno yang mengajak "Bersatulah Melayu". Sebelum itu, Utusan jugalah yang menyiarkan berita di muka depannya, "Apa lagi yang Cina mahu".

Inilah hipokritnya politik BN. Di bawah, jentera penerangan dan kempennya berkempen Kristian akan menjadi agama rasmi jika Pakatan menang.

Surau dan masjid pula akan jadi gereja jika Pakatan menang. Mereka yang tidak cukup maklumat dan hanya membaca Utusan dan menonton TV3 termakan dengan kempen ini. Ia kerana kempen ini menggunakan sentimen bukannya fakta.

Sampai bila sebenarnya Umno mahu bergantung dengan kempen sebegini? Rakyat Malaysia semakin bermaklumat. Semakin hari semakin ramai rakyat yang akan akses kepada maklumat melalui internet.

Kita berharap, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru faham sentimen ini. Janganlah menipu rakyat dan percayalah jika hendak ditipupun, hanya sekali orang akan percaya. Tetapi selepas dua atau tiga kali kena tipu, percayalah rakyat akan humban kamu ke tong sampah zaman.-HD

Kita terkedu apabila mereka meluluskan pembinaan gereja terbesar Asia Tenggara di Bukit Jalil yang telah pun siap dan dibuka pada 1 April 2013. Kini kita disajikan dengan berita Datuk Mary Ya Kain Ching, Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia dipilih menganggotai kabinet Najib.

Kebetulan atau ada sesuatu yang kita tidak tahu? Fikirkanlah!!!!

Salam Ukhwah shared Nor Hayati's photo.
Photo

Osman Aziz shared Izuwan Arc Golok's photo.
- Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) P. Waythamoorthy dapat jadi Timbalan Menteri..
- Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia Datuk Mary Yap jadi Timbalan Menteri Pelajaran.

PERKASA dapat apa?

Menjeritlah kamu di kampung jaga isu kalimah Allah!

KALAU ADA ORG YANG CUBA MEMPELEKEHKAN NIAT BAIK KITA, JAWAB JE MCM NIE :-
1. "Bajet ah ko ni post Islamik2,mcm la cmfirm masuk Syurga".
Jawab : "Memang, memang aku bajet nak masuk syurga. Ko bajet nak masuk belah mana?"

2. "Tayahlah nak tunjuk bagus, menyampah aku!".
Jawab : "Aku tengah cuba nak baguskan diri sendiri sebab skrg aku rasa aku macam sampah depan Tuhan."

3. "Berdakwah konon."
Jawab : "Bukan konon, memang aku tengah dakwah diri aku sendiri."

4. "Bukannya best pun status tu. Poyo ah!"
Jawab : "Memang tak best sebab aku bukannya nak jual buku. Aku update status je pun. Biar poyo skrg, jgn poyo depan Tuhan di akhirat Kelak."

5. "Aku block je la ko ni. Siot tol."
Jawab : "Alhamdulillah, jika itu yg terbaik utk iman ko."

“Hari Jumaat itu ada 12 – jam – yang tidak ada seorang muslim didapati sedang meminta (berdoa) sesuatu kepada Allah ta’ala kecuali Allah ‘azza wa jalla akan MENGABULKANNYA. Maka, carilah ia di AKHIR WAKTU SETELAH ASAR”. (Shahih Sunan Abu Dawud)
Jum'ah Mubarak ayyuhal Ikhwah!
Moga Jumaat ini mmbawa keberkatan utk setiap kita, wahai saudara! 

|| JOM DOA || WAKTU MUSTAJAB || JUMAAT || LEPAS ASAR ||

يوم الجمعة ثنتا عشرة – يريد ساعة – لا يوجد مسلم يسأل الله - تعالى - شيئاً إلا آتاه الله عز وجل؛ فالتمسوها آخر ساعة بعد العصر

Tiada ulasan: