Khamis, 2 Mei 2013

GRED F OK LAGI....JANGAN GRED P...PERASUAH...PENYANGGAK....PENCURI...PEMAKSIAT...PENENTANG HUKUM DAN LAGI2 LAH.

Berita Baik Untuk Guru: Sistem PBS dinilai semula jika PR menang PRU13
Posted on Wednesday, May 01 @ 19:19:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Abdul Hadi Awang

Bahawa PAS berkewajipan memperkenalkan agenda pembangunan insan yang sebenarnya mengikut acuan Allah, pencipta manusia dan seluruh alam. Kegagalan sesuatu sistem pendidikan menjadikan negara dan bangsa ketinggalan, lemah dan hina.

PAS bersama-sama dengan pimpinan Pakatan Rakyat sungguh komited untuk melakukan penilaian semula terhadap Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang kini dilaksanakan di sekolah - sekolah di seluruh Malaysia.

Walaupun ada kebaikannya, tetapi melaksanakannya secara separuh masak tanpa menyediakan infra tenaga tambahan yang mencukupi akan hanya mendera guru-guru yang terlibat.

Apa yang kini dilaksanakan adalah tidak menepati konsep dan aplikasi sebenar PBS. Ini memberi kesan negatif kepada sistem pendidikan negara.

Contohnya tekanan kerja, kerja perkeranian yang tinggi, pengabaian pengajaran dan pembelajaran kerana tertumpu kepada mengisi dan mengemas kini data pelajar, kurang penyediaan bahan bantu pengajaran, melanjutkan waktu bertugas guru sehingga hujung minggu, hilang fokus kepada tanggung jawab kepada keluarga dan seterusnya menyebabkan kekecewaan di kalangan guru.

Kelemahan-kelemahan yang ada menyebabkan guru dan ibubapa tertekan sehingga menjejaskan matlamat pendidikan dan hasrat murni Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sekiranya rakyat memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat dalam PRU-13 ini, saya memberikan jaminan pelaksanaan PBS ini akan dinilai semula supaya tidak membebankan warga pendidik dan seterusnya selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS 


 Apa dah Jadi??? Sekejap Ia, Sekejap Tidak? Percayakah Anda???
Posted on Wednesday, May 01 @ 18:58:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: ismailjohari30

"

Bapa Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim sekali lagi menukar kenyataannya dengan mendakwa dakwaan liwat ke atas anaknya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008 benar-benar berlaku.

Azlan mengaku kejadian ke atas anaknya itu bukan konspirasi politik seperti kenyataannya beberapa bulan lalu, lapor Utusan Online.



"Mohon maaf kepada anak Saiful Bukhari. Sedar saya khianati anak sendiri. Sebagai bapa tak boleh khianati anak dan langgar sumpah.

"Saya hanya takut kepada Tuhan bukan manusia. Saya sedar sendiri dan telah lakukan kesilapan besar khianati anak sendiri," katanya seperti dalam laporan langsung akhbar itu.

Beliau seterusnya dilapor menarik balik permohonan maaf kepada Anwar sekeluarga dan mengumumkan keluar PKR serta-merta dan tidak bercadang menyertai mana-mana parti lain.

Azlan pada 8 Mac lalu mengejutkan banyak pihak apabila memohon maaf kepada Anwar dan mendakwa anaknya dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab, termasuk seorang pegawai perdana menteri dalam kes Liwat II.

'Petunjuk dari solat Istikharah'

Dalam kenyataannya sebelum ini, Azlan, 60, mendakwa semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan anaknya dan beliau sendiri dirancang dan disediakan pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan peguam Zamri Idrus.

Beliau malah merayu kepada seluruh rakyat Malaysia "bangun bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul" serta berdoa agar Allah memenangkan perjuangan Anwar dan Pakatan.

Dalam sidang media hari ini, Azlan menjelaskan, tindakannya sebelum ini dibuat akibat terpengaruh dengan beberapa pihak dan tidak timbul soal ganjaran.

"Kebetulan nak pilihan raya saya tampil buat keterangan. Saya ada buat solat istikharah mohon petunjuk dan pedoman. Bersedia hadapi tohmahan orang sekeliling," katanya yang mengaku sudah insaf.

Beliau juga menegaskan, tindakannya mengadakan sidang akhbar pada hari ini atas kesedaran sendiri, keinsafan dan bukan disuruh, dipengaruhi mahupun dipujuk oleh sesiapa.

Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lepas daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Jabatan Peguam Negara telah merayu terhadap keputusan itu dan Mahkamah Rayuan akan mendengar kes pada 22 Julai."


 FACEBOOK Kantoikan penipuan Azhar Sulaiman
Posted on Wednesday, May 01 @ 19:02:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: DUKUNPASIR

"

Fahami betul betul ayat ini......KOMPUTER TIDAK MENIPU DAN AKAN MENIPU kerana JIKA SESEORANG MENEKAN HURUF A, dia akan paparkan huruf A tidak huruf B ,tak percaya, cuba tekan no 8, pasti akan keluar no 8 tidak nombor 5 betulkan? YANG MENIPU ialah mereka yang menekan HURUF tersebut, DIA CAKAP TEKAN HURUF A ,tapi dia tekan huruf B ....saksikan kaitannya dengan pembongkaran ini.....


 Bukan niat penulis nak panjangkan isu ini, cuma penulis nak KITA BELAJAR SESUATU DARI ISU INI....sekurang kurangnya KITA TIDAK BUTA FACEBOOK atau buta IT....

Ini laporan dari twitter untuk rujukan anda dulu.

Berdasarkan maklumat sebab APA sebenar laporan polis dibuat penulis cuba kongsikan disini.....

Laporan polis juga dibuat kerana Facebook didakwa digodam oleh penyokong Pakatan.....





Yang kedua .....


KERANA DIDAKWA DIUGUT?? Abby dan Bob Lokman pun tak buat laporan polis kerana mereka lagi lantang menyokong Pakatan...errr...Norman KRU pun tak buat laporan polis...OR...BELUM mahu buat kot...APA yang diugut?? Entahhhhhhhhhhh!!

Cuma penulis NAK BERITAHU....SETAKAT HARI INI,BELUM ADA PENYOKONG  TERBUNUH ATAU DIBUNUH KERANA berbeza pendirian politik...Juga ...err..disambar petir disebabkan kenyataan politik..hahaha

Dalam laporan ini TAK PULA DISEBUT SEBAB DIGODAM..yang disebut DIGANTUNG or dalam bahasa mudah kita faham..akaun itu TIDAK DIAKTIFKAN sementara( Deactivate FB ) 




Ada dua laporan berbeza seperti yang penulis tunjukkan diatas, mana satu yang benar, mana satu yang tidak benar?? Pada penulis...laporan polis itu memang benar telah dibuat kerana Azhar Sulaiman tunjukkan pic ini...

Juga yang benar...Azhar Sulaiman BERITAHU ISU PETIR melalui posting ini...

Oklah...JADI PENULIS AMBIL KESIMPULAN MUDAH, laporan polis telah dibuat ATAS ALASAN FACEBOOK TELAH DIGODAM......


Siapa pemilik saham Putrajaya Holdings, soal Husam
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
1 Mei 2013
 Datuk Husam Musa
Datuk Husam Musa
PUTRAJAYA - Calon Pas kerusi Putrajaya, Datuk Husam Musa hari ni menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan berhubung milikan saham 20 peratus dalam Putrajaya Holdings.

"Siapakah pemegang saham Putrajaya Holdings?" soalnya ketika menyampaikan ucapan sempena program Perutusan Hari Pekerja di sini, hari ini.

Menurut Husam, pemegang saham yang pertama ialah Khazanah Nasional yang mempunyai pegangan 15 peratus.

Sementara pemegang saham kedua ialah KLCC Holdings yang mempunyai pegangan saham 65 peratus dalam Putrajaya Holdings.

"Tetapi yang lebih menarik ialah penama-penama yang memegang saham 20 peratus dikendalikan oleh CIMB Group Holdings Berhad.

"Saya mohon penjelasan daripada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir, siapa pemilik saham 20 peratus Putrajaya Holdings itu?" soal Husam.

Menurut Husam, kerajaan telah memberi tanah kepada Putrajaya Holdings dan bon pinjaman kepada perbadanan itu yang dipertanggungjawabkan untuk membina bangunan-bangunan pejabat di Putrajaya.

"Kemudian Putrajaya Holdings memberikan sewa kepada kerajaan. Kerajaan menyewa semua pejabat kerajaan termasuk rumah perdana menteri di Putrajaya, kadar sewaannya ialah RM200 bagi tiap meter persegi.

"Menjadikan pada tahun 2011, kerajaan Malaysia membayar kepada Putrajaya Holdings sewa RM1.7 bilion setahun.

"Tempoh perbelanjaan sewaan 25 tahun. Baki yang kita kerajaan kena bayar RM27 bilion untuk 15 tahun akan datang," ujar Husam.

Sehubungan itu katanya, jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih kerajaan, pihaknya akan memastikan semua ini akan diselesaikan.

"Minta maaf Datuk Seri saya mencadangkan atas kapasiti calon Putrajaya P125, 6 Mei kita mentadbir Insya-ALLAH kita mengkaji semula sewaan RM27 bilion itu," ujar Husam yang juga Naib Presiden Pas.


Muhyiddin: Gred 'F' bagi kad laporan prestasi kerajaan Pas Kelantan

1 Mei 2013
Muhyiddin: Gred 'F' bagi kad laporan prestasi kerajaan Pas Kelantan
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melambai tangan ke arah orang ramai ketika hadir pada Himpunan Rakyat 1Malaysia di SK Gemang, Air Lanas di sini hari ini.- Fot
JELI - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meletakkan gred F atau gagal pada kad laporan prestasi kerajaan Pas Kelantan ekoran ketidakupayaan menyelesaikan beberapa masalah utama rakyat di negeri ini.
  
Beliau berkata adalah amat mendukacitakan dalam tempoh 23 tahun PAS memerintah Kelantan, tiada kemajuan daripada beberapa aspek seperti menyediakan peluang ekonomi dapat dikecapi di negeri berkenaan.
  
"Sebagai Menteri Pelajaran saya nak periksa 'report card' (kad laporan) Kelantan. Saya bagi F maknanya 'fail' (gagal) dan tak boleh terus pimpin negeri ini.
  
"Banyak janji-janji mereka (Pas) tak ditunaikan dan banyak masalah tak diselesaikan," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 20,000 hadirin pada Program Himpunan Rakyat 1Malaysia bersama TPM di Sekolah Kebangsaan Gemang Ayer Lanas di sini.
  
Muhyiddin meminta rakyat mengkaji dan meneliti prestasi PAS berdasarkan tiga faktor penting iaitu pembangunan infrastruktur, keupayaan menyediakan peluang ekonomi serta meningkatkan syiar Islam di negeri ini.
  
Turut hadir isteri Muhyiddin Puan Seri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Jeli dan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Air Lanas.
Muhyiddin berkata sebahagian besar pembangunan infrastruktur di Kelantan dilaksanakan oleh kerajaan BN yang tidak mahu negeri itu ketinggalan berbanding negeri-negeri lain dalam misi Malaysia mencapai status negara berpendapatan
tinggi menjelang tahun 2020.
  
"Jalan-jalan kampung, kemudahan asas, bekalan air dan prasarana yang patut dimajukan tapi tak dilaksanakan. Namun mereka (kerajaan negeri) masih bercita-cita nak buat lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai," katanya.
  
Beliau berkata kerajaan negeri juga gagal menyediakan peluang pekerjaan untuk menjana ekonomi negeri ini dan memenuhi harapan rakyat yang mahu bekerja bagi meningkatkan pendapatan.
  
Di samping itu, Muhyiddin berkata PAS juga gagal memperjuangkan syiar Islam dan menegakkan serambi Mekah seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.
  
Menurutnya, PAS sepatutnya menegakkan perjuangan parti itu untuk membina negara Islam, namun perkara itu tidak pun dinyatakan di dalam manifesto parti itu.

"Bila PAS menyertai pakatan pembangkang sepatutnya mereka menegakkan perjuangan untuk bina negara Islam dan soal hudud diteruskan namun mereka mengorbankan apa yang selama ini diperjuangkan untuk tujuan politik," katanya.
  
Tambahnya, ekoran daripada kegagalan kerajaan negeri pimpinan PAS mentadbir Kelantan, rakyat mulai sedar dan insaf untuk beralih kepada kepimpinan BN yang mendahulukan rakyat.
  
Beliau berkata sejak dua tahun gelombang merah yang menjadi lambang kepimpinan BN memenuhi Kelantan, ia sudah mula menyerap ke dalam jiwa rakyat yang mahukan perubahan.
  
"Pembangkang seperti 'desperado' kerana pengaruh gelombang merah mula diterima rakyat di sini, makanya mereka buat pelbagai tohmahan kepada kepimpinan BN," katanya. - Bernama

Tiada ulasan: