Khamis, 2 Mei 2013

BELAJAR REDA...BELAJAR TAWAKAL...AGAR KITA TAK JAHAT...TAK MENIPU DAN TAK SAMSENG...KITA MAKHLUK TAK BOLEH LAWAN KETENTUAN ALLAH....JANGAN KITA NAMPAKKAN DIRI KITA JAHIL AGAMA...DAN TAK IKUT SYARIAT AGAMA....MALU LAH SIKIT...MALU ADALAH SALAH SATU CIRI2 SIFAT RASULLULLAH SAW

[Bergambar] Seluruh negara mengharapkan detik bersejarah 05.05.13

http://greenboc.blogspot.com, 02 Mei 2013


Pakatan tak cukup wang untuk mendirikan khemah, memberi makan free dan elaun untuk datang ke ceramah. Tetapi gambar-gambar seperti inilah, yang memberi kita harapan... INI KALILAH!

RAKYAT : kami bukan nak makan, elaun, dan NAIK bas free, kami mahukan pemimpin yang boleh menyelamat kan rakyat dan Negara....

5 Mei 2013 .... Pakatan Rakyat bakal mencipta sejarah baru di Malaysia, menggantikan Barisan Nasional sebagai kerajaan baru. Itulah harapan rakyat Malaysia.

INI KALILAH, TUKAR!!!!










 


35 nama pengundi pos muncul dua kali

Aslani M, 02 Mei 2013
KOTA BHARU: Lajnah Guaman dan Hak Asasi PAS Kelantan menerima aduan terdapat 35 nama pengundi pos di Pasir Mas yang muncul sebanyak dua kali.

Pengerusinya, Hisham Fauzi berkata, ekoran itu pihaknya membuat bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan 30 daripada nama yang dibantah diterima.

“Cuma lima yang dibantah tidak berjaya kerana SPR telah mengeluarkan kertas undi pos tersebut kepada pengundi terbabit,” katanya pada sidang media di Pusat Media PAS Kelantan di Jalan Dato’ Pati semalam.

Hadir sama Pengerusi Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Kelantan, Mohd Abd Rashid Yah dan sebahagian pasukan peguam PAS.

Hisham berkata, nama pengundi pos tersebut dikesan muncul dua kali dan ia sama sekali tidak sepatutnya berlaku sekiranya daftar pemilih dilakukan secara telus.

Manakala dalam perkembangan lain seorang anggota tentera yang mengundi awal di Kem Desa Pahlawan semalam memberitahu dakwat dicalit di jarinya semasa mengundi hanya bertahan lebih jam.

Beliau yang enggan dikenali mendakwa keadaan serupa juga berlaku kepada isterinya dan rakan-rakan lain yang mengundi di kem terbabit.

Beliau dan isteri mengundi kira-kira jam 8.15 pagi kelmarin, dan pada jam 9.30 ketika isterinya membasuh pinggan di rumah, dakwat di jarinya hilang kecuali yang lekat di celah-celah kuku.

“Saya terkejut dengan apa yang berlaku. Dan dakwat di jari saya juga tanggal ketika membasuh tangan dengan sabun.

“Ketika mengundi jari saya dicalit dua kali menggunakan dakwat warga unggu oleh kerani tempat mengundi,” katanya di sini.

Beliau yang bertugas lebih 15 tahun sebagai anggota tentera hairan kerana SPR sebelum ini mendakwa dakwat boleh kekal sehingga tiga hari.

Beliau juga mendakwa sebelum dibenarkan memasuki tempat membuang undi setiap anggota tentera perlu melaporkan diri ke setiap unit tempat mereka bertugas.

Menurutnya selepas mengundi sekali lagi anggota tentera perlu melaporkan kepada unit masing-masing.

Sehubungan itu Hisham berkata, pasukan peguam PAS sedang mengumpul lebih banyak bukti kehilangan dakwat di jari pengundi awal sebelum membuat laporan rasmi kepada SPR.

Najib tak tahu turun harga minyak, jangan kata tak boleh

Harakahdaily, 02 Mei 2013
BANDAR JENGKA: Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak berkata BN tidak berdaya untuk menurunkan harga minyak  dan buktinya ialah ramai negara lain tidak berbuat demikian.

Justeru itu, Najib berkata janji-janji Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sandiwara dan menegaskan bahawa semua pihak termasuk Anwar tahu janji itu sukar dilaksanakan.

"Dia ingat senang nak turunkan harga minyak, elektrik, air dan menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta tol. Kalau senang, kenapa negara lain tak buat?” kata Najib yang dipetik Utusan Malaysia.

Najib turut memberikan contoh negara jiran Indonesia yang membuat keputusan baru-baru ini untuk mengurangkan subsidi harga minyak meskipun antara pengeluar terbesar minyak.

Menjawab hujah Najib, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga calon PAS di N.29 Dun Jengka, Pahang, berkata Najib tidak tahu menurunkan harga minyak bukan bermakna ia tidak boleh dilaksanakan.

“Masa Selangor beri air percuma, BN juga kata tak boleh. 50 tahun berkuasa kata tak boleh buat. Bila Pakatan Rakyat tunjuk caranya, sekarang BN meniru janji beri air percuma.

“Kalau BN tak tahu macam mana nak buat, biar Pakatan Rakyat tunjukkan. Dia tak tahu, bukan bermakna tidak boleh dilaksanakan,” tegas beliau kepada Harakahdaily.

Harakahdaily mendapatkan pandangan daripada Tuan Ibrahim setelah satu poster menjawab hujah Najib yang dimuatturunkan beliau di Facebook mendapat sambutan amat menggalakkan sehingga lebih 8,000 ‘shares’ dan setengah juta orang melihatnya.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata yang membezakan Pakatan Rakyat dengan BN ialah nilai amanah para pemimpinnya.

“Sini tiada rasuah, sana selalu bocor. Sebab itu tak boleh bagi harga minyak turun kerana bocor banyak sangat,” tegas beliau.

Peserta flashmob cuba dilanggar

Harakahdaily, 02 Mei 2013

(Gambar dari rakaman video peristiwa cuba melanggar peserta flashmob di Kota Bharu)

KOTA BHARU: Seorang pemimpin NGO menuntut royalti untuk Kelantan, R hampir maut apabila cuba dilanggar oleh sebuah kereta semalam.

Ia berlaku ketika mereka mengadakan kempen bisu (flashmob) di beberapa tempat sekitar bandar ini semalam.

Dalam kejadian yang berlaku itu, sebuah kerena Proton Perdana hitam cuba melanggar Naib Presiden R, Haji Abdul Samah Hassan, 55 tahun.

Mereka sempat merakam kereta yang bernombor WHK 7176 itu.

R menganjurkan aktiviti Flashmob KB (Kota Bharu) kali pertama di Kelantan.  Ia dijalankan serentak dengan rakan-rakan Ngo seluruh negara termasuk di Kuching, Kuala Terengganu, Kuantan, Ipoh, Johor, Sabah, Melaka, Selangor dan Perak.

Flashmob adalah kempen bisu dan hanya mengangkat plycard sebagai tanda protes terhadap isu isu penafian hak Royalti, Manifesto PR vs BN dan lain-lain.

Ia lebih mengutamakan rakyat melalui isu pendidikan percuma, isu permindahan guru, undi PR dapat Royalti pada 6 Mei dan lain-lain lagi.

Program ini bermula seawal jam 10 pagi yang disertai lebih 104 org aktivis (dua shif - pagi 44 dan petang 60) di Pasaraya Mydin, Simpang 4 Kubang Kerian, Simpang 4 Pasaraya Bilal, Bulatan Kampung China dan Simpang 4 KB Mall.

Rata-rata peserta adalah anak-anak muda Melayu dan Cina, Mahasiswa, warga emas, pekerja swasta dan ahli ahli ngo.

Susulan kejadian itu, pihak R amat kesal dengan pengikut fanatik parti tersebut dan akan membuat laporan polis hari ini (Khamis) di IPD Kota Bharu dan kemungkinan akan mengambil tindakan mahkamah kepada individu terbabit.

R juga akan mengadakan satu lagi siri Flashmob KB 2.0 di Simpang 4 Tesco pada hari ini iaitu  pada jam 3 petang.

Ia dibuat sempena kehadiran perdana menteri kerajaan sementara Datuk Seri Najib Razak ke Kelantan.

"Kami tuntut PM berikan royalti pada Kelantan seperti beliau boleh beri pada Pahang, walaupun minyak akan keluar tahun hadapan 2014, tapi beliau sudah melangkaui kuasa Jawatankuasa Bayaran Tunai dengan mengumumkan Pahang layak terima bayaran tunai @ royalti RM100 juta setahun bermula pada tahun 2014," kata Khairul Nizam Abdul Ghani, Pengarah Flashmob R.

5 orang kuat Ku Li isytihar sertai PAS

Muhammad Faizal, 02 Mei 2013
GUA MUSANG: Lima orang kuat Tengku Razaleigh Hamzah semalam mengisytiharkan diri mereka menyertai PAS kerana kecewa dengan Umno yang dilihat meminggirkan penduduk di Gua Musang.

Kelima-lima mereka adalah Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Gua Musang Abdul Karim Mat Diah, Ketua Pemuda Umno Cawangan Batu Papan Zulhelmi Zulkifli, Ketua Umno Cawangan Limau Kasturi Nawang Ismail, Ketua Pemuda Umno Cawangan Lepan Jaya Rozali Rodin dan Ketua Pemuda Umno Cawangan Kuala Betis Ibrahim Hassan.

Kelima-lima mereka telah menyerahkan borang kepada calon PAS bagi Parlimen Gua Musang Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah pada satu program ceramah di Gua Musang malam semalam.

Wan Rahim ketika ditemui Harakahdaily menyifatkan penyertaan kelima-lima orang kuat veteran Umno itu menunjukkan satu petanda baik kepada politik Gua Musang pada Pilihan Raya Umum kali ini.

Malah jelasnya lagi, beliau yakin perkembangan ini memberi peluang kepada PAS untuk merampas kerusi yang telah dikuasai oleh BN sejak 44 tahun lalu lagi.

"Dengan penyertaan mereka, ini menunjukkan satu petanda yang baik untuk Pakatan Rakyat khususnya PAS bagi merampas balik kerusi yang dimenangi oleh BN sejak sekian lama.

"Saya pasti dengan sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh mereka, kita dapat menarik lebih pengundi dan secara tidak langsung akan memberi jumlah majoriti yang besar kepada kita nanti," jelasnya.

Mengulas suasana kempen, Wan Rahim turut berterima kasih dengan kedua-dua penyokong dalam parlimen Gua Musang kerana menjadikan kempen pilihanraya kali ini begitu aman tanpa ada sebarang provokasi.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak di kedua-dua parti yang dapat menjaga keamanan tanpa sebarang provokasi pada kempen kali ini.

"Saya sendiri tidak berasa takut untuk bergerak kerana suasana aman yang ditunjukkan, malah suasana ini turut ditunjukkan di kawasan-kawasan Felda," sambung beliau.

Beliau berjanji akan memastikan Parlimen Gua Musang akan menjadi penyumbang kepada jumlah kerusi di peringkat parlimen agar matlamat untuk tawan Putrajaya tercapai.

Anak Kelantan ikrar balik mengundi PAS

Anis Nazri, 02 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Padang Kelab Sultan Sulaiman, di Kampung Baru, dipenuhi lebih 5,000 orang yang bersama-sama mengikuti program munajat kemenangan anjuran Kerajaan Negeri Kelantan dan Perakan.

Program bermula dengan solat Maghrib berjamaah, termasuk kaum muslimat diikuti solat Isyak dan solat hajat yang dipimpin oleh Ustaz Dr. Azhar Yaakob.

Suasana sebak menguasai suasana ketika Ustaz Azhar membacakan doa memohon pertolongan Allah untuk memenangkan Pakatan Rakyat, dengan diaminkan para jamaah dengan penuh semangat.

Program malam tadi juga sebagai platform Kerajaan Negeri Kelantan untuk menyeru anak-anak negeri itu yang berada di perantauan untuk pulang mengundi PAS.

Penantian para hadirin berakhir apabila Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tiba kira-kira jam 10 malam diiringi sekumpulan motor berkuasa tinggi.

Turut tiba bersama beliau, Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood dan bekas Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasurudin Daud.

Selain ucapan-ucapan amanat yang disampaikan para pimpinan, program malam ini turut menaikkan semangat para hadirin, yang rata-ratanya anak Kelantan dengan menayangkan video kempen balik mengundi.

Selesai tayangan video tersebut, Tuan Guru Nik Aziz melancarkan simbolik kunci ke Putrajaya sebagai tanda kesediaan Pakatan Rakyat menerajui kompleks pentadbiran negara itu.

Dalam majlis sama, Tuan Guru Nik Aziz turut menyerahkan panji-panji pilihan raya kepada duta-duta dilantik di setiap parlimen bagi berkempen untuk anak-anak perantauan balik mengundi PAS.

Sebelum Tuan Guru Nik Aziz menyampaikan ucapannya, beliau menyerahkan watikah ikrar kepada pelakon Mustapha Kamal untuk melaungkan ikrar balik mengundi dan diikuti anak-anak Kelantan.

Turut serta berucap pada majlis itu Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Mohamad dan calon PAS Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi.

Tiada ulasan: