Ahad, 12 Mei 2013

KALAU KITA TAK TIPU...MEMANG KERJA BETUL...APA TAKUT MEMO KE..KE MAHKAMAH KE...KELANGIT HIJAU KE...KALAU BETUL BUAT APA NAK MARAH2...MACAM ADA YANG TAK KENA AJE

Kes fitnah bekas Adun Gual Ipoh selesai luar mahkamah

Mohd Nor Yahya, 12 Mei 2013
KOTA BHARU: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustafa hari ini telah memenangi kes saman fitnah terhadap Mohd Bakri Mustapha yang kini Adun Gual Ipoh setelah memenangi PRU13 minggu lalu. Saman fitnah yang dibuat oleh Wan Yusoff pada tahun 2011 lalu dijadualkan dibicara di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim hari ini bagaimanapun telah dipinda kepada penyelesaian secara rundingan di luar mahkamah dengan Mohd Bakri dikenakan sejumlah bayaran dan direkodkan oleh hakim.
Menurut peguam yang mewakili Wan Yusoff, Hisham Fauzi, kes yang melibatkan mereka itu adalah kerana penyebaran fitnah yang dibuat oleh Mohd Bakri ketika itu Pengarah Dun Barisan Nasional di Gual Ipoh terhadap Wan Yusoff.

Wan Yusoff yang ketika itu Adun Gual Ipoh dikatakan menjalani kehidupan yang mewah dan mempunyai sebuah kenderaan berharga ratusan ribu ringgit.
Sementara itu, Wan Yusoff ketika ditemui di pekarangan mahkamah berkata tindakan yang tidak beretika yang dilakukan oleh Bakri itu telah menjejaskan reputasi beliau selaku Adun Gual Ipoh ketika itu.
“Alhamdulillah, kes ini telah diselesaikan hari ini dan saya berharap Bakri tidak lagi menggunakan platform sebagai wakil rakyat yang baru di Gual Ipoh untuk menyebarkan perkara-perkara fitnah terhadap saya maupun orang lain demi untuk memenangi hati penduduk setempat,”ujar beliau.
Wan Yusoff diwakili Hisham Fauzi, Nasrul Mohamed dan Mustakim Zaki manakala Penasihat Undang-Undang Umno Malaysia, Datuk Hafarizam Harun dan Hazira Abu Hayyan hadir mewakili Mohd Bakri.
Beri peluang Umno ketuai BN P.Pinang

12 Mei 2013
Reezal Merican
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
KEPALA BATAS - Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang wajar memberi peluang kepada Umno untuk mengetuai barisan kepimpinan parti itu bagi memulihkan kepercayaan rakyat di negeri ini.

Anggota Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata satu pembaharuan perlu dilakukan bagi memastikan BN masih relevan dan diterima baik oleh penduduk negeri ini.

"Pada pandangan peribadi saya, kepimpinan BN negeri wajar diserahkan kepada Umno kerana ini sudah masuk dua penggal (selepas pilihan raya umum ke-12 dan ke-13) MCA dan Gerakan di Pulau Pinang ditolak oleh pengundi Cina.

"Jadi adalah wajar sekiranya kepimpinan tertinggi BN memberi peluang kepada Umno negeri untuk menerajui BN Pulau Pinang sebagai satu cara untuk memulihkan semula sokongan rakyat termasuk kaum Cina kepada BN," katanya di sini hari ini.

Beliau ditemui pemberita pada majlis jamuan meraikan petugas jentera pilihan raya BN yang membantu kemenangan BN di kerusi Parlimen Kepala Batas dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) kawasan berkenaan.

"Memang secara tradisinya jawatan pengerusi BN negeri diberikan kepada Gerakan tetapi kita tidak harus terikat dengan tradisi itu...realitinya BN negeri perlu diberi suntikan semangat baharu," katanya.  - Bernama
Memo kepada SPR hasil hasutan, kata Wan Ahmad

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mendakwa memorandum yang diterima SPR dari beberapa pergerakan belia dan mahasiswa semalam dibuat berdasarkan fitnah dan hasutan termasuk daripada pemimpin pakatan rakyat yang tidak bertanggungjawab dan media sosial.
  
Katanya, memorandum itu jelas menunjukkan bahawa ia dibuat tanpa penyelidikan dan oleh mereka yang tidak memahami undang-undang negara.
  
"Inilah akibat meracuni fikiran anak-anak kita, pelajar kita di universiti-universiti, kolej-kolej, dengan pembohongan," katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini.
  
Wan Ahmad berkata memorandum itu antara lain menyebut tentang kehadiran pengundi asing pada pilihan raya umum Ahad lepas, sedangkan penjelasan telah diberikan  mengenai proses pendaftaran pengundi di negara ini iaitu adalah mustahil untuk warga asing mengundi.
  
Mengenai manipulasi dan penipuan yang didakwa dilakukan SPR termasuk mengenai pengundi hantu, beliau meminta bukti-bukti mengenainya dibawa ke mahkamah.
  
Wan Ahmad berkata golongan muda selalunya mempunyai sikap 'menentang' dan ingin membuat perkara  yang berlainan, dan perkara itulah yang diambil kesempatan oleh pemimpin-pemimpin pakatan rakyat yang tidak bertanggungjawab.
  
"Saya difahamkan perhimpunan di Stadium Kelana Jaya (Rabu lepas), 80 peratus (yang hadir) adalah berusia 40 tahun ke bawah dan ada sebahagiannya tak sampai umur 21 tahun, tak tahu apa tapi seronok pergi stadium. Pemimpin (pakatan rakyat) ambil kesempatan cakap berapi-api kerana kecewa tak dapat jadi Perdana Menteri, inilah yang berlaku di negara kita sekarang," katanya.
  
Wan Ahmad menegaskan apa yang dibuat SPR adalah mematuhi undang-undang dan perlembagaan negara dan parti-parti politik sedia maklum  mengenai undang-undang tersebut, malah banyak buku-buku penjelasan mengenainya telahpun diterbitkan.
  
"Anak-anak muda yang dihasut pemimpin pembangkang mungkin tak baca buku undang-undang, tapi pemimpin politik baca.
  
"Kalaulah pihak berwajib tidak membetulkan segala dakyah yang berlaku ini, amat malang sekali kerana Malaysia sudah berjaya dalam pelbagai bidang, kemajuan ekonomi, sosial...proses demokrasi berlandaskan undang-undang, namun pihak yang kalah mengajar rakyat tak mahu terima undang-undang akan membawa negara ke arus kehancuran," katanya.
  
Semalam, sekumpulan kira-kira 50 pemuda yang mendakwa daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa  Malaysia, Gerakan Mahasiswa Islam Malaysia dan Gerakan Mahasiswa 13, menghantar memorandum kepada SPR di sini antaranya mendesak pegawai SPR  meletak jawatan, penubuhan SPR di bawah satu kepimpinan baharu dan pilihan raya umum diadakan semula.

- Bernama
1. NGO bawa replika keranda, tuntut ketua SPR undur
Polis tak lulus perhimpunan Black 505 di Ipoh malam ini

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata polis tidak meluluskan permohonan bagi Perhimpunan Bantah 505 peringkat negeri Perak kerana tidak menepati syarat-syarat di bawah Akta Perhimpunan Awam.
  
Beliau berkata penganjur perhimpunan itu sepatutnya membuat permohonan kepada Ketua Polis Daerah Ipoh dalam tempoh 10 hari sebelum tarikh perhimpunan.

"Jika Penganjur terus mengadakan perhimpunan maka itu akan jadi satu perhimpunan haram," katanya ketika dihubungi semalam.

Mohd Shukri menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut di Medan Istana di Ipoh.
  
Beliau berkata sehingga petang semalam polis menerima 65 laporan daripada pelbagai pihak yang membantah penganjuran perhimpunan itu.
  
Ini termasuk 12 Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) serta parti politik termasuk Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat dan Ipoh Timur, Prowaris, Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM), Perak Peace, Kesatuan Anak Muda Islam (KAMI), Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB), Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) dan Belia 4B.
  
- Bernama
Berpakaian menyerupai wanita kerana kalah pertaruhan

Hartawan penerbangan Sir Richard Branson akan mendarat di Kuala Lumpur tengah hari ini dengan memakai mekap, berkasut tumit tinggi dan sarung kaki untuk menunaikan janji setelah kalah pertaruhan kepada Ketua Eksekutif AirAsia Tony Fernandes pada Grand Prix dua tahun lepas.

Beliau berlepas dari Perth pagi ini dengan penerbangan amal untuk mengumpul dana ke Kuala Lumpur, dengan berpakaian wanita.

The Australian Associated Press melaporkan di sebuah bar di Perth CBD pada Sabtu malam, Branson membenarkan pramugari AirAsia mencukur bulu kakinya.

Terdapat alasan kukuh kenapa beliau mengambil masa yang lama untuk menunaikan janjinya itu -- kakinya patah, terbabit dalam kemalangan semasa naik belon udara panas untuk menyaksikan prototaip Virgin Galactic, yang akan melakukan penerbangan komersil ke angkasa

"Ya, memang betul. Kami sama-sama memiliki pasukan Grand Prix dan saya amat yakin yang saya akan menang," kata Branson sepertimana dipetik oleh AA.,

"Berlaku kesilapan. Sudah tentu pemandu pada perlumbaan itu tidak lagi bersama-sama kami. Saya berusaha untuk mengelak berada di sini (dalam penerbangan amal ini), tetapi tahu perlu tunaikannya."

Sementara itu, Fernandes yang dicabar untuk menunaikan janjinya, mengumumkan akan menjadi seorang daripada pelancong angkasa dalam penerbangan komersil pertama Virgin Galactic, merupakan penerbangan yang amat mahal.

"Apa yang beliau (Branson) tidak sedar ialah sebaik sahaja saya pergi ke angkasa, akan ada versi tambang murah - AirAsia Galactica, kira-kira 10 peratus daripada harga yang beliau kenakan," katanya.

Dana daripada penerbangan amal itu akan disalurkan kepada Starlight Foundation untuk kanak-kanak sakit.

- Bernama
Persatuan silat gelar Kit Siang 'hantu raya'
1:47PM Mei 12 2013
Satu pertubuhan silat menggelarkan penasihat DAP Lim Kit Siang sebagai 'hantu raya' kerana didakwa menghina perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan menghasut golongan Cina untuk membenci kerajaan.

Laporan Mingguan Malaysia hari ini menyebut, yang dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Adiwijaya Abdullah menyifatkan demikian dengan merujuk satu lagi laporan akhbar berhubung satu ucapan Lim di Ipoh.

Menurut Mingguan Malaysia, Lim didakwa menggelar Najib sebagai “syaitan”.

“Kalau dia (Lim) cakap perdana menteri kita sebagai syaitan, kita juga berani katakan dia adalah hantu raya yang paling besar sebab menghasut orang Cina untuk membenci kerajaan.

“Tiada orang Cina yang tak baik dengan kita, tetapi hasutan yang melampau telah menyebabkan mereka terpengaruh dengan DAP,” kata Adiwijaya seperti dipetik dalam laporan akhbar milik Umno itu.

Menurut laporan tersebut, yang memetik satu lagi laporan akhbar semalam, Lim dalam ucapan di majlis di Dewan Chin Woo itu bertanya sama ada hadirin mahu “syaitan yang dikenali” kembali menjadi perdana menteri.

Lim juga bertanya, “siapakah syaitan yang dikenali” itu, yang dijawab kemudiannya disambut dengan laungan “Najib” oleh para hadirin, menurut laporan itu lagi.

Ia merupakan rentetan daripada kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ogos tahun lalu yang cuba mempopularkan satu pepatah bahasa Inggeris, dalam satu tulisan yang meminta rakyat tidak menyokong ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau bagaimanapun terpaksa menjelaskan pepatah tersebut apabila Anwar memulangkan paku buah keras dengan menyatakan bahawa Mahathir “mengakui bahawa mereka adalah syaitan”.

Dalam penjelasannya, Mahathir berkata pepatah pepatah bahasa Inggeris yang berbunyi "better the devil you know than the angel you don't" itu sepatutnya bermaksud "lebih baik orang yang dikenali daripada orang yang tidak dikenali".

Alkisah seorang pejuang…

Tuan Ibrahim Tuan Man, 12 Mei 2013

Seorang pejuang bernama Nasrudin Abduh yang terkenal dengan kejujuran dan amanahnya telah berjumpa dengan Tok Gurunya Ustaz Nik Ibrahim.

“Mengapa ana masih berasa tidak tenteram dan memandang rendah pada diri sendiri? Ana dah berjaya mengharungi pelbagai kegagalan, dan melakukan kebajikan dan menyelamatkan mereka yang lemah dan tertindas. Tapi apabila melihat Tok Guru, ana rasa masih tidak setanding Tok Guru,” kata Nasrudin.

“Tunggu sekejap. Lepas ana jumpa semua yang datang melawat hari ini, ana bagikan jawapan,” jawab Ustaz Nik Ibrahim.

Nasrudin melihat bagaimana Tok Guru menyambut semua yang melawatnya dengan senyuman dan penuh kesabaran sehinggalah matahari terbenam.

Selepas semua pelawat dah tiada, Nasrudin cepat-cepat bertanya, “Apa jawapannya Tok Guru?”

Tok Guru memimpin tangannya ke padang. Mereka berdua duduk melihat bulan yang penuh memancar dalam ketenangan.

“Nampak tak bulan itu? Cantik tak? Ia akan menjaga sepanjang malam sehinggalah subuh menjelma, di mana matahari pula akan bersinar,” kata Ustaz Nik Ibrahim.

“Tapi cahaya matahari lebih cerah, dan boleh menunjukkan segalanya dengan terang untuk ditatapi mata kita – pokok, gunung mahupun awan. Ana pun dah berfikir lama: Mengapa tidak pernah kedengaran bulan berkata: Mengapa saya tidak boleh seterang matahari?” tambah Ustaz Nik Ibrahim lagi.

“Sudah tentu tidak,” jawab Nasrudin. “Matahari dan bulan adalah dua benda berbeza – kedua-duanya mempunyai kecantikan sendiri. Tak boleh banding antara dua.”

“Anta sudah jumpa jawapannya. Ana dan anta adalah dua orang berlainan, kita sama-sama membantu orang ramai dalam cara yang kita tahu supaya dunia ini menjadi tempat lain lebih baik dan Islam didaulatkan. Yang lain adalah sampingan sahaja termasuklah jawatan,” jawab Ustaz Nik Ibrahim.

“Putus asa adalah kegagalan sebenar. Ingat itu,” tambah Ustaz Nik Ibrahim.

Nasrudin tersenyum. Mulai hari itu, beliau tidak lagi cuba membandingkan dirinya dengan Tok Guru – sebaliknya membuat segala perkara dan melawan segala kemungkaran dengan caranya tersendiri.

Senyum

Walaupun tanpa jawatan, kerja-kerja kebajikan dan lawan kemungkaran harus diteruskan. Jangan putus asa. Kerana itu titik noktah suatu perjuangan.

Syor lantik Aziz Bari Speaker Dun Selangor

Mohamed Hadi al-Majwi,
Saya merupakan salah seorang pengundi di Selangor yang telah mengundi Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini. Secara umumnya saya bersyukur rakyat Selangor telah memberi mandat kepada PR untuk menerajui kerajaan negeri Selangor buat penggal yang kedua. Sudah tentunya suasana sekarang masih hangat dengan isu pelantikan Menteri Besar (MB) Selangor. Isu MB sudah mula reda, tetapi barisan Exco negeri Selangor beserta kuota dari parti-parti PR masih belum jelas lagi. Saya percaya dengan kebajikan rakyat sebagai faktor penentu di minda masing-masing, para pemimpin PR dapat memberi penyelesaian terbaik dalam isu pelantikan barisan Exco di Selangor.

Sebagai pengundi di negeri Selangor, saya suka untuk mencadangkan kerajaan negeri Selangor agar melantik Dr Abdul Aziz Bari, bekas calon PR di parlimen Sabak Bernam sebagai Yang Dipertua Dewan Negeri Selangor atau lebih sinonim dengan gelaran Speaker Dun. Saya tidak menafikan sumbangan Speaker Dun terdahulu iaitu Datuk Teng Chang Khim, tetapi saya berpendapat sudah tiba masanya Dr Abdul Aziz Bari selaku sarjana perlembagaan diberi peluang untuk melaksanakan idea-idea beliau secara lebih praktikal. Kita mempunyai tokoh sarjana perlembagaan yang berpengalaman luas malah pernah menjadi konsultan kepada kerajaan negeri Selangor sewaktu polemik isu pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Selangor satu ketika dahulu. Disebabkan isu konsultan itu jugalah Dr Abdul Aziz Bari telah diberi surat tunjuk sebab oleh majikannya kerana terlibat secara langsung dengan "kerajaan pembangkang".
Oleh kerana majoriti rakyat di Sabak Bernam masih lagi tidak mampu menilai yang mana satu manik, yang mana satu mutiara, maka adalah menjadi satu kerugian sumber sekiranya ilmu dan pengalaman Dr Abdul Aziz Bari tidak diambil kira oleh kerajaan negeri Selangor dan tidak diletakkan di tempat yang sewajarnya.

Saya berharap pimpinan PR Selangor boleh melakukan penyesuaian-penyesuaian tertentu agar Dr Abdul Aziz Bari dapat dilantik sebagai Speaker Dewan Negeri Selangor. Dengan jawatan ini juga saya yakin, Dr Abdul Aziz Bari dapat meneruskan kajian dan penulisannya dalam suasana yang lebih kondusif dan praktikal demi memartabatkan Dewan Negeri Selangor setaraf dengan piawaian badan perundangan antarabangsa. Kritikan-kritikan konstruktif beliau mengenai perlunya sesebuah kerajaan mempunyai badan legislatif yang bebas juga dapat diterjemahkan melalui tindakan proaktif sekiranya beliau dilantik sebagai Speaker Dun kelak.

Walaupun Dr Abdul Aziz Bari pernah dilaga-lagakan dengan istana Selangor lewat kontroversi DUMC sedikit masa dahulu, tetapi saya percaya itu hanyalah kerja-kerja kotor pengadu domba yang hanya ingin membodek dan mengampu demi sedikit kesenangan duniawi. Saya percaya DYMM Sultan Selangor bersikap sangat objektif dan mampu menilai bakat dan kebolehan anak jati Selangor ini.

Semoga bakat dan kebolehan Dr Abdul Aziz Bari diberi perhatian yang sewajarnya oleh barisan kepimpinan negeri Selangor. Saya yakin rakyat Selangor yang lain juga berkongsi hasrat yang sama dengan saya.


Sekian, terima kasih.

 
Dewan Muslimat Pas Lenggong shared Senyum Simpul's photo.
Jom Like' page @[253852338084776:274:Senyum Simpul] utk Lebih hibuRan tRoll poLitik..

Episod: Ah Jib Gor 1 Malaysia.............~Bard
Jom Like' page Senyum Simpul utk Lebih hibuRan tRoll poLitik..

Episod: Ah Jib Gor 1 Malaysia.............~Bard

 JIKA BERLAKU...TERJAWAB SUDAH BAGAIMANA TERJADI YANG DULU...CUBA2 FIKIR...TIADA NIAT MENUDUH TANPA BUKTI...HANYA ALLAH YANG TAHU...HARAP2 IDAK LAH
Nasir Sahlan shared Pelapis Pas Chetok's photo.
MELAYU, CINA dan INDIA... Jangan tertipu dgn PERKAUMAN utk kali ke-2....
MELAYU, CINA dan INDIA... Jangan tertipu dgn PERKAUMAN utk kali ke-2....
Briged Amal Selat Klang shared 我们全力支持民行 We Fully Support PKR's photo.
KENAPA PAS BERKAWAN DENGAN DAP & TOLAK UMNO? INI JAWAPANNYA...
Ini betul punya cerita DAP,, sebab tu Pas lebih selesa dengan Dap dan fobia dengan Umno...
Mungkin ramai yang belum faham
kenapa PAS berkawan dengan DAP,
tidak dengan Umno. Buat yang
belum tahu apa sebabnya boleh
merujuk kepada 16 sebab-sebab
utama di bawah ini:

1) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah.
DAP tiada buat penyelewengan
tetapi Umno sudah banyak
penyelewengan kuasa dibuat.

2) DAP menolak Hudud sebab
mereka bukan Islam, tetapi peliknya
Umno tolak Hudud sedangkan
mereka beragama Islam. Jadi PAS tak
mahu kawan dengan orang Islam
yang tolak hukum Islam.
3) DAP tidak pernah bunuh umat
Islam, tetapi umat Islam Memali
dibunuh oleh siapa?

4) DAP tidak pernah runtuhkan
masjid, tetapi banyak surau dan
masjid diruntuh atau ditutup oleh
kerajaan Umno/BN atas pelbagai
alasan.

5) DAP tidak pernah hentikan
tazkirah dan kuliah agama di masjid
dan surau. Tetapi banyak kuliah dan
tazkirah dihentikan oleh pihak
berkuasa atas alasan tiada tauliah
sedangkan ustaz tersebut lulusan
Timur Tengah dan IPTA yang dibina
kerajaan sendiri.

6) DAP tidak pernah tangkap rakyat
tanpa bicara, tetapi kerajaan
pimpinan Umno menggunakan ISA
dan akta baru sekarang untuk
berbuat demikian.

7) DAP tidak pernah
menggadaikan
tanah orang Melayu, tetapi sejak
merdeka tanah rezab Melayu
berjumlah 3 juta hektar tinggal 1.7
juta hektar sahaja. Ini angkara
siapa.?

DAP tidak pernah mempertikaikan
Bahasa Malaysia sebagai Bahasa
Rasmi negara tetapi siapa pula yang
memperkenalkan PPSMI?
9) DAP tidak pernah merampas dan
menganiaya negeri orang Melayu
dan umat Melayu tetapi kerajaan
Umno/BN menafikan royalti minyak
kepada Kelantan dan Terengganu.

10) DAP setia kepada persefahaman
dan persepakatan tetapi Umno lah
yang menghalau PAS keluar dari
Barisan Nasional pada tahun 1974
kini Umno gila talak dan kembali
rujuk kepada PAS.

11) Ketika Umno/BN kuat, PAS
dipandang sebelah mata, bila Umno/
BN lemah, PAS seringkali diajak
bergabung

12) Umno BOLEH bergabung dengan
MCA, MIC dan lain-lain parti bukan
Melayu/Islam sebanyak 11 parti
dalam BN, tetapi PAS bergabung
dengan 2 parti pelbagai kaum iaitu
PKR dan DAP TAK BOLEH pula?

13) PAS bukan parti berasaskan
perkauman tetapi Umno adalah
perkauman sempit sama seperti
MCA dan MIC. PAS menentang dasar
berjuang atas perkauman atau
Assobiyyah.

14) PAS menentang kezaliman dan
penindasan terhadap rakyat atas
dasar apa sekalipun. Banyak sekali
contoh kezaliman dan penindasan
yang dilakukan oleh kerajaan Umno/­
BN seperti menafikan royalti,
bantuan perkapita kepada negeri PR
(diberi tidak sepenuhnya dan
dilengah-lengahkan), bantuan
kepada Sekolah Agama Rakyat
dihentikan, harga barangan dan
perkhidmatan semakin naik dan
sebagainya.

15) PAS menentang pembaziran yang
menjadi amalan kerajaan Umno/BN
dengan projek-projek mega yang
sebahagian besarnya tidak
memberikan manfaat kepada
rakyat .......

16) DAP dan PKR menerima dan
memeterai perjanjian bahawa Islam
tetap menjadi agama Rasmi
Malaysia, Sistem Raja
Berpelembagaan tetapi
dipertahankan, Hak Istimewa Melayu
iaitu Perkara 152 & 153
dipertahankan, Bahasa Melayu tetap
menjadi Bahasa Rasmi Malaysia.
Yang sebenarnya masih banyak lagi
antara sebab-sebab tetapi 16
nurkilan kami di atas adalah
penyebab utamanya. Moga tulisan
ringkas ini mampu menjadi panduan
ringkas kepada para sahabat semua.
KENAPA PAS BERKAWAN DENGAN DAP & TOLAK UMNO? INI JAWAPANNYA...
Ini betul punya cerita DAP,, sebab tu Pas lebih selesa dengan Dap dan fobia dengan Umno...
Mungkin ramai yang belum faham
kenapa PAS berkawan dengan DAP,
tidak dengan Umno. Buat yang
belum tahu apa sebabnya boleh
merujuk kepada 16 sebab-sebab
utama di bawah ini:

1) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah.
DAP tiada buat penyelewengan
tetapi Umno sudah banyak
penyelewengan kuasa dibuat.

2) DAP menolak Hudud sebab
mereka bukan Islam, tetapi peliknya
Umno tolak Hudud sedangkan
mereka beragama Islam. Jadi PAS tak
mahu kawan dengan orang Islam
yang tolak hukum Islam.
3) DAP tidak pernah bunuh umat
Islam, tetapi umat Islam Memali
dibunuh oleh siapa?

4) DAP tidak pernah runtuhkan
masjid, tetapi banyak surau dan
masjid diruntuh atau ditutup oleh
kerajaan Umno/BN atas pelbagai
alasan.

5) DAP tidak pernah hentikan
tazkirah dan kuliah agama di masjid
dan surau. Tetapi banyak kuliah dan
tazkirah dihentikan oleh pihak
berkuasa atas alasan tiada tauliah
sedangkan ustaz tersebut lulusan
Timur Tengah dan IPTA yang dibina
kerajaan sendiri.

6) DAP tidak pernah tangkap rakyat
tanpa bicara, tetapi kerajaan
pimpinan Umno menggunakan ISA
dan akta baru sekarang untuk
berbuat demikian.

7) DAP tidak pernah
menggadaikan
tanah orang Melayu, tetapi sejak
merdeka tanah rezab Melayu
berjumlah 3 juta hektar tinggal 1.7
juta hektar sahaja. Ini angkara
siapa.?

DAP tidak pernah mempertikaikan
Bahasa Malaysia sebagai Bahasa
Rasmi negara tetapi siapa pula yang
memperkenalkan PPSMI?
9) DAP tidak pernah merampas dan
menganiaya negeri orang Melayu
dan umat Melayu tetapi kerajaan
Umno/BN menafikan royalti minyak
kepada Kelantan dan Terengganu.

10) DAP setia kepada persefahaman
dan persepakatan tetapi Umno lah
yang menghalau PAS keluar dari
Barisan Nasional pada tahun 1974
kini Umno gila talak dan kembali
rujuk kepada PAS.

11) Ketika Umno/BN kuat, PAS
dipandang sebelah mata, bila Umno/
BN lemah, PAS seringkali diajak
bergabung

12) Umno BOLEH bergabung dengan
MCA, MIC dan lain-lain parti bukan
Melayu/Islam sebanyak 11 parti
dalam BN, tetapi PAS bergabung
dengan 2 parti pelbagai kaum iaitu
PKR dan DAP TAK BOLEH pula?

13) PAS bukan parti berasaskan
perkauman tetapi Umno adalah
perkauman sempit sama seperti
MCA dan MIC. PAS menentang dasar
berjuang atas perkauman atau
Assobiyyah.

14) PAS menentang kezaliman dan
penindasan terhadap rakyat atas
dasar apa sekalipun. Banyak sekali
contoh kezaliman dan penindasan
yang dilakukan oleh kerajaan Umno/­
BN seperti menafikan royalti,
bantuan perkapita kepada negeri PR
(diberi tidak sepenuhnya dan
dilengah-lengahkan), bantuan
kepada Sekolah Agama Rakyat
dihentikan, harga barangan dan
perkhidmatan semakin naik dan
sebagainya.

15) PAS menentang pembaziran yang
menjadi amalan kerajaan Umno/BN
dengan projek-projek mega yang
sebahagian besarnya tidak
memberikan manfaat kepada
rakyat .......

16) DAP dan PKR menerima dan
memeterai perjanjian bahawa Islam
tetap menjadi agama Rasmi
Malaysia, Sistem Raja
Berpelembagaan tetapi
dipertahankan, Hak Istimewa Melayu
iaitu Perkara 152 & 153
dipertahankan, Bahasa Melayu tetap
menjadi Bahasa Rasmi Malaysia.
Yang sebenarnya masih banyak lagi
antara sebab-sebab tetapi 16
nurkilan kami di atas adalah
penyebab utamanya. Moga tulisan
ringkas ini mampu menjadi panduan
ringkas kepada para sahabat semua.
Pas Sabah shared Nik Abdul Aziz Nik Mat's photo.
[admin] "Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa muda, dialah yang bawa PA system dan pasang PA system, dialah jadi pengerusi majlis, dialah jadi penceramah, dialah driver ke tempat ceramah dalam suatu ceramah, masa nak balik, najis diletakkan dipintu kereta. Inilah pengorbanan pejuang-pejuang agama Allah dulu untuk memartabatkan Islam sehingga PAS zaman sekarang semakin berkembang dan diterima semua orang. Pejuang2 muda sekarang jangan isti'jal [gopoh nak menang] dengan melihat matlamat Putrajaya semata-mata, tapi biarlah kemenangan itu menjadi wasilah mendapat keredhaan Allah" - Ust Nik Zawawi, S/U Majlis Syura Ulama' PAS.
[admin] "Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa muda, dialah yang bawa PA system dan pasang PA system, dialah jadi pengerusi majlis, dialah jadi penceramah, dialah driver ke tempat ceramah dalam suatu ceramah, masa nak balik, najis diletakkan dipintu kereta. Inilah pengorbanan pejuang-pejuang agama Allah dulu untuk memartabatkan Islam sehingga PAS zaman sekarang semakin berkembang dan diterima semua orang. Pejuang2 muda sekarang jangan isti'jal [gopoh nak menang] dengan melihat matlamat Putrajaya semata-mata, tapi biarlah kemenangan itu menjadi wasilah mendapat keredhaan Allah" - Ust Nik Zawawi, S/U Majlis Syura Ulama' PAS.
Pakatan memang dah menang! :)
ADAKAH ANDA TAHU...
Pakatan Rakyat menguasai ibu negeri2 di Malaysia. Barisan Nasional pula banyak menguasai kawasan pedalaman yang mana rakyat dinafikan media scara adil..

MAKNANYA: jika rakyat dapat info secara adil, BN sudah lama dihumban oleh rakyat !!!

-Arabic -
ADAKAH ANDA TAHU...
Pakatan Rakyat menguasai ibu negeri2 di Malaysia. Barisan Nasional pula banyak menguasai kawasan pedalaman yang mana rakyat dinafikan media scara adil..

MAKNANYA: jika rakyat dapat info secara adil, BN sudah lama dihumban oleh rakyat !!!

-Arabic -
Muslimat Pas Tebrau Johor and Dewan Muslimat Pas Lenggong shared Wak Rico Rock Kapak's photo.


★★★228-Rakyat biasa selalunya tak terlepas...
★★★228-Rakyat biasa selalunya tak terlepas...




BUKTI KUKUH PENIPUAN SPR!

Bacalah, laporan POLIS pun sudah di buat, seorang ANAK MUDA mengundi 2 kali dalam 1 masa di kuantan, oleh kerana beliau tidak mahu bersetongkol dengan kerajaan 46% BN, maka ini jawapan beliau.. SPR telus ke?

"Saya Mohd Fadhli bin Khaharruddin, membuat laporan mengenai daftar undi yang membolehkan saya mengundi sebanyak 2 kali di pusat mengundi SK Sungai Isap, Saluran 4. Saya mendaftar undi pertama saya pada pukul 10.30 pagi dan undi kedua pada pukul 1.15 petang. Sewaktu undi ke-2 saya tidak membuang undi tetapi berhasrat menyimpan kertas undi dan no saluran sebagai bukti bahawa prosedur dan kredibiliti SPR yang lemah,

seperti dakwat yang tidak kekal dan kebolehan mendaftar 2 kali, tetapi tidak dibenarkan oleh KTM pusat saluran 4. Repot ini dibuat untuk mengelak daripada didakwa mempermainkan sistem pilihanraya. Sekian."

Draf diatas sudah cukup ringkas menceritakan apa yang berlaku. Disini saya ingin menjelaskan secara teliti untuk menempis tohmahan buah mulut khabar angin liar.

Selesai mengundi buat kali pertama, saya pulang ke rumah dengan niat untuk makan tengahari, saya basuh tangan menggunakan sabun mandi(jenama tidak pasti) dan saya dapati dakwat kekal luntur dijari telunjuk tangan kiri kesannya berpindah ke tangan kanan dalam keadaan comot. Saya cuba menggunakan peluntur (Depex) yang terdapat didalam tandas untuk hilangkan saki baki comot pada kedua-dua belah tangan. Terbukti, jari kiri saya bersih tanpa ada kesan dakwat kekal.

Saya mencari penyelesaian di internet dan media sosial menjumpai banyak lagi kes sama berlaku di serata Malaysia. Hal ini membawa kemusykilan kerana isu dakwat ini telah dibincang sejak 2008 hingga 2013 dan badan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) secara jelas mendakwa dakwat kekal dapat bertahan 5- 7 hari walaupun dibasuh menggunakan medium berbeza.

Saya mengambil keputusan tanpa apa-apa perancangan untuk cuba mengundi buat kali ke-2 pada pukul 1.15 petang. Barisan daftar undi tidak seramai seperti pagi. Saya beratur pada pusat mengundi yang sama, saluran yang sama seperti pada pengundian pertama waktu pagi. Semasa dipanggil untuk daftar undi oleh kerani pengundian,saya ikut prosedur sama; tunjukkan kad pengenalan, jari dicalit dakwat kekal,dan penerimaan kertas undi. Saya berjaya melepasi prosedur yang sama tanpa sebarang masalah! Saya tidak membuang undi, tetapi membawa kertas undi 2 helai dan nombor saluran keluar dan melaporkan kepada polis petugas apa yang berlaku dan menyatakan hasrat untuk membuat laporan polis. Polis itu meminta dan memegang kad pengenalan, dan merujuk kepada pegawai atasan beliau mengenai apa yang berlaku. Ada ramai anggota polis (5-6 orang) di sekeliling saya dan mereka ingin tahu, dan ada yang tidak percaya. Ada yang meminta saya bersumpah dan tidak percaya ini berlaku.

Anggota polis menanyakan soalan "Kenapa kamu mengundi 2 kali?"

Saya balas "Kenapa saya boleh undi 2 kali? Saya tidak perlu bagi jawapan, Encik kena tanya pegawai SPR yang bertugas". Tiada kata penyelesaian.

Ketua Tempat Mengundi (KTM) Saluran 4 dipanggil untuk memberi jawapan, tetapi jawapan yang diberi "Ini tidak patut terjadi","Kemungkinan pengundi terlalu ramai" dan menerangkan prosedur dan pengulangan jawapan sama beberapa kali.

Perbincangan berterusan dan masih tiada kata putus. Calon-calon yang bertanding cuba masuk campur dan mereka meminta bukti saya mengundi 2 kali dan saya menunjukkan kertas undi yang masih bersih tidak bertanda sebagai bukti untuk laporan polis. Tetapi, Ketua Tempat Mengundi tidak membenarkan saya bawa keluar kertas undi tersebut. Saya cuba untuk dapatkan kertas undi itu sebagai bukti untukmengelak didakwa mempermainkan pilihanraya. Masih tidak membenarkan, saya meminta orang ramai yang ada disitu untuk mengambil gambar saya, kad pengenalan, kertas undi 2 helai dan kertas nombor saluran sebagai bukti sebelum menyerahkan kertas-kertas undi dan nombor saluran kepada KTM. Tiada kata putus dari mana-mana pihak, saya meminta kebenaran untuk membuat laporan polis.

Pulang ke rumah, saya bersiap dan mandi kerana ada sedikit kesan dakwat kekal di muka, dan sekali lagi menggunakan medium yang sama, dakwat itu luntur dengan mudah. Abang saya menelefon dan meminta saya pergi ke rumah salah seorang calon untuk mendapatkan butiran peribadi bagi mengelak dari apa-apa kejadian buruk berlaku.

Sesudah itu, saya menaiki skuter ke Balai Polis Kuantan berseorangan membuat laporan. Selesai menaip laporan sendiri, saya diminta tunggu sebentar dan menaiki van polis kembali ke SK Sungai Isap untuk siasatan dan kembali semula ke Balai Polis Kuantan untuk catitan penyataan saya mengenai laporan yang dibuat. Proses menunggu agak lama kerana perlu menunggu Forensik dan jurugambar untuk mendapatkan bukti. Semua selesai lebih kurang pukul 8 malam dan saya dikehendaki ke Balai Polis 13 Mei 2013 ini untuk tindakan selanjutnya.

Hasil siasatan mendapati tempat mengundi menggunakan 2 buku daftar pengundi yang sama dan ditanda oleh 2 kerani pengundian yang berbeza untuk "melancarkan proses mengundi". Dakwat yang didakwa kekal 5-7 hari, tidak kekal dan ini disahkan olen kerani pengundian SPR dimana mereka sendiri tidak dapat menjumpai sisa atau kesan dakwat kekal pada kedua-dua tangan saya yang membolehkan saya mengundi buat kali ke-2.

Tamat.

Penjelasan;

"Saya membuat laporan, BUKAN ditangkap!" Sila baca banyak kali jika tidak faham.

Saya faham hak saya sebagai pengundi. Saya sedia maklum jika saya ditangkap untuk undi kali ke-2, saya boleh dijatuhkan hukuman bayar rm5000 atau 2 tahun penjara.

Saya non partisan, tegas saya disini. Saya tidak dibayar, bukan ahli dan tidak menuduh mana-mana parti. Saya tidak berniat untuk mencabar SPR, tapi ingin menguji sistem yang dikata "bersih" dan terbaik di dunia. Saya salah seorang rakyat Malaysia yang ingin tahu mengenai dakwaan-dakwaan yang menyatakan kegagalan SPR sebagai sebuah sistem pilihanraya yang telus dan saya sendiri berjaya buktikan. Jika kes saya adalah "kesilapan", saya ingin tahu, berapa banyak "kesilapan" yang sama berlaku di tempat-tempat mengundi yang lain? Berapa ramai yang membuat laporan dan berapa ramai yang berjaya bolos?

Adakah SPR badan paling bersih di dunia seperti didakwa pengerusinya?
Jawapan saya, tidak.

Anda pula bagaimana?

Yang Benar,

MOHD FADHLI BIN KHAHARRUDDIN

Tiada ulasan: