Sabtu, 18 Mei 2013

BUAT KERJA ELOK2....JANGAN LANGGAR HUKUM ALLAH...INGAT ALLAH SENTIASA PANTAU@LIHAT KITA...LEPAS DIDUNIA... KITA TAK KAN LEPAS DIAKHIRAT ...JANGAN BERLAGAK SOMBONG...SOMBONG PAKAIAN ALLAH BUKAN PAKAIAN MAKHLUK

Pastikan Kabinet Bersih Dan Jangan Ulangi Kesilapan Lalu
Posted on Saturday, May 18 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Riduan Mohd Nor



Perdana Menteri pada hari semalam telah membentangkan senarai kabinet bagi penggal ke 13. Seperti yang diduga, tiada elemen kejutan kerana hampir semuanya terdiri daripada orang lama dalam kabinet manakala ada beberapa muka baharu yang dibawa masuk bagi menambah licinkan pentadbirannya.

Apapun, Perdana Menteri wajar diberi amaran keras bahawa beliau perlu mengekalkan kabinet yang bersih sepanjang sesi kali ini. Malangnya, dalam keadaan beliau belum sempat habis membentangkan senarai kabinetnya, sudah ada rungutan rakyat mengenai track record pemimpin pilihannya. Ada yang pernah disabitkan dan dituduh dengan pelbagai skandal serta penyelewengan yang pasti akan menyesakkan dada beliau kemudian hari.

PM perlu belajar dari kesilapan lalu yang memilih pemimpin tidak berwibawa serta gagal menjalankan tanggungjawab. Beliau perlu menginsafi kesilapan kepemimpinannya yang lepas apabila memilih pemimpin yang menyeleweng dan terpalit dengan pelbagai kesalahan sehingga beliau terpaksa bersilat menjawab pelbagai tohmahan dan tuduhan serta ‘membuang’ individu tertentu dengan beliau sendiri terpaksa mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh menterinya. Malahan ramai pemimpin kabinet dahulunya menjadi cemuhan dan pelecehan rakyat ekoran akhlak, wibawa, tingkah laku, ucapan serta sikap mereka yang tidak menggambarkan sebagai pemimpin negara.
Selain itu, PM perlu tahu aspirasi rakyat dibawah. Mandat tipis serta tidak popular yang diperolehinya perlu dibayar dengan harga yang mahal dengan memahami kehendak rakyat. Apa yang rakyat inginkan adalah menteri yang benar-benar berfungsi menunaikan amanah rakyat, memberi nafas baharu kepada kementerian serta mampu memberikan pandangan-pandangan yang bernas dan idea segar untuk kesejahteraan rakyat dan negara. Rakyat juga mahukan pemimpin yang benar-benar mendapat mandat rakyat dan dipilih oleh rakyat dalam PRU ke 13, bukannya pemimpin yang ‘turun dari langit’ untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut, apatah lagi apatah lagi pemimpin yang telah ditolak (kalah dalam Pru ke 13).
Rakyat tidak mahukan pemimpin yang hanya tahu bercakap, berslogan, bersorak dan kuat berpolitik tanpa apa-apa pengisian berguna terhadap jawatan yang disandang. Lebih dari itu, kita tidak mahu menteri yang hanya mengisi kekosongan atau memenuhkan kuota kabinet serta menumpang di atas kelebihan pemimpin lainnya tanpa menjalankan apa-apa kerja. 
Selama lima tahun mendatang, rakyat menjadi mata dan telinga terhadap pemimpin yang terpilih menggotai kabinet. Jangan ulangi kesilapan-kesilapan lalu serta pastikan tiada pemimpinnya yang bermasalah kerana sebarang kesilapan kecil rakyat  pasti akan menghukum beliau dalam PRU ke 14.

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia 

 Pesanan buat KPN Baru
Posted on Saturday, May 18 @ 07:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Unclesakai



Pasukan  polis kita akan kembali gah spt mana zaman KPN yg ditembak Botak Chin dulu (lupa namanya, jk tak silap TS Abd Rahman) jika berada di landasan profesionalisme yg betul & tepat, bukannya menjadi khadam suruhan org2 politik yg mahu menjaga kepentingan kuasa & perut mrk. Diharap TS Khalid Abu Bakar sbg KPN baru dpt mengembalikan zmn kegemilangan pasukan polis yg terjejas teruk di mata rakyat krn kebejatan pemimpin2 politik UMNo BN memperalatkan mrk.

Rakyat sebenaranya syg & hormat polis ttp disebabkan mrk terlalu taat dgn perintah pemimpin politik UMNO BN, mrk kelihatan buruk di mata rakyat. Institusi kita menjadi punah krn precedent oleh Mahathir ke atas semuanya meliputi kehakiman, polis, mahkamah, spr dll. Sampai bila semua ini akan berterusan? Tidak adakah di kalangan mrk ini yg hati kecilnya berbisik tentang balasan  azab Allah di akhirat nanti? Terimalah teguran & kritikan dgn positif demi kebaikan semua ;pihak. Polis tidak perlu takut kpd tekanan pemimpin politik umno hingga terpaksa turut segala perintah sekalipun bertentangan dgn sikap profesional mrk. Pakatan Rakyat pasti akan membela polis jika umno berbuat yg tak seharusnya.
Unclesakai 

 Mastermind Kebangkitan Rakyat (Bhg.1)
Posted on Saturday, May 18 @ 07:06:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: Cosanostra

"Pada dua artikel sebelum ini ada menyentuh mengenai 3 tokoh politik berhaluan kiri di Malaysia. Ketiga mereka ialah Anwar Ibrahim, Nik Abdul Aziz & A. Samad Said. Kenapa hanya 3 sahaja 3 tokoh ini ditulis artikel mengenai mereka dan kenapa tidak disebut yang lain-lain?

Jawapannya mudah sahaja. Aku menulis berdasarkan foto-foto yang aku sendiri ambil. Hanya foto 3 tokoh ini sahaja yang ada dalam simpanan hard disk baru aku. Foto-foto Hj Abdul Hadi Awang dan Mohamad Sabu tenggelam di dalam hard disk lama yang telah rosak dan tak sempat diselamatkan. Begitu juga foto Lim Guan Eng yang turut tenggelam.
Baiklah.. tujuan aku menulis di sini bukanlah untuk menceritakan hard disk yang dah rosak. Tujuan penulisan aku kali ini adalah berkaitan dengan tiga tokoh individu berhaluan kiri yang nama mereka tidak asing lagi di bumi Malaya ini. Ketiga-tiga mereka ini ada perbezaan dan ada persefahaman. Mereka ini adalah nadi penggerak utama kebangkitan rakyat di bumi bertuah ini dan meletakkan tokoh-tokoh berhaluan kiri yang lain ke tepi.

Dahulunya mereka bertiga ini adalah seteru utama di pentas politik demokrasi Malaysia ciptaan manusia itu sendiri. Sebelum kita pergi lebih jauh lagi mengenai tajuk kita, aku cuba bawakan secara ringkas pada anda yang mungkin tidak mengetahui apakah itu demokrasi, dari mana asalnya dan jenis-jenis demokrasi.

-----------------------------------------------------------

Demokrasi atau ejaan dalam bahasa inggeris; Democracy, adalah asalnya dari perkataan tamadun Yuhani iaitu 'Demo' - yang bermaksud rakyat atau masyarakat dan 'Cracy' - yang membawa maksud satu pemerintahan atau undang-undang.

Demokrasi amat sukar untuk didefinasikan dan sering mengundang pelbagai kontroversi. Ada yang mengatakan demokrasi itu ialah Kerajaan oleh rakyat untuk rakyat.

Demokrasi terbahagi kepada 2 jenis. Jenis yang pertama ialah Demokrasi Secara Langsung dan yang kedua ialah Demokrasi Secara Tak Langsung. Demokrasi Secara Langsung ialah: Demokrasi di mana dalamnya rakyat terlibat secara terus dalam penentuan dasar-dasar awam negara. Ini bermakna rakyat tidak diwakili oleh sesiapapun untuk menentukan dasar kerajaan. Rakyat sendiri menentukan dasar kerajaan. Selalunya semua rakyat perlu hadir atau bersama dan mengambil bahagian sewaktu membuat dasar. Demokrasi Secara Tak Langsung: Ianya dikenali sebagai demokrasi secara perwakilan. Ini bermakna dasar-dasar kerajaan dibuat oleh orang atau organisasi-organisasi yang dipilih oleh rakyat.

Di dalam demokrasi secara langsung tidak mempunyai sebarang parti yang mewakili rakyat. Tetapi di dalam demokrasi tak langsung terdapat pelbagai parti. Contoh salah satu sistem demokrasi tak langsung iaitu dalam demokrasi liberal, parti yang menang, pilihanraya dengan majoriti dua pertiga dapat membentuk kerajaan. Kuasa parti yang menang dalam melaksanakan sesuatu dasar lebih dipentingkan berbanding parti yang kalah dan bilangan ahlinya kurang. Sedangkan dalam demokrasi secara langsung semua rakyat berpeluang melibatkan diri dalam pembentukan sebarang dasar.

Sumber Demokrasi
-----------------------------------------------------------

Itulah serba sedikit informasi ringkas mengenai demokrasi. Jika mahu tahu selanjutnya, kalian bolehlah carinya di google.

Baiklah kita kembali ke tajuk asal iaitu Mastermind Kebangkitan Rakyat. Kenapa 3 tokoh ini dipilih? Kenapa tidak Hj Hadi Awang, Karpal Singh atau Lim Guan Eng diasingkan? Aku ada alasan aku sendiri dan alasan aku ini tidak mewakili sesiapa dan anda berhak untuk tidak bersetuju jika anda mahu. Alasan aku ialah, mereka bukanlah kepala dan otak. Mereka hanyalah badan dan anggota-anggota yang lain yang tidak akan berfungsi jika tiada arahan dari otak.

Di dalam ketiga-tiga mereka, ada seorang yang individu mula mencetuskan era kebangkitan rakyat. Individu tersebut ialah Anwar Bin Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Beliau dipecat dan difitnah oleh ketuanya sendiri iaitu Mahathir bin Mohamed, Perdana Menteri Malaysia, setelah menyedari pengaruh luar biasa sokongan ahli UMNO dan rakyat jelata kepada Anwar Ibrahim. Ketuanya, Mahathir bin Mohamed telah menyedari bahaya besar menanti jika masih menyimpan mesin pencuci najis yang boleh membersihkan Pertubuhan yang diketuai olehnya bakal dibersihkan dari unsur-unsur kotor, busuk serta jijik.

Setelah Anwar bin Ibrahim dipecat, begitu cepat rakyat bawahan yang menyayanginya datang berkumpul di kediamannya untuk menyatakan sokongan mereka. Kebangkitan rakyat mula terlihat apabila Anwar menyampaikan ucapannya di hadapan puluhan ribu rakyat di Masjid Negara.

Bermula dari detik itulah laungan reformasi mula kedengaran dan dari detik itulah rakyat mula turun ke jalan raya untuk berdemonstrasi. Bermula dari detik pemecatannya itu, Al-marhum Ustaz Fadhil Noor serta Lim Kit Siang datang bertemu Anwar dan secara tidak langsung berbai'ah kepada Anwar untuk bersama-sama menentang ketidakadilan di Malaysia. Ada juga orang besar UMNO yang menyatakan sokongan secara terbuka kepada Anwar tetapi akhirnya tewas dengan ugutan dari parti UMNO dan Ketua UMNO Malaysia. Orang itu sekarang sudah pandai menghalau rakyat Malaysia keluar dari Malaysia setelah mendapat jawatan baru sebagai menteri di Malaysia.


Bersambung...


Sumber: www.shutterblast.blogspot.com  @ Photo Journal Blog 

 Khairy Jadi Menteri, Adakah Tun Mahathir Telah Telan Ludahnya Sendiri??
Posted on Saturday, May 18 @ 00:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline



Tun Mahathir sebelum ini sangat marah kepada Khairy Jamaluddin. Bukan Khairy, sehingga Pak Lah yang dilantik sendiripun jadi mangsa.

Tun Mahathir banyak mempengaruhi keputusan Najib Razak. Lihat sahaja macam mana Zulkifli Nordin boleh jadi calon, entah isi borang UMNO ke tidak pun kita tak tahu. Macam mana calon bebas cap bunga boleh diberi tempat malah Tun turut berkempen kepada Ibrahim Ali.

Bila nak susun kabinet, Tun & Bik Mama bergaduh sikit. Ada orang kata Tun Mahathir mengalah dan bersetuju Khairy Jamaluddin.

Wah citer menarik, Tun yang keras kepala boleh telah ludah??
Saya tak pasti ini sekadar citer-citer "dongeng" yang tersebar dikalangan puak-puak UMNO.



Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com


  KIMMA meroyan pasal HINDRAF!
Posted on Friday, May 17 @ 23:55:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline



Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Pulau Pinang telah menyatakan rasa tak puas hati mereka kerana KIMMA tiada dalam kabinet sedangkan HINDRAF yang terang-terang menentang kerajaan sebelum ini diberi tepat dalam kabinet baru Najib.

Pengerusi Badan Perhubungan KIMMA negeri Faruk Raju Mohamed berkata pertimbangan itu perlu sebagai menghargai jasa parti itu yang banyak membantu BN dalam menarik undi India Muslim sepanjang pilihan raya ke-13 yang lepas.

Beliau berkata usul memohon jawatan timbalan menteri dalam kabinet baharu itu telah disuarakan pada Konvensyen KIMMA Kebangsaan ke-36, 13 Okt tahun lepas, dan usul itu telah dihantar kepada perdana menteri.

Pertingkaian penglibatan P Waythamoorthy sebagai timbalan menteri dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, dikecam, malah KIMMA menyebut pemimpin de facto Hindraf, P Uthayakumar, berkata bahawa adiknya itu tidak lagi mewakili pergerakan Hindraf macam mana boleh dilantik mewakili Hindraf.

Adakah Waytha sebagai mandur India terbaru! dan ini adalah "Samy Vellu" baru. Akhirnya KIMMA akan tersisih jika tiada wakili dalam kabinet.

Nampak puak India yang sedikit ini pun sudah mula bercelaru, ada MIC ada HINDRAF dan ada KIMMA! untuk belum masuk PPP dll lagi.


Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com




Nik Aziz saran belajar Mandarin
Wartawan Sinar Harian
18 Mei 2013
Nik Aziz
Nik Aziz
KOTA BHARU- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyarankan orang Melayu-Islam di negara ini mempelajari bahasa Mandarin dengan niat memudahkan proses untuk berdakwah kepada masyarakat Cina.

Menurutnya, beliau menekankan perkara itu kerana Islam adalah agama untuk semua bangsa dan penguasaan bahasa membolehkan dakwah dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

“Saya selalu sebut di Kelantan kena ada sekolah bahasa Mandarin. Ia membolehkan kita terangkan Islam kepada Cina, saya baru ada cucu untuk belajar bahasa Mandarin sekarang ini. Ramai dah anak saudara belajar bahasa itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Ceramah Perdana meraikan Kejayaan Mengekal Kerajaan Islam Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Sebelum ini, Nik Aziz pernah menyatakan beliau bersetuju sekiranya Kelantan diperintah orang Cina Muslim yang berpengetahuan luas mengenai agama Islam.

Nik Aziz berkata, beliau yakin pada masa hadapan pendakwah di negara ini akan dapat menguasai bahasa Mandarin memandangkan sudah menjadi trend masa kini bahasa itu sudah dipelajari oleh orang pelbagai bangsa.

Dalam pada itu bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, Pas adalah satu-satunya parti yang memperjuang Islam kepada semua bangsa termasuk golongan Cina yang sebelum ini takut dengan Islam.

Malah beliau turut menyatakan amatlah malang bagi Umno, parti yang dikuasai oleh Melayu-Islam, tetapi tidak mahu mengamalkan ajaran Islam,  apatah lagi mahu berdakwah kepada masyarakat Cina.




Azizan beri nombor telefon kepada doktor
Wartawan Sinar Harian
18 Mei 2013
GEOGETOWN - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sudah mula sedar selepas melakukan pembedahan membuang kedua belah kakinya akibat komplikasi kencing manis kronik di Hospital Pulau Pinang (HPP), 9 Mei lalu.

Bekas Setiausaha Politiknya, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, semalam Azizan sudah mampu memberikan nombor telefonnya kepada doktor yang merawatnya.

"Sebelah petang pula, dia tidur berehat panjang.

"Ustaz (Azizan) juga memberikan respon yang baik kepada kunjungan Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah," katanya yang dipetik di Facebooknya, semalam.

Menurutnya, lawatan Tunku Anuar semalam adalah lawatan ketiga baginda sejak Azizan menerima rawatan di HPP.

Sebelum ini, turut melawat Azizan adalah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Sultan Badlishah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Azizan menjalani pembedahan membuang kedua-dua kakinya di bawah paras lutut selepas terkena jangkitan kuman dan kedua-dua kakinya selamat dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, bersebelahan dengan pusara bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor.
Rakyat boleh nilai exco Kedah
NOOR FAIZAL GHAZALI
18 Mei 2013
Mukhriz Tun Dr Mahathir
Mukhriz Tun Dr Mahathir
ALOR SETAR - Rakyat boleh menilai keupayaan exco kerajaan negeri melalui petunjuk Indeks Prestasi Utama (KPI) yang diperkenalkan oleh Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, rakyat mahu melihat kerajaan negeri yang berorientasi prestasi sebagai satu penanda aras untuk diukur secara jelas dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, pendekatan kerajaan negeri di bawah Mukhriz menggunakan KPI tahunan untuk barisan exconya adalah langkah yang wajar dipuji.

"Setiap exco perlu diberi sasaran untuk dilaksanakan. Berdasarkan KPI, sasaran gerak kerja mestilah bergantung kepada jangka masa yang munasabah," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau diminta mengulas laporan Sinar Harian yang memetik Mukhriz sebagai berkata, setiap exco yang baru dilantik akan dinilai setiap tahun mengikut KPI portfolio masing-masing bagi memastikan pelaksanaan akujanji BN dapat dipenuhi.

Mukhriz berkata, proses mengagihkan peranan dan tanggungjawab yang disebut dalam akujanji sudah diserahkan kepada setiap exco mengikut portfolio masing-masing

Dr Mohamed Mustafa yang juga Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, setiap exco perlu melaksanakan sasarannya dalam tempoh masa tertentu sejajar dengan sasaran yang ditetapkan.

"Apa yang perlu diutamakan ialah memastikan manifesto dalam akujanji BN Kedah dapat ditunaikan dalam tempoh masa lima tahun kerana rakyat akan menilai pelaksanaannya," katanya.

Menurutnya, Kedah memerlukan banyak agenda pembangunan untuk mencapai matlamat sebagai sebuah negeri maju seperti Selangor dan Pulau Pinang.

Justeru itu, kerajaan negeri perlu mengorak langkah dengan gerak kerja yang drastik serta fokus bagi mencapai matlamat berkenaan.

"Banyak pembaharuan pembangunan perlu dirancang semula bagi menarik pelabur. Contohnya Kulim High-Tech Park perlu diberi perhatian sewajarnya untuk dibangunkan sebagai sebuah kawasan perindustrian yang lebih gah di masa hadapan," katanya.

Mengenai barisan exco yang diketengahkan Mukhriz, beliau menyifatkan ia mempamerkan gandingan seimbang dan diyakini dapat merencana agenda pentadbiran dan pembangunan negeri.

"Gandingan tokoh lama dan muka baru memperlihatkan keseimbangan yang mantap untuk membentuk sebuah pentadbiran yang dinamik.

"Saya yakin mereka dapat menerajui mandat besar bersandarkan pengalaman dan latar belakang kebolehan masing-masing," katanya.

Beliau berkata, kombinasi itu juga mewakili wakil rakyat dari setiap daerah. Ia adalah percaturan yang baik dan berkesan.

 

Tiada ulasan: