Posted on Thursday, May 02 @ 00:26:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh WTKO
Kepada penyokong dan penjilat BN kalau nak memuji BN @ UMNO itu biarlah berpada-pada kerana kita beragama Islam dan ada batas iman dan kufur. Jangan sampai kita mempersendakan Allah kerana dek kerana duit tak berapa sen!!
Ini Facebook penyokong BN @ UMNO yang telah rosak akidah. Nauzubillah!!!
Apakah perbezaannya di antara murtad, kufur, dan terbatal Syahadah ?
a) Murtad: adalah salah satu jenis kufur yang paling jahat. Murtad bermaksud seorang muslim yang meninggalkan Islam dan memeluk agama lain. Kekufuran setelah Islam adalah lebih buruk dan jahat daripada kufur semulajadi.
Firman Allah (maksud ayat):
" Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, kemudian dia mati dalam kekafiran..." Surah alBaqarah: 217.
Murtad adalah tindakan pengkhianatan terhadap agama dan umat Islam sama seperti seseorang yg
mengkhianati negara dan penduduknya dengan berpaling tadah kepada musuh negara itu.
(Rujukan: Prof Qardhawi, Fi Fiqh al Awlawiyat: Dirasat jadidah fi Dhau'i al Qur'an wa al sunnah (Keutamaan Feqah: Satu kajian baru dari Perspektif alQur'an dan as Sunnah), Dhoha, Qatar, 1994.
b) Kufur : ia adalah lawan iman bermaksud ingkar. Jika iman bermaksud membenarkan, kufur pula ialah menafikan atau mengingkari atau dengan lebih tepat seseorang yang mengingkari atau menafikan kebenaran yang dibawa oleh Muhammad saw. Kufur yang paling tinggi ialah kufur terhadap Allah sebagai Rabb, Pencipta dan Pengurus alam buana ini sebagaimana kafirnya kaum Atheis. Seterusnya ialah kufur syirik, kufur ahlil Kitab, kufur murtad dan kufur munafiq.
Firman Allah,"barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya dan hari Kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya."
maksud ayat Surah an Nisaa': 136
(Rujukan: Prof Qardhawi, Fiqh Awlawiyat)
c) Terbatal syahadah: Terbatalnya iman seseorang muslim dan menjadi kafir. Bermaksud seseorang yang telah mengucap dua kalimah syahadah, lalu secara sengaja telah mengeluarkan kata-kata lisan atau perbuatan yang menyebabkan terbatalnya syahadah atau iman.
Misalnya:
1. Mempersendakan hukum merejam dengan batu bagi pesalah zina,
2. Enggan berhukum dengan hukum Allah (al Maidah: 44);
3. Berikrar dengan kalimah kufur;
4. Ingkar terhadap sesuatu yang sudah maklum dalam agama (misalnya enggan berpuasa kerana mendakwa melemahkan ekonomi umat Islam);
5. Mendustakan kenyataan alQur'an yang jelas (misalnya ingkar dengan kisah Nabi Yusof sebagai dongeng);
6. Membuat tafsiran palsu terhadap alQur'an dan sunnah, dll lagi
(sila rujuk: Syaikh Muhammad Abdullah alKhatib, Nadzarat fi Risalah at Ta'alim; Dr Abd Rahman
Khalid, al Hadd al Faasil baina al Kufr wal Iman (Garis Pemisah antara Kufur dan Iman)
sekian.
Umno bukan parti assabiyah - Najib
1 Mei 2013
Perdana Menteri berkata kerajaan tidak pernah menolak Islam dalam pentadbiran negara, malah semangat kebangsaan Umno adalah berteraskan Islam.
"Kebangsaan kita bukan assabiyah. Makna assabiyah itu ialah bila kita berpakat melakukan kerja-kerja yang batil, maknanya berpakat antara satu puak untuk menindas atau menzalimi puak lain, itu assabiyah," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 6,000 hadirin pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Mengabang Telipot di sini, hari ini.
Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang juga calon Dewan Undangan Negeri (Dun) Kijal dan beberapa calon Barisan Nasional (BN) negeri itu bagi Pilihan Raya Umum ke-13.
Najib, yang juga Presiden Umno, sebelum itu mempersoal kenyataan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa sembahyang orang Umno tidak mendapat pahala kerana menolak Islam dan berjuang atas semangat kebangsaan.
"Saya nak tanya Nik Aziz, pahala dosa itu kuasa Mursyidul Am atau kuasa Allah?
"Saya percaya ini bukan bidang kuasa manusia, bukan kuasa Mursyidul Am, malah Nabi, Rasul pun tak berani...ini kuasa Allah, itupun dia nak ambil...ini semua kerana politik," katanya.
Nik Aziz baru-baru ini menggunakan statusnya untuk mengeluarkan fatwa bahawa perjuangan Umno bersandarkan assabiyah atau perkauman.
Menteri Besar Kelantan itu mendakwa kerana menganut fahaman ini, maka Umno telah menolak Allah.
Menjelas lanjut isu itu, Najib berkata perjuangan kebangsaan Umno telah membebaskan Malaysia daripada dijajah dan dizalimi oleh British.
Umno hari ini berjuang atas dasar "maqasid syariah", dan ia diakui ulama antarabangsa sebagai antara negara terbaik daripada aspek pematuhan konsep tersebut, katanya.
"Apabila dikatakan kita patuh pada maqasid syariah, maknanya kita mempertahankan agama, mempertahankan kalimah Allah.
"Jadi siapa yang cakap berdolak dalih sekarang...ini semua pasal politik, nak cari undi," tempelak Najib.
Beliau menegaskan soal prinsip, agama dan kalimah Allah tidak boleh dipermainkan oleh sesiapa.
Walaupun suaranya semakin serak kerana terlalu banyak bercakap, Perdana Menteri tetap bersemangat meneruskan kempen bagi BN menjelang hari pengundian Ahad ini.
"Walaupun suara saya macam ni, tapi tak apalah, janji BN menang," katanya yang disambut tepukan gemuruh daripada hadirin.
Program itu mengakhiri lawatan Najib di Terengganu sebelum kembali ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Perhimpunan Perdana 50,000 warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan pelancaran Yayasan Destini Anak Bangsa Bersama Perdana Menteri malam ini.- Bernama
SABAR DAN TAKZIAH
Susulan tragedi: Tidak sempat mengundi awal
1 Mei 2013
Faizul adalah saksi terawal yang melihat kejadian menyayat hati itu membabitkan keluarga Superintendan Ghazali Daud, 49, di Kilometer 27, Jalan Kuala Terengganu ke Kuala Berang di Wakaf Tapai, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 pagi semalam, tiga terbunuh iaitu isteri Ghazali, Haniza Abd Rahman, 40, dan dua anaknya, Ahmad Firdaus Izzudin, 11, dan Nur Aliah Adibah, 10.
Lima lagi anak mangsa dilaporkan cedera ialah Ahmad Fahmi Izudin, 12; Nur Aliah Afifah, 7; Nur Aliah Atikah, 6; Aina Yusro, 3, dan Akilah Husna yang baru berusia tujuh bulan.
Ghazali yang turut cedera parah, bertugas di Unit Agama dan Kaunseling Bukit Aman, dikatakan pulang ke kampung untuk mengundi awal di Batalion 9, Seberang Takir.
Mangsa bersama keluarga dari Kuala Lumpur menaiki kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Inova sebelum kenderaan itu hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik di kiri jalan.
Sementara itu, Faizul berkata, ketika kejadian, dia berada di sebuah kedai dan mengetahui kemalangan itu selepas dia dan rakannya, Mohd Saiful Anuar, 22, melihat jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai melalui jalan berkenaan.
“Saya dan rakan segera mengekori jentera bomba itu dan sebaik tiba di lokasi kejadian, saya lihat keadaan mangsa amat menyayat hati," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa yang mengesahkan kejadian itu berkata, semua mangsa cedera dihantar ke Hospital Kuala Berang, Hulu Terengganu sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu bagi rawatan lanjut.
Difahamkan, Ghazali beralamat dari Kampung Padang Limau Nipis, Bukit Payung, Marang, sementara arwah isterinya pula berasal dari Gong Pak Jin, Mengabang Telipot.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, mangsa yang bertugas di Unit Agama dan Kaunseling Bukit Aman juga salah seorang anggota dari Bukit Aman yang ditugaskan membantu Kontinjen Terengganu pada
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Ahad ini.
“Saya difahamkan, selain pulang mengundi, mangsa turut pulang untuk bertugas pada PRU13 bagi bantu Kontinjen Terengganu,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu, semalam.
Jangan sertai himpunan di PKR esok - Dr Rani
Posted on Thursday, May 02 @ 00:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Sumber Harakahdaily
SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman mengarah supaya semua ahli-ahli PAS tidak menyertai sebarang himpunan yang kononnya akan diadakan esok di Ibu Pejabat PKR.
"Kami yakin ia adalah kerja-kerja pihak yang pro-BN yang bekerja untuk memecahkan Pakatan Rakyat," kata Dr Rani dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.
Menurut poster yang mula diedarkan, kononnya akan diadakan satu sessi bantahan terhadap calon PSM yang bertanding atas tiket PKR esok.
Ia kononnya akan diadakan jam 11 pagi pada esok hari.
Sumber
Hukum memperjuangkan kepentingan Bangsa (Assabiyah)
Allah ialah tuhan untuk semua manusia tanpa mengira bangsa. Islam adalah agama Allah yang diutuskan agar dianuti oleh setiap bangsa tanpa sebarang diskriminasi. Dalam masa yang sama Islam akui kewujudan manusia berpuak dan berbangsa. Allah Tuhan Yang Maha Pencipta telah menciptakan manusia dalam keadaan demikian dengan hikmah yang begitu banyak.1. Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir samada untuk dia menjadi arab, atau melayu, atau inggeris atau india atau selain itu. Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang. Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya. Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil. Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu. Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu. Allah menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya)
“dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra, ayat 15).2. Maka, perjuangan apapun yang mahu ditegakkan, hendaklah menilai setiap insan berdasarkan kepada akhlaknya, bukan titih keturunannya. Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua. Sabda Nabi s.a.w:
“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).Jika hal ini tidak diteliti, perkauman atau racism akan berlaku. Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah. Diskriminasi seperti ini pernah berlaku di Amerika, sehingga Martin Luther King dalam pidatonya yang terkenal ‘I have a dream’ menyebut: “I have a dream that my four little children one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character”.
3. Tujuan Allah menciptakan berpuak dan berbangsa agar saling kenal mengenali antara satu sama lain. Firman Allah: (maksudnya) (maksudnya):
Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).Lihat dalam ayat ini, Allah memanggil “Wahai manusia!”. Panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggil perkauman atau fanatik keturunan. Kata Sayyid Qutb dalam menafisrkan ayat ini:
“Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah. Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu”. (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Cairo: Dar al-Syuruq).4. Di samping itu, kita hendaklah tahu bahawa setiap mukmin itu bersaudara tanpa mengira bangsa dan puak. Hak-hak persaudaraan Islam telah ditentukan oleh Allah dan rasulNya. Nilai persaudaraan ini hendaklah sentiasa kita pegang. Perbezaan keturunan dan bangsa tidak boleh menjejaskan hal ini. Inilah asas perpaduan yang terpenting. Inilah perpaduan yang menyelamatkan kita dunia dan akhirat. Firman Allah: (maksudnya)
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah-belah; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara jantung hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara (persaudaraan Islam). Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu darinya (disebabkan nikmat Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Surah Ali ‘Imran ayat 103).5. Setelah kita faham dan beriman dengan asas-asas yang disebutkan di atas. Bertindak berteraskan asas ini, maka tidaklah menjadi kesalahan jika kita dalam masa yang sama berusaha memajukan bangsa atau keturunan kita dengan syarat kita tidak menzalimi dan menghina kaum yang lain. Dalam Islam pun, harta pusaka juga diwarisi oleh kaum keluarga. Kita juga disuruh menghubungkan silaturrahim sesama keluarga dan al-Quran juga menyuruh kita membantu keluarga di sudut harta. Firman Allah: (maksudnya)
“Maka (sebagai tanda syukur) berikanlah kepada kaum kerabatmu, miskin dan orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredhaan Allah dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Surah al-Rum, ayat 37)6. Nabi s.a.w juga memuji sikap tolong menolong dalam memajukan atau membantu kaum atau puak sendiri, dengan syarat tidak menzalimi puak yang lain. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).Ertinya, walaupun Islam menentang ‘asabiyyah namun Islam tidak menentang usaha membantu dan memartabatkan kaum sendiri, jika ada keperluan ke arah itu dan tidak membawa kepada pemusuhan antara puak dan kaum.
7. Adapun asabiyyah sebenarnya adalah sikap berpuak yang membawa kepada membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada kepada pihak lain. Sikap fanatik puak itu mungkin menjelma dalam bentuk bangsa, ataupun parti politik, atau mazhab, atau kumpulan atau apa sahaja yang fanatik dan menolak kebenaran orang lain. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (Riwayat Muslim).Rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) adalah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil, namun membela atas dasar ketaksuban. Ertinya, jika ada ciri demikian maka itu ‘asabiyyah yang dilarang; samada perjuangan parti atau perjuangan kaum. Maka, bukan sahaja perjuangan politik bangsa boleh menjadi ‘asabiyyah, perjuangan atas nama Islam jika fanatik dan menolak kebenaran hanya kerana keputusan parti juga boleh dinamakan ‘asabiyyah.
8. Usaha memartabatkan kaum bukan prinsip perjuangan tetapi keperluan yang dilakukan apabila keadaan mendesak seperti yang berlaku kepada kabilah al-Asy’ariyyin dalam hadis di atas. Sebab itu al-Quran bukan sahaja menyebut membantu kaum kerabat yang susah, tetapi juga membantu golongan miskin, orang musafir yang kesusahan tanpa dikaitkan dengan kaum kerabat atau bangsa.
Kesimpulannya:
Prinsip Islam mengatasi segalanya termasuk isu bangsa. Perjuangan bangsa jika bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam yang disebutkan tadi adalah diharamkan. Namun, usaha memartabatkan bangsa jika tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti prinsip persaudaraan Islam, keadilan untuk semua dan tidak menghina bangsa lain, maka ia diizinkan, bahkan terpuji.
(Sumber: Himpunan Fatwa Dr Maza)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan