Posted on Thursday, May 02 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Blog Batu vs. Kayu
Rumah penginapan calon P088, Ustaz Nasrudin Hassan di Taman Sri Semantan, Temerloh dibaling bungkusan berisi darah dan kepala ayam yang mengandungi nota ugutan.
Kejadian disedari oleh beberapa pembantu beliau yang berada di dalam rumah tersebut, pada jam 7 pagi.
Dijangka kerja terkutuk ini belaku sekitar jam 3-7 pagi.
Laporan polis akan dibuat sebentar lagi.
Sumber
Are You Ready For Debate?... No... No... No
Posted on Thursday, May 02 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Blog N45 - Dr Halimah Ali
Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor merangkap Pengerusi BN Selangor merangkap PM Kerajaan Sementara Malaysia tidak mahu dan mampu berdebat secara ilmiah dan anak jantan dengan MB Kerajaan sementara Selangor, mantan Pengerusi Syarikat hartanah dan perladangan Gutheri.
Najib Gagal Hadir Debat Dengan Abdul Khalid
KLANG 1 MEI : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini gagal menghadirkan diri untuk berdebat dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pemcapaian Selangor di bawah Pakatan Rakyat (PR).
Abdul Khalid bersedia untuk berdebat setelah Najib membentangkan laporan prestasi Kerajaan Negeri Selangor.
Najib bagaimanapun gagal hadir mahupun wakil selepas Abdul Khalid menunggu dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari.
“Kita minta beliau (Najib) hadir supaya dapat mendengar dan membincangkan manifesto kita, tetapi nampaknya memang tradisi BN tidak akan mengadakan atau berminat dengan perbahasan.
"Tapi tidak mengapalah. Kita percaya manifesto yang dibawa PR boleh dilaksanakan sebab kita banyak lakukan usaha-usaha dan sudah melaksanakan banyak perkara," katanya kepada pemberita, di sini.
Abdul Khalid juga percaya manifesto yang dibawa oleh Pakatan Rakyat(PR) lebih baik berbanding Umno-BN.
Hadir sama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; penyandang Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua; penyandang DUN Sri Muda, Suhaimi Shafei dan calon Kota Alam Shah, Ganabatirau.-Hayati Umor/Selangorku
Sumber
Terbaru!!! BN Sabotaj Kempen Dato' Husam Musa Di Putrajaya
Posted on Thursday, May 02 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: matuse68
"
Saya berasa amat kesal dengan taktik kotor BN yang semakin menjadi-jadi di Putrajaya. Jadilah orang yang matang kerana negara kita mengamalkan demokrasi..
Saya datang berkempen di sini, membawa politik yang matang, saya kemukakan wawawan dan idea saya, jika BN tidak setuju, sila lah lawan dengan hujah..Inilah jadinya apabila hujah dilawan dengan unsur-unsur negatif dan kekerasan...
Sejak dari mula kempen, mereka sudah mencabut banner dan bendera PAS..
Di pintu masuk Putrajaya, apabila petugas kami memasang bendera berbentuk Wau Bulan, mereka mensabotaj dengan menutup wau tersebut dengan lambang dacing..
Petugas BN didapati menyebarkan ke rumah-rumah penjawat awam, hampir setiap hari pelbagai risalah yang memfitnah saya, pemimpin Pakatan Rakyat dan parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Tidak cukupkah dengan fitnah dan momokan yang dipapar Utusan, Berita Harian, NST, The Star, TV1, TV2 dan TV3?
Banyak kes di mana petugas kita dihalang oleh petugas BN untuk mengedarkan risalah dan bahan kempen. Hal ini sudah dirujuk kepada polis..
Saya ingin mengingatkan lawan saya, bahawa saya tidak pernah bercakap menyentuh peribadi beliau, saya sekadar menyentuh soal kemampuan dalam kepimpinan dan kemampuan mengutarakan idea serta tugas-tugas untuk membantu rakyat..
Sehubungan itu saya berharap, calon BN supaya menjawab surat saya dan berani berdiskusi dengan saya malam ini. Kita lawan politik dengan cara berhujah, bukan main politik kotor dan lucah, malulah sedikit dengan penjawat awam dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang cerdik pandai di Putrajaya ini.
Info terkini layari: INI KALILAH
Mesej kepada pengundi melayu: Jangan jadi bodoh, kembali kepada Islam,tolak UMNO
Posted on Friday, May 03 @ 08:44:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: senik
"
Assalamualaikum, Untuk pengundi melayu yang selama ini memberi undi kepda UMNO/BN, tolong berhentilah jadi bodoh atau diperbodohkan oleh UMNO.PRU kali ini merupakan PRU pertama dalam sejarah menemukan UMNO dengan lawan poiitiknya yang benar benar menyentakkan UMNO.Sebelum ini usaha menyatukan pembangkang dalam satu barisan tidak berjaya sehinggalah PRU 12 yang lalu.
Selepas PRU 12 gabungan parti pembangkang menjadi semakin kuat dengan terbentuknya PR.Jadi pengundi melayu tolong ingat sejarah ini dan kenapa parti pembangkang berusaha keras bersatu untuk menghadapi UMNO.
Jangan mudah terpedaya dengan dakyah UMNO yang semakin ketara dalam PRU kali ini.Satu dakyah terbesar UMNO yang dimainkan oleh dua pemimpin utamanya ialah dakwaan PR menipu rakyat tetapi ingat yang menipu rakyat ialah UMNO, bukan setahun malah sejak lebih 50 tahun yang lalu.
UMNO mendakwa DAP mendapat kerjasama Singapore dan Singapore mahu menguasai Malaysia.Ada orang melayu yang bodoh percaya dengannya lalu memberi sokongan kepada UMNO.Orang melayu jenis ini sanggup jadi bodoh kerana yang menyerahkan Singapore kepada LKY ialah UMNO.Jumlah orang melayu seramai lebih 300 ribu di Singapore ketika itu yang memberi kepercayaan kepada UMNO untuk membela mereka dikianati dengan mudah oleh UMNO.
Pengkianatan UMNO tidak diungkit tetapi yang diungkit ialah kerakusan orang Cina merampas kuasa.Mana mungkin UMNO yang menguasai persekutuan, yang ada polis, ada askar boleh menyerahkan Singapore dengan mudah kepada LKY yang ketika itu setaraf dengan negeri negeri lain, tidak punya apa apa? Lebih menyedihkan nasib orang melayu Singapore yang memberi kepercayaan kepada UMNO untuk membela mereka dikianati dan dibiarkan menjadi mangsa penyerahan Singapore.
Begitu juga yang berlaku di Penang, apa yang UMNO buat untuk membela orang melayu yang sanggup memperbodohkan diri menyokongnya? Ada setengah dakwaan mengatakan orang Cina(DAP) tak perlu lima tahun untuk merampas kuasa kerana LKY hanya mengambil masa tidak sampai 3 tahun untuk keluar Malaysia.Ini satu lagi dakyah UMNO dan siapa yang percaya tergolong dalam golongan melayu yang bodoh.Kata dakwaan ini kalau DAP menang lebih banyak kerusi dari PAS dan PKR yang mewakili melayu maka DAP akan mengusai kerajaan.
Dakwaan yang mengarut kerana kalau PAS dan PKR tidak menang banyak kerusi bermakna UMNO yang menang banyak kerusi di kalangan orang melayu dan UMNO akan jadi pembangkang.Pembangkang juga ada peranan dalam membangunkan negara.Itu makna demokrasi, sebab itu ketua pembangkang turut dibayar gaji oleh rakyat.Sedarlah wahai melayu, sedarlah UMNO sebagai parti yang mendakwa membela melayu seharusnya boleh menjadi pembangkang yang baik tetapi UMNO tidak mahu menjadi pembangkang yang baik kerana selama ini UMNO tidak pernah menjadi kerajaan yang baik!
Kalau DAP tidak perlu tunggu 5 tahun, satu soalan yang patut ditanya kenapa LGE yang menang 100% di Penang dalam PRU 12 dulu, tidak pernah mencuba membawa Penang keluar dari Malaysia walaupun cukup 5 tahun DAP memerintah Penang?
UMNO juga menipu rakyat dan penipuannya semakin terserlah sekarang, Dalam TV saban hari diwar warkan dasar dasar transformasi kerajaan yang tidak langsung membantu rakyat secara menyeluruh.Di tekankan berapa banyak wang yang diperuntukkan kerajaan untuk menjayakan program membantu rakyat.Rakyat yang bodoh dari kalangan melayu terutamanya kagum dengan program kerajaan ini, tetapi sedarkan mereka dari mana kerajaan mendapat dana untuk semuanya itu? sudah tentu sebagiannya dari mereka juga dan yang lainnya dari rakyat yang cerdik.Kerajaan seperti inikah mahu kita kekalkan?
Kenapa tidak pilih kerajaan yang tidak melaksanakan dasar dasar penipu ini? Kenapa rakyat tidak mahu memilih kerajaan yang akan melaksanakan dasar yang tidak perlu memperuntukkan jumlah dana yang besar untuk membantu rakyat cukup sekadar membuat dasar yang mudah tetapi membantu rakyat seperti dasar memastikan harga minyak yang murah untuk rakyat sesuai dengan anugerah ALLAH yang melimpah luah di laut dan daratan negara kita.
Kerajaan yang menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat dan tidak perlu kepada bantuan bantuan seperti bantuan RM100.00 atau RM250.00 setahun.Kerajaan yang menyediakan kemudahan perjalanan dan infrastuktur percuma kepada rakyat tanpa perlu membayar tol, kerajaan yang mampu menurunkan harga kereta dan motorsikal dengan menurunkan cukai yang tak perlu lagi kerana kerajaan tak perlu lagi memerah rakyat yang sudah mampu meningkatkan pendapatan benar isirumah dengan dasar dasar mudah ini? Dari itu apa perlu lagi BR1M?
Amat malang kalau kerajaan ini tidak dipilih rakyat terutamanya orang melayu yang bimbang dengan kehadiran orang cina dalam politik negara.Kerana itu mereka percaya dengan dakyah UMNO yang sedemikian rupa dan disiarkan dalam semua semua media perdana yang dikuasai UMNO.UMNO turut mendakwa PR termasuk TGNA menipu rakyat, tidak menepati janji dan cuba membuat huru hara tetapi sebenarnya merekalah yang melakukan semuanya itu.Pendek kata UMNO menuduh apa jua yang gemar lakukannya kepada PR.
Orang melayu harus sedar mereka beragama Islam, maka kembalilah kepada agama.Ajaran Islam sudah cukup untuk kita menolak UMNO dan menjadikan ALLAH sebagai penolong dari semua angkara jahat orang kafir.Ingat ayat quran yang dijadikan wirid solat subuh yang antara lain mengandungi doa agar ALLAH melindungi kita dari kaum yang kafir.Begitu juga ayat ayat wirid yang lain, kebanyakan menjadi motivasi kepada kita untuk hidup dalam negara yang mengamalkan carahidup Islam yang syumul.
Jadi yakinlah dengan perlindungan dan pertolongan ALLAH dalam usaha menentang kebathilan dan kezaliman yang sudah menjadi sebahagian carahidup UMNO.Melayu Jangan jadi bodoh, tolak UMNO.
Tun Mahathir Mohamad akan malu besar
Posted on Friday, May 03 @ 08:43:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: anaabdullah
"
Ada orang cakap Tun Mahathir Mohamad akan dapat malu besar jika Ibrahim Ali yang bertanding atas tiket bebas lambang bungaraya di Parlimen Pasir Mas.
Tengok pada sambutan rakyat Pasir Mas dalam satu majlis ceramah Tun Mahathir macam ada kebenaran yang Bekas perdana yang paling lama memerintah itu akan dapat malu.
Cakap
cakap orang lagi, jika kemaluan kita besar tak mengapa kerana orang tak
nampak kelih (tengok) tetapi kalau Ibrahim Ali kalah teruk semua orang
dapat tahu.
Semua orang tahu yang Tun Mahathir Mohamad dah tak laku. Apatah lagi tolong jual produk yang hina dalam arena politik tanah air.
Pasti akan malu besar. Lebih lebih lagi Ibrahim Ali hilang wang pertaruhan RM10,000.00. Lagi malu jika Tok Num yang bertanding atas tiket bebas di parlimen Kuala Terengganu dapat undi satu ribu lebih.
Pasti akan malu besar. Lebih lebih lagi Ibrahim Ali hilang wang pertaruhan RM10,000.00. Lagi malu jika Tok Num yang bertanding atas tiket bebas di parlimen Kuala Terengganu dapat undi satu ribu lebih.
Hendak
letak dekat mana muka Tun Mahathir Mohamad kali ini.Mungkin demam dan
tak keluar rumah beberapa minggu kerana malu yang amat sangat.
Mengapa
tidak? Tok Num yang berusia 94 tahun dapat sokongan pengundi Bandaraya
yang boleh dikatakan hampir semua pengundi terdiri daripada orang orang
celik politik.
Ada pula yang kata, orang yang
muka tak malu memang tidak akan rasa malu hatta apa yang berlaku itu
sangat memalukan. Malah mereka rasa bangga dan megah termasuk sombong
hebat.
Betul juga kata kata itu, Bayangkan orang tak tahu malu dengan Allah, mana mungkin boleh rasa malu dengan manusia.
Tun
Mahatir Mohammad bukan sahaja tak malu kepada Allah, malahan dia pernah
mempersenda sendakan Nabi Muhammad SAW suatu ketika dahulu.
Kalau Nabi Muhammad tergamak dia mempersenda sendakan mana mungkin dia boleh malu dengan rakyat satu Malaysia ini.
Kemenangan PAS di Rembau adalah untuk manafaat orang-orang kampung
Posted on Friday, May 03 @ 08:39:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: amkns
"Rembau 2 Mei 2013 – Sambutan orang-orang kampung terhadap program anjuran Pakatan Rakyat khususnya di DUN Kota dalam siri kempen PRU-13 kali ini adalah sesuatu yang tidak pernah dijangkakan oleh sesiapa. Ini adalah kerana PAS pada awalnya tidak menjangkakan akan dapat menang di DUN Kota memandangkan , DUN Kota mempunyai lebih kurang 90 peratus pengundi Melayu dan sebelum ini calon PAS yang bertanding di sini tewas dengan majoriti yang banyak.
Manusia merancang, Allah jua merancang. Sambutan orang-orang kampung dalam program Kenduri Rakyat malam tadi adalah sesuatu yang tidak dijangkakan, memandangkan pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir bukanlah dari nama-nama terkenal seperti Anwar Ibrahim, Tok Guru Hj Hadi, Md Sabu atau Lim Kit Siang.
Malahan penceramah yang hadir pun ramai petugas Pakatan Rakyat setempat pun tidak kenal sebelum ini.
Tirai kempen PRU-13 hampir dilabuhkan. Tidak semua orang-orang kampung calon PAS dan PKR serta petugas Pakatan Rakyat mampu berjumpa.
Tidak semua masjid-masjid kariah di DUN Kota dan DUN Chembong ini mampu dimakmurkan sepenuhnya oleh calon dan petugas Pakatan Rakyat dalam tempoh kempen yang singkat ini.
Walau apa pun keputusan PRU-13 nanti di DUN Kota dan DUN Chembong, usaha penerangan, usaha dakwah, usaha kebajikan akan terus dilakukan, memandangkan orang-orang kampung yang ditemui termasuk dari orang-orang Umno meletakkan harapan yang besar untuk PAS dan PKR menang di Rembau, khususnya di DUN Kota dan DUN Chembong.
Telah banyak keluhan mereka sebelum ini tidak sampai ke peringkat tertinggi pimpinan negara, terutamanya masalah pampasan tanah, masalah pembangunan tanah adat, masalah perumahan untuk orang-orang kampung.
Mereka, orang-orang kampung yang selama ini , sejak sekian lama menyokong Umno, hanya dijanjikan dengan pelbagai projek yang masih lagi belum dibina seperti Hospital Rembau, UiTM Rembau, Landasan Pesawat Ringan Rembau, Hotel Antarabangsa Rembau dan sebagainya.
Sesungguhnya kemenangan PAS di DUN Kota dan di DUN Chembong, adalah untuk manafaat orang-orang kampung di kawasan ini, tidak kiralah mereka ini penyokong Umno, PAS, PKR atau atas pagar.
Lagi gambar-gambar sekitar sambutan luar biasa Kenduri Rakyat dan Ceramah di Bilik Gerakan UPU Kg Sawah Raja, Kota di http://pas-n28-kota.blogspot.com/2013/05/kemenangan-pas-di-rembau-adalah-untuk.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan