Jumaat, 3 Mei 2013

PANGKAH JANGAN TAK PANGKAH...MENANG UNTUK MAKMURKAN MALAYSIA....PEMIMPIN2 BERSAMA DENGAN RAKYAT....INSYAALLAH

Arahan PAS kepada penyokong: Pangkah Pakatan Rakyat

Harakah, 03 Mei 2013


(Muka depan Harakah edisi Sabtu ini)


KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengarahkan semua ahli dan penyokong PAS agar memangkah semua parti dalam Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ini.

Memangkah mana-mana parti dalam gabungan Pakatan Rakyat sangat penting dalam PRU13 kali ini bagi melahirkan Malaysia baharu dan menumbangkan kezaliman Umno-BN.

Inilah pesanan terakhir pemimpin tertinggi PAS itu yang dikeluarkan melalui lidah rasmi PAS, Harakah yang bakal berada di pasaran mulai Sabtu ini.

Dapatkan naskah anda esok dan sebarkan kepada rakan-rakan yang belum pasti menyokong Pakatan Rakyat

Video Saiful sumpah di Mekah guna teknik 'Chroma Key'?

Harakahdaily, 03 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Belumpun sampai 24 jam video sumpah laknat kedua Muhd Saiful Bukhari Azlan tersebar di internet, perbagai persoalan berhubung kesahihannya mula ditimbulkan.

Video sumpah yang berlatarbelakangkan suasana tawaf di Kaabah itu dipersoal sama ada benar atau hanya sekadar rakaman dalam studio menggunakan teknik 'Chroma Key' (latar belakang hijau).

Ini kerana, beberapa kecacatan dikesan pada video tersebut khususnya berkaitan beberapa subjek utama di sekitar Kaabah yang salah kedudukan dalam video tersebut.

Bagi masyarakat biasa yang tidak pernah sampai ke Mekah  mungkin tidak dapat mengesan kejanggalan video tersebut, mamun bagi mereka yang pernah pergi menunaikan haji atau umrah, atau pembimbing orang mengerjakan haji dan umrah (mutawif), kesilapan jelas kelihatan.

Kejanggalan pertama yang ditimbulkan, adalah mustahil bagi Saiful untuk berdiri tegak di sisi kaabah dalam suasana orang sedang tawaf apa lagi berada berhampiran dengan Multazam.

Kejanggalan kedua pula, dipersoalkan kenapa ketika berada di Hijr Ismail, tiba-tiba timbul gambar Maqam Ibrahim di sebelah belakang dan kiri bahu Saiful.

"Kalau betul dia berdiri di hadapan Multazam, sepatutnya Maqam Ibrahim berada di sebelah kanan bahu si Saiful dan kamera pula di sebelah kiri bahu dia.

"Perhatikan betul-betul Maqam Ibrahim pula bergerak, mengesahkan lagi gambar super imposed, " kata seorang pengguna facebook yang juga seorang mutawif.

Selain itu turut dipersoalkan berhubung kualiti audio suara Saiful yang didakwa mustahil untuk mendapatkan audio sejelas itu dengan keadaan orang ramai sedang tawaf dan berzikir serta berdoa.

Ada juga yang mempersoal tentang imej seorang lelaki yang dikatakan seolah-olah bertindih dengan tubuh Saiful sedangkan beliau tidak bergerak.

"Adakah ini hanya video menggunakan skrin hijau macam filem Cicakman dan Merong Mahawangsa.

"Aku tak mahu tuduh sape yang buat video ini, tapi aku rasa ini satu penipuan," kata seorang lagi pengguna.

Cubaan pindah kotak undi pos tertangkap

Harakahdaily, 03 Mei 2013

(Kertas undi pos yang telah dipangkah cuba dipindahkan dari lokap balai polis)

SERI MANJUNG: Kejadian aneh berlaku pagi semalam apabila cubaan pihak tertentu untuk memindahkan kotak-kotak undi awal dan kertas undi kosong disedari oleh calon Pakatan Rakyat di Parlimen Lumut.

Perkara yang tidak dirancang itu berlaku apabila calon-calon Pakatan Rakyat singgah melawat petugas parti yang bergilir mengawal kotak undi awal dan kotak kertas undi kosong di lokap IPD Seri Manjung.


Mereka berjaya mengambil gambar bukti kotak kertas undi yang sedang dikeluarkan dengan alasan untuk 'SEMAKAN SPR'.


(Kotak-kotak yang mengandungi kertas undi yang cuba dipindahkan dari lokap balai polis Sri Manjung)

Ia pula dibuat tanpa sebarang notis dari pihak SPR kepada para calon atau wakil-wakil mereka.

Ekoran itu, pihak peguam dari wakil parti dalam Pakatan Rakyat sedang mengambil tindakan selanjutnya.

Dalam pilihan raya ini, Rohawati Abidin mewakili DUN Pasir Panjang, Laksamana Pertama (B) Haji Imran Abd Hamid Parlimen Lumut dan DUN Pangkor, Saifullah Zulkifli.

Puluhan ribu munajat dalam hujan renyai

Harakahdaily, 03 Mei 2013


(Munajat di dalam hujan renyai-renyai di Kota Bharu mulai jam 3.30 pagi tadi)

KOTA BHARU: Puluhan ribu rakyat Kelantan bermunajat mulai jam 3.30 pagi tadi hingga Subuh bagi memohon kepada Allah agar di selamatkan kerajaan Islam negeri Kelantan dan menjaga agamaNya di seluruh negara.

Munajat itu berlangsung di Stadium Sultan Muhamad dalam suasana penuh shahdu apabila ia berlangsung dalam hujan renyai-renyai.

Ini ekoran serangan yang bertalu-talu dari pelbagai penjuru bagi memastikan Kelantan yang selama ini menjadi kubu parti Islam hancur.

Ia digambarkan melalui doa yang dibacakan sendiri oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Ya Allah Ya Tuhanku. Aku tak berdaya lagi untuk menjaga agamaMu di Kelantan dan di Malaysia kerana amat kuat serangan yang datang dengan pelbagai cara.

"Oleh itu aku minta kepada Mu pertahankan agamaMu sebagamana Engkau pertahankan rumahMu dari serangan.

"Hancurkanlah mereka sebagaimana hancurnya tentera Abrahah seperti daun kayu dimakan ulat," kata Tuan Guru Nik Aziz dalam doa itu.
 
INSYAALLAH PERANCANGAN DAN PEMBUNUH AKAN DAPAT DIHUKUM...BERDOA LAH ALLAH....

6 Mei ini Altantuya berusia 35 tahun

Harakahdaily, 03 Mei 2013



KUALA LUMPUR: 6 Mei iaitu sehari selepas hari mengundi semua rakyat Malaysia, adalah hari lahir wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu.

Kalaulah Altantuya masih hidup, wanita itu akan berusia 35 tahun pada hari Isnin ini.

Namun beliau bernasib malang apabila dibunuh dengan kejam dengan cara badannya diletupkan dengan bom khas, C4, berhampiran Puncak Alam, Selangor.

Hasilnya dua anggota polis pengiring kepada Perdana Menteri dipersalahkan kerana melakukan kerja itu namun mahkamah tidak pernah menjelaskan motif pembunuhan ini.

Semalam, ayah Altantuya, Shaariibuu Setev (gambar) merayu kepada rakyat Malaysia yang akan mengundi Ahad ini supaya memberi keadilan kepada Altantuya pada hari mengundi 5 Mei ini.

Dalam satu kenyataan empat perenggan, Shaariibuu berkata kedua-dua anak lelaki Altantuya, telah kehilangan ibu mereka sejak 2006.

"Hak anak-anak itu untuk memanggilnya 'ibu' telah dicabuli. Sejak pembunuhan itu, kami rakyat Mongolia menunggu permohonan maaf daripada rakyat Malaysia," katanya sebagaimana dilaporkan Malaysiakini.

Beliau berkata, anak-anak tersebut telah menunggu untuk akses kepada dan sokongan dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selama tujuh tahun.

Shaariibuu turut menegaskan bahawa ianya masih penting untuk mengadakan pendengaran baru mahkamah dan mencari keadilan.

"Saya ingin meminta semua rakyat Malaysia supaya mengundi untuk keadilan kerana pilihan raya berlangsung sehari sebelum hari lahir Altantuya, pada 6 Mei," kata Shaariibuu dalam kenyataan tersebut.


Peguam NGO hak asasi manusia Suaram, Fadiah Nadwa Fikri telah bertemu dengan Shaariibuu minggu lalu, ketika menghadiri satu persidangan di Ulaanbataar, iaitu ibunegara Mongolia.

Shaariibuu bertemu dengan Fadiah dan mengeluarkan kenyataan tersebut dan beliau mahu ianya dikeluarkan di Malaysia.

Ya, kami terbangkan pengundi ke Semenajung – Tengku Adnan

Harakahdaily, 03 Mei 2013

(Tengku Adnan mengaku mereka ini dibawa masuk oleh BN dengan sokongan rakan-rakan BN.  Adakah mereka rakyat Malaysia?)


PUTRAJAYA: Setiausaha Agong BN, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mengaku bahawa dakwaan Pakatan Rakyat mengenai kewujudan penerbangan khas membawa pengundi daripada timur Malaysia ke Semenanjung sememangnya benar.

Bernama melaporkan Tengku Adnan mengaku kewujudan penerbangan sedemikian dan menegaskan bahawa khidmat itu ditaja oleh “rakan-rakan BN.”

"Tidak ada apapun yang benar berhubung dakwaan pembangkang, tidak lain dan tidak bukan penumpang itu hanya pengundi berdaftar Malaysia," kata Tengku Adnan.

Tengku Adnan juga menuduh Pakatan Rakyat sengaja membuat dakwaan bahawa sistem pilihanraya bermasalah untuk melemahkan demokrasi negara.

“Ia adalah satu kempen bagi memburuk-burukkan sistem pilihan raya menjelang pilihan raya. Pembangkang sedang menyediakan satu alasan bagi kekalahan mereka," kata Tengku Adnan, yang merupakan penyandang kerusi parlimen Putrajaya yang kini dicabar calon PAS, Datuk Husam Musa.


(Adakah ini pengundi yang dimaksudkan oleh Tengku Adnan)

Semalam, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa penglibatan Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam operasi untuk membawa masuk pengundi yang diragui dari Malaysia Timur ke Semenanjung.

Antara bukti yang diperoleh ialah bukti dokumen, foto berhubung 16 penerbangan sewa khas yang membuat perjalanan setiap hari dari pelbagai lokasi di Malaysia Timur.

Beliau menganggarkan sebanyak 40,500 orang akan dibawa dalam penerbangan sebelum 5 Mei ini.  Menurut Anwar lagi, penumpang pesawat merupakan warga asing berdasarkan siasatan PKR terhadap daftar penumpang yang diperolehi.

Sementara itu, PMO teleh menafikan dakwaan Anwar dalam satu kenyataan ringkas.

"Pejabat Perdana Menteri menafikan sebarang pembabitan berhubung penerbangan seperti ini.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah bertungkus lumus memastikan bahawa sistem pilihan raya lebih kukuh daripada sebelum ini, dan pilihan raya adalah bebas dan adil,” kata seorang jurucakap kerajaan dalam laporan Bernama.

SPR telah ditekan hebat semenjak hari pengundian awal 30 April lalu setelah ramai yang mengadu dan laporan polis bahawa dakwat kekal yang digunakan tidak kekal pada jari dan kuku mereka.

SPR memberikan alasan bahawa terdapat pegawainya yang terlupa mengoncang botol dakwat kekal sebelum digunakan.

Keadaan itu memaksa SPR untuk membuat demonstrasi untuk membuktikan kepada wakil-wakil media bahawa dakwat kekal yang dicalit pada jari pengundi memang tidak boleh dipadamkan.

Demonstrasi diketuai Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria dan para pegawai SPR dengan melibatkan seorang petugas media tempatan dan disaksikan oleh rakan-rakan sejawatan mereka.

Petugas media yang dicalit dakwat kekal ternyata gagal untuk memadamkan kesan dakwat meskipun menggunakan beberapa bahan pencuci.

Namun, SPR tidak menjawab isu kegagalan para pegawainya untuk mengoncang botol dakwat setiap dua jam sekali selama 30 saat sebelum digunakan ketika pengundian awal hari itu.

Tiada ulasan: