Najib bakal menjadi Ketua Pembangkang digeruni?
S.Barathidasan, | 02 Mei 2013 |
Persatuan
Progresif India Malaysia (MIPAS) berpendapat ketua kerajaan sementara
Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak cukup terdesak dengan
menghantar perutusan khas sempena Pilihan Raya Umum ke-13 kepada semua
pengundi masyarakat India, diseru menyokong calon BN dan memberi mandat
kepada Barisan Nasional pada PRU13 nanti.
Dalam perutusannya, beliau memohon maaf kepada pengundi masyarakat India di atas kelemahan dan kesilapan pimpinan lepas dan meminta diberi satu peluang. Perutusan ini menimbulkan lima persoalan penting.
Persoalan Pertama: Mengapa mesej ini dipanggil perutusan? Biasanya Perutusan hanya diberikan kepada sambutan-sambutan yang penting. Apakah Najib anggap PRU13 sebagai satu sambutan yang rakyat akan tari-menari dan meriah? Tetapi, PRU13 adalah merupakan satu peristiwa penting dan serius yang mana rakyat akan menentukan masa depan negara yang cemerlang.
Persoalan Kedua: Mengapa perutusan ini hanya ditujukan kepada masyarakat India? Kenapa masyarakat Melayu dan Cina tidak menerima perutusan ini? Atau, apakah mereka akan menerima perutusan lain yang kandungannya mungkin lain? Tapi, apa yang hairan ialah Bapa 1Malaysia yang setiap hari melaung-laungkan slogan 1Malaysia bertindak rasis. Kalau nak hantar, biarlah hantar mesej yang sama kepada semua rakyat. Mengapa perlu ada ‘double standard’. Ia nampak seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.
Persoalan Ketiga: Dalam perutusannya, Najib meminta maaf atas kelemahan pimpinan lepas. Tetapi, Najib gagal menyatakan dengan jelas pimpinan yang mana satu? Adakah pimpinan Abdullah Ahmad Badwi atau Mahatir Mohamad? Jika Najib kata Abdullah, maka dia adalah penderhaka. Abdullah cuba membawa perubahan dalam sistem pemerintahan. Ianya tidak disukai oleh pimpinan UMNO yang lain termasuk Najib yang merasakan kedudukan UMNO akan tergugat. Maka, Abdullah diberikan tekanan demi tekanan sehingga terpaksa letak jawatan dan serahkan kepada Najib yang memang tunggu-tunggu. Jika pimpinan lepas itu merujuk kepada Mahathir, maka sekurang-kurangnaya jujur sedikit dalam perutusannnya. Memang tidak dapat dinafikan, segala kebinasaan yang berlaku adalah disebabkan Mahathir. Selama 22 tahun Mahathir dengan pentadbiran kuku besinya memecah belahkan perpaduan kaum. Dasar pecah dan perintah amalan British yang satu ketika ditentang hebat oleh Mahathir, telah digunakan dengan sebaik-baiknya. Masa inilah, ramai warga asing menjadi warganegara Malaysia, satu pengkhianatan yang tidak dapat dimaafkan. Ianya dilakukan demi survival politik Mahathir dan UMNO. Maka, Najib perlu menjelaskan pimpinan yang mana satu?
Persoalan Keempat: Andaikan pimpinan lepas yang Najib maksudkan adalah pimpinan Mahathir, maka jelas Najib mengakui bahawa pimpinan mentornya itu mempunyai banyak kelemahan dan kesilapan yang membawa negara kita ke tahap ini. Ia juga membawa keadaan sehingga Najib terpaksa memohon maaf. Jika sudah mengakui, mengapa Mahathir masih diberi ruang yang cukup besar dalam pentadbiran sekarang. Mahathir bermaharajalela dengan komen-komennya yang jelas memjejaskan perpaduan kaum. Mempunyai pengaruh dalam menentukan calon-calon rasis yang memang ditolak oleh semua lapisan masyarakat. Gambaran berlaku di mana Perdana Menteri sekarang ialah Mahathir dan bukannya Najib. Maka, apakah ikhlas Najib memohon maaf di satu sudut, di sudut lain pula memberi pengiktirafan sepenuhnya kepada pimpinan lepas yang menolak sehingga keadaan terdesak sekarang. Najib perlu memperjelaskan ini sebelum menghantar perutusan.
Persoalan Kelima: Jika benar Najib memohan maaf secara jujur berhubung “Kesilapan” pimpinan lepas, adakah Najib sudah lupa bahawa dia juga adalah sebahagian daripada pimpinan lepas yang membawa kepada keadaan teruk. Najib telah berama lama dalam kerajaan sejak Mahathir, memegang jawatan-jawatan penting seperti Menteri Belia dan Sukan, Menteri Pelajaran, Menteri Pertahanan dan jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan Abdullah. Maka, mana perginya rasa tanggungjawab Najib kepada masyarakat India? Sekolah-sekolah Tamil tidak diberikan perhatian langsung oleh Menteri Pelajaran Najib. Belia-belia India diabaikan Menteri Belia dan Sukan Najib. Mengapa Najib yang sama sekarang beria-ia hantar perutusan minta maaf, beri itu dan beri ini. Ada yang mengatakan Najib sekarang sudah berubah? Kalau itu soalnya, mengapa Najib menuduh Anwar Ibrahim dengan mengatakan Anwar Ibrahim tidak membuat apa-apa untuk masyarakat India semasa dalam kerajaan dan menjadi Timbalan Perdana Menteri. Mengapa isu Anwar yang mengatakan tidak akan benarkan bunyi loceng di kuil-kuil Hindu ditimbulkan? Najib pernah mengeluarkan keris dan menciumnya dan mengatakan kerisnya tidak akan diletakkan selagi tidak melihat darah dalam perhimpunan Pemuda semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO. Siapa yang lebih bahaya Najib atau Anwar? Jika Najib dikatakan sudah berubah sekarang dengan slogannya 1Malaysia, apakah salah jika Anwar juga diberi peluang dan boleh dianggap sebagai sudah berubah juga dengan slogan ‘Harapan Rakyat’?
Kesimpulannya, Najib bukan berubah, Najib yang kita lihat dulu, masih ada dan wujud. Najib hanya memakai “TOPENG 1MALAYSIA” yang akan dibuangnya sebaik sahaja Barisan Nasional menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13. Maka, Najib yang asal muncul kembali. Jika BN kalah pun, Najib yang asal akan kembali dengan unsur rasisnya. Jika ditanya mana satu Najib yang bahaya kepada masyarakat dan negara, jawapannya sudah tentu Najib yang menang. Jika menang sudah tentu negara akan kembali kepada zaman Mahathir. Jika Najib kalah, maka negara akan mendapat satu pentadbiran baru yang sekian lama rakyat menanti-nantikan. Ia akan membawa satu “Puthiya Nambikei” (Harapan Baru) kepada rakyat Malaysia. Tapi, kita tidak akan tinggalkan Najib begitu sahaja atau tidak menghormati pengorbanan yang sekian lama. Maka itu, kita akan menjadikan Ketua Pembangkang yang digeruni kerajaan Pakatan seperti mana kini Ketua Pembangkang Anwar digeruni oleh kerajaan Barisan Nasional. Najib dengan pengalaman yang begitu lama dalam kerajaan pasti akan menjadi Ketua Pembangkang yang sangat kuat dan disegani oleh semua. Jika rakyat berjaya melakukan ini, maka yang pasti menang adalah bukan Najib atau Anwar, tetapi RAKYAT, Inilah yang perlu menjadi BALASAN PERUTUSAN RAKYAT YANG PENTING KEPADA NAJIB.
Penulis ialah Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS).
2 Mei 2013
PUTRAJAYA - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz
Mohd Yusof menegaskan bahawa suruhanjaya itu tiada sebarang agenda
untuk menipu bagi memenangkan pihak tertentu dalam Pilihan Raya Umum
ke-13.
Abdul Aziz yang menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa SPR bersekongkol dengan Barisan Nasional (BN), berkata kemenangan dan kekalahan seseorang calon serta parti politik bukanlah kerana SPR tetapi kerana pengundi tidak memilih.
"Apa yang kita buat adalah mengikut aturan dan undang-undang. Kita (SPR) telah adakan 12 kali pilihan raya. Tidak ada langsung agenda SPR untuk menipu bagi memenangkan seseorang," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Sidang media itu diadakan berhubung dakwaan Naib Presiden PKR Tian Chua bahawa SPR dan BN mempunyai agenda melakukan penipuan dalam pilihan raya kali ini.
Sementara itu bagi memastikan tiada sebarang kecelaruan pada hari mengundi, beliau berharap tiada sesiapa yang cuba mencampuri urusan petugas SPR dan calon serta pemerhati tidak boleh mengatasi tugas ketua tempat mengundi.
"Mana-mana ejen tidak boleh bawa masuk komputer. Ejen jangan nak jadi ketua tempat mengundi. Ketua tempat mengundi pula jangan ikut arahan ejen parti. Mereka hanya pemerhati," katanya.
Abdul Aziz berkata bagi menghadapi masalah teknikal seperti gangguan elektrik dan telefon, pihaknya telahpun berhubung dengan Telekom Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad.
Ketika ditanya mengenai isu dakwat kekal, Abdul Aziz berkata beliau tidak menyalahkan pegawai SPR yang bertugas kerana kejadian itu hanya kesilapan kecil untuk cubaan kali pertama.
"Ia (dakwat) tidak akan tanggal jika digunakan dengan betul. Kami tidak pernah menggunakannya sebelum ini. Saya yakin ia kekal di jari. Saya berharap tidak jadi isu, harap semuanya sempurna tetapi realitinya kami tidak dapat mencapai kesempurnaan," katanya. - Bernama
2 Mei 2013
KUALA LUMPUR - Mohd Saiful Bukhari Azlan mengulangi sumpah laknatnya
bahawa beliau bercakap benar atas dakwaannya diliwat oleh Penasihat PKR
Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan kali ini di hadapan Kaabah di Tanah Suci
Mekah.
Dalam sidang akhbarnya di sini hari ini, bekas pembantu peribadi Anwar itu menayangkan video mengenai sumpah laknatnya di depan Baitullah (rumah Allah) yang dibuatnya pada April tahun lepas ketika menunaikan umrah.
"Setelah setahun saya membuat sumpah laknat di depan Baitullah, Alhamdulillah tiada apa yang berlaku (kepada saya) dan membuktikan kebenaran bahawa saya telah diliwat.
"Ini adalah benteng terakhir saya untuk teruskan perjuangan saya kepada kebenaran," katanya pada sidang akhbar itu dengan ditemani peguamnya Zamri Idrus.
Mohd Saiful Bukhari pertama kali membuat sumpah laknat, iaitu mengangkat sumpah mengikut syariat Islam, bahawa beliau bercakap benar atas dakwaannya diliwat oleh Anwar lebih empat tahun lepas, di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pada 15 Ogos, 2008.
Mohd Saiful Bukhari berkata sumpah keduanya itu dibuat bagi membuktikan kepada umat Islam di seluruh dunia bahawa dakwaannya itu benar, dan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak untuk melakukan konspirasi politik menjatuhkan Anwar.
Beliau berkata tindakannya membuat sumpah laknat pada 2008 itu atas saranan dua tokoh agama iaitu bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Malah beliau juga pernah bertanya beberapa tokoh agama mengenai tindakan bersumpah laknatnya di hadapan Kaabah, dan dimaklumkan beliau akan menimpa musibah yang besar jika berdusta.
Pada 9 Jan 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 kerana tiada bukti kukuh yang menyokong keterangan Mohd Saiful Bukhari.
Kes itu kini dibawa ke Mahkamah Rayuan, yang menetapkan Julai ini bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Mohd Saiful Bukhari turut melahirkan rasa kesalnya terhadap Anwar yang sehingga kini enggan membuat sumpah laknat untuk membuktikan bahawa pemimpin pembangkang itu tidak pernah melakukan perbuatan jijik tersebut.
"Sehinggakan prosiding membela diri di mahkamah juga beliau enggan memberikan keterangan secara bersumpah," katanya.
Mengenai tindakan bapanya Azlan Mohd Lazim semalam yang menarik balik kenyataannya awal Mac lepas yang mendakwa anaknya diperguna pihak tertentu untuk mendakwa Anwar, Mohd Saiful Bukhari mengakui bapanya pernah dipengaruhi oleh pemimpin PKR untuk membuat pengakuan bertentangan dengan sumpahnya pada Mac lepas.- Bernama
2 Mei 2013
PORT DICKSON - Seorang wakil kepada calon Pas bagi kawasan Parlimen
Telok Kemang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), mengaku tidak
bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mengunci sembilan
peti undi di Pusat Mengundi Dewan Hangar, Pusat Latihan Asas Tentera
Darat (PUSASDA), Selasa lepas.
Azahari Ismail, 46, yang bekerja di MASkargo Sdn. Bhd. (MASkargo), Lapangan Terbang Antara Kuala Lumpur (KLIA), membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret M. Mageshwary.
Mengikut pertuduhan, Azahari didakwa menganggu dengan mengunci sembilan peti undi menggunakan sembilan mangga jenama Yunxian, di Pusat Mengundi Dewan Hangar, PUSASDA, antara pukul 7.00 malam dan 7.10 malam, 30 April 2013.
Dia didakwa mengikut Seksyen 3(1) Akta Pilihan Raya 1958, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Majistret Mageshwary kemudiannya membenar Azahari diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes itu.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaili Sapun manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Kamarul Arifin Mohd Wafa dan Hazwan Mohd Nor.
Akhbar hari ini melaporkan seorang wakil PAS bagi kawasan Parlimen Telok Kemang mengunci sembilan peti undi selepas proses pengundian awal di PUSASDA di sini Selasa lepas.
Pada PRU13 Ahad ini, kawasan Parlimen Telok Kemang menyaksikan calon Barisan Nasional Datuk V.S Mogan dicabar penyandang Datuk Kamarul Baharin Abbas daripada PKR, dan calon Bebas Datuk Kumaravel Abdullah. - Bernama
2 Mei 2013
KOTA BAHARU - Menjelang penghujung kempennya di pantai timur, Datuk
Seri Najib Tun Razak hari ini meniup semangat rakyat Kelantan apabila
menegaskan pilihan raya umum kali ini merupakan masa paling sesuai untuk
rakyat negeri ini menukar kerajaan.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata suasana politik di Kelantan ini kini dilihat lebih baik berbanding ketika pilihan raya umum pada 2004 dan 2008, yang memberi indikasi sokongan rakyat semakin cenderung kepada BN.
"Peluang berjumpa orang Kota Baharu hari ini saya nak tanya adakah suasana hari ini lebih baik daripada 2004, 2008?
"Kalau hari ini lebih baik, saya nak isytiharkan tahun ini sebagai tahun Kelantan tukar kepada BN...kalau tahun ini tak tukar jugak saya tak tahu la bila lagi," katanya yang disambut sorakan kira-kira 15,000 warga Kota Baharu yang berkumpul di Maktab Sultan Ismail di sini.
Hadir sama Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan pengerusi Datuk Dr Awang Adek Hussein, calon BN bagi parlimen Kota Baharu Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payung, Mohd Fakhrurazi Abdul Rahim, Tan Ken Ten (Kota Lama) dan Kanidy Omar (Tanjung Mas).
Najib berkata rakyat Kelantan mempunyai masa tiga hari lagi untuk menentukan pilihan mereka seterusnya menjamin perubahan dibawa di negeri ini.
Menyifatkan rakyat Kelantan mempunyai ramai golongan cerdik pandai, Najib bagaimanapun berkata masih ada yang tidak 'molek' di Kelantan kerana masih mengekalkan kepimpinan politik yang sudah terlalu lama dan tidak mampu melakukan perubahan.
"Kalau nak mentadbir negara harus ada kepimpinan yang mampu terima idea baharu, mestilah kepimpinan yang segar, boleh membawa perubahan kepada negara, " katanya.
Sebaliknya di Kelantan, kata Najib, kepimpinan politik yang diterajui PAS sudah tidak kena pada tempatnya, malah selama 23 tahun mentadbir negeri ini parti itu terus menabur janji-janji kosong kepada rakyat.
"Nak buat highway (lebuh raya) Kuala Krai ke Kota Baharu minta RM2.5 juta daripada rakyat...berapa yang orang boleh bagi? Soalnya sekaligus memberi akujanji lebuh raya itu akan dilaksanakan sekiranya mandat diberi kepada BN pada pilihan raya umum 5 Mei ini.
Menyentuh kepimpinan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula, Najib berkata Mursyidul Am PAS itu seharusnya merenung keadaan dirinya sebelum menawarkan diri untuk bertanding sekali lagi pada pilihan raya umum kali ini.
Najib berkata beliau menghormati Nik Aziz sebagai orang yang lebih tua tetapi hakikat Nik Aziz berusia 80an menjurus kepada persoalan sama ada beliau mampu bercakap soal pembaharuan di abad ke-21 ini.
Mengambil contoh dasar kepimpinan di China, Najib berkata mereka mempunyai dasar bahawa kepimpinan utama akan bersara apabila mencapai umur 70-an.
"Kalau nak jadi mursyidul am tak apalah, tetapi kalau nak tadbir negara seorang pemimpin harus ada idea baharu, mestilah pemimpin yang segar dan mampu membawa pembaharuan," katanya.
Najib sekali lagi mengingatkan rakyat bahawa pilihan raya umum kali ini amat penting kerana ia akan menentukan destini negara dan bukannya siapa yang akan menjadi pemimpin.
"Sebab itu kita mesti pilih parti dan pemimpin yang ada wawasan, ada agenda yang mampu membawa perubahan pada negara, ada kebolehpercayaan untuk memenuhi harapan esok bagi menjamin hari esok lebih baik daripada hari ini," katanya.
Najib seterusnya memberi aku janji untuk membawa Malaysia ke mercu jaya sekiranya terus diberi mandat yang kuat pada hari pengundian yang akan berlangsung Ahad ini.
Terdahulu, Najib melancarkan program Tuisyen 1Malaysia, anjuran Yayasan Orang Kota Baharu bertujuan menyediakan program pemberian kelas tambahan percuma kepada pelajar miskin di negeri ini yang akan menduduki peperiksaan awam. - Bernama
2 Mei 2013
KUALA LUMPUR - Polis menahan dua lelaki tempatan kerana disyaki
menggodam dua laman web milik kerajaan, dalam satu serbuan di sebuah
hotel di Jalan Raja Laut, di sini, Selasa lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata dua laman web yang digodam suspek itu ialah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Penerangan Malaysia (JPM), yang masing-masing membuat laporan pada 27 Dis 2012 dan 18 Feb lepas.
Katanya suspek pertama berusia 33 tahun, merupakan usahawan manakala rakannya, 28, seorang pakar komputer.
"Laporan berkenaan dibuat oleh pegawai JPN bahagian kad pengenalan yang mendakwa satu surat palsu dihantar kepada beberapa cawangan JPN di seluruh negara mengarahkan semua kad pengenalan MyKad dan MyKid yang tidak dituntut dalam tempoh 18 bulan, dihantar ke sebuah alamat di Keningau, Sabah untuk perhatian seseorang.
"Arahan itu dikeluarkan menerusi e-mel, katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, hari ini.
Syed Ismail berkata suspek turut disyaki terlibat menggodam sistem komputer JPM, dan polis telah menerima laporan daripada JPM, mengatakan bahawa sistem e-Akhbar dan e-Press digodam pihak tidak bertanggungjawab.
"Mereka mempunyai kemahiran terperinci menggodam dan polis menyiasat laporan itu mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997, dan kita percaya suspek dapat membantu siasatan.
"Antara barangan milik suspek yang dirampas ialah empat komputer riba, tiga telefon bimbit, cakera keras luaran, pemacu luaran," katanya sambil menambah suspek kini ditahan reman sehingga Sabtu ini bagi meneruskan siasatan.- Bernama
Dalam perutusannya, beliau memohon maaf kepada pengundi masyarakat India di atas kelemahan dan kesilapan pimpinan lepas dan meminta diberi satu peluang. Perutusan ini menimbulkan lima persoalan penting.
Persoalan Pertama: Mengapa mesej ini dipanggil perutusan? Biasanya Perutusan hanya diberikan kepada sambutan-sambutan yang penting. Apakah Najib anggap PRU13 sebagai satu sambutan yang rakyat akan tari-menari dan meriah? Tetapi, PRU13 adalah merupakan satu peristiwa penting dan serius yang mana rakyat akan menentukan masa depan negara yang cemerlang.
Persoalan Kedua: Mengapa perutusan ini hanya ditujukan kepada masyarakat India? Kenapa masyarakat Melayu dan Cina tidak menerima perutusan ini? Atau, apakah mereka akan menerima perutusan lain yang kandungannya mungkin lain? Tapi, apa yang hairan ialah Bapa 1Malaysia yang setiap hari melaung-laungkan slogan 1Malaysia bertindak rasis. Kalau nak hantar, biarlah hantar mesej yang sama kepada semua rakyat. Mengapa perlu ada ‘double standard’. Ia nampak seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.
Persoalan Ketiga: Dalam perutusannya, Najib meminta maaf atas kelemahan pimpinan lepas. Tetapi, Najib gagal menyatakan dengan jelas pimpinan yang mana satu? Adakah pimpinan Abdullah Ahmad Badwi atau Mahatir Mohamad? Jika Najib kata Abdullah, maka dia adalah penderhaka. Abdullah cuba membawa perubahan dalam sistem pemerintahan. Ianya tidak disukai oleh pimpinan UMNO yang lain termasuk Najib yang merasakan kedudukan UMNO akan tergugat. Maka, Abdullah diberikan tekanan demi tekanan sehingga terpaksa letak jawatan dan serahkan kepada Najib yang memang tunggu-tunggu. Jika pimpinan lepas itu merujuk kepada Mahathir, maka sekurang-kurangnaya jujur sedikit dalam perutusannnya. Memang tidak dapat dinafikan, segala kebinasaan yang berlaku adalah disebabkan Mahathir. Selama 22 tahun Mahathir dengan pentadbiran kuku besinya memecah belahkan perpaduan kaum. Dasar pecah dan perintah amalan British yang satu ketika ditentang hebat oleh Mahathir, telah digunakan dengan sebaik-baiknya. Masa inilah, ramai warga asing menjadi warganegara Malaysia, satu pengkhianatan yang tidak dapat dimaafkan. Ianya dilakukan demi survival politik Mahathir dan UMNO. Maka, Najib perlu menjelaskan pimpinan yang mana satu?
Persoalan Keempat: Andaikan pimpinan lepas yang Najib maksudkan adalah pimpinan Mahathir, maka jelas Najib mengakui bahawa pimpinan mentornya itu mempunyai banyak kelemahan dan kesilapan yang membawa negara kita ke tahap ini. Ia juga membawa keadaan sehingga Najib terpaksa memohon maaf. Jika sudah mengakui, mengapa Mahathir masih diberi ruang yang cukup besar dalam pentadbiran sekarang. Mahathir bermaharajalela dengan komen-komennya yang jelas memjejaskan perpaduan kaum. Mempunyai pengaruh dalam menentukan calon-calon rasis yang memang ditolak oleh semua lapisan masyarakat. Gambaran berlaku di mana Perdana Menteri sekarang ialah Mahathir dan bukannya Najib. Maka, apakah ikhlas Najib memohon maaf di satu sudut, di sudut lain pula memberi pengiktirafan sepenuhnya kepada pimpinan lepas yang menolak sehingga keadaan terdesak sekarang. Najib perlu memperjelaskan ini sebelum menghantar perutusan.
Persoalan Kelima: Jika benar Najib memohan maaf secara jujur berhubung “Kesilapan” pimpinan lepas, adakah Najib sudah lupa bahawa dia juga adalah sebahagian daripada pimpinan lepas yang membawa kepada keadaan teruk. Najib telah berama lama dalam kerajaan sejak Mahathir, memegang jawatan-jawatan penting seperti Menteri Belia dan Sukan, Menteri Pelajaran, Menteri Pertahanan dan jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan Abdullah. Maka, mana perginya rasa tanggungjawab Najib kepada masyarakat India? Sekolah-sekolah Tamil tidak diberikan perhatian langsung oleh Menteri Pelajaran Najib. Belia-belia India diabaikan Menteri Belia dan Sukan Najib. Mengapa Najib yang sama sekarang beria-ia hantar perutusan minta maaf, beri itu dan beri ini. Ada yang mengatakan Najib sekarang sudah berubah? Kalau itu soalnya, mengapa Najib menuduh Anwar Ibrahim dengan mengatakan Anwar Ibrahim tidak membuat apa-apa untuk masyarakat India semasa dalam kerajaan dan menjadi Timbalan Perdana Menteri. Mengapa isu Anwar yang mengatakan tidak akan benarkan bunyi loceng di kuil-kuil Hindu ditimbulkan? Najib pernah mengeluarkan keris dan menciumnya dan mengatakan kerisnya tidak akan diletakkan selagi tidak melihat darah dalam perhimpunan Pemuda semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO. Siapa yang lebih bahaya Najib atau Anwar? Jika Najib dikatakan sudah berubah sekarang dengan slogannya 1Malaysia, apakah salah jika Anwar juga diberi peluang dan boleh dianggap sebagai sudah berubah juga dengan slogan ‘Harapan Rakyat’?
Kesimpulannya, Najib bukan berubah, Najib yang kita lihat dulu, masih ada dan wujud. Najib hanya memakai “TOPENG 1MALAYSIA” yang akan dibuangnya sebaik sahaja Barisan Nasional menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13. Maka, Najib yang asal muncul kembali. Jika BN kalah pun, Najib yang asal akan kembali dengan unsur rasisnya. Jika ditanya mana satu Najib yang bahaya kepada masyarakat dan negara, jawapannya sudah tentu Najib yang menang. Jika menang sudah tentu negara akan kembali kepada zaman Mahathir. Jika Najib kalah, maka negara akan mendapat satu pentadbiran baru yang sekian lama rakyat menanti-nantikan. Ia akan membawa satu “Puthiya Nambikei” (Harapan Baru) kepada rakyat Malaysia. Tapi, kita tidak akan tinggalkan Najib begitu sahaja atau tidak menghormati pengorbanan yang sekian lama. Maka itu, kita akan menjadikan Ketua Pembangkang yang digeruni kerajaan Pakatan seperti mana kini Ketua Pembangkang Anwar digeruni oleh kerajaan Barisan Nasional. Najib dengan pengalaman yang begitu lama dalam kerajaan pasti akan menjadi Ketua Pembangkang yang sangat kuat dan disegani oleh semua. Jika rakyat berjaya melakukan ini, maka yang pasti menang adalah bukan Najib atau Anwar, tetapi RAKYAT, Inilah yang perlu menjadi BALASAN PERUTUSAN RAKYAT YANG PENTING KEPADA NAJIB.
Penulis ialah Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS).
Pengerusi SPR: SPR tiada agenda memenangkan sesiapa
2 Mei 2013
Abdul Aziz yang menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa SPR bersekongkol dengan Barisan Nasional (BN), berkata kemenangan dan kekalahan seseorang calon serta parti politik bukanlah kerana SPR tetapi kerana pengundi tidak memilih.
"Apa yang kita buat adalah mengikut aturan dan undang-undang. Kita (SPR) telah adakan 12 kali pilihan raya. Tidak ada langsung agenda SPR untuk menipu bagi memenangkan seseorang," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Sidang media itu diadakan berhubung dakwaan Naib Presiden PKR Tian Chua bahawa SPR dan BN mempunyai agenda melakukan penipuan dalam pilihan raya kali ini.
Sementara itu bagi memastikan tiada sebarang kecelaruan pada hari mengundi, beliau berharap tiada sesiapa yang cuba mencampuri urusan petugas SPR dan calon serta pemerhati tidak boleh mengatasi tugas ketua tempat mengundi.
"Mana-mana ejen tidak boleh bawa masuk komputer. Ejen jangan nak jadi ketua tempat mengundi. Ketua tempat mengundi pula jangan ikut arahan ejen parti. Mereka hanya pemerhati," katanya.
Abdul Aziz berkata bagi menghadapi masalah teknikal seperti gangguan elektrik dan telefon, pihaknya telahpun berhubung dengan Telekom Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad.
Ketika ditanya mengenai isu dakwat kekal, Abdul Aziz berkata beliau tidak menyalahkan pegawai SPR yang bertugas kerana kejadian itu hanya kesilapan kecil untuk cubaan kali pertama.
"Ia (dakwat) tidak akan tanggal jika digunakan dengan betul. Kami tidak pernah menggunakannya sebelum ini. Saya yakin ia kekal di jari. Saya berharap tidak jadi isu, harap semuanya sempurna tetapi realitinya kami tidak dapat mencapai kesempurnaan," katanya. - Bernama
Saiful Bukhari bersumpah laknat depan Kaabah bukti kebenaran
2 Mei 2013
Dalam sidang akhbarnya di sini hari ini, bekas pembantu peribadi Anwar itu menayangkan video mengenai sumpah laknatnya di depan Baitullah (rumah Allah) yang dibuatnya pada April tahun lepas ketika menunaikan umrah.
"Setelah setahun saya membuat sumpah laknat di depan Baitullah, Alhamdulillah tiada apa yang berlaku (kepada saya) dan membuktikan kebenaran bahawa saya telah diliwat.
"Ini adalah benteng terakhir saya untuk teruskan perjuangan saya kepada kebenaran," katanya pada sidang akhbar itu dengan ditemani peguamnya Zamri Idrus.
Mohd Saiful Bukhari pertama kali membuat sumpah laknat, iaitu mengangkat sumpah mengikut syariat Islam, bahawa beliau bercakap benar atas dakwaannya diliwat oleh Anwar lebih empat tahun lepas, di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pada 15 Ogos, 2008.
Mohd Saiful Bukhari berkata sumpah keduanya itu dibuat bagi membuktikan kepada umat Islam di seluruh dunia bahawa dakwaannya itu benar, dan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak untuk melakukan konspirasi politik menjatuhkan Anwar.
Beliau berkata tindakannya membuat sumpah laknat pada 2008 itu atas saranan dua tokoh agama iaitu bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Malah beliau juga pernah bertanya beberapa tokoh agama mengenai tindakan bersumpah laknatnya di hadapan Kaabah, dan dimaklumkan beliau akan menimpa musibah yang besar jika berdusta.
Pada 9 Jan 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 kerana tiada bukti kukuh yang menyokong keterangan Mohd Saiful Bukhari.
Kes itu kini dibawa ke Mahkamah Rayuan, yang menetapkan Julai ini bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Mohd Saiful Bukhari turut melahirkan rasa kesalnya terhadap Anwar yang sehingga kini enggan membuat sumpah laknat untuk membuktikan bahawa pemimpin pembangkang itu tidak pernah melakukan perbuatan jijik tersebut.
"Sehinggakan prosiding membela diri di mahkamah juga beliau enggan memberikan keterangan secara bersumpah," katanya.
Mengenai tindakan bapanya Azlan Mohd Lazim semalam yang menarik balik kenyataannya awal Mac lepas yang mendakwa anaknya diperguna pihak tertentu untuk mendakwa Anwar, Mohd Saiful Bukhari mengakui bapanya pernah dipengaruhi oleh pemimpin PKR untuk membuat pengakuan bertentangan dengan sumpahnya pada Mac lepas.- Bernama
Mahkamah: Wakil calon Pas mengaku tidak bersalah kunci peti undi
2 Mei 2013
Azahari Ismail, 46, yang bekerja di MASkargo Sdn. Bhd. (MASkargo), Lapangan Terbang Antara Kuala Lumpur (KLIA), membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret M. Mageshwary.
Mengikut pertuduhan, Azahari didakwa menganggu dengan mengunci sembilan peti undi menggunakan sembilan mangga jenama Yunxian, di Pusat Mengundi Dewan Hangar, PUSASDA, antara pukul 7.00 malam dan 7.10 malam, 30 April 2013.
Dia didakwa mengikut Seksyen 3(1) Akta Pilihan Raya 1958, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Majistret Mageshwary kemudiannya membenar Azahari diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes itu.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaili Sapun manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Kamarul Arifin Mohd Wafa dan Hazwan Mohd Nor.
Akhbar hari ini melaporkan seorang wakil PAS bagi kawasan Parlimen Telok Kemang mengunci sembilan peti undi selepas proses pengundian awal di PUSASDA di sini Selasa lepas.
Pada PRU13 Ahad ini, kawasan Parlimen Telok Kemang menyaksikan calon Barisan Nasional Datuk V.S Mogan dicabar penyandang Datuk Kamarul Baharin Abbas daripada PKR, dan calon Bebas Datuk Kumaravel Abdullah. - Bernama
Najib: PRU13 masa terbaik rakyat Kelantan tukar kerajaan
2 Mei 2013
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata suasana politik di Kelantan ini kini dilihat lebih baik berbanding ketika pilihan raya umum pada 2004 dan 2008, yang memberi indikasi sokongan rakyat semakin cenderung kepada BN.
"Peluang berjumpa orang Kota Baharu hari ini saya nak tanya adakah suasana hari ini lebih baik daripada 2004, 2008?
"Kalau hari ini lebih baik, saya nak isytiharkan tahun ini sebagai tahun Kelantan tukar kepada BN...kalau tahun ini tak tukar jugak saya tak tahu la bila lagi," katanya yang disambut sorakan kira-kira 15,000 warga Kota Baharu yang berkumpul di Maktab Sultan Ismail di sini.
Hadir sama Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan pengerusi Datuk Dr Awang Adek Hussein, calon BN bagi parlimen Kota Baharu Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payung, Mohd Fakhrurazi Abdul Rahim, Tan Ken Ten (Kota Lama) dan Kanidy Omar (Tanjung Mas).
Najib berkata rakyat Kelantan mempunyai masa tiga hari lagi untuk menentukan pilihan mereka seterusnya menjamin perubahan dibawa di negeri ini.
Menyifatkan rakyat Kelantan mempunyai ramai golongan cerdik pandai, Najib bagaimanapun berkata masih ada yang tidak 'molek' di Kelantan kerana masih mengekalkan kepimpinan politik yang sudah terlalu lama dan tidak mampu melakukan perubahan.
"Kalau nak mentadbir negara harus ada kepimpinan yang mampu terima idea baharu, mestilah kepimpinan yang segar, boleh membawa perubahan kepada negara, " katanya.
Sebaliknya di Kelantan, kata Najib, kepimpinan politik yang diterajui PAS sudah tidak kena pada tempatnya, malah selama 23 tahun mentadbir negeri ini parti itu terus menabur janji-janji kosong kepada rakyat.
"Nak buat highway (lebuh raya) Kuala Krai ke Kota Baharu minta RM2.5 juta daripada rakyat...berapa yang orang boleh bagi? Soalnya sekaligus memberi akujanji lebuh raya itu akan dilaksanakan sekiranya mandat diberi kepada BN pada pilihan raya umum 5 Mei ini.
Menyentuh kepimpinan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula, Najib berkata Mursyidul Am PAS itu seharusnya merenung keadaan dirinya sebelum menawarkan diri untuk bertanding sekali lagi pada pilihan raya umum kali ini.
Najib berkata beliau menghormati Nik Aziz sebagai orang yang lebih tua tetapi hakikat Nik Aziz berusia 80an menjurus kepada persoalan sama ada beliau mampu bercakap soal pembaharuan di abad ke-21 ini.
Mengambil contoh dasar kepimpinan di China, Najib berkata mereka mempunyai dasar bahawa kepimpinan utama akan bersara apabila mencapai umur 70-an.
"Kalau nak jadi mursyidul am tak apalah, tetapi kalau nak tadbir negara seorang pemimpin harus ada idea baharu, mestilah pemimpin yang segar dan mampu membawa pembaharuan," katanya.
Najib sekali lagi mengingatkan rakyat bahawa pilihan raya umum kali ini amat penting kerana ia akan menentukan destini negara dan bukannya siapa yang akan menjadi pemimpin.
"Sebab itu kita mesti pilih parti dan pemimpin yang ada wawasan, ada agenda yang mampu membawa perubahan pada negara, ada kebolehpercayaan untuk memenuhi harapan esok bagi menjamin hari esok lebih baik daripada hari ini," katanya.
Najib seterusnya memberi aku janji untuk membawa Malaysia ke mercu jaya sekiranya terus diberi mandat yang kuat pada hari pengundian yang akan berlangsung Ahad ini.
Terdahulu, Najib melancarkan program Tuisyen 1Malaysia, anjuran Yayasan Orang Kota Baharu bertujuan menyediakan program pemberian kelas tambahan percuma kepada pelajar miskin di negeri ini yang akan menduduki peperiksaan awam. - Bernama
Polis tahan dua lelaki, dipercayai godam dua laman web kerajaan
2 Mei 2013
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata dua laman web yang digodam suspek itu ialah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Penerangan Malaysia (JPM), yang masing-masing membuat laporan pada 27 Dis 2012 dan 18 Feb lepas.
Katanya suspek pertama berusia 33 tahun, merupakan usahawan manakala rakannya, 28, seorang pakar komputer.
"Laporan berkenaan dibuat oleh pegawai JPN bahagian kad pengenalan yang mendakwa satu surat palsu dihantar kepada beberapa cawangan JPN di seluruh negara mengarahkan semua kad pengenalan MyKad dan MyKid yang tidak dituntut dalam tempoh 18 bulan, dihantar ke sebuah alamat di Keningau, Sabah untuk perhatian seseorang.
"Arahan itu dikeluarkan menerusi e-mel, katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, hari ini.
Syed Ismail berkata suspek turut disyaki terlibat menggodam sistem komputer JPM, dan polis telah menerima laporan daripada JPM, mengatakan bahawa sistem e-Akhbar dan e-Press digodam pihak tidak bertanggungjawab.
"Mereka mempunyai kemahiran terperinci menggodam dan polis menyiasat laporan itu mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997, dan kita percaya suspek dapat membantu siasatan.
"Antara barangan milik suspek yang dirampas ialah empat komputer riba, tiga telefon bimbit, cakera keras luaran, pemacu luaran," katanya sambil menambah suspek kini ditahan reman sehingga Sabtu ini bagi meneruskan siasatan.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan