Khamis, 2 Mei 2013

INSYAALLAH....INSYAALLAH....INSYAALLAH....CAKAP BIAR BERLAPIK.....NI PERINTAH ALLAH SWT

5 Mei undi, 6 Mei bentuk kerajaan, 7 Mei turun harga minyak

Mohd Sabri Said, 02 Mei 2013
PULAU PINANG: Rakyat Malaysia bakal merasai penurunan harga minyak kenderaan dalam masa lima hari lagi dari sekarang jika Pakatan Rakyat diberikan mandat memerintah Malaysia kata, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifudin Nasution Ismail.

"5 Mei kita mengundi, 6 Mei kita tubuh kerajaan baru, 7 Mei kita dapat harga minyak yang baru, insya Allah," kata Saifudin.

Masa sudah tiba ujarnya, untuk rakyat buat perubahan ke arah yang lebih bebas tidak terkongkong dengan bebanan kenaikan harga barangan selepas ini terutamanya harga petrolium yang makin meninggi.

"Pakatan Rakyat tak janji kosong. Dah tak sampai seminggu ia akan jadi kenyataan. Berilah sokongan padu untuk melihat segala-galanya," jelasnya yang juga calon Parlimen Kulim Bandar Baru, Kedah.

Tegas beliau lagi, selepas sahaja diistiharkan Pakatan Rakyat menang keesokan bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengunjungi Istana Negara bertemu Yang Dipertuan Agung kemudian balik ke Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk berucap sebagai Perdana Menteri yang ke tujuh serta mengumumkan penurunan harga minyak serta merta.

Kepada sesiapa yang hendak menyaksikan sendiri peristiwa bersejarah itu di Kuala Lumpur, masih kena bayar tol seperti biasa bila ke Kuala Lumpur.

Selang beberapa hari selepas pembentukan kabinet kerajaan Pakatan Rakyat barulah apa yang dijanjikan termasuk tol lebuhraya, Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sebagainya akan diumumkan.

"Selepas itu rakyat barulah merasai keamanan, kebebasan dan keharmonian hidup dalam sebuah negara yang merdeka," katanya.

Menyentuh mengenai calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail yang melebelkan dirinya sendiri sebagai calon paling bersih diposternya Saifudin menyifatkan, ia mengambaran keangkuhan sedangkan para ulamak yang muktabar pun masih merendah diri tidak sombong dan angkuh.

Adakah calon paling bersih itu jika menang berani tegur pimpinan Umno dan BN atau duduk diam membisu.

"Calon BN angap dirinya bersih..masuk bakul angkat sendiri. Bila sudah berada dalam 'tong najis' mana boleh bersih lagi melainkan mandi, sabun dan tukar pakaian baru jadi bersih sebersih bersihnya," terang beliau.

Khianat: Rumah Nasrudin dibaling darah babi

Harakahdaily, 02 Mei 2013
TEMERLOH: Kediaman calon PAS di Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan di Taman Sri Semantan di sini disimbah dengan darah dipercayai perbuatan khianat pihak tertentu. Kejadian disedari seorang petugas yang juga pembantu calon apabila melihat kesan darah berserakan di atas lantai bahagian hadapan rumah ketika keluar rumah awal pagi ini.
Kelihatan juga satu palstik darah dipercayai dibaling dari luar pagar.
Turut ditinggalkan sekeping nota bertulis 'Terimalah darah babi ini'.

Satu sidang media akan diadakan pagi ini di kediamannya serta laporan polis akan dibuat.

Putrajaya: Naluri wanita suka memilih lelaki ganteng

Rossem, 02 Mei 2013

Terima telefon dari seorang pejawat awam di Putrajaya, pangkat ketua jabatan, bertanya seputar senario politik di Kelantan.

Perbualan semakin rancak, sehingga akhirnya saya bertanya tentang situasi dan kondisi politik di Putrajaya.

Apakah benar seperti dipaparkan lewat facebook, youtube dan akhbar oposisi sambutan yang diberikan warga Putrajaya kepada calon parlimen bagi kawasan itu, Datuk Husam Musa luar biasa sekali sehingga mengkhuatirkan Umno/BN.

Pejawat awam itu tak menjawab dari perspektif  politik, dan saya pun tak mengharapkan ia menjawab demikian kerana saya tahu beliau bukan politikus.

Tetapi jawapan yang diberikan walaupun  sedikit lucu,  tetapi amat  menyakinkan.

Jawapannya berdasarkan; 60 peratus karyawan yang layak mengundi di Putrajaya adalah wanita termasuk suri rumah: Naluri wanita suka memilih lelaki ganteng (kacak), dan Husam Musa termasuk dalam katogeri ini,  dengan badannya tinggi lampai, dan mulut sering menguntum senyum,  ia mampu meraih  undi wanita berbanding lawannya dari Umno/BN.

Saya teringat, malam semalam, ketika ceramah di Peringat,   mantan Adun Melor, Wan Ismail Wan Jusoh juga ada menyebut tentang keistimewaan lelaki ganteng menjadi calon.

Ia punya kelebihan tersendiri untuk menarik sokongan wanita dan  surirumah yang tak mahu berfikir panjang lebar tentang politik, lantas memilih calon berdasarkan apa yang dilihatnya sepintas lalu.

Hal ini pernah berlaku di Dun Melor dan Parlimen Ketereh suatu masa dulu bila pengundi wanita  memangkah Tan Sri Anuar Musa yang dianggap ganteng saat mudanya.

Itu adalah antara faktor kemenangan yang dianalisis secara umum bercampur kelakar, tetapi faktor kemenangan sebenar bukan itu satu-satunya.

Masyarakat kelas elit dan menengah di Putrajaya tentu lebih arif dalam soal memilih parti mana yang ia suka.

Kalau kota Konstantinopel boleh ditawan kesatria Othmaniyyah, Muhammad Al-Fatih (1453), kota Putrajaya, insyaallah akan dapat ditawan Husam Musa pada 5 Mei ini!

8 NGO isytihar sokong Pakatan di Pahang

Harakahdaily, 02 Mei 2013

(Poster yang dibuat oleh Gamis Pahang yang mendakwa kerajaan Pahang membisu)


KUANTAN: Sebanyak lapan NGO dari gerakan masyarakat dan belia negeri Pahang semalam telah mengadakan satu sidang media mengisytiharkan sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat untuk pilihanraya umum ke 13.

Sokongan itu dibuat dalam bentuk Deklarasi Anak Muda Pahang yang bertemakan “Tumbangkan Barisan Nasional (BN), Bersama Pakatan Rakyat (PR) Menerajui Wisma Pahang”. Mereka menyifatkan kerajaan Pahang membisu ke atas segala dakwaan rakyat dan diam ini bermakna ya bagi mereka.

Sidang media ini yang diadakan di bandar Kuantan turut mendapat liputan wartawan dari Astro Awani, Sinar Harian, Nanyang and Sin Chew.

Kesemua NGO bersepakat menyeru seluruh rakyat negeri Pahang khususnya anak muda untuk bersama dengan kebangkitan rakyat Malaysia yang bertekad untuk menumbangkan BN dalam PRU13.

Antara isi deklarasi yang dibentangkan menyatakan bahawa BN gagal mengurus ekonomi negara sehingga membebankan rakyat dengan hutang negara, yang mana kini nilai hutang melebihi RM500 bilion.

Deklarasi itu turut menyelar BN atas kegagalan mereka memupuk suasana demokrasi yang baik dan adil antaranya dengan memanipulasikan media untuk survival politik sendiri.

“Isu Lynas di Gebeng dan Cyanide di Raub turut menggambarkan kerajaan negeri Pahang yang dipimpin BN mementingkan keuntungan semata tanpa mengambil cakna terhadap keselamatan rakyat dan alam sekitar. Deklarasi juga menyeru generasi kedua dan ketiga Felda yang menjadi harapan rakyat untuk sama-sama melakukan perubahan dalam PRU-13,” kata pengerusi Gamis Ahmad Fatihi Makhtar kepada Harakahdaily.

Selain itu, deklarasi itu turut menegaskan harapan mewakili seluruh rakyat Malaysia agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mampu menggalas amanah dan tanggungjawab kepada rakyat yang ingin melihat proses demokrasi pilihanraya di Malaysia berlaku dengan penuh adil dan saksama.

“Harapan adalah agar SPR yang benar-benar menjunjung prinsip sebuah badan yang bebas dan berintegriti tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan,” tegas Fatihi lagi.

Rakyat negeri Pahang khususnya anak muda, kata Fatihi, akan bersama dengan Pakatan Rakyat untuk memimpin Malaysia dan menerajui Wisma Pahang selepas PRU-13.

Katanya, deklarasi ini dipersetujui bersama oleh 8 NGO dari gerakan masyarakat dan belia iaitu:

1) Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia Negeri Pahang (GAMIS Pahang),

2) Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM Pahang),

3) Jingga 13 Pahang

4) Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK),

5) Save Malaysia Stop Lynas (SMSL),

6) Sekretariat Anak-anak Pahang Perantauan (Perantau),

7) Sinergi Gerakan Mahasiswi Pahang (SIGMA Pahang) dan

8) Hal Ehwal Wanita Remaja PAS Pahang (HALWA Pahang).

Selain sidang media, kumpulan NGO ini turut mengadakan silent flashmob di beberapa persimpangan utama bandar Kuantan.

Mereka menaikkan plakad tertera manifesto Pakatan Rakyat dan slogan menuntut perubahan termasuk seruan “bunyikan hon jika anda sokong PR”.

Gimik mereka menerima sambutan hangat daripada pemandu-pemandu kenderaan di tengah kesibukan bandar tanda reaksi sokongan kepada mereka.

Terbaik! Gambar sekitar ceramah PR pada 1 Mei 2013

http://biaqpila.blogspot.com/, 02 Mei 2013


Solat hajat di Kelab Sultan Sulaiman KL.


Ceramah DAP/PR malam ini di Seri Setia, Kuala Lumpur, Parlimen Seputeh.


Keadaan di Taman Sri Sentosa


Anwar di Kapar siang tadi.


Ceramah DAP/PR Jam 6 petang tadi, di Bakri, Johor.


Keadaan di Skudai malam tadi.

Tiada ulasan: