Jumaat, 3 Mei 2013

UBAHLAH AGAR KEKAYAAN NEGARA DAPAT DIRASA OLEH SEMUA RAKYAT MALAYSIA BUKAN KELOMPOK2 TERTENTU SAJA

Presiden Perbadanan Bantu Tengku Adnan
Posted on Thursday, May 02 @ 13:34:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Lang Buana

Tan Sri Aseh Che Mat sudah menunjukkan belangnya.  Sebelum ini Tengku Adnan amat dibenci kerana telah menyekat peluang anaknya Datuk Khairun menjadi calon ahli Parlimen Putrajaya.  Walaupun banyak perkara yang beliau telah buat untuk melobi PM supaya memilih anaknya sebagai calon namun Tengku Adnan juga yang terpilih.

Namun oleh kerana takut Putrajaya jatuh kepada Dato' Husam beliau sudah mula membuka langkah untuk membantu Tengku Adnan supaya memenangi kerusi Parlimen Putrajaya.  Hari ini 30 April 2013 dalam Perhimpunan Bulanan, Tan Sri Aseh telah menjemput Tengku Adnan untuk diperkenalkan kepada semua pegawai dan kakitangan Perbadanan Putrajaya. 

Sebagai ketua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) beliau sepatutnya tidak boleh memihak tetapi kerana nak mengampu PM dan takut Putrajaya jatuh kepada Pakatan Rakyat maka beliau menebalkan muka menjemput Tengku Adnan.  Atas sifat berkecuali beliau sepatutnya menjemput sama Dato' Husam Musa untuk diperkenalkan kepada kakitangan Perbadanan Putrajaya.  Barulah namanya adil dan demokratik.

Ini kalilah! Ini kalilah! Ini Kalilah.
 Usah disekat kemaraan rakyat
Posted on Thursday, May 02 @ 13:26:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Mohamad Faisal

DALAM suasana seluruh rakyat Malaysia tertumpu kepada Pilihan Raya Umum PRU 13, mungkin ramai yang tidak sedar tamatnya tempoh perkhidmatan anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada 26 April 2013 lalu. SUHAKAM ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Akta tersebut telah diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulung SUHAKAM diadakan pada 24 April 2000.


Jika ditinjau rekod 2010, perlantikan anggota-anggota pesuruhjaya Suhakam yang baru tamat tempohnya minggu lepas, telah dibuat lewat dua bulan iaitu pada Jun 2010.
Perlantikan pada bulan Jun 2010 telah dikebelakangkan pada bulan April 2010 yang menyebabkan tempoh perkhidmatan mereka tamat pada April 2013.
Ahli Suruhanjaya SUHAKAM yang dilantik bagi tahun 2010-2013 tersebut adalah: Tan Sri Hasmy Agam - Pengerusi, anggota-anggota Pesuruhjaya En. Muhammad Sha'ani B. Abdullah, Professor Datuk Dr. Khaw Lake Tee, Professor Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Hj. A. Majid, En James Nayagam, En. Detta anak Samen, dan Cik Jannie Lasimbang.
Meskipun peranan Suhakam kurang dirasai oleh rakyat jelata, namun bagi penggiat hak asasi ia amat siknifikan. Tertubuhnya Suhakam setidak-tidaknya membuka ruang untuk hak-hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan diperkasa melalui suatu badan bebas di bawah seliaan Parlimen Malaysia.
Namun penguasaan pimpinan politik tidak dapat dipisahkan bilamana S. 5 Akta Tersebut memberi kuasa kepada YAB Perdana Menteri untuk menasihati Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong untuk membuat perlantikan anggota-anggota suruhanjaya. Dengan kata lain, pimpinan politik yang menguasai kerajaan boleh melengahkan atau memperkasakan Suhakam.
Jika ia dirasai memberi kesan negatif kepada parti yang memerintah, YAB Perdana Menteri selaku Presiden parti boleh saja melengahkan perlantikan sebagaimana yang telah terjadi sebelum ini.
Harus diingat, Suhakam telah melalui pelbagai cabaran dalam memperkasakan hak rakyat yang bukan sekadar dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, bahkan yang diterimapakai oleh Pengisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia melalui S.4 (4) Akta Tersebut. Antara hak-hak tersebut termasuklah penglibatan rakyat dalam membentuk dan menentukan kerajaan yang akan memerintah. Begitu juga hak rakyat kepada pengetahuan dan penyebaran maklumat.
Dalam beberapa acara hak asasi manusia negara yang besar seperti himpunan mansuhkan ISA 1 Ogos 2009, Bersih 2.0 9 Julai 2010, dan Bersih 3 28 April 2011, Suhakam telah memainkan peranan yang cukup baik dalam mempertahankan hak rakyat untuk menyatakan pandangan dan pendapat serta hak rakyat untuk berhimpun secara aman.
Tidak cukup dengan itu, beberapa sesi siasatan awam telah diadakan bilamana berlakunya perlanggaran hak asasi terhadap rakyat oleh pihak berkuasa yang dilihat parti pemerintah sebagai dalang dalam acara-acara tersebut.
Sebagai pemerhati hak asasi manusia dalam negara, kealpaan kerajaan dalam membuat perlantikan semula anggota-anggota suruhanjaya adalah bukti keculasan pimpinan politik terhadap isu-isu berkaitan hak asasi rakyat dalam negara. Inilah antara bahana bila tarikh pilihan raya menjadi rahsia dan ia begitu bersifat sewenang-wenang dengan budibicara yang tiada batasan.
Bukankah seorang tokoh Perancis A.V Dicy pernah menyebut "Absolute discretion is absolutely corrupt" iaitu kuasa budibicara yang mutlak pasti akan dipenuhi kepincangan dan penyalahgunaan.
Adakah rakyat mahu terus melihat nilai-nilai hak asasi yang dijamin undang-undang dan diterimapakai secara sejagat terus dikesampingkan oleh pemerintah? 5 Mei adalah masa terbaik untuk rakyat menyampaikan mesej yang jelas kepada parti-parti politik dalam negara.
Dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, rakyat adalah kuasa utama dan pertama dalam menentukan halatuju negara. Usah biarkan masa depan kita ditentukan oleh hanya sekelompok manusia politik yang rakus mengekang kemaraan rakyat. - 19 Jamadil Akhir 1434H.

 EKSKLUSIF! Pendedahan 'Calon Paling Bersih' BN di Pmtg Pauh oleh Ust. Mutallib
Posted on Thursday, May 02 @ 13:15:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: AnakSgDerhaka

"



Gambar diatas menunjukkan billboard calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk PRU13 ini.. Dalam billboard tersebut Dr. Mazlan Bin Ismail mendakwa dan menobatkan dirinya sebagai calon paling bersih untuk PRU13 ini.

Dakwaannya itu menjadikan kesemua calon-calon pilihan Najib bagi mewakli Barisan Nasional dalam PRU13 ini adalah kurang bersih..


Dalam manifesto setebal 8 mukasurat yang disebarkan keseluruh Permatang Pauh oleh Jentera Pilihanraya Barisan Nasional Permatang Pauh, Dr. Mazlan mendakwa beliau memegang prinsip 'setiap kata mesti dikota'oleh itu setiap janji pasti ditepatinya.

Dari sembilan akujanji yang dibuat beliau dalam manifesto tersebut, akujanji yang kesembilan paling menarik dimana beliau telah menyatakan akan meningkatkan pendidikan, ilmu dan kefahaman terhadap agama Islam.

Ini akan dilakukan dengan cadangan penubuhan Kolej Islam, Sekolah Menengah Agama, meningkatkan prasarana Maahad Tahfiz yang sedia ada serta kepelbagaian program dan aktiviti kearah memakmurkan masjid, Surau serta Pusat-pusat pengembangan ilmu dan dakwah moden serta tradisional.

Apakah benar beliau melaksanakan semua itu?.. dan apakah benar juga beliau merupakan 'Calon Paling BERSIH'?..

Video dibawah mendedahkan segalanya.. sila tingkatkankan volume anda..



Ustaz Mutalib adalah seorang tokoh agama yang terkenal dan disegani di Permatang Pauh dan juga Pulau Pinang, beliau adalah Pengasas dan juga Mudir An-Nahdhoh..

Selama ini beliau tidak pernah mempersoalkan siapa yang akan bertanding di Permatang Pauh.. tetapi apabila nama Dr. Mazlan dicalonkan oleh UMNO/BN Permatang Pauh.. beliau mendedahkan segalanya..

Apa yang didedahkan oleh beliau ini ialah sifat sebenar Dr. Mazlan sebelum beliau bertanding untuk menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh..

Bayangkan apa yang akan berlaku jika beliau berjaya mengalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh ini..

Jika seorang tokoh agama boleh diperlakukannya sebegitu rupa.. kita rakyat biasa apalah sangat...
Sila lihat videonya di SINI

[1 May 2013] Photos @ Nie Ching's campaign in Kulai on Labour Day!
Posted on Thursday, May 02 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh Teo Nie Ching



Nie Ching with Dato' Tamrin Tun Ghafar Baba at ceramah Taman Manis, Batu 26 in Kulai.

More than 50,000 of JOHORIAN @ Datara Sutera Mall. 50,000 的柔佛人呼喊着变天!



Nie ching continue calling for freedom and democracy no matter how tired she is. 几乎失声,依然用生命在呐喊民主,呼唤自由,歌声变天







PAS supporters also want Lim Kit Siang T-Shirt, Ini Kalilah Ubah! PAS 支持者也要林吉祥的衣服,Ini Kalilah Ubah !



Auntie Anne and Nie Ching calling everyone to go for voting on 5 May. Auntie Anne和念群提醒大家記得0505 投票!



Ubah Cars Gathering 战车大集合. Location at Indahpura Bilik Gerakan. We are READY to UBAH !! 我们准备好了- UBAH!









Anda boleh mengenali Saudari Teo Nie Ching dengan lebih lanjut menerusi laman facebook beliau di www.facebook.com/TeoNieChing

Sumber

Tiada ulasan: