Ahad, 5 Mei 2013

KEMPEN BERHENTI JAM 12 TENGAH MALAM...TAPI IBADAH SERTA TAAT KEPADA ALLAH TAK BERHENTI....BERHENTI BILA ROH YANG DIPINJAMKAN OLEH ALLAH DI AMBIK BALIK

Wahai Pimpinan PR : Adakah Kita Mahu Benarkan Bangla Mengundi?
Posted on Saturday, May 04 @ 21:29:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: ahmadhadeed

"

Telah banyak bukti bahawa Bangla akan digunakan oleh BN untuk mengundi dengan menggunakan IC yang dikeluarkan oleh BN saperti credit card murahan.Bangla bukan orang Melayu kerana mereka tidak pandai cakap melayu dan tidak berbudaya Melayu. SPR pula sudah memberi jaminan mereka boleh mengundi walau pun database SPR tidak di iktiraf oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Sekarang Pemimpin Pakatan Rakyat mesti buat keputusan sama ada kita akan membenar mereka merosakkan demokrasi dengan mengizinkan Bangla mengundi. Ini saperti kita akur kepada taktik Jahat BN dan menghancurkan harapan rakyat untuk berubah secara legal. Soalan ini adalah soalan serius dan memang pilihanraya itu adalah satu perkara yang serius dan rakyat sanggup buat apa saja untuk mempertahankan ke sah an nya Ketua SPR sudah beberapa kali memberi signal bahawa Bangla dan Pengundi Import akan diguna untuk memenangkan BN namun saya lihat sedikit reaksi dari pemimpin PR. Pemimpin PAS DAP dan PKR mesti mengambil sikap yang jelas kerana tindakan ini akan merosakkan pilihanraya. Memang BN menguji keberanian kita sama ada kita mampu bertindak atau tidak dan setiap PRU mereka akan menggunakan satu taktik baru untuk memenangkan pilihanraya. Pada awal 70 an mereka menggunakan taktik menukar peti undi sehingga kita terpaksa mengerah pemuda PAS bermotosikal untuk mengiring peti undi ke tempat bilang undi. Selepas tu mereka mengunakan taktik mengundi dua kali dengan mendaftar satu nama dua tempat. Ini tak dapat dikesan pada zaman tidak ada komputer. Selepas itu mereka mengguna taktik media dengan mengguna surat kabar dengan cartoon dan gambar gambar fitnah dizaman Photoshop tak ada lagi. Selepas tu mereka menggunakan transfer undi saperti mereka buat untuk menjatuhkan PAS di Terengganu. Sekarang jelas selepas video fitnah gagal dan transformasi shok sendiri gagal, mereka akan dengan berani mencabar keberanian kita untuk mengguna pengundi upahan Bangla dan Indon yang tidak ada dalam database Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengundi dan memenangkan BN. Nama mereka mungkin di sumbat dalam database Jabatan Pendaftaran Negara secara illegal dan IC di keluarkan saperti kad credit murahan .

Persoalannya adakah kita mahu jadi rakyat bodoh menerima semua tipu helah ini atas alasan mengangap senarai pengundi SPR ada lah sah saperti yang terdapat Jabatan Pendaftaran Negara, Saya yakin senarai pengundi SPR tidak saperti database Jabatan Pendaftaran Negara dan ini bermakna database SPR tidak sama dengan database Jabatan Pendaftaran Negara, Malangnya pemimpin PR tersalah pandang perkara ini sebelum ini. Namun masih ada baki baki jam di mana kita boleh bertindak untuk mempertahankan demokrasi dan amanah rakyat.

BN akan mengguna apa saja untuk menang kerana mereka mempertahankan harta rampasan mereka namun rakyat perlu bangkit dan jangan diperbodoh oleh BN dan SPR. Kita tahu ketua SPR orang yang pandai bercakap tetapi tidak semesti orang pandai bercakap itu amanah.

Amanah pula bukan hanya di mulut tetapi perlu di bukti pada procedure transparent pilihanraya. Saya ingin bertanya kepada pimpinan PAS PKR dan DAP, jika Bangla ini di escort polis untuk mengundi dalam keadaan ic mereka palsu dan taraf kerakyatan mereka tidak sah atau kerakyatan mereka diberi dengan pintu belakang, adakah kita akan membiarkan mereka mengundi dan BN menang dengan secara jahat??

Alangkah malunya rakyat Malaysia kalau orang Bangla boleh memandang rendah kepada kita sebagai rakyat yang tidak bermaruah ..dah lah mereka datang dengan haram, bekerja di sini dengan merampas peluang pekerjaan orang muda sekarang BN pula mengguna mereka untuk mendapat kuasa, BN memang celaka dan sanggup buat apa saja untuk menang , Bangla pula akan buat saja dengan syarat boleh duit,,Saya mahu tanya adakah kita orang Malaysia adalah kah kita hanya buih buih di sungai yang tidak berupaya menjaga hak kita sebagai rakyat di tanah tercinta ini. Ada beberapa yang boleh di buat oleh rakyat untuk memastikan Pilihanraya in Bersih

1. Mengizinkan Bangla kerakyatan haram ini mengundi dan kita menggigit jari

2. Menahan Bangla kerakyatan haram ini dari mengundi dan mempertahankan kedaulatan negara 


"Apa nak jadi dengan SPR? melebihi warga asing dari rakyat sendiri.
Posted on Saturday, May 04 @ 21:25:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: notan

"

Assalamualaikum. Kalau betul berita ini. pembantu rumah Indonesia diberi IC dan dapat BR1M dan kemudian didaftar sebagai pengundi oleh SPR pada bulan febuari  untuk membolehkan mereka mengundi pada PRU 13, apa nak kata pada SPR?

Anak perempuan sulong saya mendaftar pada bulan febuari juga dan pada satu ketika sebelum parlimen dibubarkan saya semak status pendaftarannya yang mengatakan permohonan itu masih diproses dan apabila senarai pengundi yang layak mengundi pada PRU 13 dikeluarkan secara rasmi, namanya tiada.Tetapi warga Indon yang dibei IC pada bulan Febuari terus masuk daftar pengundi yang disahkan!

Berita pengkianatan yang menyedihkan samaada pembantu rumah Indon ini akan keluar mengundi atau tidak.Pada saya, kalau benar berita yang baru saya terima ini, SPR sungguh mengecewakan, anak saya adalah warga negara yang sah tetapi kenapa SPR yang sudah meletakkan permohonannya di peringkat proses tiba tiba tidak menyenaraikan beliau sebagai pemilih seolah olah proses mengemaskini pemilih itu proses yang sukar sedangkan pendatang yang diberi IC boleh diproses secara express.
Namun saya tetap yakin dengan pertolongan ALLAH, apabila datang pertolongan segalanya akan dipermudahkan insyaallah."Dialah ALLAH yang memberikan kerajaan kepada sesiapa yang dikehendakinya dan mencabut kerajaan dari sesiapa yang dikehendakinya". 



 1.4 juta penjawat awam mesti bersama Rakyat marhaen
Posted on Saturday, May 04 @ 21:23:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: IbnuSabah

"

Sedarkah anda sebagai penjawat awam dan juga swasta. Anda adalah rakyat Malaysia yang merdeka dan bermaruah. Anda bukan hamba abdi kepada umno/BN. Pangkat, gaji dan kedudukan anda bukan umno/BN yang bagi, hakikatnya rakyatlah sebenarnya yang meletak dan memberikan gaji setiap bulan kepada anda semua.

Dah 12 kali anda memilih umno/BN untuk mentadbir negeri dan Negara ini. Anda seperti bola baling seperti bola sepak yang akan dibaling dan disepak oleh para pemimpin umno/BN yang angkuh dan sombong dengan kuasa yang dipinjamkan saja pada mereka.

Ketua cawangan umno/BN boleh usul pegawai/guru dipindah kerana tak ikut kata. Pegawai tinggi, DO, ketua pejabat boleh dipindah sesuka hati oleh ketua bahagian umno/Bn oleh menteri umno/BN oleh tali barut umno/BN.
Hey mereka ingat sekolah, jabatan, kementerian itu macam pejabat umno/BN, macam pejabat cawangan umno/BN.
Apakah perkara ini tidak anda sedari lagi 12 kali pilihanraya anda sebagai penjawat awam masih tidak sedar.
Bangkitlah wahai sekalian penjawat awam, swasta, bangkitlah bersama seluruh rakyat Malaysia.
Rasailah denyut nadi dan jantung rakyat marhaean di bawah sana. Bangkitlah bersama rakyat untuk ubah umno/BN kepada Pakatan Rakyat PAS/PKR/DAP.
Anda bukan hamba abdi, anda adalah pemberi khidmat untuk rakyat, negeri dan Negara.
Anda bukan hamba abdi kepada umno/BN dan para pemimpinnya yang rasuah dan gila kuasa.
Jangan tunggu bila pencen baru mahu bangkit dan sedar.
Sedar dan bangkit hari ini, esok tekad dan berani tanpa rasa takut berhadapan dengan kezaliman yang telah lama mencengkam seluruh penjawat awam di Negara ini.
Sungguh bertuah, sungguh beruntung penjawat awam di negeri-negeri Pakatan Rakyat, tugas mereka tidak diganggu oleh olrang politik yang yang kita dengar.
Berbanding sebelum Pakatan Rakyat menang di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Terengganu (semasa PAS/BA menang).
Ini kali lah, seluruh penjawat awam mesti berani bersama jutaan rakyat Malaysia yang mahukan perubahan besar-besar dalam kepimpinan negeri dan Negara.
Selepas 5 Mei 2013 insya Allah penjawat awam dan swasta di Negara ini akan dibebaskan dari cengkaman kebobrokan umno/BN.
Selamatkan rakyat, selamatkan Malaysia, selamatkan penjawat awam dengan mempergunakan kuasa yang ada ditangan anda, iaitu kuasa UNDI ANDA UNTUK MENGUNDI CALON-CALON PAKATAN RAKYAT bersama seluruh rakyat Malaysia pada 6 Mei 2013 Putrajaya akan bersinar dengan cahaya keberkatan dari keberanian seluruh rakyat dan penjawat awam dan swasta.
Ini kali Lah!!! Selamat mengundi CALON-CALON PAKATAN RAKYAT DI TEMPAT ANDA
ALLAHU AKBAR!!! REFORMASI!!!!!!!!!!!!!!! TUKAAAAARRRRRRRRRRRRRRRR!


 BUKTI GEMPAR....Sebutan INIKALILAH hina Al- Quran
Posted on Saturday, May 04 @ 19:29:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: DUKUNPASIR

"

DIMANA MANA sebutan atau ayat mahupun ejaan" INIKALILAH" menjadi satu perkataan yang ditakuti oleh pihak disebelah sana. Perkataan Ini Kali lah asalnya adalah sebutan orang Sabah yang membawa maksud KALI INI .......Mungkin sudah ketandusan isu....perkataan INIKALILAH diberikan maksud begini........

 

Penulis pun bukan arif dan pakar dalam menafsir ayat Al- Quran...nak memandai dalam hal ini takut rosak akidah.........tetapi  jika kita fikir secara logik...ramai orang islam diSABAH sudah menggunakan perkataan ini kali lah sudah berkurun lama.......rosakkan mereka dan DAJJAL KAH MEREKA??

Jika dilihat dari segi ejaan YANG BETUL ......INI KALI LAH.......tidak dirapatkan! 

Sesekali terfikir jua......jikalau ditakdirkan kita mengundi minggu depan bukan esok...pasti perkataan UBAH juga akan dijadikan satu isu kononnya Pakatan menghina pemakai JUBAH! 

Saksikan komen dan pendapat mereka ini...... mungkin ada yang berguna sebagai panduan kita.




NILAH  BUKTI FITNAH PENULIS MAKSUDKAN DIATAS INI.....



 Masih Hidup Walaupun Kepala Berlubang
Posted on Saturday, May 04 @ 19:28:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline
Sila ke http://tranungkiteoffline.blogspot.com jika TKO mengalami gangguan
Lelaki ini berasal dari Sichuan dikatakan telah mengalami kemalangan yang telah meninggalkan lubang sebesar penumbuk di kepalanya.


Gambar ini diambil di Taiyuan , China di jalanan, di mana lelaki ini dilihat menggunakan kerusi roda walaupun kepalanya berlubang besar.
"

 Henti kempen jam 12 malam ini
Posted on Saturday, May 04 @ 19:00:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Roslan SMS



Siang tadi terbit di TV Pengerusi SPR yang mengingatkan semua pihak yang bertanding dalam PRU ke 13 ini agar menamatkan kempen pilihanraya masing-masing tepat jam 11.59 malam ini. Ini kerana hari berikutnya bermula tengahmalam ini iaitu 5 Mei adalah Hari Mengundi.
Seksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihanraya menghuraikan “batasan” pada Hari Mengundi yang dengan jelas melarang sebarang bentuk kempen pada hari berkenaan.

Kita harapkan semua pihak akan akur dan menjunjung undang-undang Negara.
Cumanya pihak SPR kena beri perhatian adakah pihak BN yang menguasai media arus perdana khasnya media elektronik iaitu TV dan radio akan turut berbuat demikian. Adakah pihak BN akan memastikan semua siaran TV dan radio tiada lagi mengandungi unsur kempen bermula jam 12 tengah malam ini. Semua klip video termasuklah “Sayang Selangor Yakini BN” seharusnya tidak lagi dimainkan bermula jam berkenaan.

Adakah pihak SPR akan saksama dan memastikan TV dan radio tidak digunakan oleh mana-mana pihak kerana mematuhi semangat Akta di atas?
Seksyen 26 berikutnya menggariskan:

(2) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen (1) boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.
(3) Sesuatu kesalahan di bawah subseksyen (1) ialah kesalahan boleh tangkap mengikut pengertian Kanun Tatacara Jenayah.

Mampukah pihak SPR menguatkuasakan peraturan ini?

Tiada ulasan: