Ahad, 12 Mei 2013

DIA NI OK KE...TAK OK....ADA IA BERCAKAP DIZAMAN MELAKA BELUM DIJAJAH...SAMASA PARAMESWARA DARI PELEMBANG MEMBUKA MELAKA...ORANG PELEMBANG YANG BUKA MELAKA...IKUT SEJARAH LAH...KITA NAK RAKYAT HIDUP HARMONI ATAU SEBALIKNYA...KITA TUNGGU KOMEN PIHAK YANG MENJAGA KEAMANAN@KESELAMATAN

Tsunami apa lagi Najib mahu?

ULASAN Selayaknya pemimpin yang bercita-cita besar tetapi tewas seperti Anwar Ibrahim berasa kecewa dan tidak berpuas hati.

Beliau segera menggerakkan penyokong Pakatan Rakyat ke stadium Kelana Jaya malam ini, hanya tiga hari selepas pilihan raya umum berlalu, sebagai bantahan simbolik.

NONETokoh PKR itu tidak seperti pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang lain, ketewasan dalam pilihan raya umum tidak disusuli dengan fasa menjeruk rasa dan bersantai selama beberapa bulan.

Anwar segera bangkit - jika dipandang sepintas lalu, kesegeraan yang tampak berang dan meroyan - satu gejala "politik baru" pembangkang.

Namun, beliau tidak kecewa dan meroyan seorang diri. Perdana menteri yang gagal ditumbangkannya Najib Abdul Razak juga kelihatannya masih terkejut dengan keputusan awal pagi Isnin lalu.

Hakikatnya, prestasi BN bawah pimpinan beliau jatuh merudum berbanding Abdullah Ahmad Badawi, yang diserang oleh Dr Mahathir Mohamad selama beberapa tahun sebelum Mac 2008.

NONESelain Mahathir sendiri, Najib malah turut dibantu oleh sekutu-sekutu mantan perdana menteri itu, Daim Zainuddin (kiri) dan Sanusi Junid.

Namun, kemerosotan BN tidak dapat dihalang-halang lagi. Seperti arus deras, ditahan di utara (Kedah), melimpah pula di selatan (Johor) dan timur (Terengganu dan Sarawak).

Bagaimanapun, Najib patut bersyukur kerana masih dapat mengangkat sumpah sebagai perdana menteri dalam keadaan kerajaannya menikmati majoriti "agak selesa", 22 kerusi parlimen.

'Madu & racun di tanganmu'
Tetapi perdana menteri rupa-rupanya masih tetap kecewa dan nada meroyannya - meroyan gaya orang menang - akibat kekecewaannya itu disebut "tsunami Cina".

Sehari selepas itu, akhbar-akhbar milik Umno mengukuhkan lagi kesasauannya dengan melaungkan slogan meroyannya itu.

NONEUtusan Malaysia di muka depannya semalam bertanya "Apa lagi yang Cina mahu?", sementara tabloid sekutunya Kosmo! menuduh pengundi kaum itu sebagai "talam dua muka"!

Najib dan Umno membangkitkan isu perkauman atas sikap pengundi itu yang meninggalkan parti-parti komponen BN itu secara besar-besaran.

Maka, dikatakan ia satu "polarisasi" trend pengundian yang memerlukan "national reconciliation", perukunan semula hidup bernegara.

azlanSeperti slogan 1Malaysia Najib yang menguatkan pertubuhan PERKASA, malan tokohnya diberi peluang mewakili BN, "national reconciliation" diikuti cercaan akhbar-akhbar Umno terhadap Cina.

Di sisi ini, lagu sindiran Anwar terhadap Najib mungkin ada benarnya: "madu di tangan kananmu, racun di tangan kirimu, aku tak tahu mana yang akan kau berikan padaku. Aku tak tahu, mana yang akan kau berikan padaku."

Lagu popular Indonesia yang sering dipentaskan Anwar ini dijawab oleh Najib sewaktu kempen pilihan raya lalu di Sabah.

Perdana menteri menjawab: BN-lah madunya, sementara Pakatan Rakyat-lah racunnya.

Menang jadi arang
Sebab itu pula pengundi mengekalkan status quo pilihan raya umum 2008 (kecuali tambahan tujuh kerusi parlimen): Pengundi "tak tahu, mana yang akan BN atau Pakatan berikan padaku".

Maka, Najib dan Anwar tidak faham kebingungan rakyat ini. Perdana menteri menyalahkan Cina, Pakatan menyalahkan sistem pilihan raya.

NONESelayaknya begitulah nasib kedua-dua tokoh ini yang sudah terkena sumpahan "menang jadi arang, alah jadi abu". Kedua-duanya dibakar hangit oleh pengundi.

Tetapi di pihak Najib dan Umno, Cina pula dijadikan arah sumpahannya.

Seperti Umno sering menyalahkan Melayu sebagai "pengkhianat bangsa" atau "tidak bersyukur" apabila pengundi kaum itu sendiri meninggalkan Umno dan mengkritik kerajaan BN.

Seperti Mahathir menuduh penentangnya dan Gerakan Reformasi 1998 sebagai "ejen negara asing" sewaktu kepimpinannya dipersoalkan habis-habisan.

Polarisasi antikerajaan, propembangkang
Dia perasan dan mengangkatkan dirinya sebagai "Malaysia" dan penentangnya "orang asing".

Seperti Umno perasan dialah Melayu dan membayangkan Melayu itulah Umno. PAS itu bukan Melayu dan sebagai sumber perpecahan serta pengkhianatan bangsa.

azlanTetapi sewaktu Cina berbondong-bondong menyokong MCA atau Gerakan, tidak pula kaum Tionghua dituduh mengamalkan "polarisasi" trend pengundian!

Tidakkah itu satu bentuk "polarisasi" juga apabila Melayu hanya menyokong Umno atau PAS; dan Cina menyokong DAP atau MCA?

Polarisasi ini, kalau inilah istilahnya, hanya polarisasi arus antikerajaan BN dengan arus prokerajaan BN.

Jadi, kenapa harus Cina pula dijadikan sasaran? Untuk menakut-nakutkan Melayu? Melayu mana yang ingin ditakut-takutkan itu - Melayu atau Umno?


FATHI ARIS OMAR seorang editor kanan di Malaysiakini.
Bekas hakim: Pastikan hanya Melayu jadi MB

Bekas hakim mahkamah rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah mencadangkan agar parti yang berjaya menguasai pentadbiran negeri untuk meminda undang-undang tubuh negeri masing-masing bagi memastikan hanya orang Islam-Melayu boleh dilantik menjadi menteri besar.
Menurut Mohd Noor, sesebuah parti itu mesti menang dengan majoriti kerusi untuk membolehkan seseorang wakilnya dilantik sebagai menteri besar.

Bagi syarat yang kedua, seorang menteri besar atau ketua menteri mestilah orang Melayu dan beragama Islam, katanya.

Mengikut peruntukan tersebut, Raja atau Sultan bagaimanapun boleh melonggarkan syarat kedua menurut kuasa budi bicaranya bagi menepati syarat pertama.

Oleh itu, kelonggaran itu perlu dihapuskan untuk membolehkan hanya orang Melayu-Islam boleh dilantik ke jawatan tersebut, katanya dalam satu seminar di ibu negara hari ini.

“Maknanya, siapa dapat majoriti dalam DUN, maka dia boleh jadi menteri besar. Kalau DAP dapat majoriti, maka orang Cina yang jadi menteri besar. Macam mana?,” soal Mohd Noor, yang disambut dengan laungan “tak boleh!” daripada kira-kira 300 orang hadirin.

Berucap dalam 'Seminar pasca PRU-13' itu, Mohd Noor berkata mana-mana negeri yang menang dengan majoriti dua pertiga boleh memansuhkan syarat ketiga di dalam peruntukan undang-undang tubuh negeri masing-masing.

“Kalau tak boleh, maka pindalah perlembagaan negeri itu dengan sokongan dua pertiga. Beritahu di Melaka yang dapat dua pertiga, di Pahang yang dapat dua pertiga supaya mansuhkan klausa itu. Tak ada syarat yang ketiga itu,” katanya.

Namun, perlembagaan persekutuan tidak menyatakaan bahawa jawatan perdana menteri perlu diisi oleh seseorang berbangsa Melayu atau Islam, katanya.
  • Halim Mamat · Pengulas Tertinggi · Bekerja di SECM SDN BHD
    Ini la bahananya jika perjuangan kebangsaan diutamakan..nampak sangat isu perkauman diwar-warkan untuk menaikkan semangat dan emosi kaum Melayu..

  • Lim Mei Ren · Pengulas Tertinggi · UKM, Malaysia
    Adakah LGE KM Penang tak hormati agama Islam? Adakah MB di negeri2 BN menghormati agama Islam dan Rajanya? Tepuk dada tanya selera wahai hakim yg dihormati!

    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
      Mamat kat atas ni sj jer nak mainkan isu perkauman. Apa salahnya ketua menteri bukan melayu menjawat jawatan tersebut? Adakah melayu itu bangsa yg mulia dari lain2, sehingga bangsa lain x diizinkan menjadi ketua menteri?? So far, Lge adalah lebih baik berkali2 dari Mb melayu dinegeri2 tadbiran bn, didlm menjaga halehwal agama Islam. Sbb itu, peruntukan utk halehwal agama Islam diberi Lge berlipatkali ganda lebih dari negeri2 tadbiran bn. yg mulia itu tetap mulia, x kira melayu atau cina atau bangsa2 lain. & yg hina & haprak itu tetap hina, x kira apa2 bangsa...

    • MohNazman MohShidin · Pengulas Tertinggi · Universiti Sains Malaysia
      TAk yah hormat hakim pencen ni.....wauuuuuuuuuuuuuuuuuu22222

    • Ayah Athif · Pengulas Tertinggi · Universiti Kebangsaan Malaysia
      celaka bekas hakim ni sengaja nak naikkan sentimen perkauman.. haram btoi

  • Sabtu Ahad · Pengulas Tertinggi · UKM(Kej Awm)
    perlembagaan perlembagaan......tipu pru tak ape ke?.....isu penipuan dalam pilihanraye lebeh utame dari isu ini.....kerane ape salahnye seorang due kaum chine atau lain2 kaum menjadi ketua kerajaan sebagai melambangkan kite dalam masyarakat majmuk...ngabiskan boreh jek ni.........

  • Saifuddin Hashim ·
    Hanya Pulau Pinang, Melaka, Sabah & Sarawak sahaja boleh Ketua Menteri bukan melayu sebab tiada sultan kan ? Negeri lain menteri besar memang melayu, seperti kes di Perak 2008, DAP majoriti tapi Nizar jadi MB

    • Bone Anakjanik · Pengulas Tertinggi · Fluid Control Engineer di NOV/BRANDT
      Dalam malaysia melayu saja boleh jadi menteri,yang bangsa lain lain jadi kominis ,lanun dan penyamum,supaya negeri malaysia ni salamat.Hakim apa yang membuat undang2 sebegitu rupa,Jangan jadi hakim diri sediri,Makan boleh sebarang makan,kata jangan sebarang kata was was.kami pun lahir di bumi malaysia.Bukan lahir di new york city.

  • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
    Dia ni siapa dia, tiba2 jer keluar dgn berbagai statement berbaur perkauman. Adakah dia ni hero baru ciptaan umno utk bangkitkan isu perkauman? Suruh hapus sjk, suruh hanya MB & ketua menteri dari bangsa melayu jer dilantik kejawatan tersebut! x kira lah mana2 kaum yg pegang jawatan tersebut, yg menjadi pertimbangan utama adalah amanah & ketelusan. Klau MB & ketua menteri bangsa melayu yg x amanah pun x guna juga, buat habiskan beras aja! Kita ikut apa yg dibuat selama ni lah. Di negeri2 yg mempunyai raja sbagai ketua negeri, biasanya MB melayulah, kecuali mendapat perkenan Sultan utk dilantik bukan melayu. Smentara dinegeri2 yg x mempunyai sultan, ikut prosedur yg diamalkan selama ni (sperti Penang & sabah)...

    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
      Out of the blue, ada 3 artikel dah mengenai mamat ni kuar kat malaysiakini, yg kesemuanya berkenaan perkauman. Apakah mungkin ini agenda umno utk cetuskan sentimen perkauman yg x perlu & cuba mengapi2kan perkauman? Adakah ini taktik awal utk cetuskan kemarahan setengah pihak, supaya terjadi perkara bukan2 sempena 13 Mei esok?? umno nih parti yg selalu mainkan isu & sentimen perkauman. Mungkin ada apa2 yg tersirat. sama2 kita fikirkan, & berhati2 dgn apa2 taktik jht...

  • Amada Charlie · Pengulas Tertinggi
    Semua tak perlu marah-marah. P/raya UMNO dah nak sampai. Maka sekarang ramai nak promo diri mereka utk bertanding dlm p/raya UMNO utk jawatanX2 tertentu. Jangan terperanjat jika ada lebih ramai yg berbuat demikian. Memanglah apa dikatakan mereka tidak logik dan juga berbaur rasis, tetapi jgn termakan umpan mereka.

  • Tan CY · Pengulas Tertinggi · Singapore, Singapore
    Hanya di PP cina yg diangkat menjadi KM. Bila pula bukan melayu yg menjadi MB di negeri lain? Bila pilihan parti Umno menjelang, macam2 statement bodoh akan dikeluarkan utk bertanding siapa yg lebih melayu. Lepas dpt jawatan, hanya anak bini lah melayu yg dijaga.

  • Faiz Voo Fasirul · Pengulas Tertinggi · Unittar/OUM
    bekas hakim tapi otak still biul semacam jer......dia lupa yang malaysia ini bukan melayu sahaja yang punya......

  • Wan Stopa · Manager di Ikhlas Bahagia Resources
    rasa isu mengenai menteri besar ni tak payah bekas hakin bagi tau. penoreh getah kat gua musang pun tau hal2 perlembagaan malaysia. perlembagaan malaysia kesayangan kita ni dibuat oleh british lagi negeri2 bersekutu dan negeri tak bersekutu. menteri besar mesti org melayu dan isla

  • Duit Palsu · Munshi abdullah
    bagus cadangan tu ..lagi jahanam bn ..huhuhuuuh..ni kes membodek nama nya..suruh najib mansuh kan dulu 1 malaysia yg selalu dilaungkan najib tu

  • Yap Chin Voon · · Pengulas Tertinggi
    Cukup lah. SI hakim.. dah la.. bersara...

  • Zuraidey Ahmad · · Pengulas Tertinggi
    PADO AKU SAPO JADI PUN OK.....IKUT PERLEMBAGOON....YA NOK SANGAT MELAYU JADI MB. NI KENAPO.....

  • Chow KF · Pengulas Tertinggi · Sekolah Menengah Tinggi Kajang
    Lagi satu bangsat yang rasis. Mungkin did mahu jadi senator, duta atau intai jadi Presiden Perkosa.

  • Noble Rights · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    baguslah itu...MIC, MCA BOLEH KELUAR dai BN...MIC & MCA TUNGGU APALAGI .TAKUT MAHU TEGUR NOR INI

  • Rubin Od · Pengulas Tertinggi
    Yang bersetuju dengan cadangan Mohd Noor tu dikasih kumpul dan tinggal berasingan di beberapa buah negeri dan tidak boleh bercampur dengan bangsa dan agama lain, bolehlah diterima.

  • Putra Kb · Pengulas Tertinggi · UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR
    Ini suatu pandangan rasis drp seorg bekas hakim yg tidak relevan di negara ini. CIna DAP yg amanah sejuta kali lebih baik lebih mulia drp melayu umno yg mengaku Islam tp kaki rasuah, kaki pecah amanah dan kaki kebas projek utk buncitkan perut. Lim Guan Eng jauh lebih mulia drp pemimpin umno yg hidup penuh rasuah

  • Rohana Zaitun
    Ada segolongan melayu mmg suke sesgt bagi nasihat. Iblis pun mcmtu jugak.

  • Boy Chan · · Pengulas Tertinggi
    mangkuk berayun!!!

  • Gopz MK · · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    alahai.....

  • CRizal Single · · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Rezaki yang halal
    la bongoknya hakim ni kan dan ada dalam pelembagaan dan juga undang undang tubuh negeri ....

'Hapuskan SJK kerana perlembagaan tak iktiraf'

Bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah menyeru agar kerajaan menghapuskan sekolah vernakular yang didakwanya bukan sahaja memecahbelahkan masyarakat malah tidak diiktiraf perlembagaan.
“Menurut Perlembagaan, kita sepatutnya hanya ada satu aliran sekolah sahaja. Sepatutnya kita hapuskan sekolah jenis kebangsaan (SJK).

“Hapuskan oleh kerana Perlembagaan tak iktiraf sekolah jenis kebangsaan kerana adanya sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan, adanya sekolah Cina, India, ia memecah-belahkan rakyat,” katanya dalam Seminar Pasca PRU-13 di Kuala Lumpur hari ini.

Golongan yang tidak bersetuju dengan penghapusan SJK pula boleh mendapatkan perintah mahkamah untuk mencabar tindakan tersebut, katanya.
“Kalau ada yang tak setuju, mereka itu anti-perpaduan. Adakah salah bagi saya nyatakan sesuatu yang benar? Sepatutnya apa yang saya kata ini disokong, bukan sahaja oleh masyarakat Melayu tetapi seluruh masyarakat Malaysia.

“Kita perlu berjihad untuk perkasakan orang Melayu. Seandainya ada terdengar suara-suara yang bantah, maka caranya dapatkan perintah mahkamah bahawa kewujudan SJK tak sah dan bertentangan dengan perlembagaan,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Dalam ucapan sebelum itu, bekas pro-canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Abdul Rahmad Arshad yang menimbulkan perkata itu berpendapat sekolah aliran tunggal akan menyatukan sistem persekolahan.

“Satukan sistem persekolahan... buat sekolah satu aliran, sekolah rendah kerajaan dan sekolah menengah kerajaan. Itu sahaja.

"Sekolah jenis kebangsaan Cina dan India yang ada sekarang ini kita ubah kepada sekolah kerajaan. Tak ada jenis-jenis.

"Kita harus praktikkan apa yang boleh dipraktikkan,” katanya yang turut mengambil contoh sistem persekolahan di Indonesia, Thailand dan Filipina.

Seminar berkenaan diadakan bagi membincangkan kesan pilihan raya umum 5 Mei, yang menunjukkan BN hanya mampu menguasai 133 kerusi parlimen, berbanding 140 dalam pilihan raya umum Mac 2008.

Bagaimanapun, Umno yang banyak bertanding di kerusi majoriti Melayu berjaya memperolehi sembilan lagi kerusi, berbanding hanya 79 kerusi pada 2008, walau parti BN yang bertanding di kerusi majoriti Cina – MCA dan Gerakan – kalah teruk dalam pilihan raya kali ini,

Di sisi Pakatan Rakyat pula, ramai calon Melayu menang di kerusi campuran, malah turut menewaskan calon pencabar dari kaum Cina.

  • Lim Mei Ren · Pengulas Tertinggi · UKM, Malaysia
    INi lagi seekor hantu syaitan jembalang iblis peliharaan MelayuUMNO...tak kerja lain selepas pencen, sengaja nak wujudkan sentimen perkauman lagi!

    • Lim Mei Ren · Pengulas Tertinggi · UKM, Malaysia
      Hancur Malaysia kalau semua hakim di Malaysia sekarang fiil macam ini!! Hakim yg berwibawa dan disegani patut cakap utk padamkan api perkauman, ini sebaliknya pulak!

    • MA Iskandar MA Iskandar · · Pengulas Tertinggi · 116 orang pelanggan
      LM REN:tolong jwb negera sdh merdeka lbh 50thn mengapa ada lg yg tdk lancar berckp B/malaysia dikalangan umur 50thn kebawah.

    • Rosli Sgmc · Pengulas Tertinggi
      MA Iskandar MA Iskandar apa nak dihairankan, 'melayu' yang lancar bahasa melayu pun lebih suka cakap dalam bahasa inggeris.....

    • Lim Mei Ren · Pengulas Tertinggi · UKM, Malaysia
      MA Iskandar MA Iskandar : Tak lancar...sekurang2nya tau bertutur dalam BM/BC/BI...tapi orang Melayu...kenapa tak nak belajar cakap BC? Segelintir Melayu yg sedar saja yg tau kepentingan belajar pelbagai bahasa ,yg hantar anak ke sekolah Cina!(maaf kalau terkasar bahasa)

    • Tan CY · Pengulas Tertinggi · Singapore, Singapore
      MA Iskandar, tahukah anda ada banyak pelajar Melayu yg turut gagal subjek BM dlm SPM? Utk makluman anda, hanya segelintir kecil shj org cina yg tak fasih BM krn BM itu juga diajar di sekolah cina sejak darjah 1.

    • Muhibbah Kamaluddin · Pengulas Tertinggi · SMBK
      MA Iskandar MA Iskandar anak2 saya bersekolah cina,tapi rakan2nya fasih berbahasa melayu...

    • Razmi An Ti Tipu · Pengulas Tertinggi · Sekolah kebangsaan ladang
      MA Iskandar MA Iskandar Lancar tak lancar tu hak dia,, cuba fikir kenapa masih ada melayu yang guna dielek masing2 walhal dah belajar kat sklh?? Kenapa tak berfikiran terbuka??? jgn jadikan isu tersebut sebagai punca hilang keharmonian masyarakat malaysia....Tu hak bangsa lain, mereka nak juga bahasa masing2 diajar kat sklh...Hal sebeginilah akan menjadi hilang kerjasama dan tolak ansur antara kaum di malaysia...

    • Lang Sewah · Pengulas Tertinggi
      mcmana plak denga budak2 mlayu yg tak reti baca Quran......cuba ko plak jawab kat kami!

      bodoh!

    • Muhamad Wan Muhamad
      Aku setuju dengan LIM MEI REN supaya perpaduan negara dapat dipupuk dari kecil

    • Boy Chan · · Pengulas Tertinggi
      MA Iskandar MA Iskandar .... mengapa ko ni x sedar2 lg? bertaubatlah selagi masa ada!

    • MohNazman MohShidin · Pengulas Tertinggi · Universiti Sains Malaysia
      Melayu elit, riak sangat guna bahasa inggeris...porahhhhhhhhhhh..go to helllllllllllllllllllll

    • Azman Mohamad · Pengulas Tertinggi · Uum sintok kedah
      tak tau lagu negaraku, boleh dapat ic kamu tak tanya pulak.

    • Joshua Venga · Pengulas Tertinggi
      Ini anak syaitan agen Mamak Kutty !

  • Mohd Fikir · Pengulas Tertinggi · Babi
    bagaimana orang ini boleh jadi hakim...bagaimana dia membela ......

  • Hazizi Ahmad
    Isu perkauman dibangkitkan.pihak berkuasa kena bertindak..

  • Ishwaran Nadarajan · Pengulas Tertinggi · Kolej pembantu perubatan seremban
    ini akan menimbulkan masalah perkauman nanti.... kalau salah dari segi perlembagaaan kenapa BN selama ini tidak menghapuskan sekolah jenis kebangsaan???? kalau mengikut pernyataan ini BN mengamalkan kegiataan haram yang tiada dalam perlembagaan ke?? kena ambil tindakan makahmah terhadap BN...

    • Faiz Iskandar Shamshir · Pengulas Tertinggi · Brotherhood di Comparative religion
      Mmg patut hapuskan pun..masalah bdk2 muda bukan melayu skrg ' sorry, saya x pandai cakap melayu..'
      Aku x blh accept langsung, kata anak Malaysia, bapak lahir kat malaysia, datuk pun org malaysia..so??
      bangla dan nepal pun blh cakap Melayu, x da belajar scr formal pun..
      hapuskan je SJK..

    • Lang Sewah · Pengulas Tertinggi
      ni lagi seko...........bila budak mlayu malas ngaji ......tak nak plak amik kisah!

      bodoh!

    • Lang Sewah · Pengulas Tertinggi
      Faiz Iskandar Shamshir ko ni pandai baca jawi tak?.......klu tak apasal tak cadang mintak perkasakan tulisan jawi....senang sket baca quran...baru reti tuntutan islam....baru ko tak jadi serupa org tak cerdik!

  • MA Iskandar MA Iskandar · · Pengulas Tertinggi · 116 orang pelanggan
    Setuju adakan sekolah satu aliran dan disekolah2 kebangaan adakan mata pelajaran menderin, tamil dan bahasa2 bumi putra yg lain.Mata2 pelejaran tersebut wajib diambil disampaing mata pelajaran B.malaysia yg wajib lulus.Jk blh lht skg masih ada lg org bkn bumi putra yg sksa nj berckp dlm bahasa malaysia malah dikalangan wakil rakyat sendiri wpun negara merdeka 50thn lbh.Mereka menuntut bermcm2 ketidakadilan tp diri ereka sendiri tdk berlaku adil pd negara.

  • Kandasamy Surendran · Pengulas Tertinggi · Methodist Boys School, Penang (1977 - 1983)
    Hapuskan dulu umno mca dan mic parti politik perkauman wujudkan satu Bn bukan 14 komponen srjk adalah hak asasi hakim jenis apa ini

  • Tamil Selvan · Pengulas Tertinggi · FIT, INFORMATICS,
    Ini untuk memesongkan perhatian rakyat dari penipuan PRU13

  • Hakim Damansara · Ikm jasin melaka
    dah lebih 50 tahun merdeka baru nak ungkit psl sklh venekular, dulu masa nak merdeka bg muka sgt kat bkn melayu nak bahasa ibunda lah sklh jenis cina n tamil lah, skrg baru ckp nak hapuskan atas isu perpaduan. dah terlambat, pyh nak diperbetulkan.mcm mahathir gak, time ada kuasa x nak buat tp dah x jd pm baru ckp mcm2.

  • Beng Yeow Chin · Baling
    Kalau sekolah satu aliran saya setuju,tapi parti pun kena satu aliran tak nak umno mca mic bolehkah,tak nak bumiputera atau non bumiputera semua anak malaysia bolehkah ,kalau rakyat malaysia kahwin antara satu sama lain agama boleh ikut sukahati sendiri bolehkah?

  • Razali Muaz · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Pasir Gudang, Johor, Malaysia
    hakim ni buat macam Malaysia ni macam mak bapak dia punya
     
'Orang Melayu akan balas dendam jika dikhianati'

Bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah menyeru golongan Melayu agar bertindak dengan lebih agresif untuk mempertahankan hak mereka serta menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan pilihan raya umum 5 Mei.
Bercakap dalam seminar yang membincangkan mengenai kesan pilihan raya tersebut hari ini, Mohd Noor menyeru demikian kerana orang Cina didakwanya mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu itu melalui usaha untuk merampas kuasa politik.

"Pengkhianatan orang Cina terhadap ikatan setia kawan orang Melayu itu adalah benar oleh kerana mereka merancang untuk merampas kuasa politik setelah membolot kuasa ekonomi," katanya, mengulas keputusan pilihan raya tersebut.

Dakwaan mengenai pengkhianatan orang Cina itu mula timbul apabila keputusan pilihan raya umum 5 Mei menunjukkan BN hanya mampu menguasai 133 kerusi parlimen, berbanding 140 dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Bagaimanapun, Umno yang banyak bertanding di kerusi majoriti Melayu berjaya memperolehi sembilan lagi kerusi, berbanding hanya 79 kerusi pada 2008, walau parti BN yang bertanding di kerusi majoriti Cina – MCA dan Gerakan – kalah teruk dalam pilihan raya kali ini,

Di sisi Pakatan Rakyat pula, ramai calon Melayu menang di kerusi campuran, malah turut menewaskan calon pencabar dari kaum Cina.

Dalam ucapan selanjutnya, Mohd Noor mempertegaskan amaran bahawa orang Melayu akan membalas dendam sekiranya dikhianati.
"...Bagi orang Melayu, pantang larangnya, jangan dikhianati orang Melayu. Oleh kerana orang Melayu bila dikhianati, dia membalas dendam kesumatnya tak sudah-sudah," katanya.

Beliau turut menganjurkan agar penyusunan masyarakat itu turut melibatkan pewartaaan kawasan rizab Melayu di kawasan bandar bagi membolehkan kaum Melayu membangun dan menguruskan perniagaan bersama kaum Cina.

“Perlembagaan menyatakan tanah rizab Melayu dah diisytihar selepas merdeka kekal sampai bila-bila. Lepas merdeka, menteri besar dan exco boleh isytiharkan kawasan-kawasan Melayu dan beri jaminan perlembagaan apa kita boleh buat.

“Tanah rizab hendaklah diisytihar di kawasan bandar supaya orang Melayu boleh berniaga di kawasan bandar yang sebelum ini dimiliki oleh orang Cina.

"Istilah cantiknya ialah menyusun semula masyarakat. Tapi istilah kasar ialah (membolehkan) orang Melayu berhijrah supaya gedung-gedung yang kita lihat dibandar sama-sama dimiliki, bukan melihat sahaja,” katanya.

Berucap dalam seminar yang dihadiri kira-kira 300 peserta itu, Mohd Noor mencadangkan agar penyusunan semula masyarakat itu dijalankan dalam tempoh 10 tahun.

Katanya, walaupun setelah 56 tahun merdeka, kekayaan orang Melayu masih lagi tidak mencapai sehingga 20 peratus di negara ini.

“Sudah 56 tahun berlalu, kita masih memiliki tidak sampai 20 peratus kekayaan negara ini.

“Susunlah strategi supaya dalam masa 10 tahun ini, Yang Dipertuan Agong mengarahkan badan berkuasa untuk jamin supaya kekayaan negeri ini dimiliki kita sebanyak 67 peratus.

“Orang Melayu harus kenal siapa sekutu kita, siapa saudara-mara kita,” katanya lagi.

Turut hadir menjadi ahli panel ialah bekas pro-canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Abdul Rahmad Arshad serta timbalan presiden PAS Datuk Nasharuddin Mat Isa.

Sementara itu, Pengerusi DAP Karpal Singh dalam satu kenyataan medianya petang ini meminta supaya pihak polis menyiasat berhubung kenyataan Mohd Noor yang disifatkannya berbaur hasutan.

Menurut Karpal, dengan bahasa yang digunakan sangat provokatif, beliau mendakwa kenyataan Mohd Noor itu bertujuan untuk menghasut.

"Saya agak terkejut dengan kenyataan berbaur hasutan yang dibuat oleh bekas hakim mahkamah rayuan, Mohd Noor Abdullah yang mempunyai elemen hasutan. Tidak syak lagi, Mohd Noor telah gunakan bahasa yang sangat provokatif," katanya.
  • Yili Bendan · Pengulas Tertinggi
    Pendek kata, orang cina kalau tak sokong BN,mereka pengkhianat melayu. Bekas tok hakim ni dah gila kut?

    • Mufidah Hasanah Nik Izan · Pengulas Tertinggi · Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah
      tok hakim ini telah di didik dengan sikap perkauman. dia sedar tak selama 55 tahun ini siapa yang perintah Malaysia. orang cina ke melayu? setahu saya yang tak pandai ini melayu? kenapa baru sekarang nak pertahankan tanah milik melayu.kenapa cina yang baru nak di salahkan.bila pembankang letak melayu berlawan dengan cina MCA dan MCA menang tak pula timbul cina nak berkuasa.cuba to hakim ingat kes PKFZ

    • Tenggiling Landak · · Pengulas Tertinggi · Kolej Utusan Mahaguru
      Betul tu . . . . sekarang baru dia nak sibuk . . . kenapa tak menjadi calon dalam PRU 13 yang lepas? Kalau menang adalah suara sikit . . . . ini tak sekarang baru JADI TIN KOSONG SAJA

    • Alan Chew · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      UMNO BN semakin terdesak sampai mempergunakan kangkong hakim utk menyemarakkan isu perkauman ... cuba tgk sekeliling anda, mana ada lagi gedung besar dimiliki cina, semuanya dimiliki oleh org asing dan kroni amno beeEnd .. dan runcit2 kecil oleh bangla2 sehingga penjual roti pun oleh bangla ... pergi tidurlah hakim kangkong ...

    • Abdullah Aman · Pengulas Tertinggi
      Mufidah Hasanah Nik Izan Ya contohnya,,,di DUN bandar Trg berpuluh Tahun Melayu UMNO letak calon China MCA yg 90% majoriti Melayu... siapa yg undi China ni kalau bukan Melayu taksub UMNO??! Habis Tanah melayu Bandar K.Trg TERGADAI hasil pengkiatan MELAYU UMNO.Tanah Org Melayu utk pembangunan di sapu bersih...Tanah China di simpan WARISAN SEJARAH> konon.Ini lah UMNO hidup MELAYU??!

    • Tokbatin Pru · Pengulas Tertinggi
      Bekas hakim ni sedang membuktikan...pemimpin umno memang tak boleh menjaga negara...patut pun majoriti rakyat memilih PR.

    • Warga Jeniang · Pengulas Tertinggi · Executive di TNT Courier services BHD
      Jangan dok persalah org lain mengapa sasaran kita tak tercapai...kalau berterusan bersikap begini sampai bila pun org kita tak maju...Yg maju cuma kroni saja..

    • Adnan Bin Nordin Nordin · Pengulas Tertinggi · SMK Dato Kelana Putra Lenggeng
      tolong berfikir dgn waras,Tak salah tuan-tuan sokong paktanrakyat.tetapi bab Tanah ini ada kebenarannya, Lihat Palestin mereka sanggup mati utk Tanah,,,,Jangan hantam keromo saja semata-mata emosi. Jadi sebelum hentam Hakim ini kaji akta Tanah dahulu. Dah hebat sgt ke melayu ni

  • Lim Mei Ren · Pengulas Tertinggi · UKM, Malaysia
    Siapa yg terlibat dalam urusan jual beli tanah di KL? tak lain dan tak bukan KRONI BN...jangan salahkan kaum Cina lagi...meluat!

    • Lim Mei Ren · Pengulas Tertinggi · UKM, Malaysia
      Kamu Gelar Cina Pengkhianat? Cina hanya 'beralih angin' drpd sokong MCA dan Gerakan kpd PR! MelayuUMNO lah yg menjadi Pengkhianat, Pembelot,Penderhaka kpd Raja, Agama dan Bangsa Melayu sendiri!! Saya sokong pendapat saudara Arjulan Abu!Sila baca.....

    • Tokbatin Pru · Pengulas Tertinggi
      Apasal nak salahkan org lain....mana pemimpin umno???apa yg dorang buat selama 55 tahun ni...nak kata tidur...harta sendiri, harta anak bini, sedara mara, kroni semuanya menimbun...Tu la.. sebok menyamun..harapkan pagar, pagar makan padi. .Masyarakat melayu terutamanya dikampung2 tak dipeduli....bila nak pru..baru turun bagi duit, bagi jalan, bagi janji itu ini...

    • Abdul Yahaya · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Makan gaji sendiri
      sokong lim. hakim kangaroo ni tak buat penyelidikan? kaum mane yg undi bn pd thn 1999? kaum mane yg ditipu olh MCA bhw PAS extremis pd thn 1999?

    • Adnan Bin Nordin Nordin · Pengulas Tertinggi · SMK Dato Kelana Putra Lenggeng
      Tolong focus akta Tanah rezab Melayu. Rasanya tak salah hakim ni kalau isu Tanah.
      Saya sokong pakatan rakyat dan Pas. Dlam bab Tanah ini Pas dan PKR pun ada sebut....tolong belajar sejarah...ilmiah sedikit

  • Iman Hafiz · Pengulas Tertinggi · Tauke Syarikat di Sendiri bisnes
    Aku ingat profesor je yg kangkung.. rupanya hakim pun ada yg kangkung jugak... bodoh ke hakim ni ..dia ingat kalau umno tu lingkup..melayu pun pupus...hilang kat malaysia...patut le umno byk kes menang bila pi kat mahkamah rayuan...dpt hakim kangkung camni...

  • Aznan Din · Pengulas Tertinggi · SMK Ayer Keroh
    Dimana lagi tanah Rizab Melayu dalam bandar, semua sudah digadai olih puak UMNOngok, agaknya mamat sekor ni mimpi kot.

  • Arjulan Abu · Pengulas Tertinggi · Harvard Law School
    Yang merosakkan bangsa melayu itu siapa klu bukan UMNO... lihat sendiri 56 th hanya kroni sajalah yg kaya raya sebaliknya dimana kawasan diperintah umno miskin tiada kesudahan. Baru sekarang nak fikir rizab melayu? bukankah rizab melayu siapa yg kerjakan selama ini? baru nak celik minda ke? Hentikanlah menakut2kan rakyat. Rakyat sudah mual dan meluat dgn UMNO yg konon memperjuangkan melayu namun bagi tgn kiri 500 tgn kanan belasah melalui AES... Barang Naik... Minyak mahal... Tol.. PTPTN... Letrik Naik.. Air Naik... dan banyak lagi yg menyusahkan rakyat.. namun pemimpin melayu sekadar lepas batuk di tangga dan mengisi tombolok sendiri dan keluarga....
    Apa? masih bodoh lagi ke dlm sifir PRU 13 ???? Di mana keadilan SPR yg penuh dgn penipuan... apa sudah jadi dgn dakwat kekal yg berjuta ringgit? Apa sudah jadi dgn bangla2 yg punya Mykad dan punya senarai nama dlm pengundian? Lihat saya berapa % cina dlm sesuatu tempat namun kemenangan calon cina siapa yg undi klu bukan melayu... Kenapa Gerakan.. MIC dan MCA selama ini kamu tiada kengerian danmeroyan spt ini? Aku nak muntah dgn org2 kononnya jawatan besar namun akal kecil sekecilnya.... Black 505 UBAH BANTAH...

    • Royce Wal-Ibni · · Pengulas Tertinggi
      relaliti nya bukan tsunami cina... ini semua tsunami rakyat..
      Pengkhianat melayu ialah umat melayu yg menyokong BN.. mereka telah memangkah parti yg korup, penyamun harta rakyat. Berbilion duit rakyat di songlap.. tapi gelap mata dengan BRIM 500. Umat melayu UMNO memang HARAM JADAH.. kamu 4.8 juta memilih BN, kami 5.2 juta yg memilih Pakatan tidak akan menerima Najib sebagai PM.. PM paling korup dalam dunia..SIAL

    • Haji Rahmat · Pengulas Tertinggi · Bekerja di SK Nik Daud
      Tak sangka sebodoh itu makhluk balaci ni bercakap. Umnolah pengkhianat kpd Melayu sebenarnya. Sapa yg mewujudkan wilayah iskandar yg dimonopoli oleh warga asing? Siapa yg menghilangkan tanjung pagar, siapakah yg menyebabkan kehilangan Pulau Batu Putih, siapakah yg menghadiahkan gunung kpd tauke judi, siapakah yg telah menghilangkan rezab melayu hampir separuh? Memang pelik sekog ni yg memainkan sentimen bangsa...Semua balaci memang low mentaliti. Sudahlah, lu ingat rakyat bodoh ke? Yg bodoh hanyalah umno kata Madey...

    • Maria Lynn
      bercakap tentang tanh rizab melayu, tanah rizab melayu di kepong kwsan bandar di gadai oleh sapa?? bercakap biar mengunakn fakta, jgn bercakap untuk membodek aje, tak guna kalau hanya pada gelaran seorg hakim, seorg hakim tentu bijaksana, tp tak perlu mengampu mcm profsfr yg dok ada..

    • Jaafar Malek · Pengulas Tertinggi · umur 53 tahun
      Tak sangka ada juga hakim yang bagang. Hari ini nak di kambing hitamkan Cina kerana keputusan teruk BN pada PRU13. Cina dikatakan mengkhianatani Melayu. Bagaimana pula Melayu Umno yang mengkhianati Melayu. Bukankah Umno yang menghapuskan Pendidikan Percuma untuk anak Melayu dengan pemberian biasiswa kepada anak Melayu yang mendapat tempat ke Universiti awam dan luar negara. Apakah hakim bangang ni dah lupa yang dia juga dulu mendapat pendidikan percuma.Berapa banyak tanah rezeb Melayu di Penang di ambil oleh DAP. Tak seinci pun. Tetapi berapa ratus atau ribu hektar tanah rizab Melayu di balon oleh Melayu Umno. Sudahlah dan hentikan lah percubaan menghasut umat Melayu untuk memusuhi Cina. Nak tanya pada hakim bangang ni, sejak dari PM Mahathir namakan satu perkara yang telah dilakukan untuk Melayu? Satu perkara sahaja.

    • Zulaiqha Nurqamarinie · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Art & Design
      Haji Rahmat ...terbaekkkk

  • Deen Kampret · Pengulas Tertinggi · Uitm
    Kg. Baru siapa yang cuba mengkhianati tanah milik orang Melayu..?

  • Pak Lan AB · Pengulas Tertinggi · Uni of Universe
    Katanya, walaupun setelah 56 tahun merdeka, kekayaan orang Melayu masih lagi tidak mencapai sehingga 20 peratus di negara ini.
    ....ini pun nak salahkan orang lain?

  • Deen Kampret · Pengulas Tertinggi · Uitm
    Tanah Rezab Melayu dah kurang..Siapa yang gadai...?

  • Nurkholis Majid · Kami rakyat biasa di Self Employed (Business)
    semakin tua semakin menjadi2...., melayu cina india is malaysian

  • Umar Mohamed Nor · Pengulas Tertinggi · Merapu di Tanam Anggur Sdn Bhd (TASB)
    tok hakim yg dah jd bekas....bnyk mana baki tanah rizab melayu skrg ini?brapa baki saham melayu dlm bursa saham pd hari ini?klu makin bertambah, aku sanggup pertahankan UMNO/BN.Jika semakin licin dikerjakan oleh pemimpin2 UMNO/BN [khianat amanah], aku akan berjuang habis2an menentang UMNO/BN.Aku MELAYU yg ada maruah diri!!!!!

  • Mie Idris · Pengulas Tertinggi
    KENA TANYA PD BEKAS HAKIM INI, SIAPAKAH YG MENGUBAH DAN GUBAL KANUN TANAH NEGARA UTK TANAH REZAB MELAYU??ADAKAH UMNO ATAUPUN PAKATAN RAKYAT??JGN PANDAI-PANDAI TUDUH ORG MELAYU...YANG KEMARUK SGT TTG TANAH INI ADALAH PEMBESAR NEGARA...

  • Pak Lan AB · Pengulas Tertinggi · Uni of Universe
    Anwar dipersalahkan semasa lahad datu diceroboh
    Cina dipersalahkan bila BN kalah
    UMNO tu baik sangat ke?

  • Cek Tuk
    orang cina bukan lawan melayu, orang cina pasang bendera pas, orang cina lawan bn rasuah salah guna wang rakyat.

  • Charlsen Ming · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Generazion
    Satu lagi racist... hairan ini jadi hakim?! Bolehke? Ramai cina mati

  • Budu Siam Hemo Hemo · Pengulas Tertinggi · Belacan Budu Siam
    semakin kuat dasar perkauman UMNO mainkan........

    • Nik Nasrul · · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      Bagilah. Segalanya ekonomi, kuasa politik dll pada bukan melayu... Sprt kerajaan paz kelate dah buat.. Ayam mapuh dlm kepok padi

  • Ismail Rosiah · Pengulas Tertinggi · University of Malaya
    Komen saya amat mudah saya tak nampak dia ini bekas hakim ke kalau bekas hakim sikap nya tiada demekian rupa. BN alamai kekalahan jangan salahkan kepada kaum cina semata-mata tapi kena dilihat dari aspek yang lebih luas lagi tanyalah kepada BN apa yang dia buat terhadap melayu bandar semua orang nampak cuma para pemimpin BN sahaja yang tak nampak atau buat2 tak nampak. Komplek2 perniagaan di bina contoh macam johor baru atau ipoh mungkin juga kuantan kalau lembah kelang tak payah nak cerita la siapa pemilik nya dan siapa yang memberi adakah salah kaum cina minta dan kaum melayu yang memberi yang memberi itu la yang tidak bertanggungjawab terhadap orang2 melayu. Semua sudah maklum yang kaum melayu tidak akan mampu membeli kompleks periangaan yang mahal tapi pihak BN membina yang jenis ini juga akhir nya orang melayu juga yang melopong perumahan apa yang orang melayu mampu beli sudah tentu yang kos sederhana sahaja iaitu dibawah harga Rm 150k tapi yang dibina melebihi harga tersebut...FIKIRKAN LAH OLEH KITA SEMUA....

  • Noor Azman · Pengulas Tertinggi · SKDAM
    setelah 56 tahun merdeka, siapa memerintah.itu kegagalan umno sebagai kuasa besar memerintah negara.bukan setakat hak milik melayu, ekonomi dan agama terketinggalan.dimasukkan warga asing yg berbilang bangsa yg menyebabkan melayu akan mundur.sebab pertama pendatang akan bekerja keras untuk mendapatkan pendapatan yg banyak.melayu ego dengan pendapatan tak seberapa...............jadi apa salah cina.!

  • Yusof Osman · Pengulas Tertinggi · MBA (University of Lincoln)
    Kalau benar bagai dikata, status Kg Baru jangan dipinda. Jangan dituduh bangsa itu bangsa ini, cari broker yang nak jadi billionaire sehari.

  • Boy Chan · · Pengulas Tertinggi
    bagaimana dia dulu boleh menjadi hakim??? mangkuk berayun!!!

  • Ks Tai · Owner di MyPHOTO ADV. STUDIO
    Ada orang nak cari musuh.....Polis bukan sudah bagi tahu jangan perkauman bila-bila....

Tiada ulasan: