FAHAMKE ERTI JIHAD....JIHAD HANYA PADA SATU KAUM BOLEH KE
Bekas hakim : Berjihad selamatkan rakyat Malaysia
16 Mei 2013
Beliau berkata persepsi orang ramai apabila menggunakan istilah jihad adalah berperang, bagaimanapun, transformasi daripada yang buruk kepada yang baik juga merupakan satu jihad.
"Saya sayangkan anak bangsa saya, anak cucu, keturunan saya dan semua rakyat Malaysia, kita lihat negara kita aman, tidak ada bencana alam, yang saya takut ialah bencana buatan sendiri sesama kita.
"Jadi, saya berjihad untuk selamatkan rakyat Malaysia daripada terjerumus ke dalam kancah pergaduhan sesama kita, itu yang saya maksudkan jihad," katanya yang muncul sebagai tetamu dalam rancangan bual bicara Helo Malaysia terbitan BernamaTV di saluran 502 Astro.
Rancangan satu jam yang mengupas tajuk 'Memperkasakan Perlembagaan' itu turut mengundang Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal dan diwawancarakan perantara Dahlan Maamor.
Mohd Noor dikritik banyak pihak terutamanya pembangkang apabila mengeluarkan kenyataan yang dikatakan berbaur perkauman ekoran keputusan pilihan raya umum ke-13, 5 Mei lepas pada satu forum bertajuk 'Wacana Post-Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah' anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), baru-baru ini.
Beliau berkata Perlembagaan menetapkan beberapa kaedah untuk orang Malaysia bersatu-padu, hidup rukun damai dan selamat sejahtera.
"Kita satu bangsa Malaysia, satu negara, satu bahasa, berbilang agama, beraneka budaya, masing-masing mestilah merasa lega oleh kerana Perlembagaan peruntukkan kaedah-kaedah untuk semua.
"Malangnya, orang politiklah memecah-belahkan masyarakat Malaysia ini kepada orang Melayu, orang Cina, orang India dan lain-lain padahal dalam Perlembagaan tidak ada sepatahpun perkataan Cina, India oleh kerana semasa Merdeka dulu mereka yang datang ke negara ini telah diterima sebagai tetamu dan sebagai warganegara.
"Ketika itu, mereka telah beri sumpah taat setia dan menjunjung duli kepada Raja dan di saat itu mereka tidak digelar sebagai orang Cina, orang India, mereka adalah orang Malaysia," katanya.
Beliau berkata sekiranya ahli politik duduk bersama di dalam satu saf, ia adalah lebih baik daripada mereka bertelingkah sesama mereka.
Mengenai penyusunan semula masyarakat, Mohd Noor berkata masyarakat di bandar dan luar bandar perlu disusun semula supaya masyarakat di luar bandar dapat menikmati apa yang ada di bandar.
"Orang Melayu harus berhijrah di bandar dan tanah-tanah rizab Melayu di pinggir bandar dimajukan untuk orang Melayu tinggal dan berniaga di sana, tetapi 'be fair' (berlaku adil), 30 peratus umpamanya boleh dikhaskan untuk bukan Bumiputera memiliki rumah dan perniagaan di situ.
"Seeloknya juga wujudkan 'settlement' (penempatan) untuk orang awam bersebelahan dengan tanah rizab Melayu supaya dapat berjiran, di dalam pemilikan oleh bukan Bumiputera pula sediakan pula 30 peratus untuk orang Melayu, di dalam keadaan 'give and take' (bertolak ansur) kan ke cantik kita berjiran," katanya.
Sementara itu, Zainul berkata kaedah tersebut boleh dicuba untuk memperbaiki sistem di bandar di mana polarisasi kaumnya berbeza berbanding di luar bandar dan ia juga mungkin dilihat dapat menjadikan masyarakat Melayu dan bukan Melayu seiring sama ada di bandar mahupun di luar bandar. - Bernama
PKR Minta Polis Selangor Siasat Kenyataan Perkauman Bekas Hakim
PETALING JAYA, 14 MEI: PKR menggesa Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah menyiasat kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail siasatan ini sebagai kesinambungan tindakan polis yang akan memanggil beberapa pimpinan Pakatan Rakyat(PR) berhubung kenyataan di dalam ucapan Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Kelana Jaya minggu lalu.
“Saya suka mencadangkan juga kepada Ketua Polis Selangor agar menambah lagi dibawah Akta Hasutan, bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah di mana kenyataan beliau lebih berbaur hasutan berbanding dengan slogan ucapan pimpinan Pakatan di Kelana Jaya.
“Saya menggesa Ketua Polis Selangor dapat menyemak semula kenyataan yang menyebut di mana orang Melayu pantang dicabar, orang Cina hanya menunggu masa menerima balasan kerana mengkhianati kepercayaan orang Melayu dan sebagainya,” katanya dalam satu sidang media di Ibupejabat PKR.
Sebelum ini Mohd Noor mendakwa kononnya masyarakat Cina mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu melalui usaha untuk merampas kuasa politik.
Menurut Saifuddin lagi, setakat ini Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dipanggil memberikan kenyataan.
Sementara Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dihubungi polis dan masih menetapkan tarikh perjumpaan.
Dalam pada itu, Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat bersedia untuk turut sama dalam Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat selain mengemukakan cadangan untuk mengadakan satu Konvensyen Perpaduan Nasional memandangkan polemik perkauman dibangkitkan semula selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Cadangan ini akan dibawa kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat bagi mendapatkan kelulusan dan akan diumumkan dalam tempoh terdekat.
Tambah Saifuddin lagi, konvensyen ini akan membincangkan formula pengukuhan antara kaum di Malaysia.
Sementara itu, Pakatan Rakyat akan mengadakan sesi suai kenal bersama semua calon PR yang memenangi kerusi Parlimen dan DUN di seluruh negara bagi mendengar amanat dan taklimat berhubung tatacara kerja dan penghujahan semasa persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
Pada PRU-13, Pakatan Rakyat menang di 89 daripada 222 kerusi Parlimen dan 229 daripada 505 DUN yang dipertandingkan
Mampukah UMNO membuktikan ciri-ciri 1Malaysianya dengan bertindak terhadap Datuk Mohd Noor?
Pada ulangtahun ke 44 tragedi rusuhan 13 Mei 1969, rakyat Malaysia terus diingatkan bagaimana mereka telah membuat pilihan yang tepat pada PRU ke 13 dengan menolak BN dan UMNO yang perkauman. 51% rakyat Malaysia telah memilih untuk menyokong Pakatan Rakyat dan menolak kebencian kaum yang dibawa BN dan UMNO, diperlihatkan daripada seruan akhbar UMNO, Utusan Malaysia untuk menyambut 13 Mei sebagai "hari suci", seolah-olah mahu meraikan kematian ratusan malah mungkin ribuan rakyat Malaysia yang tidak berdosa.Walaupun majoriti rakyat Malaysia dari kalangan Melayu, India, Cina, Kadazan dan Iban telah menolak politik ketakutan dan kebencian BN, pemimpin UMNO terus mencetuskan kebencian kaum terhadap orang bukan Melayu. Hari ini kita melihat calon UMNO/BN yang kalah di Shah Alam berbohong bahawa kononnya DAP mahukan Melayu mati dan Lim Kit Siang mencetuskan rusuhan 13 Mei di Kuala Lumpur, walaupun Lim Kit Siang berada di Sabah pada waktu itu.
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan dan Ahli Jawatankuasa Rayuan Disiplin UMNO, Datuk Mohd Noor Abdullah mengugut masyarakat Cina supaya bersedia untuk tindak balas masyarakat Melayu kerana "pengkhianatan" mereka dalam PRU ke-13 yang baru selesai. Datuk Mohd Noor pastinya merujuk kepada tindak balas Melayu UMNO dan bukan orang Melayu yang mengundi DAP dan pakatan Rakyat. Bagaimana mungkin seorang hakim boleh menjadi begitu tidak rasional dan tidak masuk akal sehingga sanggup mengatakan bahawa dengan mengundi parti berasaskan Melayu, PAS dan PKR, dan bukan UMNO, maka orang Cina sudah mengkhianati orang Melayu?
Kenyataan sedemikian oleh pemimpin UMNO nyata telah menimbulkan kemarahan bukan sahaja orang Cina tetapi seluruh rakyat Malaysia. Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat merangkap calon Perdana Menteri, datuk Seri Anwar Ibrahim telah dengan tepat menggambarkan kenyataan perkauman Datuk Mohd Noor sebagai "memalukan Klu Klux Klan (KKK) dan membanggakan diktator Nazi Jerman, Adolf Hitler" KKK adalah sebuah pertubuhan haram ultra-kulit putih yang menindas orang kulit hitam, dan Hitler adalah rasis paling agung dalam sejarah dunia. Anwar berjanji bahawa Pakatan Rakyat akan memperlihatkan perbezaan yang jelas berbanding UMNO dengan tidak menyebarkan perbalahan kaum tetapi menyebarkan kedamaian dan rasa hormat sesama rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Bolehkah Datuk Mohd Noor memperlihatkan bukti bagi menyokong tuduhannya bahawa orang Cina sedang mengatur untuk merampas kuasa politik daripada orang Melayu? Sekali lagi, kenyataannya yang mengugut untuk merampas harta dan hak orang bukan Melayu adalah satu usaha besar menutup kegagalan menjawab isu rasuah oleh sekalian Melayu, Cina dan India dalam BN.
Apa yang telah Mohd Noor lakukan sebagai ahli jawatankuasa aduan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memerangi rasuah, terutamanya skandal kehilangan RM52 bilion saham Bumiputera, yang hilang sebelum sempat sampai kepada Melayu dan Bumiputera miskin? Kalau Pakatan Rakyat telah menang kuasa, suatu siasatan penuh pastinya akan dilakukan dan memaksa mereka yang telah "menelan" RM52 bilion itu untuk membayar balik kepada rakyat Melayu dan Bumiputera miskin. Sama juga, RM3 bilion yang dicuri daripada masyarakat India dan RM14 bilion daripada masyarakat Cina mesti dikembalikan.
Apabila Suruhanjaya Pilihanraya dan SPRM membenarkan siasatan politik wang dan rasuah dikompromi, jalan mudah untuk keluar ialah dengan mengeksplotasi kebencian kaum bagi menyorokkan kegagalan mereka. Kenapa Datuk Mohd Noor tidak terfikir pun tentang Melayu miskin yang terlepas saham RM52 bilion? Kenapa Datuk Mohd Noor tidak mendesak supaya tindakan diambil terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang enggan bekerjasama dengan SPRM serta mencabar dan menyerang SPRM yang disebutnya sebagai tidak jujur dan "nakal"?
Bagi seorang Ketua Menteri Sarawak, tindakan beliau yang enggan bekerjasama dengan pihak SPRM tentang tuduhan rasuah terhadapnya adalah satu pelanggaran serius terhadap tugas dan tanggungjawab. Di bawah Sekseyn 47 dan 48 Akta SPRM 2009, keengganan bekerjasama dengan SPRM apabila seseorang disiasat boleh menjadi satu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya sekali. Begitu pun SPRM gagal bertindak terhadap Taib Mahmud tanpa sebarang protes daripada seorang bekas hakim seperti Datuk Mohd Noor.
Mampukah UMNO membuktikan ciri-ciri 1Malaysia nya dengan bertindak terhadap Datuk Mohd Noor kerana mencetuskan kebencian, ketakutan dan mengugut masyarakat Cina supaya bersedia menerima tindak balas daripada Melayu UMNO? Jika UMNO gagal berbuat demikian, UMNO tidak patut menyalahkan MCA atau Gerakan kerana gagal mendapatkan sokongan bukan-Melayu tetapi mesti bertanggungjawab sepenuhnya kerana mengakibatkan kejatuhan merudum dalam pilihanraya bagi kedua-dua MCA dan Gerakan.
Kenyataan Mohd Noor hasil didikan Umno BN
Hazayani Zakaria, | 13 Mei 2013 |
Beliau berkata, amat tidak wajar seorang cerdik pandai seperti Mohd Noor mengeluarkan kenyataan yang menggalakkan permusuhan kaum khususnya antara Melayu dan Cina.
"Pandangan beliau itu silap dan dipengaruhi oleh Umno BN. Macam mana orang yang bijak pandai fikirannya boleh dipengaruhi seperti ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Ahli jawatankuasa PAS Pusat itu juga mempersoal gesaan Mohd Noor agar sekolah jenis kebangsaan (SJK) dihapuskan.
Tegasnya, dalam negara yang mengamalkan demokrasi dan terdiri daripada masyarakat majmuk, setiap kaum berhak mempunyai sekolah aliran mereka.
"Kenapa kita nak tutup semua sekolah jenis kebangsaan sedangkan itu hak mereka?
"Hak mereka untuk belajar bahasa ibunda dan sepatutnya kita menggalakkan anak-anak Melayu turut belajar bahasa Cina dan Tamil supaya tahu pelbagai jenis bahasa. Tutup SJK tidak menyelesaikan apa-apa," katanya.
Tambah beliau, hasil didikan Umno BN selama 55 tahun melahirkan individu seperti Mohd Noor yang penuh dengan prasangka terhadap kaum lain.
"Inilah hasil didikan Umno BN sehingga melahirkan orang-orang seperti ini.
"Mereka penuh dengan rasa syak wasangka, perkauman yang kuat dan takut pada perkara yang tidak wujud," tegasnya.
Beliau bagaimanapun tidak bersetuju tindakan Mohd Noor dikaitkan dengan Akta Hasutan kerana berpandangan akta itu harus dimansuhkan.
"Saya tak setujulah kalau nak kaitkan dengan Akta Hasutan sebab Pakatan Rakyat mahu akta ini dimansuhkan jadi kenapa kita nak kenakan ke atas pihak lain mahupun Umno BN.
"Setiap orang berhak beri pandangan dan Mohd Noor kena bersedialah kalau orang ramai serang beliau kerana keluarkan kenyataan yang menimbulkan kebencian kaum," katanya.
Mohd Noor dilaporkan mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman termasuk mendakwa masyarakat Cina mengkhianati setiakawan dengan orang Melayu dalam satu seminar Pasca PRU13 di Kuala Lumpur semalam.
MCA pula bantah kenyataan bekas hakim
Harakahdaily, | 16 Mei 2013 |
"Saya meminta polis menyiasat Mohd Noor Abdullah di bawah mana-mana akta yang sesuai dan ambil tindakan yang relevan ke atasnya," kata Chor dalam kenyataannya hari ini.
Chor adalah orang yang sekian kalinya mendesak tindakan diambil kepada Mohd Noor ekoran kenyataannya sebelum ini.
Sebelum ini pelbagai pihak telah membuat kenyataan menyesali kenyataan Mohd Noor (gambar) yang antara lain berkata, masyarakat Cina mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu melalui usaha untuk merampas kuasa politik.
PKR menggesa Polis Selangor menyiasat kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan oleh Mohd Noor itu.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail siasatan ini sebagai kesinambungan tindakan polis yang akan memanggil beberapa pimpinan Pakatan Rakyat(PR) berhubung kenyataan di dalam ucapan Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Kelana Jaya minggu lalu.
“Saya suka mencadangkan juga kepada Ketua Polis Selangor agar menambah lagi dibawah Akta Hasutan, bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah (gambar) di mana kenyataan beliau lebih berbaur hasutan berbanding dengan slogan ucapan pimpinan Pakatan di Kelana Jaya.
“Saya menggesa Ketua Polis Selangor dapat menyemak semula kenyataan yang menyebut di mana orang Melayu pantang dicabar, orang Cina hanya menunggu masa menerima balasan kerana mengkhianati kepercayaan orang Melayu dan sebagainya,” katanya dalam satu sidang media di Ibupejabat PKR.
Pengerusi DAP, Karpal Singh pula membuat laporan polis terhadap ucapan Mohd Noor itu.
Dalam sidang media di luar balai polis Tun HS Lee di sini, pengerusi DAP itu mengecam Mohd Noor sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab dan mahu Pejabat Peguam Negara mengambil tindakan tegas.
“Kenyataan oleh Mohd Noor yang memberi amaran masyarakat Cina supaya bersiap sedia menerima tindak balas daripada orang Melayu adalah satu hasutan,” kata beliau kepada pemberita merujuk kepada laporan polis dibuatnya.
“Saya melakukan ini adalah kerana kepentingan orang awam dan saya harap AG akan mengambil tindakan cepat kerana perkara ini hanya memberikan kesan tidak baik kepada Negara.”
Walau bagaimanapun, Karpal mengakui terkejut dengan kenyataan Mohd Noor kerana bekas hakim tersebut adalah seorang yang adil dan baik sepanjang mengenalinya.
“Saya perlu kata beliau adalah seorang baik dan hakim yang adil semasa di mahkamah.
“Malah, saya sendiri terkejut apabila beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian,” tambahnya lagi.
Dakwaan Perkauman, DAP Buat Laporan Polis Terhadap Datuk Mohd Noor
AIDCNews – 15/05/13 – Menyifatkan Kenyataan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah berbentuk perkauman Ketua Pemuda DAP (DAPSY) Selangor, Chua Yew Choong semalam membuat laporan polis di Balai Polis Kajang, lapor roketkini.com.Menurut DAPSY Selangor, kenyataan Mohd Noor adalah berbentuk hasutan dan ugutan apabila berkata “Pengkhianatan orang Cina terhadap ikatan setia kawan orang Melayu itu adalah benar oleh kerana mereka merancang untuk merampas kuasa politik setelah membolot kuasa ekonomi,” dan “…Bagi orang Melayu, pantang larangnya, jangan dikhianati orang Melayu. Oleh kerana orang Melayu bila dikhianati, dia membalas dendam kesumatnya tak sudah-sudah.”
Turut hadir memberi sokongan kepada DAPSY Selangor adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Bukit Gasing, Rajiv a/l Rishyakaran, ADUN DAP Balakong, Ng Tien Chee dan ADUN DAP Teratai, Tiew Way Keng.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan Malaysian Insider menyelar Tan Sri Abdul Rahman Arshad yang mengemukakan pandangan agar sekolah vernakular yang mengajar dalam bahasa Tamil dan Cina perlu dimansuhkan untuk menggalakkan perpaduan kaum di negara ini.
Guan Eng berkata kenyataan Abdul Rahman yang juga Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM ) itu adalah satu hasutan kerana dakwanya Perlembagaan Persekutuan melindungi sekolah vernakular dan pendidikan dalam bahasa ibunda, memetik Perkara 152 (1) (a) dan (b) dalam undang-undang tertinggi negara.
“Atas sebab ini, DAP dan PR sudah bersedia untuk melawan undang-undang ini di mahkamah dan mendapatkan sokongan dari semua rakyat Malaysia — Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan — untuk melindungi sekolah vernakular Cina dan Tamil daripada dihapuskan oleh penyokong Umno seperti Tan Sri Abdul Rahman Arshad,” kata ahli Parlimen Bagan itu.
Ahad lepas, Abdul Rahman dilaporkan berkata sekolah vernakular merupakan batu penghalang kepada perpaduan di negara ini, serta mengatakan keputusan pilihan raya umum ke-13 menunjukkan tidak ada perpaduan di Malaysia dan jurang perkauman yang lebih besar sekarang.
Beliau berkata sekolah-sekolah vernakular di Malaysia berkembang lebih maju dan hanya 10 peratus bukan Melayu belajar di sekolah kebangsaan.
“Yang lainnya di sekolah vernakular. Jelas bahawa perkauman berkembang dengan luas, ia diteruskan dengan sekolah menengah swasta yang memfokus kepada sekolah bahasa jenis kebangsaan,” katanya pada majlis “Wacana Post Mortem PRU13:Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah” pada Ahad lepas.
Abdul Rahman menyenaraikan Indonesia, Thailand dan Filipina sebagai negara-negara jiran yang telah menerima pakai penggunaan bahasa tunggal dalam dasar pendidikan mereka untuk mengukuhkan perpaduan.
Datuk Mohd Noor : Tuduhan Rasis Untuk Tutup Fakta Perlembagaan
KUALA LUMPUR – Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah berkata adalah tidak wajar beliau dilabel sebagai rasis kerana beliau perlu diberi ruang untuk menerangkan sesuatu isu berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.“Orang politik melihat sesuatu kenyataan itu daripada pandangan kaca mata sempit, saya hendak terangkan sesuatu menurut Perlembagaan patutnya diberi ruang untuk rakyat mendengar, bukannya ditutup dengan mengatakan saya rasis, Datuk Mohd Noor Klu Klux Klan, Datuk Mohd Noor itu Hitler.
“Janganlah macam itu, bagi ruang untuk saya terangkan apakah parameter di dalam Perlembagaan yang menjamin rakyat hidup dalam aman damai,” katanya yang muncul sebagai tetamu dalam rancangan bual bicara Helo Malaysia terbitan Bernama TV di saluran 502 Astro.
Rancangan satu jam yang mengupas tajuk ‘Memperkasakan Perlembagaan’ itu turut mengundang Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal dan diwawancarakan perantara Dahlan Maamor.
Mohd Noor dikritik banyak pihak terutamanya pembangkang apabila mengeluarkan kenyataan yang dikatakan berunsur hasutan berhubung sekolah vernakular pada satu forum bertajuk ‘Wacana Post-Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah’ anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), baru-baru ini.
Mohd Noor berkata Perkara 152 menyatakan bahawa Perlembagaan hanya mengiktiraf satu bahasa iaitu Bahasa Malaysia untuk satu Malaysia dan bagi urusan rasmi.
“Cuma kelonggarannya ialah sesiapa sahaja di negara ini hendak belajar bahasa ibundanya sama ada Bahasa Cina, Bahasa Jepun, Bahasa Tamil belajarlah, tetapi belajar sendiri, jadi Sekolah Cina dan India swasta itu hak yang tidak boleh dihapuskan,” katanya.
“(Jika) Sekolah Kebangsaan (SK) untuk orang Melayu, SJKC untuk orang Cina, SJKT untuk orang India, bila masa anak cucu cicit kita belajar dalam kelas yang sama, makan di satu kantin, bila? Tida ada langsung ruang untuk itu,” katanya.
Beliau berkata istilah yang lebih tepat ialah mencorakkan SJK kepada sekolah kerajaan seperti ‘Government English School’ pada zaman dahulu di mana para pelajar berpeluang mempelajari pelbagai bahasa.
“Di sana nanti kita adakan mata pelajaran Bahasa Inggeris yang wajib dipelajari kerana ia bahasa antarabangsa, Bahasa Malaysia wajib dipelajari kerana ia menjadi bahasa yang menyatu-padukan rakyat Malaysia.
“Selepas itu, kita galakkan pelajar-pelajar kita belajar Bahasa Arab kerana orang Melayu beragama Islam, pada masa sama galakkan semua orang Malaysia belajar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil kerana kedua-dua bahasa ini bahasa ekonomi dunia, bukankah cantik macam itu,” katanya.
Mohd Noor berkata sekiranya rakyat Malaysia memahami Perlembagaan, ia akan dapat mengelak daripada berlaku pergeresan sesama masyarakat.
“Malangnya, orang yang tidak faham Perlembagaan, mereka interpret Perlembagaan itu mengikut kepentingan dan hala tuju politik masing-masing, dan yang menanggung akibat buruknya adalah masyarakat yang terikut-ikut,” katanya.
Beliau yang fasih berbahasa Tamil turut menyampaikan pesanan kepada Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dalam Bahasa Tamil bahawa beliau bercakap benar dan hanya menyatakan apa yang terkandung di dalam Perlembagaan.
“Maksudnya saya bukan orang politik yang bercakap mengenai politik, saya tidak diupah dan tidak bercakap bagi mana-mana pihak, apa yang benar itulah yang saya cakap.
“Tetapi di dalam budaya India kalau saya cakap begitu maknanya ada yang tidak benar, jadi saya tidak cakap yang bohong, apa yang saya kata hari ini kalau ada terkecil hati, saya hanya nyatakan apa yang terkandung dalam Perlembagaan, tidak ada tokok tambah,” katanya.
Sementara itu, Zainul berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohd Noor tidak bersifat rasis dan bukan menghasut atau mencetuskan ketegangan kerana ia berdasarkan kepada Perlembagaan itu sendiri.
“Apa yang dikatakan berdasarkan peruntukan, terpulang kepada penerimaan kita, kalau hendak tapis sesuatu itu berdasarkan tapisan politik, kita akan cari alasan tertentu bagi justifikasikan pandangan parti-parti tertentu.
“Tetapi, kalau tapisan kita berdasarkan tapisan Perlembagaan dan perundangan, saya tidak nampak ia satu masalah besar, apa yang dikatakan Datuk Mohd Noor saya tidak nampak apa-apa perkara pun yang melanggar Perlembagaan,” katanya.
Beliau berkata tiada peruntukan secara spesifik mengenai SJK di dalam Perlembagaan, tetapi di dalam Seksyen 28 Akta Pendidikan 1996, menyatakan bahawa menteri boleh mewujudkan SJK dan SK.
“Apa kata perkasakan SK kita, berikan guru-guru yang terbaik di SK, tingkatkan kemudahannya, sudah pasti ia akan menarik minat bangsa-bangsa selain Melayu untuk menghantar anak-anak mereka ke SK,” katanya – Bernama
Prof Dr Abu Hassan Hasbullah menjawab krisis politik perkauman pasca PRU13..
Keputusan PRU13 tidak terkait langsung dengan ribut petir dari mana-mana kaum kerana Kurun 21 seperti yang dinyatakan oleh Dinesh D'Souza adalah kurun The End of Racism dan The Birth of a Color Blind Society.
Jadi mana-mana prasangka yang mengaitkan kaum sebagai elemen penentu adalah pemikiran Kurun ke-16 bermula dengan katastrofi perhambaan di Amerika.
PRU13 sebenarnya terkesan dari tingkahlaku kepercayaan politik kaum muds (21-40) yang lebih terkesan dari sikap liberalisme dan pluralisme kebudayaan dan ekoposial kesan perubahan nilai sejagat akibat globalisasi dan kulturalisasi period pembentukan Kesatuan Eropah.
Kaum muda lebih melihat poltik adalah kaedah pengurusan yang strategik, praktikal dan pragmatik bukan sekadar retorikal polisi dan sentimen parti atau asabiyyah ideologi politik.
Membuat prasangka terhadap mana-mana kaum adalah kebiadapan nilai bagi Kurun 21...
http://www.independent.org/
http://www.dineshdsouza.com/
Abu Hashim Jalal shared Milo Kosong Koww's photo.
Teuku Zacharyah Iskandar and Demang Lebar Daun shared Pejuang Keadilan III's photo.
Apa Cina Mau??
Posted on Wednesday, May 08 @ 20:59:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh TKOOffline
Utusan Malaysia muka depan dengan judul "Apa Lagi Cina Mahu?" yang antaranya menyebut, pelbagai pihak menyifatkan apa yang berlaku dalam pilihan raya umum kali ini sebagai pengkhianatan orang Cina dan tidak boleh dimaafkan.
Bodoh betul Utusan ni;
Cina mau harga petrol turun, kereta murah, jenayah turun, rasuah
dihapuskan, kos sara hidup yang rendah... bla bla bla!! Tak kan tu pun
tak boleh fikir.
Paling Senak!!
PM yang buruk dalam sejarah UMNO juga menyokong kenyataan Utusan ini.
Katanya "Awak salahkan Utusan, bagaimana pula akhbar berbahasa Cina," Kenyataan ini
dipetik daripada kenyataan PM di PWTC di Kuala Lumpur hari ini.
Apa yang Cina Mau itu yang Rakyat Mau!!
Note:
Grafik - terimakasih kepada Dr Tanaka Mustafa
...
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com
APA ITU JIHAD?
Akhir-akhir ini, jihad telah disalahertikan. Ia sudah dicemari padahal perkataan jihad itu sangat baik dan mulia sebab ia datang dari Allah swt, dari Rasulullah saw dan dari ajaran Islam yang sangat cantik, indah dan mulia. Jihad itu kalau dapat dilaksanakan dengan tepat, maka akan lahirlah syiar yang indah dalam kehidupan.
Malangnya sekarang jihad sudah dikotori oleh umat Islam sendiri. Bila dikatakan jihad, yang dibayangkan ialah bunuh orang, tembak dan bom sana sini, serangan berani mati, sabotaj dan lain-lain keganasan lagi sehingga hendak sebut perkataan jihad pun sudah malu dan rasa inferiority complex. Ini kerana orang bukan Islam sudah pandang serong dengan perkataan jihad. Umat Islam sendirilah yang sudah menyalahertikan jihad itu.
Erti jihad
Orang mengertikan jihad itu sebagai berjuang. Sebenarnya jihad bukan ertinya berjuang. Terpaksalah di sini dibahaskan dari segi lafaz atau bahasanya. Erti jihad yang asal bukannya berjuang. Cuma setelah dirumuskan intipatinya, barulah dikatakan berjuang.
Perkataan jihad itu adalah berasal dari bahasa Arab iaitu dari perkataan jahada, yajhadu, juhdan, atau jahdan atau jihaadan. Maksud jahada ialah bersungguh-sungguh menggunakan tenaga. Erti jihad dari segi bahasa pula ialah bersungguh-sungguh yang termampu mungkin mengumpulkan semua kekuatan tenaga sama ada dalam diri (akal, roh, jiwa, fizikal) mahupun di luar diri (duit ringgit, kekayaan, aset dan sebagainya). Itu erti jihad.
Ahli bahasa mengambil intipati dan kesimpulan makna lalu dibuat istilah baru iaitu berjuang. Hingga akhirnya seolah-olah itulah istilah yang tepat bagi jihad. Istilah asalnya sudah tidak diketahui lagi. Maka kita pun terbawa sama, terpaksa mengikut trend mereka. Jika tidak, bila kita hendak mengajak berjihad, kita terpaksa berkata, “Mari kita bersungguh-sungguh kumpulkan tenaga.” Pelik pula bunyinya. Sebaliknya kalau kita kata, “Mari kita berjuang,” maka orang terus faham.
Takrif jihad
Seterusnya apa pula hubungkait erti jihad di atas dengan maksud jihad dalam erti yang kedua. Di sini kita bawa satu cerita sejarah. Pernah dalam satu pertemuan antara Rasulullah dan Sahabat berlakulah dialog yang lebih kurangnya begini:
Sahabat berkata kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, apakah seorang yang berjuang kerana marahkan sesuatu puak itu dikatakan jihad fisabilillah?”
“Tidak. Itu tidak termasuk jihad fisabilillah.”
“Apakah seorang yang berjuang kerana tunjuk berani itu jihad fisabilillah?” tanya Sahabat lagi.
“Tidak,” jawab Rasulullah.
“Apakah berjuang fisabilillah itu berjihad kerana bangsa?”
“Bukan.”
“Kalau begitu, ya Rasulullah, apa itu jihad fisabilillah?”
“Berjihad fisabilillah itu ialah berjuang di jalan Allah untuk menegakkan kalimah Allah hingga menjadi tinggi. Jihad itu ialah untuk meninggikan kalimah Allah.”
Di sini baru kita faham, ajaran Allah atau ajaran Islam itu adalah dari satu kalimah iaitu: “Asyhadu allaa ilaaha ilallah wa asyhadu anna muhammadar rasulullah.”
Pintu Islam ialah kalimah syahadah. Maka siapa yang berjuang bagi meninggikan dua kalimah syahadah agar diterima orang, itulah berjuang. Bagi orang yang sudah syahadah, kita berjuang agar mereka mengekalkannya. Manakala orang yang belum syahadah, kita berjuang agar mereka mengucapkannya, ertinya sampai mereka masuk Islam. Ini baru takrif dari segi perkataan-perkataan, belum dihurai isinya yang lebih mendalam lagi.
Isi jihad
Syahadah itu adalah wadah. Ia ibarat bakul. Jadi apa yang kita hendak perjuangkan ialah apa yang ada dalam wadah itu. Kalau tidak ada wadah atau bakul itu, macam mana hendak masukkan barang. Ertinya segala-galanya bertolak dari kalimah syahadah.
Apakah isi bagi dua kalimah syahadah itu? Di sini kita ambil yang terpokok sahaja iaitu iman, Islam dan ihsan. Rupanya dalam bakul dua kalimah syahadah itu, isinya yang terpenting ada tiga yakni iman (aqidah), Islam (syariat) dan ihsan (hakikat atau tasawuf). Jadi umat Islam yang berjuang itu ibarat membawa bakul yang ada tiga benda tadi ke pasar, ke kampung, ke bandar.
“Mari, mari! Belilah apa yang saya bawa ini.”
Kita berjuang seolah-olah membawa bakul yang berisi iman, Islam dan ihsan itu lalu menjaja-jajanya. Kita pergi membawa mesej dari Tuhan untuk menyampaikannya kepada manusia secara percuma.
Iman itu pula, ia bukan seketul atau sebiji tetapi ia juga merupakan satu bekas yang di dalamnya mengandungi hal-hal yang berkaitan dengan iman yang merupakan pakej iman. Di situ ada keyakinan dan sebagainya.
Bila dikatakan Islam, itulah syariat. Syariat pula tentulah banyak. Ada fardhu ain, fardhu kifayah, wajib dan sunat. Ada pendidikan, ekonomi, kebudayaan, dakwah, pentadbiran dan lain-lain lagi.
Begitu juga ihsan. Di dalam bakul ihsan itu ada ilmu hakikat dan ilmu rasa. Yakni penghayatan kita pada Tuhan seperti rasa takut, redha, rasa hamba dan seterusnya.
Jadi orang yang berjuang; keluar dari pagi sampai petang baru pulang; dia membawa bakul maknawi yakni “Laa ilaaha illallah, muhammadur rasulullah”. Dalam bakul itu macam-macam pula isinya yang terdiri dari iman, Islam dan ihsan. Kalau hendak ditamsilkan orang berjuang itu, ibarat orang yang berjual ikan dan sayur. Pergi dari rumah ke rumah dan berkata: “Mari beli ikan. Mari beli sayur!” Maka orang yang berjuang pun hakikatnya menjaja juga. “Mari beli iman, Islam dan ihsan!”
Itulah erti jihad atau berjuang di jalan Tuhan. Selain itu, ia dikira berjuang pada jalan syaitan. Justeru itu mengapa berjuang sampai bunuh orang? Ledak bom sana sini. Itu syaitan yang ajar. Itu bukan mati syahid tetapi mati sakit. Berjuang ialah hendak beri sesuatu yang baik pada orang.
Natijah jihad
Bilamana kita sudah pandai menjaja ‘barang’ Tuhan dengan bijaksana dan dengan cara yang betul maka berebut-rebutlah orang membelinya. Bila orang membeli dengan pakejnya iaitu iman, Islam dan ihsan, maka nampaklah syiar-syiar Tuhan pada peribadi orang itu. Kalau berlaku pada satu kelompok manusia maka lagi terserlah syiar Tuhan pada kelompok manusia itu. Keindahannya dapat dilihat pada pendidikan, pada ekonomi, pada kebudayaan, pada pentadbirannya, pada ibadah dan pada akhlaknya. Nampak indah, nampak kebesaran dan kekuasaan Tuhan.
Apabila tiga pakej ini diterima dan dihayati, maka akan terserlah kecantikannya. Contohnya:
Dalam bidang pendidikan, guru dan murid hormat-menghormati. Guru bagaikan seorang ayah yang sangat sayang kepada anak-anaknya.
Dalam rumah tangga pula, nampak syiar Tuhan yang mana rumah tangga itu harmoni dan berkasih sayang. Hasil membeli barang Tuhan tadi, nampaklah anak hormat kepada ibu bapa, isteri taat, suami bertanggungjawab, sama-sama beribadah dan membesarkan Tuhan serta syariat-Nya.
Nampak pula syiar pada ekonomi di mana berlakunya tolak ansur, ada khidmat, ada kasih sayang antara satu sama lain, penjual perlu kepada pembeli dan pembeli perlu kepada penjual.
Nampak kehidupan yang begitu indah dan cantik. Nampak dalam masyarakat berlaku kasih sayang. Lahir perpaduan, kesatuan, kerjasama dan bekerjasama.
Begitu juga pada pentadbiran. Nampak indahnya pentadbiran.
Begitulah seterusnya di sudut-sudut lain, akan terserlah keindahannya kerana orang yang berjuang pada jalan Allah berjaya menjual barangnya kepada orang ramai iaitu iman, Islam dan ihsan. Ibarat orang dapat makan makanan berkhasiat, dia nampak sihat dan badannya kuat. Tidak terkena penyakit atau tidak sakit. Hidupnya selesa. Itulah yang dinamakan syiar.
Syiar dapat dilihat oleh mata pada keindahan hidup. Hasil orang berjuang menjual iman, Islam dan ihsan maka manusia atau masyarakat menjadi baik, berakhlak, berkasih sayang dan bersatu padu. Nampak syiarnya dan nampak kebesaran Tuhan. Tuhan berfirman:
Maksudnya: “Barang siapa membesarkan syiar-syiar Tuhan, itulah dari hati yang bertaqwa.” (Al Haj: 32)
Jadi yang dikatakan jihad atau berjuang itu ialah supaya orang terima ajaran Tuhan yang tiga perkara tadi. Hasilnya orang nampak syiar Tuhan di tengah masyarakat. Natijahnya, barang siapa yang berjuang hingga nampak syiar Tuhan, itulah yang dikatakan berjuang di jalan Allah.
Berjuang di jalan Allah mana ada berbunuhan, pancung orang, ledak bom sana sini bahkan perkataan yang kasar pun tidak ada. Kalau cakap kasar, tidak akan laku iman, Islam dan ihsan yang kita jual itu. Kalau kita jual dengan sombong, angkuh, ganas, tanpa akhlak dan tidak jaga lidah, macam mana Islam hendak laku? Orang tidak akan terima agama Tuhan yang begitu cantik itu jika kita berjuang dengan ganas, secara militan dan tidak ada akhlak.
Jadi berjuang pada jalan Tuhan itu ialah hendak bangunkan syiar Tuhan. Supaya syiar itu berlaku dalam kehidupan, dalam ibadah, dalam ekonomi, kebudayaan dan masyarakat. Hari ini orang berjuang; sekalipun atas nama jemaah Islam; tidak nampak syiar Tuhan itu. Tidak nampak hasilnya seperti ibadahnya berdisiplin, berkasih sayang, lahir perniagaan atas dasar khidmat dan bertolak ansur dan lain-lain. Sebab mereka menjual barang Tuhan dengan ganas, menzalim, menindas dan kasar. Akibatnya barang Tuhan tidak laku.
Peringkat jihad
Jihad atau berjuang itu banyak peringkat. Di antaranya:
Jihad kepada orang kafir supaya dia terima dua kalimah syahadah dan masuk Islam. Selepas itu dididik berasur-ansur supaya meningkat iman, Islam dan ihsannya sehingga lahirlah syiar-syiar dalam kehidupannya. Tidaklah berjuang dengan orang kafir itu sampai hendak bunuh dia.
Terhadap orang Islam, iaitu setelah mereka terima pakej iman, Islam dan ihsan itu, mungkin mereka jahil. Mungkin mereka tidak tahu bagaimana hendak amalkan. Maka berjuang terhadap orang Islam adalah agar mereka dapat sempurnakan amalan ketiga-tiga pakej itu. Dalam kata-kata lain, berjuang terhadap orang Islam adalah agar meningkat Islam mereka.
Ada dua lagi perjuangan yang tidak nampak iaitu perjuangan terhadap nafsu dan perjuangan terhadap syaitan. Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, erti jihad itu ialah bersungguh-sungguh mengumpulkan tenaga. Bagaimana tenaga itu hendak dijadikan alat. Kalau nafsu, bagaimana hendak menggunakan tenaga itu untuk membendung nafsu ammarah sehingga meningkat jadi lawwamah. Setelah itu hendak bendung nafsu lawwamah itu hingga menjadi mulhamah dan seterusnya.
Begitu juga kita menghimpunkan tenaga bersungguh-sungguh untuk membendung pengaruh syaitan. Pengaruh syaitan ini lebih mudah diperangi. Yakni setelah nafsu dapat diperangi, dapat ditundukkan, maka automatik jalan syaitan dapat ditumpaskan. Apabila nafsu ditumpaskan, mudahlah untuk membendung syaitan sebab nafsu itu highway bagi syaitan. Kalau highway sudah ditutup, syaitan tidak boleh melaluinya. Begitulah caranya berjuang terhadap nafsu dan syaitan.
Kalau begitu, fahamlah kita bahawa erti jihad itu ialah menegakkan kalimah Allah, yang mana kalimah Allah ada tiga perkara asas iaitu iman, Islam dan ihsan. Daripada tiga perkara itu dipecahkan menjadi banyak lagi dan diperjuangkan hingga orang terima. Bila orang terima dan orang amalkan maka lahirlah dalam kehidupan keindahan-keindahan Islam, yakni syiar-syiar Islam yang Tuhan kata: “Barang siapa membesarkan syiar-syiar Tuhan, itulah dari hati yang bertaqwa.”
Berjihad sama sekali tidak ada kaitan dengan militansi. Kita berjuang tidak ada hubungan dengan perang. Cuma bilamana kita berjuang seperti yang dikatakan tadi maka kalau ada orang yang hasad dengki, dia akan memerangi kita. Bukan kita yang undang, tapi orang lain yang undang.
Jadi perang itu kalaupun berlaku bukan dari kita tetapi musuh yang mengundang. Bukan salah kita tetapi salah musuh. Dalam berhadapan dengan musuh itu pun terbahagi kepada dua. Kalau dia undang perang, kita tengok dulu kekuatan kita. Kalau kita masih lemah, kita elak dulu.
Macam Rasulullah, masa masih lemah, baginda tidak lawan. Sebaliknya baginda menyuruh Sahabat-Sahabat berpindah dari Mekah ke Habsyah dan baginda sendiri pernah pergi ke Thaif.
Begitu juga sewaktu berhijrah ke Madinah, umat Islam masih lemah lagi. Setelah ada kekuatan, bila orang undang perang, baru Rasulullah berperang. Selagi belum ada kekuatan, baginda elak dulu. Sebaliknya sekarang, kita yang undang orang perang. Kalau kita kuat boleh tahan tapi kita cuma guna batu dan lastik, hendak melawan musuh yang ada kereta kebal!
Itulah gambaran erti jihad atau erti berjuang. Cantik dan indah tetapi ulama pun sudah tidak faham. Berapa ramai orang hari ini yang berjuang secara militan. Manakala yang tidak militan pula, hasilnya tidak ada. Dia memperjuangkan hak orang, dia kata dia perjuangkan Islam. Dia perjuangkan ideologi, dia kata dia perjuangkan Islam. Dia perjuangkan kefahaman ciptaan manusia dan isme, dia kata dia perjuangkan hak Tuhan. Kedua-duanya tidak betul. Kedua-duanya tidak akan menghasilkan apa-apa.
di petik dari minda ikhwan global...
Pengertian Jihad
Allah berfirman di dalam Al-Quran yang mulia yang mafhumnya:“Perangilah orang-orang yang tidak beriman dengan Allah dan Hari Kemudian, yang tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan Allah dan rasulNya dan tidak pula beragama dengan agama yang benar (iaitu) di antara ahli kitab kecuali mereka membayar jizyah dengan kepatuhan yang rela dan merasa diri mereka ditawan.”
(At-Taubah:29)
“Perangilah orang-orang musyrik semuanya, sebagaimana mereka memerangi kamu semua”
(At-Taubah: 36)
Definisi Jihad:
Di dalam Al-Quran terdapat 121 ayat yang menyentuh persoalan memerangi orang kafir, perkataan-perkataan Bahasa Arab mungkin membawa pelbagai makna, tetapi dengan ketibaan ISLAM, beberapa perkataan Arab telah dihadkan maknanya kepada satu istilah sahaja iaitu istilah shari’ahnya.
Dalam istilah bahasa, jihad datangnya dari perkataan `jahada’ yang bermakna “menggunakan segala usaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu”. Dengan istilah ini, kita mungkin berjihad ketika belajar dengan menghadapi peperiksaan. Tetapi “Jihad” dalam definisi shari’ah hanya boleh membawa satu makna iaitu “menentang orang kafir di medan pertempuran dan menghapuskan segala rintangan terhadap da’wah bagi menjadikan kalimah Allah (Islam) itu tinggi setinggi-tingginya”.
Islam bukan satu agama Arab, dan tidak dikhususkan kepada kaum Arab. Allah SWT.berfirman:
“Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan kepada sekalian umat manusia, untuk memberi khabar gembira (dengan syurga) dan untuk memberi peringatan (dengan neraka), tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui.”
(As- Sabak:28)
Maka dari ayat di atas telah jelaslah, Islam perlu disebarkan ke seluruh umat manusia; dakwah adalah asas dasar luar negeri bagi daulah Islam semenjak Rasulullah saw mendirikan daulah di Madinah dan akan diteruskan hingga ke akhir zaman dan caranya ialah dengan Jihad. Rasulullah saw bersabda:
“Saya telah diperintahkan untuk memerangi orang ramai sehingga mereka berkata `La Ilaha Illa-Allah Muhammadun rasul-Allah’. Dan sekiranya mereka berkata demikian, maka mereka telat menyelamatkan darah (nyawa) serta harta benda mereka kecuali apa yang hak (dengan sebab).”
Dan Rasulullah saw juga bersabda:
“Al Jihad telah wujud semenjak Allah SWT mengutuskan saya dan (berterusan) sehingga yang terakhir di antara ummah saya memerangi Al Dajjal. Tiada kezaliman (seseorang) yang zalim atau keadilan (seseorang) yang adil akan menghentikannya.”
Tujuan Jihad :
Jihad adalah alat yang digunakan oleh Daulah Islam untuk menyebarkan serta menyampaikan syi’ar Islam. Ianya digunakan sebagai tindakan fizikal menghapuskan segala halangan kepada dakwah Islam dan dengan cara inilah Islam dibawa keseluruh kawasan Daulah Islam baik pada zaman Rasulullah mahupun zaman para sahabat dan begitu juga di zaman khulafa’ yang seterusnya. Ianya mempunyai tiga peringkat.
Yang pertama, penduduk disesuatu kawasan itu akan diajak memeluk Islam, dan mereka akan diberi tempoh untuk mengkaji dan memahami Islam; sekiranya mereka menolak mereka akan dipelawa menjadi rakyat Daulah Islam dengan membayar `jizyah’ dan Islam akan diimplimentasikan ke atas mereka, dan mereka akan diberikan hak -hak yang sama seperti mana-mana umat Islam. Sekiranya pelawaan ini ditolak juga, maka tatkala itu barulah tentera Islam akan berjihad.
Perlulah difahami bahawa jihad hanyalah untuk menghapuskan rintangan terhadap dakwah kepada Islam; bukan untuk menakluk atau memperhambakan mana-mana kaum dan bukan untuk membina empayar dan tidak sekali untuk memaksa seseorang itu memeluk Islam. Allah SWT berfirman:
“Tidak ada paksaan dalam beragama…”
(Al-Baqarah: 256)
Jika diteliti setiap satu `sariah’ serta `ghazwah’ Rasulullah saw, kita dapati kesemuanya merupakan jihad menyerang (offensive) dan hanya satu sahaja yang merupakan defensif (itu pun merupakan satu tindakan yang taktikal sewaktu Perang Khandak). Tetapi dalam konteks masa kini, semua bentuk jihad yang wujud hanyalah jihad defensif berbeza dengan apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah.
Pengeruhan Maksud Jihad:
Askar Daulah Islam, di waktu itu digeruni seluruh dunia; setelah Daulah Islam diruntuhkan, kaum orientalis telah berjaya untuk menanam pemikiran yang karut untuk memastikan supaya umat Islam kekal lemah, mereka berusaha dan berjaya untuk mengeruhkan beberapa konsep ideologi Islam; salah satu daripada konsep yang dikeruhi ialah konsep Jihad.
a. Semasa Inggeris menjajah India (iaitu tanah Islam) mereka telah mendatangkan kumpulan Qadiani, untuk mengelirukan umat serta menghabiskan usaha serta masa umat Islam; kumpulan ini menyarankan fahaman salah bahawa `jihad telah dibatalkan’. Perlu dinyatakan di sini bahawa pihak Inggeris memang takutkan kesanggupan umat Islam di wilayah India untuk berjihad menentang mereka sekiranya diarahkan oleh Khalifah di masa itu.
b. Musuh-musuh Islam cuba juga untuk menanamkan fahaman `jihad hanyalah untuk bertahan (defensive)’. Antara Ulama-ulama yang menyarankan pendapat begini pada masa itu ialah Muhammad Abduh dari Mesir. Pendapat ini masih disarankan oleh mereka yang telah patah semangat, dan cuba untuk menyesuaikan Islam dengan keadaan serta fahaman-fahaman kufur dan thagut.
c. Mereka cuba memberatkan jihad dari segi istilah bahasa dan cuba mengelakkan dari istilah syari’ah. Dengan itu, setiap kali jihad disebut, terus fahaman yang diambil ialah `usaha sedaya upaya’ dan ini memadamkan api umat Islam untuk berjuang menegakkan Islam.
d. Fahaman jihad sengaja dialihkan kepada `jihad menentang hawa nafsu, atau jihad menentang hasutan syaitan’. Dalil yang mereka bawa ilah riwayat seorang sahabat yang berbunyi: “Kami baru pulang dari suatu jihad yang kecil kepada suatu jihad yang lebih besar.” Seorang sahabat yang lain bertanya: “Apakah jihad yang lebih besar itu ?” Beliau menjawab, “Jihad menentang hawa nafsu,”
(dipetik dari `Al-Asrar al Marfu’a'-Mulla al Qari’)
Sedangkan…
- (ibn Hajar) Al Asqalani (kurun ke-12) menyatakan bahawa ini adalah kata-kata Ibrahim b. Abla (yakni bukannya kata-kata Rasulullah saw).
- Hafiz Iraqi menyatakan bahawa isnadnya daif (`Kanz Al Ummal’ Bab 4, H.616)
- Ibn Taymiyyah menyatakan bahawa isnadnya daif (`Al Furqan)
- Lain-lain ulama Islam termasuk Qurtubi dan Suyuti menyatakan hadith ini daif.
Riwayat ini jelas bercanggah dengan ayat-ayat di dalam Al Quran. Terdapat 121 ayat yang menyebut mengenai jihad menentang orang kafir. Ramai ahli hadith menggolongkan ianya sebagai hadith maudu’(palsu). Masalahnya sekarang ada di antara cendiakawan kita yang cuba menyarankan da’yah palsu orientalis.
Sebagai contoh: Cik Salina Haji Zainol dalam artikelnya sepanjang 4 halaman bertajuk; Konsep Jihad Menurut Islam di dalam majalah Visi (terbitan IKIM) keluaran Januari-Mac 1995, telah menulis, “Adalah tidak tepat jika jihad disamaertikan dengan perang”. Seterusnya artikel itu meneruskan proses mengeruhkan lagi erti kata `jihad’, bila dinyatakan jihad dalam Islam melingkungi jihat nafsu dan sebagainya.
Begitu jua dengan buku terbitan terbaru Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) yang bertajuk “Ikhtibar Jihad Rasulullah” yang menjelaskan pengertian jihad sebagai “penggemblengan tenaga dengan menggunakan cara-cara yang aman. Peperangan hanya dilancarkan apabila keadaan memerlukan seperti memelihara keselamatan para pendakwah dan demi mempertahankan negara”.
e. Jihad dari segi syari’ah terbahagi kepada dua jenis:
-Jihad menyerang (offensive) ini didirikan oleh Daulah Islam
-Jihad mempertahankan (defensive) dilakukan apabila umat/tanah orang Islam diserang oleh musuh Islam (kafir)
I. Kedua-dua bentuk jihad adalah wajib, tetapi kini, jihad yang pertama tidak didirikan. Musuh Islam tidak henti-henti menyerang umat Muhammad saw dan dengan kehilangan Daulah Islam, akibat mereka sibuk dengan jihad yang kedua sahaja.; ini menghalang umat dari memberi tumpuan kepada masalah dan wajib asasi iaitu penegakkan keseluruhan Islam.
II. Jihad mempunyai fungsi yang khusus dalam Islam, ianya merupakan thariqah ataupun kaedah Daulah Islam menyebarkan syiar Islam. Dengan itu, jihad mempunyai objektif yang khusus. Syuhada (mati syahid) hanyalah ganjaran bagi orang Islam yang terkorban di medan perang, maka mati syahid itu hanyalah hasilan sampingan dari berjihad; tapi kini, umat Islam mengejar syahid, tanpa menghiraukan objektif jihad yang sebenar, seperti yang ditentukan oleh Allah SWT.
III. Justeru itu juga, umat Islam melalaikan isu rancangan dan persiapan jihad dan era selepas jihad. (Kita menyaksikan keadaan yang sedih di Afghanistan). Akibatnya nasib umat Islam tidak berubah, beredar dalam pusaran pedih yang tidak putus-putus.
f. Jihad disalahgunakan tak mengira Islam atau tidak. Sekiranya kita memahami maksud jihad dari syari’ah Islam, tidak mungkin berlaku `jihad menentang sesama Islam’ seperti diAlgeria, Afghanistan dan tidak mungkin juga jihad digunakan sebagai kaedah untuk menegakkan Daulah Islam!
g. Akhirnya, ada di antara umat Islam yang menganggap jihad meliputi mana-mana perjuangan yang dianggap `munasabah’ dari segi fikirannya sendiri; mereka menganggap perjuangan kemerdekaan Amerika, British, Perancis, Komunis sebagai `jihad’. Islam langsung tidak diambil kira; kafir dan Muslim tidak dibezakan.
Erti jihad sebenarnya cukup luas lagi kompleks. Ulama kontemporari juga menyenaraikan penglibatan gerakan islam dalam Pilihan raya sebagai satu jihad!Iaitu usaha mengembalikan sistem kufur (demokrasi) kepada pemerintahan islam (sistem khilafah) yang syumul lagi menyeluruh.
Penutup
Mengikut dalil ayat-ayat Al-Quran yang telah dinyatakan dipermulaan artikel ini, jelaslah bahawa jihad dalam islam tidak langsung menggambarkan bentuk-bentuk jihad yang disebutkan di atas. Jika bentuk-bentuk sebeginilah yang difahami sebagai jihad maka sia-sialah segala pengorbanan Rasulullah dan para sahabat yang disirami dengan titisan air mata dan dibajai dengan darah dalam meninggikan kalimah syahadah di bumi Allah ini.
Sekiranya hawa nafsulah yang dijihadkan maka adalah lebih baik Rasulullah duduk diam sahaja di rumah dan mendidik hawa nafsunya sahaja tanpa keluar berperang sehingga menumpahkan darah. Amatlah menyedihkan sekiranya kita merasakan diri kita sebagai golongan yang menyeru kepada Islam tetapi pada waktu yang sama melaungkan fahaman jihad yang begini; tanpa memahami dengan jelas konsep-konsep Islam yang tulen.
Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw berkata:
“Tiada siapa yang telah memasuki syurga akan mahu pulang ke dunia, walaupun jika ianya diberi segala apa yang dikandungi dunia; kecuali yang syahid, dia akan asyik mengharapkan dapat pulang ke dunia dan disyahidkan 10 kali lagi `fi sabilillah’ disebabkan penghormatan yang diberi sebagai balasan syahidnya.”
[Bukhari dan Muslim]
”Akan datang segolongan manusia pada hari kiamat di mana iman mereka adalah iman yang dahsyat, cahaya mereka memancar disekeliling mereka. Dikatakan oleh para malaikat pada mereka: ‘Khabar gembira buat kalian pada hari ini. Salam sejahtera ke atas kalian. Masuklah ke dalam syurga selama-lamanya’.
Para malaikat dan para nabi merasa gembira kerana kecintaan Allah ke atas mereka. Para sahabat bertanya: ‘Siapakah mereka itu wahai Rasullullah?’. Dijawab: ‘Mereka bukan dari kita. Kalian adalah sahabat-sahabatku. Mereka adalah kecintaanku. Mereka akan datang selepas kalian, yang pada saat itu, mereka dapati Al-Quran telah diabaikan dan As-Sunnah ditinggalkan. Namun mereka kemudian mempelajarinya dan mengajarkannya.
Mereka dikepung oleh berbagai siksaan dari setiap tempat dan penjuru lebih dari apa yang menimpa kalian. Iman salah seorang dari mereka sebanding dengan 40 orang dari kalian. Dan syahid seorang dari mereka sebanding dengan 40 syahid dari kalian, sebab kalian mendapat dukungan dalam mempertahankan kebenaran. Mereka dikepung oleh berbagai kezhaliman dari berbagai penjuru. Mereka berada di Baitul Maqdis. Ya Allah, tolonglah mereka, jadikanlah mereka sebagai pengikut-pengikut (teman-temanku) di Al-Haudh (telaga nabi di syurga) (Thabrani)
‘Apabila telah bermaharajalela (muncul) dalam diri kalian dua kemabukkan: mabuk kebodohan dan mabuk kecintaan terhadap kehidupan, maka saat itulah kalian tidak memerintah kepada maaruf dan mencegah kemungkaran. Pada waktu itu orang yang terus berpegang dengan Kitabullah baik secara sembunya maupun terang-terang adalah setara dengan para pendahulu dari Muhajirin dan Anshar’
(Na’im bin Hammad dari Ibnu Wadhah)
‘Orang yang terus berpegang pada agama dan sunnahku di zaman yang penuh dengan kemungkaran bagaikan orang yang menggenggam bara api. Siapa saja yang melaksanakan sunnahku pada saat demikian itu pahalanya senilai 50 orang dari kalian (sahabat)’
(Ibnu Wadhah dari Abu Tha’labah al-Khusyaini)
Semoga kita terus berjuang mengembalikan kegemilangan Islam dimuka bumi ini!
Al-Hamra’: teruskan jihad kalian!!!
FAHAMI ERTI JIHAD YANG SEBENAR
SEMPENA sambutan Hari Pahlawan yang jatuhnya pada tarikh 31 Julai setiap tahun, seluruh anggota masyarakat diseru menghayati semangat jihad dan pengorbanan pahlawan terbilang tanah air dalam kehidupan seharian. Sambutan ini juga signifikan dengan sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke 55, yang turut melambangkan semangat juang dan usaha gigih pejuang kemerdekaan bagi membebaskan negara daripada belenggu penjajahan.
Segala jasa dan perjuangan yang dicurahkan oleh pasukan keselamatan sepanjang zaman bagi membebaskan tanah air seterusnya mempertahankan negara daripada di ceroboh oleh musuh-musuh adalah bakti murni yang tiada tolok bandingnya. Semangat jihad Mat Kilau, Tok Bahaman, Tok Janggut, Tok Kenali dan lain-lain lagi, yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi negara sepatutnya menjadi sumber inspirasi kepada umat Islam masa kini untuk sama-sama bangkit mempertahankan kesucian agama serta kedaulatan bangsa dan negara tercinta.
Sehubungan dengan itu juga umat Islam seluruhnya diseru menterjemahkan semangat jihad seperti ini dalam segala aktiviti dan tugasan seharian. Setiap individu Muslim hendaklah bersedia untuk berjuang mati-matian bagi mempertahankan akidah dan kepercayaan kepada Tuhan Yang Maha Esa tanpa mudah diperolok-olokkan oleh harta dan kenikmatan duniawi. Usah hanya kerana habuan dunia yang sedikit ada di kalangan Muslim yang sanggup murtad, keluar daripada Islam.
Kesungguhan mempraktikkan segala ajaran agama seperti solat dan puasa di Bulan Ramadan turut mengandungi falsafah jihad yang murni. Malah bukan mudah untuk seseorang istiqamah melaksanakannya apatah lagi dengan pelbagai ujian dan cabaran dalam mendidik nafsu terpaksa dilalui sebelum beroleh kemenangan yang dijanjikan.
Beberapa peristiwa penting menunjukkan kegigihan dan kesabaran umat Islam terdahulu patut dijadikan iktibar. Walaupun dalam keadaan berpuasa tentera Islam pimpinan Baginda Nabi Muhammad SAW pernah melalui beberapa siri peperangan dan beroleh kemenangan. Sebagai contohnya peristiwa Perang Badar al-Kubra yang berlaku pada tanggal 17 Ramadan tahun kedua hijrah jelas menunjukkan betapa puasa bukan penghalang kejayaan.
Begitu pula bilangan yang ramai belum tentu menjanjikan kemenangan jika tidak disertai dengan semangat juang yang tinggi dan bertawakal kepada Allah SWT. Selain itu Pembukaan Kota Mekah pada tahun kelapan hijrah, Peperangan Tabuk pada tahun kesembilan hijrah dan peristiwa penaklukan Bumi Palestine oleh Salahuddin al-Ayubi pada tahun 584 hijrah turut berlaku pada Bulan Ramadan. Ia sekali gus menunjukkan betapa umat Islam sebenarnya memiliki kekuatan spritual dan fizikal di paras tertinggi ketika sedang berpuasa. Malah tidak salah jika dikatakan Ramadan adalah bulan kemenangan dan kejayaan bagi Muslimin secara umumnya.
Di sisi yang lain, golongan remaja dan muda-mudi terutama yang masih di bangku sekolah mahupun di menara gading selayaknya menghayati semangat jihad golongan terdahulu dengan belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya menyumbang bakti kepada pertiwi. Masa muda yang merupakan anugerah tidak ternilai hendaklah digunakan untuk aktiviti berfaedah dan berimpak tinggi demi survival agama dan bangsa sendiri.
Usah hanya seronok berfoya-foya dan berhibur sepanjang masa sehingga terkesima dengan kenikmatan yang tidak berkekalan lalu menyesal di hari kemudian. Elakkan daripada terlibat berbuat dosa dan maksiat sepanjang masa sehingga ajal datang menjelma tanpa bersedia dengan bekalan secukupnya.
Umat Islam secara umumnya diseru bersatu atas nama akidah dan kepercayaan kepada Tuhan Yang Maha Esa untuk menggembleng tenaga memajukan bangsa dan negara sendiri. Perbalahan dan perselisihan yang berpanjangan mesti dielakkan jika tidak ia bakal menghilangkan kekuatan kesatuan umat Islam sehingga mudah diperkotak-katikkan oleh musuh. Perkara ini perlu diberi perhatian serius kerana apabila nasi sudah menjadi bubur baharu segala kesilapan disedari boleh jadi kenikmatan dan keharmonian yang wujud pada hari ini tidak dapat lagi diwarisi oleh generasi yang terkemudian.
Allah SWT berfirman maksudnya “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. (Surah al-Anfal ayat 60).
Untuk itu, kesediaan untuk menginfaqkan harta ke jalan Allah SWT juga adalah suatu bentuk jihad yang dituntut. Ini kerana harta adalah sesuatu yang sangat dicintai dan sukar untuk seseorang memberikannya kepada yang lain kecuali jika dipaksa. justeru itu, segala pemberian yang ikhlas semata-mata mengharap maghfirah daripada Nya pasti akan diberi balasan yang setimpal.
Sesungguhnya jihad pada masa kini tidak hanya tertumpu kepada usaha mengangkat senjata menentang kezaliman semata-mata. Skopnya luas termasuklah jihad untuk menjawab segala tohmahan dan usaha keji memburuk-burukkan Islam dan umatnya di ruang siber. Untuk itu para sarjana Islam dan ulama secara khususnya boleh menggunakan media baharu bukan sahaja sebagai senjata untuk menangkis dakyah dan fitnah songsang tetapi juga sebagai medium dakwah yang sangat berkesan dewasa ini.
Menjadi tanggungjawab semua untuk memelihara keamanan dan kedamaian yang dikecapi dengan menunjukkan rasa kesyukuran yang tidak berbelah-bahagi atas nikmat pemberian Allah SWT yang tersebut. Kesyukuran itu dibuktikan lagi dengan kesediaan semua untuk menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara dengan apa jua kaedah yang diredai oleh Nya. Dalam masa yang sama segala perkara yang mengundang kemurkaannya hendaklah dijauhi dan dihindari daripada kehidupan selama-lamanya.
Makna jihad yang sebenar
Dr. Fadlan Mohd Othman
Seperti
pepatah Melayu menyatakan ‘tak kenal maka tak cinta’. Yang pertama kita
perlulah melihat kepada jihad di dalam bahasa Arab, selepas itu
mengenali jihad di dalam istilah. Jihad di dalam bahasa Arab ialah
merangkumi semua usaha yang diperah oleh seseorang individu khususnya
usaha yang berkaitan dengan memerangi musuh iaitu semua usaha yang
memerlukan perahan tenaga
Jihad dalam menuntut ilmu
Contoh lain ialah esok ada peperiksaan maka hari ini
kita bersengkang mata dengan membaca untuk mendapat banyak maklumat. Ini
barulah jihad di dalam menuntut ilmu, bukannya dengan tidur dan
keesokannya terus mengambil peperiksaan tanpa ilmu.
Tetapi apabila jihad di dalam menuntut ilmu apabila
orang mengajak minum kopi kita pun minum kopi, orang ajak berfacebook
kita berfacebook dan sebagainya. Apabila tidak boleh menjawab soalan
peperiksaan alasannya tidak sempat untuk membaca buku kerana dengan
ajakan rakan yang disebutkan tadi. Maka kita katakan di sini anda tidak
berjihad, tidak melaksanakan fardhu ‘ain pertama iaitu menuntut ilmu.
Jihat menurut istilah pula dapat dilihat daripada 2
sudut. Pertama ialah secara menyeluruh ataupun secara umum. Jihad
merangkumi jiwa iaitu jihad untuk jiwa ataupun kepada jiwa, syaitan,
kafir, pembuat zalim, bid’ah dan mungkar. Kemudian jihad ini jika
dilihat secara terperinci boleh disampaikan kepada 13 bahagian.
Jihad peperangan
Jihad di dalam bentuk yang khusus ialah jihad yang
membawa erti orang Muslim memerangi orang kafir yang tidak mempunyai
perjanjian damai. Selepas diajak menganuti Islam lalu dia enggan. Ia
bertujuan untuk mengangkat kalimah Allah. Jika melihat pemimpin Castro
duduk di sebelah saya mungkin orang akan ingat kami satu jemaah. Tetapi
dia bukanlah Islamsebaliknya kufur, dia juga menetang Amerika seperti
kita. Jadi mungkin jika berkenaan dengan Amerika, apa yang kita katakan
dengan apa yang dia katakan seolah-olah sama. Apabila sampai tahap
mungkin peperangan berlaku antara orang Islam dan orang kafir yang dia
itu tidak suka iaitu mungkin orang Amerika sendiri, maka orang akan
menyatakan kita sama-sama berjihad. Perkara ini tidak harus dikatakan
begitu kerana berjihad mestilah orang Islam yang lakukan bukanlah orang
kafir.
Dan memerangi orang kafir yang tidak mempunyai
perjanjian. Maksudnya kita tidak ada perjanjian seperti yang berlaku di
zaman Nabi saw sebelum perjanjian Hudaibiyah. Perjanjian Hudaibiyah
ialah 10 tahun genjatan senjata. Semasa genjatan senjata dibuat kita
tidak boleh perangi dia. Selepas diajak menganuti Islam, kita perlu
sampaikan dakwah kepadanya. Jika sememangnya sudah sampai dakwah
kepadanya tidak mengapa. Tetapi jika belum sampai dakwah kepadanya maka
kita akan lihat Nabi mengarahkan panglima perangnya untuk menyampaikan
dakwah kepada mereka. Apabila dia enggan barulah diperangi untuk
mengangkat kalimah Allah.
Menurut sudut ini jihad adalah salah satu daripada 5
bahagian. Jihat yang khusus ini adalah salah satu daripada 5 bahagian
jihad. Ianya terbahagi pula kepada 2 bahagian iaitu jihad pertahanan dan
jihad serangan.
Secara umumnya jihad ialah jiwa, syaitan, kafir,
munafiq dan orang-orang yang zalim iaitu ahli bid’ah dan ahli mungkar.
Selepas itu cara menentang jiwa pula ialah dengan menimba ilmu. Kita
hendak mendidik diri kita dan berjihad menentang nafsu diri kita
sendiri.
Motivasi menuntut ilmu pada usia lanjut
Jika sesiapa yang umurnya sudah meningkat, boleh
sahaja dia melihat kepada Ibn Hajjar. Secara ringkas kisah Ibn Hajjar
ialah dia hendak pergi belajar tetapi tidak berjaya kerana gurunya
merasakan dia tidak mampu untuk belajar lalu gurunya menasihatinya agar
mencari kerja lain yang lebih bermanfaan untuknya daripada belajar
tetapi tiada ilmu yang dia dapati, maka tiada gunanya. Lalu Ibn Hajjar
pun pulang dan termenung. Ketika dia termenung dia melihat air menitis
ke atas batu yang besar. Di tempat air yang menitis itu terdapatnya satu
lengkungan. Apabila dia melihat kejadian itu ianya menjadikan satu
inspirasi kepadanya. Dia berkata, ‘jika batu boleh menjadi lekuk dengan
air, maka Ibn Hajjar mustahil tidak boleh”.
Dengan itu menjadikan inspirasinya untuk kembali
belajar dan akhirnya dia menjadi Syeikhul Islam di dalam hadith. Jadi
ilmu ini adalah satu perkara yang perlu dilakukan untuk mendidik jiwa
kita ataupun untuk berjihat menetang diri kita sendiri.
Seterusnya ialah membuat amal. Ilmu tanpa amal
samalah seperti pokok tanpa buah. Kemudian dakwah terhadap ilmu yang
telah kita amalkan itu kita sampaikan kepada orang lain dan yang keempat
ialah mesti bersabar. Ini diambil langsung daripada surah al-Asri.
Hendak belajar, hendak beramal dan hendak berdakwah bukanlah senang.
Jadi kita hendaklah bersabar dengan perkara itu.
Mampukah Paul Low desak kabinet siasat Taib Mahmud?
Posted on Friday, May 17 @ 02:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Sumber HarakahDaily
KUALA LUMPUR: Segala perspektif positif dalam perlantikan Datuk Paul Low, Presiden Transparency International Malaysia sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan dinilai melalui beberapa tindakan susulan beliau dalam memerangi rasuah dan kronisme
Rasuah dan kronisme adalah dua virus yang mereputkan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran BN dan faktor utama BN tewas dalam undi popular buat kali pertama dalam sejarah.
Low akan mengetuai Biro Pengaduan Awam, selain menguruskan hal-hal berhubung rasuah dan integriti.
Sebelum PRU13, Low ialah orang yang menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menandatangani Ikrar Integriti Pilihanraya yang kononnya sebagai tanda memperkukuhkan komitmen beliau dalam agenda negara bagi membanteras rasuah terutamanya di PRU13.
Tapi apa yang berlaku sepanjang PRU13, tidak perlu disebut di sini – rakyat boleh menilainya sendiri.
“Perkara terpenting untuk kerajaan BN dengan Low sebagai Menteri Ketelusan ialah mengumumkan semua kontrak penswastaan dan pembidaan akan dianugerahkan melalui tender terbuka dengan segala maklumat dipapar secara telus,” kata ahli parliamen Petaling Jaya Utara Tony Pua dalam satu kenyataan hari ini.
Bahkan, Pua berkata semua kontrak-kontrak terkini, terutamanya di industri pertahanan dan penswastaan lebuhraya seperti Lebuhraya Pantai Barat yang bernilai RM5.3 bilion, Lebuhraya Kinrara-Damansara RM2.2 bilion dan pelabuhan Penang dan Keretapi Tanah Melayu Berhad yang belum dimeterai atau kerja belum dimulakan mesti ditangguh sehingga tender terbuka dilaksanakan.
Pada masa yang sama, Pua berkata dengan Low di dalam kabinet, Pakatan Rakyat berharap ada kesungguhan untuk menyiasat mereka yang jelas terlibat dalam rasuah tanpa mengira kedudukan dalam kerajaan.
“Sebagai permulaan, kabinet baru mesti menempelak Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang enggan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwanya nakal. Kegagalan berbuat demikian akan menghilangkan segala persepsi positif dalam memilih Low ke dalam kabinet,” tegas Pua.
Pua juga berharap Low dapat memastikan para menteri dan timbalan menteri untuk membuat deklarasi harta.
“Pakatan Rakyat akan memberikan sokongan penuh kepada Low untuk melaksanakan segala yang perlu untuk memastikan kerajaan ini bersih, telus dan berdaya saing. Bahkan, Low boleh menjadi pengkritik dalam pentadbiran Najib kerana beliau tidak berpihak kepada parti politik,” kata Pua lagi.
Pua turut memberikan amaran supaya Low tidak dijadikan sebagai sekadar hiasan kepada pentadbiran Najib tanpa sebarang langkah untuk memperbetulkan keadaan.
“Rakyat Malaysia akan melihat pada Low untuk memantau gelaja rasuah yang berleluasa di dalam kerajaan. Kita tidak mahu dihampakan,” tambah beliau lagi.
Posted on Friday, May 17 @ 02:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Sumber HarakahDaily
KUALA LUMPUR: Segala perspektif positif dalam perlantikan Datuk Paul Low, Presiden Transparency International Malaysia sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan dinilai melalui beberapa tindakan susulan beliau dalam memerangi rasuah dan kronisme
Rasuah dan kronisme adalah dua virus yang mereputkan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran BN dan faktor utama BN tewas dalam undi popular buat kali pertama dalam sejarah.
Low akan mengetuai Biro Pengaduan Awam, selain menguruskan hal-hal berhubung rasuah dan integriti.
Sebelum PRU13, Low ialah orang yang menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menandatangani Ikrar Integriti Pilihanraya yang kononnya sebagai tanda memperkukuhkan komitmen beliau dalam agenda negara bagi membanteras rasuah terutamanya di PRU13.
Tapi apa yang berlaku sepanjang PRU13, tidak perlu disebut di sini – rakyat boleh menilainya sendiri.
“Perkara terpenting untuk kerajaan BN dengan Low sebagai Menteri Ketelusan ialah mengumumkan semua kontrak penswastaan dan pembidaan akan dianugerahkan melalui tender terbuka dengan segala maklumat dipapar secara telus,” kata ahli parliamen Petaling Jaya Utara Tony Pua dalam satu kenyataan hari ini.
Bahkan, Pua berkata semua kontrak-kontrak terkini, terutamanya di industri pertahanan dan penswastaan lebuhraya seperti Lebuhraya Pantai Barat yang bernilai RM5.3 bilion, Lebuhraya Kinrara-Damansara RM2.2 bilion dan pelabuhan Penang dan Keretapi Tanah Melayu Berhad yang belum dimeterai atau kerja belum dimulakan mesti ditangguh sehingga tender terbuka dilaksanakan.
Pada masa yang sama, Pua berkata dengan Low di dalam kabinet, Pakatan Rakyat berharap ada kesungguhan untuk menyiasat mereka yang jelas terlibat dalam rasuah tanpa mengira kedudukan dalam kerajaan.
“Sebagai permulaan, kabinet baru mesti menempelak Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang enggan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwanya nakal. Kegagalan berbuat demikian akan menghilangkan segala persepsi positif dalam memilih Low ke dalam kabinet,” tegas Pua.
Pua juga berharap Low dapat memastikan para menteri dan timbalan menteri untuk membuat deklarasi harta.
“Pakatan Rakyat akan memberikan sokongan penuh kepada Low untuk melaksanakan segala yang perlu untuk memastikan kerajaan ini bersih, telus dan berdaya saing. Bahkan, Low boleh menjadi pengkritik dalam pentadbiran Najib kerana beliau tidak berpihak kepada parti politik,” kata Pua lagi.
Pua turut memberikan amaran supaya Low tidak dijadikan sebagai sekadar hiasan kepada pentadbiran Najib tanpa sebarang langkah untuk memperbetulkan keadaan.
“Rakyat Malaysia akan melihat pada Low untuk memantau gelaja rasuah yang berleluasa di dalam kerajaan. Kita tidak mahu dihampakan,” tambah beliau lagi.
Petua Cukup Mudah Bagaimana Mau DiLantik Timbalan Menteri ...
Posted on Friday, May 17 @ 03:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Sumber Omak Kau!!
Posted on Friday, May 17 @ 03:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Sumber Omak Kau!!
Sesiapa nak jadi Timbalan Menteri dengan tidak payah bersusah payah masuk bertanding PRU sila ikut petua mudah ini...
1) Tubuhkan satu NGO yang bersikap perkauman dan agama melampau... Maki hamun UMNO/BN siang malam, pagi petang 24 jam sehari, 7 hari seminggu, empat minggu sebulan, 12 bulan setahun tanpa henti dan jemu.
2) Buat tuntutan-tuntutan yang tidak masuk akal macam nak saman kerajaan British berbillion ringgit.
3) Kerahkan semua ahli yang terpedaya dengan tuntutan tidak logik itu buat demo secara besar-besaran di Batu Caves...lawan sama polis sampai ada anggota polis pecah kepala.
4) Bila suasana tidak boleh dikawal lagi, cabut lari keluar negara, kalau boleh ke United Kingdom..Duduk disana dan biarkan ahli-ahli di negara ini kena cekup di bawah ISA.
5) Setelah beberapa lama keluar negara balik ke Malaysia dan terus buat tuntutan mengarut.
6) Terus buat mogok lapar 21 hari kononnya akan mati kelaparan jika tuntutan tidak dipenuhi.
7) Selepas 21 hari buat aku janji dengan Najib Razak melalui MoU dan istiharkan ahli-ahli NGO kamu sokong padu kepimpinan Najib Razak.
8) Masa PRU tak perlu bertanding mana-mana kerusi..jima masa, tenaga dan wang ringgit...Itu serahkan kepada UMNO dan komponen Barisan Nasional.
9) Bila dah menang majoriti mudah tak perlu pun 2/3 majoriti tunggu saja nama diumumkan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Mudah bukan?...Selamat mencuba nasib.
PETUA CUKUP MUDAH BAGAIMANA MAU DILANTIK TIMBALAN ...
ANEH: Berita neh lebih GEMPAQ dari kabinet Najib
Posted on Friday, May 17 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh shalehudin
Pengadu dalam kes Liwat II, Saiful Bukhari Azlan akhirnya bertemu jodoh dan akan melangsungkan perkahwinan pada 25 Mei ini. Saiful akan berkahwin dengan seorang personaliti TV3 yang pernah bertugas di meja jenayah dan politik, Nik Suryani Megat Deraman.
"Mereka berkenalan selepas perbicaraan kes itu selesai. Hubungan mereka berputik apabila Saiful Bukhari sendiri menegur dan berkenalan dengan Nik Suryani di sebuah restoran," kata sumber TV3.
Majlis pada 25 Mei itu juga direncanakan berlangsung di kampung Nik Suryani di Terengganu.
Nik Suryani ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan walimatus urus itu tetapi enggan mengulasnya buat masa ini. ~ M'kini
ANEH: Berita neh lebih GEMPAQ dari kabinet Najib [Saksikan...]
Cuba Ce Ce Citer... Sapa Yang Sebenar Disebaliknya???
Posted on Friday, May 17 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: matuse68
" Bagi yang fobia agenda Kristian - Terimalah kenyataan ini: Presiden Persekutuan Majlis Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia dilantik Timbalan Menteri Pelajaran
Sudahkah kita meneliti senarai Menteri Kabinet yang diumumkan semalam.
Saya nak sentuh tentang jawatan Timb Menteri Pelajaran iaitu YB Mary Yap Kain Ching. Beliau adalah MP Tawau dan merupakan Presiden Persekutuan Majlis Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia.
Beliau bukan sahaja seorang yang beragama Kristian, yang tidak menjadi isu pun kerana negara ini negara berbilang bangsa dan agama bahkan seorang mubaligh (Missioney Christian) bahkan Presiden kpd Sekolah Mubaligh Kristian. Cuma saya hendak mengajak adek-adek (mungkin memujuk lebih tepat) yang sering menbangkitkan tentang ancaman Kristianisasi kpd saya. Hati hati dalam menyokong gagasan politik tertentu kerana ia akan menjayakan agenda Kristian di negara kita, tulis mereka.
Nah! Sekarang bagaimana? Saya bukan hendak memulangkan paku buah keras. Tetapi inilah akibat dari berfikir dalam kerangka teori konspirasi. Kita dah ingatkan proses demokrasi Pilihanraya bukan hendak menjayakan agenda Kristian, atau agenda plural, liberal, LGBT, atau agenda kaum Cina, agenda DAP. Pilihanraya adalah proses untuk memilih kepimpinan negara bagi memastikan pentadbiran dan pemerintahan yang lebih baik untuk masyaarakat sipil (civil).
Ada yang buat kenyataan mujur depa kalah, kalau tidak DAP (orang Cina) akan jadi PM. Kenyataan tidak berasas ini sangat tidak bertanggungjawab dan terang-terangan memperbodohkan orang melayu bahkan seluruh rakyat Malaysia. Bukan sahaja tidak munasabah bahkan mustahil untuk perkara ini berlaku dari sudut undang-undang, Perlembagaan, kedudukan dan hak keistimewaan orang melayu, bahkan tidak tabii pun.
Sekarang seorang Presiden mubaligh Kristian dilantik menjadi Timb Menteri Pelajaran. Apakah beliau akan menggunakan kedudukannya untuk menjayakan agenda Kristian di sekolah-sekolah? Sebagai seorang rakyat yang rasional saya tidak berfikir seperti itu. Beliau walaupun Presiden Persatuan Sekolah mubaligh Kristian (yang melahirkan paderi, nun dan sisters) akan menghormati Perlembagaan Malaysia dan akan menjaga sensitiviti umat Islam dan orang melayu di negara ini. Bagi anda yang risau tidak berpenghujung terhadap agenda Kristianisasi ini, anda akan terus dicengkam oleh rasa kebimbangan.
Artikel lengkap sila klik disini...
Sebelum nak boikot peniaga Cina, bantu dulu peniaga Melayu
Posted on Friday, May 17 @ 00:05:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: rozmal
"Sebelum NGO Melayu ni nak gesa orang Melayu supaya memboikot syarikat perniagaan Cina, ada baiknya NGO Melayu ni baca 2 artikel yang saya tulis lama sebelum ini mengenai masalah para peniaga Melayu. Masalah pertama ialah para peniaga Melayu yang sering hasad dengki sesama mereka dan tak mesra pengguna. Yang kedua ialah tiadanya direktori usahawan Melayu yang memudahkan orang Melayu untuk mencari perkhidmatan untuk kegunaan harian.
Artikel tersebut bertajuk “Peniaga Melayu susah nak maju jika bersikap begini” di http://waghih.blogspot.com/2012/11/peniaga-melayu-susah-nak-maju-jika.html
dan “Sedihnya tengok laman Web Usahawan Negeri Sembilan” di http://waghih.blogspot.com/2011/03/sedihnya-tengok-laman-web-usahawan.html
Jangan pula jadi “Ayam berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi”.
NGO Melayu gesa boikot perniagaan dimiliki Cina
14 Mei 2013
Beberapa
NGO Melayu tampil menggesa kaum itu memboikot perniagaan dan produk
terkenal milik pengusaha Cina kerana didakwa mendanai pembangkang dalam
pilihan raya umum ke-13.
Ketua
Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan
berkata, tindakan entititi perniagaan itu telah memecahkan perpaduan
dalam negara.
Perniagaan yang mahu diboikot termasuk dua rangkaian kedai makan, rangkaian pasar raya serta jenama roti dan tepung terkenal.
Antara
ahli gabungan NGO tersebut yang dinamakan Gabungan NGO Islam 1Malaysia
itu adalah Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Suara Anak Muda 1Malaysia,
dan Majlis Belia Palestin Malaysia.
"Terima Kasih Cikgu"
Posted on Friday, May 17 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: al-bahanj
"“TERIMA KASIH CIKGU!”
Itulah
ucapan yang selalu kita ucapkan selepas habis sesuatu sesi
pembelajaran di kelas Ramai-ramai kita menyebutnya dengan disertakan
irama. Berlenggang-lengguk nadanya kedengaran.
Terima
kasih diucapkan kepada semua insan yang bergelar guru. Sejak di
bangku tadika, kita diperkenalkan dengan insan bergelar guru. Dan
sejak itu ucapan ‘TERIMA KASIH CIKGU’ selalu menitip di bibir kita sehingga kini.
Sungguh, jasa guru-guru sangat besar.
Apa yang terbentuk pada diri kita sekarang ini, sebahagian besarnya telah dibentuk oleh guru-guru kita.
Pandai,
cerdik, berkarisma, aktif, kuat, proaktif, cergas, berani, trampil,
fokus, produktif dan 1001 kualiti diri yang terwarna pada diri kita
semuanya tidak lepas dari diwarnai dek tangan guru-guru kita.
Kemuliaan
mereka menjadikan kita mulia. Ketinggian pengorbanan mereka
menjadikan kita tinggi pada pandangan manusia dan pada Yang Maha Esa.
Wahai anak-anak yang masih belajar di bangku sekolah,Wahai adik-adik yang masih menuntut di bangku universiti,
Wahai kita semua,
Ambillah
butiran mutiara yang ada di tangan guru-gurumu. Dampingilah mereka,
kasihilah mereka. Sudah banyak butiran mutiara yang telah diberi oleh
guru tanpa mereka meminta balas sedikit pun daripadamu.
Mutiara-mutiara ilmu yang engkau kutip itu, nanti akan menyinarkan
dirimu. Malah bukan sahaja memberi sinar kepada dirimu, ia juga akan
memberikan sinar kepada insan-insan di sekelilingmu.
Nabi
Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam adalah guru teragung kita.
Baginda tidak meminta kita memuji dan memujanya. Tidak juga diminta
kita mengarang sajak, nyanyian, qasidah, syair atau gurindam untuknya.
Yang Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam suka kita lakukan ialah:
- Kita mengamalkan apa yang Baginda sampaikan.
- Kita menyampaikan kepada orang lain apa yang telah Baginda sampaikan.
- Kita mendoakan Baginda melalui lafaz solawat yang Baginda telah ajar.
Serupalah
dengan guru-guru yang mengikuti jejak guru teragung itu, iaitu Nabi
Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam. Guru-guru tidak meminta pujian
atau sanjungan. Yang mereka suka kita lakukan ialah:
- Kita mengamalkan ilmu yang telah mereka sampaikan.
- Kita menyampaikan kepada orang lain ilmu yang telah mereka sampaikan.
- Kita mendoakan kebaikan mereka di dunia dan di akhirat.
Terima
kasih cikgu. Terima kasih ustadz. Terima kasih ustadzah. Terima
kasih tuan pensyarah. Terima kasih semua yang mendidik manusia.
Terima kasih atas segala-galanya. Terima kasih kerana telah menjadikan
kami manusia. Jazakumullahu khairan. Semoga ALLAH memberikan
ganjaran yang tinggi kepada dirimu wahai guru-guru sekalian dan juga
buat para penuntut ilmu semuanya, amin…
- muzir.wordpress.com*Sumber: http://muzir.wordpress.com/2013/05/16/terima-kasih-cikgu/"
Warga emas 20 hari tak makan demi tolak Lynas
Namanya Tuw Yin Lan, umurnya 72 tahun dan beliau sudah 20 hari tidak makan.
Dan beliau bertindak mogok lapar kerana mahu projek kontroversi Lynas dan perlombongan emas di Bukit Koman dihentikan segera.
Menurut Ketua Pemuda Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) Robert Lua Khang Wei, keadaan Tuw kini semakin kurus dan lemah.
"Jikalau kerajaan BN betul-betul berprinsip rakyat didahulukan, ia harus segera menziarahi Puan Tuw Yin Lan dan mendengar permintaan beliau," kata Robert sambil memuji perjuangan Tuw terhadap demokrasi dan hak asasi.
Dalam kenyataannya petang semalam, Pemuda KLSCAH juga menyeru seluruh rakyat Malaysia serta pelbagai parti dan organisasi memberi perhatian dan sokongan kepada Tuw.
"Kesihatan beliau harus dibela dan permintaan beliau harus ditunaikan," katanya lagi.
Sejak 26 April lalu, Tuw hanya minum air terus bertahan hidup.
Dan beliau bertindak mogok lapar kerana mahu projek kontroversi Lynas dan perlombongan emas di Bukit Koman dihentikan segera.
Menurut Ketua Pemuda Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) Robert Lua Khang Wei, keadaan Tuw kini semakin kurus dan lemah.
"Jikalau kerajaan BN betul-betul berprinsip rakyat didahulukan, ia harus segera menziarahi Puan Tuw Yin Lan dan mendengar permintaan beliau," kata Robert sambil memuji perjuangan Tuw terhadap demokrasi dan hak asasi.
Dalam kenyataannya petang semalam, Pemuda KLSCAH juga menyeru seluruh rakyat Malaysia serta pelbagai parti dan organisasi memberi perhatian dan sokongan kepada Tuw.
"Kesihatan beliau harus dibela dan permintaan beliau harus ditunaikan," katanya lagi.
Sejak 26 April lalu, Tuw hanya minum air terus bertahan hidup.
Pengembaraan di Kawasan Pedalaman
Terokai bahagian dalaman Australia yang luas semasa pengembaraan ke kawasan pedalaman epik kami. Pandu kenderaan pacuan empat roda di Gibb River Road yang berceracak dan berhenti untuk berenang di dalam gaung berbatu yang nyaman airnya dan tinggal di ladang di kawasan pedalaman yang terbentang luas. Ikut Savannah Way melalui kawasan pedalaman dan jelajahi pantai Pacific di sebelah timur hingga ke Indian Ocean di sebelah barat. Cari emas di Croydon di Queensland dan berkanu melalui Katherine Gorge di Northern Territory. Terbang merentasi Bungle Bungles yang berbentuk sarang lebah atau Lake Argyle yang luas di Kununurra di Western Australia. Memandu di Explorers Way dari Adelaide ke Darwin, melepasi bandar baiduri bawah tanah di Cooper Pedy dan Red Centre yang merupakan pusat bandar Alice Springs. Merentasi Australia dari selatan ke utara melalui Red Centre dengan menaiki kereta api Ghan yang penuh legenda.
Hadapi cabaran pengembaraan lasak pacuan empat roda yang
terhebat di Australia dalam perjalanan 660-kilometer melalui Kimberley
yang amat luas.
Pelajari lebih lanjut
Pelajari lebih lanjut
Jejaki jejak perintis John McDouall Stuart apabila anda
membuat perjalanan dari Adelaide ke Darwin dalam Lebuh Raya Penjelajah.
Pelajari lebih lanjut
Pelajari lebih lanjut
Memandu dari Cairns, melalui Tropical Tablelands
Queensland yang subur ke Gulf Savannah yang terpencil dan sempadan
Northern Territory.
Pelajari lebih lanjut
Pelajari lebih lanjut
Lalui Adelaide dan tanah lembap Mary River sehingga ke
Taman Negara Kakadu yang disenaraikan sebagai Warisan Dunia.
Pelajari lebih lanjut
Pelajari lebih lanjut
Bersantai dan saksikan lanskap Australia yang tidak
dimamah masa melepasi tingkap anda dalam perjalanan kereta api epik ini.
Pelajari lebih lanjut
Pelajari lebih lanjut
Luaskan pemandangan anda dengan memandu di Eyre Highway merentasi Nullarbor Plain yang luas dan memukau.
Pelajari lebih lanjut
Pelajari lebih lanjut
Berenang di Gaung Glen Helen dan lihat walabi batu di
Simpsons Gap, kedua-duanya terdapat di Banjaran MacDonnell Barat.
Pelajari lebih lanjut
Pelajari lebih lanjut
Bahagikan di antara padang pasir dan tropika pada
pengembaraan kawasan pedalaman yang lasak ini di antara Darwin dan
Broome.
Pelajari lebih lanjut
Pelajari lebih lanjut
Nikmati makanan dan wain yang baik di Lembah Barossa dan
Lembah Clare, jelajahi Banjaran Flinders yang berceranggah dan temui
banyak hidupan liar di Kanggaru Island.
Pelajari lebih lanjut
Pelajari lebih lanjut
Lakukan treking sepanjang tulang belakang Banjaran
MacDonnell Barat untuk ke tempat menarik seperti Simpsons Gap, Ellery
Creek Big Hole, Ormiston Gorge dan Glen Helen Gorge.
Pelajari lebih lanjut
Pelajari lebih lanjut
Mengembara dari selatan ke utara Australia menerusi perjalanan dengan kereta api yang terhebat di dunia.
64 | Finland | 337,030 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
65 | Malaysia | 329,750 |
Senarai negara mengikut keluasan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Berikut ialah senarai negara-negara yang diatur menurut keluasan masing-masing. Taksiran diberikan dalam unit metrik. Negara yang di bawah jajahan (dependencies) ditunjukkan bersama negara penguasa mereka.Ukurun luas juga merangkumi kawasan-kawasan air tawar seperti danau, kolam air dan sungai.
Kedudukan
No. | Negara | Keluasan (km2) |
---|---|---|
- | Dunia | 510,072,000 |
1 | Russia | 17,075,200 |
2 | Kanada | 9,976,140 |
3 | Amerika Syarikat | 9,629,091 |
Samoa Amerika | 199 | |
Baker Island | 1 | |
Guam | 549 | |
Howland Island | 1 | |
Jarvis Island | 4 | |
Johnston Atoll | 3 | |
Kingman Reef | 1 | |
Midway Atoll | 6 | |
Navassa Island | 5 | |
Northern Mariana Islands | 477 | |
Palmyra Atoll | 12 | |
Puerto Rico | 9,104 | |
United States Virgin Islands | 352 | |
Wake Island | 6 | |
Jumlah | 9,639,810 | |
4 | Republik Rakyat China (tanah besar) | 9,596,960 |
Hong Kong | 1,092 | |
Macau | 25 | |
Jumlah | 9,598,077 | |
5 | Brazil | 8,511,965 |
6 | Australia | 7,686,850 |
Ashmore and Cartier Islands | 5 | |
Christmas Island | 135 | |
Cocos (Keeling) Islands | 14 | |
Coral Sea Islands | 3 | |
Heard Island and McDonald Islands | 412 | |
Norfolk Island | 34 | |
Jumlah | 7,687,453 | |
7 | India | 3,287,590 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan