Selepas daftar 2 hari, dapat kontrak 7 tahun
Harakahdaily, | 02 Mei 2013 |
TEMERLOH: Syarikat YP Maintenance Sdn Bhd yang dimiliki Johari Harun dan Syufina Yaakob mencipta sejarah apabila mendapat kelulusan kontrak untuk menyelenggara jalan seluruh negeri Pahang selama tujuh tahun hanya selepas 2 hari ditubuhkan.
Mengikut carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, syarikat YP Maintenance didaftarkan pada 4 Februari 2013 dengan nombor pendaftaran 1033787.
(Surat kelulusan kontrak tujuh tahun dari kerajaan negeri Pahang kepada YP yang diluluskan pada 6 Februari 2013)
“Ini bermakna syarikat itu dianugerah projek sebegitu besar pada usia 2 hari. Ini jelas satu salahguna kuasa dan cara merompak duit rakyat sinomim dengan budaya kerajaan Umno-BN yang diketahui umum,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya.
Menurut carian SSM, terdapat dua ahli lembaga pengarah syarikat iaitu Johari Harun (No KP: 700120-06-5739) yang beralamat di Janda Baik dan Syufina Yaakob (No KP 800912-02-5514) yang beralamat di Batu Caves. (SSM3.jpg)
Tidak dapat dipastikan samada mereka khasnya Syufina Yaakob mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.
Semakan Harakahdaily dengan laman web SPR mendapati, Johari Harun mengundi di Janda Baik, Ketari di bawah parlimen Bentong, kawasan datuk Adnan Yaakub. Namun begitu semakan terhadap nama Syufina berdasarkan no kad pengenalannya mendapati tidak ada sebarang rekod dinyatakan.
Sebelum ini, Harakahdaily mendedahkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri yang bersidang pada 6 Februari 2013 telah menganugerahkan kontrak berkenaan kepada YP Maintenance.
Kontrak 7 tahun itu diketahui umum dengan kemunculan sepucuk surat yang ditandatangani Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang Datuk Ir Haji Rosman Haji Yahya bertarikh 27 Februari 2013.
Satu surat rasmi mendedahkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri yang bersidang pada 6 Februari 2013 telah menganugerahkan satu kontrak penyelenggaraan jalan negeri Pahang kepada sebuah syarikat selama tujuh tahun.
Dalam surat yang ditandatangani Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang Datuk Ir Haji Rosman Haji Yahya, kontrak tersebut diberikan kepada Syarikat YP Maintenance Sdn Bhd bermula 1 April 2013.
“Pembiayaannya adalah dari peruntukan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri,” baca surat tersebut yang ditujukan kepada “Jurutera Daerah JKR Kuantan/ Temerloh / Jerantut / Pekan / Maran / Bentong / Rompin / Kuala Lipis / Cameron Highlands / Raub / Bera.”
“Ia telah menimbulkan persoalan kenapa ia dibuat untuk tempoh yang begitu panjang?” soal Tuan Ibrahim.
Surat itu turut menyatakan bahawa jalan-jalan yang terlibat dalam kontrak ini ialah jalan-jalan negeri di bawah JKR seperti yang disenaraikan dalam Malaysia Road Record Information System (MARRIS) tetapi tidak termasuk jalan di dalam kategori yang lain.
(Bukti syarikat YP baru ditubuhkan pada 4 Februari)
Surat itu turut mengarahkan sebarang rundingan yang belum dimuktamadkan dengan kontraktor lain perlu dibatalkan.
“Oleh yang demikian, segala kerja-kerja undi dan sebut harga untuk kategori Jalan Raya Negeri Di Bawah JKR yang masih di peringkat tawaran dan masih belum disetuju terima kepada kontraktor hendaklah dibatalkan.
"Walaubagaimanapun, kerja-kerja undi dan sebut harga yang telah disetujuterima oleh kontraktor boleh diteruskan sehingga siap,” tulis surat itu lagi.
Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim, yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat turut menuntut penjelasan daripada Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengenai kontrak berkenaan.
1. Mengapa Syarikat YP Maintenance dipilih? Apakah nasib bakal melanda kontraktor-kontraktor jalan Kelas F dan peluang kerja anak tempatan?
2. Apakat butiran perjanjian antara kerajaan negeri dengan Syarikat YP Maintenance?
3. Bagaimana perjanjian ini boleh menguntungkan warga Pahang? Apakah sebutharga YP Maintenance jauh lebih rendah berbanding kontraktor lain?
4. Apakah YP Maintenance memenangi kontrak ini melalui tender terbuka?
5. Berapa jumlah nilai kontrak 7 tahun tersebut? Mengapa 7 tahun dan bukan diperbaharui setiap tahun?
6. Jika YP Maintenance tidak dapat melaksanakan tugas kontrak, apakah kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk mendenda dan membatalkan kontrak?
“PAS dan Pakatan Rakyat Pahang berjanji akan menilai kembali kontrak ini, dan tidak akan mengagak-agak mengambil tindakan susulan untuk menjaga nasib kontraktor F dan anak tempatan apabila kami diberi mandat menerajui Pahang selepas PRU13,” tegas Tuan Ibrahim (gambar).
PAS dan Pakatan Rakyat Pahang, katanya tidak akan membiarkan perkara ini berlarutan menjadi ‘SYABAS’ kedua seperti di Selangor dan syarikat bekalan air PAIP di Pahang, di mana kerajaan terpaksa menghabiskan berjuta ringgit tanpa mendapat kembali perkhidmatan yang sewajarnya.
“Kontrak ini menunjukkan bahawa kerajaan pimpinan Umno-BN tengah membuat persiapan untuk tewas dengan menganugerahkan kontrak kerajaan kepada syarikat kroni untuk menjamin pendapatan mereka pada masa hadapan,” tambah beliau.
* Siaran kali kedua.
Jika SPR menipu, rakyat sedia bangkit
Analisa Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar, | 02 Mei 2013 |
Ketika artikel ke 8 sempena PRU 13 ini di tulis blogger Milosuam baru saja ditahan dipercayai atas berita mengenai sumber berita dan bukti polis mengundi awal.
Kecelaruan isu ini ialah berpunca daripada sidang akhbar Pengerusi SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) yang menyebut hanya tarikh mengundi awal polis dan tentera pada 30hb April 2013 manakala mengundi biasa pada 5hb Mei 2013 selain mengundi diluar negeri pada 28hb April 2013.
Pengerusi SPR juga menegaskan tiada lagi istilah undi Pos yang kemudiannya masih wujud lagi rupa-rupanya undi Pos ini. Tiba-tiba negara di kejutkan dengan berita bergambar oleh Milosuam yang ada anggota polis mengundi lebih awal daripada 30hb April 2013 yang dinafikan oleh PDRM dan SPR yang membawa kepada penahanan Milosuam selepas laporan polis di buat oleh Jabatan Siasatan Komersial PDRM dan SPR sendiri.
Seterusnya lebih pelik majoriti media arus perdana menyiarkan pula berita tentera di Lahad Datu mengundi lebih awal daripada 30hb April 2013. Maka makin kelirulah rakyat dengan SPR.
Kekeliruan terhadap tindak tanduk Pengerusi SPR yang umumkan dakwat kekal 7 hari dan sebelum itu 5 hari tetapi pihak pasukan keselamatan dan isteri masing masing dapat membasuh dakwat yang dikatakan kekal dan ini membuka pada pra sangka rakyat yang undi lebih dari sekali masih boleh berlaku.
(Laporan polis telah di buat terhadap SPR atas isu ini oleh yang berkenaan)
Selepas terbongkarnya dakwat yang bernilai jutaan ringgit itu sebenarnya boleh dibasuh, SPR menerusi setiausahanya menjelaskan botol perlu di goncang sebelum guna-agaknya segala kursus untuk petugas SPR yang dilakukan lebih dari sekali tidak memadai.
Hari rabu 1hb Mei 2013, di berita radio klasik pula berulang ulang audio Datuk Wan Ahmad Timbalan Pengerusi SPR berkata yang lebih penting dari dakwat kekal ialah daftar undi yang di katanya sebagai 100% tepat. Ini seterusnya membuka lagi rasa ketidak percayaan rakyat terhadap SPR dengan pendedahan demi pendedahan merujuk kepada daftar undi di Harakahdaily.net dan Keadilandaily sejak beberapa hari yang lepas.
Minggu lepas Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan di kinitv dan pelbagai media lain mengenai kenderaan yang membawa kertas undi yang belum di pangkah yang sepatutnya menuju ke ibupejabat SPR di Putrajaya di lencongkan ke Kawasan Industri di Kajang yang kemudiannya di ketawakan Pengerusi SPR sebagai kawasan berkenaan memang SPR ada gudang.
Namun beberapa hari lepas itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan di Kinitv (gambar) dan pelbagai media lain juga bukti-bukti bergambar rumah kedai yang dikatakan Pengerusi SPR sebagai gudang itu kelihatan seperti lokasi penagih dadah ataupun rumah kedai tempat jin bertendang yang mana ia kelihatan amat using, buruk dan lama di tinggalkan.
Ianya memang agak tak munasabah untuk dikatakan gudang SPR malah semakan milikan yang dilakukan ianya bukan milik SPR . Rakyat akan percaya jika ianya tempat penjenayah menyimpan dadah dengan lokasi yang begitu kotor tak terjaga atau ibupejabat Count Drakula.
Ini rupanya gudang SPR bak kata P Ramlee dalam filem Labu Labi, “macam setan” merujuk kepada keadaan kereta Haji Bakhil.
(Tontonlah video pendedahan terkini Dato Seri Anwar Ibrahim di laman youtube, kinitv, keadilandaily, malaysiachronicle, themalaysiannsider, harakahdaily.net dan nilaikan sendiri samada nak percayai SPR atau nak percayai pendedahan yang amat logik oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim)
Sejak beberapa hari yang lepas rakyat Malaysia di media sosial telah mendapat beberapa keping gambar ketibaan rakyat Bangladesh yang beratur panjang memakai dengan keadaan yang amat ramai dan bas-bas mengangkut mereka terus masuk ke kawasan khas berhampiran landasan penerbangan.
Malah jadual ketibaan mereka menerusi pengangkutan udara telah di perolehi oleh warga cyber dengan pelbagai medium media sosial. (Pada 2hb Mei 2013 , Datuk Seri Anwar Ibrahim di laporkan Keadilandaily di jangka mendedahkan bukti ketibaan para pengundi rakyat Bangladesh ini)
Jawapan yang diberi Pengerusi SPR di satu program tv sempena PRU 13 baru- baru ini ialah asalkan seseorang itu mempunyai kad pengenalan yang sah , SPR tidak akan pertikai status mereka. Soalnya apakah jika haiwan seperti orang utan datang beratur di hari mengundi dengan membawa kad pengenalan yang sah, SPR akan mengizinkan haiwan berkenaan mengundi semata-mata kerana ia membawa my kad yang asli.
Jadi, amatlah patut SPR menggunakan budibicara untuk mempertikaikan status mykad berkenaan walaupun asli dan seterusnya tidak membenarkan mereka mereka yang berwajah Bangladesh, Pakistan, Indonesia, Myammar dsbnya mengundi.
Jika JPN perlu berada di setiap lokasi mengundi, maka wujudkan meja JPN. Tidak semua pegawai JPN akan menyokong sebarang pemalsuan kerakyatan sekalipun zahirnya mykad itu asli.
(Hantu hantu dah tiba di lapangan terbang)
Lebih sejuta rakyat (atau 800 ribu atau cuma 45 ribu mengikut kepercayaan propaganda masing masing) yang menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat-Merdeka Rakyat di Stadium Merdeka awal tahun ini telah berjanji dan berikrar untuk turun humban SPR ke penjara jika SPR menipu pada PRU 13 yang dijadualkan berlangsung ahad ini.
Amaran rakyat ini harus di ambil serius oleh SPR dan pihak pasokan keselamatan patut membantu rakyat menghadapi para penipu dan penjenayah pilihanraya. Kini pihak pasokan keselamatan berkuasa sepenuhnya terhadap keselamatan negara tanpa campurtangan sebarang ahli politik pemerintah sebelumnya kerana tiada kerajaan yang wujud sebelum keputusan rasmi yang adil diumumkan.
(Wan Ahmad Timbalan Pengerusi SPR memegang akhbar Harakah yang dengan tepat melaporkan dimuka belakang,”Wan Ahmad Tak Boleh DiPercayai”)
Berita Radio Klasik Rabu 1hb Mei 2013 juga menyiarkan audio Datuk Wan Ahmad, Timbalan Pengerusi SPR yang mengatakan para pengundi selepas mengundi perlu beredar daripada berlegar-legar di kawasan berdekatan kerana ianya satu kesalahan yang boleh di tafsirkan sebagai cuba meraih undi.
Namun amat penting rakyat membantu ejen calon memantau setiap saat pergerakan kertas dan peti undi dengan bergilir gilir berehat,berSolat dan sebagainya. Jadi peraturan baru yang diwujudkan itu memungkinkan salahlaku seperti penipuan berlaku bila ejen calon terleka umpamanya dan ejen calon yang sedikit amat mudah di lekakan contohnya dengan mengajak berbual lebih lebih lagi jika wanita yang agak manis yang mengajak.
Datuk Wan Ahmad seterusnya lagi disiar Radio Klasik sebagai mahukan calon cuma berkempen dan tidak perlu fokus pada sebarang salah laku SPR seperti pengundi hantu, dakwat kekal, daftar undi dsbnya.
Beliau menegaskan yang daftar undi adalah 100 peratus tepat yang rakyat boleh dengan mudah mendapati beliau berbohong. Sila rujuk pelbagai berita mengenai isu daftar undi ini yang disiar hujung April 2013 dan awal Mei 2013 di Keadilandaily dan Harakahdaily.net
Manakala Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria pula cuba ketengahkan isu membeli kertas undi adalah satu kesalahan. Ini lebih dilihat cuma untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada isu pokok iaitu pengundi hantu, daftar undi, dakwat kekal, kewujudan gudang SPR di Kajang, kenderaan SPR dsbnya.
Rakyat juga perlu ambil perhatian dengan pelbagai jenis kenderaan SPR yang membawa peti undi untuk ke pusat pengiraan. Jika kenderaan darat, ejen calon dibenar mengikut kenderaan berkenaan daripada belakang. Namun jika ianya melibatkan 71 helikopter, 2 pesawat ringan, 1000 bot, tiada ejen calon dibenar berada bersama dalam kenderaan berkenaan apatah lagi amat sukar untuk berada dalam kenderaan berasingan.
Penjelasan tidak dibenarkan ada bersama didalam pesawat, helicopter dan bot bot ini saya perolehi setelah berbincang dengan 3 pegawai SPR Putrajaya pada hari penamaan calon pada 20hb April 2013 dan pegawai yang menjawap soalan saya adalah dipercayai ketua kepada dua lagi pegawai SPR di Putrajaya memandangkan hanya pegawai berkenaan diizin menjawap isu yang dikemukakan ini.
(Tiada ejen calon dibenarkan bersama dalam helicopter cuma petugas SPR)
Jika kita ingat ketika beberapa Pilihanraya Umum yang lalu pihak pihak berkepentingan telah membuat laporan polis mengenai terjumpanya kertas kertas undi yang telah di pangkah di buang di kawasan pembuangan sampah.
Isu ini tidak diselesaikan dengan baik oleh SPR sehingga kini dimana ketika itu pada PRU berkenaan Firdaus bekas Imam Masjid Negara mengamuk menyepak peti undi selepas tetap tewas pada Datin Seri Wan Azizah selepas kiraan semula. (Firdaus menafikan menyepak peti undi tetapi bukti video di kemukakan berjaya membuktikan bekas Imam Masjid Negara yang bertanding atas tiket BN juga tidak merasa bersalah berbohong)
Teori membuang kertas undi secara logiknya ialah bila peti undi yang mengandungi sejumlah tertentu kertas undi yang telah siap di pangkah hendak di tukar dengan peti undi yang mengandungi undian asli maka peti undi yang mengandungi kertas undian asli perlu dibuang akan tidak kelihatan seolah olah terlebih jumlah pengundi dari yang sepatutnya di satu satu kawasan.
(Bahagian depan t shirt yang agak kreatif)
Pada 1 hb Mei 2013, di Munajat Perdana di Padang Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru yang di banjiri lautan manusia ramai pekedai menjual t shirt bertulis Amaran Tipu PRU Rakyat Bangkit Humban Kamu. Mungkin rakyat boleh membeli t shirt berkenaan di serata lokasi ceramah seluruh Malaysia dan memakainya sebaik sahaja selepas mengundi untuk menyedarkan SPR, jika berlaku penipuan, semua yang disyaki terlibat dengan penipuan PRU dalam
SPR akan di humban ke penjara oleh rakyat sendiri dengan menggunakan peruntukan Citizen Arrest yang di sediakan di bawah Kanun Acara Jenayah. (Sila google search artikel: Citizen Arrest Aset Pusaka Terpenting Rakyat Malaysia)
Himpunan Kebangkitan 1 juta Rakyat Stadium Merdeka 2013-tidak termasuk permandangan di luar stadium untuk humban SPR ke penjara jika tipu PRU 13.
Pihak berkuasa seperti Imigresen patut menyekat pegawai pegawai tinggi SPR daripada meninggalkan negara bermula 5hb Mei 2013 atas budibicara pegawai di exit point berkenaan atas alasan disyaki mengkhianati negara dengan bersubahat melakukan penipuan dalam PRU.
Seterusnya kakitangan SPR yang mengetahui sebarang tindakan cubaan menipu mana mana pegawai SPR sepatutnya terus melaporkan pada Polis, Ejen Calon, Calon, Media PR, Media Sosial serta di muat naik serta merta ke media antarabangsa seperti CNN, BBC, Al Jazeera dll.
Juga agak memeranjatkan bila Zulkifli Nordin beberapa hari sebelum di calonkan BN memberitahu pada satu sidang akhbar yang dia jamin kekacauan akan berlaku malah menyebut satu persatu plan kekacauan berkenaan. Pihak PDRM wajar mendapatkan maklumat lanjut dengan memanggil Zulkifli Nordin.
Insya Allah pihak PDRM dan tentera yang mempunyai badan risikan masing masing tentunya lebih arif tentang realiti fakta sebenar perancangan cubaan huru hara dan patut menahan dan mendakwa semua mereka yang berkenaan segera.
Sekiranya terdapat sebarang perkara yang rakyat tidak puas hati, laporkan sahaja pada Pengurus Pilihanraya lokasi berkenaan, juga buat laporan polis dan hebahkan pada media media PR serta secara terus dalam talian kepada pelbagai media terkemuka antarabangsa agar sebarang isu salahlaku tidak dapat ditutup lagi.
(Rakyat yang penuh sesak di Stadium Merdeka ini akan pastikan pilihan raya kali ini bersih dan jangan cuba menipu)
Seterusnya pernah juga berlaku di dalam salah satu PRU yang lepas dimana seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak terputus bekalan elektrik sebaik saja pengiraan undi bermula. Namun yang amat menghairankan sebaik sahaja bekalan elektrik pulik sekitar jam 8 malam, keputusan BN menang besar di Sabah Sarawak diumumkan.
Mengambil kira kawasan yang luas di Sabah Sarawak yang memerlukan pesawat, helicopter, bot dsbnya amatlah pelik bila semenanjung Malaysia cuma mula rancak umumkan keputusan lepas tengahmalam yakni selepas rakyat mula tertidor. Kepelikan SPR ketika itu amat terserlah sekali hingga ada yang mengatakan SPR mengira undi dalam gelap di Sabah Sarawak dan berjaya mencipta rekod umumkan jauh lebih awal daripada semenanjung. Pada tahun berkenaan ada beberapa keputusan di semenanjung di umumkan selepas jam 10 pagi keesokan harinya.
Kali ini rakyat pelbagai kaum bangsa agama telah bersatu di bawah Pakatan Rakyat. Bila kaum cina dan India membantu kempen parti PAS sebuah parti Islam amatlah pelik sekali bila Umno masih takut pada PAS. Bila di ajak berdebat, Umno memilih menggunakan samseng-samseng untuk menimbulkan kekacauan.
Rakyat sudah dapat mengesan pelbagai tipu helah Umno BN, diharap pihak berkuasa dapat membantu rakyat yang sentiasa di zalimi dan di fitnah semata mata kerana amalan sistem demokrasi yang sah yang mengHalalkan rakyat untuk memilih tidak menyokong salah laku pemimpin Umno BN.
Sama sama InsyaAllah kita membentuk Malaysia Baru dengan melupakan segala penderitaan kepayahan dibawah Kerajaan BN InsyaAllah. Ingatlah, kini tahun 2013 , Malaysia telah berjaya melahirkan jutaan Anwar Ibrahim bukanlah lagi cuma seorang seperti tanggal pemecatannya sebagai TPM dan semua jawatan berkaitan 2hb September 1998 dulu atau penahanannya pada tanggal 20hb September 1998.
Tidak percaya, sila tonton saja pelbagai video ucapan para pemimpin PR di Himpunan Kebangkitan Sejuta Rakyat Stadium Merdeka awal tahun ini atau tonton saja video Ito menyanyikan lagu Ubah Sekarang di Himpunan yang sama. Wallahualam
*Penulis adalah pensyarah undang-undang dan pengamal Timbang Tara Malaysia yang pernah mendapat anugerah Arbitrator Terbaik kerana khidmatnya.
Kempen BN jejas perniagaan di Pasar Jerai?
Wan Nordin Wan Yaacob, | 02 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR:
Kehadiran jentera BN berkempen di Pasar Awam Jerai baru-baru ini
didakwa telah menyebabkan golongan peniaga merasa tidak selesa,
seterusnya mengakibatkan perniagaan mereka terjejas.
Calon PAS di Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar berkata, sebilangan besar peniaga merungut kehadiran bekas Presiden Umno, Tun Mahathir Mohamad, Calon BN, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan jenteranya menyebabkan perniagaan mereka terjejas.
"Ramai peniaga merungut kepada saya kedatangan jentera BN berkempen menjejaskan perniagaan mereka," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau melahirkan kebimbangan golongan peniaga yang rata-ratanya merasakan kempen BN kali ini banyak memberi masalah kepada rakyat khasnya dalam penggunaan jentera kerajaan.
Selain itu, BN juga dikatakan telah menggunakan premis kerajaan khasnya sekolah, jabatan kerajaan untuk berkempen, sedangkan dalam peraturan ianya suatu yang dilarang.
"Sekiranya kami menerajui Putrajaya sekalipun nanti, kami tidak akan menggunakan kuasa kami seperti mana yang BN buat masuk berkempen ke sekolah, jabatan kerajaan dan agensi tertentu untuk meraik sokongan," katanya lagi.
Sementara itu, Firdaus juga memaklumkan terdapatnya usaha Umno BN menghasut pengundi di sebahagian kawasan kampung di Jerai untuk tidak terpengaruh dengan perkembangan politik semasa.
"Mereka kata kepada pengundi di kampung, jangan peduli hal politik kerana itu urusan pemimpin, hingga ada penduduk yang percaya dan mula merasakan berpolitik itu hak mereka.
"Mereka juga menghasut agar pengundi hanya mendengar saluran maklumat Kerajaan Pusat sahaja. Mereka sekat penyebaran maklumat alternatif yang lebih sahih," katanya lagi.
Beliau yang mendapat 26,510 undi menewaskan calon BN, Datuk Badruddin Amiruldin dengan majoriti 2,299 undi pada PRU12 lalu. Pada PRU13 ini, beliau ditentang oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Pengundi di Parlimen Jerai pada PRU13 ini seramai 74,583 orang dengan pecahan Melayu sebanyak 79.11 peratus, Cina (13.99%), India (6.31%) dan lain-lain (0.59%).
(Rangkuman gambar-gambar yang membayangkan sambutan terhadap Pakatan Rakyat di Johor)
KUALA LUMPUR: Sambutan yang sangat tidak terduga terhadap semua himpunan Pakatan Rakyat di seluruh Johor bakal menggegar Umno dalam pilihan raya umum kali ini.
Ia merebak dengan cepat bagai api dalam sekam dan sudah tidak boleh lagi disekat.
Sambutan terhadap majlis Pakatan Rakyat mengejutkan banyak pihak.
Dari Johor Bahru, Gelang Patah, Segamat, Pontian, Pasir Gudang, Kulai, Bakri bahkan di Simpang Renggam semuanya dipenuhi puluhan ribu orang.
Malam tadi, himpunan di Sutera Mall mencecah 100,000 orang yang menyertai perhimpunan Grand Finale itu.
"Bagi saya, bekas MB Johor, Datuk Ghani Othman benar-benar bungkus kali ini di Gelang Patah dan pertandingan ini benar-benar menjadi transisi beliau keluar," kata Tamrin Ghafar yang baru pulang membantu kempen PAS di Johor.
Menurut bilik gerakan PAS, PKR dan DAP, sehingga kini mereka yakin sekurang-kurang dapat menafikan kuasa 2/3 dalam DUN Johor sehinggalah memenanginya.
Bagi mereka, ia bukan satu yang mustahil dalam pilihan raya ini jika dilihat kepada sambutan terhadap program Pakatan Rakyat.
Menurut laporan dari blogger Pakatan Rakyat, sambutan diberikan amat menggerunkan Umno, kerana Johor sudah dilihat bukan lagi negeri selamat dan paling kuat untuk Umno.
Mood rakyat ialah Johor sebagai salah satu penyumbang besar kepada kejatuhan kerajaan korup Umno/BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak diperingkat pusat.
Ramalan para pemimpin Umno/BN yang Umno/BN akan menang di Johor dengan penuh bergaya sudah tidak lagi boleh dipercaya.
Calon PAS di Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar berkata, sebilangan besar peniaga merungut kehadiran bekas Presiden Umno, Tun Mahathir Mohamad, Calon BN, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan jenteranya menyebabkan perniagaan mereka terjejas.
"Ramai peniaga merungut kepada saya kedatangan jentera BN berkempen menjejaskan perniagaan mereka," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau melahirkan kebimbangan golongan peniaga yang rata-ratanya merasakan kempen BN kali ini banyak memberi masalah kepada rakyat khasnya dalam penggunaan jentera kerajaan.
Selain itu, BN juga dikatakan telah menggunakan premis kerajaan khasnya sekolah, jabatan kerajaan untuk berkempen, sedangkan dalam peraturan ianya suatu yang dilarang.
"Sekiranya kami menerajui Putrajaya sekalipun nanti, kami tidak akan menggunakan kuasa kami seperti mana yang BN buat masuk berkempen ke sekolah, jabatan kerajaan dan agensi tertentu untuk meraik sokongan," katanya lagi.
Sementara itu, Firdaus juga memaklumkan terdapatnya usaha Umno BN menghasut pengundi di sebahagian kawasan kampung di Jerai untuk tidak terpengaruh dengan perkembangan politik semasa.
"Mereka kata kepada pengundi di kampung, jangan peduli hal politik kerana itu urusan pemimpin, hingga ada penduduk yang percaya dan mula merasakan berpolitik itu hak mereka.
"Mereka juga menghasut agar pengundi hanya mendengar saluran maklumat Kerajaan Pusat sahaja. Mereka sekat penyebaran maklumat alternatif yang lebih sahih," katanya lagi.
Beliau yang mendapat 26,510 undi menewaskan calon BN, Datuk Badruddin Amiruldin dengan majoriti 2,299 undi pada PRU12 lalu. Pada PRU13 ini, beliau ditentang oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Pengundi di Parlimen Jerai pada PRU13 ini seramai 74,583 orang dengan pecahan Melayu sebanyak 79.11 peratus, Cina (13.99%), India (6.31%) dan lain-lain (0.59%).
Ratusan ribu sertai majlis Pakatan di Johor
Harakahdaily, | 02 Mei 2013 |
(Rangkuman gambar-gambar yang membayangkan sambutan terhadap Pakatan Rakyat di Johor)
KUALA LUMPUR: Sambutan yang sangat tidak terduga terhadap semua himpunan Pakatan Rakyat di seluruh Johor bakal menggegar Umno dalam pilihan raya umum kali ini.
Ia merebak dengan cepat bagai api dalam sekam dan sudah tidak boleh lagi disekat.
Sambutan terhadap majlis Pakatan Rakyat mengejutkan banyak pihak.
Dari Johor Bahru, Gelang Patah, Segamat, Pontian, Pasir Gudang, Kulai, Bakri bahkan di Simpang Renggam semuanya dipenuhi puluhan ribu orang.
Malam tadi, himpunan di Sutera Mall mencecah 100,000 orang yang menyertai perhimpunan Grand Finale itu.
"Bagi saya, bekas MB Johor, Datuk Ghani Othman benar-benar bungkus kali ini di Gelang Patah dan pertandingan ini benar-benar menjadi transisi beliau keluar," kata Tamrin Ghafar yang baru pulang membantu kempen PAS di Johor.
Menurut bilik gerakan PAS, PKR dan DAP, sehingga kini mereka yakin sekurang-kurang dapat menafikan kuasa 2/3 dalam DUN Johor sehinggalah memenanginya.
Bagi mereka, ia bukan satu yang mustahil dalam pilihan raya ini jika dilihat kepada sambutan terhadap program Pakatan Rakyat.
Menurut laporan dari blogger Pakatan Rakyat, sambutan diberikan amat menggerunkan Umno, kerana Johor sudah dilihat bukan lagi negeri selamat dan paling kuat untuk Umno.
Mood rakyat ialah Johor sebagai salah satu penyumbang besar kepada kejatuhan kerajaan korup Umno/BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak diperingkat pusat.
Ramalan para pemimpin Umno/BN yang Umno/BN akan menang di Johor dengan penuh bergaya sudah tidak lagi boleh dipercaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan