Jumaat, 10 Mei 2013

BILA DISISI BANYAK YANG SALAH DAN TAK BETUL...BILA DAH TAK DE....BARU RASA KEBAIKAN DAN ADA BETULNYA...APA NAK BUAT...NI SIKAP GOPOH GAPAH ...DENGKI DAN SUKA DENGAR CAKAP ORANG DAN DENGAR BISIKAN SYAITAN

Keajaiban luar biasa di Pekan, Pahang

http://biaqpila.blogspot.com/, 09 Mei 2013

PAS Pahang mencadangkan agar kerajaan mengisytiharkan Pekan sebagai sebuah bandaraya, kerana bilangan pengundi bagi Pekan jauh lebih besar berbanding ibu negeri Pahang, Kuantan. Atau lebih elok kalau ibu negeri Pahang dipindahkan ke Pekan memandangkan kepadatan penduduk di kawasan pekan meningkat secara mendadak .

Parlimen Pekan mempunyai jumlah pemilih seramai lebih 67 ribu sedangkan Kuantan yang menjadi ibu negeri hanya seramai 47 ribu sahaja. Pertambahan lebih 20 ibu pengundi mencerminkan kadar kelahiran mendadak berlaku di Pekan, mungkin kerana kesuburan makanan 1 Malaysia yang diperkenalkan PM.

::.Banyaklah infrasruktur bagunan-bagunan kerajaan dan serbaguna serta komiditi lain perlu dibina selaras taraf bandaraya....huhuuuu

sumber

Kedua-dua kaki Ustaz Azizan selamat dibedah

Harakahdaily, 09 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak selesai menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya sekitar jam 11.30 malam ini.
Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Khalid dalam sms kepada Harakahdaily memberitahu, Ustaz Azizan telah dimasukkan ke bilik pembedahan Hospital Pulau Pinang sekitar jam 6.30 petang tadi.

“Sekitar jam 8.30 malam, kaki kanan beliau telah dipotong dan kaki kiri turut dipotong selepas itu, pembedahan selesai sekitar jam 11.30 malam,” jelas Helmi.
Pas Cawangan Taman Mewah shared Revolusi Anak Muda Malaysia [ R.A.M.M ]'s photo.
KAMI SEMUA MERINDUIMU

Apabila engkau tegas, engkau disalah tafsirkan.

Apabila engkau marah pada sesuatu perkara, engkau selalu disalah tafsirkan.

Apabila engkau menegur sesuatu kesilapan, engkau selalu disalah tafsirkan.

Saat ini sudah berubah...,Tapi disaat ini, rakyat Kedah mula merinduimu.

Tapi disaat ini, rakyat Kedah mula menyayangimu.

Sangat menyayangimu.Tapi disaat ini, rakyat Kedah mula menyantunimu.

Engkau ibarat ayah. Tegas dalam sesuatu perkara. Berlemah-lembut juga dalam sesuatu perkara.Selamat berjuang wahai ayah (untuk seluruh anak-anak Kedah).

Kami merindui kepimpinanmu.Kami merindui ketegasanmu, dalam menjalankan tugas-tugas & amanah kepada rakyat.

Jika ada salah dan silap kami terhadapmu, maafkan kami semua.

Moga Allah sembuhkan kesihatan ustaz.Jutaan doa kami kirimkan buat ustaz.Jutaan beribu batu kilometer kami doakan. (khas anak perantauan)

Moga doa daripada kami, tiada hijab diantara kita.Moga Allah ampuni dosa-dosa ustaz & dosa-dosa kita semua.Amin...

Selamat bekerja semula untuk rakyat.Suaramu amat diperlukan, untuk menegur segelintir anak muda yang terlalu bersemangat.Moga Allah sembuhkan kesihatan ustaz & kembali pulih seperti sediakala.............................................# KAMI MERINDUIMU USTAZ AZIZAN ABD RAZAK.

Pas Cawangan Taman Mewah and Muhammad Naim shared Fan Pakatan Rakyat Boleh Mencapai 3 Juta Orang Sebelum Fan Barisan Nasional!!'s photo.
Liang lahad untuk KEDUA BELAH KAKI Ustaz Azizan yang sedang digali di tanah perkuburan di KIDU. Bersebelahan dengan kubur Allahyarham ustaz Fadhil Nur. Sama2 kita doakan semoga ustaz Azizan serta keluarganya tabah.
Doakan keselamatan dan kesihatan Dato' Seri Azizan bekas MB Kedah..aminnn...

Pas Cawangan Taman Mewah shared Ραкαтαη яαкүαт εlεcтισηs ηεωs's photo.
RIBUAN WARGA SELANGOR MEMBANJIRI DATARAN KEMERDEKAAN SHAH ALAM, SELANGOR, UNTUK RAIKAN MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA KEMENANGAN PR SELANGOR TAPI AZMIN DAN ZURAIDA LANGSUNG TAK NAMPAK BATANG HIDUNG!!!!!

Lebih dari 5,000 rakyat Selangor telah turun di Dataran Kemerdekaan Shah Alam Selangor malam ini demi meraikan majlis kesyukuran sempena kemenangan PR di Selangor...Kejayaan PR mempertahankan Kerajaan PR Selangor dibawah pimpinan Dato' Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Rakyat menunjukan rasa syukur tidak terhingga sebab UMNO akhirnya tersungkur juga di Selangor walaupun PR diasak dengan pelbagai dakyah dan tohmahan yang tidak masuk akal.

Dari isu air sampailah isu wang bantuan untuk para janda.

Dalam keriangan rakyat itu mereka turut bertanya mana pergi kelibat pemimpin utama PKR Negeri Selangor iaitu Azmin Ali selaku Pengerusi PKR Negeri Selangor dan Timbalannya Zuraida Kamaruddin?

Apakah mereka berdua tidak berasa syukur akan kemenangan PR di Selangor ke?..

Semalam tidak hadir di Himpunan Aman di Stadium Kelana Jaya.. Malam ini di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pula.

Nak tunggu apakah alasan dan komen mereka berdua.

~ LOG

Pas Cawangan Taman Mewah shared Blackout 505. Suara Rakyat Suara Keramat's photo.
Kata orang tua...

Kamu orang muda, tak pandai bersyukur. Kamu lahir dalam kesenangan. Nikmat dari titik peluh kami dahulu.

Kami melawan penjajah untuk merdeka. Berperang dengan Jepun untuk pertahan tanah air. Berperang dengan Cina pada 13 Mei untuk pertahankan Raja Melayu.

Pertahankan hak bumiputera. Sanggupkah kamu serahkan negara ini kepada pendatang Cina?

Anak muda jawap...

Kalian orang tua sudah selesa. Kalian sudah ada sebidang tanah. Kalian sudah ada sebuah rumah. Kalian sudah ada kerja, gaji dan pencen. Dahulu, kalian mengaji percuma. Kami, belum habis mengaji sudah berhutang. Habis belajar, belum tentu ada kerja. Kalau bekerja, belum tentu boleh miliki kereta, rumah, dan tanah. Mahu makan sekali sehari pun susah.

Ya, benar. Jepun sudah pulang. Inggeris sudah berundur. Namun kami dijajah oleh bangsa sendiri. Melayu korup dan khianat. Membiar bangsa sendiri hidup melarat. Dahulu, meski dijajah, kamu masih boleh memiliki rumah sendiri. Kini, meski merdeka, kami hanya mampu menyewa.

Dahulu, demi mempertahankan tanah air, kita menghalau Joseph, Donald, Mizuno, Kozumi. Kini kita hanya berdiam diri ketika tanah kita dirampas oleh Mahmud, Muhammad dan Abdullah.

Kamu pinta kami berwaspada dengan Cina dan India? Tapi kamu import Indon, Myanmar dan Bangla? Kamu minta kami waspada dengan Cina, tapi mereka lebih prihatin tentang nasib kami berbanding Melayu, bangsa sendiri. Kamu minta kami berwaspada dengan Cina, tapi Melayu itu yang merompak tanah kita. Kamu pinta kami waspada dengan Cina, tapi Melayu itu yang berdusta.

Saya masih ingat. Ketika anak Melayu bawah umur dirogol oleh pembesar Melayu, Cina yang dikutuk hari ini bangkit membela. Beliau (LGE) akhirnya dihukum penjara.

Kamu kata, Cina mahu hancurkan kita. Tapi yang dibina Melayu, roboh dan runtuh belaka. Kamu kata, Cina mahu kita binasa, tapi Melayulah yang merompak harta negara, merampas Royalti dari negeri yang mempunyai penduduk Melayu paling ramai.

Kamu kata, DAP benci Islam, tapi peruntukkan Islam dilipatganda berjuta-juta. Kamu dakwa UMNO bela Islam, tapi roboh masjid, tutup sekolah agama, sekat dakwah, batal biasiswa agama.

Kamu kata DAP rasis, ultra cina dan benci Islam, tapi Zairil Khir itu Melayu, Islam dan anak pemimpin UMNO. Lalu kami tanya, mana calon Cina dari UMNO? Mana calon Melayu dari MCA?

Kamu kata, Cina itu musuh kita. Saya tanya, jiran rumah kita siapa? Bermusuh dengan jiran bukan ajaran agama.

Kamu kata, mesti bantu Melayu kerana Cina semuanya kaya. Kami tanya, Ah Chong, penjaja sayur yang mengayuh basikal itu berbangsa apa?

Kamu kata, berpakat dengan Cina DAP haram. Kami tanya, MCA dan Chua Soi Lek itu Melayu?

Bila kami hormati Cina, kamu kata kami lupa asal usul. Yang kami ingat, kami berasal dari negara Malaysia yang berbilang bangsa, Cina, India Kadazan, Murut dan sebagainya.

Kamu kata, hanya BN yang boleh memerintah. Kami kata, Penang lebih cemerlang di bawah DAP, Selangor lebih maju di bawah PKR.

Malaysia apa yang kamu gambarkan kepada kami?

Kami inginkan Malaysia yang lebih damai. Warganya aman tanpa mengira bangsa dan keturunan. Kami tidak perlu memaki dan mengutuk Cina untuk membela Melayu. Kami anak Malaysia!

Semoga rakan-rakan Cina dan India saya tabah dalam menghadapi segelintir ultra Melayu yang nakal.

Wang banyak tidak mampu beli hati rakyat

Muhammad Yusri Amin, 09 Mei 2013

Siti Zailah menyampaikan cenderahati kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

KOTA BHARU: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, kepimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak mampu menguasai hati rakyat khususnya pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei baru-baru ini.

Ini kerana menerusi PRU13 itu Umno BN gagal memperolehi 2/3 majoriti di Parlimen.

Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, ini membuktikan bahawa kepimpinan Najib tidak mampu menguasai hati rakyat dan pengundi walau pun beliau menabur banyak wang menjelang PRU13 termasuk BR1M.

Katanya, wang yang banyak tidak mampu membeli undi dan hati rakyat.

“Kita tengok pada mood perubahan rakyat dan kita tengok pada ‘undi popular’ diperolehi Pakatan Rakyat (PR), kita melihat pada PRU13 itu berlaku gelombang perubahan besar di kalangan rakyat.

“Justeru saya yakin, insya Allah, gelombang besar akan berlaku pada PRU14 nanti, memihak kepada PR, insya Allah,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Kelantan di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10, Kg Sireh dekat sini hari ini.

Mengulas kerjasama dalam PR terutama di kalangan pimpinan wanita non-muslim termasuk Wanita DAP, beliau mengalu-alukan kerjasama yang terjalin khususnya dalam menangani PRU13.

“Pada PRU13 baru-baru ini, kita tengok sokongan kepada calon-calon Muslimat, bukan saja daripada kaum Melayu, bahkan sokongan dari kaum Cina dan India.

Ini, katanya menunjukkan bahawa Muslimat mendapat sokongan daripada pelbagai kaum.

“Oleh demikian, insya Allah saya yakin pada PRU14 nanti, kita akan buat kejutan yang lebih besar, bahawa suara Muslimat akan lebih ramai diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat,” ujarnya.

Permit penerbitan mesti dimansuh

Subky Latif, 09 Mei 2013
Pakatan Rakyat wajar memasyhurkan supaya permit penerbitan oleh kementenerian dalam negeri ke atas penerbitan berkala seperti akhbar dan majalah wajar dimansuhkan.

Antara kekangan rakyat mendapatkan maklumat yang benar di negara ini sejak merdeka ialah setiap akhbar dan majalah dan apa-apa jua penerbitan berkala mesti mendapatkan permit daripada kerajaan.

Sejak sekian lama negara-negara maju dan demokrasi tidak mensyarakatkan akhbar dan majalah yang berkala mendapatkan permit.

Bahkan sebelum merdeka, pentadbiran jajahan British tidak mensaratkan permit penerbitan untuk menerbitkan akhbar.

Siapa saja yang berminat untuk menerbitkan akhbar, maka ia berhak menerbitkannya asal dia ada modal yang secukupnya. Akbar dan majalah boleh terbit asal ada modal dan ia tutup apabila ia rugi dan habis modal.

Bahkan antara piagam kebebasan bersuara ialah tiada lesen bagi penerbitan alat-alat penerangan. Akhbar dan majalah terbut bukan kerana ia dapat lesen dari kerajaan, tetapi kerana ia ada modal secukupnya dan hak untuk semua mendapat apa jua pandangan dan maklumat.

Dan setiap akhbar tutup bukan kerana permit penerbitannya dibatal oleh kerajaan tetapi penerbit tidak cukup modal untuk meneruskan penerbitan.

Pada zaman penjajah dulu pejuang-pejuang kemerdekaan boleh menerbitkan akhbar bila-bila masa dan kerajaan penjajah tidak berhak mencegahnya. Wartawan-wartawan seperti Dato Onn Jaafar, Pak Sako, Ahmad Boestamam boleh menerbitkan lidah rasmi parti masing-masing dan dipasarkan kepada masyarakat  umum.

Mereka boleh tulis apa saja tentang keburukan penjajahan British. Sekalipun tulisan itu boleh menggembeling fikiran pembaca untuk menentang penjajah, tetapi kerajaan penjajah tidak mengharamkan penerbitan itu.

Penjajah boleh menghantar polis bertindak menahan pekerja akhbar, tetapi tidak menghalang  akhbar daripada terus terbit. Jika ada berita dan rencana yang penjajah tidak senang atau bercanggah dan dasar kerjaan, wartawan dipanggil dan tindakan paling keras ialah menyuruh pengarang menyiarkan minta maaf kepada kerajaan.

Pengarang masa itu menyiarkan siaran minta maaf, lalu kerajaan penjajah tutup fail atas isu itu. Tetapi esoknya akhbar mengecam pula penjajah atas isu lain.

Apabila  negara merdeka kerajaan Perikatan mula mensyaratkan permit penerbitan dan ia mesti dibaharui apabila tempohnya tamat.

Sehingga dalam tahun 1970-an ada gesaan supaya permit itu dihapuskan kerana ia menyekat kebasan bersuara. Ia adalah satu tindakan melesen akhbar sedang dasar popuar dunia tiada apa yanag dikatakan akhbar berlesen.

Jabatan penerangan menjelaskan bahawa permit itu bukan hendak menyekat kebebasan tetapi kerajaan hendak tahu bilangan akbar dan majalah yang masih beroperasi. Dengan permit itu kerajaan tahu akhbar dan majalah itu masih terbit atau tidak.

Tetapi apa yang berlaku ialah tidak boleh terbit selagi tiada izin kerajaan dan kerajaan boleh tidak sambung permit atau batalkan mana yang ia suka.

Undang-undang sudah cukup bagi mengawal penerbitan daripada melakukan sebarang jenayah. Jika ia melanggar undang-undang ia boleh didakwa dan jika ia menyebarkan fitnah ia boleh dikenakan saman malu dan tuntutan ganti  rugi.

Sistem yang terpakai menafikan hak parti politik menerbitkan organ rasmi. Dan jika organ dipermitkan ia dihadkan penerbitan dalaman, tidak boleh diedarkan kepada publik.

Penerbitan dan percetakan adalah satu Industri yang merangsang kemajuan. Ia adalah pembangunan dan pelaburan. Ia adalah alat demokrasi dan kebebasan bagi kedaulatan bangsa dan negara. Penyalahgunaan kuasa itu menyebabkan rakyat tersekat mendapat maklumat  yang benar dan ia mematikan ilmu dan minda.

Pakatan mesti memperjuangkan hak penerbitan tanpa lesen.

Pasca PRU-13: Bersedia hadapi gerrymandering

Mohamed Hadi al-Majwi,
Saudara pengarang,

Rasanya cukup-cukuplah pendokong Pakatan Rakyat (PR) berdukacita dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). Betul, sebenarnya PR telah menang undi popular di peringkat parlimen, tetapi kerana kekangan sempadan kawasan-kawasan parlimen, kawasan-kawasan yang dimenangi oleh PR dengan majoriti puluhan ribu undi tidak boleh memberi 'subsidi' kepada kerusi-kerusi yang PR tewas dengan majoriti yang sangat kecil seperti Cameron Highlands, Pasir Gudang, Bentong dan Kuala Selangor.

Parlimen Kapar yang mempunyai 144 ribu pengundi adalah sama ramai komposisinya dengan empat kawasan parlimen di pedalaman yang dimenangi oleh Barisan Nasional (BN). Itulah hakikatnya yang perlu kita telan.

Seruan saya kepada semua pendokong PR, ayuh, hentikan segala kesedihan. Terus mara menuju PRU-14. Kita tidak tahu berapa jangka hayat parlimen kali ini, mungkin sepanjang 5 tahun atau mungkin sesingkat 3 tahun.

Siapa yang menjadi Perdana Menteri pada waktu pembubaran parlimen nanti pun kita belum tahu. Kalau PRU-14 berlangsung pada 2016, bersediakah PR untuk membetulkan segala kelemahan yang ada? Perpecahan dalaman, perbalahan terbuka, kempen yang tidak menyeluruh, dapatkah dibaiki segera?

Saya ingin mengingatkan semua pendokong PR bahawa proses persempadanan semula kawasan pilihan raya mesti dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada tahun ini juga.

Tempoh masa 10 tahun yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan sejak persempadanan terakhir pada tahun 2003 akan tamat tahun ini. Akan selamatkah kerusi-kerusi PR pada PRU-14 nanti?

Seperti yang kita tahu, persempadanan semula kawasan pilihan raya adalah taktik kotor terhormat yang digunakan oleh BN untuk memotong-motong sempadan pilihan raya mengikut manfaat BN.

Pasca PRU pada tahun 1999, kawasan majoriti Melayu telah dipecah-pecahkan komposisinya menjadi kawasan campuran yang dikira akan memberi manfaat kepada BN. (Faktor ini rupa-rupanya menikam BN semula pada PRU 2008 dan 2013).

Kerusi majoriti Melayu di parlimen Yan telah ditambah dengan pengundi Cina setelah Dun Gurun (kerusi campuran) dipindahkan dari parlimen Merbok.

Kerusi majoriti Melayu di Baling juga telah ditambah dengan pengundi Cina setelah Dun Kuala Ketil (kerusi campuran) dipindahkan dari parlimen Padang Serai. Tidak termasuk lagi taktik jijik SPR yang langsung tidak menambah kerusi-kerusi parlimen di negeri-negeri 'Malay belt' iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah sedangkan hampir kesemua negeri menyaksikan pertambahan kerusi parlimen. Taktik kotor terhormat inilah yang lazim disebut sebagai gerrymandering.

Kini, taktik terhormat yang penuh keji ini akan diulang semula. Bersediakah kita menghadapinya? Setelah apa yang berlaku pada PRU-13, adakah BN akan memastikan sempadan pilihan raya dipotong-potong semula untuk memperbanyakkan lagi kerusi majoriti Melayu di luar bandar dan dalam masa yang sama kerusi-kerusi campuran di bandar akan dikekalkan saiz dan kompisisinya untuk mengekang pengaruh PR?

Jangan kita lupa, Seksyen 10, Jadual Ketigabelas Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa perintah persempadanan semula kawasan pilihan raya hanya memerlukan separuh sokongan ahli Dewan Rakyat.

Ini bermakna BN hanya memerlukan 113 ahli parlimen sahaja untuk meluluskan perintah persempedanan semula kawasan pilihan raya untuk PRU-14.

Perkara inilah yang pemimpin dan penyokong PR perlu renungi sedalam-dalamnya. Tidak guna kita kesali "ketidakmenangan" PRU-13 kerana kalau PR menang sekali pun apalah gunanya jika kerajaan yang dibentuk adalah kerajaan yang lemah dari segi bilangan kerusi.

Meminjam kata-kata yang dipetik dari YB Saari Sungib (yang dipetik dari sahabatnya), lebih baik menjadi pembangkang yang kuat daripada menjadi kerajaan yang lemah.

Lakukan segera bedah siasat PRU-13, terus bertindak melawan fitnah perkauman yang dinyalakan oleh BN sekarang. Jika kita sibuk berkabung dan meratap sahaja, kita akan ditinggalkan oleh musuh kita jauh di hadapan.

Sekian, terima kasih.

Tiada tuah lagi Ibrahim lawan PAS

Subky Latif, 07 Mei 2013

TIADALAH orang UMNO Kelantan yang dikira sepintar Dato Ibrahim Ali sepanjang berlawan dengan PAS di negeri itu. Dia boleh hidup dalam semua masa.

Walaupun sejak 40  tahun lalu pemimpin hebat UMNO  Kelantan  ialah Tengku Razaleigh Hamzah, tetapi Ibrahim boleh hidup baik bersama Tengku Razaleigh mahupun selepas masa Tengku Razaleigh.

Angkatlah siapa  jadi ketua  UMNO  Kelantan selepas Ku Li, baik Annuar Musa mahupun Mustapa Mohamad atau Dr. Awang Adek, tiada siapa yang dapat menjinakkan Ibrahim Ali. Dia sudah ke depan sebelum nama-nama itu muncul dalam politik.

Besar peranannya menumbangkan kerajaan PAS yang dipimpin oleh Dato Asri dulu. Dia bermula dengan menubuhkan  Berjasa bersama Dato Mohamad Nasir. Selepas PAS kalah dan Berjasa tidak bertenaga lagi dia terus dalam UMNO. Tidak lambat baginya mendapat tempat penting  dalam UMNO bagi menjadi pemimpin  UMNO Pasir Mas.

Sakit PAS Pasir Mas untuk menundudukkan Ibrahim. Dalam  waktu yang muda dia berjaya mengalahkan PAS untuk jadi anggota Parlimen Pasir  Mas. Dia bermula sebagai hulubalang Ku  Li. Banyak kerja yang dibuatnya bagi pihak  Ku Li. Termasuk menjalankan kerja menentang Dr.  Mahathir sebagai Presiden UMNO dan sebelumnya membantu Ku  Li menentang Musa Hitam sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Apabila dia melihat Ku Li hilang bisa, dia terus menjadi hulubalang Dr. Mahathir pula. Dr. Mahathir memang pandai memungut  siapa  saja yang pernah menentangnya untuk menjadi hulubalangnya.

Tiada mudah bagi PAS menguasai Pasir  Mas. PAS tidak sukar menghadapi Annuar Musa tetapi tidak mudah berdepan dengan Ibrahim walaupun  dia tidak pernah menjadi orang pertama UMNO  di negeri itu.

Berkat pimpinan ulama PAS Kelantan  dan pimpinan Tok Guru Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan dan setelah S46 dibubarkan bagi menyertai UMNO, kekuatan Ibrahim mulai tercabar.

Dalam PRU 1999 Ibrahim  Ali dapat dikalahkan oleh Ustaz Ismail Noh dari  PAS. Pimpinan Annuar Musa dan Mustapa Mohamad tidak stabil. Mereka tidak dapat mengawal kerenah Ibrahim Ali. Kalau pimpinan UMNO negeri itu olehnya.

Bila UMNO diambil alih Abdullah Badawi, cara untuk mematikan politik Ibrahim ialah memecatkan dari UMNO  seumur hidup. Dia  lawan pimpinan UMNO Pasir  Mas yang pernah duduk di bawahnya. Dia cuba buktikan  dia lebih pintar dari  UMNO  Pasir Mas, dia bertanding bebas menentang BN dan PAS dalam PRU 2004. Bukan  saja dia kalah, BN pun kalah.

Lepas itu dia berbaik dengan Tok Guru Nik Aziz. Dia bersama PAS menentang  UMNO  seluruh Kelantan. Tetapi sekali-kali dia  tidak mahu menyertai PAS. Dengan kepintarannya dia dapat meyakinkan pimpinan PAS untuk menjadi calon PAS tanpa menyertai PAS. Ustaz Ismail Noh memberi laluan kepadanya menjadi calon PAS Pasir Mas menentang BN. Dia menang PRU 2008 dan jadi MP Pasir  Mas semula.

Dia enggan jadi MP PAS tetapi selesa jadi MP Bebas, tidak terikat dengan disiplin parti. Dia tidak  teragak-agak menyerang PAS dan kerajaan Kelantan. Bila Najib menggantikan Tun Abdulllah Badawi, dia banyak bercakap selari dengan dasar Najib. Dia berusaha  untuk mewakili BN di Pasir Mas dalam pilihanraya tanpa masuk UMNO.  Kerana dia dibuang dari UMNO seumur hidup, payah bagi UMNO menerimanya selagi Tun Abdullah hidup.

Tetapi dia berjaya meyakinkan Dr. M dan Najib bahawa dia boleh mengalahkan PAS. Dr. M berjaya mempengaruhi Najib memberinya menjadi calon menentang PAS tanpa jadi UMNO.

Seminggu sebelum Najib mengumumkan calon BN, saya menerima SMS, Ibrahim tidak disenaraikan sebagai  calon BN, tetapi calon BN tidak menyerahkan penamaannya bagi membolehkan Ibrahim berlawan satu  sama satu dengan PAS. Betul dia  saja menentang PAS bagi Parlimen Pasir Mas.

Bagaimana pun dia kalah juga. Dia  guna PAS lawan BN, dia menang. Dia guna UMNO dan BN untuk lawan PAS, dia tidak jadi orang bertuah lagi.

Tiada ulasan: