PAS mampu tawan semula Parlimen Parit
Johari Jaafar, | 02 Mei 2013 |
PARIT:
Parlimen Parit bakal dimenangi oleh PAS buat kali ketiga berpandukan
sokongan terhadap Pakatan Rakyat naik mendadak sejak seminggu selepas
penamaan calon yang lalu.
"Paling ketara genarasi muda menunjukkan sokongan yang luar biasa, mereka sanggup bekerja untuk menjamin kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di kawasan ini," kata calon PAS bagi Parlimen Parit, Ustaz Mohammad Ismi Mat Taib sewaktu ditemui di sini semalam.
Parlimen Parit dimenangi oleh PAS kali pertama pada pilihanraya umum 1969 apabila Hashim Gera menewaskan calon Perikatan, Datuk Hussein Nordin.
Kali kedua PAS berjaya menawan Parlimen Parit pada pilihanraya umum ke-10 apabila calon PAS, Ustaz Basir Rahmat menewaskan timbalan menteri ketika itu, Datuk Megat Junid Megat Ayub.
Pada pilihanraya umum ke-10 itu, BN turut di dua Dun dalam parlimen itu iaitu Dun Belanja dan Dun Bota.
Menurut Ustaz Mohammad Ismi, terdapat juga bekas-bekas ketua kampung dan bekas ketua Umno cawangan di bahagian telah mula beralih kepada PAS.
Pengundi-pengundi di sini rata-rata sudah tidak mahu lagi memberikan sokongan kepada calon BN kerana sudah begitu lama menerajui Umno bahagian itu yang dilihat hanya menabur janji sahaja.
“Tanah hutan simpan kekal yang telah yang dahulunya ditebang untuk projek kambing, tetapi kini tanah tersebut telah dijual kepada bangsa asing, BN sewajar dipersalahkan dalam hal ini,” katanya.
(Gambar: Ustaz Ismi bersama penyokong dari kalangan kaum India.)
Dalam masa yang sama juga, manifesto Pakatan Rakyat cukup berkesan di hati pengundi seperti menurunkan harga minyak dan kereta, menghapuskan PTPTN dan menghapuskan tol.
“Wanita di sini juga cukup teruja dengan manifesto Pakatan Rakyat yang meletakkan caruman untuk suri rumah dan telah membuka mata pengundi wanita di sini yang melihat Pakatan Rakyat lebih menghargai wanita berbanding BN,” ujarnya.
Pada PRU13 kali ini, beliau berdepan calon BN, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan di kawasan yang mempunyai 33,600 pengundi dengan pecahan Melayu 92.95 peratus, Cina (3.22%), India (3.79%) dan lain-lain (0.04%).
TEMERLOH: Ketua HalWa PAS Parlimen Temerloh, Morsidah Mohd Amin, merayu golongan wanita memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada calon Pakatan Rakyat (PR) pada hari pengundian 5 Mei ini.
Dalam kenyataan medianya, beliau berkata, sokongan tersebut bagi memberi laluan secara kondusif terhadap usaha memperkasa perjuangan dan suara wanita dalam negara.
“Dengan perkembangan semasa memperlihatkan tokoh-tokoh utama wanita Umno yang tidak dicalonkan bagi mengisi politik arus perdana maka peranan wanita Umno semakin dinafikan walau pun semua tahu dominanasi politik mereka dalam Umno sebelum ini.
“Lebih mendukacitakan, tokoh-tokoh yang tidak dicalonkan Umno ialah tokoh-tokoh yang dilihat bersih, berintegriti yang punyai cukup wibawa dalam membawa suara wanita arus perdana.
“Walau pun berbeza pendapat, sebagai mewakili suara dan jentera pilihanraya muslimat PAS, kami merasa amat bersimpati terhadap Datuk Kamilia Ibrahim yang juga seorang Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia yang terpaksa mencari platform lain untuk bertanding sebagai calon bebas. Beliau akhirnya dipecat Umno secara hina. Ini bermakna sumbangannya selama ini tidak langsung dihargai,” ujarnya.
Tambah Morsidah, HalWa Temerloh juga bersimpati terhadap Naib Ketua Wanita Umno Temerloh Dr Siti Hawa Abu Kassim, yang disebut-sebut untuk dicalonkan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Semantan, tetapi berlaku sebaliknya.
Katanya, Dr Siti Hawa yang terkenal dengan ketrampilan atas peranannya sebagai pendidik sepatutnya menjadi calon pilihan utama, lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan calon yang dikemukakan BN sekarang ini.
“Berbeza dengan PAS dan PR, suara muslimat bukan sahaja dihormati malah diberikan tempat serta peluang yang sewajarnya.
“Pimpinan muslimat PAS telah berjaya memainkan peranannya sama ada sebagai seorang anggota Parlimen mahu pun dalam kegiatan kemasyarakatan dengan nilai intergriti cukup tinggi serta jauh dari skandal rasuah dan berkepentingan diri,” katanya.
Menurutnya lagi, golongan wanita perlu sedar terhadap layanan dingin pemimpin Umno terhadap wanitanya yang dilihat bersih berbanding tokoh yang bermasalah tetapi sentiasa disanjung dan mendapat tempat penting dalam parti dan kerajaan.
Keadaan ini boleh dilihat pada era pertembungan Datuk Paduka Rafidah Aziz dan Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman dan yang terkini pertembungan antara Datuk Sharizat Jalil dan Datuk Kamilia Ibrahim sebelum dipecat.
“Oleh yang demikian kami merayu kepada pengundi wanita khususnya bagi pengundi wanita di Parlimen Temerloh agar bersama kami membuat perubahan ke arah pembentukan minda untuk perubahan bagi mencapai kejayaan masa depan, maka bertindaklah mengundi PR pada 5 Mac nanti.”
(Tengku Ibrahim berucap di depan Tuanku Sultan dan rakyat Kelantan yang memenuhi Dewan Sivik Gua Musang)
GUA MUSANG: Kerabat DiRaja Kelantan, Tengku Ibrahim Farihaddin Tengku Feissal atau lebih dikenali sebagai Ku Yeem meminta agar rakyat khususnya di Gua Musang menunjukkan taat setia mereka kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM), Tuanku Sultan Muhammad V dan tidak menerima seorang penderhaka.
Ucapan tersebut dibuat oleh Tengku Ibrahim di hadapan baginda Sultan Muhammad V pada Program Majlis Mesra Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke-V bersama rakyat di Dewan Sivik Gua Musang pagi ini.
Dalam ucapan tersebut beliau turut memberitahu seorang calon BN merupakan perancang utama kepada kemuncak penderhakaan kepada Tuanku Sultan apabila mempertikaikan dan cuba mencabar kedudukan KDYMM Tuanku Sultan Muhammad V.
Jelasnya, komplot penderhakaan ini bermula sejak 24 Mei 2009 apabila KDYMM Tuanku Sultan Muhammad V yang ketika itu dilantik menjadi Pemangku Raja, mereka cuba untuk memecat Tuanku Sultan dari menjadi Pemangku Raja dan melantik orang lain sebagai pemangku pada 25 Mac 2010.
"Allah Maha mengetahui dan Maha menentukan, usaha mereka tidak berjaya, tapi ia tidak tamat di situ sahaja apabila KDYMM Sultan Muhammad V mahu diputuskan untuk dimasyhurkan sebagai Sultan pada 13 September 2010," katanya.
(Dewan Sivik Gua Musang penuh sesak ketika ucapan dibuat oleh Tengku Ibrahim di depan Tuanku Sultan Kelantan)
Orang berkenaan gagal hadir di dalam mesyuarat Majlis Perajaan tanpa memberi apa-apa sebab kepada YBM Yang Di Pertua Majlis Perajaan Negeri, ucap beliau.
Ucap Tengku Ibrahim lagi, kemuncak kepada penderhakaan ini berlaku setelah KDYMM Sultan Muhammad V dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September 2010, di mana pihak tidak bertanggungjawab telah membuat pelbagai kenyataan media yang bersifat biadap.
Mereka dengan lantang mengisytiharkan kemasyhuran Tuanku Sultan Muhammad V tidak sah, malah turut meminta Majlis Raja-Raja, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Kelantan campur tangan dalam hal ini.
Namun, Majlis Raja-Raja, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Kelantan tidak menghiraukan permintaan pihak tersebut.
"Tidak tamat di situ sahaja, mereka berani mencabar kesahihan pemasyhuran KDYMM Sultan Muhammad V sebagai sultan di mahkamah, tapi usaha mereka itu sia-sia sahaja.
"Keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam penghakimannya pada 26 November 2010 dan pada 10 Februari 2011 telah menjadi bukti yang jelas dan muktamad bahawa segala titah dan tindakan Baginda Sultan adalah mengikut kehendak undang-undang dan Perlembagaan Negara serta Negara," jelasnya di hadapan ribuan yang hadir di luar dan di dalam dewan.
Katanya lagi, sudah terlalu lama rakyat Gua Musang dipermainkan. Jadi sebagai tanda kasih sayang kepada Tuanku Sultan Muhammad V serta keperihatinan Tuanku kepada rakyat, beliau berharap agar rakyat menolak penderhaka.
Bukan setakat percakapan sahaja tetapi seluruh jiwa raga dan juga perbuatan serta tidak bersengkokol dengan penderhaka.
Beliau berharap dengan penjelasan ini dapat memberi pemahaman sebenar serta jelas kepada semua rakyat berkenaan dengan kesultanan Kelantan yang berdaulat.
Pendedahan tersebut disambut dengan laungan takbir dan daulat tuanku. Pada majlis tersebut, Tuanku Sultan Kelantan juga turut menyerahkan geran tanah kepada 101 pemilik yang layak.
(Siapakah mereka...datang melancong ramai-ramai dekat dengan musim pilihan raya)
TEMERLOH: “Jangan biarkan keputusan pilihanraya umum ke 13 dicuri. Tiada cara lain. Anda mesti balik mengundi!” – Begitulah kata-kata Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man di Facebooknya hari ini.
Harakahdaily hari menerima menerima dua keping gambar menunjukkan kebanjiran warga Bangladesh dan Myanmar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak semalam dan pagi ini.
Apakah kebanjiran pelancong dari Bangladesh dan Myanmar ini pada masa getir tiga hari sebelum pilihanraya umum ke 13 ada muslihat lain?
Di Johor, kubu kuat Umno, Pakatan Rakyat semakin mendapat sambutan luar biasa – dengan anggaran 60,000 ke 100,000 setiap ceramah perdananya.
Semalam di Sutera Mall, lebih 80,000 rakyat Johor datang mendengar ceramah Pakatan Rakyat.
“Tiba-tiba masa ini kita mendapati banyak pula pelancong dari Bangladesh dan Myanmar yang masuk ke negara secara luar biasa ramainya.
"Rakyat kena balik mengundi. Elakkan pihak yang tidak sepatutnya menentukan masa depan negara, mencuri keputusan PRU13 milik rakyat Malaysia. Hanya rakyat Malaysia yang berhak tentukan keputusan PRU13!” kata Tuan Ibrahim yang dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.
(Siapakah mereka ini yang datang dengan topi BN, kawalan penuh polis di lapangan terbang kita)

Undi Pakatan untuk martabat suara wanita
Khairil Abdul Rahim, | 02 Mei 2013 |

Rakyat Gua Musang diminta tolak penderhaka
Muhammad Faizal, | 02 Mei 2013 |

Balik mengundi, jangan biar warga asing tentukan kerajaan
Harakahdaily, | 02 Mei 2013 |
(Siapakah mereka...datang melancong ramai-ramai dekat dengan musim pilihan raya)
TEMERLOH: “Jangan biarkan keputusan pilihanraya umum ke 13 dicuri. Tiada cara lain. Anda mesti balik mengundi!” – Begitulah kata-kata Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man di Facebooknya hari ini.
Harakahdaily hari menerima menerima dua keping gambar menunjukkan kebanjiran warga Bangladesh dan Myanmar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak semalam dan pagi ini.
Apakah kebanjiran pelancong dari Bangladesh dan Myanmar ini pada masa getir tiga hari sebelum pilihanraya umum ke 13 ada muslihat lain?
Di Johor, kubu kuat Umno, Pakatan Rakyat semakin mendapat sambutan luar biasa – dengan anggaran 60,000 ke 100,000 setiap ceramah perdananya.
Semalam di Sutera Mall, lebih 80,000 rakyat Johor datang mendengar ceramah Pakatan Rakyat.
“Tiba-tiba masa ini kita mendapati banyak pula pelancong dari Bangladesh dan Myanmar yang masuk ke negara secara luar biasa ramainya.
"Rakyat kena balik mengundi. Elakkan pihak yang tidak sepatutnya menentukan masa depan negara, mencuri keputusan PRU13 milik rakyat Malaysia. Hanya rakyat Malaysia yang berhak tentukan keputusan PRU13!” kata Tuan Ibrahim yang dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.
(Siapakah mereka ini yang datang dengan topi BN, kawalan penuh polis di lapangan terbang kita)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan