Posted on Saturday, May 04 @ 08:42:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: tokpepijat
"
UMNO melalui JKKK,KEMAS,Puteri dan Pemuda siang malam masuk keluar kampung beritahu orang kampung bahawa jika Pakatan Rakyat menang, DAP bakal jadi PM.
Ini jajaan UMNO kepada orang Melayu.
MCA melalui lidah Presidennya Chua Soi Lek menafikan dakwaan UMNO dengan mengatakan jika DAP menang kesemua 50 kerusi Parlimenpun, DAP tidak boleh jadi "King Maker" dan taiko kepada Pakatan Rakyat.
Ini jajaan MCA kepada orang Cina.
UMNO dan MCA main politik "Stone Fire". Laga sini. Laga sana.
PRU 13 : Apabila Anjing dan Kucing berkempen lain tempat...... "
Sokong Calon PAS N.10 Bukit Pinang
Posted on Saturday, May 04 @ 03:30:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya
Jika nak selesai permasalahan ubahlah sekali
Posted on Saturday, May 04 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: anaabdullah
"Dua tiga hari lepas saya ada dengar buduk yang duduk belajar kat U kata kita ubah kali ini.
Pagi pagi lagi saya dengar kata kata yang sama yang berbunyi kita ubah esok. Kata kata itu keluar dari mulut seorang budak muda anak beranak orang umno.
Saya naik hairan macam mana anak orang umno bercakap begitu. Apakah mereka tak yakin lagi ke dengan umno sehingga sanggup kata kita ubah sekali esok.
Hari Khamis malam dalam TV satu seorang yang bertanya solan berkata saya umno tegar tapi tak boleh beri undi lagi kepada umno atas alasan banyak janji umno/BN tidak ditepati.
Mengapa saya tak boleh undi umno? kerana tanah pinggir yang diberi kepada rakyat selama 50 tahun lebih itu tak selesai selesai sampai sekarang.
Bukan itu sahaja, malah kes Air di Pahang juga tidak selesai selesai juga, sedangkan pahang adalah negeri yang diperintah oleh umno/BN.
Saya suka nyatakan disini jika mahu selesai kes tanah yang masih bertaraf TOL milik semantara jangan undi umno.
Tengok negeri Terengganu sebaik sahaja menjadi kerajaan 50 ribu lot tanah dapat diselesaikan.
Tapi sayang, apabila PAS kalah teruk pada PRU 2004 tanah yang diluluskan dengan geran kekal diambil balik oleh kerajaan umno/BN.
PRU 13 ini PAS menawarkan untuk menyelesaikan isu tanah rakyat yang dirampas oleh kerajaan umno/BN disamping melaksanakan program pengecualian cukai pintu rumah kediaman.
Rekod PAS memerintah Terengganu sangat cemerlang kerana berjaya menyelesaikan permasalahan yang berbangkit."
Saya bukan 'Romeo', kata calon DAP Likas
Calon
DAP Likas Junz Wong pada mulanya enggan mempedulikan penyebaran gambar
yang diubahsuai dengan mamaparkannya sebagai kaki perempuan di kalangan
pengundi muda sekitar Kota Kinabalu melalui media sosial dan aplikasi
mesej Whatsapp.Tetapi apabila orang ramai mula bertanya sama ada beliau membayar dan kemudiannya meninggalkan gadis itu dalam keadaan mengandung, Wong memutuskan untuk bersuara.
"Tidak benar. Orang yang mendakwa melalui akaun Facebook tidak dikenali itu harus tampil ke depan jika betul, saya boleh bertanggungjawab tetapi ia tidak benar," katanya.
"Orang ramai kata saya bintang yang sedang meningkat naik dalam politik tetapi itu tidak menjadikan saya Romeo," katanya dalam sidang media semalam.
Gambaran grafik yang disebarkan memaparkan Wong, 33, dengan pelbagai wanita yang berbeza. Beliau mendakwa ia dipotong daripada gambarnya bersama sekumpulan rakan di Facebook.
Surat palsu: Mustafa lapor polis, Haron Din nafi
Harakahdaily, | 04 Mei 2013 |
(Mustafa menunjukkan surat palsu yang kononnya ditandatangani beliau dalam sidang media hari ini)
KUALA TERENGGANU: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali membuat laporan polis hari ini ekoran surat palsu yang mengarahkan semua ahli PAS mengundi calon PAS sahaja dalam pilihan raya ini kerana PAS sudah keluar dari Pakatan Rakyat.
Laporan itu dibuat di Balai Polis Kuala Terengganu dengan ditemani peguamnya.
Dalam sidang medianya pagi ini, Mustafa juga membacakan kenyataan media yang dibuat Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang menafikan adanya sebarang keputusan dari Majlis Syura mengenainya.
Kenyataan itu dibaca Mustafa dalam sidang media yang diadakan beliau di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu.
Dalam sidang itu Mustafa turut menunjukkan surat palsu yang kononnya beliau tandatangani itu.
"Ini lambang orang nak kalah, kerana tidak pernah berlaku tindakan sebegini sebelum ini dan dibuat pula menjelang hari pilihan raya.
"Mereka ingat kita tidak boleh jelaskan tetapi dengan dunia teknologi maklumat ini, ia adalah satu perkara yang mudah dan boleh dijelaskan balik," katanya.
Berikut adalah kenyataan penuh Datuk Dr Haron Din mengenainya.
KENYATAAN MEDIA
Merujuk kepada satu surat yang kononnya diterbitkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, bertarikh 2 Mei 2013.
Saya sebagai Timbalan Mursyidul Am dengan ini menafikan sekeras-kerasnya kewujudan surat itu dan menyifatkannya sebagai langkah orang yang terdesak.
Tidak ada dalam agenda kerjanya untuk Majlis Syura mengkaji tahalus siasi yang sudah begitu kemas yang dibuat oleh PAS dengan Pakatan Rakyat.
Saya meminta semua ahli dan rakyat tidak percaya kepada fitnah itu dan marilah kita takut kepada Allah atas azabNya kerana menyebarkan fitnah yang begitu jelas itu.
Saya juga mengajak semua rakyat marilah kita mengundi PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya 5 Mei ini.
Dato' Dr Haron Din
Timbalan Mursyidul Am PAS
Pakatan sudah menang 7 negeri, sedia ke Putrajaya
Harakahdaily, | 04 Mei 2013 |
KUALA TERENGGANU: Dengan tidak sampai 20 jam waktu pengundian bermula, PAS yakin Pakatan Rakyat akan berjaya mengambilalih pentadbiran negara dari Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kali ini.
(Mustafa penuh keyakinan dalam sidang medianya hari ini)
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, hanya negeri Melaka, Pahang dan Johor sahaja masih lagi bersama BN sedangkan semua negeri lain boleh dikira sudah jatuh ke tangan Pakatan.
"Semalam saya umumkan kita dapat 117 kerusi Parlimen dari 222 yang ada. Petang nanti saya akan dapat angka baru yang boleh jadi meningkat lagi kerana trendnya Pakatan sedang meningkat," kata Mustafa dalam sidang medianya hari ini.
Dengan kenyataan Mustafa ini bermakna, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan, Terengganu dan Perlis sudah jatuh kepada Pakatan di Semenanjung ini.
Yang menjadi isu sekarang adalah setakat mana kekuatan PAS dalam Parlimen nanti bagi memastikan suara Islam dan Melayu menguasainya. Ekoran itu, ramai bersetuju agar semua pengundi Melayu memberikan undi kepada PAS kali ini, bukan Umno, bagi memastikan perkara itu.
Ini kerana, hampir 90 peratus pengundi Cina sudah membuat keputusan untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dalam piilihan raya ini. Dengan angka itulah, keyakinan sangat tinggi di kalangan pemimpin Pakatan mereka akan menang kali ini.
Di Terengganu, dalam tinjauan Harakahdaily malam tadi mendapati sambutan kepada PAS sangat memberangsangkan.
Kenderaan penuh sesak dari Kuantan ke Kuala Terengganu di kedua-dua laluan iaitu jalan pantai atau jalan Jabor - Jerangau. Mereka semua berebut-rebut untuk balik mengundi mulai malam tadi.
Di sepanjang jalan ada sahaja 'flashmob' yang dibuat dari penyokong PAS bagi mengalu-alukan kepulangan mereka.
"Orang atas pagar sejak hari penamaan calon lagi sudah yakin BN akan jatuh di Terengganu kali ini ekoran ramainya calon bebas yang merupakan ahli Umno yang bertanding," kata seorang guru kanan di sini.
Menurut beliau, pendapat begini dikongsi di kalangan kakitangan kerajaan walaupun PAS sendiri tidak mempunyai keyakinan yang setinggi itu.
Turut tidak mendapat tempat di Terengganu kali ini adalah ketiga-tiga sayap Umno.
Tidak ada calon Pemuda, Wanita dan Puteri Umno di Terengganu dalam pilihan raya kali ini.
Ketua Pemuda Umno Terengganu, Saiful Baharudin sepatutnya akan bertanding di DUN Alor Limbat, Marang tetapi di saat akhir nama beliau tertinggal.
Ekoran itu ada calon bebas bertanding di DUN Alor Limbat yang dikaitkan dengan beliau.
Dalam pilihan raya kali ini tidak ada seorang pun calon wanita bertanding di Terengganu yang membayangkan pengundi wanita tidak penting bagi Umno dalam pilihan raya ini.
"Mereka sesuai jadi tukang kempen je," kata seorang pemerhati politik.
BN dijangka hilang 2 lagi kerusi DUN di Negeri Sembilan
Sebelum
penamaan calon, BN dan Pakatan Rakyat dilihat mempunyai peluang sama
rata untuk menguasai Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi dewan
undangan negeri (DUN).
Dengan hanya dua kerusi pada pilihan raya tahun 2004, Pakatan melonjak menguasai 15 kerusi selepas pilihan raya umum tahun 2008, sekaligus menafikan majoriti dua pertiga BN.
Memerlukan empat lagi kerusi untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah 19 kerusi, mampukah Pakatan meneruskan kemaraan mereka di negeri itu dalam pilihan raya umum kali ini?
Pakatan sebelum ini mengintai-intai peluang untuk merampas lima kerusi yang dimenangi BN dengan majoriti tipis, seperti berikut: Klawang (majoriti 841 undi), Pilah (1,258 undi), Lenggeng (1,285 undi), Johol (1,263 undi) dan Labu (1,405 undi).
Mereka juga turut mensasarkan Jeram Padang (majoriti 1,808) dan Linggi (1,575) yang menyaksikan majoriti BN berkurangan separuh daripada tahun 2004.
Namun, selepas penamaan calon dan tempoh kempen selama dua minggu, analisis semasa menunjukkan BN dijangka terus mengekalkan penguasaan di negeri dan Parlimen.
Namun, kemenangan itu perlu dibayar dengan BN berdepan kemungkinan hilang satu atau dua kerusi di peringkat DUN.
Kerusi-kerusi yang disasarkan untuk dirampas Pakatan sebelum ini dijangka terus kekal dengan BN, kecuali Lenggeng (lihat carta atas).
Menyedari kerusi-kerusi ini majoriti pengundinya adalah Melayu, BN merangka strategi kempen peringkat tempatan yang berkisar sekitar kelangsungan kuasa politik dan nasib orang Melayu.
Penolakan dalaman Ishak Ismail
Ia jelas dilihat menerusi ceramah-ceramah kelompok mereka yang menekankan tema BN sebagai kerajaan yang menegakkan syiar Islam dan memastikan kuasa politik terus kekal di tangan Melayu.
Pemberian bantuan wang tunai di bawah skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Baucer Buku 1Malaysia juga memberi kesan dalam mengekalkan sokongan orang-orang Melayu luar bandar kepada BN.
DUN Lenggeng sebagai kawasan majoriti Melayu dengan nisbah 75 peratus pada mulanya dilihat mampu kekal di tangan BN.
Namun, penolakan ahli Umno setempat terhadap pencalonan Ketua Bahagian Umno Seremban, Datuk Ishak Ismail (kiri) dilihat melemahkan kerja-kerja jentera BN dan membuka ruang untuk PAS merampas kerusi tersebut.
Tinjauan Malaysiakini di Lenggeng mendapati poster Ishak kelihatan kurang berbanding poster calon dan bendera PAS.
Di samping itu, pendirian mesra BN calon Bebas, Zulkifli Abdullah juga berpotensi memecahkan undi kepada BN yang diwakili Ishak.
Selain Lenggeng, BN juga berhadapan risiko kehilangan kerusi Parlimen Chennah.
Chennah yang dimenangi BN dengan majoriti 1,298 undi pada tahun 2008 kini berdepan saingan sengit daripada DAP.
DAP meletakkan calon 'bintang' mereka, pengerusi DAP negeri, Anthony Loke yang merupakan mantan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Lobak merangkap ahli Parlimen Rasah.
Laluan mudah Anthony Loke
Ditambah pula komposisi pengundi Chennah yang majoritinya adalah orang Cina (50.8 peratus), Loke dijangka mempunyai laluan mudah dalam berdepan calon baru BN, Siow Foo Wen.
Kempen peringkat nasional yang bertemakan keamanan, kestabilan, dan perpaduan juga bukan penyelesaian kepada isu peluang sama rata dalam perniagaan, pendidikan dan pekerjaan yang dihadapi pengundi Cina.
Di pihak BN, mereka mensasarkan kerusi-kerusi yang dimenangi Pakatan dengan majoriti tipis - Ampangan (majoriti 165 undi), Sikamat (499 undi), Repah (533 undi), dan Port Dickson (733 undi) untuk kembali membentuk majoriti dua pertiga.
BN menampilkan Abu Ubaidah Redza, seorang muka baru yang dianggap masih 'bersih' dan mempunyai latar belakang agama yang kuat di Ampangan.
Namun pengalaman beliau sebelum ini sebagai saudagar daging segar dilihat kurang terampil berbanding lawannya, bekas agung PKR Datuk Kamarul Baharin Abbas (kanan).
Di sebelah Kamarul pula, kempen beliau dilihat kurang mendapat dokongan dari penyokong-penyokong seorang lagi personaliti parti yang didakwa menutup bilik gerakan selepas kecewa tidak dicalonkan.
Di Sikamat, penyandang dari PKR, Aminuddin Harun berdepan saingan sengit dari calon BN muka baru, pemimpin pertubuhan belia, Wan Salwati Abdullah.
Namun, kempen Wan Salwati dikhuatiri terkena tempias sabotaj di hari pengundian daripada pengikut ketua umno Seremban, Datuk Ishak Ismail yang diuar-uarkan turut mengintai kerusi Sikamat tetapi diberikan kerusi Lenggeng.
Justeru, kedua-dua kerusi ini dilihat masih 50-50 peluangnya bagi Pakatan Rakyat dan BN.
Laluan sukar Aishah di kawasan Felda
Repah pula dijangka kekal di bawah DAP memandangkan calon Bebas di situ, Fadzil A Bakar yang menjadi saingan sengit buat S Veerapan adalah bekas ahli Umno.
Fadzil yang popular di kalangan penduduk setempat dilihat mampu menambat hati sebilangan pengundi Melayu namun, pengundi majoriti Repah yang terdiri daripada orang Cina dijangka terus menyokong DAP.
Di peringkat parlimen, pengundi Cina dan Melayu di kawasan bandar dijangka terus menyokong Pakatan untuk menguasai kerusi parlimen Rasah dan Seremban.
Jika kehadiran puluhan ribu orang di tiga ceramah raksasa Pakatan Rakyat sepanjang tempoh kempen berlangsung menjadi ukuran sokongan pengundi, Pakatan boleh tersenyum yakin dengan potensi mereka untuk menang.
Sementara, lima kerusi parlimen luar bandar dengan majoriti pengundi Melayu - Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Tampin, dan Rembau - dijangka kekal dikuasai BN.
PAS yang mempertaruhkan penyanyi Aishah (gambar kiri) menentang pengerusi Felda Global Venture, Tan Sri Isa Samad bagi parlimen Jempol berhadapan laluan sukar menawan pengundi Jempol yang sebahagiannya adalah peneroka tanah rancangan Felda Raja Alias.
Teluk Kemang dengan komposisi pengundi seimbang di antara tiga kaum (Melayu 42.35 peratus, Cina 33.18 peratus, dan India 21.41 peratus) pula adalah resepi terbaik untuk penyandang, Datuk Kamarul Baharin dari PKR untuk kekal dipilih sebagai ahli parlimen untuk penggal kedua.
Situasi ini menunjukkan BN akan kekal popular di kawasan luar bandar dengan majoriti Melayu sementara Pakatan pula akan terus kekal di kawasan-kawasan bandar dan kawasan dengan komposisi kaum yang seimbang.
Bagaimanapun, dalam tempoh 24 jam sebelum pengundian esok, pelbagai kemungkinan masih boleh berlaku.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan