Ahad, 12 Mei 2013

MORALNYA...BAGAIMANA SUSAH DAN MALU....BELIAU TUNAIKAN JANJI...BAGAIMANA KITA

Ikatan PR buka laluan 'anak sulung' PAS di Melaka

LanH14, 12 Mei 2013
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan:  "Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199)

KETIKA berceloteh mengenai suasana hari penamaan calon di Melaka 20 April lalu, saya menyatakan ada 'kemajuan menarik' antara PAS dan DAP tatkala melihat buat pertama kalinya penyokong kedua-dua parti saling bercampur dengan bendera mereka (bulan dan roket) berkibaran berselang seli. Situasi itu tidak saya lihat pada PRU 2008 dan sebelumnya.

'Percampuran' itu terbukti membantu PAS dalam melahirkan anak sulungnya di bumi Hang Tuah (PAS melalui calonnya Dr Mohd Khalid Kassim menang di Bukit Baru, N17 dengan majoriti 48 undi) manakala DAP meraih manfaatnya apabila akhirnya berjaya mengakhiri legasi BN (MCA) di kawasan seperti Duyong (N23). Di Duyong, Pengerusi MCA Melaka yang juga penyandang kerusi itu, Dato' Gan Tian Loo ditewaskan oleh Pengerusi DAP negeri, Goh Leong San dengan majoriti 205 undi.

Tentunya kejayaan itu dibantu KeADILAN, dan ia menjadi lebih manis lagi apabila ikatan padu ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat itu melenyapkan ego Ketua Menteri, Dato' Seri Mohd Ali Rustam yang kecundang di kawasan Parlimen Bukit Katil (P137) dengan majoriti agak besar (5,447 undi) di tangan Pengerusi KeADILan Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin. Kekalahan Mohd Ali yang pernah mengadakan majlis kahwin anaknya yang dihadiri lebih 100,000 tetamu, diselubungi 'misteri' seperti terpadamnya lampu ketika pengiraan undi. Beliau menyalahkan rakyat terutama orang Cina yang dakwanya tidak pandai 'mengenang budi'.

Berdasarkan senario di Dun dalam Parlimen Bukit Katil (Bukit Baru, Bachang, Ayer Keroh dan Ayer Molek) dan Parlimen Bukit Katil sendiri, ada iktibar menarik yang boleh dijadikan panduan. Hanya kawasan inilah yang mencatatkan perubahan di Melaka; kawasan lain (luar bandar) tetap didominasi oleh BN manakala di bandar (terutama Kota Melaka) dimonopoli DAP.

Di Dun Bukit Baru, pengundi Melayunya ada kira-kira 55 peratus, Cina lebih kurang 40 peratus manakala India kira-kira 5 peratus. Dipercayai pengundi Melayu berpecah dua; dan apabila situasi ini berlaku, dengan undian pengundi Cina terutama daripada DAP menyebelahi calon PAS, maka tercatatlah sejarah Dr Khalid yang pernah menjadi Timbalan Pengarah Hospital Melaka, 'melahirkan anak sulung' PAS di negeri Hang Tuah.

Bagi Parlimen Bukit Katil (pengundi Melayunya 51 peratus, Cina 42 peratus dan India 6 peratus) faktor kebangkitan anak muda dan kesedaran sesetengah pengundi akan amalan korupsi dan seumpamanya, dibantu kejituan jentera dan penyokong PAS, KeADILan dan DAP serta kewibawaan dan kelantangan calonnya (Shamsul Iskandar), memberi sumbangan kepada kejatuhan Mohd Ali, ketua menteri selama lebih sedekad.

Jika ditinjau kemenangan DAP (Goh Leong San) di Duyong pula (pengundi Cina lebih 50 peratus, Melayu 45 peratus dan India 4 peratus), saya percaya selain daripada sokongan pengundi tegar DAP, kesediaan ahli dan penyokong PAS dan KeADILan untuk memberi undi kepadanya berdasarkan suntikan semangat Pakatan Rakyat; menyebabkan Tian Loo beserta penyokongnya daripada orang Cina dan Melayu tersungkur sama.

Rumusannya, kerjasama erat PAS, DAP dan KeADILan, membolehkan ketiga-tiga pihaknya mencatat kejayaan ditandingi calon mereka yang merupakan sejarah di bumi Hang Tuah. Penyokong rakan PAS dalam Pakatan Rakyat terutama DAP telah membuka laluan untuk PAS mencatat 'kelahiran anak sulung' dengan memenangi Dun Bukit Baru manakala penyokong PAS telah membantu calon DAP untuk menang di Dun seperti Duyong.

Berkenaan sahabat saya, Harun Mohamed yang bertanding di Dun Telok Mas (N23) seperti dicoretkan dalam keluaran lalu; syabas diucapkan kerana beliau berjaya merapatkan jurang majoriti kekalahan kepada hanya 701 undi (beliau mendapat 7,332 undi berbanding Latiff Tamby Chik memperolehi 8,033 undi), Mungkin undian penyokong DAP sebagai bantuan kepadanya masih tidak memadai untuk beliau menang kerana kawasan itu mempunyai pengundi Melayu yang tinggi (70 peratus) sedangkan Cina hanya 28 peratus.

Akhir sekali, syabas PAS Melaka kerana berjaya melahirkan anak sulung; pada PRU berikutnya diharapkan dapat melahirkan kembar yang banyak pula seterusnya mengetuai kerajaan baru rakyat; jadi terus bekerja keras dan berdoalah mulai sekarang! - http://lanh14.blogspot.com/
Bekas hakim mahu rizab Melayu diwujudkan di bandar

Bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah menyeru golongan Melayu agar bertindak dengan lebih agresif untuk mempertahankan hak golongan itu dan juga menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan pilihan raya umum 5 Mei.
Bercakap dalam seminar yang membincangkan mengenai kesan pilihan raya tersebut hari ini, Mohd Noor menyeru demikian kerana orang Cina didakwanya mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu itu melalui usaha untuk merampas kuasa politik.

"Pengkhianatan orang Cina terhadap ikatan setia kawan orang Melayu itu adalah benar oleh kerana mereka merancang untuk merampas kuasa politik setelah membolot kuasa ekonomi," katanya, mengulas keputusan pilihan raya tersebut.

Dakwaan mengenai pengkhianatan orang Cina itu mula timbul apabila keputusan pilihan raya umum 5 Mei menunjukkan BN hanya mampu menguasai 133 kerusi parlimen, berbanding 140 dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Bagaimanapun, Umno yang banyak bertanding di kerusi majoriti Melayu berjaya memperolehi sembilan lagi kerusi, berbanding hanya 79 kerusi pada 2008, walau parti BN yang bertanding di kerusi majoriti Cina – MCA dan Gerakan – kalah teruk dalam pilihan raya kali ini,

Di sisi Pakatan Rakyat pula, ramai calon Melayu menang di kerusi campuran, malah turut menewaskan calon pencabar dari kaum Cina.

Dalam ucapan selanjutnya, Mohd Noor mempertegaskan amaran bahawa orang Melayu akan membalas dendam sekiranya dikhianati.
"...Bagi orang Melayu, pantang larangnya, jangan dikhianati orang Melayu. Oleh kerana orang Melayu bila dikhianati, dia membalas dendam kesumatnya tak sudah-sudah," katanya.

Beliau turut menganjurkan agar penyusunan masyarakat itu turut melibatkan pewartaaan kawasan rizab Melayu di kawasan bandar bagi membolehkan kaum Melayu membangun dan menguruskan perniagaan bersama kaum Cina.

“Perlembagaan menyatakan tanah rizab Melayu dah diisytihar selepas merdeka kekal sampai bila-bila. Lepas merdeka, menteri besar dan exco boleh isytiharkan kawasan-kawasan Melayu dan beri jaminan perlembagaan apa kita boleh buat.

“Tanah rizab hendaklah diisytihar di kawasan bandar supaya orang Melayu boleh berniaga di kawasan bandar yang sebelum ini dimiliki oleh orang Cina.

"Istilah cantiknya ialah menyusun semula masyarakat. Tapi istilah kasar ialah (membolehkan) orang Melayu berhijrah supaya gedung-gedung yang kita lihat dibandar sama-sama dimiliki, bukan melihat sahaja,” katanya.

Berucap dalam seminar yang dihadiri kira-kira 300 peserta itu, Mohd Noor mencadangkan agar penyusunan semula masyarakat itu dijalankan dalam tempoh 10 tahun.

Katanya, walaupun setelah 56 tahun merdeka, kekayaan orang Melayu masih lagi tidak mencapai sehingga 20 peratus di negara ini.

“Sudah 56 tahun berlalu, kita masih memiliki tidak sampai 20 peratus kekayaan negara ini.

“Susunlah strategi supaya dalam masa 10 tahun ini, Yang Dipertuan Agong mengarahkan badan-badan pihak berkuasa untuk jamin supaya kekayaan negeri ini dimiliki kita sebanyak 67 peratus.

“Orang Melayu harus kenal siapa sekutu kita, siapa sedara-mara kita,” katanya lagi.

Turut hadir menjadi ahli panel ialah bekas pro-canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Abdul Rahmad Arshad serta timbalan presiden PAS Datuk Nasharuddin Mat Isa.
Khalid angkat sumpah esok?
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
12 Mei 2013
Abdul Khalid Ibrahim
Abdul Khalid Ibrahim
SHAH ALAM - Setelah seminggu kontroversi membabitkan jawatan menteri besar Selangor bertebaran, Naib Presiden PKR, Tian Chua memberitahu esok akan berlangsungnya upacara angkat sumpah bagi jawatan itu.

Menyifatkan "tidak ada isu", perkara berkenaan jawatan menteri besar itu sudah selesai dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah dipersetujui untuk dilantik semula sebagai menteri besar.

"Kita sudah buat temu janji dengan pihak istana (untuk angkat sumpah) Isnin (esok)," katanya kepada Sinar Harian Online.

Pertikaian jawatan Menteri Besar Selangor berlarutan sejak seminggu lalu sebaik sahaja keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang terus memihak kepada Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini.

Perkara ini menjadi isu apabila PKR hanya memenangi 14 kerusi berbanding Pas dan DAP yang masing-masing memperoleh 15 kerusi.

Kelayakan PKR mula dipersoalkan.

Mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, menteri besar mestilah dari kalangan Melayu Islam.

Maka dalam perkara ini, DAP terkecuali daripada menjawat jawatan berkenaan.

Pas pula dari awal lagi menyatakan sokongan kepada PKR iaitu penyandang sebelum ini, untuk kekal menjawat jawatan menteri besar Selangor. Sokongan sama disuarakan oleh DAP.

Namun kemelut ini semakin meruncing apabila Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan pimpinan PKR Selangor menyatakan pihaknya langsung tidak dirunding berhubung jawatan itu.

Azmin berkata, pelantikan Menteri Besar Selangor harus melalui konsensus dan tidak boleh diputuskan oleh individu tertentu sahaja.

Azmin mendakwa Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah menghantar senarai nama Menteri Besar kepada Sultan untuk perkenan terlebih dahulu.

Beberapa jam selepas sedang media Azmin, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan memberitahu, Khalid telah dipersetujui sebagai Menteri Besar Selangor.

Ujarnya, dua nama telah diangkat namun perikatan itu sepakat memilih Khalid.
Richard Branson tunai pertaruhan jadi pramugari

12 Mei 2013
Richard Branson tunai pertaruhan jadi pramugari
Richard Branson (dua kari kanan) tersenyum ketika sidang akhbar di LCCT, Sepang. - Foto EPA
Richard Branson
Tony Fernandes (kanan) bergambar bersama Richard Branson di LCCT, Sepang hari ini. - Foto EPA
SEPANG - Penerbangan AirAsia X ke Kuala Lumpur dari Perth, Australia mendarat di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), di sini dengan hartawan penerbangan Sir Richard Branson memakai mekap dan kasut tumit tinggi, bertugas sebagai pramugari dalam penerbangan itu,

Memakai pakaian seragam berwarna merah pramugari syarikat penerbangan itu, pengerusi Virgin Group itu, bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan penumpang penerbangan A330 itu tiba di LCCT pada 12.30 tengah hari dan disambut lebih 50 orang yang 'terhibur' dengan penampilan Branson.

Beliau berlepas dari Perth awal hari ini dengan penerbangan amal bagi mengumpul dana itu bagi menunaikan janjinya setelah kalah dalam pertaruhan dengan Fernandes pada Grand Prix lebih dua tahun lepas.

Pertaruhan itu berjaya membantu Branson yang memakai skirt merah seksi itu untuk mengumpul sumbangan kira-kira AU$300,000 untuk disalurkan kepada Starlight Children's Foundation di Australia.

Pertaruhan antara Branson dan Fernandes berlaku lebih dua tahun lepas berhubung mana satu pasukan Formula Racing pilihan mereka menamatkan saingan pada kedudukan lebih tinggi pada Grand Prix Formula One 2010 di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu.

Team Lotus pilihan Fernandes menamatkan saingan di tempat ke-10 manakala pasukan pilihan Branson, Marussia Virgin Racing di tempat ke-12 pada ranking final.

Semasa ditemui pemberita, Fernandes berkata penerbangan itu merupakan satu daripada penerbangan "menarik dan menyeronokkan" yang dialami beliau dan penumpang, dan menurutnya sungguh mengagumkan bagaimana pertaruhan seumpama itu boleh menjadi acara media dan berjaya mengumpul dana untuk golongan memerlukan.

Branson dalam ucapan ringkasnya berkata beliau gembira akhirnya dapat menunaikan janjinya itu dan membantu dalam aktiviti amal.

"Saya gembira dengan kesudian Tony (Fernandes), yang saya kalah dalam pertaruhan dengannya, bersedia membantu saya dalam penerbangan ini. Saya percaya kami melayani penumpang dengan baik dan mereka terhibur. Ia sungguh menyeronokkan," katanya.

Ditanya sama ada akan ada lagi pertaruhan antara mereka, Fernandes berkata beliau dan Branson mahu berehat seketika dan menumpukan pada perancangan masa depan.

"Beliau mahu saya pergi ke angkasa dengan beliau dan mungkin saya akan pergi dan mungkin apabila kami berada di bulan, ada sesuatu untuk kami bertaruh," katanya.
 - Bernama 

Anak Semua Bangsa: Simpan gambar, posting ini sebagai bahan sejarah
Posted on Sunday, May 12 @ 19:34:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: setisab

"Black 505 Pekan Batu Kawan

Suara Rakyat Suara Keramat

Simpan gambar, posting ini sebagai bahan sejarah. Kelak anak cucu semua bangsa rakyat Malaysia tercinta akan kenang betapa zalimnya regim Umno BN.

Sejarah tercatat regim zalim Umno BN berkuasa di bumi Malaysia tercinta ini melalui satu pilihan raya yang sarat dengan penipuan dan pengkhianatan terhadap agama, bangsa dan negara. Akan turut tercatat dalam lipatan sejarah; Kebangkitan rakyat menuntut pilihan raya umum yang bersih dari segala noda penipuan Umno BN. Suara Rakyat Suara Keramat

Pekan Batu Kawan, yang terletak di koridor selatan Pulau Pinang, dibanjiri lautan manusia yang menghadiri perhimpunan Black 505 Pakatan Rakyat di stadium di situ malam tadi.

Diadakan tiga hari selepas 120,000 orang membanjiri perhimpunan yang sama di Kuala Lumpur, perhimpunan di Pulau Pinang malam tadi turut disertai mereka dari negeri jiran - Kedah dan Perak.

Terdapat juga peserta dari Selangor dan Negeri Sembilan yang mengibarkan bendera negeri masing-masing tanpa henti di tengah-tengah simbol roket (DAP), bulan (PAS) dan mata (PKR).

Lapan puluh lima peratus hadirin yang berbilang kaum itu adalah orang muda lelaki dan wanita, yang datang seawal jam 6 petang dengan menaiki kereta dan motosikal, membawa bendera parti dan kain rentang, serta meniup vuvuzelas di dalam stadium yang penuh sesak.

Pekan Batu Kawan Black 505

Sejak pukul 4 petang, Lebuhraya Utara-Selatan telah sesak dengan kereta yang merangkak melalui laluan keluar Bukit Tambun ke Batu Kawan - yang merupakan tempat makanan laut yang terkenal.

Pemimpin Pakatan seperti Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ADUN Seberang Jaya ADUN Dr Afif Bahardin, meninggalkan mereka sekurang-kurangnya lima kilometer jauhnya untuk sampai ke stadium, yang bergemerlapan dengan gerai-gerai yang dihiasi lampu berwarna-warni.

 Pekan Batu Kawan Black 505

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba pada kira-kira jam 9 pagi disambutkan dengan tepukan ketika melangkah masuk ke dalam stadium - yang berkapisiti memuatkan 80,000 orang.

Sepanjang perhimpunan selama empat jam itu, hadirin membawa kain rentang dan sepanduk yang mengecam sikap perkauman, dengan mesej seperti "Kita semua rakyat Malaysia" dan "Tsunami Rakyat".

Ini adalah reaksi balas terhadap tuduhan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa 'tsunami Cina' mengakibatkan parti-parti komponen bukan Melayu dalam BN kalah teruk, apabila mereka mengundi Pakatan, sekaligus memberinya 51.4 peratus undi popular berbanding dengan BN 48.6 peratus.

Apa lagi yang rakyat Malaysia mahu?

Anwar dalam ucapannya menyentuh tentang kekecewaan rakyat terhadap komen Najib itu serta kontroversi laporan muka depanUtusan Malaysia yang bertajuk 'Apa lagi Cina mahu'.

"Biarlah 'Brother' Anwar jawab soalan-soalan itu," katanya sambil menegaskan bahawa orang Cina, Melayu, India, Dayak dan Kadazan mahukan pilihanraya yang bersih dan adil dan mereka mahu kekayaan rakyat dikembalikan dan tidak dirompak oleh BN atau Umno.

  Pekan Batu Kawan Black 505
"Pilihan raya ini sebagaimana yang dikatakan oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said adalah ibu segala penipuan," kata Anwar sambil berkata pihaknya mempunyai bukti dan mahu Suruhanjaya Pilihan Raya menjelaskannya kerana "mereka tidak boleh menipu rakyat Malaysia".

"Mereka telah menipu sebelum ini dan kita memaafkan mereka. Dalam PRU13 ini, kami menuntut jawapannya sekarang!" katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

Sementara itu, dalam ucapannya, Lim yang sangat gembira dengan jumlah kehadiran malam tadi, berkata Pakatan memecahkan rekod sekali lagi dengan menarik kehadiran 125,000 walaupun tempat perhimpunan itu ditukar dalam masa yang singkat dari Stadium MPSP di Bukit Mertajam ke Batu Kawan dalam masa sehari.

Pekan Batu Kawan Black 505
Katanya, terdapat ribuan lagi di luar stadium yang tidak dapat masuk kerana bahagian dalamnya sesak dengan hadirin.

Beliau berikrar untuk menjaga kebajikan semua rakyat Pulau Pinang, termasuk penyokong BN, dan berkata "Kami akan berbuat demikian walaupun kita tidak faham mengapa mereka menyokong BN, tetapi kita tidak menyalahkan sesiapa."

Beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka yang pertama kali mengundi dan pengundi wanita kerana memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat, sambil menambah bahawa mereka mengundi gabungan itu kerana mereka mahu masa depan yang cerah.

"Berbeza dengan apa yang Najib kata, tsunami ini melibatkan semua orang. Terdapat hanya 25 peratus pengundi Cina dan Pakatan memperolehi 51.4 peratus undi popular, apa jadi dengan baki 26 peratus lagi?" dia disoal.

"Jangan beritahu saya mereka adalah undi Bangla," katanya berjenaka, yang disambut dengan sorakan gemuruh hadirin.

Ada yang beredar jam 3 pagi

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, pula menceriakan hadirin dengan ucapannya yang menyindir SPR.

"SPR kata, dakwat kekal, tapi ia tak boleh tahan walaupun untuk satu jam. Hah! Hah! Hah!" beliau ketawa, dan hadirin turut ketawa bersama-sama.

Katanya, mereka tidak malu untuk mengatakan bahawa ini adalah pilihan raya yang paling bersih dan paling adil.

Mat Sabu mendakwa bahawa telefon bimbitnya telah digodam di mana mesej perkauman seperti "Hidup Cina, Melayu Mampus" telah dihantar kepada orang ramai, dengan beberapa orang memanggil memarahinya kerana didakwa berbuat demikian.

"Saya tidak pernah menghantar mesej itu dan saya tidak tahu siapa yang menggodam telefon bimbit saya. Tetapi anda tahu mereka yang sering bermain dengan isu-isu perkauman seperti itu," katanya, dan orang ramai melaungkan 'Umno'.

Kira-kira 10 pemimpin lain bergilir-gilir mereka untuk bercakap di majlis tersebut yang berakhir pada kira-kira tengah malam, tetapi orang ramai masih tidak meninggalkan perkarangan stadium itu."


 Najib dah minta bukti, beri saja!!!!!!!!!!
Posted on Sunday, May 12 @ 19:24:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: notan

"Assalamualaikum,,

Najib minta bukiti penipuan PRU 13. Najib minta bukti blackout dan minta bukti Bangla. Kata Najib kalau ada SATU DUA tunjukkan kita akan terima.

Ternyata Najib tidak boleh lepas dari sikap bidan kampungnya, seorang bidan kampung yang ditunjukkan kebaikan melahirkan anak di hospital masih tetap berdegil mahukan bukti kebaikan itu.

Itulah Najib, penipuan terbuka jelas di depan mata rakyat, tapi dia tetap dengan cara bidan kampungnya, mahukan bukti.Oleh kerana Najib dah minta bukti, kita beri sajalah.

Walaupun belum tentu bukti yang diberikan itu nanti diakui Najib atau tidak.Bangla, Nepal, Indon, pakistan, India dan lain lain warga negara asing yang ditangkap di pusat mengundi sehingga kini dinafikan Najib.

Oleh itu kalau diajukan bukti ini kepada Najib, mungkin dia berkata nampak macam Bangla, cakap macam bangla tapi bukan Bangla, mereka rakyat Malaysia yang lahir di Bangladesh sahaja.

Begitu juga black out, kalau sekarang Najib menafikannya, tidak ada sebab Najib tidak akan menafikan lagi apabila bukti dikemukakan.Hatta dakwat kekalpun mungkin masih akan dinafikan lagi. Kemungkinannya begitu apabila mahkamah pilihanraya menolak petisyen yang akan dikemukakan. Boleh dijangka penolakan ini akan berlaku berdasarkan kata kata Najib.

Penolakan kepada bukan DUA TIGA kes tetapi mungkin bertimbun kerana hakim sudah diarahkan untuk menolak petisyen, Seandainya ini berlaku bertambahlah satu lagi budak suruhan UMNO. Tetapi kita berharap Hakim Hakim ini akan dibolak balikkan hati mereka oleh ALLAH untuk menerima kebenaran.

Tetapi seandainya tetap berlaku penolakkan petisyen di kawasan yang tiada syak lagi berlaku penipuan, apa tindakan kita, rakyat yang cintakan kebenaran dan kejujuran?"



Pas Bagan Parit Sulong and Cananglahnie Original shared Pemuda Padang Terap's photo.
Ada orang jumpa kertas undi di buang.. Kertas itu kebanyakkan pangkah PAS.. Lokasi Kijing, Marang, Terengganu... Penipuan apakah ini??-- Sumber Fb Budak Kampung Masakini
Ada orang jumpa kertas undi di buang.. Kertas itu kebanyakkan pangkah PAS.. Lokasi Kijing, Marang, Terengganu... Penipuan apakah ini??-- Sumber Fb Budak Kampung Masakini
 MB Terengganu Otak Lembu dan Angkuh, Sombong.
Posted on Sunday, May 12 @ 19:12:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: mohdnoorawang

"Menteri Besar Terengganu Dato' Sri Ahmad Said mengeluarkan kenyataan yang paling bodoh dalam sejarah menteri besar UMNO/BN Terengganu. Bodoh sombong, ego, angkuh terpapar keluar dalam diri Ahmad Said sebagai menteri besar UMN/BN.

Kenyataan Ahmad Said selepas angat sumpah dihadapan Al-Sultan Terengganu, membuat kenyataan yang tidak masuk akal fikir seoarang menteri besar dan rakyat Terengganu. Dalam ruang terhadkami tak nak ulang apa yang diperkatakn oleh Ahmad Said atau Mat Zoo.

Ahmad Said menteri besar dengan nombor 17-15. Untuk rekod BN/UMNO Terengganu hanya menang PRU yang laau hanya 17 kerusi DUN dari 32 DUN. UMNO/BN Terengganu hampir tumbang.

Ahmad Said berkata 15 DUN yang dimenangi oleh PAS/PKR atau Pakatan rakyat akan di anak tiri dalam semua bentuk pembangunan dan tiada pegawai penbangunan dun dan parlimen.yang selalu diamalkan oleh UMNO/BN.

Jika demikian eloklah segala hasil dan cukai dibahagi dua diantara PR dan BN. Dan peruntukkan parlimen atau wakil rakyat Dun perlu diberi sama rata kepada wakil rakyat PAS/PKR seperi yang diterima oleh wakil rakyat BN/UMNO.

Wahai Ahmad Said kenapa anda berdendam begitu jahat terhadap DUN/Parlimen dan pengundi yang dimenangi oleh PR/PAS dan PKR. Kita semua rakyat Terengganu dibawah Al-Sultan Terengganu.

Kita mengharapkan MB Terengganu yang bernama Ahmad Said jangan jadikan anda otak lembu dan otak haiwan yang ada dalam zooBukit Takal Kemaman.

Ayuh kita bina Terengganu dengan wang minyak ratusan juta satu tahun jangan ada dendam yang bodoh. Ingat Ahmad Said gagal dan mundur dalam bajet RM10 billion selama 5 tahun berkuasa."


Md Yusof shared Murshid Haji Maktar's photo.
Dosa yang lebih besar dari berzina 
Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Kerudungnya menutup hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.


Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil memberi salam. 

Maka terdengarlah ucapan dari dalam,
"Silakan masuk"

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya
berderai tatkala ia berkata, 
"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." 

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

"Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik..

"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina".

Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan, 
"Dari perzinaan itu saya pun... hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. 

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, 
"Perempuan bejad, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa.. 

Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu.. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. 

Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,
"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" 

Nabi Musa terperanjat. 
"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" 
Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. 
"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?" 

"! Ada!" jawab Jibril dengan tegas. 

"Dosa apakah itu?" tanya Nabi Musa.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan
tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. 

Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.


Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.

.
.
.
Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal. ♥sharing is caring ♥
Dosa yang lebih besar dari berzina
Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Kerudungnya menutup hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.


Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil memberi salam.

Maka terdengarlah ucapan dari dalam,
"Silakan masuk"

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya
berderai tatkala ia berkata,
"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

"Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik..

"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina".

Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan,
"Dari perzinaan itu saya pun... hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik,
"Perempuan bejad, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa..

Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu.. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,
"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?"

Nabi Musa terperanjat.
"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?"
Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.
"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"

"! Ada!" jawab Jibril dengan tegas.

"Dosa apakah itu?" tanya Nabi Musa.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan
tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.


Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.

.
.
.
Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal. ♥sharing is caring ♥
Contoh pemimpin....
Memang susah nk cari isteri setaat Kak Wan. Dapatkah kita selami hati Kak Wan bila keluarganya difitnah sehina demikian. Dapatkah kita rasakan bertapa Kak Wan menjelajah seluruh negara untuk membersihkan nama suami yang dicintainya. Aku percaya, disebalik kehebatan DSAI, terselit ketabahan wanita ini.

¤ alif
Putra Dino shared Cukuplah Allah bagiku's photo.
Photo
Muhasabah diri...
20 Kesan Dosa dalam kehidupan harian...

1-Hati tertutup daripada menerima taufiq dan hidayah.

2-Hidup penuh kesesatan.

3-Ditimpa bala atau cubaan yang tiada pahala baginya.

4-Segala amal kebajikan tidak mendapat keberkatan.

5-Kehidupan dipengaruhi oleh hawa nafsu dan syaitan.

6-Hati lupa pada nikmat dan azab Allah SWT.

7-Tergolong dalam golongan orang yang mendustakan agama.

8-Tiada perlindungan dan pertolongan Allah SWT.

9-Tiada keberkatan dalam hidup.

10-Akhlak dan moral tercemar.

11-Tergolong dalam golongan orang munafiq.

12-Disempitkan rezeki oleh Allah SWT.

13-Hidup dalam kehidupan yang boleh membinasakan diri sendiri dan orang lain.

14-Dibenci oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.

15-Dicabut iman oleh Allah SWT.

16-Hidup penuh kepura-puraan.

17-Tiada kebahagiaan hidup di Akhirat.

18-Tergolong dalam golongan orang yang mendapat kerugian di dunia dan Akhirat.

19-Mendapat azab yang pedih di Akhirat.

20-Dimasukkan kedalam neraka yang paling bawah.


Kitab Taubat Pasport Ke Syurga. M/S: 59-70.
20 Kesan Dosa dalam kehidupan harian...

1-Hati tertutup daripada menerima taufiq dan hidayah.

2-Hidup penuh kesesatan.

3-Ditimpa bala atau cubaan yang tiada pahala baginya.

4-Segala amal kebajikan tidak mendapat keberkatan.

5-Kehidupan dipengaruhi oleh hawa nafsu dan syaitan.

6-Hati lupa pada nikmat dan azab Allah SWT.

7-Tergolong dalam golongan orang yang mendustakan agama.

8-Tiada perlindungan dan pertolongan Allah SWT.

9-Tiada keberkatan dalam hidup.

10-Akhlak dan moral tercemar.

11-Tergolong dalam golongan orang munafiq.

12-Disempitkan rezeki oleh Allah SWT.

13-Hidup dalam kehidupan yang boleh membinasakan diri sendiri dan orang lain.

14-Dibenci oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.

15-Dicabut iman oleh Allah SWT.

16-Hidup penuh kepura-puraan.

17-Tiada kebahagiaan hidup di Akhirat.

18-Tergolong dalam golongan orang yang mendapat kerugian di dunia dan Akhirat.

19-Mendapat azab yang pedih di Akhirat.

20-Dimasukkan kedalam neraka yang paling bawah.


Kitab Taubat Pasport Ke Syurga. M/S: 59-70.
Putra Dino shared Himpunan kata-kata Ustaz Azhar Idrus's photo.
Boleh share untuk manfaat bersama~

We <3 @[352931258098719:274:Himpunan kata-kata Ustaz Azhar Idrus]
Boleh share untuk manfaat bersama~
Alwi Bakri Luddin shared Ibnu Al-Khams Official's photo.
pesan Murobbi, Ustaz Ahmad Yahaya :

"orang yang MENANG adalah orang yang sentiasa ISTIQAMAH di dalam perjuangan".
pesan Murobbi, Ustaz Ahmad Yahaya :

"orang yang MENANG adalah orang yang sentiasa ISTIQAMAH di dalam perjuangan".
D'Din Din shared Ραкαтαη яαкүαт εlεcтισηs ηεωs's photo.
Hukuman antara pencuri lembu rakyat dan kak jat..!

~ LOG
Hukuman antara pencuri lembu rakyat dan kak jat..!
Alwi Bakri Luddin shared Rohawati Abidin's photo.
Kita Semua Anak Bangsa Malaysia menolak fahaman perkauman! Malaysian Against RACISM, say NO to racism!

Kejayaan tidak akan dikecapi tanpa penglibatan semua Anak Bangsa Malaysia tanpa mengira fahaman dan idealogi politiknya. Bersama kita harungi terutamanya warga Manjung bagi merealisasikan agenda ke arah Manjung Lestari, kita semua adalah nadi penggeraknya.
Alwi Bakri Luddin shared Ustaz Haslin Baharim a.k.a Ustaz Bollywood's photo.
Fahami maksud dan kata2 Ustaz Ismail Kamus

sila share
Fahami maksud dan kata2 Ustaz Ismail Kamus

D'Din Din shared Sukha Sukhie's photo.
SAMPAI KE SUDAH PUAK MACAI TAKKAN FAHAM....
SAMPAI KE SUDAH PUAK MACAI TAKKAN FAHAM....
D'Din Din shared Sukha Sukhie's photo.
JAWAPANNYA IALAHHHHHHHHH........FAKTA+AUTA...= UMNO ITU UNTA...HUKHUK..MACAM TAIK...TUMFUK TUMFUK TAIK UNTAAA...
JAWAPANNYA IALAHHHHHHHHH........FAKTA+AUTA...= UMNO ITU UNTA...HUKHUK..MACAM TAIK...TUMFUK TUMFUK TAIK UNTAAA...
Vote Pakatan Rakyat was tagged in Kembara Hijau's photo. — with Hj Ismail Hj Abidin.
'KITA BERJUANG kerana mencari REDHA ALLAH'
- Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, Timbalan Mursyidul Am PAS.

sumber : https://www.facebook.com/harondin/posts/10151427716951947
'KITA BERJUANG kerana mencari REDHA ALLAH'
- Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, Timbalan Mursyidul Am PAS.

sumber : https://www.facebook.com/harondin/posts/10151427716951947
Aqil Aq shared Hidup Biar Bermaruah, Mati Biar Syahid's photo.
Selagi nyawa dikandung badan selagi tu lah ambo akan memperjuangkan Islam. Biarlah saat nyawa dipisahkan dari badan ambo yang menjadi titik noktah perjuangan ambo. Demi tanah air ambo yang tercinta, demi negeri Cik Siti Wan Kembang, demi Islam dan demi Allah swt. Sebelum ambo mati, ambo pasang niat nok tengok Malaysia diperintah oleh kerajaan yang memperjuangkan Islam walaupun sekali."- TG NIK AZIZ NIK MAT
Baru betul
Baru betul
Like · · · about an hour ago via mobile ·
Cananglahnie Original shared Info PRU13 Kelantan's photo.
Photo
Like · · · about an hour ago ·
Aqil Aq shared Blackout 505. Suara Rakyat Suara Keramat's photo.
admin agak tersentuh bila ada comment menghentam peserta Blackout505 2.0 yang tidak bersolat kerana terperangkap dalam jammed.. jadi ini jawapan admin

N.A
admin agak tersentuh bila ada comment menghentam peserta Blackout505 2.0 yang tidak bersolat kerana terperangkap dalam jammed.. jadi ini jawapan admin

N.A
Aqil Aq shared Hehehe ~(Ketawa Sopan)~'s photo.
Yang percuma & dapat pahala ramai yang tak nak..
Yang berbayar & dapat dosa ramai yang berebut2 nak..
Pelik2 je manusia sekarang..^_^


Jom LIKE @[115400698570923:274:Rahsia Wanita] <3
Yang percuma & dapat pahala ramai yang tak nak..
Yang berbayar & dapat dosa ramai yang berebut2 nak..
Pelik2 je manusia sekarang..^_^
Aqil Aq shared Shabri Ismail's photo.
Amacam umno dan MCA!!!! cemburu ek???
Amacam umno dan MCA!!!! cemburu ek???
Cananglahnie Original and Mohd Sapine shared Pejuang Keadilan III's photo.
Kami Pakatan Rakyat anti rasis perkauman Umno

@Batu Kawan
Kami Pakatan Rakyat anti rasis perkauman Umno

@Batu Kawan
Pas Bagan Parit Sulong shared Pencinta Kebenaran's photo.
Sebab Melayu PR sokong DAP
Sebab Melayu PR sokong DAP

Pas Bagan Parit Sulong shared Dewan Pemuda PAS Kedah's photo.
Perkemas tarbiyyah diri
Perkemas tarbiyyah diri
Pas Bagan Parit Sulong shared 廉政资讯网's photo.
马来西亚丑闻,制度倒转!!

在民主的过程里,一般都是少数服从多数。
唯独在大马,却是多数得服从少数。
真不知道,这门知识,又从哪儿学来的!


根据维基显示的数据:
(Barack Obama 332 )
( Mitt Romney 206 )
马来西亚丑闻,制度倒转!!

在民主的过程里,一般都是少数服从多数。
唯独在大马,却是多数得服从少数。
真不知道,这门知识,又从哪儿学来的!


根据维基显示的数据:
(Barack Obama 332 )
( Mitt Romney 206 )

Laxim Zakaria shared Hijau Nan Indah's photo.
Pesanan @[195600903791298:274:Ustaz Azhar Idrus ( Original )]... :)

Untuk jadi isteri solehah kena bersiap dari awal, belajar agama, rajin memasak dan rajin mengemas tapi bukan rajin update status di FB & Twitter 24jam... :)

[Jika Bermanfaat, Jangan Segan Untuk Sebarkan]
Pesanan Ustaz Azhar Idrus ( Original )... :)

Untuk jadi isteri solehah kena bersiap dari awal, belajar agama, rajin memasak dan rajin mengemas tapi bukan rajin update status di FB & Twitter 24jam... :)

[Jika Bermanfaat, Jangan Segan Untuk Sebarkan]
Ali Proton Edar shared Mencari Keredhaan Illahi's photo.
Hargai Ibu kita setiap hari,
Bukan setahun sekali.

by : @[100001091346536:2048:Safiyah Layyinul Harir]
LIKE ~> @[326407300790441:274:MKI collection] / @[563410323698933:274:bercInTa saTu aNugeraH]
Hargai Ibu kita setiap hari,
Bukan setahun sekali.
Pas Bagan Parit Sulong shared MiLo SuaM's photo.
Walaupun PAS merupakan parti untuk orang Islam sahaja, tapi ia telah berjaya menyatukan bangsa-bangsa Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak, Murut dan banyak lagi.
'SHARE' jika anda setuju.. J:D~
Walaupun PAS merupakan parti untuk orang Islam sahaja, tapi ia telah berjaya menyatukan bangsa-bangsa Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak, Murut dan banyak lagi.
'SHARE' jika anda setuju.. J:D~

Tiada ulasan: